ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.6 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/kecergasan/aktiviti-lain/risiko-hiking-ams-halusinasi/ |
| Last Crawled | 2026-03-25 19:40:11 (18 days ago) |
| First Indexed | 2021-01-26 09:21:15 (5 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Risiko Hiking: Boleh Terkena AMS Sehingga Berhalusinasi? -Hello Doktor |
| Meta Description | Kalian adalah kaki mendaki tempat tinggi? Berwaspada ya, anda mungkin akan menghadapi risiko hiking yang utama iaitu AMS. Jom klik untuk tahu! |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Anda salah seorang penggemar aktiviti mendaki bukit atau gunung? Maka artikel ini amat sesuai untuk anda!
Tidak dinafikan, ramai individu tanpa mengira jantina dan usia
memang sangat menggemari aktiviti lasak seperti ini terutamanya buat golongan yang bernama belia
.
Di Malaysia, aktiviti hiking atau mendaki adalah sangat popular kerana negara kita terkenal dengan bukit dan gunung seperti Bukit Broga, Bukit Gasing, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu dan pelbagai lagi.
Ya, aktiviti ini memang mencabar dan menarik. Namun, setiap perkara pasti ada pro dan kontranya.
Anda pernah dengar tentang
altitude sickness?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Risiko hiking yang utama: halusinasi?
Kami tidak kata aktiviti mendaki ini adalah tidak sihat kerana ia ternyata sangat bagus untuk kekuatan dan kesihatan tubuh badan baik dari aspek fizikal atau mental.
Pun begitu, mungkin terdapat beberapa risiko hiking yang kalian perlu pertimbangkan sebelum mengajak teman-teman berkumpul dan bersama mendaki bukit atau gunung pilihan.
Tahukah anda, pendaki boleh terkena satu kondisi yang dinamakan sebagai ‘altitude sickness’ atau
acute mountain sickness
(AMS)?
Kondisi inilah yang dikatakan menjadi punca
sukar bernafas
,
pening kepala
, loya, penat,
hilang selera makan
,
insomnia
dan lebih teruk, halusinasi!
Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.
Apa itu kondisi altitude sickness?
AMS lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai sindrom akut gunung, sindrom mabuk gunung atau ketidakselesaan akut pergunungan.
Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk bernafas ekoran kekurangan oksigen di dalam tubuh badan.
Ia mungkin akan berlaku apabila individu pergi atau sampai ke kawasan tinggi yang mempunyai altitud melebihi 2,500 meter dari paras air laut.
Di Malaysia, hanya Gunung Kinabalu sahaja yang mempunyai altitud setinggi ini dengan 4,083 meter namun lebih banyak di luar negara.
Berikut merupakan simptom-simptom AMS yang mungkin berlaku kira-kira 6 hingga 24 jam selepas mencapai altitud yang sangat tinggi:
Sukar bernafas
Pening kepala
Terasa loya
Terasa penat
Hilang selera makan
Insomnia
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan, ia mungkin menjadi lebih teruk dan mengakibatkan
halusinasi
, pitam atau pengsan.
Bagaimana altitude sickness boleh dirawat?
Pakar Perunding Anaestesiologi Gleneagles Medini, Dr. Mafeitzeral Mamat menyatakan bahawa AMS mungkin tidak dapat dielakkan ekoran perubahan fisiologi manusia dengan altitud.
Menurut beliau, semakin tinggi individu itu dari aras air laut maka semakin kurang tekanan barometrik semula jadi yang menyebabkan kemasukan oksigen dalam tubuh badan terganggu.
Ini adalah kesan daripada aklimatisasi –
proses tubuh badan menyesuaikan diri dengan tempat tinggi
.
“Setiap orang mempunyai tahap aklimatisasi berbeza tetapi pada dasarnya proses ini tidak boleh diambil mudah kerana ia membantu manusia untuk biasa dengan keadaan tempat tinggi,” jelas Dr. Mafeitzeral lagi.
Pun begitu, ini tidak bermakna ia tidak boleh dielak atau dirawat.
Berikut merupakan cara untuk mengelak daripada terkena altitude sickness:
Cuba untuk tidak terus pergi ke tempat yang beraltitud tinggi
Ambil masa 2 ke 3 hari untuk membiasakan tubuh badan
Jangan mendaki bukit atau gunung melebihi 300 meter ke 500 meter sehari
Rehat setiap kali mencapai 600 meter ke 900 meter
Rehat setiap 3 ke 4 hari
Minum air masak secukupnya
Katakan tidak pada
rokok
dan
alkohol
Pastikan anda makan
makanan tinggi kalori
Elakkan senaman berat pada 24 jam pertama pendakian
Sekiranya sudah berlaku, maka perubatan seperti berikut amat diperlukan dengan preskripsi doktor:
Acetazolamide untuk merawat AMS
Ibuprofen untuk merawat pening kepala
Paracetamol untuk merawat pening kepala
Promethazine untuk merawat loya
Wujudkah sebarang risiko hiking yang lain?
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, halusinasi akibat AMS adalah antara risiko hiking yang utama.
Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu ia boleh mengakibatkan pitam, pengsan atau maut jika dibiarkan.
Adakah itu sahaja risiko aktiviti mendaki bukit atau gunung? Tidak, ada banyak lagi.
Antara yang kalian perlu titikberatkan adalah aspek keselamatan terhadap beberapa perkara berikut:
Jatuh dari tempat tinggi
Sesat di destinasi pilihan
Binatang berbahaya
Serangga berbisa
Hilang sumber makanan dan minuman
Konklusinya, tidak salah untuk anda dan teman-teman mengembara ke tempat tinggi untuk aktiviti hiking, cuma sila lebih berwaspada untuk elak AMS dan pelbagai lagi risiko yang lain ya?
[embed-health-tool-bmi] |
| Markdown | 
[Musim selesema tiba. Lindungi diri anda dengan Vaksin Influenza dari RM58](https://flu-vaccine.hellodoktor.com/flu-vaccine?lan=ms)
[](https://hellodoktor.com/)
Jaminan Produk Asli 100%
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Puasa Lebih Mudah, Raya Lebih Meriah](https://hellodoktor.com/salam-ramadan/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif). Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pradiabetes)
[Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pengurusan-kendiri-diabetes/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Log MasukLog Masuk]()
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/care/vaccination/)
[Pemeriksaan Kesihatan](https://hellodoktor.com/care/health-screener/)
[Penurunan Berat Badan (GLP1)](https://medical-weight-loss.hellodoktor.com/ms)
[Dapatkan Nasihat Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Badan Sihat](https://hellodoktor.com/kecergasan/)
[Aktiviti Kesihatan Lain](https://hellodoktor.com/kecergasan/aktiviti-lain/)
1
Kongsi
# Peminat Hiking Jaga-jaga! Ada Risiko Berhalusinasi Semasa Mendaki, Ini Cara Nak Elak\!
Anda salah seorang penggemar aktiviti mendaki bukit atau gunung? Maka artikel ini amat sesuai untuk anda\!

Tidak dinafikan, ramai individu tanpa mengira jantina dan usia [memang sangat menggemari aktiviti lasak seperti ini terutamanya buat golongan yang bernama belia](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/sukan-lasak-dan-anak-anda/).
Di Malaysia, aktiviti hiking atau mendaki adalah sangat popular kerana negara kita terkenal dengan bukit dan gunung seperti Bukit Broga, Bukit Gasing, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu dan pelbagai lagi.
Ya, aktiviti ini memang mencabar dan menarik. Namun, setiap perkara pasti ada pro dan kontranya.
Anda pernah dengar tentang *altitude sickness?* Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut\!
## Risiko hiking yang utama: halusinasi?
Kami tidak kata aktiviti mendaki ini adalah tidak sihat kerana ia ternyata sangat bagus untuk kekuatan dan kesihatan tubuh badan baik dari aspek fizikal atau mental.
Pun begitu, mungkin terdapat beberapa risiko hiking yang kalian perlu pertimbangkan sebelum mengajak teman-teman berkumpul dan bersama mendaki bukit atau gunung pilihan.
Tahukah anda, pendaki boleh terkena satu kondisi yang dinamakan sebagai ‘altitude sickness’ atau *acute mountain sickness* (AMS)?
Kondisi inilah yang dikatakan menjadi punca [sukar bernafas](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/masih-resah-walaupun-teknik-bernafas-yang-betul/), [pening kepala](https://hellodoktor.com/kanser/tumor-otak/simptom-sakit-kepala-barah-otak/), loya, penat, [hilang selera makan](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/neuron-otak-yang-mengawal-selera-makan-secara-semulajadi/), [insomnia](https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/fakta-dan-mitos-tentang-insomnia/) dan lebih teruk, halusinasi\!
Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.

## Apa itu kondisi altitude sickness?
AMS lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai sindrom akut gunung, sindrom mabuk gunung atau ketidakselesaan akut pergunungan.
Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk bernafas ekoran kekurangan oksigen di dalam tubuh badan.
Ia mungkin akan berlaku apabila individu pergi atau sampai ke kawasan tinggi yang mempunyai altitud melebihi 2,500 meter dari paras air laut.
Di Malaysia, hanya Gunung Kinabalu sahaja yang mempunyai altitud setinggi ini dengan 4,083 meter namun lebih banyak di luar negara.
Berikut merupakan simptom-simptom AMS yang mungkin berlaku kira-kira 6 hingga 24 jam selepas mencapai altitud yang sangat tinggi:
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Terasa loya
- Terasa penat
- Hilang selera makan
- Insomnia
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan, ia mungkin menjadi lebih teruk dan mengakibatkan [halusinasi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/halusinasi-salah-satu-tanda-penyakit-mental/), pitam atau pengsan.

## Bagaimana altitude sickness boleh dirawat?
Pakar Perunding Anaestesiologi Gleneagles Medini, Dr. Mafeitzeral Mamat menyatakan bahawa AMS mungkin tidak dapat dielakkan ekoran perubahan fisiologi manusia dengan altitud.
Menurut beliau, semakin tinggi individu itu dari aras air laut maka semakin kurang tekanan barometrik semula jadi yang menyebabkan kemasukan oksigen dalam tubuh badan terganggu.
Ini adalah kesan daripada aklimatisasi – [proses tubuh badan menyesuaikan diri dengan tempat tinggi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/jenis-fobia-yang-dialami/).
> “Setiap orang mempunyai tahap aklimatisasi berbeza tetapi pada dasarnya proses ini tidak boleh diambil mudah kerana ia membantu manusia untuk biasa dengan keadaan tempat tinggi,” jelas Dr. Mafeitzeral lagi.
Pun begitu, ini tidak bermakna ia tidak boleh dielak atau dirawat.
Berikut merupakan cara untuk mengelak daripada terkena altitude sickness:
- Cuba untuk tidak terus pergi ke tempat yang beraltitud tinggi
- Ambil masa 2 ke 3 hari untuk membiasakan tubuh badan
- Jangan mendaki bukit atau gunung melebihi 300 meter ke 500 meter sehari
- Rehat setiap kali mencapai 600 meter ke 900 meter
- Rehat setiap 3 ke 4 hari
- [Minum air masak secukupnya](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/terlebih-minum-air-pun-bahaya/)
- Katakan tidak pada [rokok](https://hellodoktor.com/habit-sihat/berhenti-merokok/bahaya-rokok-gulung/) dan [alkohol](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/ketagihan/fahami-kesan-alkohol-terhadap-individu/)
- Pastikan anda makan [makanan tinggi kalori](https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/kalori-makanan/)
- Elakkan senaman berat pada 24 jam pertama pendakian
Sekiranya sudah berlaku, maka perubatan seperti berikut amat diperlukan dengan preskripsi doktor:
- Acetazolamide untuk merawat AMS
- Ibuprofen untuk merawat pening kepala
- Paracetamol untuk merawat pening kepala
- Promethazine untuk merawat loya

## Wujudkah sebarang risiko hiking yang lain?
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, halusinasi akibat AMS adalah antara risiko hiking yang utama.
Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu ia boleh mengakibatkan pitam, pengsan atau maut jika dibiarkan.
Adakah itu sahaja risiko aktiviti mendaki bukit atau gunung? Tidak, ada banyak lagi.
Antara yang kalian perlu titikberatkan adalah aspek keselamatan terhadap beberapa perkara berikut:
- Jatuh dari tempat tinggi
- Sesat di destinasi pilihan
- [Binatang berbahaya](https://hellodoktor.com/berjangkit/kekal-selamat-dikelilingi-haiwan/)
- [Serangga berbisa](https://hellodoktor.com/berjangkit/kekal-selamat-dikelilingi-haiwan/)
- Hilang sumber makanan dan minuman
Konklusinya, tidak salah untuk anda dan teman-teman mengembara ke tempat tinggi untuk aktiviti hiking, cuma sila lebih berwaspada untuk elak AMS dan pelbagai lagi risiko yang lain ya?
\[embed-health-tool-bmi\]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
1. https://www.nhs.uk/conditions/altitude-sickness/
2. https://www.health.harvard.edu/a\_to\_z/altitude-sickness-a-to-z
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6603918/
4. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15111-altitude-sickness
5. https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/03/434596/boleh-ragut-nyawa
Sejarah
Versi Terbaru
22/09/2021
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
***
Artikel Berkaitan
[Aktiviti Fizikal Bantu Halang Kenaikan Semula Berat Badan](https://hellodoktor.com/kecergasan/kardio-ketahanan/aktiviti-fizikal-membantu-menghalang-kenaikan-semula-berat-badan/)
[Aktiviti Fizikal Ditentukan Oleh Kesejahteraan Mental Semasa Umur Pertengahan](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/pengurusan-stress/aktiviti-fizikal-kesejahteraan-mental/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Disemak secara perubatan oleh
[Dr. Ahmad Wazir Aiman](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Dokter Umum · Hello Health Group
***
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/09/2021
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Iklan
Iklan
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)[](https://open.spotify.com/show/1d6IAKTSFF3EM7JU4xGfKg?si=XuQJJRgDSWad0N0NZkOh_A&nd=1&dlsi=ad47cd26f3c44c90)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)[Polisi Pembatalan & Bayaran Balik](https://hellodoktor.com/static/polisi-pembatalan-bayaran-balik/)[Dasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan](https://hellodoktor.com/static/dasar-pemenuhan-preskripsi-pendispensan-ubat-ubatan/)
Hello Health
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. \| No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2026 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 |
| Readable Markdown | Anda salah seorang penggemar aktiviti mendaki bukit atau gunung? Maka artikel ini amat sesuai untuk anda\!

Tidak dinafikan, ramai individu tanpa mengira jantina dan usia [memang sangat menggemari aktiviti lasak seperti ini terutamanya buat golongan yang bernama belia](https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/sukan-lasak-dan-anak-anda/).
Di Malaysia, aktiviti hiking atau mendaki adalah sangat popular kerana negara kita terkenal dengan bukit dan gunung seperti Bukit Broga, Bukit Gasing, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu dan pelbagai lagi.
Ya, aktiviti ini memang mencabar dan menarik. Namun, setiap perkara pasti ada pro dan kontranya.
Anda pernah dengar tentang *altitude sickness?* Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut\!
## Risiko hiking yang utama: halusinasi?
Kami tidak kata aktiviti mendaki ini adalah tidak sihat kerana ia ternyata sangat bagus untuk kekuatan dan kesihatan tubuh badan baik dari aspek fizikal atau mental.
Pun begitu, mungkin terdapat beberapa risiko hiking yang kalian perlu pertimbangkan sebelum mengajak teman-teman berkumpul dan bersama mendaki bukit atau gunung pilihan.
Tahukah anda, pendaki boleh terkena satu kondisi yang dinamakan sebagai ‘altitude sickness’ atau *acute mountain sickness* (AMS)?
Kondisi inilah yang dikatakan menjadi punca [sukar bernafas](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/masih-resah-walaupun-teknik-bernafas-yang-betul/), [pening kepala](https://hellodoktor.com/kanser/tumor-otak/simptom-sakit-kepala-barah-otak/), loya, penat, [hilang selera makan](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/neuron-otak-yang-mengawal-selera-makan-secara-semulajadi/), [insomnia](https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/fakta-dan-mitos-tentang-insomnia/) dan lebih teruk, halusinasi\!
Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.

## Apa itu kondisi altitude sickness?
AMS lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai sindrom akut gunung, sindrom mabuk gunung atau ketidakselesaan akut pergunungan.
Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk bernafas ekoran kekurangan oksigen di dalam tubuh badan.
Ia mungkin akan berlaku apabila individu pergi atau sampai ke kawasan tinggi yang mempunyai altitud melebihi 2,500 meter dari paras air laut.
Di Malaysia, hanya Gunung Kinabalu sahaja yang mempunyai altitud setinggi ini dengan 4,083 meter namun lebih banyak di luar negara.
Berikut merupakan simptom-simptom AMS yang mungkin berlaku kira-kira 6 hingga 24 jam selepas mencapai altitud yang sangat tinggi:
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Terasa loya
- Terasa penat
- Hilang selera makan
- Insomnia
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan, ia mungkin menjadi lebih teruk dan mengakibatkan [halusinasi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/halusinasi-salah-satu-tanda-penyakit-mental/), pitam atau pengsan.

## Bagaimana altitude sickness boleh dirawat?
Pakar Perunding Anaestesiologi Gleneagles Medini, Dr. Mafeitzeral Mamat menyatakan bahawa AMS mungkin tidak dapat dielakkan ekoran perubahan fisiologi manusia dengan altitud.
Menurut beliau, semakin tinggi individu itu dari aras air laut maka semakin kurang tekanan barometrik semula jadi yang menyebabkan kemasukan oksigen dalam tubuh badan terganggu.
Ini adalah kesan daripada aklimatisasi – [proses tubuh badan menyesuaikan diri dengan tempat tinggi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/jenis-fobia-yang-dialami/).
> “Setiap orang mempunyai tahap aklimatisasi berbeza tetapi pada dasarnya proses ini tidak boleh diambil mudah kerana ia membantu manusia untuk biasa dengan keadaan tempat tinggi,” jelas Dr. Mafeitzeral lagi.
Pun begitu, ini tidak bermakna ia tidak boleh dielak atau dirawat.
Berikut merupakan cara untuk mengelak daripada terkena altitude sickness:
- Cuba untuk tidak terus pergi ke tempat yang beraltitud tinggi
- Ambil masa 2 ke 3 hari untuk membiasakan tubuh badan
- Jangan mendaki bukit atau gunung melebihi 300 meter ke 500 meter sehari
- Rehat setiap kali mencapai 600 meter ke 900 meter
- Rehat setiap 3 ke 4 hari
- [Minum air masak secukupnya](https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/terlebih-minum-air-pun-bahaya/)
- Katakan tidak pada [rokok](https://hellodoktor.com/habit-sihat/berhenti-merokok/bahaya-rokok-gulung/) dan [alkohol](https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/ketagihan/fahami-kesan-alkohol-terhadap-individu/)
- Pastikan anda makan [makanan tinggi kalori](https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/kalori-makanan/)
- Elakkan senaman berat pada 24 jam pertama pendakian
Sekiranya sudah berlaku, maka perubatan seperti berikut amat diperlukan dengan preskripsi doktor:
- Acetazolamide untuk merawat AMS
- Ibuprofen untuk merawat pening kepala
- Paracetamol untuk merawat pening kepala
- Promethazine untuk merawat loya

## Wujudkah sebarang risiko hiking yang lain?
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, halusinasi akibat AMS adalah antara risiko hiking yang utama.
Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu ia boleh mengakibatkan pitam, pengsan atau maut jika dibiarkan.
Adakah itu sahaja risiko aktiviti mendaki bukit atau gunung? Tidak, ada banyak lagi.
Antara yang kalian perlu titikberatkan adalah aspek keselamatan terhadap beberapa perkara berikut:
- Jatuh dari tempat tinggi
- Sesat di destinasi pilihan
- [Binatang berbahaya](https://hellodoktor.com/berjangkit/kekal-selamat-dikelilingi-haiwan/)
- [Serangga berbisa](https://hellodoktor.com/berjangkit/kekal-selamat-dikelilingi-haiwan/)
- Hilang sumber makanan dan minuman
Konklusinya, tidak salah untuk anda dan teman-teman mengembara ke tempat tinggi untuk aktiviti hiking, cuma sila lebih berwaspada untuk elak AMS dan pelbagai lagi risiko yang lain ya?
\[embed-health-tool-bmi\] |
| Shard | 54 (laksa) |
| Root Hash | 6912684309586764454 |
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/kecergasan/aktiviti-lain/risiko-hiking-ams-halusinasi/ s443 |