ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/ |
| Last Crawled | 2026-04-18 08:25:57 (2 days ago) |
| First Indexed | 2022-10-24 16:04:37 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Tunku Aziz - Campur Tangan Kerajaan Dalam Siasatan 1MDB - Malaysiaaktif |
| Meta Description | PUTRAJAYA:, 5 Ogos -- Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kongsi artikel ini di media sosial:
PUTRAJAYA:, 5 Ogos —
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui wujud campur tangan kerajaan dalam siasatan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Ya, ada campur tangan dan saya rasa ia berlaku pada masa yang tidak sepatutnya.
“Kes ini dikaitkan dengan kebocoran maklumat, di mana penjawat awam tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat kerajaan,” katanya pada bengkel Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini Jumaat.
Menurut Tunku Aziz, beliau tidak menghalang badan penyiasat untuk meminta kerajaan supaya tidak campur tangan dalam siasatan tersebut.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertanya mengenai pendapatnya sama ada wujud campur tangan dalam siasatan kes 1MDB.
Sementara itu, Tunku Abdul Aziz turut memuji tindakan kerajaan pada hari ini yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman sebagaimana yang ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lalu.
“Sekarang anda dapat lihat Malaysia lebih terbuka. Anda dapat melihat orang berhimpun di jalanan.
“Perkara itu tidak akan anda lihat semasa pemerintahan Dr Mahathir,” katanya.
Tunku Abdul Aziz mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan “kekerasan” terhadap sesiapa yang menentang kerajaan.
“Pada zaman Dr Mahathir akan ada meriam air dan polis ketika rusuhan,” katanya.
Justeru, beliau menganggap ketiadaan sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut sebagai satu pencapaian terbaik semasa pentadbiran Najib.
— Mstar |
| Markdown | [Skip to main content](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#ajax-content-wrap)
[Close Search](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/)
[![Malaysiaaktif]()](https://malaysiaaktif.my/)
[search](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#searchbox)
[Menu](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#slide-out-widget-area)
- [Utama](https://malaysiaaktif.my/)
- [Berita Tempatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/)
- [Berita Tengah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-tengah/)
- [Berita Utara](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-utara/)
- [Berita Selatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-selatan/)
- [Berita Timur](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-timur/)
- [Labuan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/labuan/)
- [Sabah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/sabah/)
- [Sarawak](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/sarawak/)
- [Rencana & Pendapat](https://malaysiaaktif.my/category/rencana/)
- [Suara Aktif](https://malaysiaaktif.my/category/suara-aktif/)
- [Infografik](https://malaysiaaktif.my/category/infografik/)
- [Fokus](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/)
- [KIS](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/kis/)
- [SARA](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/sara/)
- [Video](https://malaysiaaktif.my/category/video/)
- [Arkib](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/)
- [Berita Tahun 2025](https://malaysiaaktif.my/2025)
- [Berita Tahun 2024](https://malaysiaaktif.my/2024)
- [Berita Tahun 2023](https://malaysiaaktif.my/2023)
- [Berita Tahun 2022](https://malaysiaaktif.my/2022)
- [Berita Tahun 2021](https://malaysiaaktif.my/2021/)
- [Berita Tahun 2020](https://malaysiaaktif.my/2020/)
- [Berita Tahun 2019](https://malaysiaaktif.my/2019/)
- [search](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#searchbox)


[Ekonomi](https://malaysiaaktif.my/category/economy/)[Home](https://malaysiaaktif.my/category/home/)[Viral](https://malaysiaaktif.my/category/viral/)
# Tunku Aziz — Campur Tangan Kerajaan Dalam Siasatan 1MDB
By [abdulrahman](https://malaysiaaktif.my/author/abdulrahman/ "Posts by abdulrahman")5 September 2015[Tiada komen](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#respond)2 minit bacaan


Kongsi artikel ini di media sosial:
**PUTRAJAYA:, 5 Ogos —** Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui wujud campur tangan kerajaan dalam siasatan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Ya, ada campur tangan dan saya rasa ia berlaku pada masa yang tidak sepatutnya.
“Kes ini dikaitkan dengan kebocoran maklumat, di mana penjawat awam tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat kerajaan,” katanya pada bengkel Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini Jumaat.
Menurut Tunku Aziz, beliau tidak menghalang badan penyiasat untuk meminta kerajaan supaya tidak campur tangan dalam siasatan tersebut.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertanya mengenai pendapatnya sama ada wujud campur tangan dalam siasatan kes 1MDB.
Sementara itu, Tunku Abdul Aziz turut memuji tindakan kerajaan pada hari ini yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman sebagaimana yang ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lalu.
“Sekarang anda dapat lihat Malaysia lebih terbuka. Anda dapat melihat orang berhimpun di jalanan.
“Perkara itu tidak akan anda lihat semasa pemerintahan Dr Mahathir,” katanya.
Tunku Abdul Aziz mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan “kekerasan” terhadap sesiapa yang menentang kerajaan.
“Pada zaman Dr Mahathir akan ada meriam air dan polis ketika rusuhan,” katanya.
Justeru, beliau menganggap ketiadaan sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut sebagai satu pencapaian terbaik semasa pentadbiran Najib.
###### ***— Mstar***
#### TERKINI
- [ Pendekatan Sinergi Lahirkan Kecemerlangan Murid 14 jam yang lalu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/pendekatan-sinergi-lahirkan-kecemerlangan-murid/)
- [ 31 Warga PPDK Maran Sejahtera Terima Bantuan One-Off 15 jam yang lalu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/31-warga-ppdk-maran-sejahtera-terima-bantuan-one-off/)
- [ Jelajah Integriti Siri 45 Tingkatkan Kesedaran Tadbir Urus Bersih Di Sarikei 20 jam yang lalu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/jelajah-integriti-siri-45-tingkatkan-kesedaran-tadbir-urus-bersih-di-sarikei/)
- [ SMK Sri Aman Rangkul Anugerah Emas Pertandingan Science Castle Malaysia 2026 20 jam yang lalu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/smk-sri-aman-rangkul-anugerah-emas-pertandingan-science-castle-malaysia-2026/)
- [ Guru Pendidikan Islam Sri Aman Diseru Jadi Qudwah Hasanah Kepada Murid 20 jam yang lalu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/guru-pendidikan-islam-sri-aman-diseru-jadi-qudwah-hasanah-kepada-murid/)
#### SEDANG TRENDING
- [Kenapa Elaun Petugas Pilihan Raya Lambat Diterima? 2 November 2022](https://malaysiaaktif.my/2022/11/kenapa-elaun-petugas-pilihan-raya-lambat-diterima/)
- [Berapakah Jumlah Wang Deposit Pilihan Raya Yang Perlu Dibayar Untuk Bertanding Bagi Parlimen Dan DUN? 14 Oktober 2022](https://malaysiaaktif.my/2022/10/berapakah-jumlah-wang-deposit-pilihan-raya-yang-perlu-dibayar-untuk-bertanding-bagi-parlimen-dan-dun/)
- [Taman Tema Bertam Resort & Waterpark Tarikan Baharu Kepala Batas 17 November 2022](https://malaysiaaktif.my/2022/11/taman-tema-bertam-resort-waterpark-tarikan-baharu-kepala-batas/)
- [Generasi Muda Pelakar, Penerus Kesinambungan Budaya 29 Mac 2019](https://malaysiaaktif.my/2019/03/generasi-muda-pelakar-penerus-kesinambungan-budaya/)
- [Dari Sekolah ke Dataran: Larian Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk Bangkitkan Jiwa Cinta Negara 27 Julai 2025](https://malaysiaaktif.my/2025/07/dari-sekolah-ke-dataran-larian-merdeka-6-8km-fun-run-walk-bangkitkan-jiwa-cinta-negara/)
- ### Berita SebelumnyaKempen Turun Harga, Beli Barangan Buatan Malaysia
- ### Berita SeterusnyaJurulatih Skuad Kebangsaan Dollah Salleh Berhenti
### Berita Lain
[ ](https://malaysiaaktif.my/2026/04/kerajaan-bersetuju-pertingkat-kadar-adunan-biodiesel-daripada-b10-kepada-b15/)
[Berita Tempatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/)[Berita Tengah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-tengah/)[Home](https://malaysiaaktif.my/category/home/)[Putrajaya](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/putrajaya/) [Kerajaan Bersetuju Pertingkat Kadar Adunan Biodiesel Daripada B10 Kepada B15](https://malaysiaaktif.my/2026/04/kerajaan-bersetuju-pertingkat-kadar-adunan-biodiesel-daripada-b10-kepada-b15/)
### Kerajaan Bersetuju Pertingkat Kadar Adunan Biodiesel Daripada B10 Kepada B15


[abdulrahman](https://malaysiaaktif.my/author/abdulrahman/)3 hari yang lalu
[ ](https://malaysiaaktif.my/2026/04/krisis-tenaga-global-mcmc-buka-42-kertas-siasatan-penyebaran-maklumat-palsu/)
[Berita Tempatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/)[Berita Tengah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-tengah/)[Home](https://malaysiaaktif.my/category/home/)[Putrajaya](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/putrajaya/) [Krisis Tenaga Global: MCMC Buka 42 Kertas Siasatan Penyebaran Maklumat Palsu](https://malaysiaaktif.my/2026/04/krisis-tenaga-global-mcmc-buka-42-kertas-siasatan-penyebaran-maklumat-palsu/)
### Krisis Tenaga Global: MCMC Buka 42 Kertas Siasatan Penyebaran Maklumat Palsu


[abdulrahman](https://malaysiaaktif.my/author/abdulrahman/)8 April 2026
[ ](https://malaysiaaktif.my/2026/04/kerajaan-dalam-peringkat-akhir-teliti-pelaksanaan-dasar-bekerja-dari-rumah/)
[Berita Tempatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/)[Berita Tengah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-tengah/)[Home](https://malaysiaaktif.my/category/home/)[Putrajaya](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/putrajaya/) [Kerajaan Dalam Peringkat Akhir Teliti Pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah](https://malaysiaaktif.my/2026/04/kerajaan-dalam-peringkat-akhir-teliti-pelaksanaan-dasar-bekerja-dari-rumah/)
### Kerajaan Dalam Peringkat Akhir Teliti Pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah


[abdulrahman](https://malaysiaaktif.my/author/abdulrahman/)1 April 2026
### Tinggalkan komen anda [Cancel Reply](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/#respond)
✉️ malaysiaaktif.my\[dot\]gmail.com
#### Jumlah Pengunjung
126,913,930
- [facebook](https://www.facebook.com/malaysiaaktif.official)
- [youtube](https://www.youtube.com/channel/UCfGiKOfzWi90i5EY86tqPEA/videos)
© 2026 MalaysiaAktif.my
[Close Menu](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/)
- [Utama](https://malaysiaaktif.my/)
- [Berita Tempatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/)
- [Berita Tengah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-tengah/)
- [Berita Utara](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-utara/)
- [Berita Selatan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-selatan/)
- [Berita Timur](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/berita-timur/)
- [Labuan](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/labuan/)
- [Sabah](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/sabah/)
- [Sarawak](https://malaysiaaktif.my/category/tempatan/sarawak/)
- [Rencana & Pendapat](https://malaysiaaktif.my/category/rencana/)
- [Suara Aktif](https://malaysiaaktif.my/category/suara-aktif/)
- [Infografik](https://malaysiaaktif.my/category/infografik/)
- [Fokus](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/)
- [KIS](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/kis/)
- [SARA](https://malaysiaaktif.my/category/fokus/sara/)
- [Video](https://malaysiaaktif.my/category/video/)
- [Arkib](https://malaysiaaktif.my/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/)
- [Berita Tahun 2025](https://malaysiaaktif.my/2025)
- [Berita Tahun 2024](https://malaysiaaktif.my/2024)
- [Berita Tahun 2023](https://malaysiaaktif.my/2023)
- [Berita Tahun 2022](https://malaysiaaktif.my/2022)
- [Berita Tahun 2021](https://malaysiaaktif.my/2021/)
- [Berita Tahun 2020](https://malaysiaaktif.my/2020/)
- [Berita Tahun 2019](https://malaysiaaktif.my/2019/)
© 2022 MalaysiaAktif.my |
| Readable Markdown | Kongsi artikel ini di media sosial:
**PUTRAJAYA:, 5 Ogos —** Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui wujud campur tangan kerajaan dalam siasatan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Ya, ada campur tangan dan saya rasa ia berlaku pada masa yang tidak sepatutnya.
“Kes ini dikaitkan dengan kebocoran maklumat, di mana penjawat awam tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat kerajaan,” katanya pada bengkel Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini Jumaat.
Menurut Tunku Aziz, beliau tidak menghalang badan penyiasat untuk meminta kerajaan supaya tidak campur tangan dalam siasatan tersebut.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertanya mengenai pendapatnya sama ada wujud campur tangan dalam siasatan kes 1MDB.
Sementara itu, Tunku Abdul Aziz turut memuji tindakan kerajaan pada hari ini yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman sebagaimana yang ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lalu.
“Sekarang anda dapat lihat Malaysia lebih terbuka. Anda dapat melihat orang berhimpun di jalanan.
“Perkara itu tidak akan anda lihat semasa pemerintahan Dr Mahathir,” katanya.
Tunku Abdul Aziz mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan “kekerasan” terhadap sesiapa yang menentang kerajaan.
“Pada zaman Dr Mahathir akan ada meriam air dan polis ketika rusuhan,” katanya.
Justeru, beliau menganggap ketiadaan sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut sebagai satu pencapaian terbaik semasa pentadbiran Najib.
###### ***— Mstar*** |
| Shard | 91 (laksa) |
| Root Hash | 15827966655566826691 |
| Unparsed URL | my,malaysiaaktif!/2015/09/tunku-abdul-aziz-ada-campur-tangan-kerajaan-dalam-siasatan-1mdb/ s443 |