âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/ |
| Last Crawled | 2026-03-30 17:39:56 (12 days ago) |
| First Indexed | 2023-06-26 06:29:05 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah - Netty Ah Hiyer |
| Meta Description | Maggi kari paling senang dimasak kat dapur rumah. Dua minit dah siap masak mee segera. Masuklah ayam atau sayuran. Makan pula time hujan. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Home
Resipi
2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah
Maggi kari paling senang dimasak kat dapur rumah. Dua minit dah siap masak mee segera. Masuklah ayam atau sayuran. Makan pula time hujan.
Sebenarnya campur bahan masakan lain macam telur, udang, sotong mahupun ketam pun sedap . Kalau campur bahan lain, akan ambil masa lebih 2 minitlah. Macam masak
maggi goreng mamak
.
Kalau nak kick buatlah maggi pedas giler. Dua resepi maggi kari yang dikongsi ini antara yang pernah dicuba dan tentunya antara masakan maggi sedap lagi mudah nak dibuat.
Resepi Maggi Kari Tumis
Durasi memasak : 15 minit
Bahan-bahan
1 pek mee maggi kari
2 ulas bawang putih â diketuk dan cincang
Sedikit daun kari
Perencah maggi kari
1 biji tomato
Sedikit brokoli
Cara masak maggi kari
Rebus dahulu mi segera separuh masak. Angkat dan asingkan dalam bekas.Â
Tumis bawang putih. Apabila dah naik bau masukkan perencah, daun keri, brokoli dan tomato.
Kacau seketika dan masukkan mi segera. Gaul bagi sebati.Â
Siap.
Info Masakan
Mee segera dengan perencah kari ini lebih sedap jika dimasak garing. Untuk dapatkan tekstur maggi kari goreng, semasa mengangkat mi boleh lalukan bawah air paip dan toskan. Jadi, dapatlah masakan maggi yang lebih garing tak berkuah.
maggi kari sup
Durasi memasak : 20 minit
Bahan-bahan
2 pek mee segera maggi perasa kari
1/2 biji bawang holland â hiris
1 biji bawang putih â ketuk je
1/2 biji cili merah â hiris
1 mangkuk ayam kampung abah
Sedikit halba
1 inci halia
1 kuntum bunga kantan
Sedikit kangkung
Cara masak maggi segera sup
Tumis bawang holand, bawang putih, halia dan cili. Bila dah naik bau masukkan ayam dan rempah kari dan halba.
Kecilkan api. Tutup. Bila ayam dah kecut masukkan air ikut citarasa.
Bila air mendidih masukkan maggi dan bunga kantan dibelah dua.
Agak-agak mi segera nya dah masak sempurna, tutup api dan masukkan kangkung. Kacau sekejap dan tutup.
Sedia dinikmati.
3 Jenama Mee Segera Sedap Di Pasaran, Rasa Lebih KurangÂ
Mee segera perisa kari di Malaysia ini cukup sinonim dipanggil âmaggi. Nampaklah apa jenama sekalipun, tetap orang Malaysia sebut maggi.
Tiga jenama maggi kari ini pernah dicuba dan saya jamin kesedapannya seakan sama. Tak rugilah, berbaloi membeli.
Mee Segera Maggi Perisa Kari
Antara semua jenama mee segera, tentulah maggi paling champion. Sampai melekatlah di bibir rakyat Malaysia.Â
Rasa berbangga juga bila maggi kari Malaysia ini juga terkenal di luar negara dengan rasanya yang sedap dan âmenagihkanâ. Boleh kalahkan ramen Korea tu.
Mengekalkan tagline â2 minit maggi curryâ. Malah sampai hari ini jingles nya masih terngiang-ngiang âmee maggi cepat dimasak, sedap dimakanâ.
Jenama ini juga memperkenalkan Maggi Big Kari untuk memenuhi kepuasan pelanggannya.Â
Cara mudah masak maggi Big perisa kari ini :
Rebus 450ml air dalam peruk. Kemudian, masukkan maggi Big dan perencah maggi. Rebus selama 2 minit. Kacau dan siap, sedia untuk dinikmati.
Sebenarnya, saya paling suka masak maggi kari sedap cara ini. Lebih terasa asli gitu. Nak lain sikit, pecah je telur. Simple.
Makan pula dengan
kimchi halal korea
buat sendiri.Â
Maggi Kari Sedap : Mee Segera Gardenia Perisa KariÂ
Gardenia Numee instant noodle ini satu ketika pernah viral dan menjadi buruan penggemar maggi. Satu lagi, pembungkusannya yang hampir sama membuatkan ada yang tersalah ambil di rak pasaraya.
Bila masak, rasa lebih kurang saja maggi Gardenia dengan yang lain. Sampai tak perasan yang dimakan itu jenama lain rupanya. Harga mee segera Gardenia perisa kari adalah RM4.80. Masih berbaloi untuk dibeli.
Mesti ada yang tertanya
sedap ke mi segera Numee
ni?
Mi Segera Perisa Kari Lotus
Ini pun alternatif mi segera Kari. Saya beli di Lotus Setia Alam. Harga maggi kari Lotus juga lebih murah berbanding jenama lain. Rasa mee segera perisa Kari Lotus ini juga sama sedap macam yang lain-lain.
Jenama mee segera Lotus yang terpaling viral adalah perisa Tomyam. Siap diaorang buat review macam mukbang.Â
Dari segi saiz mee segera nya, agak kecil sedikit berbanding jenama lain.Â
Selain mee segera, saya juga gemar beli sardin Lotus. Sebab harganya lebih murah dan macam-macam
resepi ikan sardin
boleh dicuba.
Read More
About The Author
Bekas wartawan majalah Dewan Siswa, Mingguan Wanita & majalah Keluarga yang menulis tentang resepi, makanan, tips masakan, hiburan, drama, filem, tips blogging, penulisan SEO, tempat makan best.
Sebarang review atau apa saja berkaitan blog hubungi : nettyahhiyer@gmail.com |
| Markdown | - [About Author : Netty Ah Hiyer](https://nettyahhiyer.com/about/)
- [Contact us\!](https://nettyahhiyer.com/contact-us/)
- [Disclaimer](https://nettyahhiyer.com/disclaimer/)
- [Privacy Policy](https://nettyahhiyer.com/privacy-policy/)
## [Netty Ah Hiyer](https://nettyahhiyer.com/)
[Menu](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/)
- [Resipi](https://nettyahhiyer.com/category/resipi/)
- [Info Masakan](https://nettyahhiyer.com/category/info-masakan/)
- [Makan Di Mana](https://nettyahhiyer.com/category/makan-di-mana/)
- [Minuman](https://nettyahhiyer.com/category/minuman/)
- [How To](https://nettyahhiyer.com/category/how-to/)
- [Log Wartawan](https://nettyahhiyer.com/category/log-wartawan/)
- [Hiburan](https://nettyahhiyer.com/category/hiburan/)
- [Review](https://nettyahhiyer.com/category/review-by-netty/)
- [Famili](https://nettyahhiyer.com/category/famili/)
- [Cantik Sihat](https://nettyahhiyer.com/category/cantik-sihat/)
- [Agama](https://nettyahhiyer.com/category/agama/)
- [Panduan Blog](https://nettyahhiyer.com/category/panduan-blog/)
[Home](https://nettyahhiyer.com/)
[Resipi](https://nettyahhiyer.com/category/resipi/)
2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah

# 2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah
Maggi kari paling senang dimasak kat dapur rumah. Dua minit dah siap masak mee segera. Masuklah ayam atau sayuran. Makan pula time hujan.
**Contents**
[Resepi Maggi Kari Tumis](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Resepi_Maggi_Kari_Tumis)
[Bahan-bahan](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Bahan-bahan)
[Cara masak maggi kari](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Cara_masak_maggi_kari)
[Info Masakan](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Info_Masakan)
[maggi kari sup](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#maggi_kari_sup)
[Bahan-bahan](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Bahan-bahan1)
[Cara masak maggi segera sup](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Cara_masak_maggi_segera_sup)
[3 Jenama Mee Segera Sedap Di Pasaran, Rasa Lebih Kurang](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#3_Jenama_Mee_Segera_Sedap_Di_Pasaran_Rasa_Lebih_Kurang)
[Mee Segera Maggi Perisa Kari](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Mee_Segera_Maggi_Perisa_Kari)
[Maggi Kari Sedap : Mee Segera Gardenia Perisa Kari](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Maggi_Kari_Sedap_Mee_Segera_Gardenia_Perisa_Kari)
[Mi Segera Perisa Kari Lotus](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Mi_Segera_Perisa_Kari_Lotus)
[Read More](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#Read_More)
Sebenarnya campur bahan masakan lain macam telur, udang, sotong mahupun ketam pun sedap . Kalau campur bahan lain, akan ambil masa lebih 2 minitlah. Macam masak **[maggi goreng mamak](https://nettyahhiyer.com/maggi-goreng-mamak/)**.
Kalau nak kick buatlah maggi pedas giler. Dua resepi maggi kari yang dikongsi ini antara yang pernah dicuba dan tentunya antara masakan maggi sedap lagi mudah nak dibuat.
## Resepi Maggi Kari Tumis
Durasi memasak : 15 minit
### Bahan-bahan
- 1 pek mee maggi kari
- 2 ulas bawang putih â diketuk dan cincang
- Sedikit daun kari
- Perencah maggi kari
- 1 biji tomato
- Sedikit brokoli
### Cara masak maggi kari
1. Rebus dahulu mi segera separuh masak. Angkat dan asingkan dalam bekas.
2. Tumis bawang putih. Apabila dah naik bau masukkan perencah, daun keri, brokoli dan tomato.
3. Kacau seketika dan masukkan mi segera. Gaul bagi sebati.
4. Siap.
### Info Masakan
Mee segera dengan perencah kari ini lebih sedap jika dimasak garing. Untuk dapatkan tekstur maggi kari goreng, semasa mengangkat mi boleh lalukan bawah air paip dan toskan. Jadi, dapatlah masakan maggi yang lebih garing tak berkuah.

## [maggi kari sup](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari-chili-oil/)
Durasi memasak : 20 minit
### Bahan-bahan
- 2 pek mee segera maggi perasa kari
- 1/2 biji bawang holland â hiris
- 1 biji bawang putih â ketuk je
- 1/2 biji cili merah â hiris
- 1 mangkuk ayam kampung abah
- Sedikit halba
- 1 inci halia
- 1 kuntum bunga kantan
- Sedikit kangkung
### Cara masak maggi segera sup
1. Tumis bawang holand, bawang putih, halia dan cili. Bila dah naik bau masukkan ayam dan rempah kari dan halba.
2. Kecilkan api. Tutup. Bila ayam dah kecut masukkan air ikut citarasa.
3. Bila air mendidih masukkan maggi dan bunga kantan dibelah dua.
4. Agak-agak mi segera nya dah masak sempurna, tutup api dan masukkan kangkung. Kacau sekejap dan tutup.
5. Sedia dinikmati.

## 3 Jenama Mee Segera Sedap Di Pasaran, Rasa Lebih Kurang
Mee segera perisa kari di Malaysia ini cukup sinonim dipanggil âmaggi. Nampaklah apa jenama sekalipun, tetap orang Malaysia sebut maggi.
Tiga jenama maggi kari ini pernah dicuba dan saya jamin kesedapannya seakan sama. Tak rugilah, berbaloi membeli.
### Mee Segera Maggi Perisa Kari
Antara semua jenama mee segera, tentulah maggi paling champion. Sampai melekatlah di bibir rakyat Malaysia.
Rasa berbangga juga bila maggi kari Malaysia ini juga terkenal di luar negara dengan rasanya yang sedap dan âmenagihkanâ. Boleh kalahkan ramen Korea tu.
Mengekalkan tagline â2 minit maggi curryâ. Malah sampai hari ini jingles nya masih terngiang-ngiang âmee maggi cepat dimasak, sedap dimakanâ.
Jenama ini juga memperkenalkan Maggi Big Kari untuk memenuhi kepuasan pelanggannya.
**Cara mudah masak maggi Big perisa kari ini :** Rebus 450ml air dalam peruk. Kemudian, masukkan maggi Big dan perencah maggi. Rebus selama 2 minit. Kacau dan siap, sedia untuk dinikmati.
Sebenarnya, saya paling suka masak maggi kari sedap cara ini. Lebih terasa asli gitu. Nak lain sikit, pecah je telur. Simple.
Makan pula dengan **[kimchi halal korea](https://nettyahhiyer.com/kimchi-halal-korea/)** buat sendiri.

### Maggi Kari Sedap : Mee Segera Gardenia Perisa Kari
Gardenia Numee instant noodle ini satu ketika pernah viral dan menjadi buruan penggemar maggi. Satu lagi, pembungkusannya yang hampir sama membuatkan ada yang tersalah ambil di rak pasaraya.
Bila masak, rasa lebih kurang saja maggi Gardenia dengan yang lain. Sampai tak perasan yang dimakan itu jenama lain rupanya. Harga mee segera Gardenia perisa kari adalah RM4.80. Masih berbaloi untuk dibeli.
Mesti ada yang tertanya **[sedap ke mi segera Numee](https://www.sheilaarshad.com/2022/12/sedap-ke-mi-segera-numee.html)** ni?
### Mi Segera Perisa Kari Lotus
Ini pun alternatif mi segera Kari. Saya beli di Lotus Setia Alam. Harga maggi kari Lotus juga lebih murah berbanding jenama lain. Rasa mee segera perisa Kari Lotus ini juga sama sedap macam yang lain-lain.
Jenama mee segera Lotus yang terpaling viral adalah perisa Tomyam. Siap diaorang buat review macam mukbang.
Dari segi saiz mee segera nya, agak kecil sedikit berbanding jenama lain.
Selain mee segera, saya juga gemar beli sardin Lotus. Sebab harganya lebih murah dan macam-macam **[resepi ikan sardin](https://nettyahhiyer.com/resepi-ikan-sardin/)** boleh dicuba.
## Read More
> [Resepi Numee Maggi Ketam Homemade Padu, Easy Peasy\!](https://nettyahhiyer.com/maggi-ketam/)
[Share](https://www.facebook.com/share.php?m2w&s=100&p[url]=https%3A%2F%2Fnettyahhiyer.com%2Fmaggi-kari%2F&p[images][0]=https%3A%2F%2Fnettyahhiyer.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2023%2F06%2Fmaggi-kari-1360x700.jpg&p[title]=2%20Resepi%20Maggi%20Kari%20Sedap%20Masak%20Tumis%2C%20Sup%20%26amp%3B%20Goreng%20Termudah&u=https%3A%2F%2Fnettyahhiyer.com%2Fmaggi-kari%2F&t=2%20Resepi%20Maggi%20Kari%20Sedap%20Masak%20Tumis%2C%20Sup%20%26amp%3B%20Goreng%20Termudah)
[Pin it](http://pinterest.com/pin/create/button/?url=https%3A%2F%2Fnettyahhiyer.com%2Fmaggi-kari%2F&schema=Array&description=2%20Resepi%20Maggi%20Kari%20Sedap%20Masak%20Tumis,%20Sup%20&%20Goreng%20Termudah) [WhatsApp](https://wa.me/?text=2%20Resepi%20Maggi%20Kari%20Sedap%20Masak%20Tumis,%20Sup%20&%20Goreng%20Termudah%20https%3A%2F%2Fnettyahhiyer.com%2Fmaggi-kari%2F)
Tags:[maggi](https://nettyahhiyer.com/tag/maggi/)
#### Related Posts
[](https://nettyahhiyer.com/siakap-stim-limau-thai/ "Cara Masak Siakap Stim Limau Thai Terpaling Sedap")
## [Cara Masak Siakap Stim Limau Thai Terpaling Sedap](https://nettyahhiyer.com/siakap-stim-limau-thai/ "Cara Masak Siakap Stim Limau Thai Terpaling Sedap")
[](https://nettyahhiyer.com/sambal-pedas-berapi-padu/ "Resepi Sambal Pedas Berapi Best Guna 3 Bahan")
## [Resepi Sambal Pedas Berapi Best Guna 3 Bahan](https://nettyahhiyer.com/sambal-pedas-berapi-padu/ "Resepi Sambal Pedas Berapi Best Guna 3 Bahan")
[](https://nettyahhiyer.com/kimchi-halal-korea/ "Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas")
## [Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas](https://nettyahhiyer.com/kimchi-halal-korea/ "Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas")
[](https://nettyahhiyer.com/resepi-ikan-sardin/ "6 Resepi Ikan Sardin Ekonomi")
## [6 Resepi Ikan Sardin Ekonomi](https://nettyahhiyer.com/resepi-ikan-sardin/ "6 Resepi Ikan Sardin Ekonomi")
[](https://nettyahhiyer.com/resepi-lala/ "3 Resepi Lala Tumis Serai, Pedas Thai Yang Best")
## [3 Resepi Lala Tumis Serai, Pedas Thai Yang Best](https://nettyahhiyer.com/resepi-lala/ "3 Resepi Lala Tumis Serai, Pedas Thai Yang Best")
[](https://nettyahhiyer.com/cara-masak-nasi-ayam-thai/ "Mencuba Resepi Nasi Ayam Thai Viral No.1")
## [Mencuba Resepi Nasi Ayam Thai Viral No.1](https://nettyahhiyer.com/cara-masak-nasi-ayam-thai/ "Mencuba Resepi Nasi Ayam Thai Viral No.1")
#### About The Author
##### [nettyahhiyer](https://nettyahhiyer.com/author/nettyahhiyer/)
Bekas wartawan majalah Dewan Siswa, Mingguan Wanita & majalah Keluarga yang menulis tentang resepi, makanan, tips masakan, hiburan, drama, filem, tips blogging, penulisan SEO, tempat makan best. Sebarang review atau apa saja berkaitan blog hubungi : nettyahhiyer@gmail.com
#### One Response
1. [SR](https://www.syaznirahim.com/2023/06/aktiviti-di-pulau-burung-port-dickson.html) June 26, 2023
Dari kecil sampai besar, memang suka saya makan megi hahaha\!
[Reply](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#comment-1768)
### Leave a Reply [Cancel Reply](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/#respond)
[Netty Ah Hiyer](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari/%20https://nettyahhiyer.com/ " ini blog TravelogWartawan") Copyright Š 2026.
Theme by [MyThemeShop](http://mythemeshop.com/)
error: Content is protected !\! |
| Readable Markdown | [Home](https://nettyahhiyer.com/)
[Resipi](https://nettyahhiyer.com/category/resipi/)
2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah

Maggi kari paling senang dimasak kat dapur rumah. Dua minit dah siap masak mee segera. Masuklah ayam atau sayuran. Makan pula time hujan.
Sebenarnya campur bahan masakan lain macam telur, udang, sotong mahupun ketam pun sedap . Kalau campur bahan lain, akan ambil masa lebih 2 minitlah. Macam masak **[maggi goreng mamak](https://nettyahhiyer.com/maggi-goreng-mamak/)**.
Kalau nak kick buatlah maggi pedas giler. Dua resepi maggi kari yang dikongsi ini antara yang pernah dicuba dan tentunya antara masakan maggi sedap lagi mudah nak dibuat.
## Resepi Maggi Kari Tumis
Durasi memasak : 15 minit
### Bahan-bahan
- 1 pek mee maggi kari
- 2 ulas bawang putih â diketuk dan cincang
- Sedikit daun kari
- Perencah maggi kari
- 1 biji tomato
- Sedikit brokoli
### Cara masak maggi kari
1. Rebus dahulu mi segera separuh masak. Angkat dan asingkan dalam bekas.
2. Tumis bawang putih. Apabila dah naik bau masukkan perencah, daun keri, brokoli dan tomato.
3. Kacau seketika dan masukkan mi segera. Gaul bagi sebati.
4. Siap.
### Info Masakan
Mee segera dengan perencah kari ini lebih sedap jika dimasak garing. Untuk dapatkan tekstur maggi kari goreng, semasa mengangkat mi boleh lalukan bawah air paip dan toskan. Jadi, dapatlah masakan maggi yang lebih garing tak berkuah.

## [maggi kari sup](https://nettyahhiyer.com/maggi-kari-chili-oil/)
Durasi memasak : 20 minit
### Bahan-bahan
- 2 pek mee segera maggi perasa kari
- 1/2 biji bawang holland â hiris
- 1 biji bawang putih â ketuk je
- 1/2 biji cili merah â hiris
- 1 mangkuk ayam kampung abah
- Sedikit halba
- 1 inci halia
- 1 kuntum bunga kantan
- Sedikit kangkung
### Cara masak maggi segera sup
1. Tumis bawang holand, bawang putih, halia dan cili. Bila dah naik bau masukkan ayam dan rempah kari dan halba.
2. Kecilkan api. Tutup. Bila ayam dah kecut masukkan air ikut citarasa.
3. Bila air mendidih masukkan maggi dan bunga kantan dibelah dua.
4. Agak-agak mi segera nya dah masak sempurna, tutup api dan masukkan kangkung. Kacau sekejap dan tutup.
5. Sedia dinikmati.

## 3 Jenama Mee Segera Sedap Di Pasaran, Rasa Lebih Kurang
Mee segera perisa kari di Malaysia ini cukup sinonim dipanggil âmaggi. Nampaklah apa jenama sekalipun, tetap orang Malaysia sebut maggi.
Tiga jenama maggi kari ini pernah dicuba dan saya jamin kesedapannya seakan sama. Tak rugilah, berbaloi membeli.
### Mee Segera Maggi Perisa Kari
Antara semua jenama mee segera, tentulah maggi paling champion. Sampai melekatlah di bibir rakyat Malaysia.
Rasa berbangga juga bila maggi kari Malaysia ini juga terkenal di luar negara dengan rasanya yang sedap dan âmenagihkanâ. Boleh kalahkan ramen Korea tu.
Mengekalkan tagline â2 minit maggi curryâ. Malah sampai hari ini jingles nya masih terngiang-ngiang âmee maggi cepat dimasak, sedap dimakanâ.
Jenama ini juga memperkenalkan Maggi Big Kari untuk memenuhi kepuasan pelanggannya.
**Cara mudah masak maggi Big perisa kari ini :** Rebus 450ml air dalam peruk. Kemudian, masukkan maggi Big dan perencah maggi. Rebus selama 2 minit. Kacau dan siap, sedia untuk dinikmati.
Sebenarnya, saya paling suka masak maggi kari sedap cara ini. Lebih terasa asli gitu. Nak lain sikit, pecah je telur. Simple.
Makan pula dengan **[kimchi halal korea](https://nettyahhiyer.com/kimchi-halal-korea/)** buat sendiri.

### Maggi Kari Sedap : Mee Segera Gardenia Perisa Kari
Gardenia Numee instant noodle ini satu ketika pernah viral dan menjadi buruan penggemar maggi. Satu lagi, pembungkusannya yang hampir sama membuatkan ada yang tersalah ambil di rak pasaraya.
Bila masak, rasa lebih kurang saja maggi Gardenia dengan yang lain. Sampai tak perasan yang dimakan itu jenama lain rupanya. Harga mee segera Gardenia perisa kari adalah RM4.80. Masih berbaloi untuk dibeli.
Mesti ada yang tertanya **[sedap ke mi segera Numee](https://www.sheilaarshad.com/2022/12/sedap-ke-mi-segera-numee.html)** ni?
### Mi Segera Perisa Kari Lotus
Ini pun alternatif mi segera Kari. Saya beli di Lotus Setia Alam. Harga maggi kari Lotus juga lebih murah berbanding jenama lain. Rasa mee segera perisa Kari Lotus ini juga sama sedap macam yang lain-lain.
Jenama mee segera Lotus yang terpaling viral adalah perisa Tomyam. Siap diaorang buat review macam mukbang.
Dari segi saiz mee segera nya, agak kecil sedikit berbanding jenama lain.
Selain mee segera, saya juga gemar beli sardin Lotus. Sebab harganya lebih murah dan macam-macam **[resepi ikan sardin](https://nettyahhiyer.com/resepi-ikan-sardin/)** boleh dicuba.
## Read More
#### About The Author
Bekas wartawan majalah Dewan Siswa, Mingguan Wanita & majalah Keluarga yang menulis tentang resepi, makanan, tips masakan, hiburan, drama, filem, tips blogging, penulisan SEO, tempat makan best. Sebarang review atau apa saja berkaitan blog hubungi : nettyahhiyer@gmail.com |
| Shard | 131 (laksa) |
| Root Hash | 14444013391116810131 |
| Unparsed URL | com,nettyahhiyer!/maggi-kari/ s443 |