ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.6 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/kesan-suntikan-vaksin-covid/ |
| Last Crawled | 2026-04-01 04:44:25 (16 days ago) |
| First Indexed | 2021-02-11 08:49:45 (5 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? Betul Ke? |
| Meta Description | Adakah suntikan vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan? Benarkah terdapat 3,000 kesan sampingan vaksin bersifat kekal seperti yang diperkatakan? |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya
di sini
.
Baru-baru ini, tular satu lagi mesej hangat berkenaan suntikan vaksin COVID-19.
Mesej tersebut menyatakan bahawa, vaksin COVID-19 boleh menyebabkan 3,000 kesan sampingan kekal kepada penerima vaksin.
Adakah benar terdapat kesan sampingan yang bersifat kekal?
Adakah suntikan vaksin COVID benar-benar selamat?
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menegaskan bahawa negara itu mempunyai satu sistem keselamatan vaksin yang boleh dipercayai dalam meluluskan setiap vaksin COVID-19.
CDC juga menyatakan, oleh sebab itu, Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA)
berkemampuan untuk meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin COVID-19 ini.
Ketika vaksin COVID-19 menjalani ujian klinikal yang melibatkan ribuan sukarelawan, setiap sukarelawan ini dipantau tahap kesihatannya oleh para penyelidik sepanjang tempoh ujian percubaan itu.
Jika salah seorang daripada sukarelawan ini jatuh sakit atau menemui maut sepanjang tempoh ujian percubaan, pakar kesihatan akan menyiasat
sama ada kesakitan dan juga kematian tersebut berkaitan dengan vaksin COVID-19 atau tidak.
Ini yang terjadi sewaktu percubaan vaksin COVID-19
keluaran Oxford-Astrazeneca
di mana terdapat satu kematian direkodkan pada ketika itu.
Ujian klinikal mereka dihentikan buat sementara waktu untuk menyiasat punca kematian sukarelawan itu.
Namun, setelah diselidiki, ternyata kematian sukarelawan itu tidak berkaitan atau berpunca daripada suntikan vaksin.
Selain itu, untuk memastikan kajian dan ujian klinikal vaksin COVID-19 ini benar-benar selamat, terdapat satu badan pemantau bebas bagi memantau ujian klinikal vaksin yang dijalankan.
Mereka yang berada dalam badan pemantau ini adalah mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan kajian tersebut untuk memastikan pemantauan benar-benar telus.
Ramai yang kata suntikan vaksin COVID selamat, tetapi mengapa ada kesan sampingan?
Setiap ubat atau rawatan yang kita ambil, pastinya mempunyai beberapa kesan sampingan.
Begitu juga dengan vaksin, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan.
Namun, walaupun wujud kesan sampingan hasil daripada suntikan vaksin ini, tidak bermakna bahawa ia tidak selamat.
Vaksin COVID-19 tetap selamat untuk diambil walaupun mempunyai beberapa kesan sampingan yang dilaporkan.
Ini kerana, vaksin disahkan selamat untuk digunakan sekiranya kesan sampingannya itu tidak menyebabkan sebarang kejadian buruk yang serius.
Vaksin yang tidak selamat pula adalah vaksin yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang individu tersebut.
Antaranya adalah seperti menyebabkan ketidaksuburan
atau boleh menyebabkan jangkitan baharu.
Namun, vaksin COVID-19 yang telah diluluskan tidak mempunyai kesan sampingan seperti itu melainkan hanya kesan sampingan yang bersifat ringan.
Kesan sampingan suntikan vaksin COVID bersifat ringan, hanya sementara waktu
Setakat ini, pihak FDA telah meluluskan dua
vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer-BioNTech serta Moderna
untuk penggunaan kecemasan.
Secara umumnya, mereka yang telah disuntik dengan kedua-dua vaksin ini akan menunjukkan beberapa kesan sampingan iaitu:
Kesan pada lengan yang disuntik:
Kesakitan pada tempat yang disuntik
Mengalami pembengkakan
Kulit menjadi kemerah-merahan
Kesan pada seluruh badan:
Tubuh berasa sejuk
Mengalami keletihan
Sakit kepala
Kesan sampingan yang dialami ini adalah seperti tanda-tanda seseorang mendapat jangkitan selesema. Namun, ia akan menghilang dalam tempoh beberapa hari selepas disuntik.
CDC menyatakan bahawa, kesan sampingan ini akan wujud dalam tempoh 7 hari selepas disuntik dan ia hanyalah kesan sampingan yang bersifat ringan dan sederhana.
Malah, kesan sampingan ini akan berlaku dengan lebih jelas selepas suntikan kedua dos vaksin tersebut.
Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, kesan sampingan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara waktu sahaja dan bukannya kekal seperti yang didakwa.
Jika kesan sampingan ini bersifat kekal, ia pastinya tidak diluluskan penggunaannya oleh pihak FDA.
Kesan sampingan tanda sistem imun sedang bertindak balas
Sebenarnya, kesan sampingan yang dialami ini adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang bertindak balas selepas menerima suntikan vaksin.
Ia menunjukkan bahawa sistem imun atau sistem pertahanan tubuh anda berfungsi dengan baik dan seperti yang diharapkan.
Terus jaga jarak dan pakai pelitup muka
Selepas anda disuntik vaksin, tidak bermakna tubuh badan anda terus kebal daripada jangkitan COVID-19.
Ini kerana, tubuh badan masih memerlukan sedikit masa untuk membina pertahanannya selepas disuntik vaksin.
Pertahanan menyeluruh hanya akan dapat diwujudkan dalam tempoh satu atau dua minggu selepas anda menerima dos kedua vaksin.
Oleh itu, anda masih perlu memakai pelitup muka dan juga menjaga jarak anda untuk mengelakkan jangkitan semasa berada di luar. |
| Markdown | 
[Musim selesema tiba. Lindungi diri anda dengan Vaksin Influenza dari RM58](https://flu-vaccine.hellodoktor.com/flu-vaccine?lan=ms)
[](https://hellodoktor.com/)
Jaminan Produk Asli 100%
Info Kesihatan
Kategori Kesihatan
[Haiwan Peliharaan](https://hellodoktor.com/haiwan-peliharaan/)
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/vaksinasi/)
[Ubat & Suplemen](https://hellodoktor.com/ubat/)
[Rawatan Tradisional & Herba](https://hellodoktor.com/herba/)
[Kesihatan](https://hellodoktor.com/kesihatan/)
[Kesihatan Kulit](https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/)
[Lihat Semua Kategori ](https://hellodoktor.com/categories/)
Semua Spotlight
[Lihat Semua Spotlight](https://hellodoktor.com/spotlight/)
[Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat](https://hellodoktor.com/obesiti-dan-diabetes/)
[Usus Sihat, Tubuh Kuat](https://hellodoktor.com/usus-sihat/)
[Puasa Lebih Mudah, Raya Lebih Meriah](https://hellodoktor.com/salam-ramadan/)
[Kenali Ancaman Kayap Jika Anda Menghidap Diabetes atau Masalah Jantung](https://hellodoktor.com/kenali-apa-itu-penyakit-kayap/)
Alat Kesihatan
Alat Kesihatan
[Saringan Kuat Zat Besi](https://hellodoktor.com/bot/saringan-kuat-zat-besi/?block_number=1&block_name=Block-START)
[Ujian Kesihatan Mental](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kesihatan-mental/)
[Saringan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin](https://hellodoktor.com/bot/saringan-risiko-kemurungan-bersalin/)
[Vaksinasi Dewasa](https://hellodoktor.com/bot/vaksinasi-dewasa/)
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Kulit Sensitif](https://hellodoktor.com/bot/ujian-kulit-sensitif)
[Lihat Semua Alat Kesihatan ](https://hellodoktor.com/health-tools)
Alat Kesihatan Kegemaran
[Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif). Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/health-tools/graf-tumbesaran-bayi/)
[Ujian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pradiabetes)
[Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi](https://hellodoktor.com/bot/pengurusan-kendiri-diabetes/)
Komuniti
Cari komuniti anda
[Keibubapaan](https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/)
[Kehamilan](https://hellodoktor.com/community/kehamilan/)
[Lihat semua komuniti ](https://hellodoktor.com/community/)
Posting Utama
[Lihat Lagi](https://hellodoktor.com/community/)


Selamat Datang Ke Komuniti
Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
[Sertai Komuniti Kami](https://hellodoktor.com/community/)
[Booking Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Log MasukLog Masuk]()
[Vaksinasi](https://hellodoktor.com/care/vaccination/)
[Pemeriksaan Kesihatan](https://hellodoktor.com/care/health-screener/)
[Penurunan Berat Badan (GLP1)](https://medical-weight-loss.hellodoktor.com/ms)
[Dapatkan Nasihat Doktor](https://api.whatsapp.com/send/?phone=601133221899&text=MULA+SEKARANG&type=phone_number&app_absent=0)
[Penyakit Berjangkit](https://hellodoktor.com/berjangkit/)
[COVID-19](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/)
Penjelasan
Kongsi
# Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal?
*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya* di sini*.*

Baru-baru ini, tular satu lagi mesej hangat berkenaan suntikan vaksin COVID-19. Mesej tersebut menyatakan bahawa, vaksin COVID-19 boleh menyebabkan 3,000 kesan sampingan kekal kepada penerima vaksin.
Adakah benar terdapat kesan sampingan yang bersifat kekal?
## **Adakah suntikan vaksin COVID benar-benar selamat?**
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menegaskan bahawa negara itu mempunyai satu sistem keselamatan vaksin yang boleh dipercayai dalam meluluskan setiap vaksin COVID-19.
CDC juga menyatakan, oleh sebab itu, Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) [berkemampuan untuk meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin COVID-19 ini.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/suntik-vaksin-covid/)
Ketika vaksin COVID-19 menjalani ujian klinikal yang melibatkan ribuan sukarelawan, setiap sukarelawan ini dipantau tahap kesihatannya oleh para penyelidik sepanjang tempoh ujian percubaan itu.
Jika salah seorang daripada sukarelawan ini jatuh sakit atau menemui maut sepanjang tempoh ujian percubaan, pakar kesihatan akan menyiasat [sama ada kesakitan dan juga kematian tersebut berkaitan dengan vaksin COVID-19 atau tidak.](https://hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/pesakit-diabetes-risiko-covid/)
Ini yang terjadi sewaktu percubaan vaksin COVID-19 [keluaran Oxford-Astrazeneca](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-korona-bakal-diuji/) di mana terdapat satu kematian direkodkan pada ketika itu.
Ujian klinikal mereka dihentikan buat sementara waktu untuk menyiasat punca kematian sukarelawan itu.
Namun, setelah diselidiki, ternyata kematian sukarelawan itu tidak berkaitan atau berpunca daripada suntikan vaksin.
Selain itu, untuk memastikan kajian dan ujian klinikal vaksin COVID-19 ini benar-benar selamat, terdapat satu badan pemantau bebas bagi memantau ujian klinikal vaksin yang dijalankan.
Mereka yang berada dalam badan pemantau ini adalah mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan kajian tersebut untuk memastikan pemantauan benar-benar telus.
## **Ramai yang kata suntikan vaksin COVID selamat, tetapi mengapa ada kesan sampingan?**

Setiap ubat atau rawatan yang kita ambil, pastinya mempunyai beberapa kesan sampingan. [Begitu juga dengan vaksin, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-alergi/)
Namun, walaupun wujud kesan sampingan hasil daripada suntikan vaksin ini, tidak bermakna bahawa ia tidak selamat.
Vaksin COVID-19 tetap selamat untuk diambil walaupun mempunyai beberapa kesan sampingan yang dilaporkan.
Ini kerana, vaksin disahkan selamat untuk digunakan sekiranya kesan sampingannya itu tidak menyebabkan sebarang kejadian buruk yang serius.
Vaksin yang tidak selamat pula adalah vaksin yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang individu tersebut.
Antaranya adalah seperti menyebabkan ketidaksuburan [atau boleh menyebabkan jangkitan baharu.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/peranan-masyarakat-covid-19/)
Namun, vaksin COVID-19 yang telah diluluskan tidak mempunyai kesan sampingan seperti itu melainkan hanya kesan sampingan yang bersifat ringan.
## **Kesan sampingan suntikan vaksin COVID bersifat ringan, hanya sementara waktu**
Setakat ini, pihak FDA telah meluluskan dua [vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer-BioNTech serta Moderna](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-pfizer/) untuk penggunaan kecemasan.
Secara umumnya, mereka yang telah disuntik dengan kedua-dua vaksin ini akan menunjukkan beberapa kesan sampingan iaitu:
**Kesan pada lengan yang disuntik:**
- Kesakitan pada tempat yang disuntik
- Mengalami pembengkakan
- Kulit menjadi kemerah-merahan
**Kesan pada seluruh badan:**
- Tubuh berasa sejuk
- Mengalami keletihan
- Sakit kepala
Kesan sampingan yang dialami ini adalah seperti tanda-tanda seseorang mendapat jangkitan selesema. Namun, ia akan menghilang dalam tempoh beberapa hari selepas disuntik.
CDC menyatakan bahawa, kesan sampingan ini akan wujud dalam tempoh 7 hari selepas disuntik dan ia hanyalah kesan sampingan yang bersifat ringan dan sederhana.
[](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/tanda-tanda-covid-19/)
Malah, kesan sampingan ini akan berlaku dengan lebih jelas selepas suntikan kedua dos vaksin tersebut.
Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, kesan sampingan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara waktu sahaja dan bukannya kekal seperti yang didakwa.
Jika kesan sampingan ini bersifat kekal, ia pastinya tidak diluluskan penggunaannya oleh pihak FDA.
## **Kesan sampingan tanda sistem imun sedang bertindak balas**
Sebenarnya, kesan sampingan yang dialami ini adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang bertindak balas selepas menerima suntikan vaksin.
Ia menunjukkan bahawa sistem imun atau sistem pertahanan tubuh anda berfungsi dengan baik dan seperti yang diharapkan.
## **Terus jaga jarak dan pakai pelitup muka**
Selepas anda disuntik vaksin, tidak bermakna tubuh badan anda terus kebal daripada jangkitan COVID-19.
Ini kerana, tubuh badan masih memerlukan sedikit masa untuk membina pertahanannya selepas disuntik vaksin.
Pertahanan menyeluruh hanya akan dapat diwujudkan dalam tempoh satu atau dua minggu selepas anda menerima dos kedua vaksin.
[Oleh itu, anda masih perlu memakai pelitup muka dan juga menjaga jarak anda untuk mengelakkan jangkitan semasa berada di luar.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/penutup-mulut-dan-hidung/)
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/safety.html
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Pfizer-BioNTech.html
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/Moderna.html
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/expect/after.html
https://www.fda.gov/emergency-preparedness-and-response/coronavirus-disease-2019-covid-19/pfizer-biontech-covid-19-vaccine
https://wexnermedical.osu.edu/blog/covid-19-mrna-vaccine-side-effects\#:~:text=No%20long%2Dterm%20adverse%20effects,pace%20of%20vaccinations%20increasing%20daily.
Sejarah
Versi Terbaru
08/05/2024
Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
***
Artikel Berkaitan
[Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula\!](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/wabak-virus-covid-19-ellen-degeneres/)
[Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-alergi/)
***
[ ](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Ditulis oleh
[Dr. Ahmad Wazir Aiman](https://hellodoktor.com/expert/dr-ahmad-wazir-aiman)
Dokter Umum · Hello Health Group
***
Disemak pada 08/05/2024
Iklan
Adakah artikel ini bermanfaat?
Iklan
Iklan
Loading...
[](https://hellodoktor.com/)
Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikuti kami di
[](https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/)[](https://www.instagram.com/hellodoktor_official/)[](https://www.threads.com/@hellodoktor_official)[](https://www.tiktok.com/@hellodoktor_my)[](https://www.youtube.com/@hellodoktormalaysia)[](https://my.linkedin.com/company/hello-doktor)[](https://open.spotify.com/show/1d6IAKTSFF3EM7JU4xGfKg?si=XuQJJRgDSWad0N0NZkOh_A&nd=1&dlsi=ad47cd26f3c44c90)
[Info Kesihatan](https://hellodoktor.com/categories/)[Alat Kesihatan](https://hellodoktor.com/health-tools/)
Informasi
[Terma dan Syarat](https://hellodoktor.com/static/terma-dan-syarat/)[Polisi Privasi](https://hellodoktor.com/static/polisi-privasi/)[Polisi Editorial](https://hellodoktor.com/static/polisi-editorial/)[Polisi Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/polisi-pengiklanan/)[Garis Panduan Komuniti](https://hellodoktor.com/static/panduan-komuniti/)[Polisi Pembatalan & Bayaran Balik](https://hellodoktor.com/static/polisi-pembatalan-bayaran-balik/)[Dasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan](https://hellodoktor.com/static/dasar-pemenuhan-preskripsi-pendispensan-ubat-ubatan/)
Hello Health
[Tentang Kami](https://hellodoktor.com/about-us/)[Bio Eksklusif](https://hellohealthgroup.com/malaysia/)[Pengambilan](https://hellohealthgroup.com/careers/) [Pengiklanan](https://hellodoktor.com/static/pengiklanan/)[Hubungi Kami](https://hellodoktor.com/static/hubungi-kami/)
Lawati laman web Hello Health yang lain
[](https://hellosehat.com/)[](https://hellokhunmor.com/)[](https://hellokrupet.com/)[](https://helloyishi.com.tw/)[](https://hellosayarwon.com/)[](https://helloswasthya.com/)[](https://hellobacsi.com/)[](https://hellodoctor.com.ph/)[](https://hellojiankang.com/)
[](https://www.dmca.com/Protection/Status.aspx?ID=752026fa-bb3c-450e-b184-b8051d04e5c4&refurl=https://hellodoktor.com/)
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. \| No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2026 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 |
| Readable Markdown | *Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya* di sini*.*

Baru-baru ini, tular satu lagi mesej hangat berkenaan suntikan vaksin COVID-19. Mesej tersebut menyatakan bahawa, vaksin COVID-19 boleh menyebabkan 3,000 kesan sampingan kekal kepada penerima vaksin.
Adakah benar terdapat kesan sampingan yang bersifat kekal?
## **Adakah suntikan vaksin COVID benar-benar selamat?**
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menegaskan bahawa negara itu mempunyai satu sistem keselamatan vaksin yang boleh dipercayai dalam meluluskan setiap vaksin COVID-19.
CDC juga menyatakan, oleh sebab itu, Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) [berkemampuan untuk meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin COVID-19 ini.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/suntik-vaksin-covid/)
Ketika vaksin COVID-19 menjalani ujian klinikal yang melibatkan ribuan sukarelawan, setiap sukarelawan ini dipantau tahap kesihatannya oleh para penyelidik sepanjang tempoh ujian percubaan itu.
Jika salah seorang daripada sukarelawan ini jatuh sakit atau menemui maut sepanjang tempoh ujian percubaan, pakar kesihatan akan menyiasat [sama ada kesakitan dan juga kematian tersebut berkaitan dengan vaksin COVID-19 atau tidak.](https://hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/pesakit-diabetes-risiko-covid/)
Ini yang terjadi sewaktu percubaan vaksin COVID-19 [keluaran Oxford-Astrazeneca](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-korona-bakal-diuji/) di mana terdapat satu kematian direkodkan pada ketika itu.
Ujian klinikal mereka dihentikan buat sementara waktu untuk menyiasat punca kematian sukarelawan itu.
Namun, setelah diselidiki, ternyata kematian sukarelawan itu tidak berkaitan atau berpunca daripada suntikan vaksin.
Selain itu, untuk memastikan kajian dan ujian klinikal vaksin COVID-19 ini benar-benar selamat, terdapat satu badan pemantau bebas bagi memantau ujian klinikal vaksin yang dijalankan.
Mereka yang berada dalam badan pemantau ini adalah mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan kajian tersebut untuk memastikan pemantauan benar-benar telus.
## **Ramai yang kata suntikan vaksin COVID selamat, tetapi mengapa ada kesan sampingan?**

Setiap ubat atau rawatan yang kita ambil, pastinya mempunyai beberapa kesan sampingan. [Begitu juga dengan vaksin, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-alergi/)
Namun, walaupun wujud kesan sampingan hasil daripada suntikan vaksin ini, tidak bermakna bahawa ia tidak selamat.
Vaksin COVID-19 tetap selamat untuk diambil walaupun mempunyai beberapa kesan sampingan yang dilaporkan.
Ini kerana, vaksin disahkan selamat untuk digunakan sekiranya kesan sampingannya itu tidak menyebabkan sebarang kejadian buruk yang serius.
Vaksin yang tidak selamat pula adalah vaksin yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang individu tersebut.
Antaranya adalah seperti menyebabkan ketidaksuburan [atau boleh menyebabkan jangkitan baharu.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/peranan-masyarakat-covid-19/)
Namun, vaksin COVID-19 yang telah diluluskan tidak mempunyai kesan sampingan seperti itu melainkan hanya kesan sampingan yang bersifat ringan.
## **Kesan sampingan suntikan vaksin COVID bersifat ringan, hanya sementara waktu**
Setakat ini, pihak FDA telah meluluskan dua [vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer-BioNTech serta Moderna](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/vaksin-virus-pfizer/) untuk penggunaan kecemasan.
Secara umumnya, mereka yang telah disuntik dengan kedua-dua vaksin ini akan menunjukkan beberapa kesan sampingan iaitu:
**Kesan pada lengan yang disuntik:**
- Kesakitan pada tempat yang disuntik
- Mengalami pembengkakan
- Kulit menjadi kemerah-merahan
**Kesan pada seluruh badan:**
- Tubuh berasa sejuk
- Mengalami keletihan
- Sakit kepala
Kesan sampingan yang dialami ini adalah seperti tanda-tanda seseorang mendapat jangkitan selesema. Namun, ia akan menghilang dalam tempoh beberapa hari selepas disuntik.
CDC menyatakan bahawa, kesan sampingan ini akan wujud dalam tempoh 7 hari selepas disuntik dan ia hanyalah kesan sampingan yang bersifat ringan dan sederhana.
[](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/tanda-tanda-covid-19/)
Malah, kesan sampingan ini akan berlaku dengan lebih jelas selepas suntikan kedua dos vaksin tersebut.
Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, kesan sampingan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara waktu sahaja dan bukannya kekal seperti yang didakwa.
Jika kesan sampingan ini bersifat kekal, ia pastinya tidak diluluskan penggunaannya oleh pihak FDA.
## **Kesan sampingan tanda sistem imun sedang bertindak balas**
Sebenarnya, kesan sampingan yang dialami ini adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang bertindak balas selepas menerima suntikan vaksin.
Ia menunjukkan bahawa sistem imun atau sistem pertahanan tubuh anda berfungsi dengan baik dan seperti yang diharapkan.
## **Terus jaga jarak dan pakai pelitup muka**
Selepas anda disuntik vaksin, tidak bermakna tubuh badan anda terus kebal daripada jangkitan COVID-19.
Ini kerana, tubuh badan masih memerlukan sedikit masa untuk membina pertahanannya selepas disuntik vaksin.
Pertahanan menyeluruh hanya akan dapat diwujudkan dalam tempoh satu atau dua minggu selepas anda menerima dos kedua vaksin.
[Oleh itu, anda masih perlu memakai pelitup muka dan juga menjaga jarak anda untuk mengelakkan jangkitan semasa berada di luar.](https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/penutup-mulut-dan-hidung/) |
| Shard | 54 (laksa) |
| Root Hash | 6912684309586764454 |
| Unparsed URL | com,hellodoktor!/berjangkit/covid19/kesan-suntikan-vaksin-covid/ s443 |