🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 71 (from laksa069)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
10 days ago
🤖
ROBOTS SERVER UNREACHABLE
Failed to connect to robots server: Operation timed out after 2002 milliseconds with 0 bytes received

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/
Last Crawled2026-03-30 13:56:44 (10 days ago)
First Indexed2025-03-08 12:07:41 (1 year ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleCara Guna MyBorderPass Di KLIA Ketika Ingin Travel Ke Luar Negara - Olacuti
Meta DescriptionTahu tak mulai tahun 2025, kerajaan ada menyediakan satu lagi kaedah untuk melalui proses imigresen ketika di airport iaitu menggunakan MyBorderPass khusus
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Tahu tak mulai tahun 2025, kerajaan ada menyediakan satu lagi kaedah untuk melalui proses imigresen ketika di airport iaitu menggunakan MyBorderPass khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. Kita dah biasa, kalau pergi travel ke luar negara naik flight, wajib melalui proses imigresen. Proses sama sahaja baik di KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2 iaitu melalui autogate ataupun secara manual melaui pegawai imigresen. Kini ada satu lagi kaedah iaitu yang ke-3 diperkenalkan untuk rakyat Malaysia dan memudahkan urusan iaitu menerusi MyBoarderPass. Macam mana nak guna kaedah ini? Perlu ada apa-apa dokumen tambahan ke? Table of Contents Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya Cara Daftar MyBorderPass Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara Pengalaman Menggunakan MyBorderPass Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya MyBorderPass merupakan aplikasi mobile yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan urusan proses imigresen ketika di lapangan terbang iaitu di KLIA1 atau KLIA2. Baik ketika masuk atau keluar Malaysia. Kelebihan aplikasi MyBorderPass ini, rakyat Malaysia boleh menggunakan laluan autogate tanpa perlu scan atau imbas pasport secara fizikal. Hanya perlu imbas menggunakan aplikasi yang ada di smartphone sahaja. Bukan itu sahaja, dikatakan, ianya mampu menjimatkan masa sekitar 5-7 saat kerana proses imbasan yang pantas serta disediakan laluan khas bagi pengguna MyBorderPass. Bukan laluan autogate yang biasa. Cara Daftar MyBorderPass Untuk menggunakan MyBorderPass ini, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi sama ada di Play Store atau App Store secara percuma. Kemudian ikuti langkah berikut seperti dibawah : Buka aplikasi dan klik pada Pengguna Baharu : DAFTAR untuk yang pertama kali untuk daftar Kemudian tekan butang Scan Passport dan mula imbas muka utama pasport fizikal anda Segala butiran peribadi pasport anda terpapar secara automatik pada bahagian Passport Details. Anda hanya perlu masukkan info pada Contact Details sahaja – no telefon dan alamat rumah. ( Plate No tinggalkan kosong pun takpa ) dan klik Next Untuk proses Face Verification , anda perlu ambil gambar selfie anda dalam ruangan yang disediakan. Jika sudah berjaya, klik Next Akhir sekali, pasukkan nombor 4-pin dan klik Submit Selesai! Anda terus boleh gunakan MyBorderPass ketika masuk atau keluar dari proses imigresen di airport. Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara Sebelum itu, anda perlu tahu 2 perkara utama ketika ingin menggunakan aplikasi MyBorderPass ketika di lapangan terbang Anda tak boleh screenshot KOD QR yang digunakan dalam aplikasi ini Pastikan anda mempunyai sambungan internet ketika ingin menggunakan MyBorderPass Daftar baru setiap kali anda renew pasport Jom kita tengok pula cara guna MyBorderPass ketika melalui proses imigresen dan ingin ke luar negara : Buka aplikasi dan masukkan nombor 4-pin yang anda telah tetapkan sebelum ini Akan dipaparkan gambar pasport bersama KOD QR Pergi pada laluan khas yang disediakan di airport (autogate warna putih) Scan atau imbas KOD QR tersebut pada pengimbas yang disediakan Masuk dalam kawasan autogate dan imbas muka anda Selesai. Anda perlu ingat, KOD QR tersebut hanya boleh digunakan selama 60 saat sahaja. Kemudian akan ditukar kepada KOD QR yang lain pula. Jadi lebih baik anda buka aplikasi ketika dah sampai di autogate tersebut. Dengan adanya MyBorderPass ini, anda tak perlu lagi pegang pasport fizikal ketika melalui autogate. Tetapi masih wajib untuk dibawa ke luar negara. Kaedah ini pula hanya diguna pakai di Malaysia sahaja. Nanti di luar negara, kena ikut kaedah negara tersebut sama ada guna autogate atau manual melalui pegawai imigresen. Pengalaman Menggunakan MyBorderPass Aku pertama kali guna kaedah MyBorderPass ni masa pergi ke Sapporo, Hokkaido pada Januari. Dah siap register awal-awal dari rumah lagi. Proses daftar ambil masa kurang 5 minit. Terus berjaya daftar. BACA JUGA : Full Itinerari 5 Hari Ke Sapporo, Hokkaido Jepun Tiba di KLIA T2, aku buka aplikasi betul-betul masa di depan autogate. Masukkan no pin dan terus keluar KOD QR. Secara peribadi, tempoh scan dia lagi cepat berbanding scan di autogate guna pasport fizikal. Lagi pula gate dia banyak dan tiada orang beratur pun. Jadi lagi cepat lah. Masa tu pula, pasport memang dah simpan dalam bag siap-siap. Hanya phone sahaja dalam poket. Kat sini pun, pasport dah selamat daripada tercicir. Lagi pula, lepas tu nak lalu security pula. Lagi leceh kalau banyak barang pada badan. Masa balik pun sama guna MyBorderPass juga. Biasa kalau KLIA T2, masa nak balik kita akan ke kanan untuk pergi ke autogate biasa. Tapi untuk laluan MyBorderPass ni dia ke kiri. Ada laluan lain. Scan juga macam biasa dan terus sampai ke luggage pickup. Jadi lepas ni tak perlu lagi nak sesak-sesak dengan tourist lain, sebab autogate biasa tu dah bercampur dengan negara lain kan. Lepas ni kita lalu autogate warna putih untuk orang Malaysia sahaja. Mudah dan pantas! Tapi tak lah wajib pun.
Markdown
[Skip to content](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#content "Skip to content") [![Olacuti](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/logo-olacuti-transparent.png)](https://olacuti.com/ "Olacuti") Menu - [Itinerari](https://olacuti.com/category/itinerari/) - [Destinasi](https://olacuti.com/category/destinasi/) - [Australia](https://olacuti.com/tag/australia/) - [Brunei](https://olacuti.com/tag/brunei/) - [Filipina](https://olacuti.com/tag/filipina/) - [Jepun](https://olacuti.com/tag/jepun/) - [Korea](https://olacuti.com/tag/korea/) - [Indonesia](https://olacuti.com/tag/indonesia/) - [Vietnam](https://olacuti.com/tag/vietnam/) - [Turki](https://olacuti.com/tag/turki/) - [Hong Kong](https://olacuti.com/tag/hong-kong/) - [Info](https://olacuti.com/category/info/) - [Penginapan](https://olacuti.com/category/penginapan/) - [Tips](https://olacuti.com/category/tips/) - [Makanan](https://olacuti.com/category/makanan/) - [Review](https://olacuti.com/category/review/) [Info](https://olacuti.com/category/info/) # Cara Guna MyBorderPass Di KLIA Ketika Ingin Travel Ke Luar Negara ![](https://secure.gravatar.com/avatar/b18b7c54b8a8f45f70af6d2181bd9dc265d1c854dd82d76e7208a8c3f231078f?s=40&d=mm&r=g) By [Aiman San](https://olacuti.com/author/adminolacuti/) Published On: March 23, 2025 Follow Us ![myborderpass malaysia](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/myborderpass.webp) Tahu tak mulai tahun 2025, kerajaan ada menyediakan satu lagi kaedah untuk melalui proses imigresen ketika di airport iaitu menggunakan MyBorderPass khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. Kita dah biasa, kalau pergi travel ke luar negara naik flight, wajib melalui proses imigresen. Proses sama sahaja baik di KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2 iaitu melalui autogate ataupun secara manual melaui pegawai imigresen. Kini ada satu lagi kaedah iaitu yang ke-3 diperkenalkan untuk rakyat Malaysia dan memudahkan urusan iaitu menerusi MyBoarderPass. Macam mana nak guna kaedah ini? Perlu ada apa-apa dokumen tambahan ke? Table of Contents [Toggle](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/) - [Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Apa_Itu_MyBorderPass_Dan_Apa_Kelebihannya) - [Cara Daftar MyBorderPass](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Cara_Daftar_MyBorderPass) - [Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Cara_Guna_MyBorderPass_Di_Autogate_Ingin_Ketika_Ke_Luar_Negara) - [Pengalaman Menggunakan MyBorderPass](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Pengalaman_Menggunakan_MyBorderPass) ## Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya **MyBorderPass** merupakan aplikasi mobile yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan urusan proses imigresen ketika di lapangan terbang iaitu di KLIA1 atau KLIA2. Baik ketika masuk atau keluar Malaysia. Kelebihan aplikasi MyBorderPass ini, rakyat Malaysia boleh menggunakan laluan autogate tanpa perlu *scan* atau imbas pasport secara fizikal. Hanya perlu imbas menggunakan aplikasi yang ada di smartphone sahaja. Bukan itu sahaja, dikatakan, ianya mampu menjimatkan masa sekitar 5-7 saat kerana proses imbasan yang pantas serta disediakan laluan khas bagi pengguna MyBorderPass. Bukan laluan autogate yang biasa. ## Cara Daftar MyBorderPass Untuk menggunakan **MyBorderPass** ini, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi sama ada di [Play Store](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.application.Myborderpass&hl=en) atau [App Store](https://apps.apple.com/my/app/myborderpass/id6503904291) secara percuma. Kemudian ikuti langkah berikut seperti dibawah : 1. Buka aplikasi dan klik pada **Pengguna Baharu : DAFTAR** untuk yang pertama kali untuk daftar 2. Kemudian tekan butang **Scan Passport** dan mula imbas muka utama pasport fizikal anda 3. Segala butiran peribadi pasport anda terpapar secara automatik pada bahagian Passport Details. Anda hanya perlu masukkan info pada Contact Details sahaja – no telefon dan alamat rumah. (*Plate No tinggalkan kosong pun takpa*) dan klik **Next** 4. Untuk proses **Face Verification**, anda perlu ambil gambar selfie anda dalam ruangan yang disediakan. Jika sudah berjaya, klik **Next** 5. Akhir sekali, pasukkan nombor 4-pin dan klik **Submit** ![cara daftar myborderpass](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/cara-daftar-myborderpass-1024x514.webp) Selesai! Anda terus boleh gunakan MyBorderPass ketika masuk atau keluar dari proses imigresen di airport. ## Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara Sebelum itu, anda perlu tahu 2 perkara utama ketika ingin menggunakan aplikasi MyBorderPass ketika di lapangan terbang - Anda tak boleh *screenshot* KOD QR yang digunakan dalam aplikasi ini - Pastikan anda mempunyai sambungan internet ketika ingin menggunakan MyBorderPass - Daftar baru setiap kali anda renew pasport Jom kita tengok pula cara guna MyBorderPass ketika melalui proses imigresen dan ingin ke luar negara : 1. Buka aplikasi dan masukkan nombor 4-pin yang anda telah tetapkan sebelum ini 2. Akan dipaparkan gambar pasport bersama KOD QR 3. Pergi pada laluan khas yang disediakan di airport (autogate warna putih) 4. Scan atau imbas KOD QR tersebut pada pengimbas yang disediakan 5. Masuk dalam kawasan autogate dan imbas muka anda Selesai. Anda perlu ingat, KOD QR tersebut hanya boleh digunakan selama 60 saat sahaja. Kemudian akan ditukar kepada KOD QR yang lain pula. Jadi lebih baik anda buka aplikasi ketika dah sampai di autogate tersebut. ![cara guna myborderpass](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/cara-guna-myborderpass-1024x576.webp) Dengan adanya MyBorderPass ini, anda tak perlu lagi pegang pasport fizikal ketika melalui autogate. Tetapi masih wajib untuk dibawa ke luar negara. Kaedah ini pula hanya diguna pakai di Malaysia sahaja. Nanti di luar negara, kena ikut kaedah negara tersebut sama ada guna autogate atau manual melalui pegawai imigresen. ## Pengalaman Menggunakan MyBorderPass Aku pertama kali guna kaedah MyBorderPass ni masa pergi ke Sapporo, Hokkaido pada Januari. Dah siap register awal-awal dari rumah lagi. Proses daftar ambil masa kurang 5 minit. Terus berjaya daftar. **BACA JUGA** : [Full Itinerari 5 Hari Ke Sapporo, Hokkaido Jepun](https://olacuti.com/itinerari-ke-sapporo-hokkaido-jepun/) Tiba di KLIA T2, aku buka aplikasi betul-betul masa di depan autogate. Masukkan no pin dan terus keluar KOD QR. Secara peribadi, tempoh scan dia lagi cepat berbanding scan di autogate guna pasport fizikal. Lagi pula gate dia banyak dan tiada orang beratur pun. Jadi lagi cepat lah. Masa tu pula, pasport memang dah simpan dalam bag siap-siap. Hanya phone sahaja dalam poket. Kat sini pun, pasport dah selamat daripada tercicir. Lagi pula, lepas tu nak lalu security pula. Lagi leceh kalau banyak barang pada badan. Masa balik pun sama guna MyBorderPass juga. Biasa kalau KLIA T2, masa nak balik kita akan ke kanan untuk pergi ke autogate biasa. Tapi untuk laluan MyBorderPass ni dia ke kiri. Ada laluan lain. Scan juga macam biasa dan terus sampai ke luggage pickup. Jadi lepas ni tak perlu lagi nak sesak-sesak dengan tourist lain, sebab autogate biasa tu dah bercampur dengan negara lain kan. Lepas ni kita lalu autogate warna putih untuk orang Malaysia sahaja. Mudah dan pantas! Tapi tak lah wajib pun. [aplikasi](https://olacuti.com/tag/aplikasi/) [myborderpass](https://olacuti.com/tag/myborderpass/) [Created with Sketch.](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Folacuti.com%2Fcara-daftar-dan-guna-myborderpass%2F&text=Cara+Guna+MyBorderPass+Di+KLIA+Ketika+Ingin+Travel+Ke+Luar+Negara) [![](https://secure.gravatar.com/avatar/b18b7c54b8a8f45f70af6d2181bd9dc265d1c854dd82d76e7208a8c3f231078f?s=110&d=mm&r=g)](https://olacuti.com/author/adminolacuti/) ### [Aiman San](https://olacuti.com/author/adminolacuti/) ## Join Telegram [Join Now](https://t.me/myhellocuti) ## Related Posts [![cancel dan refund agoda](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/cancel-dan-refund-agoda.webp)](https://olacuti.com/cara-mohon-refund-agoda-untuk-non-refundable/) [Cara Mohon Refund Agoda (Untuk Non-Refundable)](https://olacuti.com/cara-mohon-refund-agoda-untuk-non-refundable/) March 25, 2026 [![skybus bas airport melbourne](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/skybus-bas-airport-melbourne.webp)](https://olacuti.com/cara-beli-tiket-bas-airport-melbourne-skybus/) [Cara Beli Tiket Bas Airport Melbourne – SkyBus Secara Online](https://olacuti.com/cara-beli-tiket-bas-airport-melbourne-skybus/) March 11, 2026 [![topup tmoney](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/topup-tmoney.webp)](https://olacuti.com/cara-topup-tmoney-di-mesin/) [Cara Topup Tmoney Di Mesin Train Station Ketika Travel Di Korea](https://olacuti.com/cara-topup-tmoney-di-mesin/) February 26, 2026 [![tmoney di iphone](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/tmoney-di-iphone-2.webp)](https://olacuti.com/cara-guna-tmoney-di-iphone/) [Cara Guna Tmoney Di iPhone (Apple Pay)](https://olacuti.com/cara-guna-tmoney-di-iphone/) February 26, 2026 [![wise travel](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/wise-travel.webp)](https://olacuti.com/cara-daftar-kad-wise/) [Cara Daftar Kad Wise 2026 Lengkap Untuk Rakyat Malaysia](https://olacuti.com/cara-daftar-kad-wise/) February 23, 2026 [![dotonbori glico sign](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/06/dotonbori-osaka.webp)](https://olacuti.com/cara-ke-osaka-dari-tokyo/) [3 Cara Ke Osaka Dari Tokyo & Sebaliknya – Mana Pilihan Yang Lebih Baik?](https://olacuti.com/cara-ke-osaka-dari-tokyo/) February 26, 2026 ## 3 thoughts on “Cara Guna MyBorderPass Di KLIA Ketika Ingin Travel Ke Luar Negara” 1. Pingback: [Cara Semak Kelayakan SARA Bermula Ogos. Semua Dewasa Dapat RM100 - Olacuti](https://olacuti.com/cara-semak-kelayakan-sara-rm100/) 2. Pingback: [Cara Naik Flight Di KLIA 2 Untuk Kali Pertama - Olacuti](https://olacuti.com/cara-naik-flight-di-klia-2-untuk-kali-pertama/) 3. Pingback: [First Time Naik Flight di KLIA 1? Ini Cara Anda Perlu Tahu - Olacuti](https://olacuti.com/first-time-naik-flight-di-klia-1-ini-cara-anda-perlu-tahu/) ### Leave a Comment [Cancel reply](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#respond) You must be [logged in](https://olacuti.com/wp-login.php?redirect_to=https%3A%2F%2Folacuti.com%2Fcara-daftar-dan-guna-myborderpass%2F) to post a comment. [![](https://klikjer.com/members/media/banners/udfbbanner02.jpg)](https://klikjer.com/members/go.php?id=14308_92_1_405) # LATEST Post [![cancel dan refund agoda](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/cancel-dan-refund-agoda.webp)](https://olacuti.com/cara-mohon-refund-agoda-untuk-non-refundable/) [Cara Mohon Refund Agoda (Untuk Non-Refundable)](https://olacuti.com/cara-mohon-refund-agoda-untuk-non-refundable/) Published On: March 25, 2026 [![Hotel Aluna Ben Thanh Ho Chi Minh](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/Hotel-Aluna-Ben-Thanh-Ho-Chi-Minh.webp)](https://olacuti.com/review-hotel-aluna-ben-thanh-ho-chi-minh-vietnam/) [Review Hotel Aluna Ben Thanh, Ho Chi Minh Vietnam. Recommended\!](https://olacuti.com/review-hotel-aluna-ben-thanh-ho-chi-minh-vietnam/) Published On: March 13, 2026 [![skybus bas airport melbourne](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/skybus-bas-airport-melbourne.webp)](https://olacuti.com/cara-beli-tiket-bas-airport-melbourne-skybus/) [Cara Beli Tiket Bas Airport Melbourne – SkyBus Secara Online](https://olacuti.com/cara-beli-tiket-bas-airport-melbourne-skybus/) Published On: March 11, 2026 [![trip ke sungai mekong](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/trip-ke-sungai-mekong.webp)](https://olacuti.com/pengalaman-trip-naik-sampan-di-sungai-mekong-vietnam/) [Pengalaman Trip Naik Sampan Di Sungai Mekong, Vietnam](https://olacuti.com/pengalaman-trip-naik-sampan-di-sungai-mekong-vietnam/) Published On: March 9, 2026 [![Itinerari ke Ho Chi Minh Vietnam](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/03/Itinerari-ke-Ho-Chi-Minh-Vietnam.webp)](https://olacuti.com/itinerari-ke-ho-chi-minh-vietnam/) [Itinerari Ke Ho Chi Minh, Vietnam Selama 4 Hari Secara DIY](https://olacuti.com/itinerari-ke-ho-chi-minh-vietnam/) Updated On: March 13, 2026 [![topup tmoney](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/topup-tmoney.webp)](https://olacuti.com/cara-topup-tmoney-di-mesin/) [Cara Topup Tmoney Di Mesin Train Station Ketika Travel Di Korea](https://olacuti.com/cara-topup-tmoney-di-mesin/) Updated On: February 26, 2026 [![tmoney di iphone](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/tmoney-di-iphone-2.webp)](https://olacuti.com/cara-guna-tmoney-di-iphone/) [Cara Guna Tmoney Di iPhone (Apple Pay)](https://olacuti.com/cara-guna-tmoney-di-iphone/) Updated On: February 26, 2026 [![wise travel](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2026/02/wise-travel.webp)](https://olacuti.com/cara-daftar-kad-wise/) [Cara Daftar Kad Wise 2026 Lengkap Untuk Rakyat Malaysia](https://olacuti.com/cara-daftar-kad-wise/) Published On: February 23, 2026 ![logo olacuti white](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2024/05/logo-olacuti-white.png) Jom explore dunia! Blog ini penuh dengan info travel, tip bajet, dan itinerary best untuk trip yang lebih lancar dan seronok. Percutian impian, tak perlu pening\! ### Klik Sini [About Us](https://olacuti.com/about-us/) [Contact Us](https://olacuti.com/contact-us/) [Disclaimer](https://olacuti.com/disclaimer/) [Privacy Policy](https://olacuti.com/privacy-policy/) ### Rakan [Aiman Story](https://aimanabdullah.com/) [Ola Sukan](https://olasukan.com/) ### Ikuti Kami Di Ikuti kami Di Media Sosial Dapatkan Update Terkini Di Media Sosial © Olacuti.com • All rights reserved ![logo olacuti](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/logo-transparent.png) - [Itinerari](https://olacuti.com/category/itinerari/) - [Destinasi](https://olacuti.com/category/destinasi/) - [Australia](https://olacuti.com/tag/australia/) - [Brunei](https://olacuti.com/tag/brunei/) - [Filipina](https://olacuti.com/tag/filipina/) - [Jepun](https://olacuti.com/tag/jepun/) - [Korea](https://olacuti.com/tag/korea/) - [Indonesia](https://olacuti.com/tag/indonesia/) - [Vietnam](https://olacuti.com/tag/vietnam/) - [Turki](https://olacuti.com/tag/turki/) - [Hong Kong](https://olacuti.com/tag/hong-kong/) - [Info](https://olacuti.com/category/info/) - [Penginapan](https://olacuti.com/category/penginapan/) - [Tips](https://olacuti.com/category/tips/) - [Makanan](https://olacuti.com/category/makanan/) - [Review](https://olacuti.com/category/review/) Close ![]() ![]()
Readable Markdown
Tahu tak mulai tahun 2025, kerajaan ada menyediakan satu lagi kaedah untuk melalui proses imigresen ketika di airport iaitu menggunakan MyBorderPass khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. Kita dah biasa, kalau pergi travel ke luar negara naik flight, wajib melalui proses imigresen. Proses sama sahaja baik di KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2 iaitu melalui autogate ataupun secara manual melaui pegawai imigresen. Kini ada satu lagi kaedah iaitu yang ke-3 diperkenalkan untuk rakyat Malaysia dan memudahkan urusan iaitu menerusi MyBoarderPass. Macam mana nak guna kaedah ini? Perlu ada apa-apa dokumen tambahan ke? Table of Contents - [Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Apa_Itu_MyBorderPass_Dan_Apa_Kelebihannya) - [Cara Daftar MyBorderPass](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Cara_Daftar_MyBorderPass) - [Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Cara_Guna_MyBorderPass_Di_Autogate_Ingin_Ketika_Ke_Luar_Negara) - [Pengalaman Menggunakan MyBorderPass](https://olacuti.com/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/#Pengalaman_Menggunakan_MyBorderPass) ## Apa Itu MyBorderPass Dan Apa Kelebihannya **MyBorderPass** merupakan aplikasi mobile yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan urusan proses imigresen ketika di lapangan terbang iaitu di KLIA1 atau KLIA2. Baik ketika masuk atau keluar Malaysia. Kelebihan aplikasi MyBorderPass ini, rakyat Malaysia boleh menggunakan laluan autogate tanpa perlu *scan* atau imbas pasport secara fizikal. Hanya perlu imbas menggunakan aplikasi yang ada di smartphone sahaja. Bukan itu sahaja, dikatakan, ianya mampu menjimatkan masa sekitar 5-7 saat kerana proses imbasan yang pantas serta disediakan laluan khas bagi pengguna MyBorderPass. Bukan laluan autogate yang biasa. ## Cara Daftar MyBorderPass Untuk menggunakan **MyBorderPass** ini, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi sama ada di [Play Store](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.application.Myborderpass&hl=en) atau [App Store](https://apps.apple.com/my/app/myborderpass/id6503904291) secara percuma. Kemudian ikuti langkah berikut seperti dibawah : 1. Buka aplikasi dan klik pada **Pengguna Baharu : DAFTAR** untuk yang pertama kali untuk daftar 2. Kemudian tekan butang **Scan Passport** dan mula imbas muka utama pasport fizikal anda 3. Segala butiran peribadi pasport anda terpapar secara automatik pada bahagian Passport Details. Anda hanya perlu masukkan info pada Contact Details sahaja – no telefon dan alamat rumah. (*Plate No tinggalkan kosong pun takpa*) dan klik **Next** 4. Untuk proses **Face Verification**, anda perlu ambil gambar selfie anda dalam ruangan yang disediakan. Jika sudah berjaya, klik **Next** 5. Akhir sekali, pasukkan nombor 4-pin dan klik **Submit** ![cara daftar myborderpass](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/cara-daftar-myborderpass-1024x514.webp) Selesai! Anda terus boleh gunakan MyBorderPass ketika masuk atau keluar dari proses imigresen di airport. ## Cara Guna MyBorderPass Di Autogate Ingin Ketika Ke Luar Negara Sebelum itu, anda perlu tahu 2 perkara utama ketika ingin menggunakan aplikasi MyBorderPass ketika di lapangan terbang - Anda tak boleh *screenshot* KOD QR yang digunakan dalam aplikasi ini - Pastikan anda mempunyai sambungan internet ketika ingin menggunakan MyBorderPass - Daftar baru setiap kali anda renew pasport Jom kita tengok pula cara guna MyBorderPass ketika melalui proses imigresen dan ingin ke luar negara : 1. Buka aplikasi dan masukkan nombor 4-pin yang anda telah tetapkan sebelum ini 2. Akan dipaparkan gambar pasport bersama KOD QR 3. Pergi pada laluan khas yang disediakan di airport (autogate warna putih) 4. Scan atau imbas KOD QR tersebut pada pengimbas yang disediakan 5. Masuk dalam kawasan autogate dan imbas muka anda Selesai. Anda perlu ingat, KOD QR tersebut hanya boleh digunakan selama 60 saat sahaja. Kemudian akan ditukar kepada KOD QR yang lain pula. Jadi lebih baik anda buka aplikasi ketika dah sampai di autogate tersebut. ![cara guna myborderpass](https://olacuti.com/wp-content/uploads/2025/03/cara-guna-myborderpass-1024x576.webp) Dengan adanya MyBorderPass ini, anda tak perlu lagi pegang pasport fizikal ketika melalui autogate. Tetapi masih wajib untuk dibawa ke luar negara. Kaedah ini pula hanya diguna pakai di Malaysia sahaja. Nanti di luar negara, kena ikut kaedah negara tersebut sama ada guna autogate atau manual melalui pegawai imigresen. ## Pengalaman Menggunakan MyBorderPass Aku pertama kali guna kaedah MyBorderPass ni masa pergi ke Sapporo, Hokkaido pada Januari. Dah siap register awal-awal dari rumah lagi. Proses daftar ambil masa kurang 5 minit. Terus berjaya daftar. **BACA JUGA** : [Full Itinerari 5 Hari Ke Sapporo, Hokkaido Jepun](https://olacuti.com/itinerari-ke-sapporo-hokkaido-jepun/) Tiba di KLIA T2, aku buka aplikasi betul-betul masa di depan autogate. Masukkan no pin dan terus keluar KOD QR. Secara peribadi, tempoh scan dia lagi cepat berbanding scan di autogate guna pasport fizikal. Lagi pula gate dia banyak dan tiada orang beratur pun. Jadi lagi cepat lah. Masa tu pula, pasport memang dah simpan dalam bag siap-siap. Hanya phone sahaja dalam poket. Kat sini pun, pasport dah selamat daripada tercicir. Lagi pula, lepas tu nak lalu security pula. Lagi leceh kalau banyak barang pada badan. Masa balik pun sama guna MyBorderPass juga. Biasa kalau KLIA T2, masa nak balik kita akan ke kanan untuk pergi ke autogate biasa. Tapi untuk laluan MyBorderPass ni dia ke kiri. Ada laluan lain. Scan juga macam biasa dan terus sampai ke luggage pickup. Jadi lepas ni tak perlu lagi nak sesak-sesak dengan tourist lain, sebab autogate biasa tu dah bercampur dengan negara lain kan. Lepas ni kita lalu autogate warna putih untuk orang Malaysia sahaja. Mudah dan pantas! Tapi tak lah wajib pun.
Shard71 (laksa)
Root Hash5213409002071029471
Unparsed URLcom,olacuti!/cara-daftar-dan-guna-myborderpass/ s443