ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.2 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://jomurusduit.com/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html |
| Last Crawled | 2026-04-08 07:24:08 (6 days ago) |
| First Indexed | 2018-12-23 07:24:49 (7 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | 3 Perkara Perlu Tahu Tentang Pelaburan Emas | Jom Urus Duit |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Jika dilihat sekarang, trend pelaburan emas mula mendapat perhatian semula sepertimana waktu ‘kegilaan’ pelaburan emas sekitar tahun 2011 dahulu.
Ini kerana, jika dilihat kepada pergerakan carta harga emas, didapati bahawa harga emas sekarang dalam
trend
menaik, dan hampir menyamai harga kemuncak pada 2011 dahulu.
Harga emas sekarang berlegar sekitar RM 170 ke RM 180/gram, yang mana sebelum ini pada 2013 hingga 2015, harga emas berlegar sekitar RM 130 ke RM 150/gram sahaja.
Boleh semak harga emas di sini:
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
Bagi mereka yang konsisten membeli dan menyimpan emas pada tahun-tahun kejatuhan harga emas sebelum ini, pastinya sekarang tersenyum gembira melihat nilai emas yang disimpan mencatatkan keuntungan.
Itulah untungnya ‘istiqamah’ dalam pelaburan emas.
Bagi mereka yang baru nak mulakan pelaburan emas sekarang, pastinya tertanya-tanya, adakah
trend
kenaikan harga emas ini akan terus kekal?
Atau dah pun capai kemuncak, dan akan mula jatuh selepas ini?
Saya tiada jawapan untuk soalan-soalan di atas, tetapi, jika anda ingin memulakan pelaburan emas sekarang, ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian.
1. Harga emas bukan ditentukan permintaan dan tawaran sahaja
Sebelum ini mungkin ramai yang percaya bahawa harga emas ditentukan oleh permintaan dan tawaran
(demand and supply)
sahaja.
Jika permintaan tinggi dan penawaran rendah, harga emas akan melonjak naik, dan begitu juga sebaliknya.
Sebenarnya, ini adalah konsep yang kurang tepat.
Banyak faktor lain yang mempengaruhi harga emas selain faktor permintaan dan tawaran, seperti sentimen pasaran yang lemah, ketidaktentuan ekonomi dan kejadian-kejadian ‘luarbiasa’ seperti perang dan bencana besar.
Semua faktor ini boleh mempengaruhi harga emas walaupun paras permintaan dan tawaran emas adalah normal.
Misalnya, semasa Brexit baru-baru ini, harga emas dunia (dalam US Dollar) meningkat dengan mendadak dalam masa sehari (sehingga 4.7%)
Harga emas juga pernah naik secara mendadak semasa krisis-krisis kewangan yang berlaku sebelum ini, iaitu sehingga 7.7% pada Dot Com Crash 2000 dan 32% pada Global Financial Crisis 2008.
Selain daripada itu, harga emas turut dipengaruhi kestabilan nilai US Dollar; dalam kebanyakan situasi, semakin stabil nilai US Dollar, semakin lemah harga emas.
Oleh itu, sebarang faktor yang memberi kesan ke atas nilai US Dollar, akan turut sama memberi kesan kepada harga emas.
Kesimpulan yang dapat dibuat untuk poin pertama ini adalah oleh kerana harga emas boleh dipengaruhi banyak faktor, maka amat sukar untuk meramal pergerakan harga emas pada masa hadapan.
Boleh sahaja harga emas terus menaik, atau tiba-tiba turun dengan mendadak.
Oleh itu, janganlah mudah percaya jika ada yang kata harga emas akan terus naik dan naik.
2. Emas bukan penyimpan nilai terbaik
Ramai yang terlibat dalam pelaburan emas disebabkan anggapan mereka bahawa emas adalah penyimpan nilai terbaik.
Misalnya, apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran saham, ramai pelabur menukar pelaburan saham mereka kepada emas, dengan harapan emas dapat menyimpan nilai pelaburan mereka.
Malah, orang yang mempromosikan pelaburan emas sering menggunakan terma “emas kalis inflasi” sebagai ungkapan popular untuk menarik orang membeli dan menyimpan emas.
Fakta yang sebenar, walaupun emas adalah penyimpan nilai yang baik, namun emas bukanlah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas tidak kalis inflasi sepenuhnya.
Sepertimana yang dinyatakan dalam poin pertama di atas, harga emas boleh turun naik setiap masa dan dipengaruhi oleh banyak faktor.
Ada masanya harga emas akan naik, dan ada masanya harga emas akan turun malah lebih teruk daripada kenaikan inflasi.
Contohnya, bagi mereka yang membeli dan menyimpan emas pada kemuncak harga pada 2011 dahulu, jika mengikut harga sekarang selepas 5 tahun, nilai emas yang dipegang tersebut masih lebih rendah berbanding semasa di beli dulu.
Tambahan lagi, mengikut kajian, sifat turun naik harga emas
(volatility)
adalah lebih tinggi berbanding
volatility
pasaran saham/ekuiti, bagi tempoh 5, 10 dan 20 tahun terdahulu.
Oleh kerana sifat
volatility
yang tinggi ini, pelaburan emas juga merupakan satu pelaburan yang berisiko dan banyak perkara perlu difikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.
Dan pelaburan emas lebih sesuai untuk tempoh jangka masa panjang supaya dapat menyerap kesan turun-naik harga emas.
Jika mahukan pelaburan yang lain sebagai alternatif untuk menyimpan nilai, pelaburan bon/sukuk adalah lebih stabil berbanding pelaburan emas.
3. Instrumen pelaburan emas adalah pelbagai
Pelaburan emas yang paling popular adalah menerusi emas fizikal, samaada dalam bentuk barang kemas,
gold bar
atau syiling dinar emas.
Masalah utama dengan emas fizikal adalah penyimpanannya; jika disimpan sendiri di rumah boleh terdedah kepada risiko dicuri, jika disimpan di dalam peti simpanan bank akan dikenakan caj pula.
Jadi, sebagai alternatif kepada pelaburan emas dalam bentuk fizikal, mungkin boleh dipilih instrumen-instrumen pelaburan emas yang lain.
Mungkin boleh pilih pelaburan emas dalam bentuk sijil/akaun pelaburan emas sepertimana yang ditawarkan beberapa bank (contoh boleh lihat di sini:
https://www.imoney.my/invest-gold
)
Sijil/akaun pelaburan emas adalah pilihan instrumen pelaburan emas yang baik, namun bilangannya adalah terhad, terdapat isu kepatuhan syariah dan caj-caj tersembunyi seperti caj servis dan caj pengeluaran.
Alternatif lain, boleh terlibat dalam pelaburan emas secara tidak langsung melalui dana unit amanah atau ETF yang melabur dalam sektor emas, seperti
RHB Gold & General Fund
dan
Precious Metals Securities
(dulu dikenali sebagai AmPrecious Metals)
Jika dilihat kepada prestasi kedua-dua dana ini, untuk tahun 2016, kedua-duanya mencatat pulangan lebih 70%.
Boleh juga secara tidak langsung terlibat dalam pelaburan emas melalui pasaran saham, iaitu dengan membeli saham syarikat-syarikat yang menjalankan operasi berkaitan emas seperti menjual atau melombong emas.
Tetapi, jika ingin terlibat dalam pelaburan emas melalui dana unit amanah, ETF atau pasaran saham, bukan sahaja perlu meramal harga emas pada masa hadapan, malah perlu punyai kemahiran memilih syarikat terbaik melalui analisa fundamental.
Apa yang ingin ditekankan dalam poin ketiga ini adalah, pelaburan emas boleh dilakukan dalam pelbagai cara, terpulang kepada pelabur untuk memilih cara pelaburan yang terbaik dan sesuai dengan objektif dan toleransi risiko masing-masing.
Penutup
Sama seperti peluang pelaburan yang lain, pelaburan emas tidak menjanjikan keuntungan sepanjang masa.
Ada masanya pulangan adalah baik, ada masanya akan berlaku sebaliknya.
Tambahan lagi, emas merupakan item komoditi yang mana turun-naik harganya adalah sukar diramal dan emas tidak mempunyai
intrinsic value
seperti aliran tunai atau hasil dividen.
Malah,
trend
kenaikan harga emas sekarang tidak diketahui samaada akan berterusan dalam tempoh yang panjang atau berlaku seketika sahaja.
Maka, janganlah sewenang-wenangnya terlibat dalam pelaburan emas tanpa ilmu yang mencukupi atau dengan hanya mengikut kata-kata/pujukan orang lain.
Lebih penting lagi, jangan sampai tertipu dan terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan palsu, sepertimana yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu.
Sebaik-baiknya, peruntukkan sebahagian sahaja daripada duit yang ada, mungkin sekitar 10 ke 20%, untuk pelaburan emas.
Jadilah pelabur yang bijak, bukan yang hanya sekadar mengikut
trend
.
Nota kaki:
Jika berminat nak melabur dalam pelaburan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini:
Rahsia Pelabur Emas
Jika berminat untuk terlibat dalam perniagaan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini:
Rahsia Usahawan Emas
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel asal bertajuk
3 Things You Need To Know About Gold Investments
yang disiarkan pihak iFast Capital Sdn. Bhd. di
fundsupermart.com.my
Boleh baca artikel asal di sini:
https://www.fundsupermart.com.my/main/research/-View-Idea-of-The-Week-3-Things-You-Need-To-Know-About-Gold-Investments-9-Sep-2016–7484 |
| Markdown | 
[Jom Urus Duit](https://jomurusduit.com/)
- [Kategori Artikel](http://jomurusduit.com/)
- [Pengurusan Kewangan](https://jomurusduit.com/category/pengurusan-kewangan)
- [Pendapatan](https://jomurusduit.com/category/pendapatan)
- [Simpanan](https://jomurusduit.com/category/simpanan)
- [Perbelanjaan](https://jomurusduit.com/category/perbelanjaan)
- [Perlindungan](https://jomurusduit.com/category/perlindungan)
- [Pelaburan](https://jomurusduit.com/category/pelaburan)
- [Penyucian](https://jomurusduit.com/category/penyucian)
- [Pewarisan](https://jomurusduit.com/category/pewarisan)
- [Tentang Blog](https://jomurusduit.com/tentang-blog)
- [Polisi Blog](https://jomurusduit.com/polisi-blog)
- [Hubungi Penulis](https://jomurusduit.com/hubungi-penulis)
- [Jom Like FB Kami](https://www.facebook.com/jomurusduit/)
# 3 Perkara Perlu Tahu Tentang Pelaburan Emas
[Jom Urus Duit](https://jomurusduit.com/ "Go to Jom Urus Duit.") \> [Pelaburan](https://jomurusduit.com/category/pelaburan "Go to the Pelaburan category archives.") \> 3 Perkara Perlu Tahu Tentang Pelaburan Emas
Jika dilihat sekarang, trend pelaburan emas mula mendapat perhatian semula sepertimana waktu ‘kegilaan’ pelaburan emas sekitar tahun 2011 dahulu.
Ini kerana, jika dilihat kepada pergerakan carta harga emas, didapati bahawa harga emas sekarang dalam *trend* menaik, dan hampir menyamai harga kemuncak pada 2011 dahulu.
Harga emas sekarang berlegar sekitar RM 170 ke RM 180/gram, yang mana sebelum ini pada 2013 hingga 2015, harga emas berlegar sekitar RM 130 ke RM 150/gram sahaja.
Boleh semak harga emas di sini: <http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html>

Bagi mereka yang konsisten membeli dan menyimpan emas pada tahun-tahun kejatuhan harga emas sebelum ini, pastinya sekarang tersenyum gembira melihat nilai emas yang disimpan mencatatkan keuntungan.
Itulah untungnya ‘istiqamah’ dalam pelaburan emas.
Bagi mereka yang baru nak mulakan pelaburan emas sekarang, pastinya tertanya-tanya, adakah *trend* kenaikan harga emas ini akan terus kekal?
Atau dah pun capai kemuncak, dan akan mula jatuh selepas ini?
Saya tiada jawapan untuk soalan-soalan di atas, tetapi, jika anda ingin memulakan pelaburan emas sekarang, ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian.
[Baca juga: Tips Pengurusan Kewangan Peribadi Untuk Orang Muda](https://jomurusduit.com/2016/09/tips-pengurusan-kewangan-peribadi-untuk.html)
**1\. Harga emas bukan ditentukan permintaan dan tawaran sahaja**
Sebelum ini mungkin ramai yang percaya bahawa harga emas ditentukan oleh permintaan dan tawaran *(demand and supply)* sahaja.
Jika permintaan tinggi dan penawaran rendah, harga emas akan melonjak naik, dan begitu juga sebaliknya.
Sebenarnya, ini adalah konsep yang kurang tepat.
Banyak faktor lain yang mempengaruhi harga emas selain faktor permintaan dan tawaran, seperti sentimen pasaran yang lemah, ketidaktentuan ekonomi dan kejadian-kejadian ‘luarbiasa’ seperti perang dan bencana besar.
Semua faktor ini boleh mempengaruhi harga emas walaupun paras permintaan dan tawaran emas adalah normal.
Misalnya, semasa Brexit baru-baru ini, harga emas dunia (dalam US Dollar) meningkat dengan mendadak dalam masa sehari (sehingga 4.7%)
Harga emas juga pernah naik secara mendadak semasa krisis-krisis kewangan yang berlaku sebelum ini, iaitu sehingga 7.7% pada Dot Com Crash 2000 dan 32% pada Global Financial Crisis 2008.

Selain daripada itu, harga emas turut dipengaruhi kestabilan nilai US Dollar; dalam kebanyakan situasi, semakin stabil nilai US Dollar, semakin lemah harga emas.
Oleh itu, sebarang faktor yang memberi kesan ke atas nilai US Dollar, akan turut sama memberi kesan kepada harga emas.

Kesimpulan yang dapat dibuat untuk poin pertama ini adalah oleh kerana harga emas boleh dipengaruhi banyak faktor, maka amat sukar untuk meramal pergerakan harga emas pada masa hadapan.
Boleh sahaja harga emas terus menaik, atau tiba-tiba turun dengan mendadak.
Oleh itu, janganlah mudah percaya jika ada yang kata harga emas akan terus naik dan naik.
**2\. Emas bukan penyimpan nilai terbaik**
Ramai yang terlibat dalam pelaburan emas disebabkan anggapan mereka bahawa emas adalah penyimpan nilai terbaik.
Misalnya, apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran saham, ramai pelabur menukar pelaburan saham mereka kepada emas, dengan harapan emas dapat menyimpan nilai pelaburan mereka.
Malah, orang yang mempromosikan pelaburan emas sering menggunakan terma “emas kalis inflasi” sebagai ungkapan popular untuk menarik orang membeli dan menyimpan emas.
Fakta yang sebenar, walaupun emas adalah penyimpan nilai yang baik, namun emas bukanlah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas tidak kalis inflasi sepenuhnya.
Sepertimana yang dinyatakan dalam poin pertama di atas, harga emas boleh turun naik setiap masa dan dipengaruhi oleh banyak faktor.
Ada masanya harga emas akan naik, dan ada masanya harga emas akan turun malah lebih teruk daripada kenaikan inflasi.
Contohnya, bagi mereka yang membeli dan menyimpan emas pada kemuncak harga pada 2011 dahulu, jika mengikut harga sekarang selepas 5 tahun, nilai emas yang dipegang tersebut masih lebih rendah berbanding semasa di beli dulu.
Tambahan lagi, mengikut kajian, sifat turun naik harga emas *(volatility)* adalah lebih tinggi berbanding *volatility* pasaran saham/ekuiti, bagi tempoh 5, 10 dan 20 tahun terdahulu.

Oleh kerana sifat *volatility* yang tinggi ini, pelaburan emas juga merupakan satu pelaburan yang berisiko dan banyak perkara perlu difikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.
Dan pelaburan emas lebih sesuai untuk tempoh jangka masa panjang supaya dapat menyerap kesan turun-naik harga emas.
Jika mahukan pelaburan yang lain sebagai alternatif untuk menyimpan nilai, pelaburan bon/sukuk adalah lebih stabil berbanding pelaburan emas.
[Baca juga: 4 Strategi Mudah Capai Matlamat Kewangan Lebih Cepat](https://jomurusduit.com/2016/04/4-strategi-mudah-capai-matlamat-kewangan.html)
**3\. Instrumen pelaburan emas adalah pelbagai**
Pelaburan emas yang paling popular adalah menerusi emas fizikal, samaada dalam bentuk barang kemas, *gold bar* atau syiling dinar emas.
Masalah utama dengan emas fizikal adalah penyimpanannya; jika disimpan sendiri di rumah boleh terdedah kepada risiko dicuri, jika disimpan di dalam peti simpanan bank akan dikenakan caj pula.
Jadi, sebagai alternatif kepada pelaburan emas dalam bentuk fizikal, mungkin boleh dipilih instrumen-instrumen pelaburan emas yang lain.
Mungkin boleh pilih pelaburan emas dalam bentuk sijil/akaun pelaburan emas sepertimana yang ditawarkan beberapa bank (contoh boleh lihat di sini: <https://www.imoney.my/invest-gold>)
Sijil/akaun pelaburan emas adalah pilihan instrumen pelaburan emas yang baik, namun bilangannya adalah terhad, terdapat isu kepatuhan syariah dan caj-caj tersembunyi seperti caj servis dan caj pengeluaran.
Alternatif lain, boleh terlibat dalam pelaburan emas secara tidak langsung melalui dana unit amanah atau ETF yang melabur dalam sektor emas, seperti [RHB Gold & General Fund](https://www.fundsupermart.com.my/main/fundinfo/RHB-Gold-And-General-Fund-MYOSKGGF) dan [Precious Metals Securities](https://www.fundsupermart.com.my/main/fundinfo/Precious-Metals-Securities-MYAMPRMF) (dulu dikenali sebagai AmPrecious Metals)
Jika dilihat kepada prestasi kedua-dua dana ini, untuk tahun 2016, kedua-duanya mencatat pulangan lebih 70%.

Boleh juga secara tidak langsung terlibat dalam pelaburan emas melalui pasaran saham, iaitu dengan membeli saham syarikat-syarikat yang menjalankan operasi berkaitan emas seperti menjual atau melombong emas.
Tetapi, jika ingin terlibat dalam pelaburan emas melalui dana unit amanah, ETF atau pasaran saham, bukan sahaja perlu meramal harga emas pada masa hadapan, malah perlu punyai kemahiran memilih syarikat terbaik melalui analisa fundamental.
Apa yang ingin ditekankan dalam poin ketiga ini adalah, pelaburan emas boleh dilakukan dalam pelbagai cara, terpulang kepada pelabur untuk memilih cara pelaburan yang terbaik dan sesuai dengan objektif dan toleransi risiko masing-masing.
**Penutup**
Sama seperti peluang pelaburan yang lain, pelaburan emas tidak menjanjikan keuntungan sepanjang masa.
Ada masanya pulangan adalah baik, ada masanya akan berlaku sebaliknya.
Tambahan lagi, emas merupakan item komoditi yang mana turun-naik harganya adalah sukar diramal dan emas tidak mempunyai *intrinsic value* seperti aliran tunai atau hasil dividen.
Malah, *trend* kenaikan harga emas sekarang tidak diketahui samaada akan berterusan dalam tempoh yang panjang atau berlaku seketika sahaja.
Maka, janganlah sewenang-wenangnya terlibat dalam pelaburan emas tanpa ilmu yang mencukupi atau dengan hanya mengikut kata-kata/pujukan orang lain.
Lebih penting lagi, jangan sampai tertipu dan terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan palsu, sepertimana yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu.
Sebaik-baiknya, peruntukkan sebahagian sahaja daripada duit yang ada, mungkin sekitar 10 ke 20%, untuk pelaburan emas.
Jadilah pelabur yang bijak, bukan yang hanya sekadar mengikut *trend*.
**Nota kaki:**
Jika berminat nak melabur dalam pelaburan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini: [**Rahsia Pelabur Emas**](http://www.rahsiapelaburemas.com/hop.php?ref=cbx5215)
Jika berminat untuk terlibat dalam perniagaan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini: **[Rahsia Usahawan Emas](http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_37_1_159)**
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel asal bertajuk ***3 Things You Need To Know About Gold Investments*** yang disiarkan pihak iFast Capital Sdn. Bhd. di [fundsupermart.com.my](http://fundsupermart.com.my/)
Boleh baca artikel asal di sini:
https://www.fundsupermart.com.my/main/research/-View-Idea-of-The-Week-3-Things-You-Need-To-Know-About-Gold-Investments-9-Sep-2016–7484
[Baca juga: Tips Simpan Duit: Berapa Banyak Nak Simpan? Simpan Kat Mana?](https://jomurusduit.com/2016/02/tips-simpan-duit-berapa-banyak-nak-simpan.html)
> #### [Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang\!](https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/jomurusduit)
> Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
### Kongsikan artikel ini:
- [Tweet](https://twitter.com/share)
- [Email a link to a friend (Opens in new window) Email](mailto:?subject=%5BShared%20Post%5D%203%20Perkara%20Perlu%20Tahu%20Tentang%20Pelaburan%20Emas&body=https%3A%2F%2Fjomurusduit.com%2F2016%2F09%2F3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html&share=email)
- [Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp](https://jomurusduit.com/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html?share=jetpack-whatsapp)
- [Share on Telegram (Opens in new window) Telegram](https://jomurusduit.com/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html?share=telegram)
- [Print (Opens in new window) Print](https://jomurusduit.com/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html#print?share=print)
[← Previous post](https://jomurusduit.com/2016/09/review-combo-asb-genius-himpunan-teknik-loan-asb.html "[REVIEW] Combo ASB Genius: Himpunan Teknik Loan ASB Terbaik")
[Next post →](https://jomurusduit.com/2016/09/strategi-pelaburan-hartanah-pelabur-baru.html "Strategi Pelaburan Hartanah Untuk Pelabur Baru")
### Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini[Cancel reply](https://jomurusduit.com/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html#respond)
Tentang Blog
Blog ini menyediakan tips pengurusan duit dan kewangan peribadi dari sisi pandang dan pengalaman penulis. Sebarang cadangan, komen dan pandangan amat-amatlah dialu-alukan.
Langgan Artikel Terkini
Jom Like FB Page Kami
> [Jom Urus Duit](https://www.facebook.com/jomurusduit/)
Combo ASB Genius
[](http://jomurusduit.com/set-combo-asb-genius "Combo ASB Genius")
Seminar Bijak Merancang Wang
[](https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/jomurusduit "Seminar Bijak Merancang Wang")
E-Buku Manual Wang BMW
[](https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/eWB3s-tp/jomurusduit "E-Buku Manual Wang BMW")
Buku Bijak Merancang Wang
[](https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/po-bsbmw/jomurusduit "Buku Bijak Merancang Wang")
Jimat Duit Dengan Shopback
[](http://jomurusduit.com/2016/04/tips-jimat-duit-belanja-beli-belah.html "Jimat Duit Dengan Shopback")
Jom Labur Saham
[](https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_81_1_362 "Jom Labur Saham")
Panduan Sistem Saham
[](https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_17 "Panduan Sistem Saham")
Panduan Bisnes Shopee
[](https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_68 "Panduan Bisnes Shopee")
Panduan Jutawan Homestay
[](https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_65 "Panduan Jutawan Homestay")
Jom Like FB Page Kami
> [jomurusduit](https://www.facebook.com/arzmohadotcom)
Artikel Terkini
- ### [Cara Pengiraan Zakat Emas](https://jomurusduit.com/2020/10/cara-pengiraan-zakat-emas.html)
Alang-alang sebelum ini saya tulis berkenaan tips pelaburan emastips pelaburan emas, rasa terpanggil pula nak tulis tentang cara pengiraan zakat emas. Maklumlah, dalam artikel sebelum ini, saya ingatkan kepada para …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/10/cara-pengiraan-zakat-emas.html)
- ### [Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula](https://jomurusduit.com/2020/10/tips-pelaburan-emas-untuk-pemula.html)
Kali ini saya nak tulis tentang tips pelaburan emas, sebab dapat dilihat sekarang minat terhadap pelaburan emas meningkat semula lebih-lebih lagi selepas tempoh PKP baru-baru ini. Gelombang ini sama seperti …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/10/tips-pelaburan-emas-untuk-pemula.html)
- ### [CuepacsCare & CuepacsPA Perlindungan Untuk Penjawat Awam](https://jomurusduit.com/2020/09/cuepacscare-cuepacspa.html)
Baru-baru ini saya ada mendengar taklimat berkenaan program perlindungan takaful yang diperkenalkan oleh Cuepacs khas untuk penjawat awam, iaitu CuepacsCare dan juga Cuepacs PA. Saya rasa rugi pula jika tidak …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/09/cuepacscare-cuepacspa.html)
- ### [Cara Urus Harta Pusaka Dengan Wasiat](https://jomurusduit.com/2020/09/urus-harta-pusaka-dengan-wasiat.html)
Kalau sebelum ini saya tunjukkan cara urus harta pusaka tanpa wasiat, jadi bagaimana pula cara urus harta pusaka dengan wasiat? Sebelum menjawab persoalan ini, saya nak jelaskan sedikit tentang wasiat …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/09/urus-harta-pusaka-dengan-wasiat.html)
- ### [Cara Urus Harta Pusaka Tanpa Wasiat](https://jomurusduit.com/2020/09/urus-harta-pusaka-tanpa-wasiat.html)
Adakah anda semua pernah ambil tahu macam mana cara urus harta pusaka tanpa wasiat bagi orang Islam di Malaysia? Bayangkan dalam masa terdekat ini, salah seorang anggota keluarga anda meninggal …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/09/urus-harta-pusaka-tanpa-wasiat.html)
- ### [9 Alat Kewangan Asas Supaya Kehidupan Lebih Baik](https://jomurusduit.com/2020/08/alat-kewangan-asas.html)
Untuk memudahkan urusan kewangan seharian dan juga ke arah pengurusan kewangan yang baik, saya cadangkan untuk semua orang punyai alat kewangan asas yang akan saya senaraikan nanti. Bagi yang belum …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/08/alat-kewangan-asas.html)
- ### [Pembiayaan ASB Masih Untung Ke?](https://jomurusduit.com/2020/08/pembiayaan-asb-masih-untung.html)
Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, pembiayaan ASB masih untung ke? Sebelum ini saya banyak tulis tentang pembiayaan ASB. Malah, bukan saya sahaja, ramai juga yang menulis dan bercerita tentang pembiayaan …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/08/pembiayaan-asb-masih-untung.html)
- ### [9 Cara Kawal Belanja Apabila Pendapatan Terjejas](https://jomurusduit.com/2020/08/cara-kawal-belanja.html)
Apabila pendapatan yang diterima setiap bulan terjejas, amat penting untuk tahu cara kawal belanja agar dapat gunakan wang yang ada dengan lebih baik demi meneruskan kehidupan harian. Contohnya, macam sekarang. …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/08/cara-kawal-belanja.html)
- ### [5 Platform Buat Duit USD Online Untuk Jana Pendapatan](https://jomurusduit.com/2020/08/buat-duit-usd-online.html)
Untung sebenarnya kalau tahu cara buat duit USD online. Ya lah, sebab sekarang USD 1 bersamaan lebih kurang RM 4. Jadi, kalau berjaya buat duit dalam USD, boleh jana pendapatan …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/08/buat-duit-usd-online.html)
- ### [eSeminar BMW Bijak Merancang Wang Afyan Rawi](https://jomurusduit.com/2020/05/eseminar-bmw-bijak-merancang-wang.html)
Memperkenalkan sebuah panduan pengurusan kewangan terhangat tahun 2020 iaitu eSeminar BMW Bijak Merancang Wang oleh Tuan Afyan Mat Rawi. Saya rasa, tak perlu saya perkenalkan lagi siapa Tuan Afyan Mat …[Baca lagi »](https://jomurusduit.com/2020/05/eseminar-bmw-bijak-merancang-wang.html)
Kata Kunci
[ASB genius](https://jomurusduit.com/tag/asb-genius) [beli rumah](https://jomurusduit.com/tag/beli-rumah) [buat duit](https://jomurusduit.com/tag/buat-duit) [cara beli rumah](https://jomurusduit.com/tag/cara-beli-rumah) [cara menyimpan duit](https://jomurusduit.com/tag/cara-menyimpan-duit) [cara simpan duit](https://jomurusduit.com/tag/cara-simpan-duit) [combo ASB genius](https://jomurusduit.com/tag/combo-asb-genius) [cukai pendapatan](https://jomurusduit.com/tag/cukai-pendapatan) [faraid](https://jomurusduit.com/tag/faraid) [harta pusaka](https://jomurusduit.com/tag/harta-pusaka) [insurans](https://jomurusduit.com/tag/insurans) [jana pendapatan](https://jomurusduit.com/tag/jana-pendapatan) [jimat cermat](https://jomurusduit.com/tag/jimat-cermat) [jimat wang](https://jomurusduit.com/tag/jimat-wang) [kawal belanja](https://jomurusduit.com/tag/kawal-belanja) [kewangan peribadi](https://jomurusduit.com/tag/kewangan-peribadi) [loan ASB](https://jomurusduit.com/tag/loan-asb) [matlamat kewangan](https://jomurusduit.com/tag/matlamat-kewangan) [nasihat kewangan](https://jomurusduit.com/tag/nasihat-kewangan) [panduan pelaburan](https://jomurusduit.com/tag/panduan-pelaburan) [pelaburan](https://jomurusduit.com/tag/pelaburan) [pelaburan hartanah](https://jomurusduit.com/tag/pelaburan-hartanah) [peluang pelaburan](https://jomurusduit.com/tag/peluang-pelaburan) [pembahagian harta pusaka](https://jomurusduit.com/tag/pembahagian-harta-pusaka) [pembiayaan ASB](https://jomurusduit.com/tag/pembiayaan-asb) [pendapatan](https://jomurusduit.com/tag/pendapatan) [pendapatan sampingan](https://jomurusduit.com/tag/pendapatan-sampingan) [pengurusan harta pusaka](https://jomurusduit.com/tag/pengurusan-harta-pusaka) [pengurusan kewangan](https://jomurusduit.com/tag/pengurusan-kewangan) [pengurusan kewangan peribadi](https://jomurusduit.com/tag/pengurusan-kewangan-peribadi) [penyucian](https://jomurusduit.com/tag/penyucian) [perancangan kewangan](https://jomurusduit.com/tag/perancangan-kewangan) [perbelanjaan](https://jomurusduit.com/tag/perbelanjaan) [perlindungan](https://jomurusduit.com/tag/perlindungan) [pewarisan](https://jomurusduit.com/tag/pewarisan) [pinjaman ASB](https://jomurusduit.com/tag/pinjaman-asb) [pulangan pelaburan](https://jomurusduit.com/tag/pulangan-pelaburan) [simpanan](https://jomurusduit.com/tag/simpanan) [takaful](https://jomurusduit.com/tag/takaful) [takaful terbaik](https://jomurusduit.com/tag/takaful-terbaik) [tambah pendapatan](https://jomurusduit.com/tag/tambah-pendapatan) [teknik financing ASB](https://jomurusduit.com/tag/teknik-financing-asb) [teknik loan ASB](https://jomurusduit.com/tag/teknik-loan-asb) [tips simpan duit](https://jomurusduit.com/tag/tips-simpan-duit) [urus duit](https://jomurusduit.com/tag/urus-duit)
Arkib Blog
Arkib Blog
Hak cipta terpelihara © jomurusduit.com
##
##
Loading Comments...
### |
| Readable Markdown | Jika dilihat sekarang, trend pelaburan emas mula mendapat perhatian semula sepertimana waktu ‘kegilaan’ pelaburan emas sekitar tahun 2011 dahulu.
Ini kerana, jika dilihat kepada pergerakan carta harga emas, didapati bahawa harga emas sekarang dalam *trend* menaik, dan hampir menyamai harga kemuncak pada 2011 dahulu.
Harga emas sekarang berlegar sekitar RM 170 ke RM 180/gram, yang mana sebelum ini pada 2013 hingga 2015, harga emas berlegar sekitar RM 130 ke RM 150/gram sahaja.
Boleh semak harga emas di sini: <http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html>

Bagi mereka yang konsisten membeli dan menyimpan emas pada tahun-tahun kejatuhan harga emas sebelum ini, pastinya sekarang tersenyum gembira melihat nilai emas yang disimpan mencatatkan keuntungan.
Itulah untungnya ‘istiqamah’ dalam pelaburan emas.
Bagi mereka yang baru nak mulakan pelaburan emas sekarang, pastinya tertanya-tanya, adakah *trend* kenaikan harga emas ini akan terus kekal?
Atau dah pun capai kemuncak, dan akan mula jatuh selepas ini?
Saya tiada jawapan untuk soalan-soalan di atas, tetapi, jika anda ingin memulakan pelaburan emas sekarang, ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian.
**1\. Harga emas bukan ditentukan permintaan dan tawaran sahaja**
Sebelum ini mungkin ramai yang percaya bahawa harga emas ditentukan oleh permintaan dan tawaran *(demand and supply)* sahaja.
Jika permintaan tinggi dan penawaran rendah, harga emas akan melonjak naik, dan begitu juga sebaliknya.
Sebenarnya, ini adalah konsep yang kurang tepat.
Banyak faktor lain yang mempengaruhi harga emas selain faktor permintaan dan tawaran, seperti sentimen pasaran yang lemah, ketidaktentuan ekonomi dan kejadian-kejadian ‘luarbiasa’ seperti perang dan bencana besar.
Semua faktor ini boleh mempengaruhi harga emas walaupun paras permintaan dan tawaran emas adalah normal.
Misalnya, semasa Brexit baru-baru ini, harga emas dunia (dalam US Dollar) meningkat dengan mendadak dalam masa sehari (sehingga 4.7%)
Harga emas juga pernah naik secara mendadak semasa krisis-krisis kewangan yang berlaku sebelum ini, iaitu sehingga 7.7% pada Dot Com Crash 2000 dan 32% pada Global Financial Crisis 2008.

Selain daripada itu, harga emas turut dipengaruhi kestabilan nilai US Dollar; dalam kebanyakan situasi, semakin stabil nilai US Dollar, semakin lemah harga emas.
Oleh itu, sebarang faktor yang memberi kesan ke atas nilai US Dollar, akan turut sama memberi kesan kepada harga emas.

Kesimpulan yang dapat dibuat untuk poin pertama ini adalah oleh kerana harga emas boleh dipengaruhi banyak faktor, maka amat sukar untuk meramal pergerakan harga emas pada masa hadapan.
Boleh sahaja harga emas terus menaik, atau tiba-tiba turun dengan mendadak.
Oleh itu, janganlah mudah percaya jika ada yang kata harga emas akan terus naik dan naik.
**2\. Emas bukan penyimpan nilai terbaik**
Ramai yang terlibat dalam pelaburan emas disebabkan anggapan mereka bahawa emas adalah penyimpan nilai terbaik.
Misalnya, apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran saham, ramai pelabur menukar pelaburan saham mereka kepada emas, dengan harapan emas dapat menyimpan nilai pelaburan mereka.
Malah, orang yang mempromosikan pelaburan emas sering menggunakan terma “emas kalis inflasi” sebagai ungkapan popular untuk menarik orang membeli dan menyimpan emas.
Fakta yang sebenar, walaupun emas adalah penyimpan nilai yang baik, namun emas bukanlah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas tidak kalis inflasi sepenuhnya.
Sepertimana yang dinyatakan dalam poin pertama di atas, harga emas boleh turun naik setiap masa dan dipengaruhi oleh banyak faktor.
Ada masanya harga emas akan naik, dan ada masanya harga emas akan turun malah lebih teruk daripada kenaikan inflasi.
Contohnya, bagi mereka yang membeli dan menyimpan emas pada kemuncak harga pada 2011 dahulu, jika mengikut harga sekarang selepas 5 tahun, nilai emas yang dipegang tersebut masih lebih rendah berbanding semasa di beli dulu.
Tambahan lagi, mengikut kajian, sifat turun naik harga emas *(volatility)* adalah lebih tinggi berbanding *volatility* pasaran saham/ekuiti, bagi tempoh 5, 10 dan 20 tahun terdahulu.

Oleh kerana sifat *volatility* yang tinggi ini, pelaburan emas juga merupakan satu pelaburan yang berisiko dan banyak perkara perlu difikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.
Dan pelaburan emas lebih sesuai untuk tempoh jangka masa panjang supaya dapat menyerap kesan turun-naik harga emas.
Jika mahukan pelaburan yang lain sebagai alternatif untuk menyimpan nilai, pelaburan bon/sukuk adalah lebih stabil berbanding pelaburan emas.
**3\. Instrumen pelaburan emas adalah pelbagai**
Pelaburan emas yang paling popular adalah menerusi emas fizikal, samaada dalam bentuk barang kemas, *gold bar* atau syiling dinar emas.
Masalah utama dengan emas fizikal adalah penyimpanannya; jika disimpan sendiri di rumah boleh terdedah kepada risiko dicuri, jika disimpan di dalam peti simpanan bank akan dikenakan caj pula.
Jadi, sebagai alternatif kepada pelaburan emas dalam bentuk fizikal, mungkin boleh dipilih instrumen-instrumen pelaburan emas yang lain.
Mungkin boleh pilih pelaburan emas dalam bentuk sijil/akaun pelaburan emas sepertimana yang ditawarkan beberapa bank (contoh boleh lihat di sini: <https://www.imoney.my/invest-gold>)
Sijil/akaun pelaburan emas adalah pilihan instrumen pelaburan emas yang baik, namun bilangannya adalah terhad, terdapat isu kepatuhan syariah dan caj-caj tersembunyi seperti caj servis dan caj pengeluaran.
Alternatif lain, boleh terlibat dalam pelaburan emas secara tidak langsung melalui dana unit amanah atau ETF yang melabur dalam sektor emas, seperti [RHB Gold & General Fund](https://www.fundsupermart.com.my/main/fundinfo/RHB-Gold-And-General-Fund-MYOSKGGF) dan [Precious Metals Securities](https://www.fundsupermart.com.my/main/fundinfo/Precious-Metals-Securities-MYAMPRMF) (dulu dikenali sebagai AmPrecious Metals)
Jika dilihat kepada prestasi kedua-dua dana ini, untuk tahun 2016, kedua-duanya mencatat pulangan lebih 70%.

Boleh juga secara tidak langsung terlibat dalam pelaburan emas melalui pasaran saham, iaitu dengan membeli saham syarikat-syarikat yang menjalankan operasi berkaitan emas seperti menjual atau melombong emas.
Tetapi, jika ingin terlibat dalam pelaburan emas melalui dana unit amanah, ETF atau pasaran saham, bukan sahaja perlu meramal harga emas pada masa hadapan, malah perlu punyai kemahiran memilih syarikat terbaik melalui analisa fundamental.
Apa yang ingin ditekankan dalam poin ketiga ini adalah, pelaburan emas boleh dilakukan dalam pelbagai cara, terpulang kepada pelabur untuk memilih cara pelaburan yang terbaik dan sesuai dengan objektif dan toleransi risiko masing-masing.
**Penutup**
Sama seperti peluang pelaburan yang lain, pelaburan emas tidak menjanjikan keuntungan sepanjang masa.
Ada masanya pulangan adalah baik, ada masanya akan berlaku sebaliknya.
Tambahan lagi, emas merupakan item komoditi yang mana turun-naik harganya adalah sukar diramal dan emas tidak mempunyai *intrinsic value* seperti aliran tunai atau hasil dividen.
Malah, *trend* kenaikan harga emas sekarang tidak diketahui samaada akan berterusan dalam tempoh yang panjang atau berlaku seketika sahaja.
Maka, janganlah sewenang-wenangnya terlibat dalam pelaburan emas tanpa ilmu yang mencukupi atau dengan hanya mengikut kata-kata/pujukan orang lain.
Lebih penting lagi, jangan sampai tertipu dan terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan palsu, sepertimana yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu.
Sebaik-baiknya, peruntukkan sebahagian sahaja daripada duit yang ada, mungkin sekitar 10 ke 20%, untuk pelaburan emas.
Jadilah pelabur yang bijak, bukan yang hanya sekadar mengikut *trend*.
**Nota kaki:**
Jika berminat nak melabur dalam pelaburan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini: [**Rahsia Pelabur Emas**](http://www.rahsiapelaburemas.com/hop.php?ref=cbx5215)
Jika berminat untuk terlibat dalam perniagaan emas, boleh dapatkan rujukan lebih lanjut di sini: **[Rahsia Usahawan Emas](http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6070_37_1_159)**
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel asal bertajuk ***3 Things You Need To Know About Gold Investments*** yang disiarkan pihak iFast Capital Sdn. Bhd. di [fundsupermart.com.my](http://fundsupermart.com.my/)
Boleh baca artikel asal di sini:
https://www.fundsupermart.com.my/main/research/-View-Idea-of-The-Week-3-Things-You-Need-To-Know-About-Gold-Investments-9-Sep-2016–7484 |
| Shard | 18 (laksa) |
| Root Hash | 1102970177421535018 |
| Unparsed URL | com,jomurusduit!/2016/09/3-perkara-perlu-tahu-tentang-pelaburan-emas.html s443 |