šŸ•·ļø Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 13 (from laksa075)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ā„¹ļø Skipped - page is already crawled

šŸ“„
INDEXABLE
āœ…
CRAWLED
7 days ago
šŸ¤–
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/
Last Crawled2026-04-11 16:17:44 (7 days ago)
First Indexed2022-10-01 04:41:42 (3 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleMendaki untuk kesihatan fizikal dan mental
Meta DescriptionJika mendaki ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, pendaki akan berpeluang menemui ribuan spesies flora dan fauna selain melihat keunikan puncak pinnacles yang terdiri daripada batuan semula jadi yang juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
PANDEMIK Covid-19 sememangnya telah memberi impak besar kepada corak kehidupan serta sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Antara yang menjadi kebimbangan ialah tahap kesihatan mental. Impak pasca covid menyaksikan banyak rakyat kehilangan pekerjaan semasa pandemik. Ia telah memberi kesan kepada ekonomi sesebuah institusi kekeluargaan serta menyebabkan berlakunya tekanan perasaan. Memetik satu laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan kes bunuh diri sebanyak 3.5 peratus berpunca daripada tekanan yang dilaporkan berlaku pada tahun 2020 berbanding 2019. Turut membimbangkan, ada juga rakyat yang menghadapi gejala kemurungan dan gemuruh apabila berada dalam keadaan tertekan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menangani gelaja ini. Antaranya melakukan aktiviti luar serta mengamalkan gaya hidup sihat. Kajian daripada Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Professor Kenneth R. Fox pada tahun 1999 mendapati bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja menambahkan kecergasan tubuh badan, malah latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal dan mendaki gunung mampu memberi mood atau emosi positif. Salah satu aktiviti yang sering menjadi minat rakyat Malaysia pada era pasca covid adalah aktiviti pendakian. Aktiviti ini semakin menjadi pilihan tidak mengira peringkat umur. Majoriti masyarakat kita menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta sebagai kaedah untuk mengawal berat badan. Namun begitu, aktiviti ini bukan sekadar meningkatkan kesihatan fizikal malah juga mempunyai manfaat lain. Dikategorikan sebagai salah satu aktiviti sukan dan senaman, aktiviti mendaki turut membantu pendaki meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental serta fizikal para pendaki. Perjalanan pendakian amat membantu pendaki membina ketahanan dan meningkatkan tahap kardio individu. Kepelbagaian trek dan trail turut membantu pendaki untuk meningkatkan kestabilan serta keseimbangan badan terutama apabila berjalan di trek yang berbatu-batu, sempit serta dipenuhi akar-akar kayu yang berselirat. Pendaki perlu sentiasa berhati-hati agar mampu mengawal keseimbangan badan masing-masing. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat membantu individu tersebut untuk lebih fokus dan cakna kepada keadaan persekitaran. Aktiviti pendakian turut membantu pembakaran kalori individu. Walaupun senaman lain juga membantu pembakaran kalori, namun aktiviti pendakian ini membakar kalori lebih banyak berbanding senaman pertengahan yang lain. Lemak yang tersimpan dalam badan manusia akan digunakan sepanjang tempoh pendakian terutama untuk pendakian yang mempunyai tempoh masa panjang. Walau bagaimanapun, pembakaran ini adalah berdasarkan tempoh masa dan jenis pendakian yang yang dijalankan. Sebagai contoh, sumber daripada Division of Nutrition, Physical Activity and Obesity, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion menyatakan secara puratanya mendaki dapat membakar kira-kira 350 hingga 400 kalori untuk tempoh satu jam, manakala hanya 250 hingga 300 kalori sahaja dibakar dengan aktiviti berjalan kaki. Ketiga, selain kebaikan fizikal yang terzahir, salah satu kebaikan utama mendaki adalah kita akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi yang penuh dengan flora dan fauna serta udara yang segar. Sepanjang pendakian, sekiranya bertuah pendaki akan disajikan dengan pelbagai spesies flora yang unik seperti spesies orkid dan periuk kera dan mungkin akan terserempak dengan spesies fauna yang jarang ditemui selain di kawasan hutan. Pelbagai keindahan dan keunikan juga dapat ditemui dan ianya berbeza mengikut trek, laluan dan hutan yang didaki. Sebagai contoh, dengan mendaki ke Gunung Tahan, pendaki disajikan dengan beberapa laluan sungai yang jernih dan mendamaikan serta keindahan kepulan awan di atas puncaknya. Jika cuaca cerah, pendaki juga dapat menyaksikan keindahan matahari terbit serta matahari terbenam. Selain itu, jika mendaki ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, pendaki akan berpeluang menemui ribuan spesies flora dan fauna selain melihat keunikan puncak pinnacles yang terdiri daripada batuan semula jadi yang juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Keempat, dengan pendedahan kepada alam sekitar yang alami, secara tidak langsung ia membantu kita mengurangkan tekanan harian, mengosongkan minda serta boleh membuat kita gembira. Satu kajian daripada Dr. Emily Holmes pada 2020 yang dilaporkan di Lancet Psychiatry mendapati bahawa pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada kesihatan mental serta memberi impak tekanan dan trauma serta kemurungan dan kebimbangan. Selain itu, satu laporan kajian yang dijalankan oleh Dr. Hemavathi pada 2020 juga mendapati bahawa penjarakan fizikal yang dilaksanakan sepanjang Covid-19 telah memaksa individu untuk tinggal di rumah dalam jangka masa panjang dan tekanan akan wujud jika suasana di rumah tersebut tidak kondusif dan tidak sihat. Oleh kerana itu, amatlah bermanfaat sekiranya ada aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki dapat dilakukan bagi membantu mengurangkan tekanan. Soroton kajian lepas oleh Thompson Coon pada 2011 di dalam Environmental Science Technology melaporkan bahawa melakukan aktiviti luar dan fizikal meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seperti mengurangkan tekanan, kekeliruan dan kemarahan.Ā Selain itu, menurut kajian daripada Standford University pada tahun 2015, mendaki mampu meningkatkan kegembiraan, mengurangkan kebimbangan serta mengurangkan kadar tekanan. Kajian yang telah dipaparkan di Proceedings of the National Academy of Science menyatakan berjalan selama 90 minit di persekitaran semula jadi amatlah membantu meningkatkan kesihatan mental, serta membantu menangani masalah kemurungan dan tekanan. Mendaki dengan rakan juga membolehkan kita membina rangkaian sosial serta berinteraksi dengan dunia luar. Ini amat membantu kita menyegarkan diri dengan bertemu rakan pendaki serta berkongsi pengalaman baharu selain membina memori bersama, serta lari seketika daripada rutin harian kita. Sememangnya aktiviti mendaki ini amat bersesuaian kepada mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti fizikal di luar selain dapat menikmati keindahan dan kehijauan jejak pendakian yang mampu menyegarkan minda pendaki. Sebagai permulaan, bolehlah mencuba trail yang mudah dan ringkas dahulu untuk membiasakan diri dengan aktiviti pendakian. Setelah semakin mahir dan berpengalaman, pendaki boleh melakukan pendakian di jejak yang lebih sederhana dan sukar pula. Penulis berharap dengan melakukan aktiviti pendakian, pendaki dapat menikmati manfaat yang dinyatakan demi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental masing-masing. Oleh: Munirah Mohd Yusof Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Markdown
- [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) Saturday, April 11, 2026 - [Sign In](https://malaysiagazette.com/wp-admin/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png) MalaysiaGazette](https://malaysiagazette.com/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) - [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [![WhatsApp-Image-2026-04-10-at-9](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-10-at-9.32.07-AM-1-180x135.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tahanan-pakistan-bolos-polis-perketat-kawalan-sempadan-negara/ "Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara") ### [Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tahanan-pakistan-bolos-polis-perketat-kawalan-sempadan-negara/ "Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara") [![MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/10/MGF27092021_LOGO-SPRM03-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/skandal-urus-niaga-saham-sprm-kesan-aliran-dana-luar-negara/ "Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara") ### [Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/skandal-urus-niaga-saham-sprm-kesan-aliran-dana-luar-negara/ "Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara") [![MGP09042026\_MAHKAMAH-AMPANG-2-1-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGP09042026_MAHKAMAH-AMPANG-2-1-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kes-amang-seks-rumah-kebajikan-nancy-saran-ibu-bapa-tak-puas-hati-fail-rayuan/ "Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan") ### [Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/kes-amang-seks-rumah-kebajikan-nancy-saran-ibu-bapa-tak-puas-hati-fail-rayuan/ "Kes amang seks rumah kebajikan: Nancy saran ibu bapa tak puas hati fail rayuan") [![WhatsApp-Image-2026-04-11-at-4](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-11-at-4.56.19-PM-180x135.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/pertikaian-wanita-dalam-berjihad-perlu-diperjelas-oleh-institusi-agama/ "Pertikaian wanita dalam berjihad perlu diperjelas oleh institusi agama") ### [Pertikaian wanita dalam berjihad perlu diperjelas oleh institusi agama](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/pertikaian-wanita-dalam-berjihad-perlu-diperjelas-oleh-institusi-agama/ "Pertikaian wanita dalam berjihad perlu diperjelas oleh institusi agama") [![8e788a933068ae1a94dc9e92301aaf7e69d9fe382422c-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/8e788a933068ae1a94dc9e92301aaf7e69d9fe382422c-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/anwar-arah-tindakan-segera-tangani-prasarana-daif-sk-balaban-jaya/ "Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya") ### [Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/anwar-arah-tindakan-segera-tangani-prasarana-daif-sk-balaban-jaya/ "Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya") - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) [Home](https://malaysiagazette.com/) [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/ "Papar semua artikel dalam Pendapat") Mendaki untuk kesihatan fizikal dan mental - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) # Mendaki untuk kesihatan fizikal dan mental Oleh [admin](https://malaysiagazette.com/author/admin/) \- 1 October 2022 ![1-3-681x383](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2022/10/1-3-681x383.jpg) Kepuasan mendaki apabila dapat menikmati pemandangan indah. Gambar hiasan **PANDEMIK** Covid-19 sememangnya telah memberi impak besar kepada corak kehidupan serta sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Antara yang menjadi kebimbangan ialah tahap kesihatan mental. Impak pasca covid menyaksikan banyak rakyat kehilangan pekerjaan semasa pandemik. Ia telah memberi kesan kepada ekonomi sesebuah institusi kekeluargaan serta menyebabkan berlakunya tekanan perasaan. Memetik satu laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan kes bunuh diri sebanyak 3.5 peratus berpunca daripada tekanan yang dilaporkan berlaku pada tahun 2020 berbanding 2019. Turut membimbangkan, ada juga rakyat yang menghadapi gejala kemurungan dan gemuruh apabila berada dalam keadaan tertekan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menangani gelaja ini. Antaranya melakukan aktiviti luar serta mengamalkan gaya hidup sihat. Kajian daripada Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Professor Kenneth R. Fox pada tahun 1999 mendapati bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja menambahkan kecergasan tubuh badan, malah latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal dan mendaki gunung mampu memberi mood atau emosi positif. Salah satu aktiviti yang sering menjadi minat rakyat Malaysia pada era pasca covid adalah aktiviti pendakian. Aktiviti ini semakin menjadi pilihan tidak mengira peringkat umur. Majoriti masyarakat kita menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta sebagai kaedah untuk mengawal berat badan. Namun begitu, aktiviti ini bukan sekadar meningkatkan kesihatan fizikal malah juga mempunyai manfaat lain. Dikategorikan sebagai salah satu aktiviti sukan dan senaman, aktiviti mendaki turut membantu pendaki meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental serta fizikal para pendaki. Perjalanan pendakian amat membantu pendaki membina ketahanan dan meningkatkan tahap kardio individu. Kepelbagaian trek dan trail turut membantu pendaki untuk meningkatkan kestabilan serta keseimbangan badan terutama apabila berjalan di trek yang berbatu-batu, sempit serta dipenuhi akar-akar kayu yang berselirat. Pendaki perlu sentiasa berhati-hati agar mampu mengawal keseimbangan badan masing-masing. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat membantu individu tersebut untuk lebih fokus dan cakna kepada keadaan persekitaran. Aktiviti pendakian turut membantu pembakaran kalori individu. Walaupun senaman lain juga membantu pembakaran kalori, namun aktiviti pendakian ini membakar kalori lebih banyak berbanding senaman pertengahan yang lain. Lemak yang tersimpan dalam badan manusia akan digunakan sepanjang tempoh pendakian terutama untuk pendakian yang mempunyai tempoh masa panjang. Walau bagaimanapun, pembakaran ini adalah berdasarkan tempoh masa dan jenis pendakian yang yang dijalankan. Sebagai contoh, sumber daripada *Division of Nutrition, Physical Activity and Obesity, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion* menyatakan secara puratanya mendaki dapat membakar kira-kira 350 hingga 400 kalori untuk tempoh satu jam, manakala hanya 250 hingga 300 kalori sahaja dibakar dengan aktiviti berjalan kaki. Ketiga, selain kebaikan fizikal yang terzahir, salah satu kebaikan utama mendaki adalah kita akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi yang penuh dengan flora dan fauna serta udara yang segar. Sepanjang pendakian, sekiranya bertuah pendaki akan disajikan dengan pelbagai spesies flora yang unik seperti spesies orkid dan periuk kera dan mungkin akan terserempak dengan spesies fauna yang jarang ditemui selain di kawasan hutan. Pelbagai keindahan dan keunikan juga dapat ditemui dan ianya berbeza mengikut trek, laluan dan hutan yang didaki. Sebagai contoh, dengan mendaki ke Gunung Tahan, pendaki disajikan dengan beberapa laluan sungai yang jernih dan mendamaikan serta keindahan kepulan awan di atas puncaknya. Jika cuaca cerah, pendaki juga dapat menyaksikan keindahan matahari terbit serta matahari terbenam. Selain itu, jika mendaki ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, pendaki akan berpeluang menemui ribuan spesies flora dan fauna selain melihat keunikan puncak pinnacles yang terdiri daripada batuan semula jadi yang juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Keempat, dengan pendedahan kepada alam sekitar yang alami, secara tidak langsung ia membantu kita mengurangkan tekanan harian, mengosongkan minda serta boleh membuat kita gembira. Satu kajian daripada Dr. Emily Holmes pada 2020 yang dilaporkan di Lancet Psychiatry mendapati bahawa pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada kesihatan mental serta memberi impak tekanan dan trauma serta kemurungan dan kebimbangan. Selain itu, satu laporan kajian yang dijalankan oleh Dr. Hemavathi pada 2020 juga mendapati bahawa penjarakan fizikal yang dilaksanakan sepanjang Covid-19 telah memaksa individu untuk tinggal di rumah dalam jangka masa panjang dan tekanan akan wujud jika suasana di rumah tersebut tidak kondusif dan tidak sihat. Oleh kerana itu, amatlah bermanfaat sekiranya ada aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki dapat dilakukan bagi membantu mengurangkan tekanan. Soroton kajian lepas oleh Thompson Coon pada 2011 di dalam *Environmental Science Technology* melaporkan bahawa melakukan aktiviti luar dan fizikal meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seperti mengurangkan tekanan, kekeliruan dan kemarahan. Selain itu, menurut kajian daripada Standford University pada tahun 2015, mendaki mampu meningkatkan kegembiraan, mengurangkan kebimbangan serta mengurangkan kadar tekanan. Kajian yang telah dipaparkan di *Proceedings of the National Academy of Science* menyatakan berjalan selama 90 minit di persekitaran semula jadi amatlah membantu meningkatkan kesihatan mental, serta membantu menangani masalah kemurungan dan tekanan. Mendaki dengan rakan juga membolehkan kita membina rangkaian sosial serta berinteraksi dengan dunia luar. Ini amat membantu kita menyegarkan diri dengan bertemu rakan pendaki serta berkongsi pengalaman baharu selain membina memori bersama, serta lari seketika daripada rutin harian kita. Sememangnya aktiviti mendaki ini amat bersesuaian kepada mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti fizikal di luar selain dapat menikmati keindahan dan kehijauan jejak pendakian yang mampu menyegarkan minda pendaki. Sebagai permulaan, bolehlah mencuba trail yang mudah dan ringkas dahulu untuk membiasakan diri dengan aktiviti pendakian. Setelah semakin mahir dan berpengalaman, pendaki boleh melakukan pendakian di jejak yang lebih sederhana dan sukar pula. Penulis berharap dengan melakukan aktiviti pendakian, pendaki dapat menikmati manfaat yang dinyatakan demi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental masing-masing. **Oleh: Munirah Mohd Yusof** **Pensyarah Kanan** **Jabatan Kejuruteraan Perisian** **Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat** **Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL ***Facebook :** [Malaysia Gazette](https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/) **X :** [@malaysiagazette](https://x.com/MalaysiaGazette) **Instagram :** [@malaysiagazette](https://www.instagram.com/malaysiagazette/) **Youtube MG :** [MalaysiaGazette TV](https://www.youtube.com/channel/UC-zwAo_0PsviX7-H71mbHYg) **Youtube MGFlash :** [MG Flash](https://www.youtube.com/@MGFlash_TV) **TikTok :** [Malaysia Gazette](https://www.tiktok.com/@malaysiagazette) **Threads :** [Malaysia Gazette](https://www.threads.net/@malaysiagazette) **Whatsapp Channel :** [Malaysia Gazette](https://whatsapp.com/channel/0029Va6DTlLHQbRxCkFpId08) **Telegram :** [Malaysia Gazette](https://t.me/malaysiagazette) **Spotify :** [MG Podcast](https://open.spotify.com/show/7J46o0APE6XrKP6YF1Mim6?si=Rcbk9f7gQK-g8VXY5btfLg)* ### Kongsi: - [Share on Facebook (Opens in new window) Facebook](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=facebook&nb=1) - [Share on X (Opens in new window) X](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=twitter&nb=1) - [Share on Telegram (Opens in new window) Telegram](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=telegram&nb=1) - [Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=jetpack-whatsapp&nb=1) - [Share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=linkedin&nb=1) - [Share on Threads (Opens in new window) Threads](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/?share=threads&nb=1) - Tag - [kesihatan](https://malaysiagazette.com/tag/kesihatan/) - [mendaki](https://malaysiagazette.com/tag/mendaki/) - [Pemandangan](https://malaysiagazette.com/tag/pemandangan/) #### [Artikel Berkaitan](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/)[Lagi artikel dari penulis](https://malaysiagazette.com/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/) [![658170219\_18068094320359276\_5910237783528365608\_n-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/658170219_18068094320359276_5910237783528365608_n-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/persoalan-integriti-konflik-kepentingan-dan-ketelusan-pelaksanaan-madani-mart/ "Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/persoalan-integriti-konflik-kepentingan-dan-ketelusan-pelaksanaan-madani-mart/ "Persoalan integriti, konflik kepentingan dan ketelusan pelaksanaan Madani Mart") [![MGF22032026-RUMAH-TERBUKA-3-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/03/MGF22032026-RUMAH-TERBUKA-3-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/krisis-selat-hormuz-tak-gugat-semangat-syawal/ "Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/krisis-selat-hormuz-tak-gugat-semangat-syawal/ "Krisis ā€˜Selat Hormuz’ tak gugat semangat Syawal") [![Hari-Keselamatan-Internet-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/Hari-Keselamatan-Internet-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/peranan-besar-pempengaruh-bentuk-kesedaran-digital/ "Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital](https://malaysiagazette.com/2026/04/08/peranan-besar-pempengaruh-bentuk-kesedaran-digital/ "Peranan besar pempengaruh bentuk kesedaran digital") [![MGPerak-Microsite-Banner-336x280-1-1024x854-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2023/10/MGPerak-Microsite-Banner-336x280-1-1024x854-1.png)](https://mgperak.com/) #### Artikel Popular [![logo-polis-300x194](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/08/logo-polis-300x194.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/ "Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?") [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) ### [Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/ "Pembantu juruterbang wanita kritikal ditikam?") 10 April 2026 [0](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/pembantu-juruterbang-wanita-kritikal-ditikam/#respond) Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan di Hospital Serdang. [![IMG\_0514-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/IMG_0514-100x75.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minta-derma-untuk-beli-makanan-di-klia-3-warga-asing-tular-ditahan/ "Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular ditahan") ### [Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular...](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minta-derma-untuk-beli-makanan-di-klia-3-warga-asing-tular-ditahan/ "Minta derma untuk beli makanan di KLIA, 3 warga asing tular ditahan") 10 April 2026 [![MGF10042026\_34-INDIVIDU-RUSUHAN-6-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGF10042026_34-INDIVIDU-RUSUHAN-6-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/34-lelaki-didenda-antara-rm2000-dan-rm3000-sertai-rusuhan-di-pusat-hiburan/ "34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat hiburan") ### [34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat...](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/34-lelaki-didenda-antara-rm2000-dan-rm3000-sertai-rusuhan-di-pusat-hiburan/ "34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat hiburan") 10 April 2026 [![668618965\_1490272545798342\_2845026123321077830\_n-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/668618965_1490272545798342_2845026123321077830_n-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minyak-kita-tak-lalu-selat-hormuz-exco-terengganu/ "Minyak kita tak lalu Selat Hormuz – Exco Terengganu") ### [Minyak kita tak lalu Selat Hormuz – Exco Terengganu](https://malaysiagazette.com/2026/04/10/minyak-kita-tak-lalu-selat-hormuz-exco-terengganu/ "Minyak kita tak lalu Selat Hormuz – Exco Terengganu") 10 April 2026 [![Semakan mendapati artikel bertajuk ā€œTransaksi RM500 ribu NexG-Datasonic bayar rasuah kepada Rafizi terbongkar! SPRM digesa siasat skandal Projek Vending Machine RM21.1 jutaā€ masih boleh dibaca umum](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/Semakan-mendapati-artikel-bertajuk-Transaksi-RM500-ribu-NexG-Datasonic-bayar-rasuah-kepada-Rafizi-terbongkar-SPRM-digesa-siasat-skandal-Projek-Vending-Machine-RM21.1-juta-masih-boleh-dibaca-umum-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/blog-dakwa-rafizi-terima-rasuah-rm500000-masih-boleh-diakses-walau-didakwa-sudah-hilang/ "Blog dakwa Rafizi terima rasuah RM500,000 masih boleh diakses walau didakwa sudah hilang") ### [Blog dakwa Rafizi terima rasuah RM500,000 masih boleh diakses walau didakwa...](https://malaysiagazette.com/2026/04/09/blog-dakwa-rafizi-terima-rasuah-rm500000-masih-boleh-diakses-walau-didakwa-sudah-hilang/ "Blog dakwa Rafizi terima rasuah RM500,000 masih boleh diakses walau didakwa sudah hilang") 9 April 2026 [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) KELOPAK ANGGUN SDN. BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa. Hubungi Kami: [\[email protected\] / \[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection#bedbdad7cad1ccfed3dfd2dfc7cdd7dfd9dfc4dbcacadb90ddd1d39e919ed3dfccd5dbcad7d0d9fed3dfd2dfc7cdd7dfd9dfc4dbcacadb90ddd1d39e) #### BERITA TAMBAHAN [![amirudin-e1775918097992-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/amirudin-e1775918097992-100x75.png)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/misi-gsf-2-0-amirudin-mohon-doa-pelepasan-rasmi-ke-gaza-esok/ "Misi GSF 2.0: Amirudin mohon doa, pelepasan rasmi ke Gaza esok") ### [Misi GSF 2.0: Amirudin mohon doa, pelepasan rasmi ke Gaza esok](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/misi-gsf-2-0-amirudin-mohon-doa-pelepasan-rasmi-ke-gaza-esok/ "Misi GSF 2.0: Amirudin mohon doa, pelepasan rasmi ke Gaza esok") 11 April 2026 [![MGF06102025-TUAN-IBRAHIM-3-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/10/MGF06102025-TUAN-IBRAHIM-3-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/pn-pahang-gesa-agihan-peruntukan-adil-jangan-politikkan-kebajikan-rakyat/ "PN Pahang gesa agihan peruntukan adil, jangan politikkan kebajikan rakyat") ### [PN Pahang gesa agihan peruntukan adil, jangan politikkan kebajikan rakyat](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/pn-pahang-gesa-agihan-peruntukan-adil-jangan-politikkan-kebajikan-rakyat/ "PN Pahang gesa agihan peruntukan adil, jangan politikkan kebajikan rakyat") 11 April 2026 [![671389287\_1530349435127694\_4052190076879460893\_n-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/671389287_1530349435127694_4052190076879460893_n-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tfc-calar-rekod-bersih-jdt-di-tempat-lawan/ "TFC calar rekod bersih JDT di tempat lawan") ### [TFC calar rekod bersih JDT di tempat lawan](https://malaysiagazette.com/2026/04/11/tfc-calar-rekod-bersih-jdt-di-tempat-lawan/ "TFC calar rekod bersih JDT di tempat lawan") 11 April 2026 #### KATEGORI POPULAR - [Nasional90501](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Utama29281](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Politik27817](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [MGNews25503](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Ekonomi17922](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia15153](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan12382](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Hubungi Kami](https://malaysiagazette.com/hubungi-kami/) - [Webmail](http://webmail.malaysiagazette.com/) Ā© 2013-2025 MalaysiaGazette, All Rights Reserved
Readable Markdown
**PANDEMIK** Covid-19 sememangnya telah memberi impak besar kepada corak kehidupan serta sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Antara yang menjadi kebimbangan ialah tahap kesihatan mental. Impak pasca covid menyaksikan banyak rakyat kehilangan pekerjaan semasa pandemik. Ia telah memberi kesan kepada ekonomi sesebuah institusi kekeluargaan serta menyebabkan berlakunya tekanan perasaan. Memetik satu laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan kes bunuh diri sebanyak 3.5 peratus berpunca daripada tekanan yang dilaporkan berlaku pada tahun 2020 berbanding 2019. Turut membimbangkan, ada juga rakyat yang menghadapi gejala kemurungan dan gemuruh apabila berada dalam keadaan tertekan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menangani gelaja ini. Antaranya melakukan aktiviti luar serta mengamalkan gaya hidup sihat. Kajian daripada Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Professor Kenneth R. Fox pada tahun 1999 mendapati bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja menambahkan kecergasan tubuh badan, malah latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal dan mendaki gunung mampu memberi mood atau emosi positif. Salah satu aktiviti yang sering menjadi minat rakyat Malaysia pada era pasca covid adalah aktiviti pendakian. Aktiviti ini semakin menjadi pilihan tidak mengira peringkat umur. Majoriti masyarakat kita menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta sebagai kaedah untuk mengawal berat badan. Namun begitu, aktiviti ini bukan sekadar meningkatkan kesihatan fizikal malah juga mempunyai manfaat lain. Dikategorikan sebagai salah satu aktiviti sukan dan senaman, aktiviti mendaki turut membantu pendaki meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental serta fizikal para pendaki. Perjalanan pendakian amat membantu pendaki membina ketahanan dan meningkatkan tahap kardio individu. Kepelbagaian trek dan trail turut membantu pendaki untuk meningkatkan kestabilan serta keseimbangan badan terutama apabila berjalan di trek yang berbatu-batu, sempit serta dipenuhi akar-akar kayu yang berselirat. Pendaki perlu sentiasa berhati-hati agar mampu mengawal keseimbangan badan masing-masing. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat membantu individu tersebut untuk lebih fokus dan cakna kepada keadaan persekitaran. Aktiviti pendakian turut membantu pembakaran kalori individu. Walaupun senaman lain juga membantu pembakaran kalori, namun aktiviti pendakian ini membakar kalori lebih banyak berbanding senaman pertengahan yang lain. Lemak yang tersimpan dalam badan manusia akan digunakan sepanjang tempoh pendakian terutama untuk pendakian yang mempunyai tempoh masa panjang. Walau bagaimanapun, pembakaran ini adalah berdasarkan tempoh masa dan jenis pendakian yang yang dijalankan. Sebagai contoh, sumber daripada *Division of Nutrition, Physical Activity and Obesity, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion* menyatakan secara puratanya mendaki dapat membakar kira-kira 350 hingga 400 kalori untuk tempoh satu jam, manakala hanya 250 hingga 300 kalori sahaja dibakar dengan aktiviti berjalan kaki. Ketiga, selain kebaikan fizikal yang terzahir, salah satu kebaikan utama mendaki adalah kita akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi yang penuh dengan flora dan fauna serta udara yang segar. Sepanjang pendakian, sekiranya bertuah pendaki akan disajikan dengan pelbagai spesies flora yang unik seperti spesies orkid dan periuk kera dan mungkin akan terserempak dengan spesies fauna yang jarang ditemui selain di kawasan hutan. Pelbagai keindahan dan keunikan juga dapat ditemui dan ianya berbeza mengikut trek, laluan dan hutan yang didaki. Sebagai contoh, dengan mendaki ke Gunung Tahan, pendaki disajikan dengan beberapa laluan sungai yang jernih dan mendamaikan serta keindahan kepulan awan di atas puncaknya. Jika cuaca cerah, pendaki juga dapat menyaksikan keindahan matahari terbit serta matahari terbenam. Selain itu, jika mendaki ke Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, pendaki akan berpeluang menemui ribuan spesies flora dan fauna selain melihat keunikan puncak pinnacles yang terdiri daripada batuan semula jadi yang juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Keempat, dengan pendedahan kepada alam sekitar yang alami, secara tidak langsung ia membantu kita mengurangkan tekanan harian, mengosongkan minda serta boleh membuat kita gembira. Satu kajian daripada Dr. Emily Holmes pada 2020 yang dilaporkan di Lancet Psychiatry mendapati bahawa pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada kesihatan mental serta memberi impak tekanan dan trauma serta kemurungan dan kebimbangan. Selain itu, satu laporan kajian yang dijalankan oleh Dr. Hemavathi pada 2020 juga mendapati bahawa penjarakan fizikal yang dilaksanakan sepanjang Covid-19 telah memaksa individu untuk tinggal di rumah dalam jangka masa panjang dan tekanan akan wujud jika suasana di rumah tersebut tidak kondusif dan tidak sihat. Oleh kerana itu, amatlah bermanfaat sekiranya ada aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki dapat dilakukan bagi membantu mengurangkan tekanan. Soroton kajian lepas oleh Thompson Coon pada 2011 di dalam *Environmental Science Technology* melaporkan bahawa melakukan aktiviti luar dan fizikal meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seperti mengurangkan tekanan, kekeliruan dan kemarahan. Selain itu, menurut kajian daripada Standford University pada tahun 2015, mendaki mampu meningkatkan kegembiraan, mengurangkan kebimbangan serta mengurangkan kadar tekanan. Kajian yang telah dipaparkan di *Proceedings of the National Academy of Science* menyatakan berjalan selama 90 minit di persekitaran semula jadi amatlah membantu meningkatkan kesihatan mental, serta membantu menangani masalah kemurungan dan tekanan. Mendaki dengan rakan juga membolehkan kita membina rangkaian sosial serta berinteraksi dengan dunia luar. Ini amat membantu kita menyegarkan diri dengan bertemu rakan pendaki serta berkongsi pengalaman baharu selain membina memori bersama, serta lari seketika daripada rutin harian kita. Sememangnya aktiviti mendaki ini amat bersesuaian kepada mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti fizikal di luar selain dapat menikmati keindahan dan kehijauan jejak pendakian yang mampu menyegarkan minda pendaki. Sebagai permulaan, bolehlah mencuba trail yang mudah dan ringkas dahulu untuk membiasakan diri dengan aktiviti pendakian. Setelah semakin mahir dan berpengalaman, pendaki boleh melakukan pendakian di jejak yang lebih sederhana dan sukar pula. Penulis berharap dengan melakukan aktiviti pendakian, pendaki dapat menikmati manfaat yang dinyatakan demi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental masing-masing. **Oleh: Munirah Mohd Yusof** **Pensyarah Kanan** **Jabatan Kejuruteraan Perisian** **Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat** **Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Shard13 (laksa)
Root Hash14904111084155720813
Unparsed URLcom,malaysiagazette!/2022/10/01/mendaki-untuk-kesihatan-fizikal-dan-mental/ s443