ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.6 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/ |
| Last Crawled | 2026-03-30 03:21:29 (17 days ago) |
| First Indexed | 2021-11-10 08:02:11 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Vaksin Covid-19 negara bakal ada sijil halal |
| Meta Description | Pensijilan halal akan memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin Covid-19 keluaran tempatan. Pensijilan halal akan memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin Covid-19 keluaran tempatan. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | KUALA LUMPUR – Pembangunan vaksin Covid-19 tempatan akan membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pelalian itu akan memiliki nilai tambah berbanding vaksin di negara lain kerana ia dilengkapi pensijilan halal
Beliau berkata, keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin Covid-19 keluaran tempatan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, ia antara lain bakal menjadikan vaksin Covid-19 pertama di dunia yang mempunyai tanda niaga halal yang diterima di seluruh dunia.
“Selain pembabitan NPRA yang memastikan vaksin ini melalui proses sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penyertaan Jakim daripada peringkat awal juga akan memberi kelebihan kepada kita.
“Barang kali kita akan menghasilkan vaksin mempunyai trademark (tanda niaga) halal pertama di dunia dan ini kelebihan kepada kita,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Amzad menambah, penghasilan vaksin berkaitan teknologi mRNA tempatan juga dilaksanakan mengikut perkembangan semasa dan varian baharu.
“Begitu juga vaksin
adenovirus
kalau tak silap saya, vaksin yang aktif dihasilkan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) juga mengikut perkembangan berhubung varian baharu yang berkembang ketika ini,” katanya.
Menjawab soalan asal, Ahmad Amzad berkata, kedua-dua projek vaksin Covid-19 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini berada di peringkat makmal iaitu bukti konsep sebelum kajian praklinikal (haiwan) dilaksanakan.
Katanya, penghasilan vaksin Covid-19 itu akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan NPRA, sebelum dapat digunakan.
“Perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan, terdapat dua syarikat dalam negara sudah mengembangkan kemampuannya sendiri untuk melakukan proses penting dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill & finish vaksin Covid-19.
“Syarikat tersebut ialah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dengan vaksin CoronaVac dan Solution Biologics Sdn Bhd dengan vaksin Cansino.
“Walaupun matlamat ini memerlukan komitmen tinggi semua pihak, dijangka melalui pendekatan ‘whole of nation’, Malaysia akan berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL |
| Markdown | - [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/)
- [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
- [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/)
- [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/)
- [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/)
- [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/)
- [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/)
- [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/)
- [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/)
- [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/)
- [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/)
- [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/)
- [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/)
- [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/)
- [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/)
- [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/)
- [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/)
- [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/)
- [Property](https://malaysiagazette.com/property/)
- [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/)
- [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/)
- [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/)
Monday, March 30, 2026
- [Sign In](https://malaysiagazette.com/wp-admin/)
[ MalaysiaGazette](https://malaysiagazette.com/)
[](https://malaysiagazette.com/) [](https://malaysiagazette.com/)
- [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/)
- [](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/rangka-bayi-reman-4-beranak-teman-lelaki-disambung-3-hari-lagi/ "Rangka bayi: Reman 4 beranak, teman lelaki disambung 3 hari lagi")
### [Rangka bayi: Reman 4 beranak, teman lelaki disambung 3 hari lagi](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/rangka-bayi-reman-4-beranak-teman-lelaki-disambung-3-hari-lagi/ "Rangka bayi: Reman 4 beranak, teman lelaki disambung 3 hari lagi")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/tiada-rampasan-dadah-strawberry-quick-setakat-ini-polis/ "Tiada rampasan dadah strawberry quick setakat ini – Polis")
### [Tiada rampasan dadah strawberry quick setakat ini – Polis](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/tiada-rampasan-dadah-strawberry-quick-setakat-ini-polis/ "Tiada rampasan dadah strawberry quick setakat ini – Polis")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/warga-mesir-disyaki-ugut-bunuh-tuan-rumah-ditahan-polis/ "Warga Mesir disyaki ugut bunuh tuan rumah ditahan polis")
### [Warga Mesir disyaki ugut bunuh tuan rumah ditahan polis](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/warga-mesir-disyaki-ugut-bunuh-tuan-rumah-ditahan-polis/ "Warga Mesir disyaki ugut bunuh tuan rumah ditahan polis")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/lelaki-maut-tercampak-atas-kereta-selepas-dirempuh-pemandu-mabuk/ "Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk")
### [Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/lelaki-maut-tercampak-atas-kereta-selepas-dirempuh-pemandu-mabuk/ "Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/selagi-ada-peluang-saya-akan-terus-lawan-kanser-ini-najmil/ "Selagi ada peluang, saya akan terus lawan kanser ini – Najmil")
### [Selagi ada peluang, saya akan terus lawan kanser ini – Najmil](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/selagi-ada-peluang-saya-akan-terus-lawan-kanser-ini-najmil/ "Selagi ada peluang, saya akan terus lawan kanser ini – Najmil")
- [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
- [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/)
- [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/)
- [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/)
- [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/)
- [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/)
- [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/)
- [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/)
- [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/)
- [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/)
- [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/)
- [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/)
- [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/)
- [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/)
- [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/)
- [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/)
- [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/)
- [Property](https://malaysiagazette.com/property/)
- [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/)
- [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/)
- [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/)
[Home](https://malaysiagazette.com/) [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/ "Papar semua artikel dalam Nasional") Vaksin Covid-19 negara bakal ada sijil halal
- [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
# Vaksin Covid-19 negara bakal ada sijil halal
Oleh
[Wartawan MalaysiaGazette](https://malaysiagazette.com/author/wartawanmg/)
\-
10 November 2021

Ahmad Amzad Hashim
KUALA LUMPUR – Pembangunan vaksin Covid-19 tempatan akan membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pelalian itu akan memiliki nilai tambah berbanding vaksin di negara lain kerana ia dilengkapi pensijilan halal
Beliau berkata, keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin Covid-19 keluaran tempatan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, ia antara lain bakal menjadikan vaksin Covid-19 pertama di dunia yang mempunyai tanda niaga halal yang diterima di seluruh dunia.
“Selain pembabitan NPRA yang memastikan vaksin ini melalui proses sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penyertaan Jakim daripada peringkat awal juga akan memberi kelebihan kepada kita.
“Barang kali kita akan menghasilkan vaksin mempunyai trademark (tanda niaga) halal pertama di dunia dan ini kelebihan kepada kita,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Lumut) berkenaan kelebihan atau perbezaan penghasilan vaksin Covid-19 tempatan bagi menarik perhatian dunia.
Ahmad Amzad menambah, penghasilan vaksin berkaitan teknologi mRNA tempatan juga dilaksanakan mengikut perkembangan semasa dan varian baharu.
“Begitu juga vaksin *adenovirus* kalau tak silap saya, vaksin yang aktif dihasilkan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) juga mengikut perkembangan berhubung varian baharu yang berkembang ketika ini,” katanya.
Menjawab soalan asal, Ahmad Amzad berkata, kedua-dua projek vaksin Covid-19 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini berada di peringkat makmal iaitu bukti konsep sebelum kajian praklinikal (haiwan) dilaksanakan.
Katanya, penghasilan vaksin Covid-19 itu akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan NPRA, sebelum dapat digunakan.
“Perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan, terdapat dua syarikat dalam negara sudah mengembangkan kemampuannya sendiri untuk melakukan proses penting dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill & finish vaksin Covid-19.
“Syarikat tersebut ialah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dengan vaksin CoronaVac dan Solution Biologics Sdn Bhd dengan vaksin Cansino.
“Walaupun matlamat ini memerlukan komitmen tinggi semua pihak, dijangka melalui pendekatan ‘whole of nation’, Malaysia akan berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette
#### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
***Facebook :** [Malaysia Gazette](https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/) **X :** [@malaysiagazette](https://x.com/MalaysiaGazette) **Instagram :** [@malaysiagazette](https://www.instagram.com/malaysiagazette/) **Youtube MG :** [MalaysiaGazette TV](https://www.youtube.com/channel/UC-zwAo_0PsviX7-H71mbHYg) **Youtube MGFlash :** [MG Flash](https://www.youtube.com/@MGFlash_TV) **TikTok :** [Malaysia Gazette](https://www.tiktok.com/@malaysiagazette) **Threads :** [Malaysia Gazette](https://www.threads.net/@malaysiagazette) **Whatsapp Channel :** [Malaysia Gazette](https://whatsapp.com/channel/0029Va6DTlLHQbRxCkFpId08) **Telegram :** [Malaysia Gazette](https://t.me/malaysiagazette) **Spotify :** [MG Podcast](https://open.spotify.com/show/7J46o0APE6XrKP6YF1Mim6?si=Rcbk9f7gQK-g8VXY5btfLg)*
### Kongsi:
- [Share on Facebook (Opens in new window) Facebook](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=facebook)
- [Share on X (Opens in new window) X](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=twitter)
- [Share on Telegram (Opens in new window) Telegram](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=telegram)
- [Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=jetpack-whatsapp)
- [Share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=linkedin)
- [Share on Threads (Opens in new window) Threads](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/?share=threads)
- Tag
- [ada sijil](https://malaysiagazette.com/tag/ada-sijil/)
- [Covid-19](https://malaysiagazette.com/tag/covid-19/)
- [halal](https://malaysiagazette.com/tag/halal/)
- [vaksin](https://malaysiagazette.com/tag/vaksin/)
#### [Artikel Berkaitan](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/)[Lagi artikel dari penulis](https://malaysiagazette.com/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/)
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/dbkl-kaji-lesen-harian-jurugambar-bendung-ulat-foto-di-klcc/ "DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC")
[Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
### [DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/dbkl-kaji-lesen-harian-jurugambar-bendung-ulat-foto-di-klcc/ "DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/kemarau-panjang-punca-air-sungai-kelantan-hijau-paras-air-menurun-pakar/ "Kemarau panjang punca air sungai Kelantan hijau, paras air menurun – Pakar")
[Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
### [Kemarau panjang punca air sungai Kelantan hijau, paras air menurun – Pakar](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/kemarau-panjang-punca-air-sungai-kelantan-hijau-paras-air-menurun-pakar/ "Kemarau panjang punca air sungai Kelantan hijau, paras air menurun – Pakar")
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/perlis-9-daerah-di-kedah-rekod-cuaca-panas-tahap-satu/ "Perlis, 9 daerah di Kedah rekod cuaca panas tahap satu")
[Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
### [Perlis, 9 daerah di Kedah rekod cuaca panas tahap satu](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/perlis-9-daerah-di-kedah-rekod-cuaca-panas-tahap-satu/ "Perlis, 9 daerah di Kedah rekod cuaca panas tahap satu")
[](https://mgperak.com/)
#### Artikel Popular
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/dang-suria-kembali-bergelar-isteri-pilih-bekas-pemain-bola-sepak-kebangsaan/ "Dang Suria kembali bergelar isteri, pilih bekas pemain bola sepak kebangsaan")
[Seni Hidup](https://malaysiagazette.com/category/seni-hidup/)
### [Dang Suria kembali bergelar isteri, pilih bekas pemain bola sepak kebangsaan](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/dang-suria-kembali-bergelar-isteri-pilih-bekas-pemain-bola-sepak-kebangsaan/ "Dang Suria kembali bergelar isteri, pilih bekas pemain bola sepak kebangsaan")
29 March 2026
[0](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/dang-suria-kembali-bergelar-isteri-pilih-bekas-pemain-bola-sepak-kebangsaan/#respond)
Doakan kebahagian ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah ‘off market.
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/lelaki-maut-tercampak-atas-kereta-selepas-dirempuh-pemandu-mabuk/ "Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk")
### [Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/lelaki-maut-tercampak-atas-kereta-selepas-dirempuh-pemandu-mabuk/ "Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk")
29 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/asyraf-akui-kesilapan-mohon-maaf-kepada-fazura/ "Asyraf akui kesilapan, mohon maaf kepada Fazura")
### [Asyraf akui kesilapan, mohon maaf kepada Fazura](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/asyraf-akui-kesilapan-mohon-maaf-kepada-fazura/ "Asyraf akui kesilapan, mohon maaf kepada Fazura")
29 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/28/ribut-petir-hujan-lebat-di-kedah-perak-dan-sarawak-malam-ini/ "Ribut petir, hujan lebat di Kedah, Perak dan Sarawak malam ini")
### [Ribut petir, hujan lebat di Kedah, Perak dan Sarawak malam ini](https://malaysiagazette.com/2026/03/28/ribut-petir-hujan-lebat-di-kedah-perak-dan-sarawak-malam-ini/ "Ribut petir, hujan lebat di Kedah, Perak dan Sarawak malam ini")
28 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/luahan-hati-zizi-kirana-cetus-persoalan-rumah-tangga/ "Luahan hati Zizi Kirana cetus persoalan rumah tangga")
### [Luahan hati Zizi Kirana cetus persoalan rumah tangga](https://malaysiagazette.com/2026/03/29/luahan-hati-zizi-kirana-cetus-persoalan-rumah-tangga/ "Luahan hati Zizi Kirana cetus persoalan rumah tangga")
29 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/)
KELOPAK ANGGUN SDN. BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [\[email protected\] / \[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection#284d4c415c475a6845494449515b41494f49524d5c5c4d064b474508070845495a434d5c41464f6845494449515b41494f49524d5c5c4d064b474508)
#### BERITA TAMBAHAN
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/putra-desak-usir-duta-as-susulan-kenyataan-hina-islam-mgflash/ "Putra Desak Usir Duta AS Susulan Kenyataan Hina Islam #MGFlash")
### [Putra Desak Usir Duta AS Susulan Kenyataan Hina Islam \#MGFlash](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/putra-desak-usir-duta-as-susulan-kenyataan-hina-islam-mgflash/ "Putra Desak Usir Duta AS Susulan Kenyataan Hina Islam #MGFlash")
30 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/israel-halang-kardinal-katolik-masuk-gereja-bagi-meraikan-misa-ahad-palma-mgflash/ "Israel Halang Kardinal Katolik Masuk Gereja Bagi Meraikan Misa Ahad Palma #MGFlash")
### [Israel Halang Kardinal Katolik Masuk Gereja Bagi Meraikan Misa Ahad Palma...](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/israel-halang-kardinal-katolik-masuk-gereja-bagi-meraikan-misa-ahad-palma-mgflash/ "Israel Halang Kardinal Katolik Masuk Gereja Bagi Meraikan Misa Ahad Palma #MGFlash")
30 March 2026
[](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/dbkl-kaji-lesen-harian-jurugambar-bendung-ulat-foto-di-klcc/ "DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC")
### [DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC](https://malaysiagazette.com/2026/03/30/dbkl-kaji-lesen-harian-jurugambar-bendung-ulat-foto-di-klcc/ "DBKL kaji lesen harian jurugambar, bendung ‘ulat foto’ di KLCC")
30 March 2026
#### KATEGORI POPULAR
- [Nasional90013](https://malaysiagazette.com/category/nasional/)
- [Utama29103](https://malaysiagazette.com/category/utama/)
- [Politik27722](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/)
- [MGNews25393](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/)
- [Ekonomi17855](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/)
- [Dunia15082](https://malaysiagazette.com/category/dunia/)
- [Sukan12353](https://malaysiagazette.com/category/sukan/)
- [Hubungi Kami](https://malaysiagazette.com/hubungi-kami/)
- [Webmail](http://webmail.malaysiagazette.com/)
© 2013-2025 MalaysiaGazette, All Rights Reserved |
| Readable Markdown | KUALA LUMPUR – Pembangunan vaksin Covid-19 tempatan akan membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pelalian itu akan memiliki nilai tambah berbanding vaksin di negara lain kerana ia dilengkapi pensijilan halal
Beliau berkata, keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin Covid-19 keluaran tempatan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, ia antara lain bakal menjadikan vaksin Covid-19 pertama di dunia yang mempunyai tanda niaga halal yang diterima di seluruh dunia.
“Selain pembabitan NPRA yang memastikan vaksin ini melalui proses sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penyertaan Jakim daripada peringkat awal juga akan memberi kelebihan kepada kita.
“Barang kali kita akan menghasilkan vaksin mempunyai trademark (tanda niaga) halal pertama di dunia dan ini kelebihan kepada kita,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Amzad menambah, penghasilan vaksin berkaitan teknologi mRNA tempatan juga dilaksanakan mengikut perkembangan semasa dan varian baharu.
“Begitu juga vaksin *adenovirus* kalau tak silap saya, vaksin yang aktif dihasilkan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) juga mengikut perkembangan berhubung varian baharu yang berkembang ketika ini,” katanya.
Menjawab soalan asal, Ahmad Amzad berkata, kedua-dua projek vaksin Covid-19 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini berada di peringkat makmal iaitu bukti konsep sebelum kajian praklinikal (haiwan) dilaksanakan.
Katanya, penghasilan vaksin Covid-19 itu akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan NPRA, sebelum dapat digunakan.
“Perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan, terdapat dua syarikat dalam negara sudah mengembangkan kemampuannya sendiri untuk melakukan proses penting dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill & finish vaksin Covid-19.
“Syarikat tersebut ialah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dengan vaksin CoronaVac dan Solution Biologics Sdn Bhd dengan vaksin Cansino.
“Walaupun matlamat ini memerlukan komitmen tinggi semua pihak, dijangka melalui pendekatan ‘whole of nation’, Malaysia akan berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette
#### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL |
| Shard | 13 (laksa) |
| Root Hash | 14904111084155720813 |
| Unparsed URL | com,malaysiagazette!/2021/11/10/vaksin-covid-19-negara-bakal-ada-sijil-halal/ s443 |