ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.5 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-covid-19-untuk-kanak-kanak/ |
| Last Crawled | 2026-04-01 06:41:40 (16 days ago) |
| First Indexed | 2022-02-09 02:28:04 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Vaksin COVID 19 Untuk Kanak-Kanak: Betul Ke Ada Kesan Sampingan? |
| Meta Description | Pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak telah bermula. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan selepas vaksin COVID kanak kanak ini? |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kini telah tiba waktu di mana pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bermula di seluruh negara. Persoalannya, adakah terdapat sebarang kesan sampingan yang perlu diberi perhatian selepas vaksin COVID kanak kanak ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik
di sini
.
Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak telah bermula
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan fasa pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 11 tahun.
Pemberian vaksin COVID kanak kanak ini telah bermula di Lembah Klang dan akan diteruskan di negeri-negeri lain selepas ini.
Vaksin yang digunakan adalah daripada jenis mRNA iaitu
Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion
keluaran PfizerBioNTech
.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, vaksin jenis ini berkemampuan memberikan perlindungan daripada jangkitan COVID-19 sehingga 90.7%.
Sepertimana dos yang telah diambil oleh individu dewasa, kelompok kanak-kanak ini juga akan menerima dua suntikan dos vaksin.
Dos kedua akan diberikan dalam tempoh lapan minggu selepas dos pertama.
Selang masa ini ditentukan setelah melihat kepada data terkini kajian yang telah dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa, selang masa selama lapan minggu ini boleh memberikan kadar keberkesanan dan juga kesan tindak balas imuniti yang lebih baik dan lebih lama.
Kesemua pendaftaran vaksin COVID kanak kanak ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera.
Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak: Adakah terdapat sebarang kesan sampingan vaksin Pfizer ini?
Untuk makluman anda atau penjaga yang terlibat, kanak-kanak juga akan mengalami beberapa kesan sampingan setelah mendapatkan suntikan vaksin keluaran Pfizer ini.
Kesan sampingan yang akan berlaku adalah sama sahaja dengan kesan yang dialami oleh remaja atau individu dewasa.
Antara jenis kesan sampingan ringan yang boleh berlaku ialah seperti
kesakitan pada lengan yang disuntik
, sakit kepala, keletihan, berasa sejuk dan juga kesakitan pada otot.
Selain itu, anak anda juga mungkin akan mengalami demam ringan, kesakitan pada sendi, pembengkakan pada kelenjar limfa, loya dan juga hilang selera makan.
Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mengalami kesan sampingan ini dalam tempoh dua hari selepas menerima imunisasi COVID-19.
Kesan sampingan ini juga mungkin akan berlaku antara satu hingga tiga hari.
Ada juga sesetengah daripada kanak-kanak ini yang mungkin tidak mengalami sebarang kesan sampingan.
Setelah diberikan suntikan, anak anda akan dipantau selama 30 minit untuk melihat sekiranya mereka mengalami reaksi alahan atau alergi terhadap vaksin yang diberikan.
Jika ada, rawatan segera akan terus diberikan oleh petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin (PPV).
Ada daripada kalangan ibu bapa yang mungkin merancang untuk
memberikan ubat tahan sakit sebelum vaksinasi
.
Perkara ini amat TIDAK disarankan kerana ia boleh menjejaskan keberkesanan vaksin yang diberikan.
Walau bagaimanapun, ubat tahan sakit ini boleh diberikan kepada anak anda setelah mereka mendapat suntikan vaksin tersebut.
Benarkah vaksin COVID-19 boleh menjejaskan jantung?
Di Amerika Syarikat, terdapat peningkatan dalam kes miokarditis dan perikarditis yang dilaporkan selepas suntikan vaksin mRNA COVID-19.
Kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki yang berumur 12 hingga 17 tahun.
Miokarditis ialah keradangan otot jantung
, manakala perikarditis ialah keradangan pada lapisan di luar hati. Namun, laporan bagi kes-kes seperti ini agak jarang berlaku.
Satu kajian menyatakan bahawa, risiko miokarditis dalam seminggu selepas divaksin sepenuhnya, adalah kira-kira 54 kes sahaja bagi setiap satu juta dos yang diberikan kepada lelaki berumur 12 hingga 17 tahun.
Daripada kes-kes yang telah dilaporkan, ia lebih kerap berlaku selepas dos kedua vaksin COVID-19 dan biasanya dalam masa beberapa hari selepas vaksinasi COVID-19.
Ini menunjukkan kadar miokarditis untuk berlaku selepas lengkap divaksinasi adalah amat jarang.
Namun, jika anak anda menunjukkan beberapa gejala seperti sakit pada dada, sesak nafas atau degupan jantung yang laju selepas vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.
Anda tidak perlu bimbang kerana kebanyakan kes miokarditis dan perikarditis ini hanya bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh yang singkat.
Buat tip ini selepas anak anda terima vaksin COVID kanak kanak
Kebanyakan kesan sampingan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak ini hanyalah bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Namun, anda boleh melakukan beberapa perkara ini untuk membantu meredakan kesan sampingan yang dialami oleh anak anda:
Berikan ubat tahan sakit yang boleh didapati daripada farmasi
seperti ibuprofen
atau paracetamol
Berikan anak anda lebih banyak air untuk diminum
Biarkan mereka untuk lebih banyak berehat
Anda juga boleh menggunakan pek ais bagi melegakan kesakitan pada lokasi suntikan
Ingat, jangan memberikan ubat tahan sakit sebelum anak anda anda menerima suntikan.
Ini kerana, ia boleh mengurangkan
tindak balas imun tubuh
dan merendahkan keberkesanan vaksin COVID kanak-kanak yang telah diberikan. |
| Markdown | 
[Musim selesema tiba. Lindungi diri anda dengan Vaksin Influenza dari RM58](https://flu-vaccine.hellodoktor.com/flu-vaccine?lan=ms)
[](https://hellodoktor.com/)
Jaminan Produk Asli 100%
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Puasa Lebih Mudah, Raya Lebih Meriah](https://hellodoktor.com/salam-ramadan/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif). Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pradiabetes)
[Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pengurusan-kendiri-diabetes/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Log MasukLog Masuk]()
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/care/vaccination/)
[Pemeriksaan Kesihatan](https://hellodoktor.com/care/health-screener/)
[Penurunan Berat Badan (GLP1)](https://medical-weight-loss.hellodoktor.com/ms)
[Dapatkan Nasihat Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Penyakit Berjangkit](https://hellodoktor.com/berjangkit/)
[COVID-19](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/)
Kongsi
# Benarkah Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Pada Kanak-Kanak?
Kini telah tiba waktu di mana pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bermula di seluruh negara. Persoalannya, adakah terdapat sebarang kesan sampingan yang perlu diberi perhatian selepas vaksin COVID kanak kanak ini?

*Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik* [*di sini*](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/)*.*
## **Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak telah bermula**

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan fasa pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 11 tahun.
Pemberian vaksin COVID kanak kanak ini telah bermula di Lembah Klang dan akan diteruskan di negeri-negeri lain selepas ini.
Vaksin yang digunakan adalah daripada jenis mRNA iaitu *Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion* [keluaran PfizerBioNTech](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-pfizer/).
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, vaksin jenis ini berkemampuan memberikan perlindungan daripada jangkitan COVID-19 sehingga 90.7%.
Sepertimana dos yang telah diambil oleh individu dewasa, kelompok kanak-kanak ini juga akan menerima dua suntikan dos vaksin.
[Dos kedua akan diberikan dalam tempoh lapan minggu selepas dos pertama.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/dos-ketiga-vaksin-covid-19/)
Selang masa ini ditentukan setelah melihat kepada data terkini kajian yang telah dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa, selang masa selama lapan minggu ini boleh memberikan kadar keberkesanan dan juga kesan tindak balas imuniti yang lebih baik dan lebih lama.
Kesemua pendaftaran vaksin COVID kanak kanak ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera.
## **Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak: Adakah terdapat sebarang kesan sampingan vaksin Pfizer ini?**
Untuk makluman anda atau penjaga yang terlibat, kanak-kanak juga akan mengalami beberapa kesan sampingan setelah mendapatkan suntikan vaksin keluaran Pfizer ini.
Kesan sampingan yang akan berlaku adalah sama sahaja dengan kesan yang dialami oleh remaja atau individu dewasa.
Antara jenis kesan sampingan ringan yang boleh berlaku ialah seperti [kesakitan pada lengan yang disuntik](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/pemberian-vaksin-astrazeneca-darah-beku/), sakit kepala, keletihan, berasa sejuk dan juga kesakitan pada otot.
Selain itu, anak anda juga mungkin akan mengalami demam ringan, kesakitan pada sendi, pembengkakan pada kelenjar limfa, loya dan juga hilang selera makan.
[](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/radang-otot-jantung-kesan-vaksin/)
Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mengalami kesan sampingan ini dalam tempoh dua hari selepas menerima imunisasi COVID-19.
Kesan sampingan ini juga mungkin akan berlaku antara satu hingga tiga hari.
Ada juga sesetengah daripada kanak-kanak ini yang mungkin tidak mengalami sebarang kesan sampingan.
Setelah diberikan suntikan, anak anda akan dipantau selama 30 minit untuk melihat sekiranya mereka mengalami reaksi alahan atau alergi terhadap vaksin yang diberikan.
Jika ada, rawatan segera akan terus diberikan oleh petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin (PPV).
Ada daripada kalangan ibu bapa yang mungkin merancang untuk [memberikan ubat tahan sakit sebelum vaksinasi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lain/punca-sakit-mata-aspirin/).
Perkara ini amat TIDAK disarankan kerana ia boleh menjejaskan keberkesanan vaksin yang diberikan.
Walau bagaimanapun, ubat tahan sakit ini boleh diberikan kepada anak anda setelah mereka mendapat suntikan vaksin tersebut.
## **Benarkah vaksin COVID-19 boleh menjejaskan jantung?**

Di Amerika Syarikat, terdapat peningkatan dalam kes miokarditis dan perikarditis yang dilaporkan selepas suntikan vaksin mRNA COVID-19.
Kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki yang berumur 12 hingga 17 tahun.
[Miokarditis ialah keradangan otot jantung](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/tortikollis-leher-menyenget-dan-menyakitkan-akibat-keradangan-otot/), manakala perikarditis ialah keradangan pada lapisan di luar hati. Namun, laporan bagi kes-kes seperti ini agak jarang berlaku.
Satu kajian menyatakan bahawa, risiko miokarditis dalam seminggu selepas divaksin sepenuhnya, adalah kira-kira 54 kes sahaja bagi setiap satu juta dos yang diberikan kepada lelaki berumur 12 hingga 17 tahun.
Daripada kes-kes yang telah dilaporkan, ia lebih kerap berlaku selepas dos kedua vaksin COVID-19 dan biasanya dalam masa beberapa hari selepas vaksinasi COVID-19.
Ini menunjukkan kadar miokarditis untuk berlaku selepas lengkap divaksinasi adalah amat jarang.
Namun, jika anak anda menunjukkan beberapa gejala seperti sakit pada dada, sesak nafas atau degupan jantung yang laju selepas vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.
Anda tidak perlu bimbang kerana kebanyakan kes miokarditis dan perikarditis ini hanya bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh yang singkat.
## **Buat tip ini selepas anak anda terima vaksin COVID kanak kanak**
Kebanyakan kesan sampingan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak ini hanyalah bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Namun, anda boleh melakukan beberapa perkara ini untuk membantu meredakan kesan sampingan yang dialami oleh anak anda:
- Berikan ubat tahan sakit yang boleh didapati daripada farmasi [seperti ibuprofen](https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/aspirin-dan-ibuprofen-bolehkah-diambil-bersama/) atau paracetamol
- Berikan anak anda lebih banyak air untuk diminum
- Biarkan mereka untuk lebih banyak berehat
- Anda juga boleh menggunakan pek ais bagi melegakan kesakitan pada lokasi suntikan
Ingat, jangan memberikan ubat tahan sakit sebelum anak anda anda menerima suntikan.
Ini kerana, ia boleh mengurangkan [tindak balas imun tubuh](https://hellodoktor.com/keibubapaan/vaksin-anak-pakar-jawab/) dan merendahkan keberkesanan vaksin COVID kanak-kanak yang telah diberikan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
1. Vaksinasi COVID-19 Untuk Kanak-kanak. https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids. Accessed on February 5, 2022.
2. COVID-19 Vaccines for Children and Teens. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/children-teens.html?CDC\_AA\_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fvaccines%2Frecommendations%2Fadolescents.html. Accessed on February 5, 2022.
3. Children and COVID-19: State-Level Data Report. https://www.aap.org/en/pages/2019-novel-coronavirus-covid-19-infections/children-and-covid-19-state-level-data-report/. Accessed on February 5, 2022.
4. COVID Vaccine: What Parents Need to Know. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/covid19-vaccine-what-parents-need-to-know. Accessed on February 5, 2022.
5. COVID-19 vaccines for kids: What you need to know. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/covid-19-vaccines-for-kids/art-20513332. Accessed on February 5, 2022.
Myths and Facts about COVID-19 Vaccines for Children. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/children-facts.html. Accessed on February 5, 2022.
Sejarah
Versi Terbaru
17/06/2022
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Maria Stork
***
Artikel Berkaitan
[Alamak, Betul Ke Nanti Kena Ambil Dos Ke-3 Vaksin COVID-19? Ini Jawapannya\!](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/dos-ketiga-vaksin-covid-19/)
[Ini 5 Manfaat Vaksin COVID-19 Dan Risikonya Jika Tidak Divaksin\!](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/kebaikan-vaksin-covid/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Disemak secara perubatan oleh
[Dr. Ahmad Wazir Aiman](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Dokter Umum · Hello Health Group
***
Ditulis oleh [Muhammad Wa'iz](https://hellodoktor.com/author/mdwaiz) · Disemak pada 17/06/2022
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Iklan
Iklan
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)[](https://open.spotify.com/show/1d6IAKTSFF3EM7JU4xGfKg?si=XuQJJRgDSWad0N0NZkOh_A&nd=1&dlsi=ad47cd26f3c44c90)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)[Polisi Pembatalan & Bayaran Balik](https://hellodoktor.com/static/polisi-pembatalan-bayaran-balik/)[Dasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan](https://hellodoktor.com/static/dasar-pemenuhan-preskripsi-pendispensan-ubat-ubatan/)
Hello Health
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. \| No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2026 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 |
| Readable Markdown | Kini telah tiba waktu di mana pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bermula di seluruh negara. Persoalannya, adakah terdapat sebarang kesan sampingan yang perlu diberi perhatian selepas vaksin COVID kanak kanak ini?

*Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik* [*di sini*](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/)*.*
## **Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak telah bermula**

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan fasa pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 11 tahun.
Pemberian vaksin COVID kanak kanak ini telah bermula di Lembah Klang dan akan diteruskan di negeri-negeri lain selepas ini.
Vaksin yang digunakan adalah daripada jenis mRNA iaitu *Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion* [keluaran PfizerBioNTech](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-pfizer/).
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, vaksin jenis ini berkemampuan memberikan perlindungan daripada jangkitan COVID-19 sehingga 90.7%.
Sepertimana dos yang telah diambil oleh individu dewasa, kelompok kanak-kanak ini juga akan menerima dua suntikan dos vaksin.
[Dos kedua akan diberikan dalam tempoh lapan minggu selepas dos pertama.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/dos-ketiga-vaksin-covid-19/)
Selang masa ini ditentukan setelah melihat kepada data terkini kajian yang telah dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa, selang masa selama lapan minggu ini boleh memberikan kadar keberkesanan dan juga kesan tindak balas imuniti yang lebih baik dan lebih lama.
Kesemua pendaftaran vaksin COVID kanak kanak ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera.
## **Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak: Adakah terdapat sebarang kesan sampingan vaksin Pfizer ini?**
Untuk makluman anda atau penjaga yang terlibat, kanak-kanak juga akan mengalami beberapa kesan sampingan setelah mendapatkan suntikan vaksin keluaran Pfizer ini.
Kesan sampingan yang akan berlaku adalah sama sahaja dengan kesan yang dialami oleh remaja atau individu dewasa.
Antara jenis kesan sampingan ringan yang boleh berlaku ialah seperti [kesakitan pada lengan yang disuntik](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/pemberian-vaksin-astrazeneca-darah-beku/), sakit kepala, keletihan, berasa sejuk dan juga kesakitan pada otot.
Selain itu, anak anda juga mungkin akan mengalami demam ringan, kesakitan pada sendi, pembengkakan pada kelenjar limfa, loya dan juga hilang selera makan.
[](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/radang-otot-jantung-kesan-vaksin/)
Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mengalami kesan sampingan ini dalam tempoh dua hari selepas menerima imunisasi COVID-19.
Kesan sampingan ini juga mungkin akan berlaku antara satu hingga tiga hari.
Ada juga sesetengah daripada kanak-kanak ini yang mungkin tidak mengalami sebarang kesan sampingan.
Setelah diberikan suntikan, anak anda akan dipantau selama 30 minit untuk melihat sekiranya mereka mengalami reaksi alahan atau alergi terhadap vaksin yang diberikan.
Jika ada, rawatan segera akan terus diberikan oleh petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin (PPV).
Ada daripada kalangan ibu bapa yang mungkin merancang untuk [memberikan ubat tahan sakit sebelum vaksinasi](https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lain/punca-sakit-mata-aspirin/).
Perkara ini amat TIDAK disarankan kerana ia boleh menjejaskan keberkesanan vaksin yang diberikan.
Walau bagaimanapun, ubat tahan sakit ini boleh diberikan kepada anak anda setelah mereka mendapat suntikan vaksin tersebut.
## **Benarkah vaksin COVID-19 boleh menjejaskan jantung?**

Di Amerika Syarikat, terdapat peningkatan dalam kes miokarditis dan perikarditis yang dilaporkan selepas suntikan vaksin mRNA COVID-19.
Kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki yang berumur 12 hingga 17 tahun.
[Miokarditis ialah keradangan otot jantung](https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/tortikollis-leher-menyenget-dan-menyakitkan-akibat-keradangan-otot/), manakala perikarditis ialah keradangan pada lapisan di luar hati. Namun, laporan bagi kes-kes seperti ini agak jarang berlaku.
Satu kajian menyatakan bahawa, risiko miokarditis dalam seminggu selepas divaksin sepenuhnya, adalah kira-kira 54 kes sahaja bagi setiap satu juta dos yang diberikan kepada lelaki berumur 12 hingga 17 tahun.
Daripada kes-kes yang telah dilaporkan, ia lebih kerap berlaku selepas dos kedua vaksin COVID-19 dan biasanya dalam masa beberapa hari selepas vaksinasi COVID-19.
Ini menunjukkan kadar miokarditis untuk berlaku selepas lengkap divaksinasi adalah amat jarang.
Namun, jika anak anda menunjukkan beberapa gejala seperti sakit pada dada, sesak nafas atau degupan jantung yang laju selepas vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.
Anda tidak perlu bimbang kerana kebanyakan kes miokarditis dan perikarditis ini hanya bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh yang singkat.
## **Buat tip ini selepas anak anda terima vaksin COVID kanak kanak**
Kebanyakan kesan sampingan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak ini hanyalah bersifat ringan dan akan menghilang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Namun, anda boleh melakukan beberapa perkara ini untuk membantu meredakan kesan sampingan yang dialami oleh anak anda:
- Berikan ubat tahan sakit yang boleh didapati daripada farmasi [seperti ibuprofen](https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/aspirin-dan-ibuprofen-bolehkah-diambil-bersama/) atau paracetamol
- Berikan anak anda lebih banyak air untuk diminum
- Biarkan mereka untuk lebih banyak berehat
- Anda juga boleh menggunakan pek ais bagi melegakan kesakitan pada lokasi suntikan
Ingat, jangan memberikan ubat tahan sakit sebelum anak anda anda menerima suntikan.
Ini kerana, ia boleh mengurangkan [tindak balas imun tubuh](https://hellodoktor.com/keibubapaan/vaksin-anak-pakar-jawab/) dan merendahkan keberkesanan vaksin COVID kanak-kanak yang telah diberikan. |
| Shard | 54 (laksa) |
| Root Hash | 6912684309586764454 |
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/berjangkit/covid19/vaksin-covid-19-untuk-kanak-kanak/ s443 |