šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 53 (from laksa138)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

šŸ“„
INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
39 minutes ago
šŸ¤–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/
Last Crawled2026-04-08 01:48:36 (39 minutes ago)
First Indexed2020-07-02 11:47:03 (5 years ago)
HTTP Status Code200
Meta Title17 Idea Hantaran Kahwin Yang Menarik
Meta DescriptionApabila kedua belah pihak bersetuju melansungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir tentang segala persiapan menuju ke hari bahagia. Hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan. Pasti anda runsing untuk menyenaraikan barang hantaran bukan? Jangan risau, kali ini kami kongsikan 17 idea hantaran kahwin yang menarik.. Hantaran Al-Quran dan…
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Apabila kedua belah pihak bersetuju melansungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir tentang segala persiapan menuju ke hari bahagia. Hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan. Pasti anda runsing untuk menyenaraikan barang hantaran bukan? Jangan risau, kali ini kami kongsikan 17 idea hantaran kahwin yang menarik.. Hantaran Al-Quran dan Sejadah Sebagai pasangan yang beragama Islam, ada baiknya kita mulakan detik penyatuan dua jiwa dengan menghadiahkan kitab suci Al-Quran kepada pasangan. Pastinya ia akan menggamit perasaan jika Al-Quran ini bukan sahaja menjadi perhiasan rumah, malah menjadi hiasan rumahtangga dengan membaca dan menelaah isinya bersama nanti. Alas sembahyang atau sejadah pula sangat berguna dijadikan hantaran. Ia merupakan salah satu jenis hantaran yang tidak lapuk kerana dipakai setiap hari! Cari sejadah yang mempunyai material ringan dan mudah dilipat agar ia mudah digubah menjadi hantaran kahwin yang menawan. Untuk pihak perempuan, boleh disertakan telekung dan tasbih sebagai pelengkap.Ā  Lihat lebih banyak pilihan dan idea hantaran kahwin yang ada dalam koleksi nikahsatu di sini . Hantaran Wajib Adat Resam Bak kata orang tua, adat tidak boleh diketepikan. Biarpun kita hidup dalam zaman serba moden, tidak salah rasanya mengekalkan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya. Jika anda ingin terus mengekalkan tradisi melayu, terdapat beberapa barang hantaran yang tidak patut ditinggalkan. Hantaran Wang Tunai / Mas Kahwin Hantaran wang atau mas kahwin ini pasti menarik jika anda gunakan kreativiti. Gunakan kemahiran origami agar wang tersebut boleh digubah menjadi pelbagai bentuk seperti bunga, burung dan sebagainya. Wang tersebut boleh juga diletakkan di dalam bingkai gambar dan dijadikan hiasan di rumah anda selepas berkahwin. Hantaran Sirih Junjung atau Tepak Sirih Hantaran ini merupakan adat biasa dalam masyarakat Melayu. Ia selalunya dijadikan ā€˜kepala’ hantaran. Pelbagai variasi gubahan boleh dilakukan mengikut daya kreativiti. Untuk kelihatan moden, gabungkan dengan bunga-bunga segar seperti peonies, hydrangea atau hyacinth. Hantaran Bunga Rampai Kekal menjaga tradisi, bunga rampai sering dijadikan hantaran dan diletakkan dalam bekas yang unik. Dengan aromanya yang harum, ia merupakan potpourri tradisi versi melayu. Tambahan, ia pasti membangkitkan mood segar dalam bilik pengantin! Istimewanya, ia menjimatkan kos dan boleh divariasikan mengikut kreativiti. Hantaran Jam Tangan Hantaran jam tangan mungkin kedengaran biasa dan tidaklah terlalu unik. Namun, jika anda memilih jam tangan yang timeless pastinya jam tersebut sentiasa boleh menjadi in trend dan menjadi tanda ingatan abadi buat pasangan pengantin. Hantaran Set Wangian Antara idea paling mudah dan popular untung dijadikan barang hantaran sudah semestinya set wangian. Tidak kira set minyak wangi atau disertakan dengan body mist, shower gel, hand cream malah sabun buku juga popular kerana mudah digubah. Apabila memilih set wangian untuk dijadikan hantaran, cari packaging yang menarik, unik dan bersesuaian dengan tema anda. Tetapi jangan dilupakan tentang pilihan haruman pasangan anda. Ini amat penting agar ia boleh dipakai selepas majlis dilansungkan. Hantaran Pakaian Bila berkata tentang hantaran pakaian, sudah tentu terdapat pelbagai variasi untuk dipilih. Tidak kira untuk pihak lelaki mahupun pihak perempuan, banyak pilihan jika anda memilih kategori ini sebagai barang hantaran. Hantaran Set Baju Kerja / Formal Untuk pihak lelaki sudah pasti baju kemeja disertakan dengan tali leher menjadi pilihan. Walaupun mungkin pengantin lelaki tidak memakai pakaian formal untuk ke tempat kerja, ia boleh dipakai untuk menghadiri acara rasmi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.Ā  Jika anda ingin memberikan pakaian formal untuk pengantin perempuan juga tidak ada salahnya. Pilihan baju kurung moden atau designer piece pastinya dapat membuatkan sang pengantin tersenyum gembira. Hantaran Baju Tradisi Sama seperti baju formal, baju tradisi seperti baju melayu dan baju kurung juga sering dijadikan salah satu item dalam senarai hantaran . Pastinya ia lebih cantik apabila dilengkapi dengan songkok atau kain samping.Ā  Untuk pihak perempuan pula, baju kurung atau kebaya beserta tudung atau selendang boleh dijadikan hantaran. Ia boleh dilipat berbentuk bunga mahupun diletakkan dalam kotak hiasan. Hantaran Kasut Bagi pilihan kasut pula, anda perlu berbincang dengan pasangan anda tentang pilihan kasut yang disukainya. Antara jenis kasut yang biasa dijadikan hantaran kahwin ialah kasut sukan, sneakers atau kasut kulit.Ā  Pilihan untuk diletakkan di dalam kotak atau dihiaskan dengan reben juga sudah memadai. Untuk jadi lebih unik, mungkin pilihan kasut Vans yang ranggi atau Adidas/Nike terbaru pastinya menjadi idaman pengantin muda. Hantaran Barang Kemas Ini antara barang hantaran yang mempunyai nilai tersendiri. Pilihan pelbagai variasi barang kemas sama ada gelang, rantai mahupun loket, ianya pasti akan membuatkan pengantin perempuan berasa gembira!Ā  Untuk menjadikan lebih eksklusif, mungkin anda boleh mencari barang kemas yang boleh diukir atau custom made. Bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin, item ini pasti akan menjadi sesuatu yang sentimental buat si penerima. Pilih design yang simple agar ia tidak ditelan zaman. Hantaran Makanan & Manisan Makanan boleh memberikan mood gembira buat sesiapa sahaja. Siapa yang tak suka makanan kan? Kerana itu, ia merupakan pilihan popular untuk dijadikan barang hantaran. Pelbagai pilihan makanan sesuai dijadikan sebagai hantaran. The possibilities are endless! Hantaran Kek & Coklat Sinonim dengan majlis keraian, kek menjadi antara pilihan utama. Selain terdapat pelbagai variasi dari segi rasa, terdapat pilihan jenis dan bentuk yang boleh dipilih. Pilih warna yang bersesuaian dengan tema hantaran anda dan elakkan memilih yang terlalu besar saiznya. Coklat juga merupakan pilihan yang tidak asing lagi. Tidak kira anda memilih jenama antarabangsa atau coklat buatan Malaysia, hiaskan ia dengan pelbagai variasi di atas dulang hantaran. Pasti tetamu yang hadir menelan air liur melihatnya! Hantaran Buah-Buahan Buah-buahan biasa yang sering menjadi pilihan sudah tentu buah seperti anggur, strawberry , oren dan epal. Tetapi untuk kelihatan lebih unik, cari buah-buahan yang rare tetapi cantik untuk dihiaskan. Pilihan seperti buah ceri, pelbagai jenis berries, kiwi, delima dan pir pasti boleh membuatkan hantaran anda lebih menyerlah.Ā  Untuk mendapatkan warna buah yang cantik, tipsnya anda perlu mengelap kulit buah menggunakan sedikit minyak masak. Pasti hantaran anda akan kelihatan lebih lazat! Hantaran Makanan Tradisi Warna kuning keemasannya, amat simbolik dengan pasangan raja sehari. Pulut kuning sesuai dijadikan hantaran dengan dihiasi telur rebus (sama ada telur ayam atau telur puyuh) mahupun sayur-sayuran. Selain pulut kuning, kuih tradisi seperti kuih-kuih talam berwarna-warni juga sesuai dijadikan hantaran. Hantaran Makanan Sunnah Bila sebut makanan sunnah, pasti anda terbayang seribu satu khasiatnya. Antara makanan sunnah yang boleh diberikan adalah madu lebah, kurma, kismis, buah tin dan minyak zaitun. Bukan sahaja ia akan kelihatan menarik, malah pasti memberikan keunikan dalam set hantaran dan memberikan impak rare dalam hantaran kahwin anda. Hantaran Berasaskan Hobi dan Minat Kita sudah mula melihat ia menjadi seakan trend baru-baru ini apabila pengantin menyelitkan barang hantaran berasaskan hobi dan minat mereka. Ini secara tidak langsung, membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak membataskan segala hobi atau minat pengantin. Hantaran Games seperti Playstation atau Xbox Permainan seperti ini disukai oleh kebanyakan pengantin lelaki. Tetapi jangan terperanjat jika ada juga pengantin perempuan yang mengidam juga! Ia nampak unik selain menunjukkan betapa sporting nya pasangan mempelai tersebut. Hantaran Buku Jika pasangan anda ialah seorang ulat buku, hantaran ini pastinya akan membuatkan dia tersenyum lebar. Ketahui penulis dan genre kegemaran penerima selain mencari tajuk-tajuk yang romantis. Buku ilmiah, motivasi dan keagaaman juga boleh menjadi simbolik yang hebat. Jika pasangan anda peminat komik, ia juga menarik dijadikan hantaran! Hantaran Haiwan Kesayangan Jangan ketawa! Ini pernah berlaku ya! Jika pasangan pengantin tersebut begitu suka dengan haiwan kesayangan seperti kucing, ikan, burung dan pelbagai lagi, mengapa tidak? Mungkin boleh disertakan sekali dengan keperluan haiwan tersebut.Ā  Tapi kami nasihatkan jika pasangan anda sukakan haiwan eksotik seperti ular dan iguana, jangan pula dijadikan hantaran. Terkejut makcik-makcik nanti! Apa pun pilihan barang hantaran anda, saranan kami supaya adat dan nilai tradisi tidak dilupakan. Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari apa yang mampu. Apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan kerana di situlah permulaan kehidupan baru anda.Ā  Tahu tak, nikahsatu turut menawarkan pelbagai pilihan hantaran kahwin pada harga berpatutan. Tengok di sini . NikahSatu Tips Gunakan kad digital dariĀ  nikahsatu.com Ā yang lengkap dengan fungsiĀ  RSVP khas untuk majlis kahwin di musim covid. Mudahlah anda mengawal dan menguruskan majlis dengan semua rekod kehadiran tetamu nanti. Sempena PKP kad digital ini diberikan RM5 sahaja, buat dulu kad ini sekarang walaupun date belum comfirm… benda digital kan, apa2 nanti boleh editĀ  je balik info.Ā  Buat kad digitalĀ  90% OFF , RM5 sahaja di sini sekarang.
Markdown
![fbpx](https://www.facebook.com/tr?id=1375515100017302&ev=PageView&noscript=1) [Skip to content](https://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/#content) ## [GRAB Discount hingga RM5,000 + LUCKY DRAW 6x BERLIAN Bulan Ini](https://nikahsatu.com/rebate/) [Facebook](https://www.facebook.com/nikahsatu) [Twitter](https://twitter.com/nikahsatu/) [Youtube](https://www.youtube.com/channel/UCTPMuu7cYy1kDxiry_DmLJw) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/01/ns-logo-colored.svg)](https://nikahsatu.com/) - [By Locations](https://nikahsatu.com/venue/) ## View venues based on location Deals kahwin paling JIMAT dan BEST di lokasi anda. [View All Venues](https://nikahsatu.com/venue/) ## In Kuantan Rumah Abang Jamil Pantai Balok Rumah Abang Jamil Teluk Sisek [More venue in Kuantan](https://nikahsatu.com/venue-pahang/) ## In Melaka Arjuna Melaka [More venue in Melaka](https://nikahsatu.com/venue-di-melaka) ## In KL & Selangor Rumah Kayu 1928 JIWA Kuala Lumpur [More venue in KL & Selangor](https://nikahsatu.com/venue-kl-selangor/) ## In Kuala Terengganu Rumah Abang Jamil Kuala Terengganu ## In Johor Bahru Arjuna Johor Bahru Rumah Abang Jamil Johor Bahru [More venue in Johor Bahru](https://nikahsatu.com/venue-johor/) ## In Kota Bharu Rumah Abang Jamil Kota Bharu ## In Ipoh Arjuna Ipoh [More venue in Ipoh](https://nikahsatu.com/venue-perak) ## In Seremban Rumah Abang Jamil Seremban Venue 1 [More venue in Seremban](https://nikahsatu.com/venue-di-seremban) ## In Penang/Kedah Rumah Abang Jamil Prai ## Featured venues ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2026/03/Rumah-Kayu-1928-Cover-1024x683.webp) ## Rumah Kayu 1928 ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2025/11/Enscape_2025-07-17-17-26-32-1024x576.webp) ## Arjuna Melaka ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2026/02/ADL00098-1024x683.jpg) ## JIWA Kuala Lumpur ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2025/06/ARCHITECTURE-1-1024x683.jpg) ## JIWA Kajang Previous Next [All Venues](https://nikahsatu.com/venue/) ## Venues Rumah Kayu 1928 Arjuna Melaka JIWA Kuala Lumpur JIWA Kajang Arjuna Ipoh Rumah Abang Jamil Prai Arjuna Johor Bahru Alam Maya Shah Alam Villa Rimba Flora Sg Buloh JIWA Damansara - [Catalogue](https://nikahsatu.com/catalogue/) ## View categories Pelbagai produk dan servis perkahwinan yang terbaik dan berkualiti. [View Catalogue](https://nikahsatu.com/catalogue/) [Kad Digital](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-digital/) [Kad Printed](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-printed/) [Photos & Videos](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-and-videos/) [Busana Songket](https://nikahsatu.com/catalogue/busana-songket/) [Custom Giftbox](https://nikahsatu.com/catalogue/custom-giftbox) ## View categories Pelbagai produk dan servis perkahwinan yang terbaik dan berkualiti. [View Catalogue](https://nikahsatu.com/catalogue/) [Kad Digital](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-digital/) [Kad Printed](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-printed/) [Photos](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-by-artsy/) [Custom Giftbox](https://nikahsatu.com/catalogue/custom-mirinda-giftbox/) [Busana Songket](https://nikahsatu.com/catalogue/busana-songket/) - [Promo](https://nikahsatu.com/monthly-promo/) - [FAQ](https://nikahsatu.com/terms/) - [Blog](https://nikahsatu.com/blog/) [Grab Rebate Now](https://nikahsatu.com/rebate/) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/01/menu-iconasd.png)](https://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/#elementor-action%3Aaction%3Dpopup%3Aopen%26settings%3DeyJpZCI6IjM5NDQzIiwidG9nZ2xlIjpmYWxzZX0%3D) ## 17 Idea Hantaran Kahwin Yang Menarik Apabila kedua belah pihak bersetuju melansungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir tentang segala persiapan menuju ke hari bahagia. Hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan. Pasti anda runsing untuk menyenaraikan barang hantaran bukan? Jangan risau, kali ini kami kongsikan **17 idea hantaran kahwin yang menarik..** ## Hantaran Al-Quran dan Sejadah Sebagai pasangan yang beragama Islam, ada baiknya kita mulakan detik penyatuan dua jiwa dengan menghadiahkan kitab suci Al-Quran kepada pasangan. Pastinya ia akan menggamit perasaan jika Al-Quran ini bukan sahaja menjadi perhiasan rumah, malah menjadi hiasan rumahtangga dengan membaca dan menelaah isinya bersama nanti. Alas sembahyang atau sejadah pula sangat berguna dijadikan hantaran. Ia merupakan salah satu jenis hantaran yang tidak lapuk kerana dipakai setiap hari! Cari sejadah yang mempunyai material ringan dan mudah dilipat agar ia mudah digubah menjadi hantaran kahwin yang menawan. Untuk pihak perempuan, boleh disertakan telekung dan tasbih sebagai pelengkap. Lihat lebih banyak pilihan dan idea hantaran kahwin yang ada dalam koleksi nikahsatu [di sini](https://nikahsatu.com/hantaran/). ## Hantaran Wajib Adat Resam Bak kata orang tua, adat tidak boleh diketepikan. Biarpun kita hidup dalam zaman serba moden, tidak salah rasanya mengekalkan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya. Jika anda ingin terus mengekalkan tradisi melayu, terdapat beberapa barang hantaran yang tidak patut ditinggalkan. #### **Hantaran Wang Tunai / Mas Kahwin** Hantaran wang atau mas kahwin ini pasti menarik jika anda gunakan kreativiti. Gunakan kemahiran origami agar wang tersebut boleh digubah menjadi pelbagai bentuk seperti bunga, burung dan sebagainya. Wang tersebut boleh juga diletakkan di dalam bingkai gambar dan dijadikan hiasan di rumah anda selepas berkahwin. #### **Hantaran Sirih Junjung atau Tepak Sirih** Hantaran ini merupakan adat biasa dalam masyarakat Melayu. Ia selalunya dijadikan ā€˜kepala’ hantaran. Pelbagai variasi gubahan boleh dilakukan mengikut daya kreativiti. Untuk kelihatan moden, gabungkan dengan bunga-bunga segar seperti *peonies, hydrangea* atau *hyacinth.* #### **Hantaran Bunga Rampai** Kekal menjaga tradisi, bunga rampai sering dijadikan hantaran dan diletakkan dalam bekas yang unik. Dengan aromanya yang harum, ia merupakan *potpourri* tradisi versi melayu. Tambahan, ia pasti membangkitkan *mood* segar dalam bilik pengantin! Istimewanya, ia menjimatkan kos dan boleh divariasikan mengikut kreativiti. ## Hantaran Jam Tangan Hantaran jam tangan mungkin kedengaran biasa dan tidaklah terlalu unik. Namun, jika anda memilih jam tangan yang *timeless* pastinya jam tersebut sentiasa boleh menjadi *in trend* dan menjadi tanda ingatan abadi buat pasangan pengantin. ## Hantaran Set Wangian Antara idea paling mudah dan popular untung dijadikan barang hantaran sudah semestinya set wangian. Tidak kira set minyak wangi atau disertakan dengan *body mist, shower gel,* *hand cream* malah sabun buku juga popular kerana mudah digubah. Apabila memilih set wangian untuk dijadikan hantaran, cari *packaging* yang menarik, unik dan bersesuaian dengan tema anda. Tetapi jangan dilupakan tentang pilihan haruman pasangan anda. Ini amat penting agar ia boleh dipakai selepas majlis dilansungkan. ## Hantaran Pakaian Bila berkata tentang hantaran pakaian, sudah tentu terdapat pelbagai variasi untuk dipilih. Tidak kira untuk pihak lelaki mahupun pihak perempuan, banyak pilihan jika anda memilih kategori ini sebagai barang hantaran. #### **Hantaran Set Baju Kerja / Formal** Untuk pihak lelaki sudah pasti baju kemeja disertakan dengan tali leher menjadi pilihan. Walaupun mungkin pengantin lelaki tidak memakai pakaian formal untuk ke tempat kerja, ia boleh dipakai untuk menghadiri acara rasmi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Jika anda ingin memberikan pakaian formal untuk pengantin perempuan juga tidak ada salahnya. Pilihan baju kurung moden atau *designer piece* pastinya dapat membuatkan sang pengantin tersenyum gembira. #### **Hantaran Baju Tradisi** Sama seperti baju formal, baju tradisi seperti baju melayu dan baju kurung juga sering dijadikan salah satu item dalam [senarai hantaran](https://nikahsatu.com/hantaran/). Pastinya ia lebih cantik apabila dilengkapi dengan songkok atau kain samping. Untuk pihak perempuan pula, baju kurung atau kebaya beserta tudung atau selendang boleh dijadikan hantaran. Ia boleh dilipat berbentuk bunga mahupun diletakkan dalam kotak hiasan. #### **Hantaran Kasut** Bagi pilihan kasut pula, anda perlu berbincang dengan pasangan anda tentang pilihan kasut yang disukainya. Antara jenis kasut yang biasa dijadikan hantaran kahwin ialah kasut sukan, *sneakers* atau kasut kulit. Pilihan untuk diletakkan di dalam kotak atau dihiaskan dengan reben juga sudah memadai. Untuk jadi lebih unik, mungkin pilihan kasut Vans yang ranggi atau Adidas/Nike terbaru pastinya menjadi idaman pengantin muda. ## Hantaran Barang Kemas Ini antara barang hantaran yang mempunyai nilai tersendiri. Pilihan pelbagai variasi barang kemas sama ada gelang, rantai mahupun loket, ianya pasti akan membuatkan pengantin perempuan berasa gembira\! Untuk menjadikan lebih eksklusif, mungkin anda boleh mencari barang kemas yang boleh diukir atau *custom made.* Bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin, item ini pasti akan menjadi sesuatu yang sentimental buat si penerima. Pilih *design* yang *simple* agar ia tidak ditelan zaman. ## Hantaran Makanan & Manisan Makanan boleh memberikan *mood* gembira buat sesiapa sahaja. Siapa yang tak suka makanan kan? Kerana itu, ia merupakan pilihan popular untuk dijadikan barang hantaran. Pelbagai pilihan makanan sesuai dijadikan sebagai hantaran. *The possibilities are endless\!* #### **Hantaran Kek & Coklat** Sinonim dengan majlis keraian, kek menjadi antara pilihan utama. Selain terdapat pelbagai variasi dari segi rasa, terdapat pilihan jenis dan bentuk yang boleh dipilih. Pilih warna yang bersesuaian dengan tema hantaran anda dan elakkan memilih yang terlalu besar saiznya. Coklat juga merupakan pilihan yang tidak asing lagi. Tidak kira anda memilih jenama antarabangsa atau coklat buatan Malaysia, hiaskan ia dengan pelbagai variasi di atas dulang hantaran. Pasti tetamu yang hadir menelan air liur melihatnya\! #### **Hantaran Buah-Buahan** Buah-buahan biasa yang sering menjadi pilihan sudah tentu buah seperti anggur, *strawberry*, oren dan epal. Tetapi untuk kelihatan lebih unik, cari buah-buahan yang *rare* tetapi cantik untuk dihiaskan. Pilihan seperti buah ceri, pelbagai jenis *berries,* kiwi, delima dan pir pasti boleh membuatkan hantaran anda lebih menyerlah. Untuk mendapatkan warna buah yang cantik, tipsnya anda perlu mengelap kulit buah menggunakan sedikit minyak masak. Pasti hantaran anda akan kelihatan lebih lazat\! #### **Hantaran Makanan Tradisi** Warna kuning keemasannya, amat simbolik dengan pasangan raja sehari. Pulut kuning sesuai dijadikan hantaran dengan dihiasi telur rebus (sama ada telur ayam atau telur puyuh) mahupun sayur-sayuran. Selain pulut kuning, kuih tradisi seperti kuih-kuih talam berwarna-warni juga sesuai dijadikan hantaran. #### **Hantaran Makanan Sunnah** Bila sebut makanan sunnah, pasti anda terbayang seribu satu khasiatnya. Antara makanan sunnah yang boleh diberikan adalah madu lebah, kurma, kismis, buah tin dan minyak zaitun. Bukan sahaja ia akan kelihatan menarik, malah pasti memberikan keunikan dalam set hantaran dan memberikan impak *rare* dalam hantaran kahwin anda. ## Hantaran Berasaskan Hobi dan Minat Kita sudah mula melihat ia menjadi seakan *trend* baru-baru ini apabila pengantin menyelitkan barang hantaran berasaskan hobi dan minat mereka. Ini secara tidak langsung, membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak membataskan segala hobi atau minat pengantin. #### **Hantaran *Games* seperti *Playstation* atau *Xbox*** Permainan seperti ini disukai oleh kebanyakan pengantin lelaki. Tetapi jangan terperanjat jika ada juga pengantin perempuan yang mengidam juga! Ia nampak unik selain menunjukkan betapa *sporting*nya pasangan mempelai tersebut. #### **Hantaran Buku** Jika pasangan anda ialah seorang ulat buku, hantaran ini pastinya akan membuatkan dia tersenyum lebar. Ketahui penulis dan genre kegemaran penerima selain mencari tajuk-tajuk yang romantis. Buku ilmiah, motivasi dan keagaaman juga boleh menjadi simbolik yang hebat. Jika pasangan anda peminat komik, ia juga menarik dijadikan hantaran\! #### **Hantaran Haiwan Kesayangan** Jangan ketawa! Ini pernah berlaku ya! Jika pasangan pengantin tersebut begitu suka dengan haiwan kesayangan seperti kucing, ikan, burung dan pelbagai lagi, mengapa tidak? Mungkin boleh disertakan sekali dengan keperluan haiwan tersebut. Tapi kami nasihatkan jika pasangan anda sukakan haiwan eksotik seperti ular dan iguana, jangan pula dijadikan hantaran. Terkejut makcik-makcik nanti\! Apa pun pilihan barang hantaran anda, saranan kami supaya adat dan nilai tradisi tidak dilupakan. Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari apa yang mampu. Apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan kerana di situlah permulaan kehidupan baru anda. Tahu tak, nikahsatu turut menawarkan pelbagai pilihan hantaran kahwin pada harga berpatutan. Tengok [di sini](https://nikahsatu.com/hantaran/). ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2020/05/tips.png) ### NikahSatu Tips Gunakan kad digital dari [nikahsatu.com](https://nikahsatu.com/digital-invite "Kad Kahwin Digital Nikahsatu") yang lengkap dengan fungsi **RSVP** khas untuk majlis kahwin di musim covid. Mudahlah anda mengawal dan menguruskan majlis dengan semua rekod kehadiran tetamu nanti. Sempena PKP kad digital ini diberikan RM5 sahaja, buat dulu kad ini sekarang walaupun date belum comfirm… benda digital kan, apa2 nanti boleh *edit* je balik info. [Buat kad digital *90% OFF*, RM5 sahaja di sini sekarang.](https://nikahsatu.com/digital-invite "Kad Kahwin Digital Nikahsatu") ### Areed Razman Nikahsatu Writer ## Share [PrevRead previous post5 Idea Hantaran Yang Jimat Tapi Penuh ā€˜Style’ Untuk Inspirasi Anda](https://nikahsatu.com/5-idea-hantaran-yang-jimat-tapi-penuh-style-untuk-inspirasi-anda/) [Next10 Idea Menarik Gubahan Dulang Hantaran TerkiniNext](https://nikahsatu.com/10-idea-menarik-gubahan-dulang-hantaran-terkini/) ## Keep on reading ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2023/10/EOSR5474-1024x683.jpg) ## Walaupun dibantah ibu bapa, generasi sekarang berjaya buat majlis kahwin waktu malam ## 3 years ago ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2021/01/hiasan-dewan-kahwin-1024x538.jpg) ## Idea Hiasan Untuk Dewan Kahwin Yang Ringkas Tapi Menarik ## 5 years ago ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2021/01/dewan-kahwin-1024x538.jpg) ## Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Majlis Kahwin Di Dewan ## 5 years ago ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/01/ns-logo-colored.svg) Kami bantu anda rancang belanja kahwin dengan lebih MUDAH dan JIMAT. Rangkaian produk dan servis perkahwinan yang terbaik dan berkualiti. [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/02/ns-fb.png)](https://facebook.com/nikahsatu) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/02/ns-instagram.png)](https://instagram.com/nikahsatu/) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/02/ns-youtube.png)](https://www.youtube.com/channel/UCTPMuu7cYy1kDxiry_DmLJw) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/02/ns-twitter.png)](https://twitter.com/nikahsatu/) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/02/ns-pinterest.png)](https://pinterest.com/nikahsatu/) ## Categories in Package - [Kad Digital](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-digital/) - [Kad Printed](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-printed/) - [Photos](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-by-artsy/) - [Custom Giftbox](https://nikahsatu.com/catalogue/custom-mirinda-giftbox/) - [Venue](https://nikahsatu.com/venue/) - [Kad Digital](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-digital/) - [Kad Printed](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-printed/) - [Photos](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-by-artsy/) - [Custom Giftbox](https://nikahsatu.com/catalogue/custom-mirinda-giftbox/) - [Venue](https://nikahsatu.com/venue/) ## Company - [Blog](https://nikahsatu.com/blog/) - [Privacy Policy](https://nikahsatu.com/privacy-policy/) - [Terms & Conditions](https://nikahsatu.com/terms/) - [Blog](https://nikahsatu.com/blog/) - [Privacy Policy](https://nikahsatu.com/privacy-policy/) - [Terms & Conditions](https://nikahsatu.com/terms/) ## Subscribe Nak dapatkan Deals kahwin terus ke phone anda? ## Ā© 2019 NikahSatu by Zest Venture Sdn Bhd (842187-P) All Rights Reserved ## [Privacy Policy](https://nikahsatu.com/privacy-policy/) ## \| ## [Terms and Conditions](https://nikahsatu.com/terms/) ## [GRAB Discount hingga RM5,000 + LUCKY DRAW 6x BERLIAN Bulan Ini](https://nikahsatu.com/rebate/) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/01/ns-logo-white.svg)](https://nikahsatu.com/) [Grab Rebate Now](https://nikahsatu.com/rebate/) [![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2022/12/ns-icon-close-white.svg)](https://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/#elementor-action%3Aaction%3Dpopup%3Aclose%26settings%3DeyJkb19ub3Rfc2hvd19hZ2FpbiI6IiJ9) - [Venues By Location](https://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/) - [In Kuantan](https://nikahsatu.com/venue-pahang/) - [In KL & Selangor](https://nikahsatu.com/venue-kl-selangor/) - [In Johor Bahru](https://nikahsatu.com/venue-johor/) - [In Ipoh](https://nikahsatu.com/venue-perak/) - [In Melaka](https://nikahsatu.com/venue-di-melaka/) - [In Kuala Terengganu](https://nikahsatu.com/venue/rumah-abang-jamil-kuala-terengganu/) - [In Seremban](https://nikahsatu.com/venue-di-seremban/) - [In Kota Bharu](https://nikahsatu.com/venue/rumah-abang-jamil-kota-bharu/) - [In Penang/Kedah](https://nikahsatu.com/venue/rumah-abang-jamil-prai/) - [Categories In Package](https://nikahsatu.com/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/) - [Kad Digital](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-digital/) - [Kad Printed](https://nikahsatu.com/catalogue/kad-printed/) - [Photos](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-by-artsy/) - [Custom Giftbox](https://nikahsatu.com/catalogue/custom-mirinda-giftbox/) - [Photographer](https://nikahsatu.com/catalogue/photos-by-artsy/) - [Promo](https://nikahsatu.com/monthly-promo/) - [FAQ](https://nikahsatu.com/terms/) - [Blog](https://nikahsatu.com/blog/)
Readable Markdown
Apabila kedua belah pihak bersetuju melansungkan perkahwinan, pastinya pasangan pengantin sudah mula berfikir tentang segala persiapan menuju ke hari bahagia. Hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan. Pasti anda runsing untuk menyenaraikan barang hantaran bukan? Jangan risau, kali ini kami kongsikan **17 idea hantaran kahwin yang menarik..** Hantaran Al-Quran dan Sejadah Sebagai pasangan yang beragama Islam, ada baiknya kita mulakan detik penyatuan dua jiwa dengan menghadiahkan kitab suci Al-Quran kepada pasangan. Pastinya ia akan menggamit perasaan jika Al-Quran ini bukan sahaja menjadi perhiasan rumah, malah menjadi hiasan rumahtangga dengan membaca dan menelaah isinya bersama nanti. Alas sembahyang atau sejadah pula sangat berguna dijadikan hantaran. Ia merupakan salah satu jenis hantaran yang tidak lapuk kerana dipakai setiap hari! Cari sejadah yang mempunyai material ringan dan mudah dilipat agar ia mudah digubah menjadi hantaran kahwin yang menawan. Untuk pihak perempuan, boleh disertakan telekung dan tasbih sebagai pelengkap. Lihat lebih banyak pilihan dan idea hantaran kahwin yang ada dalam koleksi nikahsatu [di sini](https://nikahsatu.com/hantaran/). Hantaran Wajib Adat Resam Bak kata orang tua, adat tidak boleh diketepikan. Biarpun kita hidup dalam zaman serba moden, tidak salah rasanya mengekalkan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya. Jika anda ingin terus mengekalkan tradisi melayu, terdapat beberapa barang hantaran yang tidak patut ditinggalkan. **Hantaran Wang Tunai / Mas Kahwin** Hantaran wang atau mas kahwin ini pasti menarik jika anda gunakan kreativiti. Gunakan kemahiran origami agar wang tersebut boleh digubah menjadi pelbagai bentuk seperti bunga, burung dan sebagainya. Wang tersebut boleh juga diletakkan di dalam bingkai gambar dan dijadikan hiasan di rumah anda selepas berkahwin. **Hantaran Sirih Junjung atau Tepak Sirih** Hantaran ini merupakan adat biasa dalam masyarakat Melayu. Ia selalunya dijadikan ā€˜kepala’ hantaran. Pelbagai variasi gubahan boleh dilakukan mengikut daya kreativiti. Untuk kelihatan moden, gabungkan dengan bunga-bunga segar seperti *peonies, hydrangea* atau *hyacinth.* **Hantaran Bunga Rampai** Kekal menjaga tradisi, bunga rampai sering dijadikan hantaran dan diletakkan dalam bekas yang unik. Dengan aromanya yang harum, ia merupakan *potpourri* tradisi versi melayu. Tambahan, ia pasti membangkitkan *mood* segar dalam bilik pengantin! Istimewanya, ia menjimatkan kos dan boleh divariasikan mengikut kreativiti. Hantaran Jam Tangan Hantaran jam tangan mungkin kedengaran biasa dan tidaklah terlalu unik. Namun, jika anda memilih jam tangan yang *timeless* pastinya jam tersebut sentiasa boleh menjadi *in trend* dan menjadi tanda ingatan abadi buat pasangan pengantin. Hantaran Set Wangian Antara idea paling mudah dan popular untung dijadikan barang hantaran sudah semestinya set wangian. Tidak kira set minyak wangi atau disertakan dengan *body mist, shower gel,* *hand cream* malah sabun buku juga popular kerana mudah digubah. Apabila memilih set wangian untuk dijadikan hantaran, cari *packaging* yang menarik, unik dan bersesuaian dengan tema anda. Tetapi jangan dilupakan tentang pilihan haruman pasangan anda. Ini amat penting agar ia boleh dipakai selepas majlis dilansungkan. Hantaran Pakaian Bila berkata tentang hantaran pakaian, sudah tentu terdapat pelbagai variasi untuk dipilih. Tidak kira untuk pihak lelaki mahupun pihak perempuan, banyak pilihan jika anda memilih kategori ini sebagai barang hantaran. **Hantaran Set Baju Kerja / Formal** Untuk pihak lelaki sudah pasti baju kemeja disertakan dengan tali leher menjadi pilihan. Walaupun mungkin pengantin lelaki tidak memakai pakaian formal untuk ke tempat kerja, ia boleh dipakai untuk menghadiri acara rasmi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Jika anda ingin memberikan pakaian formal untuk pengantin perempuan juga tidak ada salahnya. Pilihan baju kurung moden atau *designer piece* pastinya dapat membuatkan sang pengantin tersenyum gembira. **Hantaran Baju Tradisi** Sama seperti baju formal, baju tradisi seperti baju melayu dan baju kurung juga sering dijadikan salah satu item dalam [senarai hantaran](https://nikahsatu.com/hantaran/). Pastinya ia lebih cantik apabila dilengkapi dengan songkok atau kain samping. Untuk pihak perempuan pula, baju kurung atau kebaya beserta tudung atau selendang boleh dijadikan hantaran. Ia boleh dilipat berbentuk bunga mahupun diletakkan dalam kotak hiasan. **Hantaran Kasut** Bagi pilihan kasut pula, anda perlu berbincang dengan pasangan anda tentang pilihan kasut yang disukainya. Antara jenis kasut yang biasa dijadikan hantaran kahwin ialah kasut sukan, *sneakers* atau kasut kulit. Pilihan untuk diletakkan di dalam kotak atau dihiaskan dengan reben juga sudah memadai. Untuk jadi lebih unik, mungkin pilihan kasut Vans yang ranggi atau Adidas/Nike terbaru pastinya menjadi idaman pengantin muda. Hantaran Barang Kemas Ini antara barang hantaran yang mempunyai nilai tersendiri. Pilihan pelbagai variasi barang kemas sama ada gelang, rantai mahupun loket, ianya pasti akan membuatkan pengantin perempuan berasa gembira\! Untuk menjadikan lebih eksklusif, mungkin anda boleh mencari barang kemas yang boleh diukir atau *custom made.* Bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin, item ini pasti akan menjadi sesuatu yang sentimental buat si penerima. Pilih *design* yang *simple* agar ia tidak ditelan zaman. Hantaran Makanan & Manisan Makanan boleh memberikan *mood* gembira buat sesiapa sahaja. Siapa yang tak suka makanan kan? Kerana itu, ia merupakan pilihan popular untuk dijadikan barang hantaran. Pelbagai pilihan makanan sesuai dijadikan sebagai hantaran. *The possibilities are endless\!* **Hantaran Kek & Coklat** Sinonim dengan majlis keraian, kek menjadi antara pilihan utama. Selain terdapat pelbagai variasi dari segi rasa, terdapat pilihan jenis dan bentuk yang boleh dipilih. Pilih warna yang bersesuaian dengan tema hantaran anda dan elakkan memilih yang terlalu besar saiznya. Coklat juga merupakan pilihan yang tidak asing lagi. Tidak kira anda memilih jenama antarabangsa atau coklat buatan Malaysia, hiaskan ia dengan pelbagai variasi di atas dulang hantaran. Pasti tetamu yang hadir menelan air liur melihatnya\! **Hantaran Buah-Buahan** Buah-buahan biasa yang sering menjadi pilihan sudah tentu buah seperti anggur, *strawberry*, oren dan epal. Tetapi untuk kelihatan lebih unik, cari buah-buahan yang *rare* tetapi cantik untuk dihiaskan. Pilihan seperti buah ceri, pelbagai jenis *berries,* kiwi, delima dan pir pasti boleh membuatkan hantaran anda lebih menyerlah. Untuk mendapatkan warna buah yang cantik, tipsnya anda perlu mengelap kulit buah menggunakan sedikit minyak masak. Pasti hantaran anda akan kelihatan lebih lazat\! **Hantaran Makanan Tradisi** Warna kuning keemasannya, amat simbolik dengan pasangan raja sehari. Pulut kuning sesuai dijadikan hantaran dengan dihiasi telur rebus (sama ada telur ayam atau telur puyuh) mahupun sayur-sayuran. Selain pulut kuning, kuih tradisi seperti kuih-kuih talam berwarna-warni juga sesuai dijadikan hantaran. **Hantaran Makanan Sunnah** Bila sebut makanan sunnah, pasti anda terbayang seribu satu khasiatnya. Antara makanan sunnah yang boleh diberikan adalah madu lebah, kurma, kismis, buah tin dan minyak zaitun. Bukan sahaja ia akan kelihatan menarik, malah pasti memberikan keunikan dalam set hantaran dan memberikan impak *rare* dalam hantaran kahwin anda. Hantaran Berasaskan Hobi dan Minat Kita sudah mula melihat ia menjadi seakan *trend* baru-baru ini apabila pengantin menyelitkan barang hantaran berasaskan hobi dan minat mereka. Ini secara tidak langsung, membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak membataskan segala hobi atau minat pengantin. **Hantaran *Games* seperti *Playstation* atau *Xbox*** Permainan seperti ini disukai oleh kebanyakan pengantin lelaki. Tetapi jangan terperanjat jika ada juga pengantin perempuan yang mengidam juga! Ia nampak unik selain menunjukkan betapa *sporting*nya pasangan mempelai tersebut. **Hantaran Buku** Jika pasangan anda ialah seorang ulat buku, hantaran ini pastinya akan membuatkan dia tersenyum lebar. Ketahui penulis dan genre kegemaran penerima selain mencari tajuk-tajuk yang romantis. Buku ilmiah, motivasi dan keagaaman juga boleh menjadi simbolik yang hebat. Jika pasangan anda peminat komik, ia juga menarik dijadikan hantaran\! **Hantaran Haiwan Kesayangan** Jangan ketawa! Ini pernah berlaku ya! Jika pasangan pengantin tersebut begitu suka dengan haiwan kesayangan seperti kucing, ikan, burung dan pelbagai lagi, mengapa tidak? Mungkin boleh disertakan sekali dengan keperluan haiwan tersebut. Tapi kami nasihatkan jika pasangan anda sukakan haiwan eksotik seperti ular dan iguana, jangan pula dijadikan hantaran. Terkejut makcik-makcik nanti\! Apa pun pilihan barang hantaran anda, saranan kami supaya adat dan nilai tradisi tidak dilupakan. Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari apa yang mampu. Apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan kerana di situlah permulaan kehidupan baru anda. Tahu tak, nikahsatu turut menawarkan pelbagai pilihan hantaran kahwin pada harga berpatutan. Tengok [di sini](https://nikahsatu.com/hantaran/). ![](https://nikahsatu.com/wp-content/uploads/2020/05/tips.png) NikahSatu Tips Gunakan kad digital dari [nikahsatu.com](https://nikahsatu.com/digital-invite "Kad Kahwin Digital Nikahsatu") yang lengkap dengan fungsi **RSVP** khas untuk majlis kahwin di musim covid. Mudahlah anda mengawal dan menguruskan majlis dengan semua rekod kehadiran tetamu nanti. Sempena PKP kad digital ini diberikan RM5 sahaja, buat dulu kad ini sekarang walaupun date belum comfirm… benda digital kan, apa2 nanti boleh *edit* je balik info. [Buat kad digital *90% OFF*, RM5 sahaja di sini sekarang.](https://nikahsatu.com/digital-invite "Kad Kahwin Digital Nikahsatu")
Shard53 (laksa)
Root Hash15869855710298787653
Unparsed URLcom,nikahsatu!/17-idea-hantaran-kahwin-yang-menarik/ s443