šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 105 (from laksa001)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

šŸ“„
INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
1 month ago
šŸ¤–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH1.2 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/
Last Crawled2026-03-09 00:03:12 (1 month ago)
First Indexed2025-04-19 15:20:54 (12 months ago)
HTTP Status Code200
Meta Title10 Jenis Sakit Perut dan Punca Yang Biasa Berlaku
Meta DescriptionArtikel ini bincang tentang jenis sakit perut yang perlu anda tahu beserta punca-puncanya yang umum berlaku. Jom kita mula!
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Apakah jenis sakit perut yang perlu anda tahu beserta punca-puncanya yang umum berlaku? Sakit perut adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dialami oleh semua peringkat umur. Namun, tidak semua sakit perut adalah sama. Lokasinya, sifat kesakitan, dan simptom yang mengiringinya boleh memberikan petunjuk penting tentang puncanya. Ada yang disebabkan oleh masalah ringan seperti angin atau ketidakhadaman, manakala ada pula yang menandakan keadaan yang teruk seperti apendisitis atau penyakit radang usus. Memahami jenis sakit perut dan puncanya bukan sahaja membantu dalam mendapatkan rawatan yang tepat, malah boleh menyelamatkan nyawa jika tanda-tanda serius dikesan awal. Dalam artikel ini, kami menghuraikan 10 jenis sakit perut yang lazim berlaku, lengkap dengan punca, simptom, dan langkah rawatan yang disyorkan. 1. Perut Kembung Tidak Selesa Perut kembung atau bloating merupakan jenis sakit perut dari masalah pencernaan yang biasa tetapi boleh menjadi sangat tidak selesa. Ia biasanya dirasai sebagai rasa penuh, sendat, dan seperti ā€œberanginā€ dalam abdomen. Kadang-kadang, perut juga akan kelihatan membuncit atau bengkak secara luaran. Antara punca utama keadaan ini ialah pengumpulan gas berlebihan dalam saluran pernghadaman, lazimnya disebabkan oleh proses pencernaan makanan tertentu seperti kekacang, brokoli, kobis, makanan tinggi serat, serta minuman berkarbonat. Proses penapaian makanan dalam usus juga boleh menghasilkan gas, terutamanya jika seseorang mengalami intoleransi laktosa atau gluten. Walaupun kembung perut bukan penyakit serius, ia boleh menganggu aktiviti harian. Berdasarkan kajian oleh Gastroenterology & Hepatology , rawatan biasanya melibatkan perubahan diet seperti mengelakkan makanan penyebab angin, pengambilan probiotik, dan senaman ringan untuk membantu pergerakan gas dalam usus. Sekiranya kembung kerap berlaku atau disertai dengan simptom lain seperti muntah, cirit-birit atau penurunan berat badan mendadak, ia mungkin menandakan masalah pencernaan yang lebih serius seperti sindrom iritasi usus (IBS), dan pemeriksaan perubatan adalah sangat digalakkan. 2. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut Jenis sakit perut yang tiba-tiba, tajam, dan tertumpu di bahagian bawah kanan abdomen adalah simptom klasik apendisitis. Apendiks ialah sejenis struktur tiub kecil yang terletak di hujung usus besar. Apabila ia menjadi radang, sama ada akibat jangkitan atau sumbatan, ia boleh membengkak dan menimbulkan kesakitan yang semakin kuat dari masa ke masa. Kesakitan selalunya bermula dari kawasan pusat dan beralih ke bahagian bawah kanan perut, disertai dengan loya, muntah, demam, dan hilang selera makan. Menurut National Center for Biotechnology Information , apendisitis memerlukan rawatan kecemasan kerana jika dibiarkan, apendiks boleh pecah dan menyebabkan peritonitis iaitu jangkitan teruk dalam rongga perut yang boleh membawa maut. Pemeriksaan fizikal, ujian darah, dan imbasan (ultrasound atau CT scan) biasanya digunakan untuk diagnosis. Rawatan standard ialah pembedahan membuang apendiks (apendektomi). Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan.Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan. 3. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut Kesakitan yang terasa seperti ditikam di bahagian atas kanan abdomen sering kali berkait dengan masalah pada pundi hempedu, terutamanya batu karang hempedu (gallstones). Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases , gallstones ialah ketulan keras terbentuk daripada kolesterol atau bilirubin yang mengendap dalam pundi hempedu. Apabila batu ini menghalang aliran cecair hempedu, ia mencetuskan kesakitan mendadak, tajam, dan teramat pedih atau lebih dikenali sebagai serangan kolik hempedu. Serangan biasanya berlaku selepas makan makanan tinggi lemak. Simptom lain mungkin termasuk muntah, demam, dan rasa pahit di mulut. Imbasan ultrasound biasanya digunakan untuk mengenal pasti batu karang. Sekiranya batu karang menimbulkan komplikasi seperti jangkitan atau keradangan pundi hempedu (cholecystitis), rawatan mungkin melibatkan pembedahan membuang pundi hempedu (cholecystectomy). Dalam kes ringan, ubat pelarut atau diet rendah lemak boleh dicadangkan. Mengabaikan masalah ini boleh menyebabkan kerosakan hati atau pankreatitis. 4. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut Rasa pedih seperti terbakar di bahagian atas tengah abdomen adalah jenis sakit perut akibat ulser peptik, iaitu luka yang berlaku pada lapisan dalam perut atau usus kecil. Kajian dari Canadian Journal of Gastroenterology and Hepatology mendapati bahawa, penyebab utama ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori dan penggunaan berlebihan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen atau aspirin. Selain itu, merokok, stres dan alkohol turut menyumbang kepada pembentukan ulser. Pesakit mungkin mengalami pedih ulu hati, sendawa berlebihan, loya, dan kesakitan yang teruk terutamanya selepas makan atau semasa perut kosong. Diagnosis biasanya dibuat melalui endoskopi. Rawatan melibatkan ubat perencat pam proton (PPI) untuk mengurangkan asid perut dan antibiotik untuk membunuh H. pylori . Jika tidak dirawat, ulser boleh berdarah atau menembusi dinding usus, menyebabkan komplikasi berbahaya. Pencegahan termasuk amalan pemakanan sihat, kawal stres dan elak ubat NSAID tanpa pengawasan doktor. 5. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit Jenis sakit perut yang merebak ke seluruh abdomen dan disertai cirit-birit biasanya menunjukkan gastroenteritis, iaitu keradangan pada perut dan usus yang disebabkan oleh virus, bakteria, atau parasit. Penyebab paling biasa ialah virus seperti rotavirus dan norovirus, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases , simptomnya termasuk muntah, demam, loya, dan keletihan melampau. Masalah ini sangat mudah merebak, khususnya melalui makanan atau air tercemar serta sentuhan langsung. Rawatan utama ialah memastikan pengambilan cecair yang mencukupi, oral rehydration salts (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi. Makanan mudah hadam seperti bubur dan pisang sesuai dimakan sepanjang tempoh pemulihan. Sekiranya cirit-birit berdarah, berlangsung lebih dari 3 hari, atau melibatkan simptom dehidrasi seperti mulut kering dan urin sedikit, pesakit harus mendapatkan rawatan lanjut. Pencegahan termasuk amalan kebersihan tangan dan penyediaan makanan yang bersih. 6. Sakit Perut Umum dan Kembung Jenis sakit perut menyeluruh disertai kembung sering berkait rapat dengan Irritable Bowel Syndrome (IBS), sejenis gangguan fungsional sistem penghadaman yang kronik. IBS tidak merosakkan usus secara fizikal tetapi boleh mengganggu fungsi normal usus besar. Puncanya tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dipercayai berkait dengan pergerakan usus yang tidak normal, tekanan emosi, dan ketidakseimbangan mikrobiota usus. Simptom IBS termasuk sakit perut yang lega selepas membuang air besar, kembung, cirit-birit atau sembelit (atau kedua-duanya secara berselang-seli), dan rasa tidak puas selepas membuang air besar. Diagnosis dibuat dengan menolak penyakit lain terlebih dahulu (diagnosis pengecualian). Tiada ubat khusus untuk menyembuhkan IBS, namun pengurusan jangka panjang seperti perubahan diet (contohnya, diet rendah FODMAP), pengambilan probiotik, ubat antispasmodik, dan pengurusan stres sangat membantu. 7. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah Cirit-birit yang disertai darah dan sakit perut teruk menunjukkan masalah yang lebih serius seperti penyakit radang usus, Inflammatory Bowel Disease (IBD). IBD merangkumi dua keadaan utama iaitu ulseratif kolitis, yang melibatkan usus besar sahaja dan menyebabkan ulser serta pendarahan serta penyakit Crohn, yang boleh melibatkan mana-mana bahagian saluran penghadaman dari mulut ke dubur. Simptom lain termasuk keletihan kronik, demam, penurunan berat badan, dan kehilangan selera makan. Rawatan jangka panjang diperlukan kerana tiada penawar mutlak untuk IBD. Ia melibatkan ubat anti-radang, imunosupresif, dan dalam kes teruk, pembedahan. Diagnosis biasanya memerlukan kolonoskopi, biopsi usus, dan ujian makmal. 8. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah Jenis sakit perut yang bermula secara samar di sekitar pusat dan kemudian bergerak ke bahagian bawah kanan perut dalam masa beberapa jam termasuk dalam kes apendisitis. Ia disertai rasa mual, muntah, hilang selera makan dan kadangkala demam. Perubahan posisi atau tekanan di kawasan tersebut boleh meningkatkan kesakitan atau dikenali sebagai ā€˜rebound tenderness’. Pembedahan membuang apendiks adalah satu-satunya cara menyelesaikannya. Menangguhkan rawatan boleh menyebabkan apendiks pecah dan menyebarkan jangkitan ke seluruh perut. 9. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah Gabungan simptom ini lazim dikaitkan dengan flu perut atau gastroenteritis virus yang berlaku secara akut. Ia adalah antara jangkitan paling mudah merebak, terutama dalam persekitaran tertutup seperti taska, sekolah dan rumah jagaan. Menurut National Center for Biotechnology Information , virus seperti norovirus dan rotavirus menyebabkan perut dan usus kecil menjadi radang, membawa kepada kekejangan perut yang menyakitkan, muntah-muntah, dan cirit-birit. Tempoh jangkitan biasanya antara 2 hingga 5 hari, namun dehidrasi akibat kehilangan cecair perlu diurus dengan baik, terutamanya dalam kanak-kanak dan warga emas. Rawatan adalah sokongan – rehidrasi, rehat dan makanan mudah hadam. Penggunaan antibiotik tidak membantu jika puncanya adalah virus. Pencegahan paling berkesan adalah melalui kebersihan tangan dan pengendalian makanan yang betul. 10. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis Jenis sakit perut di bahagian bawah, terutamanya di pelvis, adalah simptom yang kompleks kerana ia boleh berpunca daripada pelbagai sistem seperti pembiakan, saluran kencing atau usus. Kaum wanita sering berkait dengan masalah ginekologi seperti senggugut (dysmenorrhea), endometriosis, atau sista ovari. Menurut Ā  American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) , senggugut biasanya berlaku semasa haid dan dirasai sebagai sakit mencucuk atau berdenyut. Endometriosis pula menyebabkan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, menimbulkan kesakitan kronik dan gangguan kesuburan. Lelaki dan wanita juga boleh mengalami jangkitan salur kencing (UTI), yang menyebabkan rasa pedih semasa kencing dan sakit di bawah perut. Diagnosis bergantung kepada simptom tambahan, ujian air kencing, imbasan pelvis dan kadangkala ujian darah. Rawatan bergantung kepada punca iaitu ubat tahan sakit, antibiotik atau pembedahan mungkin diperlukan. Pemeriksaan awal dapat mencegah komplikasi yang lebih besar seperti masalah kesuburan atau jangkitan buah pinggang. Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis sakit perut yang anda di dunia ini. Justeru, masalah sakit perut tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika ia datang secara mengejut, berlarutan, atau disertai simptom lain seperti muntah, demam, cirit-birit berdarah, atau perubahan tabiat membuang air besar. Setiap jenis kesakitan memberi petunjuk tersendiri kepada punca yang berbeza, sama ada berkaitan sistem penghadaman, saluran kencing, atau sistem reproduktif. Justeru, amat penting untuk kita mengenali corak kesakitan yang dialami, agar tindakan sewajarnya dapat diambil sama ada melalui rawatan di rumah, perubahan gaya hidup, atau mendapatkan nasihat perubatan segera. Berikut adalah jenis sakit perut yang perlu anda ketahui: Perut Kembung Tidak Selesa Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit Sakit Perut Umum dan Kembung Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: Cara Hilangkan Sakit Perut Punca Sakit Perut Sakit Perut Sebelah Kiri Jenis Sakit Perut Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan.
Markdown
[Skip to content](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#main) [![MyPati Logo horizontal](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20500%20220'%3E%3C/svg%3E)![MyPati Logo horizontal](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo-horizontal.png)](https://mypati.my/) [Shop Now](https://mypati.my/shop/) 0 0 [![MyPati Logo horizontal](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20500%20220'%3E%3C/svg%3E)![MyPati Logo horizontal](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo-horizontal.png)](https://mypati.my/) [Shop](https://mypati.my/shop/) / [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) / [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) / 10 Jenis Sakit Perut dan Punca Yang Biasa Berlaku [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) # 10 Jenis Sakit Perut dan Punca Yang Biasa Berlaku Isi Kandungan 1. [1\. Perut Kembung Tidak Selesa](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#1-perut-kembung-tidak-selesa) 2. [2\. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#2-sakit-tajam-di-bahagian-bawah-kanan-perut) 3. [3\. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#3-sakit-menikam-di-bahagian-atas-kanan-perut) 4. [4\. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#4-rasa-sakit-atau-pedih-di-bahagian-tengah-atas-perut) 5. [5\. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#5-sakit-perut-umum-berserta-ciritbirit) 6. [6\. Sakit Perut Umum dan Kembung](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#6-sakit-perut-umum-dan-kembung) 7. [7\. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#7-sakit-perut-dengan-ciritbirit-berdarah) 8. [8\. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#8-sakit-bermula-di-sekitar-pusat-dan-beralih-ke-kanan-bawah) 9. [9\. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#9-demam-kekejangan-perut-ciritbirit-dan-muntah) 10. [10\. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#10-sakit-perut-bawah-atau-bahagian-pelvis) 11. [Kesimpulan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#kesimpulan) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) April 19, 2025 April 19, 2025 ![jenis sakit perut bahagian pelvis](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut bahagian pelvis](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bahagian-pelvis.jpg) Apakah **jenis sakit perut** yang perlu anda tahu beserta punca-puncanya yang umum berlaku? Sakit perut adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dialami oleh semua peringkat umur. Namun, tidak semua sakit perut adalah sama. Lokasinya, sifat kesakitan, dan simptom yang mengiringinya boleh memberikan petunjuk penting tentang puncanya. Ada yang disebabkan oleh masalah ringan seperti angin atau ketidakhadaman, manakala ada pula yang menandakan keadaan yang teruk seperti apendisitis atau penyakit radang usus. Memahami jenis sakit perut dan puncanya bukan sahaja membantu dalam mendapatkan rawatan yang tepat, malah boleh menyelamatkan nyawa jika tanda-tanda serius dikesan awal. Dalam artikel ini, kami menghuraikan 10 jenis sakit perut yang lazim berlaku, lengkap dengan punca, simptom, dan langkah rawatan yang disyorkan. [![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20250%20250'%3E%3C/svg%3E)![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/08/250x250.jpg)](https://mypati.my/sp/flush-f3/?utm_source=web&utm_medium=seo&utm_campaign=first%2520flush&utm_term=all) ## 1\. Perut Kembung Tidak Selesa ![jenis sakit perut kembung](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut kembung](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-kembung.jpg) Perut kembung atau *bloating* merupakan jenis sakit perut dari masalah pencernaan yang biasa tetapi boleh menjadi sangat tidak selesa. Ia biasanya dirasai sebagai rasa penuh, sendat, dan seperti ā€œberanginā€ dalam abdomen. Kadang-kadang, perut juga akan kelihatan membuncit atau bengkak secara luaran. Antara punca utama keadaan ini ialah pengumpulan gas berlebihan dalam saluran pernghadaman, lazimnya disebabkan oleh proses pencernaan makanan tertentu seperti kekacang, brokoli, kobis, makanan tinggi serat, serta minuman berkarbonat. Proses penapaian makanan dalam usus juga boleh menghasilkan gas, terutamanya jika seseorang mengalami intoleransi laktosa atau gluten. Walaupun kembung perut bukan penyakit serius, ia boleh menganggu aktiviti harian. Berdasarkan kajian oleh [Gastroenterology & Hepatology](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3264926/), rawatan biasanya melibatkan perubahan diet seperti mengelakkan makanan penyebab angin, pengambilan probiotik, dan senaman ringan untuk membantu pergerakan gas dalam usus. Sekiranya kembung kerap berlaku atau disertai dengan simptom lain seperti muntah, cirit-birit atau penurunan berat badan mendadak, ia mungkin menandakan masalah pencernaan yang lebih serius seperti sindrom iritasi usus (IBS), dan pemeriksaan perubatan adalah sangat digalakkan. ## 2\. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut ![](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bawah-kanan-perut.jpg) Jenis sakit perut yang tiba-tiba, tajam, dan tertumpu di bahagian bawah kanan abdomen adalah simptom klasik apendisitis. Apendiks ialah sejenis struktur tiub kecil yang terletak di hujung usus besar. Apabila ia menjadi radang, sama ada akibat jangkitan atau sumbatan, ia boleh membengkak dan menimbulkan kesakitan yang semakin kuat dari masa ke masa. Kesakitan selalunya bermula dari kawasan pusat dan beralih ke bahagian bawah kanan perut, disertai dengan loya, muntah, demam, dan hilang selera makan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK493193/), apendisitis memerlukan rawatan kecemasan kerana jika dibiarkan, apendiks boleh pecah dan menyebabkan peritonitis iaitu jangkitan teruk dalam rongga perut yang boleh membawa maut. Pemeriksaan fizikal, ujian darah, dan imbasan (ultrasound atau CT scan) biasanya digunakan untuk diagnosis. Rawatan standard ialah pembedahan membuang apendiks (apendektomi). Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan.Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan. ## 3\. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut ![jenis sakit perut sakit menikam bahagian atas perut](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut sakit menikam bahagian atas perut](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-sakit-menikam-bahagian-atas-perut.jpg) Kesakitan yang terasa seperti ditikam di bahagian atas kanan abdomen sering kali berkait dengan masalah pada pundi hempedu, terutamanya batu karang hempedu (gallstones). Menurut [National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases](https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/gallstones), gallstones ialah ketulan keras terbentuk daripada kolesterol atau bilirubin yang mengendap dalam pundi hempedu. Apabila batu ini menghalang aliran cecair hempedu, ia mencetuskan kesakitan mendadak, tajam, dan teramat pedih atau lebih dikenali sebagai serangan kolik hempedu. Serangan biasanya berlaku selepas makan makanan tinggi lemak. Simptom lain mungkin termasuk muntah, demam, dan rasa pahit di mulut. Imbasan ultrasound biasanya digunakan untuk mengenal pasti batu karang. Sekiranya batu karang menimbulkan komplikasi seperti jangkitan atau keradangan pundi hempedu (cholecystitis), rawatan mungkin melibatkan pembedahan membuang pundi hempedu (cholecystectomy). Dalam kes ringan, ubat pelarut atau diet rendah lemak boleh dicadangkan. Mengabaikan masalah ini boleh menyebabkan kerosakan hati atau pankreatitis. ## 4\. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut Rasa pedih seperti terbakar di bahagian atas tengah abdomen adalah jenis sakit perut akibat ulser peptik, iaitu luka yang berlaku pada lapisan dalam perut atau usus kecil. Kajian dari [Canadian Journal of Gastroenterology and Hepatology](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC2659905/) mendapati bahawa, penyebab utama ialah jangkitan bakteria *Helicobacter pylori* dan penggunaan berlebihan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen atau aspirin. Selain itu, merokok, stres dan alkohol turut menyumbang kepada pembentukan ulser. Pesakit mungkin mengalami pedih ulu hati, sendawa berlebihan, loya, dan kesakitan yang teruk terutamanya selepas makan atau semasa perut kosong. Diagnosis biasanya dibuat melalui endoskopi. Rawatan melibatkan ubat perencat pam proton (PPI) untuk mengurangkan asid perut dan antibiotik untuk membunuh *H. pylori*. Jika tidak dirawat, ulser boleh berdarah atau menembusi dinding usus, menyebabkan komplikasi berbahaya. Pencegahan termasuk amalan pemakanan sihat, kawal stres dan elak ubat NSAID tanpa pengawasan doktor. ## 5\. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit ![jenis sakit perut cirit-birit](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut cirit-birit](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-cirit-birit.jpg) Jenis sakit perut yang merebak ke seluruh abdomen dan disertai cirit-birit biasanya menunjukkan gastroenteritis, iaitu keradangan pada perut dan usus yang disebabkan oleh virus, bakteria, atau parasit. Penyebab paling biasa ialah virus seperti rotavirus dan norovirus, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Menurut [National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases](https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/viral-gastroenteritis/symptoms-causes), simptomnya termasuk muntah, demam, loya, dan keletihan melampau. Masalah ini sangat mudah merebak, khususnya melalui makanan atau air tercemar serta sentuhan langsung. Rawatan utama ialah memastikan pengambilan cecair yang mencukupi, oral rehydration salts (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi. Makanan mudah hadam seperti bubur dan pisang sesuai dimakan sepanjang tempoh pemulihan. Sekiranya cirit-birit berdarah, berlangsung lebih dari 3 hari, atau melibatkan simptom dehidrasi seperti mulut kering dan urin sedikit, pesakit harus mendapatkan rawatan lanjut. Pencegahan termasuk amalan kebersihan tangan dan penyediaan makanan yang bersih. ## 6\. Sakit Perut Umum dan Kembung Jenis sakit perut menyeluruh disertai kembung sering berkait rapat dengan Irritable Bowel Syndrome (IBS), sejenis gangguan fungsional sistem penghadaman yang kronik. IBS tidak merosakkan usus secara fizikal tetapi boleh mengganggu fungsi normal usus besar. Puncanya tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dipercayai berkait dengan pergerakan usus yang tidak normal, tekanan emosi, dan ketidakseimbangan mikrobiota usus. Simptom IBS termasuk sakit perut yang lega selepas membuang air besar, kembung, cirit-birit atau sembelit (atau kedua-duanya secara berselang-seli), dan rasa tidak puas selepas membuang air besar. Diagnosis dibuat dengan menolak penyakit lain terlebih dahulu (diagnosis pengecualian). Tiada ubat khusus untuk menyembuhkan IBS, namun pengurusan jangka panjang seperti perubahan diet (contohnya, diet rendah FODMAP), pengambilan probiotik, ubat antispasmodik, dan pengurusan stres sangat membantu. ## 7\. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah Cirit-birit yang disertai darah dan sakit perut teruk menunjukkan masalah yang lebih serius seperti penyakit radang usus, Inflammatory Bowel Disease (IBD). IBD merangkumi dua keadaan utama iaitu ulseratif kolitis, yang melibatkan usus besar sahaja dan menyebabkan ulser serta pendarahan serta penyakit Crohn, yang boleh melibatkan mana-mana bahagian saluran penghadaman dari mulut ke dubur. Simptom lain termasuk keletihan kronik, demam, penurunan berat badan, dan kehilangan selera makan. Rawatan jangka panjang diperlukan kerana tiada penawar mutlak untuk IBD. Ia melibatkan ubat anti-radang, imunosupresif, dan dalam kes teruk, pembedahan. Diagnosis biasanya memerlukan kolonoskopi, biopsi usus, dan ujian makmal. ## 8\. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah ![jenis sakit perut sekitar pusat](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut sekitar pusat](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-sekitar-pusat.jpg) Jenis sakit perut yang bermula secara samar di sekitar pusat dan kemudian bergerak ke bahagian bawah kanan perut dalam masa beberapa jam termasuk dalam kes apendisitis. Ia disertai rasa mual, muntah, hilang selera makan dan kadangkala demam. Perubahan posisi atau tekanan di kawasan tersebut boleh meningkatkan kesakitan atau dikenali sebagai ā€˜rebound tenderness’. Pembedahan membuang apendiks adalah satu-satunya cara menyelesaikannya. Menangguhkan rawatan boleh menyebabkan apendiks pecah dan menyebarkan jangkitan ke seluruh perut. ## 9\. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah Gabungan simptom ini lazim dikaitkan dengan flu perut atau gastroenteritis virus yang berlaku secara akut. Ia adalah antara jangkitan paling mudah merebak, terutama dalam persekitaran tertutup seperti taska, sekolah dan rumah jagaan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK518995/), virus seperti norovirus dan rotavirus menyebabkan perut dan usus kecil menjadi radang, membawa kepada kekejangan perut yang menyakitkan, muntah-muntah, dan cirit-birit. Tempoh jangkitan biasanya antara 2 hingga 5 hari, namun dehidrasi akibat kehilangan cecair perlu diurus dengan baik, terutamanya dalam kanak-kanak dan warga emas. Rawatan adalah sokongan – rehidrasi, rehat dan makanan mudah hadam. Penggunaan antibiotik tidak membantu jika puncanya adalah virus. Pencegahan paling berkesan adalah melalui kebersihan tangan dan pengendalian makanan yang betul. ## 10\. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis ![jenis sakit perut bahagian pelvis](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20795%20447'%3E%3C/svg%3E) ![jenis sakit perut bahagian pelvis](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bahagian-pelvis.jpg) Jenis sakit perut di bahagian bawah, terutamanya di pelvis, adalah simptom yang kompleks kerana ia boleh berpunca daripada pelbagai sistem seperti pembiakan, saluran kencing atau usus. Kaum wanita sering berkait dengan masalah ginekologi seperti senggugut (dysmenorrhea), endometriosis, atau sista ovari. Menurut [American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG)](https://www.acog.org/Patients/FAQs/Dysmenorrhea-Painful-Periods), senggugut biasanya berlaku semasa haid dan dirasai sebagai sakit mencucuk atau berdenyut. Endometriosis pula menyebabkan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, menimbulkan kesakitan kronik dan gangguan kesuburan. Lelaki dan wanita juga boleh mengalami jangkitan salur kencing (UTI), yang menyebabkan rasa pedih semasa kencing dan sakit di bawah perut. Diagnosis bergantung kepada simptom tambahan, ujian air kencing, imbasan pelvis dan kadangkala ujian darah. Rawatan bergantung kepada punca iaitu ubat tahan sakit, antibiotik atau pembedahan mungkin diperlukan. Pemeriksaan awal dapat mencegah komplikasi yang lebih besar seperti masalah kesuburan atau jangkitan buah pinggang. ## Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis sakit perut yang anda di dunia ini. Justeru, masalah sakit perut tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika ia datang secara mengejut, berlarutan, atau disertai simptom lain seperti muntah, demam, cirit-birit berdarah, atau perubahan tabiat membuang air besar. Setiap jenis kesakitan memberi petunjuk tersendiri kepada punca yang berbeza, sama ada berkaitan sistem penghadaman, saluran kencing, atau sistem reproduktif. Justeru, amat penting untuk kita mengenali corak kesakitan yang dialami, agar tindakan sewajarnya dapat diambil sama ada melalui rawatan di rumah, perubahan gaya hidup, atau mendapatkan nasihat perubatan segera. Berikut adalah jenis sakit perut yang perlu anda ketahui: 1. Perut Kembung Tidak Selesa 2. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut 3. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut 4. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut 5. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit 6. Sakit Perut Umum dan Kembung 7. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah 8. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah 9. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah 10. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: - [Cara Hilangkan Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-sakit-perut/) - [Punca Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/) - [Sakit Perut Sebelah Kiri](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-perut-sebelah-kiri/) - [Jenis Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/) ![Avatar photo](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2080%2080'%3E%3C/svg%3E) ![Avatar photo](https://mypati.my/wp-content/gravatars/cropped-profile-scaled-1-80x80.jpg) **[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/ "Posts by JoeAnna")** Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan. ## Similar Posts - [![ubat ulser mulut featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![ubat ulser mulut featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/03/ubat-ulser-mulut-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-ulser-mulut/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [20 Jenis Ubat Ulser Mulut Yang Berkesan di Malaysia](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-ulser-mulut/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) March 31, 2025 March 31, 2025 Apakah jenis ubat ulser mulut yang berkesan untuk anda guna di Malaysia? Ulser mulut, atau dikenali sebagai ā€œmata ikanā€ oleh sesetengah rakyat Malaysia, adalah luka kecil dan menyakitkan yang berlaku dalam rongga mulut. Ia boleh berlaku sama ada pada lidah, bibir dalam, bahagian dalam pipi, atau gusi. Ia boleh berpunca daripada tekanan, trauma (gigitan sendiri),… [Read More 20 Jenis Ubat Ulser Mulut Yang Berkesan di Malaysia](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/ubat-ulser-mulut/) - [![petua hilangkan selsema dewasa featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![petua hilangkan selsema dewasa featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/12/petua-hilangkan-selsema-dewasa-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/petua-hilangkan-selsema-dewasa/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [15 Petua Hilangkan Selsema Dewasa Yang Mujarab](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/petua-hilangkan-selsema-dewasa/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) December 31, 2024 December 31, 2024 Apakah petua hilangkan selsema dewasa yang berkesan untuk anda cuba sendiri di rumah? Bayangkan bangun pagi dengan hidung tersumbat, tekak terasa sakit, dan badan letih lesu. Setiap kali cuba menarik nafas, rasa tidak selesa mula mengganggu. Selsema memang boleh muncul tiba-tiba, terutama bila cuaca berubah atau badan terlalu letih. Ia mungkin nampak remeh, tetapi cukup… [Read More 15 Petua Hilangkan Selsema Dewasa Yang Mujarab](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/petua-hilangkan-selsema-dewasa/) - [![cara hilangkan ulser mulut featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![cara hilangkan ulser mulut featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/02/cara-hilangkan-ulser-mulut-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-ulser-mulut/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [18 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-ulser-mulut/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) February 12, 2025 February 12, 2025 Bagaimanakah cara hilangkan ulser mulut dengan bahan semulajadi dan ubat-ubatan di farmasi? Ulser mulut, atau lebih dikenali sebagai mata ikan, adalah luka kecil yang muncul di dalam mulut, bibir, pipi, atau lidah. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang signifikan, terutamanya semasa makan, minum, atau bercakap. Walaupu ulser mulut biasanya tidak berbahaya dan akan sembuh sendiri dalam… [Read More 18 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-ulser-mulut/) - [![batuk kering featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![batuk kering featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/batuk-kering-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-kering/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [Batuk Kering: Jenis, Simptom & Cara Untuk Menghilangkannya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-kering/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) October 22, 2024 November 5, 2024 Penyakit batuk kering dikategorikan sebagai penyakit berjangkit terbesar di dunia selepas Covid-19 dan memberi kesan kepada paru-paru. Menurut data dari International Journal of Infectious Diseases yang direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 1.6 juta orang meninggal dunia akibat batuk kering pada tahun 2021. Di Malaysia sendiri, penyakit ini dianggap sebagai masalah kesihatan serius dengan… [Read More Batuk Kering: Jenis, Simptom & Cara Untuk Menghilangkannya](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-kering/) - [![batuk ketika hamil featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![batuk ketika hamil featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/batuk-ketika-hamil-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-ketika-hamil/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [Batuk Ketika Hamil : Punca, Simptom & Cara Selamat Untuk Merawat](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-ketika-hamil/) By[JoeAnna](https://mypati.my/author/nurhannanijohari/) November 5, 2024 November 5, 2024 Umumnya, masalah batuk ketika hamil adalah perkara biasa yang boleh berlaku kepada wanita sedang mengandung. Ianya boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor luaran dan dalaman sendiri. Sama ada kerana perubahan sistem imun, atau reaksi tubuh terhadap persekitaran yang menyebabkan ibu lebih mudah terdedah kepada jangkitan atau alahan. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan… [Read More Batuk Ketika Hamil : Punca, Simptom & Cara Selamat Untuk Merawat](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/batuk-ketika-hamil/) - [![Minuman untuk Badan Letih Lesu featured image](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20768%20432'%3E%3C/svg%3E) ![Minuman untuk Badan Letih Lesu featured image](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/09/Minuman-untuk-Badan-Letih-Lesu-featured-image-768x432.jpg)](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/minuman-untuk-badan-letih-lesu/) [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) ### [10 Minuman Untuk Badan Letih Lesu Boleh Cuba](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/minuman-untuk-badan-letih-lesu/) By[SonLee](https://mypati.my/author/sonlee/) September 9, 2024 September 9, 2024 Artikel ini bincang tentang minuman untuk badan letih lesu. Kehidupan seharian yang sibuk dan tekanan harian boleh menyebabkan keletihan dan lesu. Sama ada kerana kurang tidur, kekurangan nutrien, atau terlalu banyak bekerja, keletihan boleh mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk mengatasi keletihan adalah melalui pengambilan minuman yang… [Read More 10 Minuman Untuk Badan Letih Lesu Boleh Cuba](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/minuman-untuk-badan-letih-lesu/) ### Leave a Reply [Cancel reply](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/#respond) ## Recent Posts - [10 Cara Hilangkan Kencing Tak Lawas yang Berkesan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-kencing-tak-lawas/) - [10 Cara Tradisional Menurunkan Asid Urik Dengan Selamat Tanpa Ubat](https://mypati.my/kesihatan/gout/cara-tradisional-menurunkan-asid-urik/) - [11 Makanan Pantang untuk Sakit Lutut, No. 4 Paling Ramai Tak Sedar\!](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/makanan-pantang-untuk-sakit-lutut/) - [10 Cara Hilangkan Resdung Paling Berkesan Untuk Nafas Lebih Lega](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-resdung/) - [Sakit Lutut Kiri – Simptom, Punca & Cara Rawatan di Rumah](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-lutut-kiri/) ![MyPati Logo](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20420%20168'%3E%3C/svg%3E) ![MyPati Logo](https://mypati.my/wp-content/uploads/2024/10/MyPati-Logo.png) **MyPati – Lebih Sesuai Untuk Malaysian.** Kami percaya kesihatan terbaik bermula dengan suplemen yang benar-benar memahami tubuh, diet, dan cara hidup rakyat Malaysia. **Ikut Kami** - [Facebook](https://www.facebook.com/mypati.my) - [TikTok](https://www.tiktok.com/@mypati.my) - [Telegram](https://t.me/mypatimalaysia) - [Instagram](https://www.instagram.com/mypati.my/) - [YouTube](https://www.youtube.com/@mypatimalaysia) - [Twitter](https://x.com/mypatimalaysia) - [LinkedIn](https://www.linkedin.com/company/mypatimalaysia) - [Pinterest](https://www.pinterest.com/mypatimalaysia/) **MyPati** [Tentang MyPati](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/mypati.my/tentang-kami/) [Pengasas MyPati](https://mypati.my/pengasas-mypati/) [MyPati Affiliate](https://mypati.my/affiliate-program/) [Blog](https://mypati.my/blog/) [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) **Quick Help** [Hubungi Kami](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/mypati.my/hubungi-kami/) [Polisi Bayaran Balik & Pemulangan](https://mypati.my/polisi-bayaran-balik-pemulangan/) [Polisi Penghantaran](https://mypati.my/polisi-penghantaran/) [FAQs](https://mypati.my/faqs/) [My Account](https://mypati.my/my-account/) [My Affiliate](https://mypati.my/affiliate-area/) ![MyPati Payment Options](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%20468%2060'%3E%3C/svg%3E) ![MyPati Payment Options](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/01/MyPati-Payment-Options.png) PENAFIAN PERUBATAN Kandungan ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Ia tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan atau menggantikan nasihat atau rawatan sedemikian daripada doktor peribadi. Semua pembaca/penonton kandungan ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan bertauliah berkenaan soalan kesihatan tertentu. mypati.my tidak bertanggungjawab terhadap kemungkinan akibat kesihatan mana-mana orang atau orang yang membaca atau mengikuti maklumat dalam kandungan pendidikan ini. Semua penonton kandungan ini, terutamanya mereka yang mengambil ubat preskripsi atau over-the-counter, harus mendapatkan nasihat dengan doktor mereka sebelum memulakan sebarang program pemakanan, suplemen atau gaya hidup. Ā© 2026 mypati.my. Hak Cipta Terpelihara. MyPati tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. [Polisi Privasi](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/mypati.my/polisi-privasi/) \| [Terma & Syarat](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/mypati.my/terma-dan-syarat/) \| [Polisi Pengiklanan](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/mypati.my/polisi-pengiklanan/) ## Review Cart No products in the cart. ![fbpx](https://www.facebook.com/tr?id=4124859847844581&ev=PageView&noscript=1) - [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) - [Blog]() Toggle child menu - [Pengurusan Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/) Toggle child menu - [Turun Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/turun-berat-badan/) - [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) Toggle child menu - [Sembelit](https://mypati.my/kesihatan/sembelit/) - [Buasir](https://mypati.my/kesihatan/buasir/) - [Obesiti](https://mypati.my/kesihatan/obesiti/) - [Kencing Manis](https://mypati.my/kesihatan/kencing-manis/) - [Kolesterol](https://mypati.my/kesihatan/kolesterol/) - [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) - [Kanak-kanak](https://mypati.my/kesihatan/kanak-kanak/) - [Kecantikan](https://mypati.my/kecantikan/) Toggle child menu - [Rambut](https://mypati.my/kecantikan/rambut/) - [Kulit](https://mypati.my/kecantikan/kulit/) - [Nutrisi](https://mypati.my/nutrisi/) Toggle child menu - [Buah](https://mypati.my/nutrisi/buah/) - [Sayur](https://mypati.my/nutrisi/sayur/) - [Herba dan Rempah](https://mypati.my/nutrisi/herba-rempah/) - [Hubungi Kami](https://mypati.my/hubungi-kami/) - [FAQs](https://mypati.my/faqs/) [Shop Now\!](https://mypati.my/shop/) - [Membership Rewards](https://mypati.my/membership-rewards/) - [Blog]() Toggle child menu - [Pengurusan Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/) Toggle child menu - [Turun Berat Badan](https://mypati.my/pengurusan-berat-badan/turun-berat-badan/) - [Kesihatan](https://mypati.my/kesihatan/) Toggle child menu - [Sembelit](https://mypati.my/kesihatan/sembelit/) - [Buasir](https://mypati.my/kesihatan/buasir/) - [Obesiti](https://mypati.my/kesihatan/obesiti/) - [Kencing Manis](https://mypati.my/kesihatan/kencing-manis/) - [Kolesterol](https://mypati.my/kesihatan/kolesterol/) - [Kesihatan Umum](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/) - [Kanak-kanak](https://mypati.my/kesihatan/kanak-kanak/) - [Kecantikan](https://mypati.my/kecantikan/) Toggle child menu - [Rambut](https://mypati.my/kecantikan/rambut/) - [Kulit](https://mypati.my/kecantikan/kulit/) - [Nutrisi](https://mypati.my/nutrisi/) Toggle child menu - [Buah](https://mypati.my/nutrisi/buah/) - [Sayur](https://mypati.my/nutrisi/sayur/) - [Herba dan Rempah](https://mypati.my/nutrisi/herba-rempah/) - [Hubungi Kami](https://mypati.my/hubungi-kami/) - [FAQs](https://mypati.my/faqs/) Share to... [WhatsApp](https://api.whatsapp.com/send?text=10%20Jenis%20Sakit%20Perut%20dan%20Punca%20Yang%20Biasa%20Berlaku+https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fjenis-sakit-perut%2F) [LinkedIn](https://www.linkedin.com/shareArticle?title=10%20Jenis%20Sakit%20Perut%20dan%20Punca%20Yang%20Biasa%20Berlaku&url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fjenis-sakit-perut%2F&mini=true) [Messenger](https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fjenis-sakit-perut%2F) [Telegram](https://telegram.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fjenis-sakit-perut%2F&text=10%20Jenis%20Sakit%20Perut%20dan%20Punca%20Yang%20Biasa%20Berlaku) [X](https://x.com/intent/tweet?text=10%20Jenis%20Sakit%20Perut%20dan%20Punca%20Yang%20Biasa%20Berlaku&url=https%3A%2F%2Fmypati.my%2Fkesihatan%2Fkesihatan-umum%2Fjenis-sakit-perut%2F) [Copy](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/)
Readable Markdown
![jenis sakit perut bahagian pelvis](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bahagian-pelvis.jpg) Apakah **jenis sakit perut** yang perlu anda tahu beserta punca-puncanya yang umum berlaku? Sakit perut adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dialami oleh semua peringkat umur. Namun, tidak semua sakit perut adalah sama. Lokasinya, sifat kesakitan, dan simptom yang mengiringinya boleh memberikan petunjuk penting tentang puncanya. Ada yang disebabkan oleh masalah ringan seperti angin atau ketidakhadaman, manakala ada pula yang menandakan keadaan yang teruk seperti apendisitis atau penyakit radang usus. Memahami jenis sakit perut dan puncanya bukan sahaja membantu dalam mendapatkan rawatan yang tepat, malah boleh menyelamatkan nyawa jika tanda-tanda serius dikesan awal. Dalam artikel ini, kami menghuraikan 10 jenis sakit perut yang lazim berlaku, lengkap dengan punca, simptom, dan langkah rawatan yang disyorkan. [![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/08/250x250.jpg)](https://mypati.my/sp/flush-f3/?utm_source=web&utm_medium=seo&utm_campaign=first%2520flush&utm_term=all) ## 1\. Perut Kembung Tidak Selesa ![jenis sakit perut kembung](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-kembung.jpg) Perut kembung atau *bloating* merupakan jenis sakit perut dari masalah pencernaan yang biasa tetapi boleh menjadi sangat tidak selesa. Ia biasanya dirasai sebagai rasa penuh, sendat, dan seperti ā€œberanginā€ dalam abdomen. Kadang-kadang, perut juga akan kelihatan membuncit atau bengkak secara luaran. Antara punca utama keadaan ini ialah pengumpulan gas berlebihan dalam saluran pernghadaman, lazimnya disebabkan oleh proses pencernaan makanan tertentu seperti kekacang, brokoli, kobis, makanan tinggi serat, serta minuman berkarbonat. Proses penapaian makanan dalam usus juga boleh menghasilkan gas, terutamanya jika seseorang mengalami intoleransi laktosa atau gluten. Walaupun kembung perut bukan penyakit serius, ia boleh menganggu aktiviti harian. Berdasarkan kajian oleh [Gastroenterology & Hepatology](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3264926/), rawatan biasanya melibatkan perubahan diet seperti mengelakkan makanan penyebab angin, pengambilan probiotik, dan senaman ringan untuk membantu pergerakan gas dalam usus. Sekiranya kembung kerap berlaku atau disertai dengan simptom lain seperti muntah, cirit-birit atau penurunan berat badan mendadak, ia mungkin menandakan masalah pencernaan yang lebih serius seperti sindrom iritasi usus (IBS), dan pemeriksaan perubatan adalah sangat digalakkan. ## 2\. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut ![](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bawah-kanan-perut.jpg) Jenis sakit perut yang tiba-tiba, tajam, dan tertumpu di bahagian bawah kanan abdomen adalah simptom klasik apendisitis. Apendiks ialah sejenis struktur tiub kecil yang terletak di hujung usus besar. Apabila ia menjadi radang, sama ada akibat jangkitan atau sumbatan, ia boleh membengkak dan menimbulkan kesakitan yang semakin kuat dari masa ke masa. Kesakitan selalunya bermula dari kawasan pusat dan beralih ke bahagian bawah kanan perut, disertai dengan loya, muntah, demam, dan hilang selera makan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK493193/), apendisitis memerlukan rawatan kecemasan kerana jika dibiarkan, apendiks boleh pecah dan menyebabkan peritonitis iaitu jangkitan teruk dalam rongga perut yang boleh membawa maut. Pemeriksaan fizikal, ujian darah, dan imbasan (ultrasound atau CT scan) biasanya digunakan untuk diagnosis. Rawatan standard ialah pembedahan membuang apendiks (apendektomi). Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan.Menunda rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi dan tempoh pemulihan. ## 3\. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut ![jenis sakit perut sakit menikam bahagian atas perut](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-sakit-menikam-bahagian-atas-perut.jpg) Kesakitan yang terasa seperti ditikam di bahagian atas kanan abdomen sering kali berkait dengan masalah pada pundi hempedu, terutamanya batu karang hempedu (gallstones). Menurut [National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases](https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/gallstones), gallstones ialah ketulan keras terbentuk daripada kolesterol atau bilirubin yang mengendap dalam pundi hempedu. Apabila batu ini menghalang aliran cecair hempedu, ia mencetuskan kesakitan mendadak, tajam, dan teramat pedih atau lebih dikenali sebagai serangan kolik hempedu. Serangan biasanya berlaku selepas makan makanan tinggi lemak. Simptom lain mungkin termasuk muntah, demam, dan rasa pahit di mulut. Imbasan ultrasound biasanya digunakan untuk mengenal pasti batu karang. Sekiranya batu karang menimbulkan komplikasi seperti jangkitan atau keradangan pundi hempedu (cholecystitis), rawatan mungkin melibatkan pembedahan membuang pundi hempedu (cholecystectomy). Dalam kes ringan, ubat pelarut atau diet rendah lemak boleh dicadangkan. Mengabaikan masalah ini boleh menyebabkan kerosakan hati atau pankreatitis. ## 4\. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut Rasa pedih seperti terbakar di bahagian atas tengah abdomen adalah jenis sakit perut akibat ulser peptik, iaitu luka yang berlaku pada lapisan dalam perut atau usus kecil. Kajian dari [Canadian Journal of Gastroenterology and Hepatology](https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC2659905/) mendapati bahawa, penyebab utama ialah jangkitan bakteria *Helicobacter pylori* dan penggunaan berlebihan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen atau aspirin. Selain itu, merokok, stres dan alkohol turut menyumbang kepada pembentukan ulser. Pesakit mungkin mengalami pedih ulu hati, sendawa berlebihan, loya, dan kesakitan yang teruk terutamanya selepas makan atau semasa perut kosong. Diagnosis biasanya dibuat melalui endoskopi. Rawatan melibatkan ubat perencat pam proton (PPI) untuk mengurangkan asid perut dan antibiotik untuk membunuh *H. pylori*. Jika tidak dirawat, ulser boleh berdarah atau menembusi dinding usus, menyebabkan komplikasi berbahaya. Pencegahan termasuk amalan pemakanan sihat, kawal stres dan elak ubat NSAID tanpa pengawasan doktor. ## 5\. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit ![jenis sakit perut cirit-birit](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-cirit-birit.jpg) Jenis sakit perut yang merebak ke seluruh abdomen dan disertai cirit-birit biasanya menunjukkan gastroenteritis, iaitu keradangan pada perut dan usus yang disebabkan oleh virus, bakteria, atau parasit. Penyebab paling biasa ialah virus seperti rotavirus dan norovirus, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Menurut [National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases](https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/viral-gastroenteritis/symptoms-causes), simptomnya termasuk muntah, demam, loya, dan keletihan melampau. Masalah ini sangat mudah merebak, khususnya melalui makanan atau air tercemar serta sentuhan langsung. Rawatan utama ialah memastikan pengambilan cecair yang mencukupi, oral rehydration salts (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi. Makanan mudah hadam seperti bubur dan pisang sesuai dimakan sepanjang tempoh pemulihan. Sekiranya cirit-birit berdarah, berlangsung lebih dari 3 hari, atau melibatkan simptom dehidrasi seperti mulut kering dan urin sedikit, pesakit harus mendapatkan rawatan lanjut. Pencegahan termasuk amalan kebersihan tangan dan penyediaan makanan yang bersih. ## 6\. Sakit Perut Umum dan Kembung Jenis sakit perut menyeluruh disertai kembung sering berkait rapat dengan Irritable Bowel Syndrome (IBS), sejenis gangguan fungsional sistem penghadaman yang kronik. IBS tidak merosakkan usus secara fizikal tetapi boleh mengganggu fungsi normal usus besar. Puncanya tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dipercayai berkait dengan pergerakan usus yang tidak normal, tekanan emosi, dan ketidakseimbangan mikrobiota usus. Simptom IBS termasuk sakit perut yang lega selepas membuang air besar, kembung, cirit-birit atau sembelit (atau kedua-duanya secara berselang-seli), dan rasa tidak puas selepas membuang air besar. Diagnosis dibuat dengan menolak penyakit lain terlebih dahulu (diagnosis pengecualian). Tiada ubat khusus untuk menyembuhkan IBS, namun pengurusan jangka panjang seperti perubahan diet (contohnya, diet rendah FODMAP), pengambilan probiotik, ubat antispasmodik, dan pengurusan stres sangat membantu. ## 7\. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah Cirit-birit yang disertai darah dan sakit perut teruk menunjukkan masalah yang lebih serius seperti penyakit radang usus, Inflammatory Bowel Disease (IBD). IBD merangkumi dua keadaan utama iaitu ulseratif kolitis, yang melibatkan usus besar sahaja dan menyebabkan ulser serta pendarahan serta penyakit Crohn, yang boleh melibatkan mana-mana bahagian saluran penghadaman dari mulut ke dubur. Simptom lain termasuk keletihan kronik, demam, penurunan berat badan, dan kehilangan selera makan. Rawatan jangka panjang diperlukan kerana tiada penawar mutlak untuk IBD. Ia melibatkan ubat anti-radang, imunosupresif, dan dalam kes teruk, pembedahan. Diagnosis biasanya memerlukan kolonoskopi, biopsi usus, dan ujian makmal. ## 8\. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah ![jenis sakit perut sekitar pusat](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-sekitar-pusat.jpg) Jenis sakit perut yang bermula secara samar di sekitar pusat dan kemudian bergerak ke bahagian bawah kanan perut dalam masa beberapa jam termasuk dalam kes apendisitis. Ia disertai rasa mual, muntah, hilang selera makan dan kadangkala demam. Perubahan posisi atau tekanan di kawasan tersebut boleh meningkatkan kesakitan atau dikenali sebagai ā€˜rebound tenderness’. Pembedahan membuang apendiks adalah satu-satunya cara menyelesaikannya. Menangguhkan rawatan boleh menyebabkan apendiks pecah dan menyebarkan jangkitan ke seluruh perut. ## 9\. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah Gabungan simptom ini lazim dikaitkan dengan flu perut atau gastroenteritis virus yang berlaku secara akut. Ia adalah antara jangkitan paling mudah merebak, terutama dalam persekitaran tertutup seperti taska, sekolah dan rumah jagaan. Menurut [National Center for Biotechnology Information](https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK518995/), virus seperti norovirus dan rotavirus menyebabkan perut dan usus kecil menjadi radang, membawa kepada kekejangan perut yang menyakitkan, muntah-muntah, dan cirit-birit. Tempoh jangkitan biasanya antara 2 hingga 5 hari, namun dehidrasi akibat kehilangan cecair perlu diurus dengan baik, terutamanya dalam kanak-kanak dan warga emas. Rawatan adalah sokongan – rehidrasi, rehat dan makanan mudah hadam. Penggunaan antibiotik tidak membantu jika puncanya adalah virus. Pencegahan paling berkesan adalah melalui kebersihan tangan dan pengendalian makanan yang betul. ## 10\. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis ![jenis sakit perut bahagian pelvis](https://mypati.my/wp-content/uploads/2025/04/jenis-sakit-perut-bahagian-pelvis.jpg) Jenis sakit perut di bahagian bawah, terutamanya di pelvis, adalah simptom yang kompleks kerana ia boleh berpunca daripada pelbagai sistem seperti pembiakan, saluran kencing atau usus. Kaum wanita sering berkait dengan masalah ginekologi seperti senggugut (dysmenorrhea), endometriosis, atau sista ovari. Menurut [American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG)](https://www.acog.org/Patients/FAQs/Dysmenorrhea-Painful-Periods), senggugut biasanya berlaku semasa haid dan dirasai sebagai sakit mencucuk atau berdenyut. Endometriosis pula menyebabkan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, menimbulkan kesakitan kronik dan gangguan kesuburan. Lelaki dan wanita juga boleh mengalami jangkitan salur kencing (UTI), yang menyebabkan rasa pedih semasa kencing dan sakit di bawah perut. Diagnosis bergantung kepada simptom tambahan, ujian air kencing, imbasan pelvis dan kadangkala ujian darah. Rawatan bergantung kepada punca iaitu ubat tahan sakit, antibiotik atau pembedahan mungkin diperlukan. Pemeriksaan awal dapat mencegah komplikasi yang lebih besar seperti masalah kesuburan atau jangkitan buah pinggang. ## Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis sakit perut yang anda di dunia ini. Justeru, masalah sakit perut tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika ia datang secara mengejut, berlarutan, atau disertai simptom lain seperti muntah, demam, cirit-birit berdarah, atau perubahan tabiat membuang air besar. Setiap jenis kesakitan memberi petunjuk tersendiri kepada punca yang berbeza, sama ada berkaitan sistem penghadaman, saluran kencing, atau sistem reproduktif. Justeru, amat penting untuk kita mengenali corak kesakitan yang dialami, agar tindakan sewajarnya dapat diambil sama ada melalui rawatan di rumah, perubahan gaya hidup, atau mendapatkan nasihat perubatan segera. Berikut adalah jenis sakit perut yang perlu anda ketahui: 1. Perut Kembung Tidak Selesa 2. Sakit Tajam di Bahagian Bawah Kanan Perut 3. Sakit Menikam di Bahagian Atas Kanan Perut 4. Rasa Sakit atau Pedih di Bahagian Tengah Atas Perut 5. Sakit Perut Umum Berserta Cirit-Birit 6. Sakit Perut Umum dan Kembung 7. Sakit Perut dengan Cirit-Birit Berdarah 8. Sakit Bermula di Sekitar Pusat dan Beralih ke Kanan Bawah 9. Demam, Kekejangan Perut, Cirit-Birit dan Muntah 10. Sakit Perut Bawah atau Bahagian Pelvis Anda juga boleh baca segala informasi tentang sakit perut di sini: - [Cara Hilangkan Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/cara-hilangkan-sakit-perut/) - [Punca Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/punca-sakit-perut/) - [Sakit Perut Sebelah Kiri](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/sakit-perut-sebelah-kiri/) - [Jenis Sakit Perut](https://mypati.my/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/) ![Avatar photo](https://mypati.my/wp-content/gravatars/cropped-profile-scaled-1-80x80.jpg) Hi saya JoeAnna, Penulis MyPati. Saya adalah seorang penulis digital, berpengalaman 5 tahun dalam membina kandungan penulisan efektif dan berkesan.
Shard105 (laksa)
Root Hash870796611923627505
Unparsed URLmy,mypati!/kesihatan/kesihatan-umum/jenis-sakit-perut/ s443