ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/ |
| Last Crawled | 2025-12-15 06:44:12 (3 months ago) |
| First Indexed | 2021-01-29 08:46:45 (5 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Sakit Pada Perut, Kenali Simptom-simptom Sama Ada Ia Normal @ Serius |
| Meta Description | Sakit pada perut, istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada kekejangan atau sakit di bahagian perut (abdomen). Fahami simptom ini. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | null |
| Markdown | 
[Nak Turun Berat? Tanya Doktor Sekarang\!](https://wa.me/601133221824?text=MULA%20SEKARANG)

[](https://hellodoktor.com/)
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Langkah Pertama, Buat Bakal Ibu](https://hellodoktor.com/panduan-ibu-baharu/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif). Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pradiabetes)
[Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pengurusan-kendiri-diabetes/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://hellodoktor.com/care/)
[](https://clinity.app.link/DgSznupHvWb)
[Log MasukLog Masuk]()
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Simptom](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/)
Penjelasan
11
Kongsi
# Sakit Perut Tak Hilang-Hilang? Kenali 7 Simptom Yang Patut Anda Risau\!
[Tanda sakit perut tidak normal](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#tanda-tanda-sakit-pada-perut-yang-tidak-normal)[Sakit antara tulang rusuk](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#1-kesakitan-perut-atas-antara-tulang-rusuk)[Sakit bawah abdomen](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#2-kesakitan-yang-teruk-di-bahagian-bawah-abdomen)[Sakit di tengah perut](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#3-sakit-pada-perut-di-bahagian-atas-tengah-yang-berkaitan-dengan-loya-dan-sendawa)[Sakit teruk secara tiba-tiba](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#4-kesakitan-yang-agak-teruk-secara-tiba-tiba)[Sakit perut sebelah kanan atau kiri](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#5-kesakitan-di-bahagian-kanan-atau-kiri-pada-wanita)[Kejang perut, cirit-birit dan sembelit](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#6-kekejangan-dengan-cirit-birit-atau-sembelit)[Sakit selepas makan makanan berlemak](https://hellodoktor.com/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/#7-sakit-pada-perut-teruk-selepas-makan-makanan-berlemak)
Sakit pada perut adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada kekejangan atau ketidakselesaan di bahagian perut (abdomen). Ia biasanya tidak berpanjangan dan selalunya tidak serius.

Tetapi [kesakitan perut yang teruk](https://hellodoktor.com/kanser/kanser-perut/sakit-perut-berpanjangan/) boleh menjadi faktor risiko bagi keadaan kesihatan lain.
Jika sakit pada perut bermula dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka, ia harus dianggap sebagai kecemasan perubatan, terutama jika rasa sakit tertumpu di kawasan tertentu.
*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya* [di sini](https://hellodoktor.com/kesihatan/).
## Tanda-tanda sakit pada perut yang tidak normal
## 1\. Kesakitan perut atas antara tulang rusuk
Jika anda mengalami sakit atau tekanan di bahagian atas abdomen di bawah rusuk, ini mungkin menunjukkan masalah yang berkaitan dengan jantung.

Sakit perut boleh menunjukkan ada masalah jantung.
Ianya benar jika sakit terus berlanjutan atau anda mengalami simptom lain seperti sesak nafas.
Kebanyakan orang mendakwa simptom ini disebabkan sakit perut angin, pedih ulu hati atau senak.
Walaupun senak mungkin berlaku, sesiapa yang mempunyai faktor risiko seperti [diabetes](https://hellodoktor.com/kesihatan/berita/cara-kawal-kencing-manis-aplikasi/) atau tekanan darah tinggi perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
## 2\. Kesakitan yang teruk, di bahagian bawah abdomen
Kesakitan tiba-tiba di bahagian bawah perut mungkin tanda-tanda [apendisitis](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/perut-kembung/tanda-sakit-apendiks/).
Ia juga boleh disertai dengan demam. Kesakitan sering bermula di sekitar kawasan perut dan menjadi lebih buruk dari semasa ke semasa.
Muntah, sembelit atau cirit-birit bersama-sama dengan kesakitan juga menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda ke rawatan kecemasan.
Jika kesakitan berterusan dan tiba-tiba selama beberapa jam atau sehari anda harus berjumpa doktor pada hari itu. Ini kerana apendisitis selalunya memerlukan pembedahan.
Sekiranya tidak dirawat masalah sakit perut lebih 3 hari – kurang atau lebih, apendiks yang rosak boleh menyebabkan kematian.
## 3\. Sakit pada perut di bahagian atas-tengah yang berkaitan dengan loya dan sendawa
Bagi pesakit yang lebih tua, kesakitan di bahagian atas dan tengah perut yang berkaitan dengan rasa mual dan sendawa boleh menjadi tanda serangan jantung.
Muntah yang [berlaku dengan sakit belakang](https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/sakit-belakang-semasa-mengandung/) atau rahang dan sesak nafas juga boleh menunjukkan kecemasan yang boleh mengancam nyawa.
## 4\. Kesakitan yang agak teruk secara tiba-tiba
Apabila sakit pada perut pertengahan berlaku secara tiba-tiba, atau sakit perut sekejap datang sekejap hilang, awas\!
Ini terutama pada mereka yang mempunyai sejarah penyakit [ulser peptik](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/penyakit-ulser-perut/) atau mereka yang mengambil jumlah aspirin atau NSAID yang berlebihan, ia dapat menunjukkan perforasi, yang merupakan kecemasan pembedahan, kata Glatter.
Selain itu, kehadiran udara bebas dan [kandungan gastrik](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/gastrik/tanda-gastrik-angin/) boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai peritonitis.
Ini boleh mengakibatkan kejutan septik akibat pencemaran dalam rongga perut. Kejadian ini memerlukan pembedahan untuk mengelak kebocoran.
## 5\. Kesakitan di bahagian kanan atau kiri pada wanita
[](https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/apa-maksud-dan-punca-sista-ovari/)
Apa punca terjadinya sista ovari?
Sakit pada perut secara tiba-tiba, betul-betul di bahagian bawah atau rasa perit pada bahagian bawah kiri perut menunjukkan [sista ovari](https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/apa-maksud-dan-punca-sista-ovari/) pada wanita.
Kesakitan ini juga boleh menunjukkan kilasan ovari (putaran ovari dan bahagian tiub fallopian), atau juga ovari yang dipintal akibat bekalan darah yang berkompromi.
Dapatkan rawatan segera, dan pembedahan membuang ovari mungkin diperlukan.
## 6\. Kekejangan dengan cirit-birit atau sembelit
Kesakitan abdomen (kejang) di bahagian bawah abdomen [yang disertai kembung](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/perut-kembung/cara-mengeluarkan-angin-di-perut-dengan-cepat/) dan [cirit-birit](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/selsema-perut/jenis-sakit-perut/) atau [sembelit](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/cara-merawat-sembelit-anak/) boleh menjadi tanda-tanda [sindrom usus besar (IBS)](https://hellodoktor.com/health-tools/ujian-risiko-sindrom-rengsa-usus-ibs/).
Keadaan ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita yang lebih muda, walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia.
Simptom IBS biasanya dikawal dengan menguruskan diet, gaya hidup dan tekanan. Ubat dan kaunseling mungkin diperlukan dalam beberapa kes.
## 7\. Sakit pada perut teruk selepas makan makanan berlemak

Sakit perut akibat salah diet.
Keadaan ini mungkin disebabkan serangan pundi hempedu. Wanita amat terdedah kepada [penyakit pundi hempedu](https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/pundi-hempedu/penyakit-batu-hempedu/), kata Hardeep Singh, MD, ahli gastroenterologi dari St. Joseph Hospital, Orange, CA.
Wanita berumur lebih 40 tahun berisiko tinggi menghadapinya.
Sakit perut memulas tapi tak berak menjadi lebih teruk selepas makan, berlangsung selama 30 hingga 60 minit dan boleh datang dan pergi, menjadi semakin berterusan dan teruk sepanjang masa.
### Terdapat beberapa punca perut anda rasa sakit atau tidak selesa termasuk:
- Masalah jantung
- Masalah angin
- Apendisitis
- Gastritis
- Ulser peptik
- Sista ovari
- Sindrom rengsa usus
- Diet tidak ideal
Kesakitan perut adalah sangat biasa, tetapi [kesakitan perut yang teruk](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/petua-hilangkan-sakit-perut-kanak-kanak/) boleh membimbangkan, dan terdapat begitu banyak punca yang sukar diketahui sama ada ia serius atau tidak.
Jika sakit pada perut anda teruk atau berterusan, ini adalah petunjuk bahawa keadaan yang serius, segera berjumpa doktor untuk rawatan perubatan.
\[embed-health-tool-bmi\]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
1. 9 Signs Your Stomach Pain Isn’t Normal. https://www.sjo.org/newsroom/in-the-news/2016/9-signs-your-stomach-pain-isnt-normal/. Accessed on Jan 25, 2019.
2. Stomach ache and abdominal pain. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/stomach-ache-and-abdominal-pain. Accessed on Jan 25, 2019.
3. Abdominal pain. https://www.mayoclinic.org/symptoms/abdominal-pain/basics/causes/sym-20050728. Accessed on Jan 25, 2019.
4. What’s Causing Your Lower Abdominal Pain? https://health.clevelandclinic.org/whats-causing-your-lower-abdominal-pain/. Accessed on Jan 25, 2019.
5. Abdominal Pain, Acute. https://www.aafp.org/afp/topicModules/viewTopicModule.htm?topicModuleId=73. Accessed on Jan 25, 2019.
Sejarah
Versi Terbaru
30/09/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
***
Artikel Berkaitan
[Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia @ COVID-19, Periksa Cepat\!](https://hellodoktor.com/penyakit-batuk-saluran-pernafasan/pernafasan-lain/asma-dan-pneumonia/)
[Masalah Sembelit Selepas Menopaus Itu Normal? Wanita Sila Peka Dengan 3 Solusi Ini\!](https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/menopaus/masalah-sembelit-selepas-menopaus/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/epiquesoap)
Disemak secara perubatan oleh
[Dr. Shelby](https://hellodoktor.com/expert/epiquesoap)
Dokter Umum · Hello Health Group
***
Ditulis oleh [Muhammad Wa'iz](https://hellodoktor.com/author/mdwaiz) · Disemak pada 30/09/2025
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Iklan
Iklan
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)
Hello Health
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
©2025 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 54 (laksa) |
| Root Hash | 6912684309586764454 |
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/kesihatan/simptom/sakit-perut-normal-atau-serius/ s443 |