🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 23 (from laksa003)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đźš«
NOT INDEXABLE
âś…
CRAWLED
22 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.7 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banFAILfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=807
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html
Last Crawled2026-03-27 01:55:52 (22 days ago)
First Indexed2017-10-23 04:42:39 (8 years ago)
HTTP Status Code200
Meta Title10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri - Mohd Isa
Meta DescriptionKeyakinan diri yang sering saya cari, adakah saya dan anda semua benar-benar yakin dengan diri sendiri? Saya sendiri kadang-kadang tidak yakin dengan diri
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Keyakinan diri yang sering saya cari, adakah saya dan anda semua benar-benar yakin dengan diri sendiri? Saya sendiri kadang-kadang tidak yakin dengan diri saya sendiri. Boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu? Mampukah saya atau anda berjaya suatu hari nanti? Itulah di antara persoalan yang sering difikirkan, satu lagi persoalan yang selalu bermain difikiran saya. Mampukah atau beranikah saya menghadapi kegagalan? Bagaimana pula dengan anda? Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel yang baru sahaja saya baca untuk meningkatkan keyakinan diri. Jom kita baca dan amalkan. 1. Mulakan hari anda dengan positif Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda. 2. Simpan matlamat harian anda Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda. 3. “Hadiahkan” diri anda Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya. 4. Tekankan kepada penampilan anda Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas. 5. Pilih sahabat yang positif Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan! 6. Bergaul dengan masyarakat Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri. 7. Dapatkan hobi atau pelajari kemahiran baru Mempunyai hobi ataupun mempelajari kemahiran tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama. 8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian. 9. Membaca dan menuntut ilmu Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara. 10. Sentiasa melihat kebelakang Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Begitulah di antara cara meningkatkan keyakinan diri, langkah seterusnya adalah merajinkan diri untuk mengamalkannya. InsyaAllah dengan kaedah atau cara di atas mampu meningkatkan keyakinan diri kita. Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Sebarkan kepada rakan-rakan anda!
Markdown
[Skip to content](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#content "Skip to content") [Mohd Isa](https://mohdisa.com/) Menu - [Utama](https://mohdisa.com/) - [Pengenalan](https://mohdisa.com/about) - [PC Spec](https://mohdisa.com/pcspec) - [Blog](https://mohdisa.com/blog) - [Penulisan](https://mohdisa.com/category/writings) - [SEO](https://mohdisa.com/category/seo) - [Gaya Hidup](https://mohdisa.com/category/lifestyle) - [Servis](https://mohdisa.com/service) - [Hubungi](https://mohdisa.com/contact) # 10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri December 14, 2012 Keyakinan diri yang sering saya cari, adakah saya dan anda semua benar-benar yakin dengan diri sendiri? Saya sendiri kadang-kadang tidak yakin dengan diri saya sendiri. Boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu? Mampukah saya atau anda berjaya suatu hari nanti? Itulah di antara persoalan yang sering difikirkan, satu lagi persoalan yang selalu bermain difikiran saya. Mampukah atau beranikah saya menghadapi kegagalan? Bagaimana pula dengan anda? Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel yang baru sahaja saya baca untuk meningkatkan keyakinan diri. Jom kita baca dan amalkan. ## 10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri ![keyakinan diri](https://mohdisa.com/media/keyakinan-diri.jpg) **1\. Mulakan hari anda dengan positif** Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda. **2\. Simpan matlamat harian anda** Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda. **3\. “Hadiahkan” diri anda** Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya. **4\. Tekankan kepada penampilan anda** Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas. **5\. Pilih sahabat yang positif** Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan\! **6\. Bergaul dengan masyarakat** Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri. **7\. Dapatkan hobi atau pelajari kemahiran baru** Mempunyai hobi ataupun mempelajari kemahiran tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama. **8\. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat** Sama ada anda [percaya](https://mohdisa.com/percaya-dalam-perhubungan.html) ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian. **9\. Membaca dan menuntut ilmu** Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara. **10\. Sentiasa melihat kebelakang** Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Begitulah di antara cara meningkatkan keyakinan diri, langkah seterusnya adalah merajinkan diri untuk mengamalkannya. InsyaAllah dengan kaedah atau cara di atas mampu meningkatkan keyakinan diri kita. Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Sebarkan kepada rakan-rakan anda\! Categories [Gaya Hidup](https://mohdisa.com/category/lifestyle) [Khasiat Bawang Putih](https://mohdisa.com/khasiat-bawang-putih.html) [Nasi Lemak Bahayakan Kesihatan](https://mohdisa.com/nasi-lemak-bahayakan-kesihatan.html) ## 6 thoughts on “10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri” 1. ![](https://secure.gravatar.com/avatar/7dc6c86f62b0cb604d40da76a46640cfad28472982f8f7b3bfa9bc2f7558397b?s=50&d=mm&r=g) titan [December 19, 2012 at 8:13 pm](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12393) satu lagi, kena rajin makan cendol. [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12393) - ![](https://secure.gravatar.com/avatar/3e70dff3f39a79a1d87aaedee61d5aa04b6dc833ef2f28da33f2434f1c8b1bc7?s=50&d=mm&r=g) [Mohd Isa](https://www.mohdisa.com/) [December 21, 2012 at 4:15 pm](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12403) wah2, tak habis2 dengan cendol dia. haha [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12403) - ![](https://secure.gravatar.com/avatar/7dc6c86f62b0cb604d40da76a46640cfad28472982f8f7b3bfa9bc2f7558397b?s=50&d=mm&r=g) titan [December 25, 2012 at 10:29 pm](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12417) habis tu..nak makan apa plak..haha [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12417) - ![](https://secure.gravatar.com/avatar/3e70dff3f39a79a1d87aaedee61d5aa04b6dc833ef2f28da33f2434f1c8b1bc7?s=50&d=mm&r=g) [Mohd Isa](https://www.mohdisa.com/) [December 27, 2012 at 12:37 pm](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12434) makan cendol, aku pun suka. tapi takleh la selalu. :p [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12434) 2. ![](https://secure.gravatar.com/avatar/62aed857964aef718247bff818f4324dd47a7e27c7920eb39141b611b3ea55fb?s=50&d=mm&r=g) naz [December 18, 2012 at 2:16 am](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12388) Good tips. Nak share sikit tips yang aku selalu buat. Bila bercakap atau bertentang dengan sesiapa, aku akan tenung mata orang tu, nak tenung belah mata mana? Mata belah kiri (Ini tips dari seorang mentor aku) kalau orang tu yang alih pandangan dulu, aku assume dia punya konfiden kurang daripada aku, aku assume dia lebih pemalu daripada aku, lulz. [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12388) - ![](https://secure.gravatar.com/avatar/3e70dff3f39a79a1d87aaedee61d5aa04b6dc833ef2f28da33f2434f1c8b1bc7?s=50&d=mm&r=g) [Mohd Isa](https://www.mohdisa.com/) [December 21, 2012 at 4:14 pm](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12402) lol…habis macam mana nak hadapinya? nak kasi dia konfiden dengan kita. [Reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#comment-12402) ### Leave a Comment [Cancel reply](https://mohdisa.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html#respond) 2026 © Powered by [ServerFreak](https://mohdisa.com/go/serverfreak) & [Harian Post](https://harianpost.my/) ## ## Loading Comments... ###
Readable Markdown
Keyakinan diri yang sering saya cari, adakah saya dan anda semua benar-benar yakin dengan diri sendiri? Saya sendiri kadang-kadang tidak yakin dengan diri saya sendiri. Boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu? Mampukah saya atau anda berjaya suatu hari nanti? Itulah di antara persoalan yang sering difikirkan, satu lagi persoalan yang selalu bermain difikiran saya. Mampukah atau beranikah saya menghadapi kegagalan? Bagaimana pula dengan anda? Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel yang baru sahaja saya baca untuk meningkatkan keyakinan diri. Jom kita baca dan amalkan. ![keyakinan diri](https://mohdisa.com/media/keyakinan-diri.jpg) **1\. Mulakan hari anda dengan positif** Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda. **2\. Simpan matlamat harian anda** Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda. **3\. “Hadiahkan” diri anda** Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya. **4\. Tekankan kepada penampilan anda** Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas. **5\. Pilih sahabat yang positif** Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan\! **6\. Bergaul dengan masyarakat** Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri. **7\. Dapatkan hobi atau pelajari kemahiran baru** Mempunyai hobi ataupun mempelajari kemahiran tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama. **8\. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat** Sama ada anda [percaya](https://mohdisa.com/percaya-dalam-perhubungan.html) ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian. **9\. Membaca dan menuntut ilmu** Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara. **10\. Sentiasa melihat kebelakang** Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Begitulah di antara cara meningkatkan keyakinan diri, langkah seterusnya adalah merajinkan diri untuk mengamalkannya. InsyaAllah dengan kaedah atau cara di atas mampu meningkatkan keyakinan diri kita. Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Sebarkan kepada rakan-rakan anda\!
Shard23 (laksa)
Root Hash15872251356122092623
Unparsed URLcom,mohdisa!/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri.html s443