đŸ•ˇī¸ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 62 (from laksa060)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

â„šī¸ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
✅
CRAWLED
2 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.1 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/
Last Crawled2026-04-06 12:47:50 (2 days ago)
First Indexed2022-09-20 22:21:35 (3 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleCabar Diri Untuk Berjaya (2026) — Narqes
Meta DescriptionKejayaan adalah impian setiap individu. Walau seringkali dihimpit kegagalan, kejayaan tetap menjadi buruan untuk membuktikan berkali gagal tidak semestinya
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Kejayaan adalah impian setiap individu. Walau seringkali dihimpit kegagalan, kejayaan tetap menjadi buruan untuk membuktikan berkali gagal tidak semestinya akan berterusan gagal. Ada juga pepatah mengatakan seseorang itu tidak akan berjaya selagi tidak gagal berulangkali. Dan ada juga yang memegang prinsip, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan bersusah-susah dahulu. Bagaimana mengajar diri untuk sentiasa berinspirasi untuk memburu kejayaan. Apakah ada panduan tertentu atau syarat perlu diikuti, agar kejayaan menjadi milik kita. Nyatanya persoalan tentang definasi kejayaan adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu bergantung kepada status, pendidikan dan keperibadian individu itu sendiri. 5 tips di bawah ini mampu menjadi titik tolak penanda aras bagaimana kejayaan yang benar-benar kejayaan dapat digenggam. Anda harus berani mencuba dan mencabar diri sendiri terlebih dahulu dalam menyusun perancangan seterusnya sepanjang pemburuan sebuah kejayaan. 1. Tetapkan Matlamat Dan Sasaran Jika kita seringkali gagal dalam apa perkara sekalipun, kita perlu mula berjanji pada diri sendiri untuk tidak gagal pada masa akan datang. Justeru tetapkan matlamat dan sasaran yang tepat. Jika dalam soal pelajaran, anda sering ketinggalan, maka janji pada diri sendiri agar tidak lagi ketinggalan. Sekurang-kurangnya anda tidak berada dalam kelompok yang tertinggal. Berusaha untuk keluar dari zon ketinggalan itu. Dan apabila sudah mampu berganjak dari zon ketinggalan itu, tekadkan diri untuk terus berada di kelompok teratas pula. Jika anda seorang usahawan, sentiasa letakkan sasaran agar perniagaan akan mampu berdaya saing, seperti mampu membuka cawangan baru dan sentiasa memberikan perkhidmatan lebih berkesan dan berkualiti. Dalam waktu yang sama memperbaiki sebarang masalah agar kegagalan sebelum ini tidak berulang kembali sehingga mengganggu kelancaran pemburuan kejayaan yang seterusnya. 2. Belajar Cemburu Kejayaan Pihak Lain Cemburu adalah sikap negatif. Tetapi ianya juga boleh dilihat dari persepsi positif juga. Sebagai contoh, cemburu dengan kejayaan orang lain adalah sesuatu yang elok jika kita ingin belajar dari kejayaan mereka itu. Selidiki bagaimana mereka menjulang kejayaan serta selami pahit maung sebelum mereka berjaya. Dapatkan info terkini bagaimana usahawan berjaya mengapai kejayaan. Tembual, buku-buku motivasi yang banyak di pasaran mampu memberi inspirasi. Selalu bertanya kepada yang pakar. Anda jangan kelihatan bodoh sombong kerana merasakan serba tahu. Sentiasa bersikap low profile dengan keinginan untuk sentiasa mempertingkatkan kualiti ilmu yang ada. Cemburu dengan kejayaan orang lain tidak salah, tetapi yang silap apabila anda memiliki sikap cemburu yang sarat dengan hasad dengki serta niat ingin menjatuhkan pesaing anda. 3. Mudah Cepat Puas Hati Definasi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah daripada kita kejayaan yang sedikit sudah dianggap kejayaan yang luar biasa. Sementara mereka yang sudah berada di kemuncak pula, merasakan kejayaan mereka itu tidak bererti apa-apa. Dua sikap tersebut, perlulah dielakkan. Samada kejayaan itu sedikit atau luar biasa, bersikap cepat puas hati adalah sikap yang wajar disingkirkan. Ianya bagaikan parasit yang akan menghalang anda untuk terus kukuh dengan kejayaan yang ada dan yang mendatang. Apabila kita cepat puas hati, kita akan mula bersikap ambil mudah dan sambil lewa. Paling utama, samada kejayaan sedikit atau sebaliknya, jangan berhenti di situ. Teruslah perjuangan agar kejayaan akan berterusan dan sesuatu yang gemilang pasti menjadi milik anda. 4. Positif Minda Pemangkin Kejayaan Dalam perjalanan meniti kejayaan seringkali akan berhadapan dengan liku-liku dugaan dan halangan. Seringkali juga bisikan yang membuatkan kita terasa ingin mengalah dan putus asa akan muncul. Jika itu yang berlaku, positifkan minda dengan kata-kata penuh bersemangat agar apa juga dugaan dapat ditewaskan dengan minda yang bervisi. Musuh yang paling besar dalam hidup seseorang itu adalah dirinya sendiri. Jika dia dapat melawan musuh dalam dirinya sendiri, maka dia akan terus berjaya. Seterusnya dia akan sentiasa matang dan tidak emosi jika terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar pada masa mendatang. Ingatlah, positif minda akan menjadikan jiwa kita sihat dan tenang. Elakkan stress dengan sesuatu yang membuatkan minda kita negatif. 5. Bina Imej Yang Betul Imej adalah sesuatu yang melambangkan siapa kita. Serlahkan pesona imej yang bersesuaian dengan kerjaya agar kita dilihat serba menawan di mata khalayak. Jangan takut untuk mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza. Kejayaan anda itu harus diseiringkan dengan imej yang betul. Ianya bukan bertujuan untuk riak, sombong maupun berlagak. Imej yang betul dan diseimbangkan dengan kejayaan yang dimiliki adalah pemangkin untuk anda terus berjaya pada masa akan datang. Anda perlu dilihat berada dalam kelas tersendiri di sebalik kejayaan anda itu. Kejayaan bukan hak milik sesiapa. Ianya eksklusif untuk mereka yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri, berusaha gigih dan tanpa mengaku kalah. Teruslah memburu kejayaan kerana untuk gagal atau berjaya semuanya terletak pada diri anda sendiri.
Markdown
![fbpx](https://www.facebook.com/tr?id=932565334378222&ev=PageView&noscript=1) [Skip to content](https://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/#content) [![](https://narqes.com/wp-content/uploads/2022/08/logo-narqes-website-1.png)](https://narqes.com/) Main Menu - [Home](https://narqes.com/) - [About Us](https://narqes.com/our-team/) - [Services](https://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/) - [Products](https://narqes.com/shop/) - [Testimonials](https://narqes.com/testimoni/) - [Blog](https://narqes.com/artikel/) - [Contact](https://narqes.com/contact/) [Book Your Beauty Session](https://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/#v) - [Uncategorized](https://narqes.com/category/uncategorized/) # Cabar Diri Untuk Berjaya ##### mysense ##### Published on 21/01/2021 ![dermapen treatment](https://narqes.com/wp-content/uploads/2025/03/le-55-1-768x543.jpg) ## Share on Kejayaan adalah impian setiap individu. Walau seringkali dihimpit kegagalan, kejayaan tetap menjadi buruan untuk membuktikan berkali gagal tidak semestinya akan berterusan gagal. Ada juga pepatah mengatakan seseorang itu tidak akan berjaya selagi tidak gagal berulangkali. Dan ada juga yang memegang prinsip, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan bersusah-susah dahulu. Bagaimana mengajar diri untuk sentiasa berinspirasi untuk memburu kejayaan. Apakah ada panduan tertentu atau syarat perlu diikuti, agar kejayaan menjadi milik kita. Nyatanya persoalan tentang definasi kejayaan adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu bergantung kepada status, pendidikan dan keperibadian individu itu sendiri. 5 tips di bawah ini mampu menjadi titik tolak penanda aras bagaimana kejayaan yang benar-benar kejayaan dapat digenggam. Anda harus berani mencuba dan mencabar diri sendiri terlebih dahulu dalam menyusun perancangan seterusnya sepanjang pemburuan sebuah kejayaan. ### 1\. Tetapkan Matlamat Dan Sasaran Jika kita seringkali gagal dalam apa perkara sekalipun, kita perlu mula berjanji pada diri sendiri untuk tidak gagal pada masa akan datang. Justeru tetapkan matlamat dan sasaran yang tepat. Jika dalam soal pelajaran, anda sering ketinggalan, maka janji pada diri sendiri agar tidak lagi ketinggalan. Sekurang-kurangnya anda tidak berada dalam kelompok yang tertinggal. Berusaha untuk keluar dari zon ketinggalan itu. Dan apabila sudah mampu berganjak dari zon ketinggalan itu, tekadkan diri untuk terus berada di kelompok teratas pula. Jika anda seorang usahawan, sentiasa letakkan sasaran agar perniagaan akan mampu berdaya saing, seperti mampu membuka cawangan baru dan sentiasa memberikan perkhidmatan lebih berkesan dan berkualiti. Dalam waktu yang sama memperbaiki sebarang masalah agar kegagalan sebelum ini tidak berulang kembali sehingga mengganggu kelancaran pemburuan kejayaan yang seterusnya. ### 2\. Belajar Cemburu Kejayaan Pihak Lain Cemburu adalah sikap negatif. Tetapi ianya juga boleh dilihat dari persepsi positif juga. Sebagai contoh, cemburu dengan kejayaan orang lain adalah sesuatu yang elok jika kita ingin belajar dari kejayaan mereka itu. Selidiki bagaimana mereka menjulang kejayaan serta selami pahit maung sebelum mereka berjaya. Dapatkan info terkini bagaimana usahawan berjaya mengapai kejayaan. Tembual, buku-buku motivasi yang banyak di pasaran mampu memberi inspirasi. Selalu bertanya kepada yang pakar. Anda jangan kelihatan bodoh sombong kerana merasakan serba tahu. Sentiasa bersikap low profile dengan keinginan untuk sentiasa mempertingkatkan kualiti ilmu yang ada. Cemburu dengan kejayaan orang lain tidak salah, tetapi yang silap apabila anda memiliki sikap cemburu yang sarat dengan hasad dengki serta niat ingin menjatuhkan pesaing anda. ### 3\. Mudah Cepat Puas Hati Definasi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah daripada kita kejayaan yang sedikit sudah dianggap kejayaan yang luar biasa. Sementara mereka yang sudah berada di kemuncak pula, merasakan kejayaan mereka itu tidak bererti apa-apa. Dua sikap tersebut, perlulah dielakkan. Samada kejayaan itu sedikit atau luar biasa, bersikap cepat puas hati adalah sikap yang wajar disingkirkan. Ianya bagaikan parasit yang akan menghalang anda untuk terus kukuh dengan kejayaan yang ada dan yang mendatang. Apabila kita cepat puas hati, kita akan mula bersikap ambil mudah dan sambil lewa. Paling utama, samada kejayaan sedikit atau sebaliknya, jangan berhenti di situ. Teruslah perjuangan agar kejayaan akan berterusan dan sesuatu yang gemilang pasti menjadi milik anda. ### 4\. Positif Minda Pemangkin Kejayaan Dalam perjalanan meniti kejayaan seringkali akan berhadapan dengan liku-liku dugaan dan halangan. Seringkali juga bisikan yang membuatkan kita terasa ingin mengalah dan putus asa akan muncul. Jika itu yang berlaku, positifkan minda dengan kata-kata penuh bersemangat agar apa juga dugaan dapat ditewaskan dengan minda yang bervisi. Musuh yang paling besar dalam hidup seseorang itu adalah dirinya sendiri. Jika dia dapat melawan musuh dalam dirinya sendiri, maka dia akan terus berjaya. Seterusnya dia akan sentiasa matang dan tidak emosi jika terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar pada masa mendatang. Ingatlah, positif minda akan menjadikan jiwa kita sihat dan tenang. Elakkan stress dengan sesuatu yang membuatkan minda kita negatif. ### 5\. Bina Imej Yang Betul Imej adalah sesuatu yang melambangkan siapa kita. Serlahkan pesona imej yang bersesuaian dengan kerjaya agar kita dilihat serba menawan di mata khalayak. Jangan takut untuk mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza. Kejayaan anda itu harus diseiringkan dengan imej yang betul. Ianya bukan bertujuan untuk riak, sombong maupun berlagak. Imej yang betul dan diseimbangkan dengan kejayaan yang dimiliki adalah pemangkin untuk anda terus berjaya pada masa akan datang. Anda perlu dilihat berada dalam kelas tersendiri di sebalik kejayaan anda itu. Kejayaan bukan hak milik sesiapa. Ianya eksklusif untuk mereka yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri, berusaha gigih dan tanpa mengaku kalah. Teruslah memburu kejayaan kerana untuk gagal atau berjaya semuanya terletak pada diri anda sendiri. ## Leave a Reply [Cancel reply](https://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/#respond) #### Artikel-artikel terkini [![](https://narqes.com/wp-content/uploads/2026/02/104192.jpg-768x512.jpeg)](https://narqes.com/rawatan-pori-besar/ "Rawatan Pori Besar: Cara Mengecilkan Pori & Membuat Kulit Nampak Licin") [Penjagaan diri](https://narqes.com/category/penjagaan-diri/) ### [Rawatan Pori Besar: Cara Mengecilkan Pori & Membuat Kulit Nampak Licin](https://narqes.com/rawatan-pori-besar/) [narqes](https://narqes.com/author/narqes2022/ "Posts by narqes") 27/02/2026 Rawatan Pori Besar: Cara Mengecilkan Pori & Membuat Kulit Nampak Licin Pori besar ialah salah satu masalah kulit paling biasa berlaku, terutamanya jika kulit cenderung ... [Continue reading](https://narqes.com/rawatan-pori-besar/) [![facial muka](https://narqes.com/wp-content/uploads/2025/02/le-51-1-768x543.jpg)](https://narqes.com/rawatan-untuk-kulit-muka-sensitif-panduan-lengkap-untuk-kulit-lebih-tenang-kurang-iritasi/ "Rawatan untuk Kulit Muka Sensitif: Panduan Lengkap Untuk Kulit Lebih Tenang & Kurang Iritasi") [Penjagaan diri](https://narqes.com/category/penjagaan-diri/) ### [Rawatan untuk Kulit Muka Sensitif: Panduan Lengkap Untuk Kulit Lebih Tenang & Kurang Iritasi](https://narqes.com/rawatan-untuk-kulit-muka-sensitif-panduan-lengkap-untuk-kulit-lebih-tenang-kurang-iritasi/) [narqes](https://narqes.com/author/narqes2022/ "Posts by narqes") 26/02/2026 Rawatan untuk Kulit Muka Sensitif: Panduan Lengkap Untuk Kulit Lebih Tenang & Kurang Iritasi Kulit sensitif ialah keadaan di mana kulit mudah mengalami iritasi, kemerahan, ... [Continue reading](https://narqes.com/rawatan-untuk-kulit-muka-sensitif-panduan-lengkap-untuk-kulit-lebih-tenang-kurang-iritasi/) [![](https://narqes.com/wp-content/uploads/2026/02/medium-shot-smiley-young-woman-posing-scaled-e1772088989802-768x828.jpg)](https://narqes.com/rawatan-kulit-berminyak-punca-cara-kawal-rawatan-paling-berkesan/ "Rawatan Kulit Berminyak: Punca, Cara Kawal & Rawatan Paling Berkesan") [Penjagaan diri](https://narqes.com/category/penjagaan-diri/) ### [Rawatan Kulit Berminyak: Punca, Cara Kawal & Rawatan Paling Berkesan](https://narqes.com/rawatan-kulit-berminyak-punca-cara-kawal-rawatan-paling-berkesan/) [narqes](https://narqes.com/author/narqes2022/ "Posts by narqes") 25/02/2026 Rawatan Kulit Berminyak: Punca, Cara Kawal & Rawatan Paling Berkesan Kulit berminyak bukan sekadar berkilat — ia penyebab jerawat, pori besar dan kulit kusam. Ketahui ... [Continue reading](https://narqes.com/rawatan-kulit-berminyak-punca-cara-kawal-rawatan-paling-berkesan/) ## Redeem Your Complimentary Skin Consultation ### Experience a personalized session guided by our beauty experts — available at all 25 NARQES centres across Malaysia. [![](https://narqes.com/wp-content/uploads/2022/08/logo-narqes-website-1.png)](https://narqes.com/) - [72-G, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang - Selangor](https://waze.com/ul?q=Narqes%20Ampang%20\(Medispa\)&z=10&navigate=yes) - [\+6013-263 5007](tel:+60132635007) - [narqes.hq@gmail.com](mailto:narqes.hq@gmail.com?subject=Hi%20Narqes!) - Narqes Holdings Sdn Bhd 201601023652 (1194591-T) #### Company ###### [Home](https://narqes.com/) ###### [About Us](https://narqes.com/our-team/) ###### [Services](https://narqes.com/servis/) ###### [Product](https://narqes.com/shop/) ###### [Contact](https://narqes.com/contact/) #### Others ###### [Article](https://narqes.com/artikel/) ###### Karier ###### [Policy](https://narqes.com/privacy-policy/) ###### [Terms and condition](https://narqes.com/terms-conditions/) #### Subscribe ##### Sign up to receive the latest updates from us, including special offers, new treatments, and the latest news. ###### [© 2024 Narqes . All rights reserved. Powered by Prismboost.](http://prismboost.asia/) [Facebook](https://www.facebook.com/narqesampang) [Instagram](https://www.instagram.com/narqes_ampang/) [![](https://narqes.com/wp-content/uploads/2022/08/NS-final-logo-white-1.webp)](https://narqes.com/) ## [Utama](https://narqes.com/) ## [Tentang Narqes](https://narqes.com/our-team/) ## [Servis](https://narqes.com/servis/) ## [Testimoni](https://narqes.com/testimoni/) ## [Blog](https://narqes.com/artikel/) ## [Produk](https://narqes.com/shop/) ## [Hubungi](https://narqes.com/contact/) ## [Cawangan](https://narqes.com/cawangan/) ## [Tempah Sesi Rawatan](https://narqes.com/cabar-diri-untuk-berjaya/#v) 0
Readable Markdown
Kejayaan adalah impian setiap individu. Walau seringkali dihimpit kegagalan, kejayaan tetap menjadi buruan untuk membuktikan berkali gagal tidak semestinya akan berterusan gagal. Ada juga pepatah mengatakan seseorang itu tidak akan berjaya selagi tidak gagal berulangkali. Dan ada juga yang memegang prinsip, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan bersusah-susah dahulu. Bagaimana mengajar diri untuk sentiasa berinspirasi untuk memburu kejayaan. Apakah ada panduan tertentu atau syarat perlu diikuti, agar kejayaan menjadi milik kita. Nyatanya persoalan tentang definasi kejayaan adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu bergantung kepada status, pendidikan dan keperibadian individu itu sendiri. 5 tips di bawah ini mampu menjadi titik tolak penanda aras bagaimana kejayaan yang benar-benar kejayaan dapat digenggam. Anda harus berani mencuba dan mencabar diri sendiri terlebih dahulu dalam menyusun perancangan seterusnya sepanjang pemburuan sebuah kejayaan. ### 1\. Tetapkan Matlamat Dan Sasaran Jika kita seringkali gagal dalam apa perkara sekalipun, kita perlu mula berjanji pada diri sendiri untuk tidak gagal pada masa akan datang. Justeru tetapkan matlamat dan sasaran yang tepat. Jika dalam soal pelajaran, anda sering ketinggalan, maka janji pada diri sendiri agar tidak lagi ketinggalan. Sekurang-kurangnya anda tidak berada dalam kelompok yang tertinggal. Berusaha untuk keluar dari zon ketinggalan itu. Dan apabila sudah mampu berganjak dari zon ketinggalan itu, tekadkan diri untuk terus berada di kelompok teratas pula. Jika anda seorang usahawan, sentiasa letakkan sasaran agar perniagaan akan mampu berdaya saing, seperti mampu membuka cawangan baru dan sentiasa memberikan perkhidmatan lebih berkesan dan berkualiti. Dalam waktu yang sama memperbaiki sebarang masalah agar kegagalan sebelum ini tidak berulang kembali sehingga mengganggu kelancaran pemburuan kejayaan yang seterusnya. ### 2\. Belajar Cemburu Kejayaan Pihak Lain Cemburu adalah sikap negatif. Tetapi ianya juga boleh dilihat dari persepsi positif juga. Sebagai contoh, cemburu dengan kejayaan orang lain adalah sesuatu yang elok jika kita ingin belajar dari kejayaan mereka itu. Selidiki bagaimana mereka menjulang kejayaan serta selami pahit maung sebelum mereka berjaya. Dapatkan info terkini bagaimana usahawan berjaya mengapai kejayaan. Tembual, buku-buku motivasi yang banyak di pasaran mampu memberi inspirasi. Selalu bertanya kepada yang pakar. Anda jangan kelihatan bodoh sombong kerana merasakan serba tahu. Sentiasa bersikap low profile dengan keinginan untuk sentiasa mempertingkatkan kualiti ilmu yang ada. Cemburu dengan kejayaan orang lain tidak salah, tetapi yang silap apabila anda memiliki sikap cemburu yang sarat dengan hasad dengki serta niat ingin menjatuhkan pesaing anda. ### 3\. Mudah Cepat Puas Hati Definasi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah daripada kita kejayaan yang sedikit sudah dianggap kejayaan yang luar biasa. Sementara mereka yang sudah berada di kemuncak pula, merasakan kejayaan mereka itu tidak bererti apa-apa. Dua sikap tersebut, perlulah dielakkan. Samada kejayaan itu sedikit atau luar biasa, bersikap cepat puas hati adalah sikap yang wajar disingkirkan. Ianya bagaikan parasit yang akan menghalang anda untuk terus kukuh dengan kejayaan yang ada dan yang mendatang. Apabila kita cepat puas hati, kita akan mula bersikap ambil mudah dan sambil lewa. Paling utama, samada kejayaan sedikit atau sebaliknya, jangan berhenti di situ. Teruslah perjuangan agar kejayaan akan berterusan dan sesuatu yang gemilang pasti menjadi milik anda. ### 4\. Positif Minda Pemangkin Kejayaan Dalam perjalanan meniti kejayaan seringkali akan berhadapan dengan liku-liku dugaan dan halangan. Seringkali juga bisikan yang membuatkan kita terasa ingin mengalah dan putus asa akan muncul. Jika itu yang berlaku, positifkan minda dengan kata-kata penuh bersemangat agar apa juga dugaan dapat ditewaskan dengan minda yang bervisi. Musuh yang paling besar dalam hidup seseorang itu adalah dirinya sendiri. Jika dia dapat melawan musuh dalam dirinya sendiri, maka dia akan terus berjaya. Seterusnya dia akan sentiasa matang dan tidak emosi jika terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar pada masa mendatang. Ingatlah, positif minda akan menjadikan jiwa kita sihat dan tenang. Elakkan stress dengan sesuatu yang membuatkan minda kita negatif. ### 5\. Bina Imej Yang Betul Imej adalah sesuatu yang melambangkan siapa kita. Serlahkan pesona imej yang bersesuaian dengan kerjaya agar kita dilihat serba menawan di mata khalayak. Jangan takut untuk mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza. Kejayaan anda itu harus diseiringkan dengan imej yang betul. Ianya bukan bertujuan untuk riak, sombong maupun berlagak. Imej yang betul dan diseimbangkan dengan kejayaan yang dimiliki adalah pemangkin untuk anda terus berjaya pada masa akan datang. Anda perlu dilihat berada dalam kelas tersendiri di sebalik kejayaan anda itu. Kejayaan bukan hak milik sesiapa. Ianya eksklusif untuk mereka yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri, berusaha gigih dan tanpa mengaku kalah. Teruslah memburu kejayaan kerana untuk gagal atau berjaya semuanya terletak pada diri anda sendiri.
Shard62 (laksa)
Root Hash252612184780922462
Unparsed URLcom,narqes!/cabar-diri-untuk-berjaya/ s443