🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 95 (from laksa162)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
3 months ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH3.3 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://karangan.net/langkah-keamanan-negara/
Last Crawled2025-12-30 19:00:46 (3 months ago)
First Indexed2021-10-28 12:23:02 (4 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleKarangan Cara mengekalkan keamanan Negara
Meta DescriptionMalaysia sentiasa berada dalam situasi yang harmoni dan jarang berlaku ancaman bencana alam atau peperangan. Huraikan langkah untuk mengekalkan keamanan negara.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Kandungan Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara meningkatkan kemampuan ketenteraan Membuat kerjasama yang erat dengan Negara jiran Amalan demokrasi Usaha pembasmian kemiskinan Memerangi gejala sosial Penutup Karangan Keamanan Negara Malaysia sentiasa berada dalam situasi yang harmoni kerana jarang berlaku ancaman bencana alam atau peperangan. Huraikan tindakan dan langkah yang boleh mengekalkan keamanan negara kita. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu. meningkatkan kemampuan ketenteraan Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, Negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi. Membuat kerjasama yang erat dengan Negara jiran Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu mengganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang menggoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi. Contoh Karangan: Kepentingan Perlembagaan Malaysia Amalan demokrasi Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat. Pilihan raya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini. Usaha pembasmian kemiskinan Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan. Memerangi gejala sosial Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat Negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud. Penutup Karangan Keamanan Negara Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selamalamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak. Contoh Karangan: Kerjasama Negara ASEAN
Markdown
[Skip to content](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#content) [Karangan Net Nota KOMSAS, Ujian Lisan, Contoh karangan SPM, STPM dan UASA](https://karangan.net/) - [Home](https://www.karangan.net/) - [Contoh Karangan](https://karangan.net/contoh-karangan/) - [Rangka Karangan](https://karangan.net/category/rangka-karangan/) - [Nota Komsas](https://karangan.net/nota-komsas/) [Karangan Net Nota KOMSAS, Ujian Lisan, Contoh karangan SPM, STPM dan UASA](https://karangan.net/) Navigation Menu Navigation Menu - [Home](https://www.karangan.net/) - [Contoh Karangan](https://karangan.net/contoh-karangan/) - [Rangka Karangan](https://karangan.net/category/rangka-karangan/) - [Nota Komsas](https://karangan.net/nota-komsas/) 🔥 **[Contoh Karangan SPM](https://lihi.cc/sm1dj)** \| **[Topik Penting Ujian Bertutur](https://lihi.cc/UHage)** ⚡️ **[Senarai Nota KOMSAS](https://lihi.cc/iNWfQ)** \| **[Peristiwa Menarik KOMSAS SPM](https://lihi.cc/APWMh)** [KaranganNet](https://karangan.net/) » [Contoh Karangan](https://karangan.net/category/contoh-karangan/) # Karangan Langkah mengekalkan keamanan Negara - [Contoh Karangan](https://karangan.net/category/contoh-karangan/), [SPM](https://karangan.net/category/spm/) - 15/04/2025 ![Karangan Langkah mengekalkan keamanan Negara](https://karangan.net/wp-content/uploads/Langkah-mengekalkan-keamanan-Negara-930x620.jpg) Kandungan - [Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Usaha-usaha_untuk_mengekalkan_keamanan_Negara) - [meningkatkan kemampuan ketenteraan](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#meningkatkan_kemampuan_ketenteraan) - [Membuat kerjasama yang erat dengan Negara jiran](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Membuat_kerjasama_yang_erat_dengan_Negara_jiran) - [Amalan demokrasi](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Amalan_demokrasi) - [Usaha pembasmian kemiskinan](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Usaha_pembasmian_kemiskinan) - [Memerangi gejala sosial](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Memerangi_gejala_sosial) - [Penutup Karangan Keamanan Negara](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/#Penutup_Karangan_Keamanan_Negara) Malaysia sentiasa berada dalam situasi yang harmoni kerana jarang berlaku ancaman bencana alam atau peperangan. Huraikan tindakan dan langkah yang bolehmengekalkan keamanan negara kita. ## Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu. ### meningkatkan kemampuan ketenteraan Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, Negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi. ### Membuat kerjasama yang erat dengan Negara jiran Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu mengganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang menggoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi. Contoh Karangan: [**Kepentingan Perlembagaan Malaysia**](https://karangan.net/kepentingan-perlembagaan-malaysia/) ### Amalan demokrasi Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat. Pilihan raya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini. ### Usaha pembasmian kemiskinan Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan. ### Memerangi gejala sosial Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat Negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud. ### Penutup Karangan Keamanan Negara Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selamalamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak. Contoh Karangan: **[Kerjasama Negara ASEAN](https://karangan.net/contoh-karangan-kerjasama-negara-asean/)** 0 0 votes Article Rating Subscribe 0 Comments Oldest Newest Most Voted Inline Feedbacks View all comments | | | |---|---| | [Senarai Nota KOMSAS](https://karangan.net/nota-komsas/) | [Semakan Keputusan](https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/) | | [Contoh Karangan UPSR](https://karangan.net/category/contoh-karangan/?tag=UPSR) | [Rangka Karangan UPSR](https://karangan.net/category/rangka-karangan/?tag=UPSR) | | [Contoh Karangan PT3](https://karangan.net/category/contoh-karangan/?tag=PT3) | [Rangka Karangan PT3](https://karangan.net/category/rangka-karangan/?tag=PT3) | | [Contoh Karangan SPM](https://karangan.net/category/contoh-karangan/?tag=SPM) | [Rangka Karangan SPM](https://karangan.net/category/rangka-karangan/?tag=SPM) | | [Contoh Karangan STPM](https://karangan.net/category/contoh-karangan/?tag=STPM) | [Rangka Karangan STPM](https://karangan.net/category/rangka-karangan/?tag=STPM) | ## Contoh Karangan yang cemerlang [Karangan Kepentingan Pengurusan Masa](https://karangan.net/kepentingan-pengurusan-masa/) [Kebaikan Pelaksanaan Pendidikan Sivik](https://karangan.net/kebaikan-pelaksanaan-pendidikan-sivik/) [Cara Mengatasi Kes Gangguan Emosi](https://karangan.net/cara-mengatasi-kes-gangguan-emosi/) [Faktor peningkatan kes gangguan emosi](https://karangan.net/faktor-peningkatan-kes-gangguan-emosi/) [Karangan Kebaikan Pembelian atas talian](https://karangan.net/pembelian-atas-talian/) [Cabaran mengekalkan identiti budaya](https://karangan.net/cabaran-mengekalkan-identiti-budaya/) [Kepentingan menjaga data peribadi](https://karangan.net/kepentingan-menjaga-data-peribadi/) [Karangan Kebaikan menyertai kelab persatuan](https://karangan.net/kebaikan-menyertai-kelab-persatuan/) [Kepentingan mengenal pasti minat kerjaya](https://karangan.net/kepentingan-minat-kerjaya/) [Karangan Kesan Pengaruh Selebriti](https://karangan.net/kesan-pengaruh-selebriti/) ## Contoh Karangan Baru [Kepentingan belajar menyelesaikan konflik](https://karangan.net/kepentingan-belajar-menyelesaikan-konflik/) [Cabaran Mengatasi Isu Kenaikan Kos Sara Hidup](https://karangan.net/cabaran-mengatasi-isu-kenaikan-kos-sara-hidup/) [Kesan peningkatan kos sara hidup](https://karangan.net/kesan-peningkatan-kos-sara-hidup/) [Karangan: Punca Tawaran gaji rendah](https://karangan.net/punca-tawaran-gaji-rendah/) [Karangan Kesan Perubahan Iklim Global](https://karangan.net/kesan-perubahan-iklim-global/) [Kesan negatif meniru budaya luar](https://karangan.net/kesan-negatif-meniru-budaya-luar/) [Kepentingan mengamalkan nilai murni](https://karangan.net/kepentingan-mengamalkan-nilai-murni/) [Karangan Kepentingan menguasai kemahiran komunikasi](https://karangan.net/kepentingan-menguasai-kemahiran-komunikasi/) [Langkah mengatasi budaya copy paste](https://karangan.net/langkah-mengatasi-budaya-copy-paste/) [Karangan Keburukan budaya meniru tugasan](https://karangan.net/keburukan-budaya-meniru-tugasan/) Contoh Karangan yang cemerlang? Karangan yang cemerlang harus mempunyai isi-isi yang menarik. Pelajar juga dinasihat untuk menggunakan peribahasa atau ungkapan menarik dalam karangan anda. Semak: [Contoh Karangan](https://karangan.net/contoh-karangan/) [Neve](https://themeisle.com/themes/neve/) \| Powered by [WordPress](http://wordpress.org/) \| [Privacy Policy](https://karangan.net/privacy-policy/) [Neve](https://themeisle.com/themes/neve/) \| Powered by [WordPress](http://wordpress.org/) \| [Privacy Policy](https://karangan.net/privacy-policy/) You cannot copy content of this page wpDiscuz 0 0 Would love your thoughts, please comment.[x](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/) () [x](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/) \| [Reply](https://karangan.net/langkah-keamanan-negara/) Insert
Readable Markdownnull
Shard95 (laksa)
Root Hash4293414616299880695
Unparsed URLnet,karangan!/langkah-keamanan-negara/ s443