🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 105 (from laksa170)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
15 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.5 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/
Last Crawled2026-03-30 14:49:36 (15 days ago)
First Indexed2025-04-13 10:59:09 (1 year ago)
HTTP Status Code200
Meta Title16 Punca Sakit Perut Yang Ramai Orang Tak Sedar
Meta DescriptionArtikel ini bincang tentang punca sakit perut yang perlu anda perhatikan anda ambil tahu dalam kehidupan seharian. Jom mula.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Apakah punca sakit perut yang perlu anda perhatikan anda ambil tahu dalam kehidupan seharian? Sakit perut adalah masalah biasa yang setiap orang alami di dunia ini. Namun tahukah anda, banyak penyakit yang bermula daripada perut dan kebanyakkan pesakit tidak perasan akan simptom-simptom awalnya? Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 16 punca sakit perut yang ramai orang tidak sedar untuk pengetahuan anda. 1. Intoleransi Makanan Intoleransi makanan merupakan salah satu punca sakit perut yang utama tetapi sering disalah anggap sebagai alahan makanan. Menurut National Center for Biotechnology Information , dianggarkan lebih daripada 20% manusia pernah alami masalah intoleransi makanan. Ia berlaku apabila sistem penghadaman seseorang tidak dapat mencerna komponen tertentu dalam makanan dengan sempurna, seperti laktosa (gula dalam susu), gluten (protein dalam gandum), atau bahan tambahan makanan seperti pewarna dan pengawet. Apabila makanan tidak dapat dihadam ini memasuki usus, ia boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan, keradangan usus, atau gangguan keseimbangan bakteria usus. Kesannya, seseorang itu akan mengalami gejala seperti perut kembung, senak, cirit-birit, atau kekejangan perut beberapa jam selepas makan. Sebagai contoh, individu dengan intoleransi laktosa akan mengalami sakit perut dan ketidakselesaan selepas mengambil produk tenusu kerana badan mereka kekurangan enzim laktase yang diperlukan untuk memecahkan laktosa. 2. Tekanan dan Kebimbangan Tekanan emosi dan kebimbangan yang berpanjangan boleh menjadi punca sakit perut yang signifikan, walaupun ia tidak melibatkan sebarang kerosakan fizikal pada organ dalaman. Menurut American Psychology Association , apabila seseorang mengalami tekanan atau kebimbangan, sistem saraf autonomi akan mengaktifkan tindak balas “fight or flight” yang menyebabkan perubahan fisiologi dalam tubuh. Antara kesannya ialah peningkatan penghasilan asid perut, pengecutan otot usus secara tidak normal, serta gangguan kepada aliran darah ke saluran penghadaman. Hal ini jelas mengaitkan mengapa ramai individu yang mengalami tekanan kerja, masalah kewangan atau bebanan emosi akan turut mengadu masalah sakit perut atau gangguan pencernaan, walaupun biasanya tiada masalah kesihatan yang dapat dikesan secara fizikal. 3. Dehidrasi Punca sakit perut yang seterusnya adalah dehidrasi. Umumnya, apabila badan kekurangan ceciar, fungsi sistem penghadaman akan terganggu kerana air memainkan peranan penting dalam proses pencernaan, termasuk membantu pergerakan usus dan pelarutan nutrien. Kekurangan air boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan, lalu menyebabkan sembelit, yang seterusnya membawa kepada rasa tidak selesa dan sakit di bahagian perut, terutamanya di kawasan bawah abdomen. Selan itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan ketegangan otot-otot usus dan ketidakseimbangan elektrolit, yang menyumbang kepada kekejangan dan rasa perut memulas. Dalam kes yang lebih serius, dehidrasi akibat cirit-birit atau muntah-muntah juga boleh memperburukkan lagi masalah sakit perut kerana kehilangan cecair yang berterusan. 4. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) seperti ibuprofen, aspirin, atau naproxen secara berlebihan atau tanpa pemantauan perubatan boleh menjadi punca sakit perut. Dari segi perubatan, NSAIDs bertindak dengan mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi dalam yang sama ia turut mengganggu lapisan pelindung dalam perut yang berfungsi melindungi dinding perut daripada asid gastrik. Namun, apabila ubat ini diambil secara kerap atau dalam dos tinggi, ia boleh menyebabkan iritasi pada lapisan perut, lalu mencetuskan simptom seperti pedih ulu hati, perut rasa perit, kembung, loya, atau dalam kes lebih serius, luka (ulser) dan pendarahan dalam perut. 5. Kurang Tidur Tidur yang tidak mencukupi mengganggu sistem saraf autonomi yang berperanan mengawal proses penghadaman. Apabila seseorang tidak mendapat rehat yang cukup, tubuh akan berada dalam keadaan stres berpanjangan, yang boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut serta menyebabkan otot-otot usus menjadi lebih sensitif. Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai gejala seperti pedih ulu hati, senak, kekejangan perut, dan dalam sesetengah kes, cirit-birit atau sembelit. Bukan itu sahaja, bila seseorang tidak mendapat tidur yang cukup ia juga akan memberi kesan kepada keseimbangan hormon. Kita biasanya akan sukar untuk mengawal rasa lapar dan kenyang, sehingga menyebabkan perubahan tabiat makan dari segi waktu makan dan pemilihan makanan yang sihat. 6. Gaya Hidup Tidak Aktif Gaya hidup tidak aktif, seperti duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, turut dikaitka dengan punca sakit perut. Kajian yang dijalankan oleh Clinical Gastroenterology and Hepatology mendapati apabila seseorang kurang bergerak, pergerakan semula jadi otot usus (peristalsis) menjadi perlahan, lalu menjejaskan proses penghadaman dan pembuangan najis. Situasi ini boleh mengakibatkan sembelit, perut kembung, rasa senak, dan kekejangan di bahagian abdomen. Tambahan pula, gaya hidup sedentari turut berkait rapat dengan peningkatan stres dan pengambilan makanan tidak seimbang, dua faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit perut. Kekurangan senaman juga menjejaskan pengaliran darah ke organ dalaman, termasuk sistem penghadaman, menyebabkan fungsinya tidak berjalan lancar. 7. Tabiat Makan Terlalu Cepat Bagi individu yang suka makan dengan cepat, hati-hati kerana ia boleh menjadi punca sakit perut. Apabila makanan ditelan dalam saiz yang besar atau tidak cukup lumat, proses pencernaan di dalam perut dan usus menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini menyebabkan perut perlu bekerja lebih keras untuk memecahkan makanan, lalu meningkatkan penghasilan asid perut dan gas. Akibatnya, individu mungkin mengalami rasa kembung, senak, perut memulas, dan dalam sesetengah kes, pedih ulu hati. 8. Endometriosis Endometriosis merupakan satu keadaan perubatan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di sekitar ovari, tiub fallopio, usus, atau dinding pelvis. Kehadiran tisu ini di luar lokasi asalnya boleh menyebabkan keradangan, pembentukan tisu parut (adhesi), dan kadangkala sista yang menyakitkan. Ketika kitaran haid berlaku, tisu ini turut bertindak balas terhadap perubahan hormon seperti endometrium biasa, tetapi kerana ia tidak dapat keluar dari tubuh, ia akan menyebabkan kesakitan kronik di bahagian pelvis atau abdomen bawah. Sakit perut yang dikaitkan dengan endometriosis selalunya bersifat berulang dan semakin teruk semasa haid, namun ada juga wanita yang mengalaminya sepanjang bulan. Menurut National Center for Biotechnology Information , dalam sesetengah kes, endometriosis juga boleh mengganggu fungsi usus dan pundi kencing, menyebabkan gejala tambahan seperti perut kembung, sembelit, cirit-birit atau sakit semasa buang air kecil dan besar. 9. Batu Karang (Gallstones) Batu karang, terutamanya yang terbentuk dalam buah pinggang atau pundi hempedu, merupakan punca sakit perut yang sering menyebabkan kesakitan yang sangat ketara dan berulang. Batu karang terjadi apabila bahan seperti kalsium, asid urik, atau kolesterol terkumpul dan mengeras membentuk kristal dalam saluran kencing atau sistem hempedu. Apabila batu ini bergerak atau menyekat saluran, ia boleh menyebabkan kesakitan yang tajam dan tiba-tiba, biasanya di bahagian bawah abdomen, sisi belakang (loin), atau bahagian atas kanan perut bergantung kepada lokasi batu. 10. Sembelit Kronik Punca sakit perut yang seterusnya adalah kerana sembelit kronik. Sembelit kronik adalah keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran membuang najis secara berterusan atau jarang membuang air besar (kurang daripada tiga kali seminggu). Apabila najis terkumpul terlalu lama dalam usus besar, ia menjadi semakin keras dan kering, menyebabkan pergerakan usus menjadi sukar dan menyakitkan. Tekanan daripada najis yang tersekat ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa, perut terasa penuh, kembung, dan kekejangan di bahagian abdomen – terutamanya di bahagian bawah perut. 11. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) Refluks asid senyap, atau dikenali sebagai laryngopharyngeal reflux (LPR) , merupakan keadaan di mana asid perut naik semula ke saluran tekak dan larinks tanpa gejala pedih ulu hati yang biasa seperti dalam kes GERD. Walaupun tidak menyebabkan rasa terbakar di dada, asid yang naik ini tetap boleh merosakkan tisu dan mencetuskan pelbagai simptom lain seperti rasa pahit di tekak, batuk berpanjangan, suara serak, dan rasa seperti ada sesuatu tersangkut di kerongkong. Refluks asid senyap juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau perit di bahagian atas perut (epigastrik), kerana asid perut yang berlebihan dan tidak terkawal turut mengganggu dinding perut dan sistem penghadaman. 12. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) Pertumbuhan bakteria berlebihan di usus kecil, atau dikenali sebagai SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), merupakan satu keadaan di mana jumlah bakteria yang sepatutnya berada di usus besar telah berpindah dan berkembang biak secara berlebihan di usus kecil. Kajian oleh Journal of Functional Foods menyatakan bahawa, usus kecil biasanya mengandungi sedikit sahaja bakteria, tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan, bakteria ini akan mula menapai makanan yang belum dihadam sepenuhnya, terutamanya karbohidrat, lalu menghasilkan gas berlebihan seperti hidrogen dan metana. Proses ini menyebabkan perut menjadi kembung, rasa kenyang melampau selepas makan, sakit perut berulang, kekejangan, cirit-birit atau sembelit. Sakit perut yang disebabkan oleh SIBO biasanya berlaku beberapa jam selepas makan dan sering disalah anggap sebagai masalah gastrik biasa atau sindrom usus terganggu (IBS). 13. Penyakit Radang Pelvis (PID) Penyakit Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease atau PID) ialah jangkitan serius yang berlaku pada organ reproduktif wanita seperti rahim, tiub fallopio, dan ovari, biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria yang merebak melalui hubungan seksual tidak selamat. Apabila bakteria seperti Chlamydia atau Gonorrhea menjangkiti saluran reproduktif, ia boleh menyebabkan keradangan yang menyakitkan di kawasan pelvis dan abdomen bawah. Salah satu gejala utama PID ialah sakit perut yang berterusan atau semakin teruk, terutamanya di bahagian bawah perut, dan ia boleh disertai dengan gejala lain seperti keputihan yang tidak normal, demam, sakit semasa hubungan intim, dan kesakitan ketika buang air kecil. Menurut National Center for Biotechnology Information , jika tidak dirawat, PID boleh menyebabkan parut pada tiub fallopio yang bukan sahaja meningkatkan risiko kehamilan luar rahim, malah juga kemandulan 14. Migrain Abdomen Berbeza dengan migrain kepala, migrain abdomen menyebabkan sakit perut yang sederhana hingga teruk, biasanya di kawasan tengah perut (sekitar pusat), tanpa kehadiran sakit kepala yang tipikal. Serangan ini boleh dicetuskan oleh stres, perubahan hormon, gangguan tidur, atau makanan tertentu seperti coklat dan makanan tinggi histamin. Ketika serangan berlaku, pesakit mungkin mengalami sakit perut berselang-seli, loya, muntah, hilang selera makan, serta pucat dan lesu. 15. Keracunan Makanan Keracunan makanan merupakan salah satu punca utama sakit perut yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, ia terjadi apabila seseorang memakan makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria berbahaya seperti Salmonella , E. coli , atau Listeria , serta virus atau toksin tertentu. Punca pencemaran boleh berlaku akibat penyediaan makanan yang tidak bersih, penyimpanan pada suhu yang tidak sesuai, atau makanan yang sudah luput. Apabila patogen ini masuk ke dalam sistem penghadaman, ia menyebabkan keradangan pada lapisan usus yang mengakibatkan gejala seperti sakit perut yang mencucuk-cucuk, kekejangan, cirit-birit, loya, muntah, dan kadangkala demam. Kesakitan perut yang dialami biasanya datang secara mendadak dan boleh menjadi sangat teruk, terutamanya jika jangkitan melibatkan toksin bakteria yang agresif. 16. Alergik Makanan Alergik makanan adalah tindak balas sistem imun yang berlebihan terhadap bahan tertentu dalam makanan yang dianggap berbahaya walaupun sebenarnya tidak. Antara makanan yang sering menyebabkan alahan termasuklah susu, telur, kacang, makanan laut, gandum, dan soya. Menurut kajian oleh Clinical Reviews in Allergy & Immunology , apabila seseorang yang alergik mengambil makanan pencetus, sistem imun akan menghasilkan antibodi seperti IgE yang mencetuskan pembebasan bahan kimia seperti histamin. Histamin inilah yang menyebabkan pelbagai gejala, termasuk sakit perut, kekejangan, loya, muntah, cirit-birit, dan dalam kes yang lebih teruk, reaksi anafilaksis yang mengancam nyawa. Sakit perut akibat alahan makanan biasanya berlaku dengan cepat, dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan yang terlibat. Berbeza dengan intoleransi makanan yang melibatkan kekurangan enzim, alergik makanan berkait langsung dengan sistem imun dan boleh menimbulkan gejala yang lebih serius Kesimpulan Kesimpulannya, punca sakit perut boleh berlaku disebabkan oleh gas dan penghadaman atau juga tanda-tanda penyakit yang kronik. Justeru, mengetahui punca awal dan simptom-simptomnya adalah penting bagi mengenal pasti keadaan diri anda. Sekiranya sakit perut berlaku terlalu kerap, sakit semasa menelan makanan, keluar najis yang berdarah sehingga beberapa hari atau hilang berat badan dengan tiba-tiba, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Berikut adalah punca sakit perut yang orang ramai perlu ambil tahu: Intoleransi Makanan Tekanan dan Kebimbangan Dehidrasi Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan Kurang Tidur Gaya Hidup Tidak Aktif Tabiat Makan Terlalu Cepat Endometriosis Batu Karang (Gallstones) Sembelit Kronik Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) Penyakit Radang Pelvis (PID) Migrain Abdomen Keracunan Makanan Alergik Makanan Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: Cara Hilangkan Sakit Perut Punca Sakit Perut Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan.
Markdown
[Skip to content](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#main) [![MyPati Logo horizontal](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20500%20220'%3E%3C/svg%3E)![MyPati Logo horizontal](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo-horizontal.png)](https://mypati.my/) [Shop Now](https://mypati.my/shop/) 0 0 [![MyPati Logo horizontal](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20500%20220'%3E%3C/svg%3E)![MyPati Logo horizontal](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo-horizontal.png)](https://mypati.my/) [Shop](https://mypati.my/shop/) / [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) / [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) / 16 Punca Sakit Perut Yang Ramai Orang Tak Sedar [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) # 16 Punca Sakit Perut Yang Ramai Orang Tak Sedar Isi Kandungan 1. [1\. Intoleransi Makanan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#1-intoleransi-makanan) 2. [2\. Tekanan dan Kebimbangan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#2-tekanan-dan-kebimbangan) 3. [3\. Dehidrasi](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#3-dehidrasi) 4. [4\. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#4-penggunaan-ubat-tahan-sakit-nsaids-berlebihan) 5. [5\. Kurang Tidur](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#5-kurang-tidur) 6. [6\. Gaya Hidup Tidak Aktif](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#6-gaya-hidup-tidak-aktif) 7. [7\. Tabiat Makan Terlalu Cepat](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#7-tabiat-makan-terlalu-cepat) 8. [8\. Endometriosis](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#8-endometriosis) 9. [9\. Batu Karang (Gallstones)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#9-batu-karang-gallstones) 10. [10\. Sembelit Kronik](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#10-sembelit-kronik) 11. [11\. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#11-refluks-asid-senyap-silent-reflux) 12. [12\. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#12-pertumbuhan-bakteria-berlebihan-di-usus-kecil-sibo) 13. [13\. Penyakit Radang Pelvis (PID)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#13-penyakit-radang-pelvis-pid) 14. [14\. Migrain Abdomen](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#14-migrain-abdomen) 15. [15\. Keracunan Makanan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#15-keracunan-makanan) 16. [16\. Alergik Makanan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#16-alergik-makanan) 17. [Kesimpulan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#kesimpulan) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) April 13, 2025 April 13, 2025 Apakah **punca sakit perut** yang perlu anda perhatikan anda ambil tahu dalam kehidupan seharian? Sakit perut adalah masalah biasa yang setiap orang alami di dunia ini. Namun tahukah anda, banyak penyakit yang bermula daripada perut dan kebanyakkan pesakit tidak perasan akan simptom-simptom awalnya? Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 16 punca sakit perut yang ramai orang tidak sedar untuk pengetahuan anda. ## 1\. Intoleransi Makanan ![punca sakit perut intoleransi makanan](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![punca sakit perut intoleransi makanan](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-intoleransi-makanan.jpg) Intoleransi makanan merupakan salah satu punca sakit perut yang utama tetapi sering disalah anggap sebagai alahan makanan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6682924/), dianggarkan lebih daripada 20% manusia pernah alami masalah intoleransi makanan. [![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20250%20250'%3E%3C/svg%3E)![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/08/250x250.jpg)](https://mypati.my/sp/flush-f3/?utm_source=web&utm_medium=seo&utm_campaign=first%2520flush&utm_term=all) Ia berlaku apabila sistem penghadaman seseorang tidak dapat mencerna komponen tertentu dalam makanan dengan sempurna, seperti laktosa (gula dalam susu), gluten (protein dalam gandum), atau bahan tambahan makanan seperti pewarna dan pengawet. Apabila makanan tidak dapat dihadam ini memasuki usus, ia boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan, keradangan usus, atau gangguan keseimbangan bakteria usus. Kesannya, seseorang itu akan mengalami gejala seperti perut kembung, senak, cirit-birit, atau kekejangan perut beberapa jam selepas makan. Sebagai contoh, individu dengan intoleransi laktosa akan mengalami sakit perut dan ketidakselesaan selepas mengambil produk tenusu kerana badan mereka kekurangan enzim laktase yang diperlukan untuk memecahkan laktosa. ## 2\. Tekanan dan Kebimbangan ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-kebimbangan.jpg) Tekanan emosi dan kebimbangan yang berpanjangan boleh menjadi punca sakit perut yang signifikan, walaupun ia tidak melibatkan sebarang kerosakan fizikal pada organ dalaman. Menurut [American Psychology Association](https://www.apa.org/topics/stress/body), apabila seseorang mengalami tekanan atau kebimbangan, sistem saraf autonomi akan mengaktifkan tindak balas “fight or flight” yang menyebabkan perubahan fisiologi dalam tubuh. Antara kesannya ialah peningkatan penghasilan asid perut, pengecutan otot usus secara tidak normal, serta gangguan kepada aliran darah ke saluran penghadaman. Hal ini jelas mengaitkan mengapa ramai individu yang mengalami tekanan kerja, masalah kewangan atau bebanan emosi akan turut mengadu masalah sakit perut atau gangguan pencernaan, walaupun biasanya tiada masalah kesihatan yang dapat dikesan secara fizikal. ## 3\. Dehidrasi Punca sakit perut yang seterusnya adalah dehidrasi. Umumnya, apabila badan kekurangan ceciar, fungsi sistem penghadaman akan terganggu kerana air memainkan peranan penting dalam proses pencernaan, termasuk membantu pergerakan usus dan pelarutan nutrien. Kekurangan air boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan, lalu menyebabkan sembelit, yang seterusnya membawa kepada rasa tidak selesa dan sakit di bahagian perut, terutamanya di kawasan bawah abdomen. Selan itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan ketegangan otot-otot usus dan ketidakseimbangan elektrolit, yang menyumbang kepada kekejangan dan rasa perut memulas. Dalam kes yang lebih serius, dehidrasi akibat cirit-birit atau muntah-muntah juga boleh memperburukkan lagi masalah sakit perut kerana kehilangan cecair yang berterusan. ## 4\. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan Kajian oleh [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10156439/) mendapati bahawa, penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) seperti ibuprofen, aspirin, atau naproxen secara berlebihan atau tanpa pemantauan perubatan boleh menjadi punca sakit perut. Dari segi perubatan, NSAIDs bertindak dengan mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi dalam yang sama ia turut mengganggu lapisan pelindung dalam perut yang berfungsi melindungi dinding perut daripada asid gastrik. Namun, apabila ubat ini diambil secara kerap atau dalam dos tinggi, ia boleh menyebabkan iritasi pada lapisan perut, lalu mencetuskan simptom seperti pedih ulu hati, perut rasa perit, kembung, loya, atau dalam kes lebih serius, luka (ulser) dan pendarahan dalam perut. ## 5\. Kurang Tidur ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-kurang-tidur.jpg) Tidur yang tidak mencukupi mengganggu sistem saraf autonomi yang berperanan mengawal proses penghadaman. Apabila seseorang tidak mendapat rehat yang cukup, tubuh akan berada dalam keadaan stres berpanjangan, yang boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut serta menyebabkan otot-otot usus menjadi lebih sensitif. Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai gejala seperti pedih ulu hati, senak, kekejangan perut, dan dalam sesetengah kes, cirit-birit atau sembelit. Bukan itu sahaja, bila seseorang tidak mendapat tidur yang cukup ia juga akan memberi kesan kepada keseimbangan hormon. Kita biasanya akan sukar untuk mengawal rasa lapar dan kenyang, sehingga menyebabkan perubahan tabiat makan dari segi waktu makan dan pemilihan makanan yang sihat. ## 6\. Gaya Hidup Tidak Aktif ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-gaya-hidup-tdiak-aktif.jpg) Gaya hidup tidak aktif, seperti duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, turut dikaitka dengan punca sakit perut. Kajian yang dijalankan oleh [Clinical Gastroenterology and Hepatology](https://www.cghjournal.org/article/S1542-3565%2803%2900178-2/fulltext#:~:text=Physical%20activity%20can%20also%20improve,symptoms%2C%20most%20notably%20gastrointestinal%20bleeding.) mendapati apabila seseorang kurang bergerak, pergerakan semula jadi otot usus (peristalsis) menjadi perlahan, lalu menjejaskan proses penghadaman dan pembuangan najis. Situasi ini boleh mengakibatkan sembelit, perut kembung, rasa senak, dan kekejangan di bahagian abdomen. Tambahan pula, gaya hidup sedentari turut berkait rapat dengan peningkatan stres dan pengambilan makanan tidak seimbang, dua faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit perut. Kekurangan senaman juga menjejaskan pengaliran darah ke organ dalaman, termasuk sistem penghadaman, menyebabkan fungsinya tidak berjalan lancar. ## 7\. Tabiat Makan Terlalu Cepat ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-makan-laju.jpg) Bagi individu yang suka makan dengan cepat, hati-hati kerana ia boleh menjadi punca sakit perut. Apabila makanan ditelan dalam saiz yang besar atau tidak cukup lumat, proses pencernaan di dalam perut dan usus menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini menyebabkan perut perlu bekerja lebih keras untuk memecahkan makanan, lalu meningkatkan penghasilan asid perut dan gas. Akibatnya, individu mungkin mengalami rasa kembung, senak, perut memulas, dan dalam sesetengah kes, pedih ulu hati. ## 8\. Endometriosis Endometriosis merupakan satu keadaan perubatan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di sekitar ovari, tiub fallopio, usus, atau dinding pelvis. Kehadiran tisu ini di luar lokasi asalnya boleh menyebabkan keradangan, pembentukan tisu parut (adhesi), dan kadangkala sista yang menyakitkan. Ketika kitaran haid berlaku, tisu ini turut bertindak balas terhadap perubahan hormon seperti endometrium biasa, tetapi kerana ia tidak dapat keluar dari tubuh, ia akan menyebabkan kesakitan kronik di bahagian pelvis atau abdomen bawah. Sakit perut yang dikaitkan dengan endometriosis selalunya bersifat berulang dan semakin teruk semasa haid, namun ada juga wanita yang mengalaminya sepanjang bulan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK567777/), dalam sesetengah kes, endometriosis juga boleh mengganggu fungsi usus dan pundi kencing, menyebabkan gejala tambahan seperti perut kembung, sembelit, cirit-birit atau sakit semasa buang air kecil dan besar. ## 9\. Batu Karang (Gallstones) ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-batu-karang.jpg) Batu karang, terutamanya yang terbentuk dalam buah pinggang atau pundi hempedu, merupakan punca sakit perut yang sering menyebabkan kesakitan yang sangat ketara dan berulang. Batu karang terjadi apabila bahan seperti kalsium, asid urik, atau kolesterol terkumpul dan mengeras membentuk kristal dalam saluran kencing atau sistem hempedu. Apabila batu ini bergerak atau menyekat saluran, ia boleh menyebabkan kesakitan yang tajam dan tiba-tiba, biasanya di bahagian bawah abdomen, sisi belakang (loin), atau bahagian atas kanan perut bergantung kepada lokasi batu. ## 10\. Sembelit Kronik Punca sakit perut yang seterusnya adalah kerana sembelit kronik. Sembelit kronik adalah keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran membuang najis secara berterusan atau jarang membuang air besar (kurang daripada tiga kali seminggu). Apabila najis terkumpul terlalu lama dalam usus besar, ia menjadi semakin keras dan kering, menyebabkan pergerakan usus menjadi sukar dan menyakitkan. Tekanan daripada najis yang tersekat ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa, perut terasa penuh, kembung, dan kekejangan di bahagian abdomen – terutamanya di bahagian bawah perut. ## 11\. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-refluks-asid.jpg) Refluks asid senyap, atau dikenali sebagai *laryngopharyngeal reflux (LPR)*, merupakan keadaan di mana asid perut naik semula ke saluran tekak dan larinks tanpa gejala pedih ulu hati yang biasa seperti dalam kes GERD. Walaupun tidak menyebabkan rasa terbakar di dada, asid yang naik ini tetap boleh merosakkan tisu dan mencetuskan pelbagai simptom lain seperti rasa pahit di tekak, batuk berpanjangan, suara serak, dan rasa seperti ada sesuatu tersangkut di kerongkong. Refluks asid senyap juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau perit di bahagian atas perut (epigastrik), kerana asid perut yang berlebihan dan tidak terkawal turut mengganggu dinding perut dan sistem penghadaman. ## 12\. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) Pertumbuhan bakteria berlebihan di usus kecil, atau dikenali sebagai SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), merupakan satu keadaan di mana jumlah bakteria yang sepatutnya berada di usus besar telah berpindah dan berkembang biak secara berlebihan di usus kecil. Kajian oleh [Journal of Functional Foods](https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1756464622004376) menyatakan bahawa, usus kecil biasanya mengandungi sedikit sahaja bakteria, tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan, bakteria ini akan mula menapai makanan yang belum dihadam sepenuhnya, terutamanya karbohidrat, lalu menghasilkan gas berlebihan seperti hidrogen dan metana. Proses ini menyebabkan perut menjadi kembung, rasa kenyang melampau selepas makan, sakit perut berulang, kekejangan, cirit-birit atau sembelit. Sakit perut yang disebabkan oleh SIBO biasanya berlaku beberapa jam selepas makan dan sering disalah anggap sebagai masalah gastrik biasa atau sindrom usus terganggu (IBS). ## 13\. Penyakit Radang Pelvis (PID) Penyakit Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease atau PID) ialah jangkitan serius yang berlaku pada organ reproduktif wanita seperti rahim, tiub fallopio, dan ovari, biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria yang merebak melalui hubungan seksual tidak selamat. Apabila bakteria seperti *Chlamydia* atau *Gonorrhea* menjangkiti saluran reproduktif, ia boleh menyebabkan keradangan yang menyakitkan di kawasan pelvis dan abdomen bawah. Salah satu gejala utama PID ialah sakit perut yang berterusan atau semakin teruk, terutamanya di bahagian bawah perut, dan ia boleh disertai dengan gejala lain seperti keputihan yang tidak normal, demam, sakit semasa hubungan intim, dan kesakitan ketika buang air kecil. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK499959/), jika tidak dirawat, PID boleh menyebabkan parut pada tiub fallopio yang bukan sahaja meningkatkan risiko kehamilan luar rahim, malah juga kemandulan ## 14\. Migrain Abdomen Berbeza dengan migrain kepala, migrain abdomen menyebabkan sakit perut yang sederhana hingga teruk, biasanya di kawasan tengah perut (sekitar pusat), tanpa kehadiran sakit kepala yang tipikal. Serangan ini boleh dicetuskan oleh stres, perubahan hormon, gangguan tidur, atau makanan tertentu seperti coklat dan makanan tinggi histamin. Ketika serangan berlaku, pesakit mungkin mengalami sakit perut berselang-seli, loya, muntah, hilang selera makan, serta pucat dan lesu. ## 15\. Keracunan Makanan ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-keracunan-makanan.jpg) Keracunan makanan merupakan salah satu punca utama sakit perut yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kajian oleh [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10143666/) mendapati bahawa, ia terjadi apabila seseorang memakan makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria berbahaya seperti *Salmonella*, *E. coli*, atau *Listeria*, serta virus atau toksin tertentu. Punca pencemaran boleh berlaku akibat penyediaan makanan yang tidak bersih, penyimpanan pada suhu yang tidak sesuai, atau makanan yang sudah luput. Apabila patogen ini masuk ke dalam sistem penghadaman, ia menyebabkan keradangan pada lapisan usus yang mengakibatkan gejala seperti sakit perut yang mencucuk-cucuk, kekejangan, cirit-birit, loya, muntah, dan kadangkala demam. Kesakitan perut yang dialami biasanya datang secara mendadak dan boleh menjadi sangat teruk, terutamanya jika jangkitan melibatkan toksin bakteria yang agresif. ## 16\. Alergik Makanan ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-alergik-makanan.jpg) Alergik makanan adalah tindak balas sistem imun yang berlebihan terhadap bahan tertentu dalam makanan yang dianggap berbahaya walaupun sebenarnya tidak. Antara makanan yang sering menyebabkan alahan termasuklah susu, telur, kacang, makanan laut, gandum, dan soya. Menurut kajian oleh [Clinical Reviews in Allergy & Immunology](https://link.springer.com/article/10.1007/s12016-018-8710-3), apabila seseorang yang alergik mengambil makanan pencetus, sistem imun akan menghasilkan antibodi seperti *IgE* yang mencetuskan pembebasan bahan kimia seperti histamin. Histamin inilah yang menyebabkan pelbagai gejala, termasuk sakit perut, kekejangan, loya, muntah, cirit-birit, dan dalam kes yang lebih teruk, reaksi anafilaksis yang mengancam nyawa. Sakit perut akibat alahan makanan biasanya berlaku dengan cepat, dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan yang terlibat. Berbeza dengan intoleransi makanan yang melibatkan kekurangan enzim, alergik makanan berkait langsung dengan sistem imun dan boleh menimbulkan gejala yang lebih serius ## Kesimpulan Kesimpulannya, punca sakit perut boleh berlaku disebabkan oleh gas dan penghadaman atau juga tanda-tanda penyakit yang kronik. Justeru, mengetahui punca awal dan simptom-simptomnya adalah penting bagi mengenal pasti keadaan diri anda. Sekiranya sakit perut berlaku terlalu kerap, sakit semasa menelan makanan, keluar najis yang berdarah sehingga beberapa hari atau hilang berat badan dengan tiba-tiba, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Berikut adalah **punca sakit perut** yang orang ramai perlu ambil tahu: 1. Intoleransi Makanan 2. Tekanan dan Kebimbangan 3. Dehidrasi 4. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan 5. Kurang Tidur 6. Gaya Hidup Tidak Aktif 7. Tabiat Makan Terlalu Cepat 8. Endometriosis 9. Batu Karang (Gallstones) 10. Sembelit Kronik 11. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) 12. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) 13. Penyakit Radang Pelvis (PID) 14. Migrain Abdomen 15. Keracunan Makanan 16. Alergik Makanan Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: - [Cara Hilangkan Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-sakit-perut/) - [Punca Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/) ![Avatar photo](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2080%2080'%3E%3C/svg%3E) ![Avatar photo](https://mypati.my/wp-content/gravatars/cropped-profile-scaled-1-80x80.jpg) **[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/ "Posts by JoeAnna")** Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan. ## Similar Posts - [![gula sakit tekak featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![gula sakit tekak featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/gula-sakit-tekak-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/gula-sakit-tekak/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [Gula Sakit Tekak: Jenis, Jenama & Kesan Sampingannya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/gula-sakit-tekak/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) October 9, 2024 October 22, 2024 Rawatan yang paling biasa adalah gula sakit tekak atau lozeng. Namun adakah dengan menghisap gula sakit tekak ini benar-benar boleh memberi kesan melegakan dan menyembuhkan sakit tekak anda? Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan jenis-jenis gula sakit tekak dan keberkesannya dalam melegakan tekak yang sakit. Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika… [Read More Gula Sakit Tekak: Jenis, Jenama & Kesan Sampingannya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/gula-sakit-tekak/) - [![ubat sakit tekak featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![ubat sakit tekak featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/ubat-sakit-tekak-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-sakit-tekak/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [7 Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Untuk Anda Ambil](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-sakit-tekak/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) October 9, 2024 October 22, 2024 Apakah ubat sakit tekak yang efektif dan berkesan untuk anda ambil bagi mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan? Sakit tekak adalah masalah biasa yang dengan simptom demam dan selesema. Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI), sakit tekak adalah penyakit keenam di mana rakyat di negera Jerman paling rama datang untuk berjumpa dengan doktor…. [Read More 7 Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Untuk Anda Ambil](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-sakit-tekak/) - [![tanda cirit birit featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![tanda cirit birit featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/07/tanda-cirit-birit-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/tanda-cirit-birit/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [10 Tanda Cirit Birit yang Ramai Tak Sedar Tapi Berbahaya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/tanda-cirit-birit/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) July 13, 2025 July 13, 2025 Tanda cirit birit bukan sekadar najis cair yang kerap, banyak lagi gejala lain yang sering diabaikan dan boleh membawa risiko kesihatan jika tidak diberi perhatian. Ramai menganggap cirit birit sebagai masalah sementara, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi petunjuk kepada jangkitan, keradangan atau penyakit usus yang lebih serius. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 tanda… [Read More 10 Tanda Cirit Birit yang Ramai Tak Sedar Tapi Berbahaya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/tanda-cirit-birit/) - [![batuk tak berhenti featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![batuk tak berhenti featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/03/batuk-tak-berhenti-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-tak-berhenti/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [12 Sebab Batuk Tak Berhenti Yang Biasa Berlaku](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-tak-berhenti/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) March 31, 2025 March 31, 2025 Apakah penyebab batuk tak berhenti dan rawatan yang perlu anda dapatkan untuk mengatasi masalah tersebut? Batuk adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk membersihkan saluran pernafasan daripada lendir habuk, atau bahan asing. Namun, apabila batuk berlarutan melebihi dua hingga tiga minggu tanpa tanda-tanda sembuh, ia bukan lagi sekadar masalah biasa. Ramai menganggap ia sekadar kesan… [Read More 12 Sebab Batuk Tak Berhenti Yang Biasa Berlaku](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-tak-berhenti/) - [![cara hilangkan selsema featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![cara hilangkan selsema featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/cara-hilangkan-selsema-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-selsema/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [22 Cara Hilangkan Selsema Dengan Cepat Di Rumah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-selsema/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) April 13, 2025 April 13, 2025 Bagaimanakah cara hilangkan selsema di rumah dengan mudah dan cepat? Menurut data yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), dianggar 1 bilion orang di seluruh dunia dijangkiti selsema bermusim setiap hari. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 3 hingga 5 juta orang mengalami kes selesema yang teruk setiap tahun. Justeru, biarpun selsema adalah penyakit biasa yang berlaku… [Read More 22 Cara Hilangkan Selsema Dengan Cepat Di Rumah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-selsema/) - [![sakit perut sebelah kanan featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![sakit perut sebelah kanan featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/05/sakit-perut-sebelah-kanan-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-perut-sebelah-kanan/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [11 Punca Sakit Perut Sebelah Kanan yang Perlu Anda Periksa](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-perut-sebelah-kanan/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) May 4, 2025 May 4, 2025 Apakah punca sakit perut sebelah kanan yang penting untuk anda ambil tahu? Sakit perut sebelah kanan merupakan simptom yang biasa dialami oleh ramai orang, namun puncanya boleh berbeza-beza bergantung kepada lokasi, tempoh, dan tahap kesakitan yang dialami. Ada kalanya sakit ini hanyalah tanda gangguan ringan seperti angin dalam perut, tetapi ia juga bolehmenjadi petunjuk kepada masalah kesihatan… [Read More 11 Punca Sakit Perut Sebelah Kanan yang Perlu Anda Periksa](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-perut-sebelah-kanan/) ### Leave a Reply [Cancel reply](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/#respond) ## Recent Posts - [10 Cara Hilangkan Kencing Tak Lawas yang Berkesan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-kencing-tak-lawas/) - [10 Cara Tradisional Menurunkan Asid Urik Dengan Selamat Tanpa Ubat](https://mypati.my/kesihatan/gout/cara-tradisional-menurunkan-asid-urik/) - [11 Makanan Pantang untuk Sakit Lutut, No. 4 Paling Ramai Tak Sedar\!](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/makanan-pantang-untuk-sakit-lutut/) - [10 Cara Hilangkan Resdung Paling Berkesan Untuk Nafas Lebih Lega](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-resdung/) - [Sakit Lutut Kiri – Simptom, Punca & Cara Rawatan di Rumah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-lutut-kiri/) ![MyPati Logo](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20420%20168'%3E%3C/svg%3E) ![MyPati Logo](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo.png) **MyPati – Lebih Sesuai Untuk Malaysian.** Kami percaya kesihatan terbaik bermula dengan suplemen yang benar-benar memahami tubuh, diet, dan cara hidup rakyat Malaysia. **Ikut Kami** - [Facebook](https://www.facebook.com/mypati.my) - [TikTok](https://www.tiktok.com/@mypati.my) - [Telegram](https://t.me/mypatimalaysia) - [Instagram](https://www.instagram.com/mypati.my/) - [YouTube](https://www.youtube.com/@mypatimalaysia) - [Twitter](https://x.com/mypatimalaysia) - [LinkedIn](https://www.linkedin.com/company/mypatimalaysia) - [Pinterest](https://www.pinterest.com/mypatimalaysia/) **MyPati** [Tentang MyPati](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/mypati.my/tentang-kami/) [Pengasas MyPati](https://mypati.my/pengasas-mypati/) [MyPati Affiliate](https://mypati.my/affiliate-program/) [Blog](https://mypati.my/blog/) [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) **Quick Help** [Hubungi Kami](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/mypati.my/hubungi-kami/) [Polisi Bayaran Balik & Pemulangan](https://mypati.my/polisi-bayaran-balik-pemulangan/) [Polisi Penghantaran](https://mypati.my/polisi-penghantaran/) [FAQs](https://mypati.my/faqs/) [My Account](https://mypati.my/my-account/) [My Affiliate](https://mypati.my/affiliate-area/) ![MyPati Payment Options](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20468%2060'%3E%3C/svg%3E) ![MyPati Payment Options](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/01/MyPati-Payment-Options.png) PENAFIAN PERUBATAN Kandungan ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Ia tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan atau menggantikan nasihat atau rawatan sedemikian daripada doktor peribadi. Semua pembaca/penonton kandungan ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan bertauliah berkenaan soalan kesihatan tertentu. mypati.my tidak bertanggungjawab terhadap kemungkinan akibat kesihatan mana-mana orang atau orang yang membaca atau mengikuti maklumat dalam kandungan pendidikan ini. Semua penonton kandungan ini, terutamanya mereka yang mengambil ubat preskripsi atau over-the-counter, harus mendapatkan nasihat dengan doktor mereka sebelum memulakan sebarang program pemakanan, suplemen atau gaya hidup. © 2026 mypati.my. Hak Cipta Terpelihara. MyPati tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. [Polisi Privasi](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/mypati.my/polisi-privasi/) \| [Terma & Syarat](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/mypati.my/terma-dan-syarat/) \| [Polisi Pengiklanan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/mypati.my/polisi-pengiklanan/) ## Review Cart No products in the cart. ![fbpx](https://www.facebook.com/tr?id=4124859847844581&ev=PageView&noscript=1) - [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) - [Blog]() Toggle child menu - [Pengurusan Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/) Toggle child menu - [Turun Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/turun-berat-badan/) - [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) Toggle child menu - [Sembelit](https://mypati.my/kesihatan/sembelit/) - [Buasir](https://mypati.my/kesihatan/buasir/) - [Obesiti](https://mypati.my/kesihatan/obesiti/) - [Kencing Manis](https://mypati.my/kesihatan/kencing-manis/) - [Kolesterol](https://mypati.my/kesihatan/kolesterol/) - [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) - [Kanak-kanak](https://mypati.my/kesihatan/kanak-kanak/) - [Kecantikan](https://mypati.my/kecantikan/) Toggle child menu - [Rambut](https://mypati.my/kecantikan/rambut/) - [Kulit](https://mypati.my/kecantikan/kulit/) - [Nutrisi](https://mypati.my/nutrisi/) Toggle child menu - [Buah](https://mypati.my/nutrisi/buah/) - [Sayur](https://mypati.my/nutrisi/sayur/) - [Herba dan Rempah](https://mypati.my/nutrisi/herba-rempah/) - [Hubungi Kami](https://mypati.my/hubungi-kami/) - [FAQs](https://mypati.my/faqs/) [Shop Now\!](https://mypati.my/shop/) - [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) - [Blog]() Toggle child menu - [Pengurusan Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/) Toggle child menu - [Turun Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/turun-berat-badan/) - [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) Toggle child menu - [Sembelit](https://mypati.my/kesihatan/sembelit/) - [Buasir](https://mypati.my/kesihatan/buasir/) - [Obesiti](https://mypati.my/kesihatan/obesiti/) - [Kencing Manis](https://mypati.my/kesihatan/kencing-manis/) - [Kolesterol](https://mypati.my/kesihatan/kolesterol/) - [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) - [Kanak-kanak](https://mypati.my/kesihatan/kanak-kanak/) - [Kecantikan](https://mypati.my/kecantikan/) Toggle child menu - [Rambut](https://mypati.my/kecantikan/rambut/) - [Kulit](https://mypati.my/kecantikan/kulit/) - [Nutrisi](https://mypati.my/nutrisi/) Toggle child menu - [Buah](https://mypati.my/nutrisi/buah/) - [Sayur](https://mypati.my/nutrisi/sayur/) - [Herba dan Rempah](https://mypati.my/nutrisi/herba-rempah/) - [Hubungi Kami](https://mypati.my/hubungi-kami/) - [FAQs](https://mypati.my/faqs/) Share to... [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=16%20Punca%20Sakit%20Perut%20Yang%20Ramai%20Orang%20Tak%20Sedar+https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fpunca-sakit-perut%2F) [LinkedIn](https://www.linkedin.com/shareArticle?title=16%20Punca%20Sakit%20Perut%20Yang%20Ramai%20Orang%20Tak%20Sedar&url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fpunca-sakit-perut%2F&mini=true) [Messenger](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fpunca-sakit-perut%2F) [Telegram](https://telegram.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fpunca-sakit-perut%2F&text=16%20Punca%20Sakit%20Perut%20Yang%20Ramai%20Orang%20Tak%20Sedar) [X](https://x.com/intent/tweet?text=16%20Punca%20Sakit%20Perut%20Yang%20Ramai%20Orang%20Tak%20Sedar&url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fpunca-sakit-perut%2F) [Copy](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/)
Readable Markdown
Apakah **punca sakit perut** yang perlu anda perhatikan anda ambil tahu dalam kehidupan seharian? Sakit perut adalah masalah biasa yang setiap orang alami di dunia ini. Namun tahukah anda, banyak penyakit yang bermula daripada perut dan kebanyakkan pesakit tidak perasan akan simptom-simptom awalnya? Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 16 punca sakit perut yang ramai orang tidak sedar untuk pengetahuan anda. ## 1\. Intoleransi Makanan ![punca sakit perut intoleransi makanan](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-intoleransi-makanan.jpg) Intoleransi makanan merupakan salah satu punca sakit perut yang utama tetapi sering disalah anggap sebagai alahan makanan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6682924/), dianggarkan lebih daripada 20% manusia pernah alami masalah intoleransi makanan. [![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/08/250x250.jpg)](https://mypati.my/sp/flush-f3/?utm_source=web&utm_medium=seo&utm_campaign=first%2520flush&utm_term=all) Ia berlaku apabila sistem penghadaman seseorang tidak dapat mencerna komponen tertentu dalam makanan dengan sempurna, seperti laktosa (gula dalam susu), gluten (protein dalam gandum), atau bahan tambahan makanan seperti pewarna dan pengawet. Apabila makanan tidak dapat dihadam ini memasuki usus, ia boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan, keradangan usus, atau gangguan keseimbangan bakteria usus. Kesannya, seseorang itu akan mengalami gejala seperti perut kembung, senak, cirit-birit, atau kekejangan perut beberapa jam selepas makan. Sebagai contoh, individu dengan intoleransi laktosa akan mengalami sakit perut dan ketidakselesaan selepas mengambil produk tenusu kerana badan mereka kekurangan enzim laktase yang diperlukan untuk memecahkan laktosa. ## 2\. Tekanan dan Kebimbangan ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-kebimbangan.jpg) Tekanan emosi dan kebimbangan yang berpanjangan boleh menjadi punca sakit perut yang signifikan, walaupun ia tidak melibatkan sebarang kerosakan fizikal pada organ dalaman. Menurut [American Psychology Association](https://www.apa.org/topics/stress/body), apabila seseorang mengalami tekanan atau kebimbangan, sistem saraf autonomi akan mengaktifkan tindak balas “fight or flight” yang menyebabkan perubahan fisiologi dalam tubuh. Antara kesannya ialah peningkatan penghasilan asid perut, pengecutan otot usus secara tidak normal, serta gangguan kepada aliran darah ke saluran penghadaman. Hal ini jelas mengaitkan mengapa ramai individu yang mengalami tekanan kerja, masalah kewangan atau bebanan emosi akan turut mengadu masalah sakit perut atau gangguan pencernaan, walaupun biasanya tiada masalah kesihatan yang dapat dikesan secara fizikal. ## 3\. Dehidrasi Punca sakit perut yang seterusnya adalah dehidrasi. Umumnya, apabila badan kekurangan ceciar, fungsi sistem penghadaman akan terganggu kerana air memainkan peranan penting dalam proses pencernaan, termasuk membantu pergerakan usus dan pelarutan nutrien. Kekurangan air boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan, lalu menyebabkan sembelit, yang seterusnya membawa kepada rasa tidak selesa dan sakit di bahagian perut, terutamanya di kawasan bawah abdomen. Selan itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan ketegangan otot-otot usus dan ketidakseimbangan elektrolit, yang menyumbang kepada kekejangan dan rasa perut memulas. Dalam kes yang lebih serius, dehidrasi akibat cirit-birit atau muntah-muntah juga boleh memperburukkan lagi masalah sakit perut kerana kehilangan cecair yang berterusan. ## 4\. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan Kajian oleh [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10156439/) mendapati bahawa, penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) seperti ibuprofen, aspirin, atau naproxen secara berlebihan atau tanpa pemantauan perubatan boleh menjadi punca sakit perut. Dari segi perubatan, NSAIDs bertindak dengan mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi dalam yang sama ia turut mengganggu lapisan pelindung dalam perut yang berfungsi melindungi dinding perut daripada asid gastrik. Namun, apabila ubat ini diambil secara kerap atau dalam dos tinggi, ia boleh menyebabkan iritasi pada lapisan perut, lalu mencetuskan simptom seperti pedih ulu hati, perut rasa perit, kembung, loya, atau dalam kes lebih serius, luka (ulser) dan pendarahan dalam perut. ## 5\. Kurang Tidur ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-kurang-tidur.jpg) Tidur yang tidak mencukupi mengganggu sistem saraf autonomi yang berperanan mengawal proses penghadaman. Apabila seseorang tidak mendapat rehat yang cukup, tubuh akan berada dalam keadaan stres berpanjangan, yang boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut serta menyebabkan otot-otot usus menjadi lebih sensitif. Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai gejala seperti pedih ulu hati, senak, kekejangan perut, dan dalam sesetengah kes, cirit-birit atau sembelit. Bukan itu sahaja, bila seseorang tidak mendapat tidur yang cukup ia juga akan memberi kesan kepada keseimbangan hormon. Kita biasanya akan sukar untuk mengawal rasa lapar dan kenyang, sehingga menyebabkan perubahan tabiat makan dari segi waktu makan dan pemilihan makanan yang sihat. ## 6\. Gaya Hidup Tidak Aktif ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-gaya-hidup-tdiak-aktif.jpg) Gaya hidup tidak aktif, seperti duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, turut dikaitka dengan punca sakit perut. Kajian yang dijalankan oleh [Clinical Gastroenterology and Hepatology](https://www.cghjournal.org/article/S1542-3565%2803%2900178-2/fulltext#:~:text=Physical%20activity%20can%20also%20improve,symptoms%2C%20most%20notably%20gastrointestinal%20bleeding.) mendapati apabila seseorang kurang bergerak, pergerakan semula jadi otot usus (peristalsis) menjadi perlahan, lalu menjejaskan proses penghadaman dan pembuangan najis. Situasi ini boleh mengakibatkan sembelit, perut kembung, rasa senak, dan kekejangan di bahagian abdomen. Tambahan pula, gaya hidup sedentari turut berkait rapat dengan peningkatan stres dan pengambilan makanan tidak seimbang, dua faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit perut. Kekurangan senaman juga menjejaskan pengaliran darah ke organ dalaman, termasuk sistem penghadaman, menyebabkan fungsinya tidak berjalan lancar. ## 7\. Tabiat Makan Terlalu Cepat ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-makan-laju.jpg) Bagi individu yang suka makan dengan cepat, hati-hati kerana ia boleh menjadi punca sakit perut. Apabila makanan ditelan dalam saiz yang besar atau tidak cukup lumat, proses pencernaan di dalam perut dan usus menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini menyebabkan perut perlu bekerja lebih keras untuk memecahkan makanan, lalu meningkatkan penghasilan asid perut dan gas. Akibatnya, individu mungkin mengalami rasa kembung, senak, perut memulas, dan dalam sesetengah kes, pedih ulu hati. ## 8\. Endometriosis Endometriosis merupakan satu keadaan perubatan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di sekitar ovari, tiub fallopio, usus, atau dinding pelvis. Kehadiran tisu ini di luar lokasi asalnya boleh menyebabkan keradangan, pembentukan tisu parut (adhesi), dan kadangkala sista yang menyakitkan. Ketika kitaran haid berlaku, tisu ini turut bertindak balas terhadap perubahan hormon seperti endometrium biasa, tetapi kerana ia tidak dapat keluar dari tubuh, ia akan menyebabkan kesakitan kronik di bahagian pelvis atau abdomen bawah. Sakit perut yang dikaitkan dengan endometriosis selalunya bersifat berulang dan semakin teruk semasa haid, namun ada juga wanita yang mengalaminya sepanjang bulan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK567777/), dalam sesetengah kes, endometriosis juga boleh mengganggu fungsi usus dan pundi kencing, menyebabkan gejala tambahan seperti perut kembung, sembelit, cirit-birit atau sakit semasa buang air kecil dan besar. ## 9\. Batu Karang (Gallstones) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-batu-karang.jpg) Batu karang, terutamanya yang terbentuk dalam buah pinggang atau pundi hempedu, merupakan punca sakit perut yang sering menyebabkan kesakitan yang sangat ketara dan berulang. Batu karang terjadi apabila bahan seperti kalsium, asid urik, atau kolesterol terkumpul dan mengeras membentuk kristal dalam saluran kencing atau sistem hempedu. Apabila batu ini bergerak atau menyekat saluran, ia boleh menyebabkan kesakitan yang tajam dan tiba-tiba, biasanya di bahagian bawah abdomen, sisi belakang (loin), atau bahagian atas kanan perut bergantung kepada lokasi batu. ## 10\. Sembelit Kronik Punca sakit perut yang seterusnya adalah kerana sembelit kronik. Sembelit kronik adalah keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran membuang najis secara berterusan atau jarang membuang air besar (kurang daripada tiga kali seminggu). Apabila najis terkumpul terlalu lama dalam usus besar, ia menjadi semakin keras dan kering, menyebabkan pergerakan usus menjadi sukar dan menyakitkan. Tekanan daripada najis yang tersekat ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa, perut terasa penuh, kembung, dan kekejangan di bahagian abdomen – terutamanya di bahagian bawah perut. ## 11\. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-refluks-asid.jpg) Refluks asid senyap, atau dikenali sebagai *laryngopharyngeal reflux (LPR)*, merupakan keadaan di mana asid perut naik semula ke saluran tekak dan larinks tanpa gejala pedih ulu hati yang biasa seperti dalam kes GERD. Walaupun tidak menyebabkan rasa terbakar di dada, asid yang naik ini tetap boleh merosakkan tisu dan mencetuskan pelbagai simptom lain seperti rasa pahit di tekak, batuk berpanjangan, suara serak, dan rasa seperti ada sesuatu tersangkut di kerongkong. Refluks asid senyap juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau perit di bahagian atas perut (epigastrik), kerana asid perut yang berlebihan dan tidak terkawal turut mengganggu dinding perut dan sistem penghadaman. ## 12\. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) Pertumbuhan bakteria berlebihan di usus kecil, atau dikenali sebagai SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), merupakan satu keadaan di mana jumlah bakteria yang sepatutnya berada di usus besar telah berpindah dan berkembang biak secara berlebihan di usus kecil. Kajian oleh [Journal of Functional Foods](https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1756464622004376) menyatakan bahawa, usus kecil biasanya mengandungi sedikit sahaja bakteria, tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan, bakteria ini akan mula menapai makanan yang belum dihadam sepenuhnya, terutamanya karbohidrat, lalu menghasilkan gas berlebihan seperti hidrogen dan metana. Proses ini menyebabkan perut menjadi kembung, rasa kenyang melampau selepas makan, sakit perut berulang, kekejangan, cirit-birit atau sembelit. Sakit perut yang disebabkan oleh SIBO biasanya berlaku beberapa jam selepas makan dan sering disalah anggap sebagai masalah gastrik biasa atau sindrom usus terganggu (IBS). ## 13\. Penyakit Radang Pelvis (PID) Penyakit Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease atau PID) ialah jangkitan serius yang berlaku pada organ reproduktif wanita seperti rahim, tiub fallopio, dan ovari, biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria yang merebak melalui hubungan seksual tidak selamat. Apabila bakteria seperti *Chlamydia* atau *Gonorrhea* menjangkiti saluran reproduktif, ia boleh menyebabkan keradangan yang menyakitkan di kawasan pelvis dan abdomen bawah. Salah satu gejala utama PID ialah sakit perut yang berterusan atau semakin teruk, terutamanya di bahagian bawah perut, dan ia boleh disertai dengan gejala lain seperti keputihan yang tidak normal, demam, sakit semasa hubungan intim, dan kesakitan ketika buang air kecil. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK499959/), jika tidak dirawat, PID boleh menyebabkan parut pada tiub fallopio yang bukan sahaja meningkatkan risiko kehamilan luar rahim, malah juga kemandulan ## 14\. Migrain Abdomen Berbeza dengan migrain kepala, migrain abdomen menyebabkan sakit perut yang sederhana hingga teruk, biasanya di kawasan tengah perut (sekitar pusat), tanpa kehadiran sakit kepala yang tipikal. Serangan ini boleh dicetuskan oleh stres, perubahan hormon, gangguan tidur, atau makanan tertentu seperti coklat dan makanan tinggi histamin. Ketika serangan berlaku, pesakit mungkin mengalami sakit perut berselang-seli, loya, muntah, hilang selera makan, serta pucat dan lesu. ## 15\. Keracunan Makanan ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-keracunan-makanan.jpg) Keracunan makanan merupakan salah satu punca utama sakit perut yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kajian oleh [National Center for Biotechnology Information](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10143666/) mendapati bahawa, ia terjadi apabila seseorang memakan makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria berbahaya seperti *Salmonella*, *E. coli*, atau *Listeria*, serta virus atau toksin tertentu. Punca pencemaran boleh berlaku akibat penyediaan makanan yang tidak bersih, penyimpanan pada suhu yang tidak sesuai, atau makanan yang sudah luput. Apabila patogen ini masuk ke dalam sistem penghadaman, ia menyebabkan keradangan pada lapisan usus yang mengakibatkan gejala seperti sakit perut yang mencucuk-cucuk, kekejangan, cirit-birit, loya, muntah, dan kadangkala demam. Kesakitan perut yang dialami biasanya datang secara mendadak dan boleh menjadi sangat teruk, terutamanya jika jangkitan melibatkan toksin bakteria yang agresif. ## 16\. Alergik Makanan ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/punca-sakit-perut-alergik-makanan.jpg) Alergik makanan adalah tindak balas sistem imun yang berlebihan terhadap bahan tertentu dalam makanan yang dianggap berbahaya walaupun sebenarnya tidak. Antara makanan yang sering menyebabkan alahan termasuklah susu, telur, kacang, makanan laut, gandum, dan soya. Menurut kajian oleh [Clinical Reviews in Allergy & Immunology](https://link.springer.com/article/10.1007/s12016-018-8710-3), apabila seseorang yang alergik mengambil makanan pencetus, sistem imun akan menghasilkan antibodi seperti *IgE* yang mencetuskan pembebasan bahan kimia seperti histamin. Histamin inilah yang menyebabkan pelbagai gejala, termasuk sakit perut, kekejangan, loya, muntah, cirit-birit, dan dalam kes yang lebih teruk, reaksi anafilaksis yang mengancam nyawa. Sakit perut akibat alahan makanan biasanya berlaku dengan cepat, dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan yang terlibat. Berbeza dengan intoleransi makanan yang melibatkan kekurangan enzim, alergik makanan berkait langsung dengan sistem imun dan boleh menimbulkan gejala yang lebih serius ## Kesimpulan Kesimpulannya, punca sakit perut boleh berlaku disebabkan oleh gas dan penghadaman atau juga tanda-tanda penyakit yang kronik. Justeru, mengetahui punca awal dan simptom-simptomnya adalah penting bagi mengenal pasti keadaan diri anda. Sekiranya sakit perut berlaku terlalu kerap, sakit semasa menelan makanan, keluar najis yang berdarah sehingga beberapa hari atau hilang berat badan dengan tiba-tiba, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Berikut adalah **punca sakit perut** yang orang ramai perlu ambil tahu: 1. Intoleransi Makanan 2. Tekanan dan Kebimbangan 3. Dehidrasi 4. Penggunaan Ubat Tahan Sakit (NSAIDs) Berlebihan 5. Kurang Tidur 6. Gaya Hidup Tidak Aktif 7. Tabiat Makan Terlalu Cepat 8. Endometriosis 9. Batu Karang (Gallstones) 10. Sembelit Kronik 11. Refluks Asid Senyap (Silent Reflux) 12. Pertumbuhan Bakteria Berlebihan di Usus Kecil (SIBO) 13. Penyakit Radang Pelvis (PID) 14. Migrain Abdomen 15. Keracunan Makanan 16. Alergik Makanan Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: - [Cara Hilangkan Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-sakit-perut/) - [Punca Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/) ![Avatar photo](https://mypati.my/wp-content/gravatars/cropped-profile-scaled-1-80x80.jpg) Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan.
Shard105 (laksa)
Root Hash870796611923627505
Unparsed URLmy,mypati!/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/ s443