ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 1.7 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/ |
| Last Crawled | 2026-02-20 16:19:51 (1 month ago) |
| First Indexed | 2024-05-27 07:15:37 (1 year ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Sakit Kepala Sebelah Kiri: Punca dan Rawatan |
| Meta Description | Sakit kepala sebelah kiri boleh menjadi petunjuk kepada permasalahan sebenar. Sememangnya sukar untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Sakit kepala sebelah kiri boleh menjadi petunjuk kepada permasalahan sebenar. Sememangnya sukar untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala. Namun, lokasi sakit kepala yang berlaku boleh menjadi satu petunjuk untuk mengetahui masalah yang berlaku.
Sakit kepala adalah antara sakit yang memberi kesan kepada hampir 50 peratus orang dewasa di seluruh dunia.
Sakit kepala
boleh berlaku pada satu bahagian kepala atau kedua-dua bahagian kepala.
Sakit kepala boleh datang secara perlahan atau secara tiba-tiba. Rasa sakit ini boleh berdenyut-denyut, tumpul atau tajam menusuk. Kadang kala, sakit ini boleh merebak hingga ke bahagian leher, belakang mata atau gigi.
Punca sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gejala-gejala dan jenis sakit kepala seperti berikut:
1.Migrain
Migrain adalah penyakit atau sakit kepala yang paling kerap berlaku di dalam dunia. Migrain juga lebih 2 atau 3 kali ganda lebih senang banyak berlaku terhadap wanita berbanding lelaki.
Ciri-ciri:
Anda akan rasa sakit kepala yang teruk, sakit ini akan berdenyut-denyut dan selalunya berlaku sebelah kepala.
Gejala ini selalunya akan disertai oleh rasa loya, muntah, sensitif kepada cahaya dan bunyi, dan aura.
[1]
Aura ialah perubahan dalam penglihatan, percakapan dan sensasi lain.
Kebiasaannya, migrain boleh berlarutan 4 hingga 72 jam.
Migrain boleh dicetuskan oleh:
[2]
Stres atau tekanan
Makanan seperti arak, keju dan coklat
Cahaya yang terlampau terang
Bunyi yang kuat yang lama
Bau yang kuat seperti minyak wangi
Prahaid atau pramenstruasi bagi wanita
2. Sakit Kepala Tegangan
Sakit kepala jenis tegangan atau
tension headache
boleh berlaku pada satu bahagian kepala. Maka, sakit kepala sebelah kiri boleh berpunca daripada sakit kepala jenis ini.
Sakit kepala tegangan tidak sekuat atau seteruk migrain tetapi masih mengakibatkan rasa sakit yang agak kuat.
Ciri-ciri:
Gejala atau simptom akibat sakit kepala jenis ini ialah rasa ketat di kepala, sakit yang menekan yang bermula dari belakang mata dan merebak ke dahi atau belakang kepala.
Sakit ini juga turut menyebabkan rasa tegang pada otot leher dan bahu.
Sakit kepala jenis ini boleh disebabkan oleh:
Stres
Tegangan di leher dan bahu
Posisi badan yang tidak betul
Kecederaan pada leher
3. Sakit Kepala Kelompok
Sakit kepala kelompok ini sebenarnya jarang berlaku. Sakit kepala jenis ini amat menyakitkan dan dicirikan oleh kesakitan di satu bahagian kepala.
Ciri-ciri:
Gejala yang ditunjukkan oleh sakit kepala jenis ini adalah rasa sakit yang kuat pada satu bahagian kepala, sakit ini menjadi kuat selepas 5 hingga 10 minit, sakit yang kuat berpanjangan sehingga 30 hingga 60 minit.
Selain itu, tanda lain seperti hidung menjadi tersumbat dan berair, mata di bahagian kepala yang sakit akan menjadi merah dan berair, dan muka akan berpeluh.
Sakit kepala jenis ini dipercayai mempunyai perkaitan dengan bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.
Penyebab-penyebab lain kepada sakit kepala sebelah kiri
Kecederaan
Berkaitan saluran darah
Terlebih guna ubat
Keradangan
Sinusitis
Suka langkau waktu makan
Kurang tidur
Rawatan
Kebiasaannya, sekiranya sakit kepala ini tidak melibatkan masalah kesihatan yang tersembunyi yang lain, pesakit akan dirawat dengan ubat pelega kesakitan.
Ibuprofen dan aspirin adalah antara ubat belian kaunter atau atas talian yang turut boleh digunakan untuk melegakan kesakitan.
Sekiranya sakit kepala ini teruk, doktor mungkin akan memberikan ubat penghilang kesakitan atau ubat pengendur otot terutamanya untuk migrain dan sakit kepala tegangan.
Urutan juga boleh mengurangkan kesakitan akibat sakit kepala tegangan ini.
[3]
Manakala, sakit kepala kelompok pula boleh dirawat dengan satu sesi rawatan oksigen.
Perubahan pada gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghindari sakit kepala jenis-jenis ini:
Bersantai atau melakukan senaman regangan otot seperti yoga dan yang seangkatan dengannya.
Hindari makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti kafein, arak dan keju.
Bila perlu berjumpa doktor
Dapatkan rawatan segera sekiranya timbul gejala-gejala seperti berikut bersama-sama sakit kepala:
Kabur penglihatan
Demam
Sakit kepala itu terjadi pertama kali sejak 50 tahun
Perubahan pada corak sakit kepala
Sakit kepala semakin teruk
Perubahan pada mental dan personaliti
Menyebabkan aktiviti harian tidak terurus
Sakit kepala bermula selepas terhantuk di kepala
Tidak sedarkan diri
Sakit dan merah pada mata
Rujukan
Schwedt T. J. (2014).
Chronic migraine
.
BMJ
.
Marmura M. J. (2018).
Triggers, Protectors, and Predictors in Episodic Migraine
.
Current pain and headache reports
.
Del Blanco Muñiz, J. A., & Zaballos Laso, A. (2018). [
Tension-type headache. Narrative review of physiotherapy treatment
].
Anales del sistema sanitario de Navarra
. |
| Markdown | [Close Menu](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/)

- [Penyakit A-Z](https://helomedik.com/penyakit-a-z/)
- [Autisme](https://helomedik.com/kecelaruan-spektrum-autisme/)
- [Batu Karang](https://helomedik.com/batu-karang/)
- [Cacar Air](https://helomedik.com/cacar-air/)
- [LIHAT SEMUA](https://helomedik.com/penyakit-a-z/)
- [Kesihatan](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/)
- [Kesihatan Bayi & Kanak-kanak](https://helomedik.com/kesihatan-bayi-kanak-kanak/)
- [Kesihatan Ibu Hamil](https://helomedik.com/kesihatan-ibu-hamil/)
- [Kesihatan Lelaki](https://helomedik.com/kesihatan-lelaki/)
- [Kesihatan Wanita](https://helomedik.com/kesihatan-wanita/)
- [LIHAT SEMUA](https://helomedik.com/kesihatan/)
- [Ubat](https://helomedik.com/ubat/)
- [Produk Terbaik](https://helomedik.com/produk-terbaik/)
- [Berita](https://helomedik.com/berita/)
- [Alat](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/)
- [Kalkulator Kalori](https://helomedik.com/kalkulator-kalori/)
- [Kalkulator Ovulasi](https://helomedik.com/kalkulator-ovulasi/)
- [Kuiz Kesihatan](https://helomedik.com/kuiz-kesihatan/)
- [Saringan Kesihatan Mental DASS-21](https://helomedik.com/saringan-kesihatan-mental-dass-21/)
[X (Twitter)](https://www.twitter.com/HeloMedik) [Pinterest](https://www.pinterest.com/helomedik) [Facebook](https://www.facebook.com/helomedik) [WhatsApp](https://whatsapp.com/channel/0029Vaud1T39cDDakWN9Ib3M)
[](https://helomedik.com/ "HeloMedik")
- [Penyakit A-Z](https://helomedik.com/penyakit-a-z/)
- [Autisme](https://helomedik.com/kecelaruan-spektrum-autisme/)
- [Batu Karang](https://helomedik.com/batu-karang/)
- [Cacar Air](https://helomedik.com/cacar-air/)
- [LIHAT SEMUA](https://helomedik.com/penyakit-a-z/)
- [Kesihatan](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/)
- [Kesihatan Bayi & Kanak-kanak](https://helomedik.com/kesihatan-bayi-kanak-kanak/)
- [Kesihatan Ibu Hamil](https://helomedik.com/kesihatan-ibu-hamil/)
- [Kesihatan Lelaki](https://helomedik.com/kesihatan-lelaki/)
- [Kesihatan Wanita](https://helomedik.com/kesihatan-wanita/)
- [LIHAT SEMUA](https://helomedik.com/kesihatan/)
- [Ubat](https://helomedik.com/ubat/)
- [Produk Terbaik](https://helomedik.com/produk-terbaik/)
- [Berita](https://helomedik.com/berita/)
- [Alat](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/)
- [Kalkulator Kalori](https://helomedik.com/kalkulator-kalori/)
- [Kalkulator Ovulasi](https://helomedik.com/kalkulator-ovulasi/)
- [Kuiz Kesihatan](https://helomedik.com/kuiz-kesihatan/)
- [Saringan Kesihatan Mental DASS-21](https://helomedik.com/saringan-kesihatan-mental-dass-21/)
[](https://helomedik.com/ "HeloMedik")
[Utama](https://helomedik.com/) » [Penyakit Tidak Berjangkit](https://helomedik.com/penyakit-tidak-berjangkit/) » **Sakit Kepala Sebelah Kiri: Punca dan Rawatan**
[Penyakit Tidak Berjangkit](https://helomedik.com/penyakit-tidak-berjangkit/)
# Sakit Kepala Sebelah Kiri: Punca dan Rawatan
By [Iskandar Zulkarnain](https://helomedik.com/author/iskandar-zulkarnain/ "Posts by Iskandar Zulkarnain")
19/02/2020
Sakit kepala sebelah kiri boleh menjadi petunjuk kepada permasalahan sebenar. Sememangnya sukar untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala. Namun, lokasi sakit kepala yang berlaku boleh menjadi satu petunjuk untuk mengetahui masalah yang berlaku.
Sakit kepala adalah antara sakit yang memberi kesan kepada hampir 50 peratus orang dewasa di seluruh dunia. [Sakit kepala](https://helomedik.com/jenis-sakit-kepala/) boleh berlaku pada satu bahagian kepala atau kedua-dua bahagian kepala.
Sakit kepala boleh datang secara perlahan atau secara tiba-tiba. Rasa sakit ini boleh berdenyut-denyut, tumpul atau tajam menusuk. Kadang kala, sakit ini boleh merebak hingga ke bahagian leher, belakang mata atau gigi.


## Apakah punca sakit kepala sebelah kiri?
Punca sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gejala-gejala dan jenis sakit kepala seperti berikut:
### 1\.Migrain
Migrain adalah penyakit atau sakit kepala yang paling kerap berlaku di dalam dunia. Migrain juga lebih 2 atau 3 kali ganda lebih senang banyak berlaku terhadap wanita berbanding lelaki.
**Ciri-ciri:** Anda akan rasa sakit kepala yang teruk, sakit ini akan berdenyut-denyut dan selalunya berlaku sebelah kepala.
Gejala ini selalunya akan disertai oleh rasa loya, muntah, sensitif kepada cahaya dan bunyi, dan aura. \[1\]
Aura ialah perubahan dalam penglihatan, percakapan dan sensasi lain.
Kebiasaannya, migrain boleh berlarutan 4 hingga 72 jam.
Migrain boleh dicetuskan oleh: \[2\]
- Stres atau tekanan
- Makanan seperti arak, keju dan coklat
- Cahaya yang terlampau terang
- Bunyi yang kuat yang lama
- Bau yang kuat seperti minyak wangi
- Prahaid atau pramenstruasi bagi wanita
### 2\. Sakit Kepala Tegangan
Sakit kepala jenis tegangan atau *tension headache* boleh berlaku pada satu bahagian kepala. Maka, sakit kepala sebelah kiri boleh berpunca daripada sakit kepala jenis ini.
Sakit kepala tegangan tidak sekuat atau seteruk migrain tetapi masih mengakibatkan rasa sakit yang agak kuat.
**Ciri-ciri:** Gejala atau simptom akibat sakit kepala jenis ini ialah rasa ketat di kepala, sakit yang menekan yang bermula dari belakang mata dan merebak ke dahi atau belakang kepala.
Sakit ini juga turut menyebabkan rasa tegang pada otot leher dan bahu.
Sakit kepala jenis ini boleh disebabkan oleh:
- Stres
- Tegangan di leher dan bahu
- Posisi badan yang tidak betul
- Kecederaan pada leher
### 3\. Sakit Kepala Kelompok
Sakit kepala kelompok ini sebenarnya jarang berlaku. Sakit kepala jenis ini amat menyakitkan dan dicirikan oleh kesakitan di satu bahagian kepala.
**Ciri-ciri:** Gejala yang ditunjukkan oleh sakit kepala jenis ini adalah rasa sakit yang kuat pada satu bahagian kepala, sakit ini menjadi kuat selepas 5 hingga 10 minit, sakit yang kuat berpanjangan sehingga 30 hingga 60 minit.
Selain itu, tanda lain seperti hidung menjadi tersumbat dan berair, mata di bahagian kepala yang sakit akan menjadi merah dan berair, dan muka akan berpeluh.
Sakit kepala jenis ini dipercayai mempunyai perkaitan dengan bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.
### Penyebab-penyebab lain kepada sakit kepala sebelah kiri
- Kecederaan
- Berkaitan saluran darah
- Terlebih guna ubat
- Keradangan
- [Sinusitis](https://helomedik.com/cara-merawat-resdung/)
- Suka langkau waktu makan
- Kurang tidur
## Rawatan
Kebiasaannya, sekiranya sakit kepala ini tidak melibatkan masalah kesihatan yang tersembunyi yang lain, pesakit akan dirawat dengan ubat pelega kesakitan.
Ibuprofen dan aspirin adalah antara ubat belian kaunter atau atas talian yang turut boleh digunakan untuk melegakan kesakitan.
Sekiranya sakit kepala ini teruk, doktor mungkin akan memberikan ubat penghilang kesakitan atau ubat pengendur otot terutamanya untuk migrain dan sakit kepala tegangan.
Urutan juga boleh mengurangkan kesakitan akibat sakit kepala tegangan ini. \[3\]
Manakala, sakit kepala kelompok pula boleh dirawat dengan satu sesi rawatan oksigen.
Perubahan pada gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghindari sakit kepala jenis-jenis ini:
- Bersantai atau melakukan senaman regangan otot seperti yoga dan yang seangkatan dengannya.
- Hindari makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti kafein, arak dan keju.
## Bila perlu berjumpa doktor
Dapatkan rawatan segera sekiranya timbul gejala-gejala seperti berikut bersama-sama sakit kepala:
- Kabur penglihatan
- Demam
- Sakit kepala itu terjadi pertama kali sejak 50 tahun
- Perubahan pada corak sakit kepala
- Sakit kepala semakin teruk
- Perubahan pada mental dan personaliti
- Menyebabkan aktiviti harian tidak terurus
- Sakit kepala bermula selepas terhantuk di kepala
- Tidak sedarkan diri
- Sakit dan merah pada mata
Rujukan
1. Schwedt T. J. (2014). [Chronic migraine](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24662044/). *BMJ*.
2. Marmura M. J. (2018). [Triggers, Protectors, and Predictors in Episodic Migraine](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30291562/). *Current pain and headache reports*.
3. Del Blanco Muñiz, J. A., & Zaballos Laso, A. (2018). \[[Tension-type headache. Narrative review of physiotherapy treatment](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30425380/)\]. *Anales del sistema sanitario de Navarra*.
Share. [Facebook](https://www.facebook.com/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fhelomedik.com%2Fsakit-kepala-sebelah-kiri%2F "Share on Facebook") [Twitter](https://twitter.com/intent/tweet?url=https%3A%2F%2Fhelomedik.com%2Fsakit-kepala-sebelah-kiri%2F&text=Sakit%20Kepala%20Sebelah%20Kiri%3A%20Punca%20dan%20Rawatan "Share on X (Twitter)") [WhatsApp](https://wa.me/?text=Sakit%20Kepala%20Sebelah%20Kiri%3A%20Punca%20dan%20Rawatan%20https%3A%2F%2Fhelomedik.com%2Fsakit-kepala-sebelah-kiri%2F "Share on WhatsApp") [Reddit](https://www.reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fhelomedik.com%2Fsakit-kepala-sebelah-kiri%2F&title=Sakit%20Kepala%20Sebelah%20Kiri%3A%20Punca%20dan%20Rawatan "Share on Reddit") [Telegram](https://t.me/share/url?url=https%3A%2F%2Fhelomedik.com%2Fsakit-kepala-sebelah-kiri%2F&title=Sakit%20Kepala%20Sebelah%20Kiri%3A%20Punca%20dan%20Rawatan "Share on Telegram") [Copy Link](https://helomedik.com/sakit-kepala-sebelah-kiri/ "Copy Link")


[Iskandar Zulkarnain](https://helomedik.com/author/iskandar-zulkarnain/ "Dikirim oleh Iskandar Zulkarnain")
Iskandar Zulkarnain mempunyai kelulusan sarjana sains & telah menamatkan kursus dalam Standford Introduction to Food and Health oleh Standford University, Healthy Practices: Nutrition, Physical Activity and Community and Family Participation oleh University of Colorado dan The New Nordic Diet - from Gastronomy to Health oleh University of Copenhagen.
### ARTIKEL BERKAITAN
[](https://helomedik.com/rhabdomyolisis-rhabdo/ "Rhabdomyolisis: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Rhabdomyolisis: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/rhabdomyolisis-rhabdo/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
[](https://helomedik.com/penyakit-crohn/ "Penyakit Crohn: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Penyakit Crohn: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/penyakit-crohn/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
[](https://helomedik.com/penyakit-refluks-gastroesofagus-gerd/ "Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD): Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD): Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/penyakit-refluks-gastroesofagus-gerd/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
[](https://helomedik.com/ulser-peptik/ "Ulser Peptik: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Ulser Peptik: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/ulser-peptik/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
[](https://helomedik.com/sindrom-zollinger-ellison/ "Sindrom Zollinger-Ellison: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Sindrom Zollinger-Ellison: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/sindrom-zollinger-ellison/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
[](https://helomedik.com/tremor-esensial/ "Tremor Esensial: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan")
#### [Tremor Esensial: Punca, Gejala-gejala dan Rawatan](https://helomedik.com/tremor-esensial/)
By [Staf HeloMedik](https://helomedik.com/author/helomedik/ "Posts by Staf HeloMedik")
## ARTIKEL TERKINI
[](https://helomedik.com/pilihan-ubat-ubatan-untuk-rawatan-skabies/ "Pilihan Ubat-Ubatan Untuk Rawatan Skabies")
[Pilihan Ubat-Ubatan Untuk Rawatan Skabies](https://helomedik.com/pilihan-ubat-ubatan-untuk-rawatan-skabies/)
10/02/2026
[](https://helomedik.com/virus-nipah/ "Virus Nipah: Apa yang Anda Perlu Tahu")
[Virus Nipah: Apa yang Anda Perlu Tahu](https://helomedik.com/virus-nipah/)
28/01/2026
[](https://helomedik.com/air-ketuban-banyak-boleh-membahayakan/ "Kenapa Air Ketuban Banyak Boleh Membahayakan?")
[Kenapa Air Ketuban Banyak Boleh Membahayakan?](https://helomedik.com/air-ketuban-banyak-boleh-membahayakan/)
27/01/2026
[](https://helomedik.com/pemutihan-gigi-adakah-selamat-atau-berisiko/ "Pemutihan Gigi: Adakah Selamat atau Berisiko?")
[Pemutihan Gigi: Adakah Selamat atau Berisiko?](https://helomedik.com/pemutihan-gigi-adakah-selamat-atau-berisiko/)
16/01/2026


[Facebook](https://www.facebook.com/helomedik) [X (Twitter)](https://www.twitter.com/HeloMedik) [Pinterest](https://www.pinterest.com/helomedik) [WhatsApp](https://whatsapp.com/channel/0029Vaud1T39cDDakWN9Ib3M)
- [Mengenai Kami](https://helomedik.com/about/)
- [Dasar Privasi](https://helomedik.com/dasar-privasi/)
- [Proses Editorial](https://helomedik.com/proses-editorial-helomedik/)
- [Penafian](https://helomedik.com/penafian/)
- [Notis Hak Cipta](https://helomedik.com/notis-hak-cipta/)
- [Hubungi](https://helomedik.com/hubungi/)
- [Menjadi Penyumbang](https://helomedik.com/menjadi-penyumbang/)
Kandungan di portal HeloMedik adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Portal ini tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.
HeloMedik adalah sebahagian daripada keluarga penerbitan Mantik Media.
© 2026 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
error: Content is protected !\!
Ad Blocker Enabled\!
##### Ad Blocker Enabled\!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker. |
| Readable Markdown | Sakit kepala sebelah kiri boleh menjadi petunjuk kepada permasalahan sebenar. Sememangnya sukar untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala. Namun, lokasi sakit kepala yang berlaku boleh menjadi satu petunjuk untuk mengetahui masalah yang berlaku.
Sakit kepala adalah antara sakit yang memberi kesan kepada hampir 50 peratus orang dewasa di seluruh dunia. [Sakit kepala](https://helomedik.com/jenis-sakit-kepala/) boleh berlaku pada satu bahagian kepala atau kedua-dua bahagian kepala.
Sakit kepala boleh datang secara perlahan atau secara tiba-tiba. Rasa sakit ini boleh berdenyut-denyut, tumpul atau tajam menusuk. Kadang kala, sakit ini boleh merebak hingga ke bahagian leher, belakang mata atau gigi.

Punca sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gejala-gejala dan jenis sakit kepala seperti berikut:
### 1\.Migrain
Migrain adalah penyakit atau sakit kepala yang paling kerap berlaku di dalam dunia. Migrain juga lebih 2 atau 3 kali ganda lebih senang banyak berlaku terhadap wanita berbanding lelaki.
**Ciri-ciri:** Anda akan rasa sakit kepala yang teruk, sakit ini akan berdenyut-denyut dan selalunya berlaku sebelah kepala.
Gejala ini selalunya akan disertai oleh rasa loya, muntah, sensitif kepada cahaya dan bunyi, dan aura. \[1\]
Aura ialah perubahan dalam penglihatan, percakapan dan sensasi lain.
Kebiasaannya, migrain boleh berlarutan 4 hingga 72 jam.
Migrain boleh dicetuskan oleh: \[2\]
- Stres atau tekanan
- Makanan seperti arak, keju dan coklat
- Cahaya yang terlampau terang
- Bunyi yang kuat yang lama
- Bau yang kuat seperti minyak wangi
- Prahaid atau pramenstruasi bagi wanita
### 2\. Sakit Kepala Tegangan
Sakit kepala jenis tegangan atau *tension headache* boleh berlaku pada satu bahagian kepala. Maka, sakit kepala sebelah kiri boleh berpunca daripada sakit kepala jenis ini.
Sakit kepala tegangan tidak sekuat atau seteruk migrain tetapi masih mengakibatkan rasa sakit yang agak kuat.
**Ciri-ciri:** Gejala atau simptom akibat sakit kepala jenis ini ialah rasa ketat di kepala, sakit yang menekan yang bermula dari belakang mata dan merebak ke dahi atau belakang kepala.
Sakit ini juga turut menyebabkan rasa tegang pada otot leher dan bahu.
Sakit kepala jenis ini boleh disebabkan oleh:
- Stres
- Tegangan di leher dan bahu
- Posisi badan yang tidak betul
- Kecederaan pada leher
### 3\. Sakit Kepala Kelompok
Sakit kepala kelompok ini sebenarnya jarang berlaku. Sakit kepala jenis ini amat menyakitkan dan dicirikan oleh kesakitan di satu bahagian kepala.
**Ciri-ciri:** Gejala yang ditunjukkan oleh sakit kepala jenis ini adalah rasa sakit yang kuat pada satu bahagian kepala, sakit ini menjadi kuat selepas 5 hingga 10 minit, sakit yang kuat berpanjangan sehingga 30 hingga 60 minit.
Selain itu, tanda lain seperti hidung menjadi tersumbat dan berair, mata di bahagian kepala yang sakit akan menjadi merah dan berair, dan muka akan berpeluh.
Sakit kepala jenis ini dipercayai mempunyai perkaitan dengan bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.
### Penyebab-penyebab lain kepada sakit kepala sebelah kiri
- Kecederaan
- Berkaitan saluran darah
- Terlebih guna ubat
- Keradangan
- [Sinusitis](https://helomedik.com/cara-merawat-resdung/)
- Suka langkau waktu makan
- Kurang tidur
## Rawatan
Kebiasaannya, sekiranya sakit kepala ini tidak melibatkan masalah kesihatan yang tersembunyi yang lain, pesakit akan dirawat dengan ubat pelega kesakitan.
Ibuprofen dan aspirin adalah antara ubat belian kaunter atau atas talian yang turut boleh digunakan untuk melegakan kesakitan.
Sekiranya sakit kepala ini teruk, doktor mungkin akan memberikan ubat penghilang kesakitan atau ubat pengendur otot terutamanya untuk migrain dan sakit kepala tegangan.
Urutan juga boleh mengurangkan kesakitan akibat sakit kepala tegangan ini. \[3\]
Manakala, sakit kepala kelompok pula boleh dirawat dengan satu sesi rawatan oksigen.
Perubahan pada gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghindari sakit kepala jenis-jenis ini:
- Bersantai atau melakukan senaman regangan otot seperti yoga dan yang seangkatan dengannya.
- Hindari makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti kafein, arak dan keju.
## Bila perlu berjumpa doktor
Dapatkan rawatan segera sekiranya timbul gejala-gejala seperti berikut bersama-sama sakit kepala:
- Kabur penglihatan
- Demam
- Sakit kepala itu terjadi pertama kali sejak 50 tahun
- Perubahan pada corak sakit kepala
- Sakit kepala semakin teruk
- Perubahan pada mental dan personaliti
- Menyebabkan aktiviti harian tidak terurus
- Sakit kepala bermula selepas terhantuk di kepala
- Tidak sedarkan diri
- Sakit dan merah pada mata
Rujukan
1. Schwedt T. J. (2014). [Chronic migraine](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24662044/). *BMJ*.
2. Marmura M. J. (2018). [Triggers, Protectors, and Predictors in Episodic Migraine](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30291562/). *Current pain and headache reports*.
3. Del Blanco Muñiz, J. A., & Zaballos Laso, A. (2018). \[[Tension-type headache. Narrative review of physiotherapy treatment](https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30425380/)\]. *Anales del sistema sanitario de Navarra*. |
| Shard | 59 (laksa) |
| Root Hash | 12698857648732893659 |
| Unparsed URL | com,helomedik!/sakit-kepala-sebelah-kiri/ s443 |