🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 141 (from laksa066)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

đź“„
INDEXABLE
âś…
CRAWLED
22 hours ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://irfront.org/post/seksualiti-merdeka-rakyat-perlu-sedia-dialog-secara-terbuka-kata-irf-129
Last Crawled2026-04-13 17:49:44 (22 hours ago)
First Indexed2023-07-01 05:53:13 (2 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleIRF | <!-- -->Seksualiti Merdeka: Rakyat perlu sedia dialog secara terbuka, kata IRF
Meta DescriptionKUALA LUMPUR, 10 Nov – Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya lebih bersedia untuk berbincang dan berdialog secara terbuka terutamanya dalam isu gender dan seksualiti tanpa melahirkan ancaman dan kecaman. […]
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya lebih bersedia untuk berbincang dan berdialog secara terbuka terutamanya dalam isu gender dan seksualiti tanpa melahirkan ancaman dan kecaman. Kata beliau, walaupun rakyat mungkin berbeza pandangan tentang isu berhubung moral, “kita harus menghormati hak seseorang sebagai individu.” “Seseorang yang mengaku beragama Islam haruslah dihormati haknya sebagai seorang Islam. Sekiranya ia mempunyai keinginan yang bukan heteronormatif, yang demikian itu tidak memberikan kuasa kepada sesiapapun untuk menghina dan menindas individu tersebut,” kata beliau dalam pandangannya mengenai isu kontroversi berkaitan dengan Seksualiti Merdeka. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam. Katanya, laporan yang diterima sehingga kelmarin itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka. “Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya. Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Ahmad Farouk menambah seperti yang dinyatakan oleh Profesor Tariq Ramadan, perlakuan yang dianggap terkutuk oleh norma-norma moral bukan menjadi alasan untuk menghina dan memencilkan seseorang daripada masyarakatnya. “Oleh kerana menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai, maka kita haruslah berupaya untuk merubah masyarakat agar is bersifat lebih inklusif. Tidak harus ada diskriminasi hanya berdasarkan gender dan orientasi seks,” kata beliau lagi. Justeru katanya, setiap warga sebuah negara sepatutnya mempunyai hak untuk hidup berdasarkan keyakinannya tanpa sebarang ketakutan dan kegusaran. Dalam pandangannya, Ahmad Farouk berkata secara peribadi beliau menyokong pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Seksualiti Merdeka kelmarin. “Kita dapati media massa perdana termasuk Utusan dan TV3 telah memberikan laporan yang amat tidak adil kepada penganjurnya dengan menggambarkan mereka sebagai menganjurkan festival seks bebas. Laporan yang sedemikian adalah sangat tidak bertanggungjawab,” kata beliau lagi. Oleh itu soal beliau, “adakah kerana inilah peluang terbaik untuk menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga setelah mereka gagal untuk menghalang puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalan raya untuk menyuarakan hasrat mereka supaya kerajaan menghormati demokrasi dan kebebasan rakyat menjadi tanda tanya.” “Bukankah Datin Marina Mahathir juga menegaskan sekiranya Datuk Ambiga dituduh sedemikian, maka dirinya sendiri pernah merasmikan Seksualiti Merdeka dua tahun lepas? “Adakah ini bermakna yang beliau juga menganjurkan seks bebas?” katanya lagi. Kata Ahmad Farouk, rakyat Malaysia secara amnya, dan terutama yang beragama Islam harus memahami bahawa mereka hidup di dalam masyarakat yang begitu rencam bukan hanya daripada segi agama dan kebudayaan tetapi juga orientasi seks. “Kita sepatutnya lebih bersifat inklusif dan bukannya mendiskriminasikan mereka yang dianggap berlainan daripada apa yang diterima sebagai heteronormatif,” tambah beliau.
Markdown
[Home](https://irfront.org/) [About Us](https://irfront.org/page/introduction) [Introduction](https://irfront.org/page/introduction)[Vision and Mission](https://irfront.org/page/vision-and-mission-statement)[People at IRF](https://irfront.org/page/people-at-irf) [Articles](https://irfront.org/category/articles) [English](https://irfront.org/category/articles-english)[Bahasa Malaysia](https://irfront.org/category/articles-malay) [Categories](https://irfront.org/recent) [Bahasa Malaysia](https://irfront.org/category/articles-malay)[English](https://irfront.org/category/articles-english)[Bersih](https://irfront.org/category/bersih)[BFMpodcast](https://irfront.org/category/bfmpodcast)[Events](https://irfront.org/category/events)[Featured](https://irfront.org/category/featured)[Interviews](https://irfront.org/category/interviews)[IRF in the News](https://irfront.org/category/news)[Opinion & Features](https://irfront.org/category/opinion-features)[Press Statements](https://irfront.org/category/statements)[Speeches](https://irfront.org/category/speeches) [Statements](https://irfront.org/category/statements) [Partners](https://irfront.org/page/partners) [Bersih 2.0](http://www.bersih.org/)[Penang Institute](http://penanginstitute.org/v3/home/)[IKMAS](http://www.ukm.my/ikmas/)[G25](https://www.g25malaysia.org/)[C4 Center](http://www.c4center.org/)[Iqbal Centre](http://iqbalcentre.leeds.ac.uk/)[FORSEA](https://forsea.co/)[Islamic College Sadra](https://sadra.ac.id/)[Maarif Institute](https://maarifinstitute.org/)[HCDHF](https://www.hcdhf.org/) [Donation](https://irfront.org/page/donation) [Contact](https://irfront.org/page/contact) [![](https://irfront.org/logo-with-name.png)](https://irfront.org/) [Home](https://irfront.org/) [About Us](https://irfront.org/page/introduction) [Introduction](https://irfront.org/page/introduction)[Vision and Mission](https://irfront.org/page/vision-and-mission-statement)[People at IRF](https://irfront.org/page/people-at-irf) [Articles](https://irfront.org/category/articles) [English](https://irfront.org/category/articles-english)[Bahasa Malaysia](https://irfront.org/category/articles-malay) [Statements](https://irfront.org/category/statements) [Partners](https://irfront.org/page/partners) [Bersih 2.0](http://www.bersih.org/)[Penang Institute](http://penanginstitute.org/v3/home/)[IKMAS](http://www.ukm.my/ikmas/)[G25](https://www.g25malaysia.org/)[C4 Center](http://www.c4center.org/)[Iqbal Centre](http://iqbalcentre.leeds.ac.uk/)[FORSEA](https://forsea.co/)[Islamic College Sadra](https://sadra.ac.id/)[Maarif Institute](https://maarifinstitute.org/)[HCDHF](https://www.hcdhf.org/) [Donation](https://irfront.org/page/donation) [Contact](https://irfront.org/page/contact) Seksualiti Merdeka: Rakyat perlu sedia dialog secara terbuka, kata IRF April 8, 2012 [Print View](https://irfront.org/print/129) KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya lebih bersedia untuk berbincang dan berdialog secara terbuka terutamanya dalam isu gender dan seksualiti tanpa melahirkan ancaman dan kecaman. Kata beliau, walaupun rakyat mungkin berbeza pandangan tentang isu berhubung moral, “kita harus menghormati hak seseorang sebagai individu.” “Seseorang yang mengaku beragama Islam haruslah dihormati haknya sebagai seorang Islam. Sekiranya ia mempunyai keinginan yang bukan heteronormatif, yang demikian itu tidak memberikan kuasa kepada sesiapapun untuk menghina dan menindas individu tersebut,” kata beliau dalam pandangannya mengenai isu kontroversi berkaitan dengan Seksualiti Merdeka. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam. Katanya, laporan yang diterima sehingga kelmarin itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka. “Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya. Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Ahmad Farouk menambah seperti yang dinyatakan oleh Profesor Tariq Ramadan, perlakuan yang dianggap terkutuk oleh norma-norma moral bukan menjadi alasan untuk menghina dan memencilkan seseorang daripada masyarakatnya. “Oleh kerana menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai, maka kita haruslah berupaya untuk merubah masyarakat agar is bersifat lebih inklusif. Tidak harus ada diskriminasi hanya berdasarkan gender dan orientasi seks,” kata beliau lagi. Justeru katanya, setiap warga sebuah negara sepatutnya mempunyai hak untuk hidup berdasarkan keyakinannya tanpa sebarang ketakutan dan kegusaran. Dalam pandangannya, Ahmad Farouk berkata secara peribadi beliau menyokong pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Seksualiti Merdeka kelmarin. “Kita dapati media massa perdana termasuk Utusan dan TV3 telah memberikan laporan yang amat tidak adil kepada penganjurnya dengan menggambarkan mereka sebagai menganjurkan festival seks bebas. Laporan yang sedemikian adalah sangat tidak bertanggungjawab,” kata beliau lagi. Oleh itu soal beliau, “adakah kerana inilah peluang terbaik untuk menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga setelah mereka gagal untuk menghalang puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalan raya untuk menyuarakan hasrat mereka supaya kerajaan menghormati demokrasi dan kebebasan rakyat menjadi tanda tanya.” “Bukankah Datin Marina Mahathir juga menegaskan sekiranya Datuk Ambiga dituduh sedemikian, maka dirinya sendiri pernah merasmikan Seksualiti Merdeka dua tahun lepas? “Adakah ini bermakna yang beliau juga menganjurkan seks bebas?” katanya lagi. Kata Ahmad Farouk, rakyat Malaysia secara amnya, dan terutama yang beragama Islam harus memahami bahawa mereka hidup di dalam masyarakat yang begitu rencam bukan hanya daripada segi agama dan kebudayaan tetapi juga orientasi seks. “Kita sepatutnya lebih bersifat inklusif dan bukannya mendiskriminasikan mereka yang dianggap berlainan daripada apa yang diterima sebagai heteronormatif,” tambah beliau. # Search # Latest Video Visit more videos at LiberTV # Categories [Bahasa Melayu](https://irfront.org/category/articles-malay) [English](https://irfront.org/category/articles-english) [Bersih](https://irfront.org/category/bersih) [BFMpodcast](https://irfront.org/category/bfmpodcast) [Events](https://irfront.org/category/events) [Featured](https://irfront.org/category/featured) [Interviews](https://irfront.org/category/interviews) [IRF in the News](https://irfront.org/category/news) [Opinion & Features](https://irfront.org/category/opinion-features) [Press Statements](https://irfront.org/category/statements) [Speeches](https://irfront.org/category/speeches) ![](https://irfront.org/logo-square-name.png) Contact Us Islamic Renaissance Front 26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: [\[email protected\]](https://irfront.org/cdn-cgi/l/email-protection) Phone: +603-2615-7919 Fax: +603-2615-2699 Updated version: 2.39-20231022 Social Media [YouTube](https://www.youtube.com/irflibertv) [Facebook](https://www.facebook.com/irfront) [E-mail](https://irfront.org/cdn-cgi/l/email-protection#94fdfaf2fbd4fde6f2e6fbfae0bafbe6f3) [TikTok](https://www.tiktok.com/@.islamic.renaissa)
Readable Markdown
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya lebih bersedia untuk berbincang dan berdialog secara terbuka terutamanya dalam isu gender dan seksualiti tanpa melahirkan ancaman dan kecaman. Kata beliau, walaupun rakyat mungkin berbeza pandangan tentang isu berhubung moral, “kita harus menghormati hak seseorang sebagai individu.” “Seseorang yang mengaku beragama Islam haruslah dihormati haknya sebagai seorang Islam. Sekiranya ia mempunyai keinginan yang bukan heteronormatif, yang demikian itu tidak memberikan kuasa kepada sesiapapun untuk menghina dan menindas individu tersebut,” kata beliau dalam pandangannya mengenai isu kontroversi berkaitan dengan Seksualiti Merdeka. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam. Katanya, laporan yang diterima sehingga kelmarin itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka. “Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya. Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Ahmad Farouk menambah seperti yang dinyatakan oleh Profesor Tariq Ramadan, perlakuan yang dianggap terkutuk oleh norma-norma moral bukan menjadi alasan untuk menghina dan memencilkan seseorang daripada masyarakatnya. “Oleh kerana menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai, maka kita haruslah berupaya untuk merubah masyarakat agar is bersifat lebih inklusif. Tidak harus ada diskriminasi hanya berdasarkan gender dan orientasi seks,” kata beliau lagi. Justeru katanya, setiap warga sebuah negara sepatutnya mempunyai hak untuk hidup berdasarkan keyakinannya tanpa sebarang ketakutan dan kegusaran. Dalam pandangannya, Ahmad Farouk berkata secara peribadi beliau menyokong pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Seksualiti Merdeka kelmarin. “Kita dapati media massa perdana termasuk Utusan dan TV3 telah memberikan laporan yang amat tidak adil kepada penganjurnya dengan menggambarkan mereka sebagai menganjurkan festival seks bebas. Laporan yang sedemikian adalah sangat tidak bertanggungjawab,” kata beliau lagi. Oleh itu soal beliau, “adakah kerana inilah peluang terbaik untuk menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga setelah mereka gagal untuk menghalang puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalan raya untuk menyuarakan hasrat mereka supaya kerajaan menghormati demokrasi dan kebebasan rakyat menjadi tanda tanya.” “Bukankah Datin Marina Mahathir juga menegaskan sekiranya Datuk Ambiga dituduh sedemikian, maka dirinya sendiri pernah merasmikan Seksualiti Merdeka dua tahun lepas? “Adakah ini bermakna yang beliau juga menganjurkan seks bebas?” katanya lagi. Kata Ahmad Farouk, rakyat Malaysia secara amnya, dan terutama yang beragama Islam harus memahami bahawa mereka hidup di dalam masyarakat yang begitu rencam bukan hanya daripada segi agama dan kebudayaan tetapi juga orientasi seks. “Kita sepatutnya lebih bersifat inklusif dan bukannya mendiskriminasikan mereka yang dianggap berlainan daripada apa yang diterima sebagai heteronormatif,” tambah beliau.
Shard141 (laksa)
Root Hash2165977545491665141
Unparsed URLorg,irfront!/post/seksualiti-merdeka-rakyat-perlu-sedia-dialog-secara-terbuka-kata-irf-129 s443