ā¹ļø Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/kuat-semangat-rahsia-kejayaan/ |
| Last Crawled | 2026-04-16 17:27:24 (15 hours ago) |
| First Indexed | 2021-04-30 00:20:22 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Kuat Semangat, Jaga Kesihatan Mental Anda Jangan Bagi Lemah! |
| Meta Description | Kekuatan dan ketahanan mental merupakan faktor utama kejayaan seseorang. Sifat kuat semangat boleh dipupuk jika anda tahu caranya! |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Pernahkah anda dengar mengenai kekuatan atau ketahanan mental?
Ketahanan mental atau kuat semangat merupakan salah satu sifat yang dominan dalam diri individu yang berjaya.
Tidak kiralah jika individu tersebut seorang atlet ternama ataupun ahli politik yang disegani, mereka yang dapat pergi jauh dalam kehidupan selalunya
kental dari segi mental.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ada yang berjaya disebabkan bakat dan kepandaian mereka. Walau bagaimanapun, bakat sahaja tidak berguna jika tidak diikuti dengan usaha dan kuatkan semangat.
Di sebalik semua kejayaan yang mereka capai, sudah pasti terkandung 1001 cerita suka dan luka yang tidak pernah tersingkap.
Namun, jika diteliti, ada satu perkara yang ada pada hampir semua individu yang berjaya iaitu kuat semangat ataupun
mental toughness
.Ā
Kekuatan mental merupakan salah satu faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang. Tapi, apa sebenarnya maksud kuat semangat ini?
Secara amnya, kekuatan mental merupakan keupayaan seseorang untuk kekal berusaha walaupun ketika berada dalam kesusahan.
Malah, walaupun mereka gagal berkali-kali, mereka masih mampu kuatkan semangat dan bekerja seperti biasa tanpa mengenal penat dan lelah untuk mengejar cita-cita mereka.
Sifat ini turut dikenali sebagai
grit
atau keberanian dan kekuatan dari segi karakter seseorang.
Penulis buku
Grit
, Angela Duckworth telah memberi definisinya sendiri terhadap perkataan ini. Menurut beliau, mereka yang kuat semangat tidak perlukan bakat untuk berjaya.
Mereka juga boleh pergi jauh dengan
passion
atau keghairahan yang mereka miliki. Namun, pada masa yang sama, mereka tahan lasak dan
tidak mudah putus asa.
Individu yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi dapat melawan segala rintangan dan menyelesaikan semua masalah yang menghalang mereka daripada mencapai kejayaan.
Ini mungkin berbeza dengan mereka yang mempunyai ketahanan mental yang rendah. Mereka ini lebih mudah untuk melupakan impian mereka.
Namun, jangan risau! Kekuatan mental merupakan sesuatu yang boleh diasah. Tetapi, ia mungkin perlukan banyak latihan dari segi mental sebelum anda benar-benar boleh menguasainya.
Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk memupuk sifat kuat semangat. Namun, amalan ini bukanlah sejenis āpil ajaibā yang boleh membuatkan daya tahan mental anda meningkat serta-merta.
Sebarang perubahan akan makan masa. Sama jugalah jika anda ingin jadi seseorang yang kuat dari segi mental.
Namun, dengan amalan ini, anda boleh jadi lebih kuat tidak kiralah anda lahir dengan bakat ataupun tidak.
Jika anda ingin memupuk ketahanan mental dan
menguruskan stres dengan lebih baik
, perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan pemikiran anda kekal positif setiap hari.
Menurut Cleveland Clinic, setiap manusia berfikir hampir 60,000 kali sehari. Selalunya, 95% daripada fikiran tersebut adalah berulang-ulang, dan 80% daripadanya adalah negatif.
Secara puratanya, hampir 45,600 kali sehari kita berfikir tentang perkara yang negatif.
Jika apa yang selalu bermain dalam fikiran anda
bersifat negatif,
anda mungkin merupakan seorang yang bersifat pesimis.
Berfikir secara positif tidak bermaksud anda perlu abaikan semua perkara negatif dalam hidup. Sebaliknya, mereka yang berfikiran positif selalu memandang pada sisi yang baik dan bukannya yang buruk.
Jadi, adakah anda seorang yang memandang gelas sebagai separuh penuh atau separuh kosong?
Salah satu elemen yang penting untuk membina ketahanan mental adalah mempunyai tujuan yang kuat untuk setiap cita-cita anda.
Kadangkala, ketiadaan tujuan yang kuat inilah penyebab anda kerap tergelincir daripada landasan cita-cita. Ramai yang alami dilema ini mungkin menganggap diri mereka
tidak cukup berdisiplin.
Namun, sebab utama anda sering rasa tidak bersemangat mungkin berpunca daripada ketiadaan motivasi!
Bukan mudah untuk terus bekerja tanpa ada sebab yang membuatkan anda sentiasa bersemangat. Tanpa tujuan yang jelas, anda sukar untuk memotivasikan diri untuk melakukan tugasan yang sukar.
Sebagai contoh, mungkin anda sukar untuk
berhenti merokok
jika anda tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh.
Namun, berbeza bagi mereka yang baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayi, atau baru pulih daripada penyakit yang mengancam nyawa, mereka ini mempunyai sebab yang jelas untuk berhenti merokok.
Mereka yang mempunyai kuat semangat bukanlah lebih berbakat, lebih berani ataupun lebih pandai. Tetapi, mereka lebih konsisten dalam melakukan tugasan harian.
Malah, mereka mempunyai jadual dan tabiat tertentu yang membuatkan mereka
mampu untuk fokus
pada perkara yang penting.
Kekuatan minda akhirnya akan berbalik semula kepada tabiat seseorang.
Mereka yang lebih berdedikasi dan sanggup mengikut jadual tertentu secara konsisten lebih mudah untuk mengatasi cabaran yang mendatang.
Namun, jangan pula bekerja secara keterlaluan. Jangan lupa untuk berehat sebentar sebelum menyambung kerja anda untuk
elakkan burn-out!
Pada akhirnya, tidak ada sesiapa yang sempurna. Namun, jika anda fokus pada perkara yang penting, anda dapat memupuk ketahanan minda yang akhirnya akan membawa kejayaan.
Sama jugalah jika anda mempunyai pandangan yang negatif terhadap hidup. Jika anda boleh mengubah tanggapan ini, anda akan dapati diri anda
lebih bahagia dan tidak tertekan. |
| Markdown | 
[Musim selesema tiba. Lindungi diri anda dengan Vaksin Influenza dari RM58](https://flu-vaccine.hellodoktor.com/flu-vaccine?lan=ms)
[](https://hellodoktor.com/)
Jaminan Produk Asli 100%
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Puasa Lebih Mudah, Raya Lebih Meriah](https://hellodoktor.com/salam-ramadan/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Kalkulator Indeks Jisim Badan (BMI) Calculate your Body Mass Index (BMI) using the following tools Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/kalkulator-bmi/)
[Kalkulator Kesuburan Mari ikuti perkembangan kitaran kesuburan anda dengan alatan mudah ini! Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/kalkulator-kesuburan/)
[Kalkulator Tarikh Bersalin Gunakan alat ini untuk mengira bilakah jangkaan tarikh bersalin anda! Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/kalkulator-tarikh-bersalin/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/care/vaccination/)
[Pemeriksaan Kesihatan](https://hellodoktor.com/care/health-screener/)
[Penurunan Berat Badan (GLP1)](https://medical-weight-loss.hellodoktor.com/ms)
[Dapatkan Nasihat Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/)
[Isu Kesihatan Mental Lain](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/)
# Bakat Saja Tak Cukup, Jika Nak Berjaya Anda Perlu Kuat Dari Segi Mental! Ikut Tip Ini
Pernahkah anda dengar mengenai kekuatan atau ketahanan mental? Ketahanan mental atau kuat semangat merupakan salah satu sifat yang dominan dalam diri individu yang berjaya.

Tidak kiralah jika individu tersebut seorang atlet ternama ataupun ahli politik yang disegani, mereka yang dapat pergi jauh dalam kehidupan selalunya [kental dari segi mental.](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/makan-sihat-untuk-mental-anda/)
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ada yang berjaya disebabkan bakat dan kepandaian mereka. Walau bagaimanapun, bakat sahaja tidak berguna jika tidak diikuti dengan usaha dan kuatkan semangat.
Di sebalik semua kejayaan yang mereka capai, sudah pasti terkandung 1001 cerita suka dan luka yang tidak pernah tersingkap.
Namun, jika diteliti, ada satu perkara yang ada pada hampir semua individu yang berjaya iaitu kuat semangat ataupun *mental toughness*.
## **Apa itu kuat semangat?**

Kekuatan mental merupakan salah satu faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang. Tapi, apa sebenarnya maksud kuat semangat ini?
Secara amnya, kekuatan mental merupakan keupayaan seseorang untuk kekal berusaha walaupun ketika berada dalam kesusahan.
Malah, walaupun mereka gagal berkali-kali, mereka masih mampu kuatkan semangat dan bekerja seperti biasa tanpa mengenal penat dan lelah untuk mengejar cita-cita mereka.
Sifat ini turut dikenali sebagai *grit* atau keberanian dan kekuatan dari segi karakter seseorang.
Penulis buku *Grit*, Angela Duckworth telah memberi definisinya sendiri terhadap perkataan ini. Menurut beliau, mereka yang kuat semangat tidak perlukan bakat untuk berjaya.
Mereka juga boleh pergi jauh dengan *passion* atau keghairahan yang mereka miliki. Namun, pada masa yang sama, mereka tahan lasak dan [tidak mudah putus asa.](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/kesan-patah-hati-pada-kesihatan-diri/)
Individu yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi dapat melawan segala rintangan dan menyelesaikan semua masalah yang menghalang mereka daripada mencapai kejayaan.
Ini mungkin berbeza dengan mereka yang mempunyai ketahanan mental yang rendah. Mereka ini lebih mudah untuk melupakan impian mereka.
Namun, jangan risau! Kekuatan mental merupakan sesuatu yang boleh diasah. Tetapi, ia mungkin perlukan banyak latihan dari segi mental sebelum anda benar-benar boleh menguasainya.
## **Bagaimana saya boleh kuatkan semangat?**
Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk memupuk sifat kuat semangat. Namun, amalan ini bukanlah sejenis āpil ajaibā yang boleh membuatkan daya tahan mental anda meningkat serta-merta.
Sebarang perubahan akan makan masa. Sama jugalah jika anda ingin jadi seseorang yang kuat dari segi mental.
Namun, dengan amalan ini, anda boleh jadi lebih kuat tidak kiralah anda lahir dengan bakat ataupun tidak.
### **1\.** **Kekalkan pemikiran yang positif**

Jika anda ingin memupuk ketahanan mental dan [menguruskan stres dengan lebih baik](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/pengurusan-stress/kebaikan-stres/), perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan pemikiran anda kekal positif setiap hari.
Menurut Cleveland Clinic, setiap manusia berfikir hampir 60,000 kali sehari. Selalunya, 95% daripada fikiran tersebut adalah berulang-ulang, dan 80% daripadanya adalah negatif.
Secara puratanya, hampir 45,600 kali sehari kita berfikir tentang perkara yang negatif.
Jika apa yang selalu bermain dalam fikiran anda [bersifat negatif,](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/group-whatsapp-keluarga-boleh-pengaruhi-kesihatan-mental/) anda mungkin merupakan seorang yang bersifat pesimis.
Berfikir secara positif tidak bermaksud anda perlu abaikan semua perkara negatif dalam hidup. Sebaliknya, mereka yang berfikiran positif selalu memandang pada sisi yang baik dan bukannya yang buruk.
Jadi, adakah anda seorang yang memandang gelas sebagai separuh penuh atau separuh kosong?
### **2\.** **Cari tujuan yang kuat**
Salah satu elemen yang penting untuk membina ketahanan mental adalah mempunyai tujuan yang kuat untuk setiap cita-cita anda.
Kadangkala, ketiadaan tujuan yang kuat inilah penyebab anda kerap tergelincir daripada landasan cita-cita. Ramai yang alami dilema ini mungkin menganggap diri mereka [tidak cukup berdisiplin.](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/disiplin-atau-hukuman-cara-mendidik-anak/)
Namun, sebab utama anda sering rasa tidak bersemangat mungkin berpunca daripada ketiadaan motivasi\!
Bukan mudah untuk terus bekerja tanpa ada sebab yang membuatkan anda sentiasa bersemangat. Tanpa tujuan yang jelas, anda sukar untuk memotivasikan diri untuk melakukan tugasan yang sukar.
Sebagai contoh, mungkin anda sukar untuk [berhenti merokok](https://hellodoktor.com/habit-sihat/berhenti-merokok/ikrar-berhenti-merokok/) jika anda tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh.
Namun, berbeza bagi mereka yang baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayi, atau baru pulih daripada penyakit yang mengancam nyawa, mereka ini mempunyai sebab yang jelas untuk berhenti merokok.
### **3\.** **Lebih konsisten dalam melaksanakan tugasan**
Mereka yang mempunyai kuat semangat bukanlah lebih berbakat, lebih berani ataupun lebih pandai. Tetapi, mereka lebih konsisten dalam melakukan tugasan harian.
Malah, mereka mempunyai jadual dan tabiat tertentu yang membuatkan mereka [mampu untuk fokus](https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/beza-otak-lelaki-wanita/) pada perkara yang penting.
Kekuatan minda akhirnya akan berbalik semula kepada tabiat seseorang.
Mereka yang lebih berdedikasi dan sanggup mengikut jadual tertentu secara konsisten lebih mudah untuk mengatasi cabaran yang mendatang.
Namun, jangan pula bekerja secara keterlaluan. Jangan lupa untuk berehat sebentar sebelum menyambung kerja anda untuk [elakkan burn-out\!](https://hellodoktor.com/kencing-manis/penjaga-orang-sakit-kronik/)
## **Kuat semangat, tidak ada sesiapa yang sempurna**

Pada akhirnya, tidak ada sesiapa yang sempurna. Namun, jika anda fokus pada perkara yang penting, anda dapat memupuk ketahanan minda yang akhirnya akan membawa kejayaan.
Sama jugalah jika anda mempunyai pandangan yang negatif terhadap hidup. Jika anda boleh mengubah tanggapan ini, anda akan dapati diri anda [lebih bahagia dan tidak tertekan.](https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/aktif/proses-penuaan-muda/)
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
1. Lifehack. 2020. *How to Develop Mental Toughness and Stay Strong.* October 29. Accessed November 23, 2020. https://www.lifehack.org/articles/productivity/how-to-develop-mental-toughness.html.
2. Lin, Ying, Julian Mutz, Peter J. Clough, and Kostas A. Papageorgiou. 2017. āMental Toughness and Individual Differences in Learning, Educational and Work Performance, Psychological Well-being, and Personality: A Systematic Review.ā *Front. Psychol.* doi:https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01345.
3. Mayo Clinic. 2020. *Positive thinking: Stop negative self-talk to reduce stress.* January 21. Accessed November 23, 2020. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/positive-thinking/art-20043950.
4. Mental Toughness. n.d. *Developing Mental Toughness.* Accessed November 23, 2020. https://www.mentaltoughness.partners/developing-mental-toughness/.
Sejarah
Versi Terbaru
27/10/2021
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
***
Artikel Berkaitan
[Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/simpan-barang-hoarding-disorder/)
[Ada Apa Pada Umur? JANGAN KECAM Jika Ada Orang Tua Yang Berjiwa Muda, Ini Tanda Bahagia](https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/aktif/proses-penuaan-muda/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/dr-joseph-tan)
Disemak secara perubatan oleh
[Dr. Joseph Tan](https://hellodoktor.com/expert/dr-joseph-tan)
Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group
***
Ditulis oleh [Fatin Zahra](https://hellodoktor.com/author/fatin) Ā· Disemak pada 27/10/2021
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)[](https://open.spotify.com/show/1d6IAKTSFF3EM7JU4xGfKg?si=XuQJJRgDSWad0N0NZkOh_A&nd=1&dlsi=ad47cd26f3c44c90)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)[Polisi Pembatalan & Bayaran Balik](https://hellodoktor.com/static/polisi-pembatalan-bayaran-balik/)[Dasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan](https://hellodoktor.com/static/dasar-pemenuhan-preskripsi-pendispensan-ubat-ubatan/)
Hello Health Group
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. \| No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2026 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. |
| Readable Markdown | Pernahkah anda dengar mengenai kekuatan atau ketahanan mental? Ketahanan mental atau kuat semangat merupakan salah satu sifat yang dominan dalam diri individu yang berjaya.

Tidak kiralah jika individu tersebut seorang atlet ternama ataupun ahli politik yang disegani, mereka yang dapat pergi jauh dalam kehidupan selalunya [kental dari segi mental.](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/makan-sihat-untuk-mental-anda/)
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ada yang berjaya disebabkan bakat dan kepandaian mereka. Walau bagaimanapun, bakat sahaja tidak berguna jika tidak diikuti dengan usaha dan kuatkan semangat.
Di sebalik semua kejayaan yang mereka capai, sudah pasti terkandung 1001 cerita suka dan luka yang tidak pernah tersingkap.
Namun, jika diteliti, ada satu perkara yang ada pada hampir semua individu yang berjaya iaitu kuat semangat ataupun *mental toughness*.

Kekuatan mental merupakan salah satu faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang. Tapi, apa sebenarnya maksud kuat semangat ini?
Secara amnya, kekuatan mental merupakan keupayaan seseorang untuk kekal berusaha walaupun ketika berada dalam kesusahan.
Malah, walaupun mereka gagal berkali-kali, mereka masih mampu kuatkan semangat dan bekerja seperti biasa tanpa mengenal penat dan lelah untuk mengejar cita-cita mereka.
Sifat ini turut dikenali sebagai *grit* atau keberanian dan kekuatan dari segi karakter seseorang.
Penulis buku *Grit*, Angela Duckworth telah memberi definisinya sendiri terhadap perkataan ini. Menurut beliau, mereka yang kuat semangat tidak perlukan bakat untuk berjaya.
Mereka juga boleh pergi jauh dengan *passion* atau keghairahan yang mereka miliki. Namun, pada masa yang sama, mereka tahan lasak dan [tidak mudah putus asa.](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/kesan-patah-hati-pada-kesihatan-diri/)
Individu yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi dapat melawan segala rintangan dan menyelesaikan semua masalah yang menghalang mereka daripada mencapai kejayaan.
Ini mungkin berbeza dengan mereka yang mempunyai ketahanan mental yang rendah. Mereka ini lebih mudah untuk melupakan impian mereka.
Namun, jangan risau! Kekuatan mental merupakan sesuatu yang boleh diasah. Tetapi, ia mungkin perlukan banyak latihan dari segi mental sebelum anda benar-benar boleh menguasainya.
Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk memupuk sifat kuat semangat. Namun, amalan ini bukanlah sejenis āpil ajaibā yang boleh membuatkan daya tahan mental anda meningkat serta-merta.
Sebarang perubahan akan makan masa. Sama jugalah jika anda ingin jadi seseorang yang kuat dari segi mental.
Namun, dengan amalan ini, anda boleh jadi lebih kuat tidak kiralah anda lahir dengan bakat ataupun tidak.

Jika anda ingin memupuk ketahanan mental dan [menguruskan stres dengan lebih baik](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/pengurusan-stress/kebaikan-stres/), perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan pemikiran anda kekal positif setiap hari.
Menurut Cleveland Clinic, setiap manusia berfikir hampir 60,000 kali sehari. Selalunya, 95% daripada fikiran tersebut adalah berulang-ulang, dan 80% daripadanya adalah negatif.
Secara puratanya, hampir 45,600 kali sehari kita berfikir tentang perkara yang negatif.
Jika apa yang selalu bermain dalam fikiran anda [bersifat negatif,](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/group-whatsapp-keluarga-boleh-pengaruhi-kesihatan-mental/) anda mungkin merupakan seorang yang bersifat pesimis.
Berfikir secara positif tidak bermaksud anda perlu abaikan semua perkara negatif dalam hidup. Sebaliknya, mereka yang berfikiran positif selalu memandang pada sisi yang baik dan bukannya yang buruk.
Jadi, adakah anda seorang yang memandang gelas sebagai separuh penuh atau separuh kosong?
Salah satu elemen yang penting untuk membina ketahanan mental adalah mempunyai tujuan yang kuat untuk setiap cita-cita anda.
Kadangkala, ketiadaan tujuan yang kuat inilah penyebab anda kerap tergelincir daripada landasan cita-cita. Ramai yang alami dilema ini mungkin menganggap diri mereka [tidak cukup berdisiplin.](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/disiplin-atau-hukuman-cara-mendidik-anak/)
Namun, sebab utama anda sering rasa tidak bersemangat mungkin berpunca daripada ketiadaan motivasi\!
Bukan mudah untuk terus bekerja tanpa ada sebab yang membuatkan anda sentiasa bersemangat. Tanpa tujuan yang jelas, anda sukar untuk memotivasikan diri untuk melakukan tugasan yang sukar.
Sebagai contoh, mungkin anda sukar untuk [berhenti merokok](https://hellodoktor.com/habit-sihat/berhenti-merokok/ikrar-berhenti-merokok/) jika anda tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh.
Namun, berbeza bagi mereka yang baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayi, atau baru pulih daripada penyakit yang mengancam nyawa, mereka ini mempunyai sebab yang jelas untuk berhenti merokok.
Mereka yang mempunyai kuat semangat bukanlah lebih berbakat, lebih berani ataupun lebih pandai. Tetapi, mereka lebih konsisten dalam melakukan tugasan harian.
Malah, mereka mempunyai jadual dan tabiat tertentu yang membuatkan mereka [mampu untuk fokus](https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/beza-otak-lelaki-wanita/) pada perkara yang penting.
Kekuatan minda akhirnya akan berbalik semula kepada tabiat seseorang.
Mereka yang lebih berdedikasi dan sanggup mengikut jadual tertentu secara konsisten lebih mudah untuk mengatasi cabaran yang mendatang.
Namun, jangan pula bekerja secara keterlaluan. Jangan lupa untuk berehat sebentar sebelum menyambung kerja anda untuk [elakkan burn-out\!](https://hellodoktor.com/kencing-manis/penjaga-orang-sakit-kronik/)

Pada akhirnya, tidak ada sesiapa yang sempurna. Namun, jika anda fokus pada perkara yang penting, anda dapat memupuk ketahanan minda yang akhirnya akan membawa kejayaan.
Sama jugalah jika anda mempunyai pandangan yang negatif terhadap hidup. Jika anda boleh mengubah tanggapan ini, anda akan dapati diri anda [lebih bahagia dan tidak tertekan.](https://hellodoktor.com/penjagaan-warga-emas/aktif/proses-penuaan-muda/) |
| Shard | 54 (laksa) |
| Root Hash | 6912684309586764454 |
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/kuat-semangat-rahsia-kejayaan/ s443 |