ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.7 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/sakit-pinggang-sebelah-kiri/ | |||||||||
| Last Crawled | 2026-04-01 10:54:20 (21 days ago) | |||||||||
| First Indexed | 2022-05-12 10:45:48 (3 years ago) | |||||||||
| HTTP Status Code | 200 | |||||||||
| Content | ||||||||||
| Meta Title | Sakit Pinggang Sebelah Kiri? Ini 5 Faktor Yang Mungkin Menjadi Punca! | |||||||||
| Meta Description | Pernahkah anda alami sakit pinggang sebelah kiri?, Jangan biarkan! Sakit belakang badan ini mungkin berpunca daripada masalah yang serius! | |||||||||
| Meta Canonical | null | |||||||||
| Boilerpipe Text | Aduh, teruknya sakit belakang badan! Tetapi, kenapa kesakitannya dirasai pada sebelah sisi sahaja? Sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah yang lazim. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti senaman, sakit otot atau koyakan pada ligamen.
Walau bagaimanapun, sakit pinggang yang berlaku atas sebab-sebab di atas selalunya bersifat sementara. Lama-kelamaan, ia akan pulih dengan sendirinya.
Namun, sakit pinggang kadangkala menandakan penyakit yang lebih serius seperti
jangkitan
atau kecederaan yang perlu diberikan perhatian.
Ingin tahu kenapa boleh sakit pinggang? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya
di sini
.
5 punca sakit belakang sebelah kiri
Tidak dinafikan, sakit belakang boleh menyebabkan kerja kita terganggu. Kesakitannya bukan sahaja boleh membuatkan kita tidak senang duduk, malahan kualiti hidup kita juga akan merosot disebabkan sakit belakang.
Jika kesakitan itu bukan berpunca daripada sesuatu yang serius, ia boleh sembuh dengan sendirinya. Namun, bagaimana jika sakit belakang sebelah kiri berpunca daripada penyakit kronik?
Di bawah, kami senaraikan punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita dan lelaki supaya anda tahu bilakah masanya anda perlu berjumpa doktor.
1. Kecederaan pada otot menyebabkan
sakit pinggang sebelah kiri
pada wanita
Kecederaan otot yang menyakitkan.
Kenapa sakit di bahagian pinggang kiri? Punca lazim pinggang rasa sakit ialah
kecederaan pada otot
, tendon atau ligamen yang terletak pada bahagian belakang badan.
Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan:
Kemalangan atau jatuh
yang menyebabkan trauma pada kawasan belakang badan.
Pergerakan yang drastik, anda memulas badan secara tiba-tiba.
Mengangkat sesuatu yang berat.
Postur badan
yang tidak betul.
Kecederaan ini boleh menyebabkan anda rasa sakit badan, sukar bergerak dan bengkak di kawasan pinggang.
2. Jangkitan buah pinggang
Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang sebelah kiri.
Selain itu, jangkitan ini juga selalunya disusuli simptom lain seperti:
rasa sakit ketika
membuang air kecil
demam
loya
muntah-muntah
badan menggigil
Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin. Kesakitan yang dialami selalunya terletak di sebelah kiri, di atas tulang pinggul.
Selain itu, anda akan merasakan pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk apabila anda bergerak atau adanya tekanan pada kawasan tersebut.
3. Batu karang penyebab sakit pinggang sebelah kiri lelaki
Simptom sakit batu karang.
Batu karang yang terbentuk disebabkan pengumpulan mineral di dalam saluran kencing boleh menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk pada sebelah
kiri abdomen
.
Pada masa yang sama, pesakit juga mungkin akan rasa sakit pinggang, mengalami masalah
kencing berdarah
dan kencing tidak lawas sekiranya ada penyakit batu karang.
Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya melalui saluran urinari. Namun, jika batu karang tersebut bersaiz besar, pesakit perlukan bantuan pakar untuk membuangnya sama ada melalui pembedahan atau menggunakan gelombang kejutan.
4. Sakit pinggang sebelah kiri pada wanita disebabkan kehamilan
Wanita hamil kerap mengalami sakit pinggang.
Lebih daripada 2/3 wanita akan mengalami sakit belakang dan sakit belakang, terutamanya sakit belakang yang tertumpu di kawasan pelvis
ketika kehamilan
.
Sakit belakang amat lazim ketika hamil, lebih-lebih lagi pada
fasa awal kehamilan
.
Pada waktu ini, ligamen badan akan menjadi lembut secara semula jadi. Ia juga akan meregang untuk memastikan ibu bersedia untuk proses kelahiran. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan belakang badan dan pelvis, yang akan menyebabkan sakit pinggang.
Bukan itu sahaja, ibu juga akan alami sakit pinggang sebelah kiri belakang apabila bayi mula membesar.
5. Keretakan disebabkan stres
Kadangkala, rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk mungkin berlaku disebabkan
aktiviti fizikal
yang berulang-ulang, seperti sukan mengangkat berat, tenis atau gimnastik. Semua sukan ini boleh menyebabkan keretakan akibat stres.
Selalunya, kawasan yang mengalami keretakan akan sakit ketika disentuh. Malah, kesakitan ini juga mungkin terlalu serius untuk diredakan dengan
ubat tahan sakit
.
Oleh sebab itu, mereka yang alami keretakan akibat stres perlu berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Jika tidak, kesakitannya akan menjadi lebih teruk dan mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih serius.
Kesimpulan
Rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk merupakan masalah lazim yang mungkin berlaku disebabkan kecederaan otot atau tisu.
Adakah masalah ini boleh dicegah dan dirawat?
Kebanyakan kecederaan ini boleh dirawat di rumah dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, jika anda alami simptom lain seperti demam atau kesakitan yang melampau, ia mungkin dicetuskan oleh masalah lain yang lebih serius.
Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin jika kesakitan yang dialami berlarutan sehingga berhari-hari. | |||||||||
| Markdown | 
[Musim selesema tiba. Lindungi diri anda dengan Vaksin Influenza dari RM58](https://flu-vaccine.hellodoktor.com/flu-vaccine?lan=ms)
[](https://hellodoktor.com/)
Jaminan Produk Asli 100%
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Puasa Lebih Mudah, Raya Lebih Meriah](https://hellodoktor.com/salam-ramadan/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif). Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pradiabetes)
[Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pengurusan-kendiri-diabetes/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Log MasukLog Masuk]()
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/care/vaccination/)
[Pemeriksaan Kesihatan](https://hellodoktor.com/care/health-screener/)
[Penurunan Berat Badan (GLP1)](https://medical-weight-loss.hellodoktor.com/ms)
[Dapatkan Nasihat Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Tulang / Otot](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/)
[Sakit Otot](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/)
Penjelasan
2
Kongsi
# Jangan Pandang Remeh Sakit Pinggang Sebelah Kiri, Mungkin 5 Perkara Ini Puncanya\!
Aduh, teruknya sakit belakang badan! Tetapi, kenapa kesakitannya dirasai pada sebelah sisi sahaja? Sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah yang lazim. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti senaman, sakit otot atau koyakan pada ligamen.

Walau bagaimanapun, sakit pinggang yang berlaku atas sebab-sebab di atas selalunya bersifat sementara. Lama-kelamaan, ia akan pulih dengan sendirinya.
Namun, sakit pinggang kadangkala menandakan penyakit yang lebih serius seperti [jangkitan](https://hellodoktor.com/urologi/jangkitan-buah-pinggang/) atau kecederaan yang perlu diberikan perhatian.
Ingin tahu kenapa boleh sakit pinggang? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya* [*di sini*](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/)*.*
## 5 punca sakit belakang sebelah kiri
Tidak dinafikan, sakit belakang boleh menyebabkan kerja kita terganggu. Kesakitannya bukan sahaja boleh membuatkan kita tidak senang duduk, malahan kualiti hidup kita juga akan merosot disebabkan sakit belakang.
Jika kesakitan itu bukan berpunca daripada sesuatu yang serius, ia boleh sembuh dengan sendirinya. Namun, bagaimana jika sakit belakang sebelah kiri berpunca daripada penyakit kronik?
Di bawah, kami senaraikan punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita dan lelaki supaya anda tahu bilakah masanya anda perlu berjumpa doktor.
### **1\. Kecederaan pada otot menyebabkan** sakit pinggang sebelah kiri **pada wanita**

Kecederaan otot yang menyakitkan.
Kenapa sakit di bahagian pinggang kiri? Punca lazim pinggang rasa sakit ialah [kecederaan pada otot](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/rhabdomyolysis-otot-robek/), tendon atau ligamen yang terletak pada bahagian belakang badan.
Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan:
1. [Kemalangan atau jatuh](https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/kurangkan-risiko-terjatuh-bagi-warga-emas/) yang menyebabkan trauma pada kawasan belakang badan.
2. Pergerakan yang drastik, anda memulas badan secara tiba-tiba.
3. Mengangkat sesuatu yang berat.
4. [Postur badan](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/postur-tubuh-badan/) yang tidak betul.
Kecederaan ini boleh menyebabkan anda rasa sakit badan, sukar bergerak dan bengkak di kawasan pinggang.
### **2\. Jangkitan buah pinggang**
Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang sebelah kiri.
Selain itu, jangkitan ini juga selalunya disusuli simptom lain seperti:
- rasa sakit ketika [membuang air kecil](https://hellodoktor.com/urologi/jangkitan-saluran-kencing/simptom-kencing-kotor/)
- demam
- loya
- muntah-muntah
- [badan menggigil](https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/penyakit-leptospirosis/)
Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin. Kesakitan yang dialami selalunya terletak di sebelah kiri, di atas tulang pinggul.
Selain itu, anda akan merasakan pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk apabila anda bergerak atau adanya tekanan pada kawasan tersebut.
### **3\. Batu karang penyebab sakit pinggang sebelah kiri lelaki**
[](https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-sakit-batu-karang-buah-pinggang/)
Simptom sakit batu karang.
Batu karang yang terbentuk disebabkan pengumpulan mineral di dalam saluran kencing boleh menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk pada sebelah [kiri abdomen](https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-batu-karang-dalam-pundi-kencing/).
Pada masa yang sama, pesakit juga mungkin akan rasa sakit pinggang, mengalami masalah [kencing berdarah](https://hellodoktor.com/urologi/masalah-urologi/air-kencing-berdarah/) dan kencing tidak lawas sekiranya ada penyakit batu karang.
Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya melalui saluran urinari. Namun, jika batu karang tersebut bersaiz besar, pesakit perlukan bantuan pakar untuk membuangnya sama ada melalui pembedahan atau menggunakan gelombang kejutan.
### **4\. Sakit pinggang sebelah kiri pada wanita disebabkan kehamilan**

Wanita hamil kerap mengalami sakit pinggang.
Lebih daripada 2/3 wanita akan mengalami sakit belakang dan sakit belakang, terutamanya sakit belakang yang tertumpu di kawasan pelvis [ketika kehamilan](https://hellodoktor.com/kehamilan/sakit-punggung-ketika-hamil-2/).
Sakit belakang amat lazim ketika hamil, lebih-lebih lagi pada [fasa awal kehamilan](https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/trimester-pertama/sakit-pinggang-ketika-hamil-trimester-1/).
Pada waktu ini, ligamen badan akan menjadi lembut secara semula jadi. Ia juga akan meregang untuk memastikan ibu bersedia untuk proses kelahiran. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan belakang badan dan pelvis, yang akan menyebabkan sakit pinggang.
Bukan itu sahaja, ibu juga akan alami sakit pinggang sebelah kiri belakang apabila bayi mula membesar.
### **5\. Keretakan disebabkan stres**
Kadangkala, rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk mungkin berlaku disebabkan [aktiviti fizikal](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/aktiviti-fizikal-kepada-kesihatan-mental/) yang berulang-ulang, seperti sukan mengangkat berat, tenis atau gimnastik. Semua sukan ini boleh menyebabkan keretakan akibat stres.
Selalunya, kawasan yang mengalami keretakan akan sakit ketika disentuh. Malah, kesakitan ini juga mungkin terlalu serius untuk diredakan dengan [ubat tahan sakit](https://hellodoktor.com/ubat/ubat-penahan-sakit-ponstan/).
Oleh sebab itu, mereka yang alami keretakan akibat stres perlu berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Jika tidak, kesakitannya akan menjadi lebih teruk dan mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih serius.
## Kesimpulan
Rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk merupakan masalah lazim yang mungkin berlaku disebabkan kecederaan otot atau tisu.
### Adakah masalah ini boleh dicegah dan dirawat?
Kebanyakan kecederaan ini boleh dirawat di rumah dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, jika anda alami simptom lain seperti demam atau kesakitan yang melampau, ia mungkin dicetuskan oleh masalah lain yang lebih serius.
Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin jika kesakitan yang dialami berlarutan sehingga berhari-hari.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
1. 4 Reasons You May Have Back Pain on Only One Side. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/musculoskeletal-and-rheumatology/2017/november/back-pain-on-one-side. Accessed on May 5, 2022.
2. Back Pain. https://www.niams.nih.gov/health-topics/back-pain. Accessed on May 5, 2022.
3. Kidney Stones. https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones. Accessed on May 5, 2022.
4. Kidney stones. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/symptoms-causes/syc-20355755. Accessed on May 5, 2022.
5. Lower Back Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7936-lower-back-pain. Accessed on May 5, 2022.
Sejarah
Versi Terbaru
26/06/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
***
Artikel Berkaitan
[Memandu Lama Boleh Sebabkan Masalah Slipped Disc? Ini Punca Selalu Sakit Belakang](https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/otak-tulang-belakang/sakit-tulang-belakang-slipped-disc/)
[Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda\!](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/punca-sakit-belakang-rawatan/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Disemak secara perubatan oleh
[Dr. Ahmad Wazir Aiman](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Dokter Umum · Hello Health Group
***
Ditulis oleh [Fatin Zahra](https://hellodoktor.com/author/fatin) · Disemak pada 26/06/2024
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Iklan
Iklan
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)[](https://open.spotify.com/show/1d6IAKTSFF3EM7JU4xGfKg?si=XuQJJRgDSWad0N0NZkOh_A&nd=1&dlsi=ad47cd26f3c44c90)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)[Polisi Pembatalan & Bayaran Balik](https://hellodoktor.com/static/polisi-pembatalan-bayaran-balik/)[Dasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan](https://hellodoktor.com/static/dasar-pemenuhan-preskripsi-pendispensan-ubat-ubatan/)
Hello Health
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. \| No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2026 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 | |||||||||
| Readable Markdown | Aduh, teruknya sakit belakang badan! Tetapi, kenapa kesakitannya dirasai pada sebelah sisi sahaja? Sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah yang lazim. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti senaman, sakit otot atau koyakan pada ligamen.

Walau bagaimanapun, sakit pinggang yang berlaku atas sebab-sebab di atas selalunya bersifat sementara. Lama-kelamaan, ia akan pulih dengan sendirinya.
Namun, sakit pinggang kadangkala menandakan penyakit yang lebih serius seperti [jangkitan](https://hellodoktor.com/urologi/jangkitan-buah-pinggang/) atau kecederaan yang perlu diberikan perhatian.
Ingin tahu kenapa boleh sakit pinggang? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya* [*di sini*](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/)*.*
## 5 punca sakit belakang sebelah kiri
Tidak dinafikan, sakit belakang boleh menyebabkan kerja kita terganggu. Kesakitannya bukan sahaja boleh membuatkan kita tidak senang duduk, malahan kualiti hidup kita juga akan merosot disebabkan sakit belakang.
Jika kesakitan itu bukan berpunca daripada sesuatu yang serius, ia boleh sembuh dengan sendirinya. Namun, bagaimana jika sakit belakang sebelah kiri berpunca daripada penyakit kronik?
Di bawah, kami senaraikan punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita dan lelaki supaya anda tahu bilakah masanya anda perlu berjumpa doktor.
### **1\. Kecederaan pada otot menyebabkan** sakit pinggang sebelah kiri **pada wanita**

Kecederaan otot yang menyakitkan.
Kenapa sakit di bahagian pinggang kiri? Punca lazim pinggang rasa sakit ialah [kecederaan pada otot](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/rhabdomyolysis-otot-robek/), tendon atau ligamen yang terletak pada bahagian belakang badan.
Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan:
1. [Kemalangan atau jatuh](https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/kurangkan-risiko-terjatuh-bagi-warga-emas/) yang menyebabkan trauma pada kawasan belakang badan.
2. Pergerakan yang drastik, anda memulas badan secara tiba-tiba.
3. Mengangkat sesuatu yang berat.
4. [Postur badan](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/postur-tubuh-badan/) yang tidak betul.
Kecederaan ini boleh menyebabkan anda rasa sakit badan, sukar bergerak dan bengkak di kawasan pinggang.
### **2\. Jangkitan buah pinggang**
Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang sebelah kiri.
Selain itu, jangkitan ini juga selalunya disusuli simptom lain seperti:
- rasa sakit ketika [membuang air kecil](https://hellodoktor.com/urologi/jangkitan-saluran-kencing/simptom-kencing-kotor/)
- demam
- loya
- muntah-muntah
- [badan menggigil](https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/penyakit-leptospirosis/)
Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin. Kesakitan yang dialami selalunya terletak di sebelah kiri, di atas tulang pinggul.
Selain itu, anda akan merasakan pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk apabila anda bergerak atau adanya tekanan pada kawasan tersebut.
### **3\. Batu karang penyebab sakit pinggang sebelah kiri lelaki**
[](https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-sakit-batu-karang-buah-pinggang/)
Simptom sakit batu karang.
Batu karang yang terbentuk disebabkan pengumpulan mineral di dalam saluran kencing boleh menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk pada sebelah [kiri abdomen](https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-batu-karang-dalam-pundi-kencing/).
Pada masa yang sama, pesakit juga mungkin akan rasa sakit pinggang, mengalami masalah [kencing berdarah](https://hellodoktor.com/urologi/masalah-urologi/air-kencing-berdarah/) dan kencing tidak lawas sekiranya ada penyakit batu karang.
Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya melalui saluran urinari. Namun, jika batu karang tersebut bersaiz besar, pesakit perlukan bantuan pakar untuk membuangnya sama ada melalui pembedahan atau menggunakan gelombang kejutan.
### **4\. Sakit pinggang sebelah kiri pada wanita disebabkan kehamilan**

Wanita hamil kerap mengalami sakit pinggang.
Lebih daripada 2/3 wanita akan mengalami sakit belakang dan sakit belakang, terutamanya sakit belakang yang tertumpu di kawasan pelvis [ketika kehamilan](https://hellodoktor.com/kehamilan/sakit-punggung-ketika-hamil-2/).
Sakit belakang amat lazim ketika hamil, lebih-lebih lagi pada [fasa awal kehamilan](https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/trimester-pertama/sakit-pinggang-ketika-hamil-trimester-1/).
Pada waktu ini, ligamen badan akan menjadi lembut secara semula jadi. Ia juga akan meregang untuk memastikan ibu bersedia untuk proses kelahiran. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan belakang badan dan pelvis, yang akan menyebabkan sakit pinggang.
Bukan itu sahaja, ibu juga akan alami sakit pinggang sebelah kiri belakang apabila bayi mula membesar.
### **5\. Keretakan disebabkan stres**
Kadangkala, rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk mungkin berlaku disebabkan [aktiviti fizikal](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/aktiviti-fizikal-kepada-kesihatan-mental/) yang berulang-ulang, seperti sukan mengangkat berat, tenis atau gimnastik. Semua sukan ini boleh menyebabkan keretakan akibat stres.
Selalunya, kawasan yang mengalami keretakan akan sakit ketika disentuh. Malah, kesakitan ini juga mungkin terlalu serius untuk diredakan dengan [ubat tahan sakit](https://hellodoktor.com/ubat/ubat-penahan-sakit-ponstan/).
Oleh sebab itu, mereka yang alami keretakan akibat stres perlu berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Jika tidak, kesakitannya akan menjadi lebih teruk dan mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih serius.
## Kesimpulan
Rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk merupakan masalah lazim yang mungkin berlaku disebabkan kecederaan otot atau tisu.
Adakah masalah ini boleh dicegah dan dirawat?
Kebanyakan kecederaan ini boleh dirawat di rumah dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, jika anda alami simptom lain seperti demam atau kesakitan yang melampau, ia mungkin dicetuskan oleh masalah lain yang lebih serius.
Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin jika kesakitan yang dialami berlarutan sehingga berhari-hari. | |||||||||
| ML Classification | ||||||||||
| ML Categories |
Raw JSON{
"/Health": 999,
"/Health/Health_Conditions": 994,
"/Health/Health_Conditions/Other": 259
} | |||||||||
| ML Page Types |
Raw JSON{
"/Article": 997,
"/Article/Tutorial_or_Guide": 450
} | |||||||||
| ML Intent Types |
Raw JSON{
"Informational": 999
} | |||||||||
| Content Metadata | ||||||||||
| Language | ms-my | |||||||||
| Author | null | |||||||||
| Publish Time | 2022-05-12 04:25:23 (3 years ago) | |||||||||
| Original Publish Time | 2022-05-12 04:25:23 (3 years ago) | |||||||||
| Republished | No | |||||||||
| Word Count (Total) | 1,184 | |||||||||
| Word Count (Content) | 702 | |||||||||
| Links | ||||||||||
| External Links | 26 | |||||||||
| Internal Links | 82 | |||||||||
| Technical SEO | ||||||||||
| Meta Nofollow | No | |||||||||
| Meta Noarchive | No | |||||||||
| JS Rendered | Yes | |||||||||
| Redirect Target | null | |||||||||
| Performance | ||||||||||
| Download Time (ms) | 1,273 | |||||||||
| TTFB (ms) | 1,270 | |||||||||
| Download Size (bytes) | 83,532 | |||||||||
| Shard | 54 (laksa) | |||||||||
| Root Hash | 6912684309586764454 | |||||||||
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/sakit-pinggang-sebelah-kiri/ s443 | |||||||||