ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.3 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://ikram.org.my/tip-bina-keyakinan-diri/ |
| Last Crawled | 2026-03-29 17:45:47 (9 days ago) |
| First Indexed | 2021-10-06 09:16:36 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Tip bina keyakinan diri |
| Meta Description | Rasa percaya terhadap diri sendiri sangat penting bukan sahaja untuk tampil yakin di hadapan orang lain, sebaliknya kemampuan menghormati diri sendiri, optimis, rasa bahagia serta bertindak rasional dalam melakukan sesuatu. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Elemen itu juga sebenarnya tanpa disedari sangat penting kerana kekurangan rasa percaya pada diri sendiri boleh memberi implikasi negatif kepada kehidupan seharian termasuk kesihatan mental. Keyakinan diri boleh dilihat menerusi prestasi kerja, penyelesaian masalah serta kemampuan mengimbangi kehidupan seharian.
Tetapi tidak dinafikan adakalanya sebagai manusia biasa kita boleh menjadi seorang yang rapuh dan tidak percaya kepada diri sendiri termasuk keputusan yang dibuat dalam hidup. Jangan bimbang! Ikuti lima tip ini untuk meningkatkan rasa percaya diri anda.
Perasaan tidak yakin boleh memudaratkan
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda mungkin pernah merasakan diri sendiri sebagai
loser
apabila melihat prestasi rakan baik dalam pelajaran, berasa iri hati dengan imbuhan diterima rakan sepejabat atau merasakan diri anda tiada keistimewaan.
Seharusnya tanamkan dalam diri bahawa hidup anda bukan sebuah pertandingan. Langkah membandingkan diri dengan orang lain bukan perkara sihat dan sebenarnya adalah perkara sia-sia.
Lebih baik yakin dan bangga dengan diri sendiri
.
Sayangi diri dengan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta malas bersukan sebenarnya sangat mempengaruhi keyakinan diri anda.
Yakin diri mesti seiring dengan tindakan teliti
Kasihani diri sendiri. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan sehingga boleh menyebabkan keyakinan diri menurun.
Anda sedang melatih diri untuk berhati-hati, memahami sesuatu perkara sebelum membuat keputusan walaupun ia berkaitan hal remeh. Tidak mengapa, apabila itu terjadi, tidak salah untuk berasa kasihan atau ketawa terhadap diri sendiri terhadap tindakan atau keputusan ‘bodoh’ yang anda buat. Lawan pemikiran negatif.
Meskipun tidak salah untuk berasa ragu dan kasihan terhadap diri sendiri, namun jangan sesekali berfikiran negatif tentangnya. Sebaik-baiknya anda perlu melawan setiap pemikiran ‘jahat’ dan cuba berfikiran positif.
Jika tidak mampu menanggung seorang diri, kongsi masalah anda dengan sahabat baik. Luahan tentang apa yang terbuku di hati dapat meringankan beban anda.
Cara meningkatkan keyakinan diri
Keyakinan diri yang sering dicari, adakah anda semua benar-benar yakin dengan diri anda sendiri? Tepuk dada tanyalah selera. Antara cara meningkatkan keyakinan diri anda tanpa memikirkan orang lain, iaitu mulakan hari anda dengan positif.
Selain itu, setiap hari ketika anda bangun daripada tidur, anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari.
Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun daripada tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.
Cuba ‘hadiahkan’ diri anda untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, ‘hadiahkan’ diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Seterusnya, tekankan kepada penampilan anda. Ini kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang ‘ekstra’ dalam tindakan anda.
Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik.
Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas, memilih sahabat yang positif kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang, dan mendapatkan ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap.
Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu, kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca, kita dapat memperolehi ‘modal’ dalam berbicara dan yakin diri dapat dicapai.
Kesimpulan
Matlamat-matlamat hidup yang jelas adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju serta pemantapan keyakinan diri seseorang.
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang baik serta selaras dengan tuntutan agama yang jelas, akan seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup yang berkesan agar anda akan lebih berjaya meniti kehidupan. Rujuklah dengan kaunselor jika anda masih kurang faham dan perlukan bimbingan supaya keyakinan diri sendiri terbina dengan bantuan profesional.
Dr Samsiah Jayos
Pensyarah Kaunseling UNIMAS dan Kaunselor Berlesen
Ahli IKRAM |
| Markdown | [Skip to content](https://ikram.org.my/tip-bina-keyakinan-diri/#content)
[](https://ikram.org.my/)

[Sertai Kami](https://www.ikram.org.my/reg/)
# Tip bina keyakinan diri
## [Pendapat](https://ikram.org.my/category/pendapat/)
- [Hafizuddin Abdul Mukti](https://ikram.org.my/author/hafizuddin/)
- [28 December 2020](https://ikram.org.my/2020/12/28/)
- 2:36 am

Elemen itu juga sebenarnya tanpa disedari sangat penting kerana kekurangan rasa percaya pada diri sendiri boleh memberi implikasi negatif kepada kehidupan seharian termasuk kesihatan mental. Keyakinan diri boleh dilihat menerusi prestasi kerja, penyelesaian masalah serta kemampuan mengimbangi kehidupan seharian.
Tetapi tidak dinafikan adakalanya sebagai manusia biasa kita boleh menjadi seorang yang rapuh dan tidak percaya kepada diri sendiri termasuk keputusan yang dibuat dalam hidup. Jangan bimbang! Ikuti lima tip ini untuk meningkatkan rasa percaya diri anda.
**Perasaan tidak yakin boleh memudaratkan**
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda mungkin pernah merasakan diri sendiri sebagai *loser* apabila melihat prestasi rakan baik dalam pelajaran, berasa iri hati dengan imbuhan diterima rakan sepejabat atau merasakan diri anda tiada keistimewaan.
Seharusnya tanamkan dalam diri bahawa hidup anda bukan sebuah pertandingan. Langkah membandingkan diri dengan orang lain bukan perkara sihat dan sebenarnya adalah perkara sia-sia.
Lebih baik yakin dan bangga dengan diri sendiri**.** Sayangi diri dengan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta malas bersukan sebenarnya sangat mempengaruhi keyakinan diri anda.
**Yakin diri mesti seiring dengan tindakan teliti**
Kasihani diri sendiri. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan sehingga boleh menyebabkan keyakinan diri menurun.
Anda sedang melatih diri untuk berhati-hati, memahami sesuatu perkara sebelum membuat keputusan walaupun ia berkaitan hal remeh. Tidak mengapa, apabila itu terjadi, tidak salah untuk berasa kasihan atau ketawa terhadap diri sendiri terhadap tindakan atau keputusan ‘bodoh’ yang anda buat. Lawan pemikiran negatif.
Meskipun tidak salah untuk berasa ragu dan kasihan terhadap diri sendiri, namun jangan sesekali berfikiran negatif tentangnya. Sebaik-baiknya anda perlu melawan setiap pemikiran ‘jahat’ dan cuba berfikiran positif.
Jika tidak mampu menanggung seorang diri, kongsi masalah anda dengan sahabat baik. Luahan tentang apa yang terbuku di hati dapat meringankan beban anda.
**Cara meningkatkan keyakinan diri**
Keyakinan diri yang sering dicari, adakah anda semua benar-benar yakin dengan diri anda sendiri? Tepuk dada tanyalah selera. Antara cara meningkatkan keyakinan diri anda tanpa memikirkan orang lain, iaitu mulakan hari anda dengan positif.
Selain itu, setiap hari ketika anda bangun daripada tidur, anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari.
Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun daripada tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.
Cuba ‘hadiahkan’ diri anda untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, ‘hadiahkan’ diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Seterusnya, tekankan kepada penampilan anda. Ini kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang ‘ekstra’ dalam tindakan anda.
Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik.
Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas, memilih sahabat yang positif kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang, dan mendapatkan ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap.
Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu, kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca, kita dapat memperolehi ‘modal’ dalam berbicara dan yakin diri dapat dicapai.
**Kesimpulan**
Matlamat-matlamat hidup yang jelas adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju serta pemantapan keyakinan diri seseorang.
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang baik serta selaras dengan tuntutan agama yang jelas, akan seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup yang berkesan agar anda akan lebih berjaya meniti kehidupan. Rujuklah dengan kaunselor jika anda masih kurang faham dan perlukan bimbingan supaya keyakinan diri sendiri terbina dengan bantuan profesional.
*Dr Samsiah Jayos Pensyarah Kaunseling UNIMAS dan Kaunselor Berlesen Ahli IKRAM*
3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…
[](https://ikram.org.my/pti2023)
###### **Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?**
###### **Hantar maklumat anda kepada kami:**
## ARTIKEL TERKINI
[](https://ikram.org.my/perang-iran-vs-as-israel-mampukah-malaysia-bertahan/)
### [Perang Iran vs AS-Israel: Mampukah Malaysia Bertahan?](https://ikram.org.my/perang-iran-vs-as-israel-mampukah-malaysia-bertahan/)
[](https://ikram.org.my/bekerja-dari-rumah-anjakan-paradigma-yang-wajar/)
### [Bekerja dari Rumah: Anjakan Paradigma yang Wajar](https://ikram.org.my/bekerja-dari-rumah-anjakan-paradigma-yang-wajar/)
[](https://ikram.org.my/kemeriahan-hari-raya-hidupkan-roh-ziarah-yang-pudar/)
### [Kemeriahan Hari Raya: Hidupkan Roh Ziarah yang Pudar](https://ikram.org.my/kemeriahan-hari-raya-hidupkan-roh-ziarah-yang-pudar/)
[](https://ikram.org.my/sambutan-aidilfitri-di-sebalik-tirai-besi-sebuah-catatan/)
### [Sambutan Aidilfitri di Sebalik Tirai Besi: Sebuah Catatan](https://ikram.org.my/sambutan-aidilfitri-di-sebalik-tirai-besi-sebuah-catatan/)
[](https://ikram.org.my/if-the-iran-war-escalates-american-voters-are-politically-responsible/)
### [If the Iran War Escalates, American Voters are Politically Responsible](https://ikram.org.my/if-the-iran-war-escalates-american-voters-are-politically-responsible/)
## ARTIKEL BERKAITAN
- [Perang Iran vs AS-Israel: Mampukah Malaysia Bertahan?](https://ikram.org.my/perang-iran-vs-as-israel-mampukah-malaysia-bertahan/)
- [Bekerja dari Rumah: Anjakan Paradigma yang Wajar](https://ikram.org.my/bekerja-dari-rumah-anjakan-paradigma-yang-wajar/)
###### Aktiviti
- [Aktiviti IKRAM Negeri](https://ikram.org.my/aktiviti-ikram-negeri/)

###### Kenali Kami
- [Siapa Kami](https://ikram.org.my/kenali-kami/)
- [Hubungi Kami](https://ikram.org.my/hubungi-pejabat-perhubungan-ikram-pusat-hq/)
- [Institusi IKRAM](https://ikram.org.my/institusi-ikram/)
- [Wanita IKRAM](https://wanita.ikram.org.my/)
- [IKRAM Muda](https://www.facebook.com/IKRAMMudaMalaysia)
###### Media Sosial
- [Facebook](https://www.facebook.com/ikrammalaysia)
- [Tiktok](https://www.tiktok.com/@ikram.my)
- [Instagram](https://www.instagram.com/ikram.malaysia/)
- [Twitter](https://twitter.com/ikrammalaysia)
- [Pinterest](https://www.pinterest.com/ikrammalaysia/)
- [Telegram](https://t.me/ikrammalaysiaofficial)
- [Youtube](https://www.youtube.com/channel/UCn8VNNIiLwDdks6m9EN8YAQ)
###### [Artikel](https://ikram.org.my/artikel/)
- [Kenyataan Media](https://ikram.org.my/category/kenyataan-media/)
- [Daftar Sebagai Ahli](https://www.ikram.org.my/reg/)
- [Pertukaran Kawasan Ahli](https://www.ikram.org.my/reg/member_applytransfer.php)
[Dasar Privasi](https://ikram.org.my/dasar-privasi-terma-syarat-dan-polisi-pemulangan/)
\|
[Terma & Syarat](https://ikram.org.my/dasar-privasi-terma-syarat-dan-polisi-pemulangan/)
\|
[Polisi Pemulangan](https://ikram.org.my/dasar-privasi-terma-syarat-dan-polisi-pemulangan/)
© 2009 – 2024 Pertubuhan IKRAM Malaysia
## Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my
## Berita Terkini IKRAM
### Dapatkan info TERKINI
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia
- [Kenali Siapa Pertubuhan NGO IKRAM Malaysia](https://ikram.org.my/?page_id=941)
- [TV IKRAM Saluran Youtube](https://ikram.org.my/tv-ikram/)
- [Artikel](https://ikram.org.my/artikel/)
- [Bicara Pimpinan](https://ikram.org.my/bicara-pimpinan/)
- [Institusi](https://ikram.org.my/institusi-institusi-ikram/)
- [KADRI](https://ikram.org.my/tip-bina-keyakinan-diri/)
- [IKRAM Negeri](https://ikram.org.my/perlis/)
- [Aktiviti](https://ikram.org.my/aktiviti_ikram/)
- [Hubungi Kami](https://ikram.org.my/hubungi-ikram/)
- [Agensi](https://ikram.org.my/agensi-agensi-ikram/)
- [12 Ciri Negara Rahmah](https://ikram.org.my/12-ciri-negara-rahmah/)
- [Sumbangan](https://ikram.org.my/tip-bina-keyakinan-diri/)
- [Sertai IKRAM](https://ikram.org.my/tip-bina-keyakinan-diri/)

 |
| Readable Markdown | Elemen itu juga sebenarnya tanpa disedari sangat penting kerana kekurangan rasa percaya pada diri sendiri boleh memberi implikasi negatif kepada kehidupan seharian termasuk kesihatan mental. Keyakinan diri boleh dilihat menerusi prestasi kerja, penyelesaian masalah serta kemampuan mengimbangi kehidupan seharian.
Tetapi tidak dinafikan adakalanya sebagai manusia biasa kita boleh menjadi seorang yang rapuh dan tidak percaya kepada diri sendiri termasuk keputusan yang dibuat dalam hidup. Jangan bimbang! Ikuti lima tip ini untuk meningkatkan rasa percaya diri anda.
**Perasaan tidak yakin boleh memudaratkan**
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda mungkin pernah merasakan diri sendiri sebagai *loser* apabila melihat prestasi rakan baik dalam pelajaran, berasa iri hati dengan imbuhan diterima rakan sepejabat atau merasakan diri anda tiada keistimewaan.
Seharusnya tanamkan dalam diri bahawa hidup anda bukan sebuah pertandingan. Langkah membandingkan diri dengan orang lain bukan perkara sihat dan sebenarnya adalah perkara sia-sia.
Lebih baik yakin dan bangga dengan diri sendiri**.** Sayangi diri dengan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta malas bersukan sebenarnya sangat mempengaruhi keyakinan diri anda.
**Yakin diri mesti seiring dengan tindakan teliti**
Kasihani diri sendiri. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan sehingga boleh menyebabkan keyakinan diri menurun.
Anda sedang melatih diri untuk berhati-hati, memahami sesuatu perkara sebelum membuat keputusan walaupun ia berkaitan hal remeh. Tidak mengapa, apabila itu terjadi, tidak salah untuk berasa kasihan atau ketawa terhadap diri sendiri terhadap tindakan atau keputusan ‘bodoh’ yang anda buat. Lawan pemikiran negatif.
Meskipun tidak salah untuk berasa ragu dan kasihan terhadap diri sendiri, namun jangan sesekali berfikiran negatif tentangnya. Sebaik-baiknya anda perlu melawan setiap pemikiran ‘jahat’ dan cuba berfikiran positif.
Jika tidak mampu menanggung seorang diri, kongsi masalah anda dengan sahabat baik. Luahan tentang apa yang terbuku di hati dapat meringankan beban anda.
**Cara meningkatkan keyakinan diri**
Keyakinan diri yang sering dicari, adakah anda semua benar-benar yakin dengan diri anda sendiri? Tepuk dada tanyalah selera. Antara cara meningkatkan keyakinan diri anda tanpa memikirkan orang lain, iaitu mulakan hari anda dengan positif.
Selain itu, setiap hari ketika anda bangun daripada tidur, anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari.
Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun daripada tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.
Cuba ‘hadiahkan’ diri anda untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, ‘hadiahkan’ diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Seterusnya, tekankan kepada penampilan anda. Ini kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang ‘ekstra’ dalam tindakan anda.
Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik.
Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas, memilih sahabat yang positif kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang, dan mendapatkan ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap.
Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu, kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca, kita dapat memperolehi ‘modal’ dalam berbicara dan yakin diri dapat dicapai.
**Kesimpulan**
Matlamat-matlamat hidup yang jelas adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju serta pemantapan keyakinan diri seseorang.
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang baik serta selaras dengan tuntutan agama yang jelas, akan seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup yang berkesan agar anda akan lebih berjaya meniti kehidupan. Rujuklah dengan kaunselor jika anda masih kurang faham dan perlukan bimbingan supaya keyakinan diri sendiri terbina dengan bantuan profesional.
*Dr Samsiah Jayos Pensyarah Kaunseling UNIMAS dan Kaunselor Berlesen Ahli IKRAM* |
| Shard | 17 (laksa) |
| Root Hash | 15205269149238700017 |
| Unparsed URL | my,org,ikram!/tip-bina-keyakinan-diri/ s443 |