šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 13 (from laksa015)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

šŸ“„
INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
3 days ago
šŸ¤–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.1 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/
Last Crawled2026-04-12 02:35:45 (3 days ago)
First Indexed2025-09-08 00:33:45 (7 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleUMT pacu edu-tourism di Pantai Timur
Meta DescriptionBagi Pantai Timur, kelebihan ini semakin menyerlah dengan wujudnya UMT yang bukan sahaja berperanan sebagai universiti, tetapi juga pusat penyelidikan dan khazanah ilmu.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
KUALA LUMPUR – Konsep edu-tourism atau pelancongan berasaskan pendidikan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia seiring dengan perubahan trend pelancongan moden. Semakin ramai pelancong kini memilih destinasi yang bukan sekadar indah untuk dilawati, tetapi turut memberi nilai tambah dalam bentuk ilmu, pengalaman autentik dan kesedaran tentang isu alam sekitar. Di Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai institusi paling berpotensi mempelopori segmen ini. Dengan kepakaran dalam bidang kelautan, biodiversiti, sains maritim dan perikanan, UMT memiliki kekuatan unik yang menjadikannya sesuai untuk menjadi pusat rujukan edu-tourism, sekali gus memberi dimensi baharu kepada sektor pelancongan negeri Terengganu. Edu-tourism bukanlah fenomena baharu di peringkat global. Di banyak negara maju, aktiviti seperti lawatan ke tapak arkeologi, pusat penyelidikan marin dan ekspedisi biodiversiti sudah lama menjadi tarikan utama. Malaysia dengan kekayaan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya sebenarnya mempunyai potensi besar untuk mengangkat edu-tourism sebagai salah satu daya tarikan utama. Bagi Pantai Timur, kelebihan ini semakin menyerlah dengan wujudnya UMT yang bukan sahaja berperanan sebagai universiti, tetapi juga pusat penyelidikan dan khazanah ilmu. Kedudukan strategik UMT berhampiran Laut China Selatan, Tasik Kenyir, Setiu Wetland dan gugusan pulau tropika menjadikannya hub yang istimewa. Tasik Kenyir misalnya kaya dengan flora dan fauna air tawar, sesuai untuk ekspedisi lapangan dan aktiviti kesedaran biodiversiti. Setiu Wetland pula menjadi habitat penting bagi ekosistem paya bakau yang kritikal kepada keseimbangan ekologi. Pulau-pulau di Terengganu menawarkan pengalaman unik untuk memahami kepelbagaian marin, habitat penyu dan kepentingan pemuliharaan terumbu karang. Di dalam kampus pula, UMT menempatkan makmal marin, simulator kapal, hatchery akuakultur dan galeri warisan digital yang membuka ruang untuk orang ramai melihat sendiri peranan ilmu dalam kehidupan seharian. Sejak menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Tourism Malaysia pada 17 November 2021, UMT telah membuktikan keupayaannya memperkasakan edu-tourism melalui inisiatif penyelidikan bersama dan pembelajaran berasaskan komuniti. Antara program yang dilaksanakan termasuk Turtle Lab, SEATRU Volunteer, Bengkel Coral Restoration serta aktiviti DiveHeart Adaptive Diver Hero. Program-program ini dijalankan di stesen penyelidikan UMT di Pulau Bidong, Chagar Hutang, Tasik Kenyir dan Setiu Wetland. Semua inisiatif ini memperkukuh pendekatan ilmiah dan praktikal dalam penyampaian edu-tourism, menjadikan UMT institusi yang benar-benar komited merealisasikan agenda ini. Kekuatan aset-aset dan pengalaman ini membolehkan edu-tourism berkembang sebagai segmen pelancongan yang berbeza dengan pelancongan massa. Ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi mendidik dan meningkatkan kesedaran. Melalui pengalaman ini, masyarakat dapat memahami nilai sebenar khazanah alam, pelajar dapat berinteraksi dengan komuniti dan pelancong pula membawa pulang ilmu serta penghargaan lebih mendalam terhadap destinasi yang dilawati. Selain memberi pengalaman unik kepada pelancong, edu-tourism turut menyumbang manfaat kepada komuniti tempatan. Penduduk setempat boleh terlibat sebagai pemandu pelancong, pengusaha penginapan, penyedia makanan tradisional dan pelbagai aktiviti sokongan lain. Secara tidak langsung, ia membuka peluang ekonomi baharu yang selaras dengan prinsip pelancongan lestari. Pada masa sama, edu-tourism dapat menarik pelancong berkualiti yang lebih menghargai ilmu berbanding hiburan semata-mata, sekali gus menyokong usaha Malaysia memposisikan diri sebagai destinasi pelancongan bertanggungjawab di peringkat antarabangsa. UMT berada pada kedudukan yang kukuh untuk menerajui pembangunan edu-tourism ini. Dengan reputasi sebagai pusat kecemerlangan ilmu maritim dan biodiversiti, universiti ini mampu memastikan konsep edu-tourism dibangunkan secara ilmiah, lestari dan berteraskan nilai pendidikan. Pendekatan ini menjadikan edu-tourism lebih daripada sekadar tarikan pelancongan, tetapi juga sebuah wadah untuk membentuk masyarakat yang celik ilmu, peka terhadap isu alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan negara. Masa depan edu-tourism di Pantai Timur dilihat cerah dengan adanya asas kukuh yang dibina oleh UMT. Apa yang diperlukan kini adalah kesedaran bersama bahawa pelancongan boleh menjadi platform pendidikan dan pemuliharaan, bukan hanya hiburan semata-mata. Jika digerakkan secara bersepadu, edu-tourism berpotensi besar untuk membawa transformasi, bukan sahaja kepada sektor pelancongan, tetapi juga kepada pembangunan sosial dan imej Malaysia di persada antarabangsa. Mohd Ruhaifi Alias Timbalan Pengarah Pusat Ihsan UMT Universiti Malaysia Terengganu IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Markdown
- [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) Sunday, April 12, 2026 - [Sign In](https://malaysiagazette.com/wp-admin/) [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png) MalaysiaGazette](https://malaysiagazette.com/) [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) - [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/668827097_1480946983402311_5857324888479754011_n-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/329000-tong-diesel-tiba-di-filipina-bukan-berasal-dari-malaysia/ "329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia") ### [329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/329000-tong-diesel-tiba-di-filipina-bukan-berasal-dari-malaysia/ "329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-12-at-08.51.48-180x135.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/pelajar-kolej-maut-nahas-selepas-hadiri-rumah-terbuka-pensyarah/ "Pelajar kolej maut nahas selepas hadiri rumah terbuka pensyarah") ### [Pelajar kolej maut nahas selepas hadiri rumah terbuka pensyarah](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/pelajar-kolej-maut-nahas-selepas-hadiri-rumah-terbuka-pensyarah/ "Pelajar kolej maut nahas selepas hadiri rumah terbuka pensyarah") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-10-at-9.32.07-AM-1-180x135.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tahanan-pakistan-bolos-polis-perketat-kawalan-sempadan-negara/ "Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara") ### [Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tahanan-pakistan-bolos-polis-perketat-kawalan-sempadan-negara/ "Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara") [![MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/10/MGF27092021_LOGO-SPRM03-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/skandal-urus-niaga-saham-sprm-kesan-aliran-dana-luar-negara/ "Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara") ### [Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/skandal-urus-niaga-saham-sprm-kesan-aliran-dana-luar-negara/ "Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGP09042026_MAHKAMAH-AMPANG-2-1-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kes-amang-seks-rumah-kebajikan-nancy-saran-ibu-bapa-tak-puas-hati-fail-rayuan/ "Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan") ### [Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kes-amang-seks-rumah-kebajikan-nancy-saran-ibu-bapa-tak-puas-hati-fail-rayuan/ "Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan") - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) [Home](https://malaysiagazette.com/) [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/ "Papar semua artikel dalam Pendapat") UMT pacu edu-tourism di Pantai Timur - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) # UMT pacu edu-tourism di Pantai Timur Oleh [Pendapat](https://malaysiagazette.com/author/pendapat/) \- 8 September 2025 ![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/09/UMT1-scaled-e1757291527267-681x853.jpg) Kedudukan strategik UMT berhampiran Laut China Selatan, Tasik Kenyir, Setiu Wetland dan gugusan pulau tropika menjadikannya hub yang istimewa. KUALA LUMPUR – Konsep *edu-tourism* atau pelancongan berasaskan pendidikan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia seiring dengan perubahan trend pelancongan moden. Semakin ramai pelancong kini memilih destinasi yang bukan sekadar indah untuk dilawati, tetapi turut memberi nilai tambah dalam bentuk ilmu, pengalaman autentik dan kesedaran tentang isu alam sekitar. Di Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai institusi paling berpotensi mempelopori segmen ini. Dengan kepakaran dalam bidang kelautan, biodiversiti, sains maritim dan perikanan, UMT memiliki kekuatan unik yang menjadikannya sesuai untuk menjadi pusat rujukan edu-tourism, sekali gus memberi dimensi baharu kepada sektor pelancongan negeri Terengganu. Edu-tourism bukanlah fenomena baharu di peringkat global. Di banyak negara maju, aktiviti seperti lawatan ke tapak arkeologi, pusat penyelidikan marin dan ekspedisi biodiversiti sudah lama menjadi tarikan utama. Malaysia dengan kekayaan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya sebenarnya mempunyai potensi besar untuk mengangkat edu-tourism sebagai salah satu daya tarikan utama. Bagi Pantai Timur, kelebihan ini semakin menyerlah dengan wujudnya UMT yang bukan sahaja berperanan sebagai universiti, tetapi juga pusat penyelidikan dan khazanah ilmu. Kedudukan strategik UMT berhampiran Laut China Selatan, Tasik Kenyir, Setiu Wetland dan gugusan pulau tropika menjadikannya hub yang istimewa. Tasik Kenyir misalnya kaya dengan flora dan fauna air tawar, sesuai untuk ekspedisi lapangan dan aktiviti kesedaran biodiversiti. Setiu Wetland pula menjadi habitat penting bagi ekosistem paya bakau yang kritikal kepada keseimbangan ekologi. Pulau-pulau di Terengganu menawarkan pengalaman unik untuk memahami kepelbagaian marin, habitat penyu dan kepentingan pemuliharaan terumbu karang. Di dalam kampus pula, UMT menempatkan makmal marin, simulator kapal, hatchery akuakultur dan galeri warisan digital yang membuka ruang untuk orang ramai melihat sendiri peranan ilmu dalam kehidupan seharian. Sejak menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Tourism Malaysia pada 17 November 2021, UMT telah membuktikan keupayaannya memperkasakan edu-tourism melalui inisiatif penyelidikan bersama dan pembelajaran berasaskan komuniti. Antara program yang dilaksanakan termasuk Turtle Lab, SEATRU Volunteer, Bengkel Coral Restoration serta aktiviti DiveHeart Adaptive Diver Hero. Program-program ini dijalankan di stesen penyelidikan UMT di Pulau Bidong, Chagar Hutang, Tasik Kenyir dan Setiu Wetland. Semua inisiatif ini memperkukuh pendekatan ilmiah dan praktikal dalam penyampaian edu-tourism, menjadikan UMT institusi yang benar-benar komited merealisasikan agenda ini. Kekuatan aset-aset dan pengalaman ini membolehkan edu-tourism berkembang sebagai segmen pelancongan yang berbeza dengan pelancongan massa. Ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi mendidik dan meningkatkan kesedaran. Melalui pengalaman ini, masyarakat dapat memahami nilai sebenar khazanah alam, pelajar dapat berinteraksi dengan komuniti dan pelancong pula membawa pulang ilmu serta penghargaan lebih mendalam terhadap destinasi yang dilawati. Selain memberi pengalaman unik kepada pelancong, edu-tourism turut menyumbang manfaat kepada komuniti tempatan. Penduduk setempat boleh terlibat sebagai pemandu pelancong, pengusaha penginapan, penyedia makanan tradisional dan pelbagai aktiviti sokongan lain. Secara tidak langsung, ia membuka peluang ekonomi baharu yang selaras dengan prinsip pelancongan lestari. Pada masa sama, edu-tourism dapat menarik pelancong berkualiti yang lebih menghargai ilmu berbanding hiburan semata-mata, sekali gus menyokong usaha Malaysia memposisikan diri sebagai destinasi pelancongan bertanggungjawab di peringkat antarabangsa. UMT berada pada kedudukan yang kukuh untuk menerajui pembangunan edu-tourism ini. Dengan reputasi sebagai pusat kecemerlangan ilmu maritim dan biodiversiti, universiti ini mampu memastikan konsep edu-tourism dibangunkan secara ilmiah, lestari dan berteraskan nilai pendidikan. Pendekatan ini menjadikan edu-tourism lebih daripada sekadar tarikan pelancongan, tetapi juga sebuah wadah untuk membentuk masyarakat yang celik ilmu, peka terhadap isu alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan negara. Masa depan edu-tourism di Pantai Timur dilihat cerah dengan adanya asas kukuh yang dibina oleh UMT. Apa yang diperlukan kini adalah kesedaran bersama bahawa pelancongan boleh menjadi platform pendidikan dan pemuliharaan, bukan hanya hiburan semata-mata. Jika digerakkan secara bersepadu, edu-tourism berpotensi besar untuk membawa transformasi, bukan sahaja kepada sektor pelancongan, tetapi juga kepada pembangunan sosial dan imej Malaysia di persada antarabangsa. ![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/09/UMt2-scaled-e1757291439123-150x150.jpg)**Mohd Ruhaifi Alias** **Timbalan Pengarah** **Pusat Ihsan UMT** **Universiti Malaysia Terengganu** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL ***Facebook :** [Malaysia Gazette](https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/) **X :** [@malaysiagazette](https://x.com/MalaysiaGazette) **Instagram :** [@malaysiagazette](https://www.instagram.com/malaysiagazette/) **Youtube MG :** [MalaysiaGazette TV](https://www.youtube.com/channel/UC-zwAo_0PsviX7-H71mbHYg) **Youtube MGFlash :** [MG Flash](https://www.youtube.com/@MGFlash_TV) **TikTok :** [Malaysia Gazette](https://www.tiktok.com/@malaysiagazette) **Threads :** [Malaysia Gazette](https://www.threads.net/@malaysiagazette) **Whatsapp Channel :** [Malaysia Gazette](https://whatsapp.com/channel/0029Va6DTlLHQbRxCkFpId08) **Telegram :** [Malaysia Gazette](https://t.me/malaysiagazette) **Spotify :** [MG Podcast](https://open.spotify.com/show/7J46o0APE6XrKP6YF1Mim6?si=Rcbk9f7gQK-g8VXY5btfLg)* ### Kongsi: - [Share on Facebook (Opens in new window) Facebook](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=facebook) - [Share on X (Opens in new window) X](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=twitter) - [Share on Telegram (Opens in new window) Telegram](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=telegram) - [Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=jetpack-whatsapp) - [Share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=linkedin) - [Share on Threads (Opens in new window) Threads](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/?share=threads) - Tag - [destinasi](https://malaysiagazette.com/tag/destinasi/) - [edu-pelancongan](https://malaysiagazette.com/tag/edu-pelancongan/) - [UMT](https://malaysiagazette.com/tag/umt/) #### [Artikel Berkaitan](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/)[Lagi artikel dari penulis](https://malaysiagazette.com/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/) [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/658170219_18068094320359276_5910237783528365608_n-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/persoalan-integriti-konflik-kepentingan-dan-ketelusan-pelaksanaan-madani-mart/ "Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/persoalan-integriti-konflik-kepentingan-dan-ketelusan-pelaksanaan-madani-mart/ "Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/03/MGF22032026-RUMAH-TERBUKA-3-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/krisis-selat-hormuz-tak-gugat-semangat-syawal/ "Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/krisis-selat-hormuz-tak-gugat-semangat-syawal/ "Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/Hari-Keselamatan-Internet-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/peranan-besar-pempengaruh-bentuk-kesedaran-digital/ "Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/peranan-besar-pempengaruh-bentuk-kesedaran-digital/ "Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital") [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2023/10/MGPerak-Microsite-Banner-336x280-1-1024x854-1.png)](https://mgperak.com/) #### Artikel Popular [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/08/logo-polis-300x194.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/ "Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?") [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) ### [Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/ "Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?") 10 April 2026 [0](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/#respond) Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan di Hospital Serdang. [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/IMG_0514-100x75.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minta-derma-untuk-beli-makanan-di-klia-3-warga-asing-tular-ditahan/ "Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular ditahan") ### [Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular...](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minta-derma-untuk-beli-makanan-di-klia-3-warga-asing-tular-ditahan/ "Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular ditahan") 10 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/IMG_2336-e1775903200338-100x75.png)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/enam-kenderaan-terlibat-kemalangan-di-ldp-penunggang-motosikal-parah/ "Enam kenderaan terlibat kemalangan di LDP, penunggang motosikal parah") ### [Enam kenderaan terlibat kemalangan di LDP, penunggang motosikal parah](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/enam-kenderaan-terlibat-kemalangan-di-ldp-penunggang-motosikal-parah/ "Enam kenderaan terlibat kemalangan di LDP, penunggang motosikal parah") 11 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGF10042026_34-INDIVIDU-RUSUHAN-6-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/34-lelaki-didenda-antara-rm2000-dan-rm3000-sertai-rusuhan-di-pusat-hiburan/ "34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat hiburan") ### [34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat...](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/34-lelaki-didenda-antara-rm2000-dan-rm3000-sertai-rusuhan-di-pusat-hiburan/ "34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat hiburan") 10 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGP220622002-1-100x75.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kematian-muhammad-amirul-raziq-polis-klasifikasi-semula-siasatan-bawah-seksyen-302-kk/ "Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah Seksyen 302 KK") ### [Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah Seksyen 302...](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kematian-muhammad-amirul-raziq-polis-klasifikasi-semula-siasatan-bawah-seksyen-302-kk/ "Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah Seksyen 302 KK") 11 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) KELOPAK ANGGUN SDN. BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa. Hubungi Kami: [\[email protected\] / \[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection#fe9b9a978a918cbe939f929f878d979f999f849b8a8a9bd09d9193ded1de939f8c959b8a979099be939f929f878d979f999f849b8a8a9bd09d9193de) #### BERITA TAMBAHAN [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-12-at-10.26.23-100x75.jpeg)![video](https://malaysiagazette.com/wp-content/themes/Newsmag/images/icons/video-small.png)](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/agihan-peruntukan-perlu-adil-jangan-politikkan-kebajikan-rakyat-mgflash/ "Agihan Peruntukan Perlu Adil, Jangan Politikkan Kebajikan Rakyat #MGFlash") ### [Agihan Peruntukan Perlu Adil, Jangan Politikkan Kebajikan Rakyat \#MGFlash](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/agihan-peruntukan-perlu-adil-jangan-politikkan-kebajikan-rakyat-mgflash/ "Agihan Peruntukan Perlu Adil, Jangan Politikkan Kebajikan Rakyat #MGFlash") 12 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGP1204206_HANNAH-YEOH-8-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/putrajadi-jadi-lokasi-program-rintis-tangani-obesiti-kanak-kanak/ "Putrajadi jadi lokasi program rintis tangani obesiti kanak-kanak") ### [Putrajadi jadi lokasi program rintis tangani obesiti kanak-kanak](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/putrajadi-jadi-lokasi-program-rintis-tangani-obesiti-kanak-kanak/ "Putrajadi jadi lokasi program rintis tangani obesiti kanak-kanak") 12 April 2026 [![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/668827097_1480946983402311_5857324888479754011_n-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/329000-tong-diesel-tiba-di-filipina-bukan-berasal-dari-malaysia/ "329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia") ### [329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia](https://malaysiagazette.com/2026/04/12/329000-tong-diesel-tiba-di-filipina-bukan-berasal-dari-malaysia/ "329,000 tong diesel tiba di Filipina bukan berasal dari Malaysia") 12 April 2026 #### KATEGORI POPULAR - [Nasional90502](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Utama29283](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Politik27817](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [MGNews25503](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Ekonomi17922](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia15154](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan12383](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Hubungi Kami](https://malaysiagazette.com/hubungi-kami/) - [Webmail](http://webmail.malaysiagazette.com/) Ā© 2013-2025 MalaysiaGazette, All Rights Reserved
Readable Markdown
KUALA LUMPUR – Konsep *edu-tourism* atau pelancongan berasaskan pendidikan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia seiring dengan perubahan trend pelancongan moden. Semakin ramai pelancong kini memilih destinasi yang bukan sekadar indah untuk dilawati, tetapi turut memberi nilai tambah dalam bentuk ilmu, pengalaman autentik dan kesedaran tentang isu alam sekitar. Di Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai institusi paling berpotensi mempelopori segmen ini. Dengan kepakaran dalam bidang kelautan, biodiversiti, sains maritim dan perikanan, UMT memiliki kekuatan unik yang menjadikannya sesuai untuk menjadi pusat rujukan edu-tourism, sekali gus memberi dimensi baharu kepada sektor pelancongan negeri Terengganu. Edu-tourism bukanlah fenomena baharu di peringkat global. Di banyak negara maju, aktiviti seperti lawatan ke tapak arkeologi, pusat penyelidikan marin dan ekspedisi biodiversiti sudah lama menjadi tarikan utama. Malaysia dengan kekayaan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya sebenarnya mempunyai potensi besar untuk mengangkat edu-tourism sebagai salah satu daya tarikan utama. Bagi Pantai Timur, kelebihan ini semakin menyerlah dengan wujudnya UMT yang bukan sahaja berperanan sebagai universiti, tetapi juga pusat penyelidikan dan khazanah ilmu. Kedudukan strategik UMT berhampiran Laut China Selatan, Tasik Kenyir, Setiu Wetland dan gugusan pulau tropika menjadikannya hub yang istimewa. Tasik Kenyir misalnya kaya dengan flora dan fauna air tawar, sesuai untuk ekspedisi lapangan dan aktiviti kesedaran biodiversiti. Setiu Wetland pula menjadi habitat penting bagi ekosistem paya bakau yang kritikal kepada keseimbangan ekologi. Pulau-pulau di Terengganu menawarkan pengalaman unik untuk memahami kepelbagaian marin, habitat penyu dan kepentingan pemuliharaan terumbu karang. Di dalam kampus pula, UMT menempatkan makmal marin, simulator kapal, hatchery akuakultur dan galeri warisan digital yang membuka ruang untuk orang ramai melihat sendiri peranan ilmu dalam kehidupan seharian. Sejak menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Tourism Malaysia pada 17 November 2021, UMT telah membuktikan keupayaannya memperkasakan edu-tourism melalui inisiatif penyelidikan bersama dan pembelajaran berasaskan komuniti. Antara program yang dilaksanakan termasuk Turtle Lab, SEATRU Volunteer, Bengkel Coral Restoration serta aktiviti DiveHeart Adaptive Diver Hero. Program-program ini dijalankan di stesen penyelidikan UMT di Pulau Bidong, Chagar Hutang, Tasik Kenyir dan Setiu Wetland. Semua inisiatif ini memperkukuh pendekatan ilmiah dan praktikal dalam penyampaian edu-tourism, menjadikan UMT institusi yang benar-benar komited merealisasikan agenda ini. Kekuatan aset-aset dan pengalaman ini membolehkan edu-tourism berkembang sebagai segmen pelancongan yang berbeza dengan pelancongan massa. Ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi mendidik dan meningkatkan kesedaran. Melalui pengalaman ini, masyarakat dapat memahami nilai sebenar khazanah alam, pelajar dapat berinteraksi dengan komuniti dan pelancong pula membawa pulang ilmu serta penghargaan lebih mendalam terhadap destinasi yang dilawati. Selain memberi pengalaman unik kepada pelancong, edu-tourism turut menyumbang manfaat kepada komuniti tempatan. Penduduk setempat boleh terlibat sebagai pemandu pelancong, pengusaha penginapan, penyedia makanan tradisional dan pelbagai aktiviti sokongan lain. Secara tidak langsung, ia membuka peluang ekonomi baharu yang selaras dengan prinsip pelancongan lestari. Pada masa sama, edu-tourism dapat menarik pelancong berkualiti yang lebih menghargai ilmu berbanding hiburan semata-mata, sekali gus menyokong usaha Malaysia memposisikan diri sebagai destinasi pelancongan bertanggungjawab di peringkat antarabangsa. UMT berada pada kedudukan yang kukuh untuk menerajui pembangunan edu-tourism ini. Dengan reputasi sebagai pusat kecemerlangan ilmu maritim dan biodiversiti, universiti ini mampu memastikan konsep edu-tourism dibangunkan secara ilmiah, lestari dan berteraskan nilai pendidikan. Pendekatan ini menjadikan edu-tourism lebih daripada sekadar tarikan pelancongan, tetapi juga sebuah wadah untuk membentuk masyarakat yang celik ilmu, peka terhadap isu alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan negara. Masa depan edu-tourism di Pantai Timur dilihat cerah dengan adanya asas kukuh yang dibina oleh UMT. Apa yang diperlukan kini adalah kesedaran bersama bahawa pelancongan boleh menjadi platform pendidikan dan pemuliharaan, bukan hanya hiburan semata-mata. Jika digerakkan secara bersepadu, edu-tourism berpotensi besar untuk membawa transformasi, bukan sahaja kepada sektor pelancongan, tetapi juga kepada pembangunan sosial dan imej Malaysia di persada antarabangsa. ![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/09/UMt2-scaled-e1757291439123-150x150.jpg)**Mohd Ruhaifi Alias** **Timbalan Pengarah** **Pusat Ihsan UMT** **Universiti Malaysia Terengganu** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Shard13 (laksa)
Root Hash14904111084155720813
Unparsed URLcom,malaysiagazette!/2025/09/08/umt-pacu-edu-tourism-di-pantai-timur/ s443