âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 2.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/ |
| Last Crawled | 2026-02-06 04:58:13 (2 months ago) |
| First Indexed | 2023-10-02 10:00:52 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Jangan takut melabur saham â Berita UTHM |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kenapa perlu takut jika pelaburannya melibatkan jumlah yang sedikit, tidak menggunakan duit perbelanjaan harian, dan pelaburannya dibuat berpandukan ilmu dan kefahaman tentang yang betul?
Sudah lama masyarakat Malaysia dimomokkan bahawa melabur di dalam pasaran saham sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana bakal menyebabkan seseorang itu muflis. Sesungguhnya kefahaman kolot ini sangat merugikan kerana masyarakat gagal memanfaatkan potensi pulangan yang lebih tinggi daripada pasaran saham. Doktrin sebegini sangat merugikan kerana masyarakat akan menjauhi pasaran saham dan lebih selesa menyimpan duit di bank atau unit amanah dan instrumen simpanan yang lain yang kebiasaannya memberi pulangan di bawah kadar inflasi. Ini akan menyebabkan nilai wang dari semasa ke semasa menjadi kecil kerana inflasi dan mereka akan terlepas peluang menjana pendapatan yang lebih tinggi. Seterusnya, simpanan itu akan digunakan oleh institusi untuk dilaburkan di dalam pasaran saham di dalam dan di luar negara dengan pulangan yang berlipat kali ganda.
Ketakutan yang dibina berdasarkan persepsi lapuk terhadap pasaran saham sangat merugikan masyarakat. Melabur di pasaran saham adalah diharuskan di dalam Islam kerana ia adalah sebahagian dari bidang muamalah yang dibenarkan. Terdapat sebanyak 751 syarikat dari 953 syarikat yang disenaraikan di Papan Utama (Main Market) Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Ini bermaksud hampir 80 peratus syarikat yang disenaraikan dibolehkan untuk orang Islam melabur sebagai salah seorang pemilik saham syarikat tersebut. Syarikat-syarikat berdaya maju seperti MrDIY, AirAsia, Solarvest, Inari, Malaysia Airport, MyEG, Eco World, SP Setia, Sime Darby, KPJ, Farm Fresh, Parkson dan banyak lagi dari pelbagai bidang seperti pembinaan, teknologi, pengeluaran, peruncitan, perubatan, logistik, pemaju perumahan dan sektor-sektor lain yang patuh Syariah, yang terbuka untuk semua melabur di dalamnya.
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan pasaran saham Malaysia, kerajaan telah memudahkan dan menggalakkan masyarakat supaya celik tentang pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan bukan sahaja mengenai menyimpan duit secara bulanan, malah perlu juga kefahaman tentang kaedah penjanaan pendapatan dengan lebih baik selain hanya mengharapkan pulangan dari dividen amanah saham dan juga bank. Pelaburan yang dilakukan adalah selamat dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan perundangan lain yang terlibat.
Tahukah anda bahawa nilai saham sesuatu syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai potensi tinggi mampu meningkat sehingga 100 peratus dalam masa setahun? Malah adalah perkara biasa di pasaran saham untuk melihat saham syarikat meningkat melebihi 10 peratus sebulan. Malah SC sendiri mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya menjadi pelabur yang bijak di pasaran saham. Statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat hanya 7 peratus pelabur runcit dalam kalangan pelabur di bawah umur 45 tahun di Malaysia.
Terdapat beberapa kelebihan melabur di dalam pasaran saham, antaranya ialah:
Peluang pertumbuhan modal
: Pelaburan di dalam syarikat berpotensi mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Seorang pelabur mampu mendapat pulangan dari kenaikan harga saham dan juga dividen yang dibayar oleh syarikat dari semasa ke semasa.
Diversifikasi
: Seseorang pelabur boleh mengagihkan risiko pelaburan kepada beberapa syarikat dari sektor industri yang berbeza dalam mengawal risiko pelaburannya. Ini kerana setiap sektor terdedah kepada risiko yang berbeza di dalam perniagaan yang dijalankan.
Pemilikan kepentingan syarikat
: Seseorang pelabur memiliki sebahagian kecil dalam syarikat. Ini akan memberi anda hak untuk mengundi di dalam perjumpaan pemegang saham syarikat tersebut, menerima maklumat mengenai prestasi syarikat dan mendapat manfaat dari kejayaan syarikat tersebut.
Kemudahan teknologi terkini
: Dengan kemajuan teknologi, seseorang pelabur mampu mendapatkan maklumat terkini tentang pelaburan dan tindakan membeli dan menjual boleh dilakukan secara
online
sahaja pada waktu pasaran dibuka tanpa perlu pergi ke bank atau seumpamanya. Urusan pelaburan boleh dilakukan di mana-mana walaupun hanya menggunakan telefon bimbit.
Peluang membina kerjaya
: Kemahiran pelaburan saham sangat berpotensi luas memandangkan bidang ini mampu memberi pulangan yang lumayan. Kemahiran melabur yang dimiliki boleh dijadikan satu kerjaya dalam bidang pelaburan bersama institusi perbankan atau pelaburan yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Malah, dengan kemajuan teknologi masa kini, seseorang pelabur bukan sahaja mampu melabur di pasaran tempatan seperti Bursa Malaysia malah pelaburan saham boleh juga berlaku sehingga ke pasaran global seperti pasaran di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, dan Indonesia. Pasaran saham di Bursa Malaysia sahaja semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan permodalan pasaran (
market capitalization
) sebanyak RM1.77 trillion pada tahun 2023 berbanding RM1.75 trillion pada tahun 2022. Dengan kekuatan perundangan, kestabilan negara dan juga saiz pasaran yang besar inilah menjadikan pasaran saham Malaysia mampu menarik minat ramai pelabur dari luar negara untuk melabur. Kemasukan pelaburan luar akan merancakkan lagi pergerakan pasaran saham dan mampu meningkatkan lagi potensi syarikat dalam mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dan luar negara. Maka, pelabur yang bersama melabur di dalam syarikat tersebut akan menikmati kenaikan nilai saham dan juga pulangan dividen dari pelaburan yang dilakukan.
Sememangnya pasaran saham mempunyai risiko yang tersendiri. Seseorang yang ingin melabur seharusnya faham bahawa pelaburan saham bukanlah satu skim cepat kaya yang mampu memberikan pulangan berganda dalam masa beberapa bulan. Perlu dibetulkan kefahaman bahawa pelaburan saham adalah seperti kita melabur ke dalam sesuatu perniagaan lain seperti restoran, bengkel kereta ataupun pertanian. Cuma bezanya ialah di pasaran saham skala perniagaannya sangat besar dan melibatkan skala pasaran dalam dan luar negara dengan pelaburan sehingga beratus juta ringgit, malah ada syarikat yang bernilai berbillion ringgit. Oleh itu, setiap pelabur perlu jelas tentang perniagaan syarikat yang ingin dilaburkan kerana setiap perniagaan adalah terdedah kepada risiko perniagaan seperti permintaan produk, pengurusan dalaman, kesan global, kekurangan sumber bahan mentah mahupun fenomena cuaca.
Bagaimana bermula?
Bagaimana bermula untuk melabur adalah sangat mudah. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menceburi pelaburan saham di Malaysia.
Pendidikan dan penyelidikan
: Kefahaman dan pengetahuan tentang pelaburan saham sangat penting. Ilmu pelaburan dari sumber yang betul dari pengamal pelaburan saham bertauliah seperti remiser saham, perunding kewangan bertauliah dan
Capital Market Service Representative License
(CMSRL) sangat membantu dalam memahami tentang pasaran saham di Malaysia.
Membuka akaun dagangan saham
: Anda perlu memiliki akaun Sistem Depositori Pusat (Central Depository System-CDS) yang diuruskan di bawah Bursa Malaysia dari bank atau syarikat broker saham yang sah. Kebanyakan bank yang anda mempunyai akaun simpanan boleh untuk membuka akaun CDS ini. Ia berfungsi sebagai platform untuk menyimpan dan mengemas kini setiap urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Disarankan orang Islam untuk memiliki akaun CDS Islamik kerana akaun ini hanya membenarkan pembelian saham patuh Syariah sahaja. Kos membuka akaun CDS ialah sebanyak RM10 dan anda mestilah berumur melebihi 18 tahun. Kebiasaannya, anda akan diletakkan bersama seorang remiser ketika membuka akaun CDS yang akan membantu serba sedikit tentang operasi platform yang didaftarkan. Setiap platform CDS adalah berbeza antara setiap syarikat broker di Malaysia.
Menyusun portfolio pelaburan
: Anda perlu jelas dengan matlamat pelaburan, jumlah pelaburan, sumber pelaburan, tempoh pelaburan, kaedah pelaburan dan risiko pelaburan yang bakal anda lalui. Setiap pelaburan yang dibuat terdedah kepada risiko yang tersendiri kerana tiada siapa mengetahui apa yang bakal berlaku di masa akan datang.
Melakukan transaksi
: Anda boleh mula melakukan transaksi menggunakan platform anda secara dalam talian apabila pasaran dibuka. Sebagai permulaan, anda boleh bermula dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu bagi membiasakan dengan pergerakan pasaran dan penggunaan platform CDS anda.
Pengurusan risiko
: Sebelum melakukan transaksi pembelian, anda perlu tentukan risiko pelaburan bagi mengawal pelaburan anda. Ini kerana, saham syarikat akan bergerak bergantung kepada permintaan dan penawaran oleh pelabur lain di dalam pasaran. Pasaran saham sukar dijangka dan tidak menentu kerana terlalu ramai pelabur dan melibatkan unit saham yang sangat tinggi. Pastikan jumlah pelaburan anda diagihkan sewajarnya dalam mengelakkan kerugian maksimum.
Pembelajaran berterusan
: Di samping melabur, anda digalakkan terus belajar menambah ilmu kerana terdapat pelbagai faktor asas (
fundamental
) dan teknikal (
technical
) yang boleh mempengaruhi sesebuah syarikat yang dilaburkan. Terdapat juga pengumuman daripada pihak kerajaan seperti dasar dan polisi baharu yang mempengaruhi perniagaan di Bursa Malaysia. Faktor-faktor ini mampu menaikkan atau menurunkan nilai saham sesebuah syarikat. Pembelajaran berterusan terhadap keadaan ekonomi, permintaan perniagaan, analisis pasaran, kemahiran teknikal, pengurusan kewangan, aliran dana pelaburan dan gelagat pelabur mampu membantu seorang pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pelaburan saham bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh masyarakat. Pelaburan saham adalah satu instrumen kewangan yang dikawal ketat oleh perundangan dan dipantau oleh pihak kerajaan dan selamat untuk diceburi. Pasaran saham adalah satu alternatif dan peluang pelaburan yang terbuka luas untuk masyarakat di setiap peringkat umur bagi meningkatkan pendapatan. Dapatkan kefahaman dari sumber yang betul dan lakukan pelaburan secara bijak menggunakan pengurusan risiko yang terkawal bagi memaksimakan pulangan dari bidang pelaburan saham.
Profesor Madya Sr. Dr. Abdul Jalil Omar
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Artikel ini juga diterbitkan di :
1.
Utusan Malaysia
m/s 31 :
Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun
, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM
2.
Utusan Malaysia
(utusan.com)Â :
Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun
, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/10/nilai-saham-boleh-naik-100-setahun/ |
| Markdown | [Skip to content](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/#content) [](https://news.uthm.edu.my/ms/home/)
06/02/2026
**Berita Terkini:** **Pemodenan graduan TVET, persediaan masa hadapan****Universiti: Menara ilmu atau muzium teknologi?****Liputan Berita UTHM: 6 Februari 2026****RPTM 2026â2035, pemangkin kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030****Kebakaran hutan gambut Pengerang, cabaran kesihatan dan alam sekitar****Wakaf penyelesaian masalah kediaman pelajar IPT****Liputan Berita UTHM: 5 Februari 2026****TVET era baharu: Digital dan AI pacu bakat masa depan negara****Profesor Dr. Afandi Ahmad dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang baharu****Liputan Berita UTHM: 4 Februari 2026****Liputan Berita UTHM: 3 Februari 2026****Liputan Berita UTHM: 2 Februari 2026****Syaaban: Bulan yang dilalaikan, pintu kesedaran dan keampunan****Liputan Berita UTHM: 1 Februari 2026****Liputan Berita UTHM: 31 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 30 Januari 2026****RPTM 2026-2035: Era transformasi pelajar-atlet Malaysia?****SRIPE 2026: Medan penyelidik muda FAST serlah potensi inovasi****UTHM dinobat âThe World Brand of The Yearâ bidang pendidikan teknikal dan TVET****Liputan Berita UTHM: 29 Januari 2026****UTHM perkukuh kelestarian air, perkasa komuniti Orang Asli****Johor Melaju ke ekonomi digital: Adakah generasi baharu bersedia?****Liputan Berita UTHM: 28 Januari 2026****Laluan âTVET Perakaunanâ wajar diperkasa****Liputan Berita UTHM: 27 Januari 2026****UTHM perkukuh agenda integriti mahasiswa melalui Program Aku Janji AMAR****Graduan perlu fleksibel dan beradaptasi hadapi cabaran dunia pekerjaan AI****Liputan Berita UTHM: 26 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 24 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 23 Januari 2026****Transformasi Gen Z 2026, dari stereotaip ke standard premium****Pelajar FAST UTHM raih emas Di IPITEX 2026, Bangkok****Liputan Berita UTHM: 22 Januari 2026****Graduan perlu bijak memasarkan diri, pantas mendepani pasaran global****UTHM bangunkan modul bersepadu berasaskan pentaksiran bilik darjah, beri manfaat kepada warga sekolah****Tanah runtuh di Malaysia, ancaman senyap di bumi tropika****Aplikasi AI di meja pejabat kerajaan: Perkasa atau gugat peranan setiausaha pejabat?****Liputan Berita UTHM: 21 Januari 2026****FEEDER 2026 tarik minat industri perabot, buka peluang kerjaya graduan****Liputan Berita UTHM: 20 Januari 2026****Perdagangan global semakin kompleks, PMKS Malaysia jangan terus alpa****Dapur Siswa MADANI: Ringankan beban mahasiswa, kukuhkan ekosistem kebajikan pendidikan negara****Citra Kokurikulum 2025 perkasa kemenjadian pelajar UTHM****Liputan Berita UTHM: 19 Januari 2026****Kelestarian kewangan perlu kesediaan****Liputan Berita UTHM: 17 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 16 Januari 2026****Tiga pelajar UTHM sertai Global Student Leadership Summit 2026, perkukuh keterlibatan global****Liputan Berita UTHM: 15 Januari 2026****Pendidikan tinggi bentuk kematangan dan tanggungjawab sosial pempengaruh digital****Liputan Berita UTHM: 14 Januari 2026****Hari pertama sekolah, emosi anak jangan dipinggirkan****Liputan Berita UTHM: 13 Januari 2026****Warga UTHM-KCP raikan tahun baharu dengan menderma darah****Tahun Melawat Malaysia 2026: PMKS perlu manfaat peluang tingkat pendapatan****Liputan Berita UTHM: 12 Januari 2026****Mahasiswa berjiwa usahawan tonggak kemenjadian generasi muda****Liputan Berita UTHM: 11 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 9 Januari 2026****Dari prokratis ke produktif: Seruan perubahan untuk tahun 2026****Liputan Berita UTHM: 8 Januari 2026****Anggota Polis Bantuan UTHM dinobat âPelatih Terbaik Latihan Luar (Wanita)â dua tahun berturut-turut****Waspada butang rakaman aplikasi komunikasi pintar****Disiplin dan jenayah pelajar, cerminan masyarakat dan cabaran Madani****Liputan Berita UTHM: 7 Januari 2026****Pensyarah UTHM raih anugerah antarabangsa di India****Tingkat prestasi tahun baharu, nikmati kesejahteraan menyeluruh****Liputan Berita UTHM: 6 Januari 2026****UTHM santuni warga emas, perkasa tanggungjawab sosial****Pusat Masyarakat Living Lab, UTHM jadi pemangkin perubahan sosial industri makanan** **Liputan Berita UTHM: 5 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 3 dan 4 Januari 2026****2026: Tahun anjakan minda dan nilai baharu penjawat awam****Liputan Berita UTHM: 2 Januari 2026****Studio Audio, Video dan Animasi UTHM dinaik taraf, kini dikenali âStudio Isianpaduâ****Cabaran ekonomi 2026: Adakah Malaysia sudah bersedia?****Liputan Berita UTHM: 1 Januari 2026****Liputan Berita UTHM: 31 Disember 2025****Graduan UTHM sertai projek empangan hidroelektrik berskala besar di Sabah****Liputan Berita UTHM: 30 Disember 2025****Kabinet baharu perlu fokus kepada pemerkasaan ekonomi negara****Liputan Berita UTHM: 29 Disember 2025****Liputan Berita UTHM: 28 Disember 2025****Liputan Berita UTHM: 24 Disember 2025****UTHM sertai Perikatan IndustriâPendidikan TVET ChinaâMalaysia, perkukuh kerjasama antarabangsa bidang rel****UTHM universiti pertama terpilih jayakan Program Pembangunan Kapasiti TVET untuk pemimpin Republik Islam Iran****PMKS perlu tingkatkan daya tahan hadapi bencana banjir****Program STEM IoT dan SULAM semai kesedaran SDG****Graduan muda perlu bijak urus kewangan****Pendekatan teknikal dan solusi berasaskan data hadapi banjir monsun 2025****Penting pilih kerjaya kalis masa hadapan seiring perkembangan AI****Liputan Berita UTHM: 23 Disember 2025****Liputan Berita UTHM: 22 Disember 2025****Aktiviti âMakan Setalamâ perkukuh muafakat warga UTHM-KCP****Kebanjiran lori di jalan raya: Ada sisi gelap tersembunyi?****Liputan Berita UTHM: 20 dan 21 Disember 2025****Sistem Trimester: Antara kecekapan akademik dan kesejahteraan insan kampus****Tahap kesukaran SPM dipersoal: Antara kesahan akademik dan kesejahteraan emosi pelajar****Liputan Berita UTHM: 19 Disember 2025****UTHM komited terajui strategi MAR, tingkatkan kelestarian sumber air negara**
[](https://news.uthm.edu.my/ms/home/)
News Portal
- [Home](https://news.uthm.edu.my/ms "Home")
- [Berita](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/ "Berita")
- [Akademik](https://news.uthm.edu.my/ms/category/academic/ "Akademik")
- [Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar](https://news.uthm.edu.my/ms/category/kejuruteraan-awam-dan-alam-sekitar/ "Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar")
- [Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik](https://news.uthm.edu.my/ms/category/kejuruteraan-elektrik-dan-elektronik/ "Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik")
- [Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/kejuruteraan-mekanikal-pembuatan/ "Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan")
- [Pendidikan Teknikal Vokasional](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pendidikan-teknikal-vokasional/ "Pendidikan Teknikal Vokasional")
- [Pengurusan Teknologi Perniagaan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pengurusan-teknologi-perniagaan/ "Pengurusan Teknologi Perniagaan")
- [Sains Gunaan dan Teknologi](https://news.uthm.edu.my/ms/category/teknologi-dan-sains-gunaan/ "Sains Gunaan dan Teknologi")
- [Sains Komputer dan Teknologi Maklumat](https://news.uthm.edu.my/category/teknologi-maklumat "Sains Komputer dan Teknologi Maklumat")
- [Penyelidikan dan Inovasi](https://news.uthm.edu.my/ms/category/research/ "Penyelidikan dan Inovasi")
- [Pencapaian](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/ "Pencapaian")
- [Antarabangsa](https://news.uthm.edu.my/ms/category/antarabangsa/ "Antarabangsa")
- [Industri](https://news.uthm.edu.my/ms/category/hubungan-industri/ "Industri")
- [Masyarakat](https://news.uthm.edu.my/ms/category/charity/ "Masyarakat")
- [Memorandum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/memorandumpersefahaman/ "Memorandum")
- [Kebudayaan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/musik-dan-kebudayaan/ "Kebudayaan")
- [Sukan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/sports/ "Sukan")
- [ALUMNI](https://news.uthm.edu.my/ms/category/alumni/ "ALUMNI")
- [E-Wacana](https://news.uthm.edu.my/ms/category/e-wacana/ "E-Wacana")
- [UTHM Expert](https://news.uthm.edu.my/ms/category/uthm-expert/ "UTHM Expert")
- [UTHM Leader](https://news.uthm.edu.my/ms/category/uthm-leader/ "UTHM Leader")
- [Keratan Akhbar](https://news.uthm.edu.my/ms/keratan-akhbar/ "Keratan Akhbar")
- [Berita Harian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/berita-harian/ "Berita Harian")
- [Bernama](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/bernama-ms/ "Bernama")
- [Borneo Post](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/borneo-post/ "Borneo Post")
- [China-Press](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/china-press/ "China-Press")
- [Harian Metro](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/harian-metro/ "Harian Metro")
- [New Straits Times](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/new-straits-times-ms/ "New Straits Times")
- [Sinar Harian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sinar-harian/ "Sinar Harian")
- [Sin Chew Daily](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sin-chew-daily/ "Sin Chew Daily")
- [The Star](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/the-star/ "The Star")
- [Utusan Malaysia](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/utusan-malaysia/ "Utusan Malaysia")
- [Rencana](https://news.uthm.edu.my/ms/category/article/ "Rencana")
- [Arkib](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/ "Arkib")
- [2024](https://news.uthm.edu.my/ms/2024/ "2024")
- [2023](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/ "2023")
- [2022](https://news.uthm.edu.my/ms/2022/ "2022")
- [2021](https://news.uthm.edu.my/ms/2021/ "2021")
- [2020](https://news.uthm.edu.my/ms/2020 "2020")
- [2019](https://news.uthm.edu.my/ms/2019/ "2019")
- [2018](https://news.uthm.edu.my/ms/2018/ "2018")
- [2017](https://news.uthm.edu.my/ms/2017/ "2017")
- [2016](https://news.uthm.edu.my/ms/2016/ "2016")
- [2015](https://news.uthm.edu.my/ms/2015/ "2015")
- [2014](https://news.uthm.edu.my/ms/2014/ "2014")
- [2013](https://news.uthm.edu.my/ms/2013/ "2013")
- [Hubungi Kami](https://news.uthm.edu.my/ms/hubungi-kami/ "Hubungi Kami")
- [English](https://news.uthm.edu.my/en/ "English")

# Jangan takut melabur saham
1. [Home](https://news.uthm.edu.my/ms/home)
2. [Jangan takut melabur saham](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/)
# Jangan takut melabur saham
- Oktober 2, 2023

Kenapa perlu takut jika pelaburannya melibatkan jumlah yang sedikit, tidak menggunakan duit perbelanjaan harian, dan pelaburannya dibuat berpandukan ilmu dan kefahaman tentang yang betul?
Sudah lama masyarakat Malaysia dimomokkan bahawa melabur di dalam pasaran saham sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana bakal menyebabkan seseorang itu muflis. Sesungguhnya kefahaman kolot ini sangat merugikan kerana masyarakat gagal memanfaatkan potensi pulangan yang lebih tinggi daripada pasaran saham. Doktrin sebegini sangat merugikan kerana masyarakat akan menjauhi pasaran saham dan lebih selesa menyimpan duit di bank atau unit amanah dan instrumen simpanan yang lain yang kebiasaannya memberi pulangan di bawah kadar inflasi. Ini akan menyebabkan nilai wang dari semasa ke semasa menjadi kecil kerana inflasi dan mereka akan terlepas peluang menjana pendapatan yang lebih tinggi. Seterusnya, simpanan itu akan digunakan oleh institusi untuk dilaburkan di dalam pasaran saham di dalam dan di luar negara dengan pulangan yang berlipat kali ganda.
Ketakutan yang dibina berdasarkan persepsi lapuk terhadap pasaran saham sangat merugikan masyarakat. Melabur di pasaran saham adalah diharuskan di dalam Islam kerana ia adalah sebahagian dari bidang muamalah yang dibenarkan. Terdapat sebanyak 751 syarikat dari 953 syarikat yang disenaraikan di Papan Utama (Main Market) Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Ini bermaksud hampir 80 peratus syarikat yang disenaraikan dibolehkan untuk orang Islam melabur sebagai salah seorang pemilik saham syarikat tersebut. Syarikat-syarikat berdaya maju seperti MrDIY, AirAsia, Solarvest, Inari, Malaysia Airport, MyEG, Eco World, SP Setia, Sime Darby, KPJ, Farm Fresh, Parkson dan banyak lagi dari pelbagai bidang seperti pembinaan, teknologi, pengeluaran, peruncitan, perubatan, logistik, pemaju perumahan dan sektor-sektor lain yang patuh Syariah, yang terbuka untuk semua melabur di dalamnya.
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan pasaran saham Malaysia, kerajaan telah memudahkan dan menggalakkan masyarakat supaya celik tentang pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan bukan sahaja mengenai menyimpan duit secara bulanan, malah perlu juga kefahaman tentang kaedah penjanaan pendapatan dengan lebih baik selain hanya mengharapkan pulangan dari dividen amanah saham dan juga bank. Pelaburan yang dilakukan adalah selamat dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan perundangan lain yang terlibat.
Tahukah anda bahawa nilai saham sesuatu syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai potensi tinggi mampu meningkat sehingga 100 peratus dalam masa setahun? Malah adalah perkara biasa di pasaran saham untuk melihat saham syarikat meningkat melebihi 10 peratus sebulan. Malah SC sendiri mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya menjadi pelabur yang bijak di pasaran saham. Statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat hanya 7 peratus pelabur runcit dalam kalangan pelabur di bawah umur 45 tahun di Malaysia.
Terdapat beberapa kelebihan melabur di dalam pasaran saham, antaranya ialah:
1. **Peluang pertumbuhan modal**: Pelaburan di dalam syarikat berpotensi mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Seorang pelabur mampu mendapat pulangan dari kenaikan harga saham dan juga dividen yang dibayar oleh syarikat dari semasa ke semasa.
2. **Diversifikasi**: Seseorang pelabur boleh mengagihkan risiko pelaburan kepada beberapa syarikat dari sektor industri yang berbeza dalam mengawal risiko pelaburannya. Ini kerana setiap sektor terdedah kepada risiko yang berbeza di dalam perniagaan yang dijalankan.
3. **Pemilikan kepentingan syarikat**: Seseorang pelabur memiliki sebahagian kecil dalam syarikat. Ini akan memberi anda hak untuk mengundi di dalam perjumpaan pemegang saham syarikat tersebut, menerima maklumat mengenai prestasi syarikat dan mendapat manfaat dari kejayaan syarikat tersebut.
4. **Kemudahan teknologi terkini**: Dengan kemajuan teknologi, seseorang pelabur mampu mendapatkan maklumat terkini tentang pelaburan dan tindakan membeli dan menjual boleh dilakukan secara *online* sahaja pada waktu pasaran dibuka tanpa perlu pergi ke bank atau seumpamanya. Urusan pelaburan boleh dilakukan di mana-mana walaupun hanya menggunakan telefon bimbit.
5. **Peluang membina kerjaya**: Kemahiran pelaburan saham sangat berpotensi luas memandangkan bidang ini mampu memberi pulangan yang lumayan. Kemahiran melabur yang dimiliki boleh dijadikan satu kerjaya dalam bidang pelaburan bersama institusi perbankan atau pelaburan yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Malah, dengan kemajuan teknologi masa kini, seseorang pelabur bukan sahaja mampu melabur di pasaran tempatan seperti Bursa Malaysia malah pelaburan saham boleh juga berlaku sehingga ke pasaran global seperti pasaran di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, dan Indonesia. Pasaran saham di Bursa Malaysia sahaja semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan permodalan pasaran (*market capitalization*) sebanyak RM1.77 trillion pada tahun 2023 berbanding RM1.75 trillion pada tahun 2022. Dengan kekuatan perundangan, kestabilan negara dan juga saiz pasaran yang besar inilah menjadikan pasaran saham Malaysia mampu menarik minat ramai pelabur dari luar negara untuk melabur. Kemasukan pelaburan luar akan merancakkan lagi pergerakan pasaran saham dan mampu meningkatkan lagi potensi syarikat dalam mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dan luar negara. Maka, pelabur yang bersama melabur di dalam syarikat tersebut akan menikmati kenaikan nilai saham dan juga pulangan dividen dari pelaburan yang dilakukan.
Sememangnya pasaran saham mempunyai risiko yang tersendiri. Seseorang yang ingin melabur seharusnya faham bahawa pelaburan saham bukanlah satu skim cepat kaya yang mampu memberikan pulangan berganda dalam masa beberapa bulan. Perlu dibetulkan kefahaman bahawa pelaburan saham adalah seperti kita melabur ke dalam sesuatu perniagaan lain seperti restoran, bengkel kereta ataupun pertanian. Cuma bezanya ialah di pasaran saham skala perniagaannya sangat besar dan melibatkan skala pasaran dalam dan luar negara dengan pelaburan sehingga beratus juta ringgit, malah ada syarikat yang bernilai berbillion ringgit. Oleh itu, setiap pelabur perlu jelas tentang perniagaan syarikat yang ingin dilaburkan kerana setiap perniagaan adalah terdedah kepada risiko perniagaan seperti permintaan produk, pengurusan dalaman, kesan global, kekurangan sumber bahan mentah mahupun fenomena cuaca.
**Bagaimana bermula?**
Bagaimana bermula untuk melabur adalah sangat mudah. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menceburi pelaburan saham di Malaysia.
1. **Pendidikan dan penyelidikan**: Kefahaman dan pengetahuan tentang pelaburan saham sangat penting. Ilmu pelaburan dari sumber yang betul dari pengamal pelaburan saham bertauliah seperti remiser saham, perunding kewangan bertauliah dan *Capital Market Service Representative License* (CMSRL) sangat membantu dalam memahami tentang pasaran saham di Malaysia.
2. **Membuka akaun dagangan saham**: Anda perlu memiliki akaun Sistem Depositori Pusat (Central Depository System-CDS) yang diuruskan di bawah Bursa Malaysia dari bank atau syarikat broker saham yang sah. Kebanyakan bank yang anda mempunyai akaun simpanan boleh untuk membuka akaun CDS ini. Ia berfungsi sebagai platform untuk menyimpan dan mengemas kini setiap urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Disarankan orang Islam untuk memiliki akaun CDS Islamik kerana akaun ini hanya membenarkan pembelian saham patuh Syariah sahaja. Kos membuka akaun CDS ialah sebanyak RM10 dan anda mestilah berumur melebihi 18 tahun. Kebiasaannya, anda akan diletakkan bersama seorang remiser ketika membuka akaun CDS yang akan membantu serba sedikit tentang operasi platform yang didaftarkan. Setiap platform CDS adalah berbeza antara setiap syarikat broker di Malaysia.
3. **Menyusun portfolio pelaburan**: Anda perlu jelas dengan matlamat pelaburan, jumlah pelaburan, sumber pelaburan, tempoh pelaburan, kaedah pelaburan dan risiko pelaburan yang bakal anda lalui. Setiap pelaburan yang dibuat terdedah kepada risiko yang tersendiri kerana tiada siapa mengetahui apa yang bakal berlaku di masa akan datang.
4. **Melakukan transaksi**: Anda boleh mula melakukan transaksi menggunakan platform anda secara dalam talian apabila pasaran dibuka. Sebagai permulaan, anda boleh bermula dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu bagi membiasakan dengan pergerakan pasaran dan penggunaan platform CDS anda.
5. **Pengurusan risiko**: Sebelum melakukan transaksi pembelian, anda perlu tentukan risiko pelaburan bagi mengawal pelaburan anda. Ini kerana, saham syarikat akan bergerak bergantung kepada permintaan dan penawaran oleh pelabur lain di dalam pasaran. Pasaran saham sukar dijangka dan tidak menentu kerana terlalu ramai pelabur dan melibatkan unit saham yang sangat tinggi. Pastikan jumlah pelaburan anda diagihkan sewajarnya dalam mengelakkan kerugian maksimum.
6. **Pembelajaran berterusan**: Di samping melabur, anda digalakkan terus belajar menambah ilmu kerana terdapat pelbagai faktor asas (*fundamental*) dan teknikal (*technical*) yang boleh mempengaruhi sesebuah syarikat yang dilaburkan. Terdapat juga pengumuman daripada pihak kerajaan seperti dasar dan polisi baharu yang mempengaruhi perniagaan di Bursa Malaysia. Faktor-faktor ini mampu menaikkan atau menurunkan nilai saham sesebuah syarikat. Pembelajaran berterusan terhadap keadaan ekonomi, permintaan perniagaan, analisis pasaran, kemahiran teknikal, pengurusan kewangan, aliran dana pelaburan dan gelagat pelabur mampu membantu seorang pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pelaburan saham bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh masyarakat. Pelaburan saham adalah satu instrumen kewangan yang dikawal ketat oleh perundangan dan dipantau oleh pihak kerajaan dan selamat untuk diceburi. Pasaran saham adalah satu alternatif dan peluang pelaburan yang terbuka luas untuk masyarakat di setiap peringkat umur bagi meningkatkan pendapatan. Dapatkan kefahaman dari sumber yang betul dan lakukan pelaburan secara bijak menggunakan pengurusan risiko yang terkawal bagi memaksimakan pulangan dari bidang pelaburan saham.

Profesor Madya Sr. Dr. Abdul Jalil Omar
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Artikel ini juga diterbitkan di :
1\.**Utusan Malaysia** m/s 31 : **Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun**, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM

2\.**Utusan Malaysia** (utusan.com) : **Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun**, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM
<https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/10/nilai-saham-boleh-naik-100-setahun/>
[isu sosial](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/isu-sosial/)[perkongsian ilmu](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/perkongsian-ilmu/)[Utusan Malaysia](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/utusan-malaysia/)[Utusan Online](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/utusan-online/)
## Navigasi kiriman
[Akhlak mulia manusia yang kian terhakis](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/09/akhlak-mulia-manusia-yang-kian-terhakis/)
[Hayati makna surah al-Fatihah](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/hayati-makna-surah-al-fatihah/)
#### Related Posts
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/02/pemodenan-graduan-tvet-persediaan-masa-hadapan/)
- [tvet](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/tvet/)
- Februari 6, 2026
##### Pemodenan graduan TVET, persediaan masa hadapan
Revolusi industri dan teknologi hari ini menuntut graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)âŚ
[Continue reading](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/02/pemodenan-graduan-tvet-persediaan-masa-hadapan/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/02/universiti-menara-ilmu-atau-muzium-teknologi/)
- [Malaysia Gazette](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/malaysia-gazette/)
- [saranan/cadangan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/saranan-cadangan/)
- Februari 6, 2026
##### Universiti: Menara ilmu atau muzium teknologi?
Sehingga hari ini, landskap pendidikan tinggi tidak lagi berubah secara linear. Kehadiran Kecerdasan Buatan (AI)âŚ
[Continue reading](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/02/universiti-menara-ilmu-atau-muzium-teknologi/)
### Tinggalkan Balasan [Batal balasan](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/#respond)
Anda perlu [log masuk](https://news.uthm.edu.my/wp-login.php?redirect_to=https%3A%2F%2Fnews.uthm.edu.my%2Fms%2F2023%2F10%2Fjangan-takut-melabur-saham%2F) untuk menghantar ulasan.
#### Subscribe to Our Newsletter
#### Tag
[alam sekitar](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/alam-sekitar/) [antarabangsa](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/antarabangsa/) [anugerah](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/anugerah/) [astro awani](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/astro-awani/) [Berita harian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/berita-harian/) [Berita harian online](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/berita-harian-online/) [Bernama](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/bernama-ms/) [china press](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/china-press/) [covid-19](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/covid-19/) [graduan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/graduan/) [harian metro](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/harian-metro/) [harian metro online](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/harian-metro-online/) [inovasi](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/inovasi/) [isu semasa](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/isu-semasa/) [isu sosial](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/isu-sosial/) [kerjasama](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/kerjasama/) [komuniti](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/komuniti/) [konvokesyen](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/konvokesyen/) [KOSMO](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/kosmo/) [Liputan Harian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/liputan-harian/) [mahasiswa](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/mahasiswa/) [Malaysia Gazette](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/malaysia-gazette/) [masyarakat](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/masyarakat/) [Media Digital Johor](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/media-digital-johor/) [MoA/MoU](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/moa-mou/) [New Straits Times](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/new-straits-times-ms/) [pencapaian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/pencapaian/) [pendidik](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/pendidik/) [pendidikan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/pendidikan/) [pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/pengiktirafan/) [penyelidikan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/penyelidikan/) [perkongsian ilmu](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/perkongsian-ilmu/) [program khidmat masyarakat](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/program-khidmat-masyarakat/) [saranan/cadangan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/saranan-cadangan/) [Sinar Bestari](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sinar-bestari/) [sinar harian](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sinar-harian/) [sinar online](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sinar-online/) [Sin Chew Daily](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sin-chew-daily/) [sumbangan](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/sumbangan/) [The Star](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/the-star/) [tvet](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/tvet/) [Universiti Tun Hussein Onn Malaysia](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/universiti-tun-hussein-onn-malaysia/) [uthm](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/uthm-ms/) [Utusan Malaysia](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/utusan-malaysia/) [Utusan Online](https://news.uthm.edu.my/ms/tag/utusan-online/)
<https://youtu.be/ETYmKSrKBMI>
#### Anugerah dan Pencapaian
[Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/uthm-dinobat-the-world-brand-of-the-year-bidang-pendidikan-teknikal-dan-tvet/)
##### [UTHM dinobat âThe World Brand of The Yearâ bidang pendidikan teknikal dan TVET](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/uthm-dinobat-the-world-brand-of-the-year-bidang-pendidikan-teknikal-dan-tvet/)
- Januari 29, 2026
[Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/) [Keratan Akhbar 2026](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2026/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/pelajar-fast-uthm-raih-emas-di-ipitex-2026-bangkok/)
##### [Pelajar FAST UTHM raih emas Di IPITEX 2026, Bangkok](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/pelajar-fast-uthm-raih-emas-di-ipitex-2026-bangkok/)
- Januari 22, 2026
[Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/anggota-polis-bantuan-uthm-dinobat-pelatih-terbaik-latihan-luar-wanita-dua-tahun-berturut-turut/)
##### [Anggota Polis Bantuan UTHM dinobat âPelatih Terbaik Latihan Luar (Wanita)â dua tahun berturut-turut](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/anggota-polis-bantuan-uthm-dinobat-pelatih-terbaik-latihan-luar-wanita-dua-tahun-berturut-turut/)
- Januari 8, 2026
[Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/pensyarah-uthm-raih-anugerah-antarabangsa-di-india/)
##### [Pensyarah UTHM raih anugerah antarabangsa di India](https://news.uthm.edu.my/ms/2026/01/pensyarah-uthm-raih-anugerah-antarabangsa-di-india/)
- Januari 6, 2026
[Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan](https://news.uthm.edu.my/ms/category/pencapaian/) [Hal Ehwal Pelajar](https://news.uthm.edu.my/ms/category/hal-ehwal-pelajar/) [Keratan Akhbar 2025](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2025/) [Keratan Akhbar 2026](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2026/)
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/penuntut-uthm-raih-tempat-pertama-di-young-persons-world-lecture-competition-2025/)
##### [Penuntut UTHM raih tempat pertama di Young Personsâ World Lecture Competition 2025](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/penuntut-uthm-raih-tempat-pertama-di-young-persons-world-lecture-competition-2025/)
- Disember 1, 2025
#### Other Story
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/)
#### [Aktiviti âMakan Setalamâ perkukuh muafakat warga UTHM-KCP](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/aktiviti-makan-setalam-perkukuh-muafakat-warga-uthm-kcp/)
- Disember 22, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/aktiviti-makan-setalam-perkukuh-muafakat-warga-uthm-kcp/)
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/)
#### [Program Kitar Semula@UTHM-KCP 3.0 berjaya kumpul 332 kilogram bahan kitar semula](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/program-kitar-semulauthm-kcp-3-0-berjaya-kumpul-332-kilogram-bahan-kitar-semula/)
- Disember 17, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/program-kitar-semulauthm-kcp-3-0-berjaya-kumpul-332-kilogram-bahan-kitar-semula/)
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/)
#### [Festival Konvokesyen 2025 tarik ribuan pengunjung](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/festival-konvokesyen-2025-tarik-ribuan-pengunjung/)
- Disember 8, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/festival-konvokesyen-2025-tarik-ribuan-pengunjung/)
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/) [Keratan Akhbar 2025](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2025/)
#### [Tan Sri Datoâ Soh Thian Lai terima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Teknik dan Vokasional](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/tan-sri-dato-soh-thian-lai-terima-ijazah-kehormat-doktor-pendidikan-teknik-dan-vokasional/)
- Disember 6, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/tan-sri-dato-soh-thian-lai-terima-ijazah-kehormat-doktor-pendidikan-teknik-dan-vokasional/)
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/) [Keratan Akhbar 2025](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2025/)
#### [Konvokesyen UTHM ke-25: 4915 graduan UTHM terima ijazah](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/konvokesyen-uthm-ke-25-4915-graduan-uthm-terima-ijazah/)
- Disember 6, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/konvokesyen-uthm-ke-25-4915-graduan-uthm-terima-ijazah/)
[Berita Umum](https://news.uthm.edu.my/ms/category/general/) [Keratan Akhbar 2025](https://news.uthm.edu.my/ms/category/keratan-akhbar-2025/) [Liputan TV](https://news.uthm.edu.my/ms/category/liputan-tv/)
#### [UTHM giat budayakan kampus rendah karbon](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/uthm-giat-budayakan-kampus-rendah-karbon/)
- Disember 2, 2025
[](https://news.uthm.edu.my/ms/2025/12/uthm-giat-budayakan-kampus-rendah-karbon/)

"Transform your ideas into an published article. Create an account and submit your article using our system, Sarang Berita UTHM."
[](https://sbu.uthm.edu.my/)
Copyright Š 2026 Berita UTHM
[Back to Top](https://news.uthm.edu.my/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/) |
| Readable Markdown | 
Kenapa perlu takut jika pelaburannya melibatkan jumlah yang sedikit, tidak menggunakan duit perbelanjaan harian, dan pelaburannya dibuat berpandukan ilmu dan kefahaman tentang yang betul?
Sudah lama masyarakat Malaysia dimomokkan bahawa melabur di dalam pasaran saham sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana bakal menyebabkan seseorang itu muflis. Sesungguhnya kefahaman kolot ini sangat merugikan kerana masyarakat gagal memanfaatkan potensi pulangan yang lebih tinggi daripada pasaran saham. Doktrin sebegini sangat merugikan kerana masyarakat akan menjauhi pasaran saham dan lebih selesa menyimpan duit di bank atau unit amanah dan instrumen simpanan yang lain yang kebiasaannya memberi pulangan di bawah kadar inflasi. Ini akan menyebabkan nilai wang dari semasa ke semasa menjadi kecil kerana inflasi dan mereka akan terlepas peluang menjana pendapatan yang lebih tinggi. Seterusnya, simpanan itu akan digunakan oleh institusi untuk dilaburkan di dalam pasaran saham di dalam dan di luar negara dengan pulangan yang berlipat kali ganda.
Ketakutan yang dibina berdasarkan persepsi lapuk terhadap pasaran saham sangat merugikan masyarakat. Melabur di pasaran saham adalah diharuskan di dalam Islam kerana ia adalah sebahagian dari bidang muamalah yang dibenarkan. Terdapat sebanyak 751 syarikat dari 953 syarikat yang disenaraikan di Papan Utama (Main Market) Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Ini bermaksud hampir 80 peratus syarikat yang disenaraikan dibolehkan untuk orang Islam melabur sebagai salah seorang pemilik saham syarikat tersebut. Syarikat-syarikat berdaya maju seperti MrDIY, AirAsia, Solarvest, Inari, Malaysia Airport, MyEG, Eco World, SP Setia, Sime Darby, KPJ, Farm Fresh, Parkson dan banyak lagi dari pelbagai bidang seperti pembinaan, teknologi, pengeluaran, peruncitan, perubatan, logistik, pemaju perumahan dan sektor-sektor lain yang patuh Syariah, yang terbuka untuk semua melabur di dalamnya.
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan pasaran saham Malaysia, kerajaan telah memudahkan dan menggalakkan masyarakat supaya celik tentang pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan bukan sahaja mengenai menyimpan duit secara bulanan, malah perlu juga kefahaman tentang kaedah penjanaan pendapatan dengan lebih baik selain hanya mengharapkan pulangan dari dividen amanah saham dan juga bank. Pelaburan yang dilakukan adalah selamat dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan perundangan lain yang terlibat.
Tahukah anda bahawa nilai saham sesuatu syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai potensi tinggi mampu meningkat sehingga 100 peratus dalam masa setahun? Malah adalah perkara biasa di pasaran saham untuk melihat saham syarikat meningkat melebihi 10 peratus sebulan. Malah SC sendiri mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya menjadi pelabur yang bijak di pasaran saham. Statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat hanya 7 peratus pelabur runcit dalam kalangan pelabur di bawah umur 45 tahun di Malaysia.
Terdapat beberapa kelebihan melabur di dalam pasaran saham, antaranya ialah:
1. **Peluang pertumbuhan modal**: Pelaburan di dalam syarikat berpotensi mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Seorang pelabur mampu mendapat pulangan dari kenaikan harga saham dan juga dividen yang dibayar oleh syarikat dari semasa ke semasa.
2. **Diversifikasi**: Seseorang pelabur boleh mengagihkan risiko pelaburan kepada beberapa syarikat dari sektor industri yang berbeza dalam mengawal risiko pelaburannya. Ini kerana setiap sektor terdedah kepada risiko yang berbeza di dalam perniagaan yang dijalankan.
3. **Pemilikan kepentingan syarikat**: Seseorang pelabur memiliki sebahagian kecil dalam syarikat. Ini akan memberi anda hak untuk mengundi di dalam perjumpaan pemegang saham syarikat tersebut, menerima maklumat mengenai prestasi syarikat dan mendapat manfaat dari kejayaan syarikat tersebut.
4. **Kemudahan teknologi terkini**: Dengan kemajuan teknologi, seseorang pelabur mampu mendapatkan maklumat terkini tentang pelaburan dan tindakan membeli dan menjual boleh dilakukan secara *online* sahaja pada waktu pasaran dibuka tanpa perlu pergi ke bank atau seumpamanya. Urusan pelaburan boleh dilakukan di mana-mana walaupun hanya menggunakan telefon bimbit.
5. **Peluang membina kerjaya**: Kemahiran pelaburan saham sangat berpotensi luas memandangkan bidang ini mampu memberi pulangan yang lumayan. Kemahiran melabur yang dimiliki boleh dijadikan satu kerjaya dalam bidang pelaburan bersama institusi perbankan atau pelaburan yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Malah, dengan kemajuan teknologi masa kini, seseorang pelabur bukan sahaja mampu melabur di pasaran tempatan seperti Bursa Malaysia malah pelaburan saham boleh juga berlaku sehingga ke pasaran global seperti pasaran di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, dan Indonesia. Pasaran saham di Bursa Malaysia sahaja semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan permodalan pasaran (*market capitalization*) sebanyak RM1.77 trillion pada tahun 2023 berbanding RM1.75 trillion pada tahun 2022. Dengan kekuatan perundangan, kestabilan negara dan juga saiz pasaran yang besar inilah menjadikan pasaran saham Malaysia mampu menarik minat ramai pelabur dari luar negara untuk melabur. Kemasukan pelaburan luar akan merancakkan lagi pergerakan pasaran saham dan mampu meningkatkan lagi potensi syarikat dalam mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dan luar negara. Maka, pelabur yang bersama melabur di dalam syarikat tersebut akan menikmati kenaikan nilai saham dan juga pulangan dividen dari pelaburan yang dilakukan.
Sememangnya pasaran saham mempunyai risiko yang tersendiri. Seseorang yang ingin melabur seharusnya faham bahawa pelaburan saham bukanlah satu skim cepat kaya yang mampu memberikan pulangan berganda dalam masa beberapa bulan. Perlu dibetulkan kefahaman bahawa pelaburan saham adalah seperti kita melabur ke dalam sesuatu perniagaan lain seperti restoran, bengkel kereta ataupun pertanian. Cuma bezanya ialah di pasaran saham skala perniagaannya sangat besar dan melibatkan skala pasaran dalam dan luar negara dengan pelaburan sehingga beratus juta ringgit, malah ada syarikat yang bernilai berbillion ringgit. Oleh itu, setiap pelabur perlu jelas tentang perniagaan syarikat yang ingin dilaburkan kerana setiap perniagaan adalah terdedah kepada risiko perniagaan seperti permintaan produk, pengurusan dalaman, kesan global, kekurangan sumber bahan mentah mahupun fenomena cuaca.
**Bagaimana bermula?**
Bagaimana bermula untuk melabur adalah sangat mudah. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menceburi pelaburan saham di Malaysia.
1. **Pendidikan dan penyelidikan**: Kefahaman dan pengetahuan tentang pelaburan saham sangat penting. Ilmu pelaburan dari sumber yang betul dari pengamal pelaburan saham bertauliah seperti remiser saham, perunding kewangan bertauliah dan *Capital Market Service Representative License* (CMSRL) sangat membantu dalam memahami tentang pasaran saham di Malaysia.
2. **Membuka akaun dagangan saham**: Anda perlu memiliki akaun Sistem Depositori Pusat (Central Depository System-CDS) yang diuruskan di bawah Bursa Malaysia dari bank atau syarikat broker saham yang sah. Kebanyakan bank yang anda mempunyai akaun simpanan boleh untuk membuka akaun CDS ini. Ia berfungsi sebagai platform untuk menyimpan dan mengemas kini setiap urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Disarankan orang Islam untuk memiliki akaun CDS Islamik kerana akaun ini hanya membenarkan pembelian saham patuh Syariah sahaja. Kos membuka akaun CDS ialah sebanyak RM10 dan anda mestilah berumur melebihi 18 tahun. Kebiasaannya, anda akan diletakkan bersama seorang remiser ketika membuka akaun CDS yang akan membantu serba sedikit tentang operasi platform yang didaftarkan. Setiap platform CDS adalah berbeza antara setiap syarikat broker di Malaysia.
3. **Menyusun portfolio pelaburan**: Anda perlu jelas dengan matlamat pelaburan, jumlah pelaburan, sumber pelaburan, tempoh pelaburan, kaedah pelaburan dan risiko pelaburan yang bakal anda lalui. Setiap pelaburan yang dibuat terdedah kepada risiko yang tersendiri kerana tiada siapa mengetahui apa yang bakal berlaku di masa akan datang.
4. **Melakukan transaksi**: Anda boleh mula melakukan transaksi menggunakan platform anda secara dalam talian apabila pasaran dibuka. Sebagai permulaan, anda boleh bermula dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu bagi membiasakan dengan pergerakan pasaran dan penggunaan platform CDS anda.
5. **Pengurusan risiko**: Sebelum melakukan transaksi pembelian, anda perlu tentukan risiko pelaburan bagi mengawal pelaburan anda. Ini kerana, saham syarikat akan bergerak bergantung kepada permintaan dan penawaran oleh pelabur lain di dalam pasaran. Pasaran saham sukar dijangka dan tidak menentu kerana terlalu ramai pelabur dan melibatkan unit saham yang sangat tinggi. Pastikan jumlah pelaburan anda diagihkan sewajarnya dalam mengelakkan kerugian maksimum.
6. **Pembelajaran berterusan**: Di samping melabur, anda digalakkan terus belajar menambah ilmu kerana terdapat pelbagai faktor asas (*fundamental*) dan teknikal (*technical*) yang boleh mempengaruhi sesebuah syarikat yang dilaburkan. Terdapat juga pengumuman daripada pihak kerajaan seperti dasar dan polisi baharu yang mempengaruhi perniagaan di Bursa Malaysia. Faktor-faktor ini mampu menaikkan atau menurunkan nilai saham sesebuah syarikat. Pembelajaran berterusan terhadap keadaan ekonomi, permintaan perniagaan, analisis pasaran, kemahiran teknikal, pengurusan kewangan, aliran dana pelaburan dan gelagat pelabur mampu membantu seorang pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pelaburan saham bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh masyarakat. Pelaburan saham adalah satu instrumen kewangan yang dikawal ketat oleh perundangan dan dipantau oleh pihak kerajaan dan selamat untuk diceburi. Pasaran saham adalah satu alternatif dan peluang pelaburan yang terbuka luas untuk masyarakat di setiap peringkat umur bagi meningkatkan pendapatan. Dapatkan kefahaman dari sumber yang betul dan lakukan pelaburan secara bijak menggunakan pengurusan risiko yang terkawal bagi memaksimakan pulangan dari bidang pelaburan saham.

Profesor Madya Sr. Dr. Abdul Jalil Omar
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Artikel ini juga diterbitkan di :
1\.**Utusan Malaysia** m/s 31 : **Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun**, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM

2\.**Utusan Malaysia** (utusan.com) : **Nilai Saham Boleh Naik 100% Setahun**, artikel penulisan Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil bin Omar, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM
<https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/10/nilai-saham-boleh-naik-100-setahun/> |
| Shard | 123 (laksa) |
| Root Hash | 3644668438914328923 |
| Unparsed URL | my,edu,uthm!news,/ms/2023/10/jangan-takut-melabur-saham/ s443 |