🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 13 (from laksa123)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
7 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/
Last Crawled2026-04-07 11:58:41 (7 days ago)
First Indexed2020-12-22 01:34:23 (5 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleBersama mempertahankan kedaulatan negara
Meta DescriptionSebenarnya kita semua maklum tentang proses kemerdekaan negara. Rakyat negara ini sanggup berkorban dengan darah, keringat dan air mata apabila penjajah mula memfokuskan kepada Tanah Melayu. Ia bermula dengan penjajahan Portugis 1511, diikuti Belanda 1641, British 1824, Jepun 1941 dan British semula 1946. Justeru, rakyat perlu menghargai nikmat sebuah kemerdekaan dan kedaulatan.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
ISU kedaulatan amat penting apabila membincangkan tentang pembangunan negara-bangsa. Kedaulatan berkaitan hak sesebuah negara-bangsa untuk membentuk dasar-dasar kerajaan dalam lingkungan wilayah pemerintahannya semata-mata untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, para pemimpin di sesebuah negara perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Tambahan pula, rempuhan gelombang globalisasi amat menakutkan, terutamanya dalam kalangan Negara-negara Membangun. Maknanya, kedaulatan merupakan suatu realiti, bukan isu retorik. Dalam kerangka kedaulatan pemerintahan negara, ia menggabungkan dua sistem iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen. Sistem raja berperlembagaan berakar umbi daripada sistem kesultanan yang menekankan konsep kedaulatan raja. Justeru, rakyat perlu meletakkan kesetiaan yang tinggi kepada institusi raja. Malah dalam zaman Kesultanan Melaka, terdapat mantera yang menjadi pegangan iaitu meletakkan kesetiaan kepada raja, mendaulatkan raja dan jangan sekali-kali menderhaka kepada raja. Kedaulatan rakyat pula terhasil menerusi sistem demokrasi berparlimen yang mengabsahkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi mula dilaksanakan di Pulau Pinang pada 1951 dan Kuala Lumpur pada 1952. Kemuncaknya rakyat memberi mandat kepada Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Persekutuan pada 27 Julai 1955. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengesahkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka menggabungkan kedaulatan raja dan kedaulatan rakyat. Justeru itu, “raja dan rakyat berpisah tiada” merupakan suatu gagasan kenegaraan yang memancarkan citra kedaulatan negara. Sebenarnya kita semua maklum tentang proses kemerdekaan negara. Rakyat negara ini sanggup berkorban dengan darah, keringat dan air mata apabila penjajah mula memfokuskan kepada Tanah Melayu. Ia bermula dengan penjajahan Portugis 1511, diikuti Belanda 1641, British 1824, Jepun 1941 dan British semula 1946. Justeru, rakyat perlu menghargai nikmat sebuah kemerdekaan dan kedaulatan. Apabila negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan negara berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk mengisi agenda kemerdekaan tanah air. Pantun berikut amat sesuai menggambarkan perjuangan kita bersama. Atas robohan Kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Marilah kita seluruh baka Bangunkan negara warisan pusaka. Dalam konteks ini, rakyat perlu memahami idealisme kenegaraan. Di sinilah rakyat perlu memahami mengapa mereka perlu mempunyai status yang sah sebagai warganegara. Sesungguhnya kewarganegaraan merupakan harga paling mahal bagi seseorang individu, sekali gus menjelaskan hak mereka dalam sesebuah negara. Justeru itulah, Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa setiap orang perlu mempunyai kerakyatan tunggal sebagai tanda kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Pepatah Melayu menyebutkan bahawa “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Persoalannya, mengapakah sesetengah pihak tidak serius menangani lambakan pekerja asing khususnya pekerja tanpa izin. Kita lihat bagaimana Indonesia dan Singapura begitu cekap dan berkesan untuk menangani kehadiran pekerja asing. Pada hemat penulis, kedaulatan negara perlu dizahirkan dengan menyuburkan semangat cinta yang tinggi terhadap negara. Tambahan pula dalam era pandemik COVID-19, rakyat perlu mengukuhkan kesetiaan terhadap negara dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua-dua perlembagaan menatijahkan Sistem Persekutuan yang menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rakyat perlu menginsafi bahawa kemerdekaan dan kedaulatan negara digambarkan menerusi perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, kepimpinan Tun Razak terus dikenang kerana menggerakkan usaha-usaha pembangunan negara-bangsa menerusi pembentukan Rukun Negara 1974. Jelasnya Rukun Negara adalah ideologi negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat, yang membentuk peradaban tinggi dalam pengukuhan sebuah negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat. Sehubungan dengan itu, kesemua pihak perlu menghayati konsep dan gagasan kedaulatan. Ia melibatkan kerangka pentadbiran negara, persempadanan negara, kepimpinan, dasar-dasar, dan kerakyatan. Jelasnya, kedaulatan mempunyai kaitan dengan maruah negara yang mesti dipertahankan oleh seluruh rakyat. Dalam hubungan Malaysia-Singapura misalnya, banyak isu yang telah wujud, tetapi berakhir dengan kemuraman di pihak kita. Isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih (Pedra Branca) dan isu laluan jalan kereta api sehingga ke Tanjung Pagar, menunjukkan Singapura ‘menang’ berbanding Malaysia. Namun begitu, sedikit keceriaan muncul apabila Malaysia mendapat hak kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa The Hague. Dalam isu Pulau Natuna pula, agak menghairankan disebabkan kedudukan geografinya berada dalam wilayah Malaysia, tetapi pentadbirannya di bawah Indonesia. Kesemua ini dijadikan pengajaran berguna bagi sesetengah negara. Indonesia misalnya, negara yang mempunyai ribuan pulau sama ada besar atau kecil, telah mendaftarkan sebagai negara kepulauan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini bermakna Indonesia memastikan kedaulatan negaranya dapat dipertahankan sampai bila-bila. Dalam konteks ini, kita amat berharap kepimpinan negara memikirkan sedalam-dalamnya tentang pengukuhan negara-bangsa. Utamakan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing. Isu kedaulatan amat jelas disebutkan dalam piagam PBB. Menurutnya, “sesebuah negara walau sekecil mana pun keluasan wilayahnya, kedaulatan negara ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri”. Di sinilah konsep negara dan bangsa sangat simbiotik. Perasaan cinta diletakkan di atas sebuah “tanah air” yang berdaulat. Di sinilah rakyat mendahulukan “tanah air” dalam segala bidang kehidupan. Kecintaan ke atas “tanah air” disimbolkan dalam bentuk warna bendera merah dan putih, sebagai lambang perjuangan. Justeru itu, kita akan beremosi, apabila bendera “sang saka merah bangsa” dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Persempadanan negara telah menjadi agenda penting sejak mencapai kemerdekaan. Hal ini disebabkan kedudukan Malaysia yang berada di tengah Asia Tenggara. Justeru, Malaysia mempunyai masalah sempadan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Pada awal tahun 1960-an, misalnya negara berdepan dengan tentangan yang hebat dari Indonesia dan Filipina akibat penubuhan Persekutuan Malaysia. Konfrantasi Malaysia-Indonesia berlaku antara tahun 1962-1965. Negara kita juga berdepan isu Sabah dan Limbang, masing-masing dengan tuntutan Filipina dan Brunei. Malah tuntutan Sulu ke atas Sabah Timur masih berterusan. Dan kini, Malaysia berdepan dengan negara-negara besar terutama China dalam tuntutan ke atas Pulau Spratlys. Pengalaman Perang Indochina pada tahun-tahun 1970-an pula amat ‘mengerikan’ Asia Tenggara. Kesemua ini menuntut kesepaduan rakyat dan pemimpin bagi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Namun begitu, kepimpinan negara berusaha menangani isu sempadan berdasarkan semangat diplomasi dan semangat ASEAN. Kepimpinan negara dengan penuh diplomasi mengadakan rundingan dengan pemimpin negara-negara jiran. Walaupun berdepan dengan cabaran getir, akhirnya Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Pada 1966, perjanjian keamanan ditandatangani oleh negara-negara di Asia Tenggara. Kemuncak kerjasama ini dizahirkan menerusi penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Kerjasama keamanan ASEAN dizahirkan menerusi Deklarasi ZOPFAN pada 27 November 1971 di Kuala Lumpur untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali. Akhirnya, semangat kesatuan ASEAN dizahirkan pada 2015 dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan di Kuala Lumpur. Pada abad-21 ini, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara Membangun termasuk Malaysia. Justeru, kepimpinan negara perlu memastikan bahawa institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digunakan sebaiknya untuk menggubal rang undang-undang atas kepentingan rakyat dan negara. Kepimpinan Malaysia perlu mencontohi negara-negara pengamal demokrasi, di mana mereka menumpukan kepada agenda pembangunan negara setelah tamatnya pilihan raya umum. Maknanya, kita tidak perlu membuang masa untuk berpolitik sepanjang masa. Rakyat pula berasa mual atas tingkah laku penggubal undang-undang yang menjadikan institusi legislatif seperti sarkas atau pentas drama. Kesemuanya ini menunjukkan usaha-usaha mengekalkan kedaulatan negara bermula dari cara dan kaedah kita memimpin dan mentadbir negara. Pada hemat penulis, cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan kedaulatan negara bukan mudah. Ancaman globalisasi sangat menakutkan. Seluruh negara pernah mengalami rasa pilu dan sedih selepas kehilangan dua pesawat MAS MH370 dan MH17. Sampai sekarang, kita hanya berdukacita dan kesedihan, serta menanggung kesan ekonomi yang berpanjangan. Sementara itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua peristiwa tersebut mengambil sikap lepas tangan. Sehubungan dengan itu, kepimpinan negara perlu lebih komited memastikan dasar-dasar kerajaan masa kini mampu mengukuhkan kedaulatan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Kedaulatan negara juga melibatkan bidang ekonomi. Pengalaman negara pada akhir tahun 1990-an amat menakutkan. Serangan mata wang oleh George Sorros menyebabkan nilai mata wang negara-negara tertentu termasuk Malaysia jatuh merudum. Kebanyakan negara terpaksa membuat pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kesannya, kedaulatan ekonomi terjejas kerana pengaruh luar mula campurtangan dalam urusan negara. Namun begitu, Malaysia mengambil pendekatan berbeza untuk tidak mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia. Pengajarannya, era COVID-19 juga menuntut kebijaksanaan pemimpin dalam mengurus ekonomi negara. Paling mustahak, kedaulatan ekonomi negara berada dalam keadaan mampan. Beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Antaranya, kepimpinan negara perlu mengadakan program libatsama yang berterusan dengan agensi-agensi pentadbiran termasuklah Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pelbagai agensi berkaitan. Malah pada suatu ketika, pandangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut diambilkira bagi memastikan kedaulatan negara terjamin. Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa isu keselamatan masih menjadi cabaran utama kepada Malaysia. Pelbagai ancaman dalam dan luar negeri mampu menggugat kedaulatan negara. Justeru, pelbagai institusi penyelidikan dan kajian dasar perlu membuat penyelidikan lanjutan tentang pelbagai dimensi keselamatan negara. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Maritim Malaysia (MIMA), dan Institut Pendidikan Tinggi di seluruh negara boleh mengadakan sinergi dan kolaboratif untuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi. Tujuan utamanya untuk membantu Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai dokumen rasmi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Kemuncaknya, kita dapat wariskan tanah air ini kepada generasi akan datang. Profesor Dr. Kassim Thukiman [email protected] Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Markdown
- [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) Tuesday, April 7, 2026 - [Sign In](https://malaysiagazette.com/wp-admin/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png) MalaysiaGazette](https://malaysiagazette.com/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) - [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [![MGNews-2025-Thumbnail-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGNews-2025-Thumbnail-180x135.jpg)![video](https://malaysiagazette.com/wp-content/themes/Newsmag/images/icons/ico-video-large.png)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/polis-kesan-penunggang-motosikal-lawan-arus-di-lebuhraya-karak/ "Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak") ### [Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/polis-kesan-penunggang-motosikal-lawan-arus-di-lebuhraya-karak/ "Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak") [![BYLINE\_PHOTO-11-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/BYLINE_PHOTO-11-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/gagal-hadir-mahkamah-keluarkan-waran-tangkap-dua-anak-daim/ "Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim") ### [Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/gagal-hadir-mahkamah-keluarkan-waran-tangkap-dua-anak-daim/ "Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim") [![MGF07042026-SPRM-16-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGF07042026-SPRM-16-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/azam-diserang-wakil-ngo-ketika-sampaikan-ucaptama-wacana-ilmiah-perdana/ "Azam ‘diserang’ wakil NGO ketika sampaikan ucaptama Wacana Ilmiah Perdana") ### [Azam ‘diserang’ wakil NGO ketika sampaikan ucaptama Wacana Ilmiah Perdana](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/azam-diserang-wakil-ngo-ketika-sampaikan-ucaptama-wacana-ilmiah-perdana/ "Azam ‘diserang’ wakil NGO ketika sampaikan ucaptama Wacana Ilmiah Perdana") [![MGF15032026\_DZULKEFLY-6-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/03/MGF15032026_DZULKEFLY-6-180x135.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/pelantikan-anak-perempuan-saya-tiada-kena-dengan-isu-nepotisme-dzulkefly/ "Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly") ### [Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/pelantikan-anak-perempuan-saya-tiada-kena-dengan-isu-nepotisme-dzulkefly/ "Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly") [![mati-180x135](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/mati-180x135.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/lelaki-maut-ditetak-dalam-pergaduhan-di-buntong/ "Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Buntong") ### [Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Buntong](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/lelaki-maut-ditetak-dalam-pergaduhan-di-buntong/ "Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Buntong") - [Nasional](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Politik](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [Ekonomi](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Analisis](https://malaysiagazette.com/category/analisis/) - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) - [Rencana](https://malaysiagazette.com/category/rencana/) - [MGTV](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Skop MG](https://malaysiagazette.com/category/skop-mg/) - [Podcast MG](https://malaysiagazette.com/category/podcast-mg/) - [Borak MG](https://malaysiagazette.com/category/borak-mg/) - [Makan Apa Tu?](https://malaysiagazette.com/category/makan-apa-tu/) - [Unfiltered](https://malaysiagazette.com/category/unfiltered/) - [Galeri](https://malaysiagazette.com/category/galeri/) - [Foto Pilihan](https://malaysiagazette.com/category/foto-pilihan/) - [CLASSIFIED](https://malaysiagazette.com/classified/) - [Property](https://malaysiagazette.com/property/) - [Travel & Tours](https://malaysiagazette.com/travel-tours/) - [Jobs](https://malaysiagazette.com/jobs/) - [Quiz](https://malaysiagazette.com/category/classified/quiz/) [Home](https://malaysiagazette.com/) [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/ "Papar semua artikel dalam Pendapat") Bersama mempertahankan kedaulatan negara - [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) # Bersama mempertahankan kedaulatan negara Oleh [admin](https://malaysiagazette.com/author/admin/) \- 22 December 2020 ![MGF18052020\_ISTIADAT-PEMBUKAAN-PARLIMEN13-681x454](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/05/MGF18052020_ISTIADAT-PEMBUKAAN-PARLIMEN13-681x454.jpg) Gambar hiasan **ISU** kedaulatan amat penting apabila membincangkan tentang pembangunan negara-bangsa. Kedaulatan berkaitan hak sesebuah negara-bangsa untuk membentuk dasar-dasar kerajaan dalam lingkungan wilayah pemerintahannya semata-mata untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, para pemimpin di sesebuah negara perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Tambahan pula, rempuhan gelombang globalisasi amat menakutkan, terutamanya dalam kalangan Negara-negara Membangun. Maknanya, kedaulatan merupakan suatu realiti, bukan isu retorik. Dalam kerangka kedaulatan pemerintahan negara, ia menggabungkan dua sistem iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen. Sistem raja berperlembagaan berakar umbi daripada sistem kesultanan yang menekankan konsep kedaulatan raja. Justeru, rakyat perlu meletakkan kesetiaan yang tinggi kepada institusi raja. Malah dalam zaman Kesultanan Melaka, terdapat mantera yang menjadi pegangan iaitu meletakkan kesetiaan kepada raja, mendaulatkan raja dan jangan sekali-kali menderhaka kepada raja. Kedaulatan rakyat pula terhasil menerusi sistem demokrasi berparlimen yang mengabsahkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi mula dilaksanakan di Pulau Pinang pada 1951 dan Kuala Lumpur pada 1952. Kemuncaknya rakyat memberi mandat kepada Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Persekutuan pada 27 Julai 1955. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengesahkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka menggabungkan kedaulatan raja dan kedaulatan rakyat. Justeru itu, “raja dan rakyat berpisah tiada” merupakan suatu gagasan kenegaraan yang memancarkan citra kedaulatan negara. Sebenarnya kita semua maklum tentang proses kemerdekaan negara. Rakyat negara ini sanggup berkorban dengan darah, keringat dan air mata apabila penjajah mula memfokuskan kepada Tanah Melayu. Ia bermula dengan penjajahan Portugis 1511, diikuti Belanda 1641, British 1824, Jepun 1941 dan British semula 1946. Justeru, rakyat perlu menghargai nikmat sebuah kemerdekaan dan kedaulatan. Apabila negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan negara berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk mengisi agenda kemerdekaan tanah air. Pantun berikut amat sesuai menggambarkan perjuangan kita bersama. Atas robohan Kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Marilah kita seluruh baka Bangunkan negara warisan pusaka. Dalam konteks ini, rakyat perlu memahami idealisme kenegaraan. Di sinilah rakyat perlu memahami mengapa mereka perlu mempunyai status yang sah sebagai warganegara. Sesungguhnya kewarganegaraan merupakan harga paling mahal bagi seseorang individu, sekali gus menjelaskan hak mereka dalam sesebuah negara. Justeru itulah, Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa setiap orang perlu mempunyai kerakyatan tunggal sebagai tanda kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Pepatah Melayu menyebutkan bahawa “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Persoalannya, mengapakah sesetengah pihak tidak serius menangani lambakan pekerja asing khususnya pekerja tanpa izin. Kita lihat bagaimana Indonesia dan Singapura begitu cekap dan berkesan untuk menangani kehadiran pekerja asing. Pada hemat penulis, kedaulatan negara perlu dizahirkan dengan menyuburkan semangat cinta yang tinggi terhadap negara. Tambahan pula dalam era pandemik COVID-19, rakyat perlu mengukuhkan kesetiaan terhadap negara dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua-dua perlembagaan menatijahkan Sistem Persekutuan yang menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rakyat perlu menginsafi bahawa kemerdekaan dan kedaulatan negara digambarkan menerusi perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, kepimpinan Tun Razak terus dikenang kerana menggerakkan usaha-usaha pembangunan negara-bangsa menerusi pembentukan Rukun Negara 1974. Jelasnya Rukun Negara adalah ideologi negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat, yang membentuk peradaban tinggi dalam pengukuhan sebuah negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat. Sehubungan dengan itu, kesemua pihak perlu menghayati konsep dan gagasan kedaulatan. Ia melibatkan kerangka pentadbiran negara, persempadanan negara, kepimpinan, dasar-dasar, dan kerakyatan. Jelasnya, kedaulatan mempunyai kaitan dengan maruah negara yang mesti dipertahankan oleh seluruh rakyat. Dalam hubungan Malaysia-Singapura misalnya, banyak isu yang telah wujud, tetapi berakhir dengan kemuraman di pihak kita. Isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih (Pedra Branca) dan isu laluan jalan kereta api sehingga ke Tanjung Pagar, menunjukkan Singapura ‘menang’ berbanding Malaysia. Namun begitu, sedikit keceriaan muncul apabila Malaysia mendapat hak kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa The Hague. Dalam isu Pulau Natuna pula, agak menghairankan disebabkan kedudukan geografinya berada dalam wilayah Malaysia, tetapi pentadbirannya di bawah Indonesia. Kesemua ini dijadikan pengajaran berguna bagi sesetengah negara. Indonesia misalnya, negara yang mempunyai ribuan pulau sama ada besar atau kecil, telah mendaftarkan sebagai negara kepulauan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini bermakna Indonesia memastikan kedaulatan negaranya dapat dipertahankan sampai bila-bila. Dalam konteks ini, kita amat berharap kepimpinan negara memikirkan sedalam-dalamnya tentang pengukuhan negara-bangsa. Utamakan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing. Isu kedaulatan amat jelas disebutkan dalam piagam PBB. Menurutnya, “sesebuah negara walau sekecil mana pun keluasan wilayahnya, kedaulatan negara ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri”. Di sinilah konsep negara dan bangsa sangat simbiotik. Perasaan cinta diletakkan di atas sebuah “tanah air” yang berdaulat. Di sinilah rakyat mendahulukan “tanah air” dalam segala bidang kehidupan. Kecintaan ke atas “tanah air” disimbolkan dalam bentuk warna bendera merah dan putih, sebagai lambang perjuangan. Justeru itu, kita akan beremosi, apabila bendera “sang saka merah bangsa” dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Persempadanan negara telah menjadi agenda penting sejak mencapai kemerdekaan. Hal ini disebabkan kedudukan Malaysia yang berada di tengah Asia Tenggara. Justeru, Malaysia mempunyai masalah sempadan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Pada awal tahun 1960-an, misalnya negara berdepan dengan tentangan yang hebat dari Indonesia dan Filipina akibat penubuhan Persekutuan Malaysia. Konfrantasi Malaysia-Indonesia berlaku antara tahun 1962-1965. Negara kita juga berdepan isu Sabah dan Limbang, masing-masing dengan tuntutan Filipina dan Brunei. Malah tuntutan Sulu ke atas Sabah Timur masih berterusan. Dan kini, Malaysia berdepan dengan negara-negara besar terutama China dalam tuntutan ke atas Pulau Spratlys. Pengalaman Perang Indochina pada tahun-tahun 1970-an pula amat ‘mengerikan’ Asia Tenggara. Kesemua ini menuntut kesepaduan rakyat dan pemimpin bagi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Namun begitu, kepimpinan negara berusaha menangani isu sempadan berdasarkan semangat diplomasi dan semangat ASEAN. Kepimpinan negara dengan penuh diplomasi mengadakan rundingan dengan pemimpin negara-negara jiran. Walaupun berdepan dengan cabaran getir, akhirnya Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Pada 1966, perjanjian keamanan ditandatangani oleh negara-negara di Asia Tenggara. Kemuncak kerjasama ini dizahirkan menerusi penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Kerjasama keamanan ASEAN dizahirkan menerusi Deklarasi ZOPFAN pada 27 November 1971 di Kuala Lumpur untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali. Akhirnya, semangat kesatuan ASEAN dizahirkan pada 2015 dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan di Kuala Lumpur. Pada abad-21 ini, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara Membangun termasuk Malaysia. Justeru, kepimpinan negara perlu memastikan bahawa institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digunakan sebaiknya untuk menggubal rang undang-undang atas kepentingan rakyat dan negara. Kepimpinan Malaysia perlu mencontohi negara-negara pengamal demokrasi, di mana mereka menumpukan kepada agenda pembangunan negara setelah tamatnya pilihan raya umum. Maknanya, kita tidak perlu membuang masa untuk berpolitik sepanjang masa. Rakyat pula berasa mual atas tingkah laku penggubal undang-undang yang menjadikan institusi legislatif seperti sarkas atau pentas drama. Kesemuanya ini menunjukkan usaha-usaha mengekalkan kedaulatan negara bermula dari cara dan kaedah kita memimpin dan mentadbir negara. Pada hemat penulis, cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan kedaulatan negara bukan mudah. Ancaman globalisasi sangat menakutkan. Seluruh negara pernah mengalami rasa pilu dan sedih selepas kehilangan dua pesawat MAS MH370 dan MH17. Sampai sekarang, kita hanya berdukacita dan kesedihan, serta menanggung kesan ekonomi yang berpanjangan. Sementara itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua peristiwa tersebut mengambil sikap lepas tangan. Sehubungan dengan itu, kepimpinan negara perlu lebih komited memastikan dasar-dasar kerajaan masa kini mampu mengukuhkan kedaulatan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Kedaulatan negara juga melibatkan bidang ekonomi. Pengalaman negara pada akhir tahun 1990-an amat menakutkan. Serangan mata wang oleh George Sorros menyebabkan nilai mata wang negara-negara tertentu termasuk Malaysia jatuh merudum. Kebanyakan negara terpaksa membuat pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kesannya, kedaulatan ekonomi terjejas kerana pengaruh luar mula campurtangan dalam urusan negara. Namun begitu, Malaysia mengambil pendekatan berbeza untuk tidak mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia. Pengajarannya, era COVID-19 juga menuntut kebijaksanaan pemimpin dalam mengurus ekonomi negara. Paling mustahak, kedaulatan ekonomi negara berada dalam keadaan mampan. Beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Antaranya, kepimpinan negara perlu mengadakan program libatsama yang berterusan dengan agensi-agensi pentadbiran termasuklah Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pelbagai agensi berkaitan. Malah pada suatu ketika, pandangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut diambilkira bagi memastikan kedaulatan negara terjamin. Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa isu keselamatan masih menjadi cabaran utama kepada Malaysia. Pelbagai ancaman dalam dan luar negeri mampu menggugat kedaulatan negara. Justeru, pelbagai institusi penyelidikan dan kajian dasar perlu membuat penyelidikan lanjutan tentang pelbagai dimensi keselamatan negara. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Maritim Malaysia (MIMA), dan Institut Pendidikan Tinggi di seluruh negara boleh mengadakan sinergi dan kolaboratif untuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi. Tujuan utamanya untuk membantu Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai dokumen rasmi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Kemuncaknya, kita dapat wariskan tanah air ini kepada generasi akan datang. **Profesor Dr. Kassim Thukiman** **[\[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection)** **Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan** **Universiti Teknologi Malaysia** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL ***Facebook :** [Malaysia Gazette](https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/) **X :** [@malaysiagazette](https://x.com/MalaysiaGazette) **Instagram :** [@malaysiagazette](https://www.instagram.com/malaysiagazette/) **Youtube MG :** [MalaysiaGazette TV](https://www.youtube.com/channel/UC-zwAo_0PsviX7-H71mbHYg) **Youtube MGFlash :** [MG Flash](https://www.youtube.com/@MGFlash_TV) **TikTok :** [Malaysia Gazette](https://www.tiktok.com/@malaysiagazette) **Threads :** [Malaysia Gazette](https://www.threads.net/@malaysiagazette) **Whatsapp Channel :** [Malaysia Gazette](https://whatsapp.com/channel/0029Va6DTlLHQbRxCkFpId08) **Telegram :** [Malaysia Gazette](https://t.me/malaysiagazette) **Spotify :** [MG Podcast](https://open.spotify.com/show/7J46o0APE6XrKP6YF1Mim6?si=Rcbk9f7gQK-g8VXY5btfLg)* ### Kongsi: - [Share on Facebook (Opens in new window) Facebook](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=facebook&nb=1) - [Share on X (Opens in new window) X](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=twitter&nb=1) - [Share on Telegram (Opens in new window) Telegram](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=telegram&nb=1) - [Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=jetpack-whatsapp&nb=1) - [Share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=linkedin&nb=1) - [Share on Threads (Opens in new window) Threads](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/?share=threads&nb=1) - Tag - [demokrasi](https://malaysiagazette.com/tag/demokrasi/) - [kedaulatan](https://malaysiagazette.com/tag/kedaulatan/) - [negara](https://malaysiagazette.com/tag/negara/) #### [Artikel Berkaitan](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/)[Lagi artikel dari penulis](https://malaysiagazette.com/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/) [![MGF02052023\_CUACA-PANAS-JEMPOL-NEGERI-SEMBILAN-5-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2023/05/MGF02052023_CUACA-PANAS-JEMPOL-NEGERI-SEMBILAN-5-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/06/krisis-kos-pesawah-banyak-proses-masih-kurang-jawapan/ "Krisis kos pesawah: Banyak proses, masih kurang jawapan") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Krisis kos pesawah: Banyak proses, masih kurang jawapan](https://malaysiagazette.com/2026/04/06/krisis-kos-pesawah-banyak-proses-masih-kurang-jawapan/ "Krisis kos pesawah: Banyak proses, masih kurang jawapan") [![MGF22092023\_SAWAH-PADI-5-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2023/09/MGF22092023_SAWAH-PADI-5-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/04/baja-mahal-himpit-petani/ "Baja mahal himpit petani") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Baja mahal himpit petani](https://malaysiagazette.com/2026/04/04/baja-mahal-himpit-petani/ "Baja mahal himpit petani") [![MGF30032026\_MAUT-MABUK\_06-238x178](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/03/MGF30032026_MAUT-MABUK_06-238x178.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/02/drunk-driving-a-public-health-and-moral-imperative/ "Drunk driving: A public health and moral imperative") [Pendapat](https://malaysiagazette.com/category/pendapat/) ### [Drunk driving: A public health and moral imperative](https://malaysiagazette.com/2026/04/02/drunk-driving-a-public-health-and-moral-imperative/ "Drunk driving: A public health and moral imperative") [![MGPerak-Microsite-Banner-336x280-1-1024x854-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2023/10/MGPerak-Microsite-Banner-336x280-1-1024x854-1.png)](https://mgperak.com/) #### Artikel Popular [![MGF15032026\_DZULKEFLY-6-300x194](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/03/MGF15032026_DZULKEFLY-6-300x194.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/pelantikan-anak-perempuan-saya-tiada-kena-dengan-isu-nepotisme-dzulkefly/ "Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly") [Utama](https://malaysiagazette.com/category/utama/) ### [Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/pelantikan-anak-perempuan-saya-tiada-kena-dengan-isu-nepotisme-dzulkefly/ "Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly") 7 April 2026 [0](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/pelantikan-anak-perempuan-saya-tiada-kena-dengan-isu-nepotisme-dzulkefly/#respond) Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pelantikan anak perempuan sulung Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai pengarah bukan eksekutif dalam sebuah syarikat swasta berkaitan teknologi maklumat (IT), tiada kena dengan isu kronisme atau nepotisme. [![WhatsApp-Image-2026-04-04-at-16](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-04-at-16.35.56-100x75.jpeg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/04/saya-bercerai-kerana-lindungi-anak-anak-daripada-kejahatan-linda-jasmine/ "Saya bercerai kerana lindungi anak-anak daripada kejahatan – Linda Jasmine") ### [Saya bercerai kerana lindungi anak-anak daripada kejahatan – Linda Jasmine](https://malaysiagazette.com/2026/04/04/saya-bercerai-kerana-lindungi-anak-anak-daripada-kejahatan-linda-jasmine/ "Saya bercerai kerana lindungi anak-anak daripada kejahatan – Linda Jasmine") 4 April 2026 [![MGF07102024\_FAZURA-FATTAH-AMIN-30-1-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2024/10/MGF07102024_FAZURA-FATTAH-AMIN-30-1-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/03/fattah-sudah-hilang-sabar-fail-semula-permohonan-ke-atas-fazura-peguam/ "Fattah sudah hilang sabar, fail semula permohonan ke atas Fazura – Peguam") ### [Fattah sudah hilang sabar, fail semula permohonan ke atas Fazura –...](https://malaysiagazette.com/2026/04/03/fattah-sudah-hilang-sabar-fail-semula-permohonan-ke-atas-fazura-peguam/ "Fattah sudah hilang sabar, fail semula permohonan ke atas Fazura – Peguam") 3 April 2026 [![IMG-20260406-WA0067-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/IMG-20260406-WA0067-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/06/wanita-maut-suami-cedera-dalam-nahas-tiga-kenderaan/ "Wanita maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan") ### [Wanita maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan](https://malaysiagazette.com/2026/04/06/wanita-maut-suami-cedera-dalam-nahas-tiga-kenderaan/ "Wanita maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan") 6 April 2026 [![maxresdefault-46-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/maxresdefault-46-100x75.jpg)![video](https://malaysiagazette.com/wp-content/themes/Newsmag/images/icons/video-small.png)](https://malaysiagazette.com/2026/04/05/kecoh-hassan-karim-jerit-ketika-ramanan-serang-rafizi-di-konvensyen-pkr-johor/ "KECOH! Hassan Karim Jerit Ketika Ramanan ‘Serang’ Rafizi di Konvensyen PKR Johor") ### [KECOH! Hassan Karim Jerit Ketika Ramanan ‘Serang’ Rafizi di Konvensyen PKR...](https://malaysiagazette.com/2026/04/05/kecoh-hassan-karim-jerit-ketika-ramanan-serang-rafizi-di-konvensyen-pkr-johor/ "KECOH! Hassan Karim Jerit Ketika Ramanan ‘Serang’ Rafizi di Konvensyen PKR Johor") 5 April 2026 [![MG\_LOGO-300x48-1](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MG_LOGO-300x48-1.png)](https://malaysiagazette.com/) KELOPAK ANGGUN SDN. BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa. Hubungi Kami: [\[email protected\] / \[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection#1d78797469726f5d707c717c646e747c7a7c6778696978337e72703d323d707c6f76786974737a5d707c717c646e747c7a7c6778696978337e72703d) #### BERITA TAMBAHAN [![MGF16042025\_-SYED-BADLI-DAN-ABDUL-MUQIT-9-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGF16042025_-SYED-BADLI-DAN-ABDUL-MUQIT-9-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/desak-pm-gantung-tugas-ramanan-pas-tak-perlu-tunjuk-paling-suci/ "Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci") ### [Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/desak-pm-gantung-tugas-ramanan-pas-tak-perlu-tunjuk-paling-suci/ "Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci") 7 April 2026 [![IMG\_20260407\_192644-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/IMG_20260407_192644-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/perhilitan-rampas-pelbagai-bahagian-harimau-beruang-ular-rm36-8-juta/ "Perhilitan rampas pelbagai bahagian harimau, beruang, ular RM36.8 juta") ### [Perhilitan rampas pelbagai bahagian harimau, beruang, ular RM36.8 juta](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/perhilitan-rampas-pelbagai-bahagian-harimau-beruang-ular-rm36-8-juta/ "Perhilitan rampas pelbagai bahagian harimau, beruang, ular RM36.8 juta") 7 April 2026 [![MGP07042026\_BENIH-AWAN-1-100x75](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2026/04/MGP07042026_BENIH-AWAN-1-100x75.jpg)](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/proses-pembenihan-awan-cuacapanas/ "Proses Pembenihan Awan #CuacaPanas") ### [Proses Pembenihan Awan \#CuacaPanas](https://malaysiagazette.com/2026/04/07/proses-pembenihan-awan-cuacapanas/ "Proses Pembenihan Awan #CuacaPanas") 7 April 2026 #### KATEGORI POPULAR - [Nasional90348](https://malaysiagazette.com/category/nasional/) - [Utama29232](https://malaysiagazette.com/category/utama/) - [Politik27787](https://malaysiagazette.com/category/politik-dup/) - [MGNews25474](https://malaysiagazette.com/category/mgnews/) - [Ekonomi17903](https://malaysiagazette.com/category/ekonomi/) - [Dunia15129](https://malaysiagazette.com/category/dunia/) - [Sukan12370](https://malaysiagazette.com/category/sukan/) - [Hubungi Kami](https://malaysiagazette.com/hubungi-kami/) - [Webmail](http://webmail.malaysiagazette.com/) © 2013-2025 MalaysiaGazette, All Rights Reserved
Readable Markdown
**ISU** kedaulatan amat penting apabila membincangkan tentang pembangunan negara-bangsa. Kedaulatan berkaitan hak sesebuah negara-bangsa untuk membentuk dasar-dasar kerajaan dalam lingkungan wilayah pemerintahannya semata-mata untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, para pemimpin di sesebuah negara perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Tambahan pula, rempuhan gelombang globalisasi amat menakutkan, terutamanya dalam kalangan Negara-negara Membangun. Maknanya, kedaulatan merupakan suatu realiti, bukan isu retorik. Dalam kerangka kedaulatan pemerintahan negara, ia menggabungkan dua sistem iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen. Sistem raja berperlembagaan berakar umbi daripada sistem kesultanan yang menekankan konsep kedaulatan raja. Justeru, rakyat perlu meletakkan kesetiaan yang tinggi kepada institusi raja. Malah dalam zaman Kesultanan Melaka, terdapat mantera yang menjadi pegangan iaitu meletakkan kesetiaan kepada raja, mendaulatkan raja dan jangan sekali-kali menderhaka kepada raja. Kedaulatan rakyat pula terhasil menerusi sistem demokrasi berparlimen yang mengabsahkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi mula dilaksanakan di Pulau Pinang pada 1951 dan Kuala Lumpur pada 1952. Kemuncaknya rakyat memberi mandat kepada Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Persekutuan pada 27 Julai 1955. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengesahkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka menggabungkan kedaulatan raja dan kedaulatan rakyat. Justeru itu, “raja dan rakyat berpisah tiada” merupakan suatu gagasan kenegaraan yang memancarkan citra kedaulatan negara. Sebenarnya kita semua maklum tentang proses kemerdekaan negara. Rakyat negara ini sanggup berkorban dengan darah, keringat dan air mata apabila penjajah mula memfokuskan kepada Tanah Melayu. Ia bermula dengan penjajahan Portugis 1511, diikuti Belanda 1641, British 1824, Jepun 1941 dan British semula 1946. Justeru, rakyat perlu menghargai nikmat sebuah kemerdekaan dan kedaulatan. Apabila negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan negara berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk mengisi agenda kemerdekaan tanah air. Pantun berikut amat sesuai menggambarkan perjuangan kita bersama. Atas robohan Kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Marilah kita seluruh baka Bangunkan negara warisan pusaka. Dalam konteks ini, rakyat perlu memahami idealisme kenegaraan. Di sinilah rakyat perlu memahami mengapa mereka perlu mempunyai status yang sah sebagai warganegara. Sesungguhnya kewarganegaraan merupakan harga paling mahal bagi seseorang individu, sekali gus menjelaskan hak mereka dalam sesebuah negara. Justeru itulah, Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa setiap orang perlu mempunyai kerakyatan tunggal sebagai tanda kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Pepatah Melayu menyebutkan bahawa “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Persoalannya, mengapakah sesetengah pihak tidak serius menangani lambakan pekerja asing khususnya pekerja tanpa izin. Kita lihat bagaimana Indonesia dan Singapura begitu cekap dan berkesan untuk menangani kehadiran pekerja asing. Pada hemat penulis, kedaulatan negara perlu dizahirkan dengan menyuburkan semangat cinta yang tinggi terhadap negara. Tambahan pula dalam era pandemik COVID-19, rakyat perlu mengukuhkan kesetiaan terhadap negara dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua-dua perlembagaan menatijahkan Sistem Persekutuan yang menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rakyat perlu menginsafi bahawa kemerdekaan dan kedaulatan negara digambarkan menerusi perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, kepimpinan Tun Razak terus dikenang kerana menggerakkan usaha-usaha pembangunan negara-bangsa menerusi pembentukan Rukun Negara 1974. Jelasnya Rukun Negara adalah ideologi negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat, yang membentuk peradaban tinggi dalam pengukuhan sebuah negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat. Sehubungan dengan itu, kesemua pihak perlu menghayati konsep dan gagasan kedaulatan. Ia melibatkan kerangka pentadbiran negara, persempadanan negara, kepimpinan, dasar-dasar, dan kerakyatan. Jelasnya, kedaulatan mempunyai kaitan dengan maruah negara yang mesti dipertahankan oleh seluruh rakyat. Dalam hubungan Malaysia-Singapura misalnya, banyak isu yang telah wujud, tetapi berakhir dengan kemuraman di pihak kita. Isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih (Pedra Branca) dan isu laluan jalan kereta api sehingga ke Tanjung Pagar, menunjukkan Singapura ‘menang’ berbanding Malaysia. Namun begitu, sedikit keceriaan muncul apabila Malaysia mendapat hak kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa The Hague. Dalam isu Pulau Natuna pula, agak menghairankan disebabkan kedudukan geografinya berada dalam wilayah Malaysia, tetapi pentadbirannya di bawah Indonesia. Kesemua ini dijadikan pengajaran berguna bagi sesetengah negara. Indonesia misalnya, negara yang mempunyai ribuan pulau sama ada besar atau kecil, telah mendaftarkan sebagai negara kepulauan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini bermakna Indonesia memastikan kedaulatan negaranya dapat dipertahankan sampai bila-bila. Dalam konteks ini, kita amat berharap kepimpinan negara memikirkan sedalam-dalamnya tentang pengukuhan negara-bangsa. Utamakan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing. Isu kedaulatan amat jelas disebutkan dalam piagam PBB. Menurutnya, “sesebuah negara walau sekecil mana pun keluasan wilayahnya, kedaulatan negara ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri”. Di sinilah konsep negara dan bangsa sangat simbiotik. Perasaan cinta diletakkan di atas sebuah “tanah air” yang berdaulat. Di sinilah rakyat mendahulukan “tanah air” dalam segala bidang kehidupan. Kecintaan ke atas “tanah air” disimbolkan dalam bentuk warna bendera merah dan putih, sebagai lambang perjuangan. Justeru itu, kita akan beremosi, apabila bendera “sang saka merah bangsa” dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Persempadanan negara telah menjadi agenda penting sejak mencapai kemerdekaan. Hal ini disebabkan kedudukan Malaysia yang berada di tengah Asia Tenggara. Justeru, Malaysia mempunyai masalah sempadan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Pada awal tahun 1960-an, misalnya negara berdepan dengan tentangan yang hebat dari Indonesia dan Filipina akibat penubuhan Persekutuan Malaysia. Konfrantasi Malaysia-Indonesia berlaku antara tahun 1962-1965. Negara kita juga berdepan isu Sabah dan Limbang, masing-masing dengan tuntutan Filipina dan Brunei. Malah tuntutan Sulu ke atas Sabah Timur masih berterusan. Dan kini, Malaysia berdepan dengan negara-negara besar terutama China dalam tuntutan ke atas Pulau Spratlys. Pengalaman Perang Indochina pada tahun-tahun 1970-an pula amat ‘mengerikan’ Asia Tenggara. Kesemua ini menuntut kesepaduan rakyat dan pemimpin bagi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Namun begitu, kepimpinan negara berusaha menangani isu sempadan berdasarkan semangat diplomasi dan semangat ASEAN. Kepimpinan negara dengan penuh diplomasi mengadakan rundingan dengan pemimpin negara-negara jiran. Walaupun berdepan dengan cabaran getir, akhirnya Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Pada 1966, perjanjian keamanan ditandatangani oleh negara-negara di Asia Tenggara. Kemuncak kerjasama ini dizahirkan menerusi penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Kerjasama keamanan ASEAN dizahirkan menerusi Deklarasi ZOPFAN pada 27 November 1971 di Kuala Lumpur untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali. Akhirnya, semangat kesatuan ASEAN dizahirkan pada 2015 dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan di Kuala Lumpur. Pada abad-21 ini, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara Membangun termasuk Malaysia. Justeru, kepimpinan negara perlu memastikan bahawa institusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digunakan sebaiknya untuk menggubal rang undang-undang atas kepentingan rakyat dan negara. Kepimpinan Malaysia perlu mencontohi negara-negara pengamal demokrasi, di mana mereka menumpukan kepada agenda pembangunan negara setelah tamatnya pilihan raya umum. Maknanya, kita tidak perlu membuang masa untuk berpolitik sepanjang masa. Rakyat pula berasa mual atas tingkah laku penggubal undang-undang yang menjadikan institusi legislatif seperti sarkas atau pentas drama. Kesemuanya ini menunjukkan usaha-usaha mengekalkan kedaulatan negara bermula dari cara dan kaedah kita memimpin dan mentadbir negara. Pada hemat penulis, cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan kedaulatan negara bukan mudah. Ancaman globalisasi sangat menakutkan. Seluruh negara pernah mengalami rasa pilu dan sedih selepas kehilangan dua pesawat MAS MH370 dan MH17. Sampai sekarang, kita hanya berdukacita dan kesedihan, serta menanggung kesan ekonomi yang berpanjangan. Sementara itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua peristiwa tersebut mengambil sikap lepas tangan. Sehubungan dengan itu, kepimpinan negara perlu lebih komited memastikan dasar-dasar kerajaan masa kini mampu mengukuhkan kedaulatan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Kedaulatan negara juga melibatkan bidang ekonomi. Pengalaman negara pada akhir tahun 1990-an amat menakutkan. Serangan mata wang oleh George Sorros menyebabkan nilai mata wang negara-negara tertentu termasuk Malaysia jatuh merudum. Kebanyakan negara terpaksa membuat pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kesannya, kedaulatan ekonomi terjejas kerana pengaruh luar mula campurtangan dalam urusan negara. Namun begitu, Malaysia mengambil pendekatan berbeza untuk tidak mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia. Pengajarannya, era COVID-19 juga menuntut kebijaksanaan pemimpin dalam mengurus ekonomi negara. Paling mustahak, kedaulatan ekonomi negara berada dalam keadaan mampan. Beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Antaranya, kepimpinan negara perlu mengadakan program libatsama yang berterusan dengan agensi-agensi pentadbiran termasuklah Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pelbagai agensi berkaitan. Malah pada suatu ketika, pandangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut diambilkira bagi memastikan kedaulatan negara terjamin. Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa isu keselamatan masih menjadi cabaran utama kepada Malaysia. Pelbagai ancaman dalam dan luar negeri mampu menggugat kedaulatan negara. Justeru, pelbagai institusi penyelidikan dan kajian dasar perlu membuat penyelidikan lanjutan tentang pelbagai dimensi keselamatan negara. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Maritim Malaysia (MIMA), dan Institut Pendidikan Tinggi di seluruh negara boleh mengadakan sinergi dan kolaboratif untuk memperbanyakkan penyelidikan berimpak tinggi. Tujuan utamanya untuk membantu Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai dokumen rasmi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Kemuncaknya, kita dapat wariskan tanah air ini kepada generasi akan datang. **Profesor Dr. Kassim Thukiman** **[\[email protected\]](https://malaysiagazette.com/cdn-cgi/l/email-protection)** **Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan** **Universiti Teknologi Malaysia** #### IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Shard13 (laksa)
Root Hash14904111084155720813
Unparsed URLcom,malaysiagazette!/2020/12/22/bersama-mempertahankan-kedaulatan-negara/ s443