âšď¸ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 3.6 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://mdaily.co/symphony-of-the-seven-scrolls-mpo-hidupkan-legenda-puteri-gunung-ledang/ |
| Last Crawled | 2025-12-31 01:39:36 (3 months ago) |
| First Indexed | 2025-09-12 21:46:58 (7 months ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | âSymphony Of The Seven Scrollsâ MPO Hidupkan Legenda Puteri Gunung Ledang | mDaily |
| Meta Description | Legenda agung Puteri Gunung Ledang kembali diangkat ke pentas apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mempersembahkan konsert bertema âSymphony of the Seven Scrollsâ di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), 18 Oktober ini. Menggabungkan keindahan muzik orkestra dengan penceritaan klasik Melayu, konsert ini menyingkap semula kisah mistik Puteri Gunung Ledang yang penuh simbolik melalui tujuh watikah permintaan kepada [âŚ] |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Konsert
oleh MDaily Editor
12 Sep 2025 11:52 am
Legenda agung Puteri Gunung Ledang kembali diangkat ke pentas apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mempersembahkan konsert bertema âSymphony of the Seven Scrollsâ di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), 18 Oktober ini.
Menggabungkan keindahan muzik orkestra dengan penceritaan klasik Melayu, konsert ini menyingkap semula kisah mistik Puteri Gunung Ledang yang penuh simbolik melalui tujuh watikah permintaan kepada Sultan Melaka.
MPO di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, MPO akan mempersembahkan karya klasik termasuk Symphony No.1 (Mahler), Scheherazade (Rimsky-Korsakov), Morning Mood (Grieg), Romeo & Juliet Suite (Prokofiev), Night on Bald Mountain (Mussorgsky), Nocturnes (Debussy) dan Firebird: Finale (Stravinsky).
Menurut kenyataan MPO, Konsert itu menampilkan pelakon Nadia Aqilah sebagai pencerita yang membawakan kisah rakyat tersebut dalam tujuh segmen, dengan sentuhan kreatif koreografer terkenal Pat Ibrahim sebagai pengarah kreatif.
âPenonton akan turut disajikan dengan gubahan baru lagu-lagu rakyat seperti Chan Mali Chan,Jong Jong Inai dan Rasa Sayang, serta sebuah lagu patriotik popular, Tanah Pusaka. Pengalaman konsert akan diserlahkan lagi dengan penampilan Pewaris Seni Anak Tari dan Precision Movement Dance Group.â katanya.
Harga tiket bermula daripada RM98 hingga RM138, manakala tiket suite berharga antara RM148 hingga RM158 seorang. Pakej lawatan sekolah turut ditawarkan dengan diskaun antara 10 hingga 20 peratus.
Maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat melalui Box Office DFP di talian 03-23317007 atau e-mel
[email protected]
. |
| Markdown | - - [Berkenaan](https://mdaily.co/berkenaan/)
##### Ikuti Kami:
- - [Utama](https://mdaily.co/)
- [Semasa](https://mdaily.co/category/semasa/)
- [Hiburan](https://mdaily.co/category/hiburan/)
- [Gaya Hidup](https://mdaily.co/category/gaya-hidup/)
- [Bisnes](https://mdaily.co/category/bisnes/)
[](https://mdaily.co/)
[](https://mdaily.co/)
[Konsert](https://mdaily.co/category/hiburan/konsert/)
## âSymphony Of The Seven Scrollsâ MPO Hidupkan Legenda Puteri Gunung Ledang
- oleh MDaily Editor
- 12 Sep 2025 11:52 am

Legenda agung Puteri Gunung Ledang kembali diangkat ke pentas apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mempersembahkan konsert bertema âSymphony of the Seven Scrollsâ di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), 18 Oktober ini.
Menggabungkan keindahan muzik orkestra dengan penceritaan klasik Melayu, konsert ini menyingkap semula kisah mistik Puteri Gunung Ledang yang penuh simbolik melalui tujuh watikah permintaan kepada Sultan Melaka.

MPO di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, MPO akan mempersembahkan karya klasik termasuk Symphony No.1 (Mahler), Scheherazade (Rimsky-Korsakov), Morning Mood (Grieg), Romeo & Juliet Suite (Prokofiev), Night on Bald Mountain (Mussorgsky), Nocturnes (Debussy) dan Firebird: Finale (Stravinsky).
Menurut kenyataan MPO, Konsert itu menampilkan pelakon Nadia Aqilah sebagai pencerita yang membawakan kisah rakyat tersebut dalam tujuh segmen, dengan sentuhan kreatif koreografer terkenal Pat Ibrahim sebagai pengarah kreatif.

âPenonton akan turut disajikan dengan gubahan baru lagu-lagu rakyat seperti Chan Mali Chan,Jong Jong Inai dan Rasa Sayang, serta sebuah lagu patriotik popular, Tanah Pusaka. Pengalaman konsert akan diserlahkan lagi dengan penampilan Pewaris Seni Anak Tari dan Precision Movement Dance Group.â katanya.
Harga tiket bermula daripada RM98 hingga RM138, manakala tiket suite berharga antara RM148 hingga RM158 seorang. Pakej lawatan sekolah turut ditawarkan dengan diskaun antara 10 hingga 20 peratus.
Maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat melalui Box Office DFP di talian 03-23317007 atau e-mel [\[email protected\]](https://mdaily.co/cdn-cgi/l/email-protection)
.
###### Komen
Loading...
###### Ikuti Kami
- [facebook](https://www.facebook.com/mdailyofficial)
- [twitter](https://twitter.com/mdailyofficial)
- [instagram](https://www.instagram.com/mdailyofficial/)
- [titkok](https://www.tiktok.com/@mdailyofficial)
###### Popular
[](https://mdaily.co/sumandak-stars-saya-dan-bella-hanya-penyanyi-bukan-penganjur-didi-astillah/)
[Selebriti](https://mdaily.co/category/hiburan/selebriti/)
## [Sumandak Stars: âSaya dan Bella Hanya Penyanyi, Bukan Penganjurâ â Didi Astillah](https://mdaily.co/sumandak-stars-saya-dan-bella-hanya-penyanyi-bukan-penganjur-didi-astillah/)
[](https://mdaily.co/penganjur-jelas-isu-stacy-tarik-diri-poster-konsert-sumandak-stars/)
[Konsert](https://mdaily.co/category/hiburan/konsert/)
## [Penganjur Jelas Isu Stacy Tarik Diri, Poster Konsert Sumandak Stars](https://mdaily.co/penganjur-jelas-isu-stacy-tarik-diri-poster-konsert-sumandak-stars/)
[](https://mdaily.co/fattah-amin-luah-rasa-sayang-apa-pun-terjadi-daddy-akan-sentiasa-sayang-kamu-berdua/)
[Hiburan](https://mdaily.co/category/hiburan/)
## [Fattah Amin Luah Rasa Sayang: âApa Pun Terjadi, Daddy Akan Sentiasa Sayang Kamu Berduaâ](https://mdaily.co/fattah-amin-luah-rasa-sayang-apa-pun-terjadi-daddy-akan-sentiasa-sayang-kamu-berdua/)
[](https://mdaily.co/amy-search-dikecam-gagal-nyanyikan-lagu-pawana-tetap-tenang-hadapi-kritikan/)
[Hiburan](https://mdaily.co/category/hiburan/)
## [Amy Search Dikecam Gagal Nyanyikan Lagu Pawana, Tetap Tenang Hadapi Kritikan](https://mdaily.co/amy-search-dikecam-gagal-nyanyikan-lagu-pawana-tetap-tenang-hadapi-kritikan/)
[](https://mdaily.co/symphony-of-the-seven-scrolls-mpo-hidupkan-legenda-puteri-gunung-ledang/#index.html)
#### Tentang Kami
mDaily, yang ditubuhkan pada tahun 2020, adalah portal digital yang menyediakan pelbagai kandungan terkini merangkumi berita semasa, hiburan, viral, gaya hidup dan bisnes.
Untuk menghantar cerita anda, siaran akhbar, surat kepada editor, atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mel di [\[email protected\]](https://mdaily.co/cdn-cgi/l/email-protection).
#### Ikuti Kami
- [facebook](https://www.facebook.com/mdailyofficial)
- [Twitter](https://twitter.com/mdailyofficial)
- [Instagram](https://www.instagram.com/mdailyofficial/)
- [Tiktok](https://www.tiktok.com/@mdailyofficial)
- [Dasar Privasi](https://mdaily.co/dasar-privasi/)
2024Š All Rights Reserved. |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 138 (laksa) |
| Root Hash | 3341080701283059538 |
| Unparsed URL | co,mdaily!/symphony-of-the-seven-scrolls-mpo-hidupkan-legenda-puteri-gunung-ledang/ s443 |