🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 150 (from laksa066)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
10 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://malaysiabangkit.com/pegawai-penyiasat-sprm-diarah-hentikan-siasatan-kes-1mdb/
Last Crawled2026-04-10 04:23:57 (10 days ago)
First Indexed2025-06-03 00:17:41 (10 months ago)
HTTP Status Code200
Meta TitlePegawai penyiasat SPRM diarah hentikan siasatan kes 1MDB - Malaysia Bangkit
Meta DescriptionPegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi, mengatakan dia diarahkan agar tidak meneruskan
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi, mengatakan dia diarahkan agar tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara selepas pelantikan ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu pada Selasa. Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, berkata, arahan tersebut diterima selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016. Menurut laporan Berita Harian itu lagi, saksi pendakwaan ke-49 itu yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan utama, memberitahu, beliau bagaimanapun tida mengingati individu yang mengeluarkan arahan tersebut, namun ada membuat catatan dalam diari siasatan. Ahmad Akram turut menyoal tentang bagaimana perkara itu berkait dengan kes 1MDB. Nur Aida kemudian menjawab; “Ia bagi tujuan melindungi Datuk Seri Najib Razak daripada siasatan dan pendakwaan dalam kes ini.” Dia berkata demikian selepas mahkamah mendengar rakaman perbualan antara Najib, Rosmah dan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazruddin. Laporan tersebut turut menyatakan tentang kandungan perbualan berkaitan kes 1MDB yang disiasat melibatkan laporan polis yang menyatakan wujud konspirasi antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Abu Kasim untuk menggulingkan kerajaan ketika itu dan Najib yang ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Kemudian, Nur Aida berkata, hasil siasatannya, dia tidak menemukan sebarang surat bertulis yang diserahkan Najib kepada Raja Abdullah atau Kerajaan Arab Saudi sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas sebarang pemberian derma seperti didakwa Najib. Bagaimanapun, pihaknya hanya menerima empat salinan surat Arab Saudi berkaitan derma kepada Najib yang mendakwa diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Pihaknya turut tidak menerima surat asal dalam milikan Najib selepas membuat pemeriksaan di Pejabat Perdana Menteri. Terdahulu, Najib berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. Baca juga: Ancaman Hepatitis C bawaan warga asing
Markdown
[Ekonomi](https://malaysiabangkit.com/category/ekonomi/) [Global](https://malaysiabangkit.com/category/global/) [Hiburan](https://malaysiabangkit.com/category/hiburan/) [Jenayah](https://malaysiabangkit.com/category/jenayah/) [Libur](https://malaysiabangkit.com/category/libur/) [Mahkamah](https://malaysiabangkit.com/category/mahkamah/) [Nasional](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/) [Negeri](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/negeri/) [Podcast](https://malaysiabangkit.com/category/podcast/) [Politik](https://malaysiabangkit.com/category/politik/) [Sukan](https://malaysiabangkit.com/category/sukan/) [Tular](https://malaysiabangkit.com/category/tular/) [Ulasan / Rencana](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/ulasan/) [video](https://malaysiabangkit.com/category/video/) [Skip to content](https://malaysiabangkit.com/pegawai-penyiasat-sprm-diarah-hentikan-siasatan-kes-1mdb/#content) [![malaysia bangkit](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/08/Logo-Malaysia-Bangkit-25-01-1024x309.png) ![malaysia bangkit](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/08/Logo-Malaysia-Bangkit-25-03-1024x309.png)](https://malaysiabangkit.com/) [Utama](https://malaysiabangkit.com/) [Ekonomi](https://malaysiabangkit.com/category/ekonomi/) [Global](https://malaysiabangkit.com/category/global/) [Hiburan](https://malaysiabangkit.com/category/hiburan/) [Jenayah](https://malaysiabangkit.com/category/jenayah/) [Libur](https://malaysiabangkit.com/category/libur/) [Mahkamah](https://malaysiabangkit.com/category/mahkamah/) [Nasional](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/) [Negeri](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/negeri/) [Podcast](https://malaysiabangkit.com/category/podcast/) [Politik](https://malaysiabangkit.com/category/politik/) [Sukan](https://malaysiabangkit.com/category/sukan/) [Tular](https://malaysiabangkit.com/category/tular/) [Ulasan / Rencana](https://malaysiabangkit.com/category/nasional/ulasan/) [video](https://malaysiabangkit.com/category/video/) Ikut kami di media sosial # Pegawai penyiasat SPRM diarah hentikan siasatan kes 1MDB - [team media](https://malaysiabangkit.com/author/teammedia/) - [February 13, 2024](https://malaysiabangkit.com/2024/02/13/) - [Mahkamah](https://malaysiabangkit.com/category/mahkamah/) ![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/02/nasrmedia2024-72.png) Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi, mengatakan dia diarahkan agar tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara selepas pelantikan ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu pada Selasa. Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, berkata, arahan tersebut diterima selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016. Menurut laporan Berita Harian itu lagi, saksi pendakwaan ke-49 itu yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan utama, memberitahu, beliau bagaimanapun tida mengingati individu yang mengeluarkan arahan tersebut, namun ada membuat catatan dalam diari siasatan. Ahmad Akram turut menyoal tentang bagaimana perkara itu berkait dengan kes 1MDB. Nur Aida kemudian menjawab; “Ia bagi tujuan melindungi Datuk Seri Najib Razak daripada siasatan dan pendakwaan dalam kes ini.” Dia berkata demikian selepas mahkamah mendengar rakaman perbualan antara Najib, Rosmah dan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazruddin. Laporan tersebut turut menyatakan tentang kandungan perbualan berkaitan kes 1MDB yang disiasat melibatkan laporan polis yang menyatakan wujud konspirasi antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Abu Kasim untuk menggulingkan kerajaan ketika itu dan Najib yang ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Kemudian, Nur Aida berkata, hasil siasatannya, dia tidak menemukan sebarang surat bertulis yang diserahkan Najib kepada Raja Abdullah atau Kerajaan Arab Saudi sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas sebarang pemberian derma seperti didakwa Najib. Bagaimanapun, pihaknya hanya menerima empat salinan surat Arab Saudi berkaitan derma kepada Najib yang mendakwa diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Pihaknya turut tidak menerima surat asal dalam milikan Najib selepas membuat pemeriksaan di Pejabat Perdana Menteri. Terdahulu, Najib berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. Baca juga: > [Ancaman Hepatitis C bawaan warga asing](https://malaysiabangkit.com/2024/02/12/ancaman-hepatitis-c-bawaan-warga-asing/) ## Anda Mungkin Berminat [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/03/komen-facebook-stoking003-1.jpeg)Nak sangat jadi ‘keyboard warrior’, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 permain isu stoking kalimah Allah March 22, 2024](https://malaysiabangkit.com/membuat-parodi-isu-stoking-kalimah-allah-lelaki-dipenjara-6-bulan-dan-denda-rm12000/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/12/3-2.png)Mahkamah Rayuan tolak permintaan Rosmah singkir Hakim September 17, 2025](https://malaysiabangkit.com/mahkamah-rayuan-tolak-permintaan-rosmah-singkir-hakim/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/03/nasrmedia2024-2024-03-05T171456.919-1024x577.png)Dakwa berlaku syiqaq, Adira dan Adnan gagal capai kata sepakat March 5, 2024](https://malaysiabangkit.com/dakwa-berlaku-syiqaq-adira-dan-adnan-gagal-capai-kata-sepakat/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/01/nasrmedia2023-2024-01-12T160203.467-1024x577.png)17 gambar alat sulit lelaki ‘tidak tahu tuan’ dalam telefon Ebit Lew January 12, 2024](https://malaysiabangkit.com/17-gambar-alat-sulit-lelaki-tidak-tahu-tuan-dalam-telefon-ebit-lew/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/09/GAMBAR-PORTAL-2024-09-27T113447.565-1024x576.jpg)PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual September 27, 2024](https://malaysiabangkit.com/pu-azman-didapati-bersalah-atas-dua-pertuduhan-amang-seksual/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2025/05/IMG-20250513-WA0003-1024x577.jpg)Waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori terlibat nahas maut FRU June 24, 2025](https://malaysiabangkit.com/waran-tangkap-terhadap-pemilik-syarikat-lori-terlibat-nahas-maut-fru-dikeluarkan/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2025/07/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-10.58.09-AM-1024x577.jpeg)Dua Suspek Kes Bunuh Penuntut Universiti Swasta Didakwa Hari Ini July 10, 2025](https://malaysiabangkit.com/dua-suspek-kes-bunuh-penuntut-universiti-swasta-didakwa-hari-ini/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/08/WhatsApp-Image-2024-08-22-at-10.47.57-AM.jpeg)Rayuan Yasin Sulaiman ditolak, kekal hukuman penjara seumur hidup August 22, 2024](https://malaysiabangkit.com/rayuan-yassin-sulaiman-ditolak-kekal-hukuman-penjara-seumur-hidup/) [![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2025/08/WhatsApp-Image-2025-08-26-at-10.46.25-AM-1024x577.jpeg)Kubur pelatih PALAPES UTM digali untuk bedah siasat kedua August 26, 2025](https://malaysiabangkit.com/kubur-pelatih-palapes-utm-digali-untuk-bedah-siasat-kedua/) ![malaysia bangkit](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2024/08/Logo-Malaysia-Bangkit-25-02-300x90.png) ## Ikut kami di media sosial:
Readable Markdown
Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi, mengatakan dia diarahkan agar tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara selepas pelantikan ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu pada Selasa. Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, berkata, arahan tersebut diterima selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016. Menurut laporan Berita Harian itu lagi, saksi pendakwaan ke-49 itu yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan utama, memberitahu, beliau bagaimanapun tida mengingati individu yang mengeluarkan arahan tersebut, namun ada membuat catatan dalam diari siasatan. Ahmad Akram turut menyoal tentang bagaimana perkara itu berkait dengan kes 1MDB. Nur Aida kemudian menjawab; “Ia bagi tujuan melindungi Datuk Seri Najib Razak daripada siasatan dan pendakwaan dalam kes ini.” Dia berkata demikian selepas mahkamah mendengar rakaman perbualan antara Najib, Rosmah dan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazruddin. Laporan tersebut turut menyatakan tentang kandungan perbualan berkaitan kes 1MDB yang disiasat melibatkan laporan polis yang menyatakan wujud konspirasi antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Abu Kasim untuk menggulingkan kerajaan ketika itu dan Najib yang ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Kemudian, Nur Aida berkata, hasil siasatannya, dia tidak menemukan sebarang surat bertulis yang diserahkan Najib kepada Raja Abdullah atau Kerajaan Arab Saudi sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas sebarang pemberian derma seperti didakwa Najib. Bagaimanapun, pihaknya hanya menerima empat salinan surat Arab Saudi berkaitan derma kepada Najib yang mendakwa diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Pihaknya turut tidak menerima surat asal dalam milikan Najib selepas membuat pemeriksaan di Pejabat Perdana Menteri. Terdahulu, Najib berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. Baca juga: > [Ancaman Hepatitis C bawaan warga asing](https://malaysiabangkit.com/2024/02/12/ancaman-hepatitis-c-bawaan-warga-asing/)
Shard150 (laksa)
Root Hash13863778143923525550
Unparsed URLcom,malaysiabangkit!/pegawai-penyiasat-sprm-diarah-hentikan-siasatan-kes-1mdb/ s443