ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://jomexplore.io/article/7689/lelaki-hobi-minat-game-bolasepak-sukan-hiking |
| Last Crawled | 2026-04-04 02:06:08 (12 days ago) |
| First Indexed | 2023-08-24 08:38:24 (2 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Hobi Lelaki Penting Tau: Kenapa Mereka Perlukan Sebuah Hobi! |
| Meta Description | Temui dunia hobi lelaki yang menarik, daripada pengembaraan luar seperti mendaki dan berkhemah kepada minat automotif dan permainan. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.
Hidup sebagai lelaki memang tak tumpah kalau tiada hobi atau minat yang mendalam sehingga memenuhi hidup mereka. Sampaikan para perempuan pun tak faham kenapa boleh obses dengan hobi mereka. Oleh itu, jom tengok hobi apa yang selalu ramai lelaki minat!
Perempuan selalu menghadapi masalah untuk memahami jiwa seorang lelaki secara mendalam. Secara lumrahnya, memang lelaki banyak perbezaan daripada perempuan terutama tentang pemikiran.
Kebanyakkan lelaki mempunyai pemikiran yang lurus kerana memudahkan hidup mereka dan dapat mengelakkan daripada menyerabutkan kepala dengan macam-macam masalah yang selalu dihadapi.
Disebabkan itulah, ramai lelaki akan mencari hobi atau minat yang mereka dapat memberi masa serta tenaga sepenuhnya untuk memberi sedikit kelapangan dalam hidup dan jiwa mereka.
Haa.. hobi ini penitng tau! Hobi berfungsi sebagai tingkat kepada jiwa lelaki memberikan pandangan tentang personaliti individu. Bagi lelaki, hobi bukan lah sekadar hobi tetapi saluran untuk mengekspresikan diri.
Melalui hobi, mereka dapat berjumpa lebih ramai orang sekaligus memberi ruang untuk membesar dan mendapat perspektif baru dalam kehidupan. Maka, untuk perempuan yang asyik tak faham hobi lelaki jom tengok apa hobi yang selalu lelaki minat.
Photo from Pinterest
Mana tau lepas ni boleh selesaikan masalah tak faham lelaki dan tidak tahu nak beli hadiah apa untuk pasangan sendiri.
Kaki Hiking Dengan Camping
Photo from Pinterest
Haa.. mungkin korang berkenalan dengan lelaki yang jenis kaki hiking dan suka betul pergi camping. Alam semula jadi merupakan rumah kedua dan merasakan mereka dapat memenuhi jiwa apabila duduk melepak menikmati alam sekitar.
Kadang kala ada juga yang suka lakukan aktiviti lasak dalam persekitaran alam semula jadi. Seperti mandi sungai, jungle trekking ataupun mendaki gunung yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental juga tau.
Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada lelaki untuk menguji tahap fizikal dan mental mereka sekaligus mengajar untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran.
Maklumlah, persekitaran alam semula jadi seperti hutan, gunung, sungai bukanlah persekitaran yang selesa tetapi ada kecantikkan disebaliknya yang kemungkinan pasangan korang suka.
Photo from Pinterest
Dapat melihat matahari terbit dapat memenuhi rasa nikmat memberi kepuasan kepada mereka yang suka menghargai persekitaran alam sekitar.
Kaki Sukan Je Hidupnya
Photo from Pinterest
Lelaki dan sukan memang sukar nak dipisahkan. Macam perempuan minat barang kecatnikan, kalau lelaki pula memang wajib bersukan lah! Sebut sahaja sukan apa pasti mempunyai peminat lelaki.
Kalau di negara kita, sukan utama yang dipilih adalah bola sepak. Memang senang sangat nak tengok lelaki main bola sepak pada waktu petang atau malam selepas pulang dari kerja atau bermain futsal.
Kadang kala, ada lelaki yang tak minat bola sepak tetapi minat sukan lain seperti sukan permotoran, bola keranjang dan sepak takraw yang dapat tingkatkan tahap adrenalin, jalinkan hubungan berpasukan dan memberi kepuasan sepenuhnya.
Minat terhadap sukan ini mengajar seorang lelaki untuk berfikir dengan lebih strategik, tingkatkan tahap fizikal dan mengajar untuk kekal berdispilin. Selain itu, mereka juga akan dapat menambah kenalan baru melalui pasukan baru.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jangan terkejut kalau pasangan korang tiap minggu asyik keluar bersukan aja kerana ia membantu mereka untuk kekal cergas dan tajamkan tahap mental mereka.
Kaki Kereta Macam Abang Honda
Photo from Pinterest
Selain daripada sukan atau healing dalam hutan. Lelaki memang wajib tertarik dengan dunia automobil. Setiap lelaki pasti memiliki kereta impian mereka dan pernah bercita-cita untuk menjadi pelumba kereta pada satu masa dalam kehidupan mereka.
Dunia automobil menyediakan sebuah platform untuk menggabungkan kreativiti dan kebolehan teknikal untuk menghasilkan pelbagai rekaan kereta yang sangat menakjubkan. Untuk seorang lelaki, ada yang minat kereta laju, kereta klasik atau menghayati setiap reka bentuk kereta.
Korang juga akan berjumpa lelaki yang obses dalam dunia pemulihan kereta yang akan menghabiskan masa berjam-jam untuk memulihkan kereta terbengkelai kepada keadaan asal untuk dipandu atau disimpian menjadi koleksi.
Hobi ini memang memerlukan banyak kemahiran dan kesabaran untuk memahami serta mempelajari segala aspek pembinaan kereta. Mereka juga akan sentiasa bereksperimen untuk mencari kereta yang sempurna.
Photo from Pinterest
Jangan terkejut kalau rumah mereka macam bengkel kereta dipenuhi dengan peralatan kereta semata-mata untuk membaiki kereta idaman mereka.
Kaki Main Game & Kumpul Memoribilia
Photo from Pinterest
Haa.. memang tak sah la hidup lelaki kalau tak main game kan? Tak kisah game macam mana pun. Lelaki memang wajib main game untuk menghilangkan stress, mencari ketenangan atau mencari kebahagiaan.
Game pula ada macam-macam genre yang akan menarik minat setiap lelaki. Ada lelaki suka main game yang mempunyai perjalanan cerita mendalam dan plot menarik. Ada yang lebih suka genre fantasi dan ada juga suka genre simulasi seperti kehidupan realiti.
Selain itu, ada juga lelaki yang suka mengumpul memoribilia seperti baju vintaj, barang sukan, permainan lama ataupun kasut! Ini semua akan nampak serabut di mata perempuan tetapi di mata lelaki ini adalah pelengkap hidup.
Sama seperti Batman yang mempunyai gua menyimpan koleksinya, lelaki pun ada keinginan untuk mempunyai sebuah bilik yang dipenuhi dengan segala permainan yang diminatinya sejak dari kecil.
Photo from Pinterest
Memang lumrah lelaki untuk menyimpan segala minat mereka supaya dapat dikongsikan bersama rakan, pasangan ataupun anaknya. Haa.. itulah sifat lelaki sebenarnya!
Lumrah Kehidupan Lelaki Memerlukan Minat & Hobi
Photo from Pinterest
Tidak dapat dinafikan hobi lelaki ni memang nampak merumitkan di mata pasangnya namun terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan melalui hobinya yang dapat memberikan sedikit ruang untuk mereka melepaskan segala perasaan terpendam.
Lelaki memang sukar untuk menunjukkan emosi mereka tetapi apabila sedang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Di situlah kita dapat melihat sedikit emosi yang ada walaupun sekejap.
Menerima minat lelaki memang sukar untuk perempuan dan tak salah untuk korang cuba memahami hobi mereka dan memberi peluang untuk juga mengenali hobi tersebut kerana ia akan mengubah hidup lelaki tersebut.
Mana tau korang pun akan terjatuh cinta dengan hobi tersebut.
Mungkin korang suka baca ini: |
| Markdown | G-G6PMS8914P
jomexplore
[TENTANG KAMI](https://www.presslogic.ai/)
JENAMA
- [GirlStyle](https://girlstyle.com/)
- [HolidaySmart](https://holidaysmart.io/)
- [Jom Explore](https://jomexplore.io/)
- [BusinessFocus](https://businessfocus.io/)
- [MamiDaily](https://mamidaily.com/)
- [UrbanLife Health](https://urbanlifehk.com/)
- [TopBeauty](https://topbeautyhk.com/)
- [POPLADY](https://poplady-mag.com/)
- [Kdaily](https://thekdaily.com/)
- [PetCity](https://thepetcity.co/)
- [Baby-Kingdom](https://www.baby-kingdom.com/forum.php)
- [Edu-Kingdom](https://www.edu-kingdom.com/)
- [MediaLens](https://medialens.io/)
- [TapNow](https://www.tapnow.com/en-US/)
- [Maxlytics](https://www.maxlytics.io/)
- [EchoMaker](https://echomaker.io/)
- [EventVibe](https://www.eventvibe.io/)
- [FaceVibe](https://www.facevibe.ai/)
- [Mintinglabs](https://www.mintinglabs.com/)
[](https://www.presslogic.ai/)
[PENGIKLANAN](https://jomexplore.io/advertise)
[SERTAI KAMI](https://www.presslogic.ai/career)
[](https://jomexplore.io/ "Jom Explore")
[](https://jomexplore.io/search)
[](https://www.facebook.com/jomexploremy)[](https://www.instagram.com/jomexploremy/)[](https://www.tiktok.com/@jomexploremy)
[](https://www.presslogic.ai/) [](https://jomexplore.io/ "Jom Explore")
- [Jom! Makan](https://jomexplore.io/category/jom-makan)
- [Semua](https://jomexplore.io/category/jom-makan)
- [Resipi](https://jomexplore.io/category/resipi)
- [Jom! Cuti](https://jomexplore.io/category/jom-cuti)
- [Semua](https://jomexplore.io/category/jom-cuti)
- [Staycation](https://jomexplore.io/category/staycation)
- [Bajet](https://jomexplore.io/category/bajet)
- [Lifestyle](https://jomexplore.io/category/lifestyle-gayahidup)
- [Semua](https://jomexplore.io/category/lifestyle-gayahidup)
- [Kecantikan](https://jomexplore.io/category/kecantikan)
- [Hot & Viral](https://jomexplore.io/category/hot-viral)
- [Semua](https://jomexplore.io/category/hot-viral)
- [Reels Video](https://jomexplore.io/igvideos)
- [](https://jomexplore.io/opinion/DianePerfectBodyWash)
[](https://jomexplore.io/search)
- [Jom! Makan](https://jomexplore.io/category/jom-makan)
- [Resipi](https://jomexplore.io/category/resipi)
- [Jom! Cuti](https://jomexplore.io/category/jom-cuti)
- [Staycation](https://jomexplore.io/category/staycation)
- [Bajet](https://jomexplore.io/category/bajet)
- [Lifestyle](https://jomexplore.io/category/lifestyle-gayahidup)
- [Kecantikan](https://jomexplore.io/category/kecantikan)
- [Hot & Viral](https://jomexplore.io/category/hot-viral)
- [Reels Video](https://jomexplore.io/igvideos)
- [](https://jomexplore.io/opinion/DianePerfectBodyWash)
7689
muhammad-aliff
false
desktop
108406808751946
false
false
[](https://www.instagram.com/jomexploremy/)

# Memahami Hobi Lelaki: Kenapa Mereka Perlukan Sebuah Hobi\!
[Lifestyle](https://jomexplore.io/category/lifestyle-gayahidup)
By [Muhammad Aliff](https://jomexplore.io/author/muhammad-aliff) on 24 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.
Hidup sebagai lelaki memang tak tumpah kalau tiada hobi atau minat yang mendalam sehingga memenuhi hidup mereka. Sampaikan para perempuan pun tak faham kenapa boleh obses dengan hobi mereka. Oleh itu, jom tengok hobi apa yang selalu ramai lelaki minat\!
Perempuan selalu menghadapi masalah untuk memahami jiwa seorang lelaki secara mendalam. Secara lumrahnya, memang lelaki banyak perbezaan daripada perempuan terutama tentang pemikiran.
Kebanyakkan lelaki mempunyai pemikiran yang lurus kerana memudahkan hidup mereka dan dapat mengelakkan daripada menyerabutkan kepala dengan macam-macam masalah yang selalu dihadapi.
Disebabkan itulah, ramai lelaki akan mencari hobi atau minat yang mereka dapat memberi masa serta tenaga sepenuhnya untuk memberi sedikit kelapangan dalam hidup dan jiwa mereka.
Haa.. hobi ini penitng tau! Hobi berfungsi sebagai tingkat kepada jiwa lelaki memberikan pandangan tentang personaliti individu. Bagi lelaki, hobi bukan lah sekadar hobi tetapi saluran untuk mengekspresikan diri.
Melalui hobi, mereka dapat berjumpa lebih ramai orang sekaligus memberi ruang untuk membesar dan mendapat perspektif baru dalam kehidupan. Maka, untuk perempuan yang asyik tak faham hobi lelaki jom tengok apa hobi yang selalu lelaki minat.
Photo from Pinterest
Mana tau lepas ni boleh selesaikan masalah tak faham lelaki dan tidak tahu nak beli hadiah apa untuk pasangan sendiri.
## Kaki Hiking Dengan Camping
Photo from Pinterest
Haa.. mungkin korang berkenalan dengan lelaki yang jenis kaki hiking dan suka betul pergi camping. Alam semula jadi merupakan rumah kedua dan merasakan mereka dapat memenuhi jiwa apabila duduk melepak menikmati alam sekitar.
Kadang kala ada juga yang suka lakukan aktiviti lasak dalam persekitaran alam semula jadi. Seperti mandi sungai, jungle trekking ataupun mendaki gunung yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental juga tau.
Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada lelaki untuk menguji tahap fizikal dan mental mereka sekaligus mengajar untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran.
Maklumlah, persekitaran alam semula jadi seperti hutan, gunung, sungai bukanlah persekitaran yang selesa tetapi ada kecantikkan disebaliknya yang kemungkinan pasangan korang suka.
Photo from Pinterest
Dapat melihat matahari terbit dapat memenuhi rasa nikmat memberi kepuasan kepada mereka yang suka menghargai persekitaran alam sekitar.
## Kaki Sukan Je Hidupnya
Photo from Pinterest
Lelaki dan sukan memang sukar nak dipisahkan. Macam perempuan minat barang kecatnikan, kalau lelaki pula memang wajib bersukan lah! Sebut sahaja sukan apa pasti mempunyai peminat lelaki.
Kalau di negara kita, sukan utama yang dipilih adalah bola sepak. Memang senang sangat nak tengok lelaki main bola sepak pada waktu petang atau malam selepas pulang dari kerja atau bermain futsal.
Kadang kala, ada lelaki yang tak minat bola sepak tetapi minat sukan lain seperti sukan permotoran, bola keranjang dan sepak takraw yang dapat tingkatkan tahap adrenalin, jalinkan hubungan berpasukan dan memberi kepuasan sepenuhnya.
Minat terhadap sukan ini mengajar seorang lelaki untuk berfikir dengan lebih strategik, tingkatkan tahap fizikal dan mengajar untuk kekal berdispilin. Selain itu, mereka juga akan dapat menambah kenalan baru melalui pasukan baru.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jangan terkejut kalau pasangan korang tiap minggu asyik keluar bersukan aja kerana ia membantu mereka untuk kekal cergas dan tajamkan tahap mental mereka.
## Kaki Kereta Macam Abang Honda
Photo from Pinterest
Selain daripada sukan atau healing dalam hutan. Lelaki memang wajib tertarik dengan dunia automobil. Setiap lelaki pasti memiliki kereta impian mereka dan pernah bercita-cita untuk menjadi pelumba kereta pada satu masa dalam kehidupan mereka.
Dunia automobil menyediakan sebuah platform untuk menggabungkan kreativiti dan kebolehan teknikal untuk menghasilkan pelbagai rekaan kereta yang sangat menakjubkan. Untuk seorang lelaki, ada yang minat kereta laju, kereta klasik atau menghayati setiap reka bentuk kereta.
Korang juga akan berjumpa lelaki yang obses dalam dunia pemulihan kereta yang akan menghabiskan masa berjam-jam untuk memulihkan kereta terbengkelai kepada keadaan asal untuk dipandu atau disimpian menjadi koleksi.
Hobi ini memang memerlukan banyak kemahiran dan kesabaran untuk memahami serta mempelajari segala aspek pembinaan kereta. Mereka juga akan sentiasa bereksperimen untuk mencari kereta yang sempurna.
Photo from Pinterest
Jangan terkejut kalau rumah mereka macam bengkel kereta dipenuhi dengan peralatan kereta semata-mata untuk membaiki kereta idaman mereka.
## Kaki Main Game & Kumpul Memoribilia
Photo from Pinterest
Haa.. memang tak sah la hidup lelaki kalau tak main game kan? Tak kisah game macam mana pun. Lelaki memang wajib main game untuk menghilangkan stress, mencari ketenangan atau mencari kebahagiaan.
Game pula ada macam-macam genre yang akan menarik minat setiap lelaki. Ada lelaki suka main game yang mempunyai perjalanan cerita mendalam dan plot menarik. Ada yang lebih suka genre fantasi dan ada juga suka genre simulasi seperti kehidupan realiti.
Selain itu, ada juga lelaki yang suka mengumpul memoribilia seperti baju vintaj, barang sukan, permainan lama ataupun kasut! Ini semua akan nampak serabut di mata perempuan tetapi di mata lelaki ini adalah pelengkap hidup.
Sama seperti Batman yang mempunyai gua menyimpan koleksinya, lelaki pun ada keinginan untuk mempunyai sebuah bilik yang dipenuhi dengan segala permainan yang diminatinya sejak dari kecil.
Photo from Pinterest
Memang lumrah lelaki untuk menyimpan segala minat mereka supaya dapat dikongsikan bersama rakan, pasangan ataupun anaknya. Haa.. itulah sifat lelaki sebenarnya\!
## Lumrah Kehidupan Lelaki Memerlukan Minat & Hobi
Photo from Pinterest
Tidak dapat dinafikan hobi lelaki ni memang nampak merumitkan di mata pasangnya namun terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan melalui hobinya yang dapat memberikan sedikit ruang untuk mereka melepaskan segala perasaan terpendam.
Lelaki memang sukar untuk menunjukkan emosi mereka tetapi apabila sedang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Di situlah kita dapat melihat sedikit emosi yang ada walaupun sekejap.
Menerima minat lelaki memang sukar untuk perempuan dan tak salah untuk korang cuba memahami hobi mereka dan memberi peluang untuk juga mengenali hobi tersebut kerana ia akan mengubah hidup lelaki tersebut.
Mana tau korang pun akan terjatuh cinta dengan hobi tersebut.
Mungkin korang suka baca ini:
❤️ [Tanda Hubungan Situationship! Elakkan 5 Tanda ini! \| Jom Explore](https://jomexplore.io/article/6932/5-tanda-anda-berada-dalam-terjerat-hubungan-situationship-dengan-alasan-teman-tapi-mesra)
❤️ [Contoh Pasangan dengan Jarak Umur yang Jauh yang Berjaya Bersama: Fyna Jebat & Datuk Zainal Abidin, Datin Seri Zizie Izzete & Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar, Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Jiwa, Datin Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmeet, Datuk Ramli MS & Datin Alyah \| Jom Explore](https://jomexplore.io/article/1538/kahwin-beza-usia-jodoh-tak-kemana-selebriti)
📢 *Follow* kami di **Instagram** [Jomexplore Instagram](https://www.instagram.com/jomexploremy/)
📢 *Follow* kami di **Facebook** [Jomexplore Faecbook](https://www.facebook.com/jomexploremy)
📢*Follow* kami di **Tiktok** [Jomexplore Tiktok](https://www.tiktok.com/@jomexploremy)
標籤:
[Lifestyle](https://jomexplore.io/tag/lifestyle-gayahidup)[lelaki](https://jomexplore.io/tag/lelaki)[sukan](https://jomexplore.io/tag/sukan)[hobi](https://jomexplore.io/tag/hobi)[minat](https://jomexplore.io/tag/minat)
Artikle Terhangat
[ 1 01 Apr Cara Untuk Pergi Ke 5 Pulau Paling Popular](https://jomexplore.io/article/12972/pulau-cantik-di-malaysia-tetapi-tak-tahu-cara-untuk-pergi)
[ 2 31 Mar Sejarah Tercipta Sepak Takraw Di Malaysia](https://jomexplore.io/article/13120/sepak-takraw-sejarah-bagaimana-tercipta-di-negara-kita)
[ 3 15 Mar 2 Negeri Ini Pernah Sambut Raya Sehari Awal Daripada Negeri Lain?](https://jomexplore.io/article/11463/hari-raya-sehari-lebih-awal-pernah-berlaku-dalam-negara-kita)
[ 4 20 Mar 5 Hidangan Yang Paling Popular Di Setiap Negeri Apabila Hari Raya](https://jomexplore.io/article/4623/hidangan-raya-setiap-negeri-rendang-hitam-wajik-dodol)
[ 5 26 Mar Cara Naik WHOOSH dari Jakarta ke Bandung untuk Pelancong Malaysia](https://jomexplore.io/article/19263/cara-naik-whoosh-jakarta-bandung)
[ 6 14 Mar Persiapan Balik Kampung: Tip Perjalanan Lancar & Selamat Raya 2026](https://jomexplore.io/article/18802/persiapan-balik-kampung-raya-2025)
[ 7 29 Mar Larikan Diri Ke SOLÉSOR: Resort Pantai Terbaik Di PD\!](https://jomexplore.io/article/3444/solesor-kampong-beach-resort-penginapan-kontena-unik-di-port-dickson)
[ 8 06 Mar 4 Sebab Kenapa Korang Takleh Turun Berat Walaupun Berpuasa Ketika Ramadhan](https://jomexplore.io/article/4395/berat-badan-bersenam-puasa-ramadhan)
[ 9 03 Mar Percutian Bajet ke Bali Serendah RM500 Bersama JUMPA BALI](https://jomexplore.io/article/19538/percutian-bajet-ke-bali-serendah-rm500-bersama-jumpa-bali)
[ 10 27 Feb Rahsia Lelaki Wangi & Bergaya Musim Raya + Cara Dapat Harga Lebih Jimat](https://jomexplore.io/article/19527/rahsia-lelaki-wangi-bergaya-musim-raya-cara-dapat-harga-lebih-jimat)
Ikuti kami untuk berita terkini
Anda boleh mengikuti kami di Facebook, Instagram dan media sosial utama yang lain untuk mendapatkan artikel, kolum dan video terkini dan terhangat.
[](https://www.facebook.com/jomexploremy)[](https://www.instagram.com/jomexploremy/)[](https://www.tiktok.com/@jomexploremy)
Langgan newsletter kami
Tidak mahu ketinggalan tentang infomasi perlancongan, makan, beli-belah dan riadah terbaik di Malaysia? Ingin menerima artikel terbaru kami setiap minggu? Langganilah newsletter kami\!
Langganan berjaya\!
Sila masukkan e-mel anda
Sila masukkan e-mel yang sah\!
Hantar
[](https://www.presslogic.ai/) [](https://jomexplore.io/ "Jom Explore")
[Tentang Kami](https://jomexplore.io/about) [Pengiklanan](https://jomexplore.io/advertise) [Sertai Kami](https://www.presslogic.ai/career)
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jom Explore.
Hakcipta terpelihara. \| [Dasar Privasi](https://presslogic.com/disclaimer) |
| Readable Markdown | Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.
Hidup sebagai lelaki memang tak tumpah kalau tiada hobi atau minat yang mendalam sehingga memenuhi hidup mereka. Sampaikan para perempuan pun tak faham kenapa boleh obses dengan hobi mereka. Oleh itu, jom tengok hobi apa yang selalu ramai lelaki minat\!
Perempuan selalu menghadapi masalah untuk memahami jiwa seorang lelaki secara mendalam. Secara lumrahnya, memang lelaki banyak perbezaan daripada perempuan terutama tentang pemikiran.
Kebanyakkan lelaki mempunyai pemikiran yang lurus kerana memudahkan hidup mereka dan dapat mengelakkan daripada menyerabutkan kepala dengan macam-macam masalah yang selalu dihadapi.
Disebabkan itulah, ramai lelaki akan mencari hobi atau minat yang mereka dapat memberi masa serta tenaga sepenuhnya untuk memberi sedikit kelapangan dalam hidup dan jiwa mereka.
Haa.. hobi ini penitng tau! Hobi berfungsi sebagai tingkat kepada jiwa lelaki memberikan pandangan tentang personaliti individu. Bagi lelaki, hobi bukan lah sekadar hobi tetapi saluran untuk mengekspresikan diri.
Melalui hobi, mereka dapat berjumpa lebih ramai orang sekaligus memberi ruang untuk membesar dan mendapat perspektif baru dalam kehidupan. Maka, untuk perempuan yang asyik tak faham hobi lelaki jom tengok apa hobi yang selalu lelaki minat.
Photo from Pinterest
Mana tau lepas ni boleh selesaikan masalah tak faham lelaki dan tidak tahu nak beli hadiah apa untuk pasangan sendiri.
Kaki Hiking Dengan Camping
Photo from Pinterest
Haa.. mungkin korang berkenalan dengan lelaki yang jenis kaki hiking dan suka betul pergi camping. Alam semula jadi merupakan rumah kedua dan merasakan mereka dapat memenuhi jiwa apabila duduk melepak menikmati alam sekitar.
Kadang kala ada juga yang suka lakukan aktiviti lasak dalam persekitaran alam semula jadi. Seperti mandi sungai, jungle trekking ataupun mendaki gunung yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental juga tau.
Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada lelaki untuk menguji tahap fizikal dan mental mereka sekaligus mengajar untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran.
Maklumlah, persekitaran alam semula jadi seperti hutan, gunung, sungai bukanlah persekitaran yang selesa tetapi ada kecantikkan disebaliknya yang kemungkinan pasangan korang suka.
Photo from Pinterest
Dapat melihat matahari terbit dapat memenuhi rasa nikmat memberi kepuasan kepada mereka yang suka menghargai persekitaran alam sekitar.
Kaki Sukan Je Hidupnya
Photo from Pinterest
Lelaki dan sukan memang sukar nak dipisahkan. Macam perempuan minat barang kecatnikan, kalau lelaki pula memang wajib bersukan lah! Sebut sahaja sukan apa pasti mempunyai peminat lelaki.
Kalau di negara kita, sukan utama yang dipilih adalah bola sepak. Memang senang sangat nak tengok lelaki main bola sepak pada waktu petang atau malam selepas pulang dari kerja atau bermain futsal.
Kadang kala, ada lelaki yang tak minat bola sepak tetapi minat sukan lain seperti sukan permotoran, bola keranjang dan sepak takraw yang dapat tingkatkan tahap adrenalin, jalinkan hubungan berpasukan dan memberi kepuasan sepenuhnya.
Minat terhadap sukan ini mengajar seorang lelaki untuk berfikir dengan lebih strategik, tingkatkan tahap fizikal dan mengajar untuk kekal berdispilin. Selain itu, mereka juga akan dapat menambah kenalan baru melalui pasukan baru.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jangan terkejut kalau pasangan korang tiap minggu asyik keluar bersukan aja kerana ia membantu mereka untuk kekal cergas dan tajamkan tahap mental mereka.
Kaki Kereta Macam Abang Honda
Photo from Pinterest
Selain daripada sukan atau healing dalam hutan. Lelaki memang wajib tertarik dengan dunia automobil. Setiap lelaki pasti memiliki kereta impian mereka dan pernah bercita-cita untuk menjadi pelumba kereta pada satu masa dalam kehidupan mereka.
Dunia automobil menyediakan sebuah platform untuk menggabungkan kreativiti dan kebolehan teknikal untuk menghasilkan pelbagai rekaan kereta yang sangat menakjubkan. Untuk seorang lelaki, ada yang minat kereta laju, kereta klasik atau menghayati setiap reka bentuk kereta.
Korang juga akan berjumpa lelaki yang obses dalam dunia pemulihan kereta yang akan menghabiskan masa berjam-jam untuk memulihkan kereta terbengkelai kepada keadaan asal untuk dipandu atau disimpian menjadi koleksi.
Hobi ini memang memerlukan banyak kemahiran dan kesabaran untuk memahami serta mempelajari segala aspek pembinaan kereta. Mereka juga akan sentiasa bereksperimen untuk mencari kereta yang sempurna.
Photo from Pinterest
Jangan terkejut kalau rumah mereka macam bengkel kereta dipenuhi dengan peralatan kereta semata-mata untuk membaiki kereta idaman mereka.
Kaki Main Game & Kumpul Memoribilia
Photo from Pinterest
Haa.. memang tak sah la hidup lelaki kalau tak main game kan? Tak kisah game macam mana pun. Lelaki memang wajib main game untuk menghilangkan stress, mencari ketenangan atau mencari kebahagiaan.
Game pula ada macam-macam genre yang akan menarik minat setiap lelaki. Ada lelaki suka main game yang mempunyai perjalanan cerita mendalam dan plot menarik. Ada yang lebih suka genre fantasi dan ada juga suka genre simulasi seperti kehidupan realiti.
Selain itu, ada juga lelaki yang suka mengumpul memoribilia seperti baju vintaj, barang sukan, permainan lama ataupun kasut! Ini semua akan nampak serabut di mata perempuan tetapi di mata lelaki ini adalah pelengkap hidup.
Sama seperti Batman yang mempunyai gua menyimpan koleksinya, lelaki pun ada keinginan untuk mempunyai sebuah bilik yang dipenuhi dengan segala permainan yang diminatinya sejak dari kecil.
Photo from Pinterest
Memang lumrah lelaki untuk menyimpan segala minat mereka supaya dapat dikongsikan bersama rakan, pasangan ataupun anaknya. Haa.. itulah sifat lelaki sebenarnya\!
Lumrah Kehidupan Lelaki Memerlukan Minat & Hobi
Photo from Pinterest
Tidak dapat dinafikan hobi lelaki ni memang nampak merumitkan di mata pasangnya namun terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan melalui hobinya yang dapat memberikan sedikit ruang untuk mereka melepaskan segala perasaan terpendam.
Lelaki memang sukar untuk menunjukkan emosi mereka tetapi apabila sedang melakukan aktiviti kegemaran mereka. Di situlah kita dapat melihat sedikit emosi yang ada walaupun sekejap.
Menerima minat lelaki memang sukar untuk perempuan dan tak salah untuk korang cuba memahami hobi mereka dan memberi peluang untuk juga mengenali hobi tersebut kerana ia akan mengubah hidup lelaki tersebut.
Mana tau korang pun akan terjatuh cinta dengan hobi tersebut.
Mungkin korang suka baca ini: |
| Shard | 28 (laksa) |
| Root Hash | 6372381886494500028 |
| Unparsed URL | io,jomexplore!/article/7689/lelaki-hobi-minat-game-bolasepak-sukan-hiking s443 |