ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/ |
| Last Crawled | 2026-04-15 00:33:18 (2 days ago) |
| First Indexed | 2017-08-21 14:35:08 (8 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Cara Mudah Tukar Dan Buat Ringtone iPhone Tanpa Menggunakan iTunes |
| Meta Description | Default ringtone yang didatangkan bersama iPhone selalunya membosankan. Kadang-kadang ianya perlu ditukar agar lebih spesifik kepada individu tertentu bagi |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Default ringtone yang didatangkan bersama iPhone selalunya membosankan. Kadang-kadang ianya perlu ditukar agar lebih spesifik kepada individu tertentu bagi membezakan siapa yang suka mengganggu korang di tengah-tengah lewat malam.
Namun bagi mereka yang baru menggunakan
iPhone
, proses untuk menukar ringtone iPhone kepada lagu-lagu yang disukai adalah sedikit susah. Ini kerana iOS tidak seperti Android, di mana lagu-lagu yang menggunakan format .mp3 tidak boleh ditetapkan secara terus sebagai ringtone.
Sebaliknya, ia perlu ditukarkan kepada format .m4r terlebih dahulu sebelum boleh dipindahkan ke iPhone korang dengan menggunakan aplikasi iTunes.
Akan tetapi sekiranya korang malas hendak memeningkan kepala dengan proses-proses yang agak leceh itu, aku ada satu trick mudah yang ingin dikongsikan. Trick ini yang tidak memerlukan korang menggunakan aplikasi iTunes sekaligus menjadikan ia satu trick yang boleh dibuat secara terus daripada iPhone korang sahaja.
Untuk menggunakan trick ini, pra-syaratnya cuma 2. Iaitu korang perlu menggunakan 2 aplikasi iPhone;
GarageBand
dan juga
Documents
. - Untuk makluman, kedua-dua aplikasi boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, yang mana aplikasi
GarageBand
digunakan untuk menyunting lagu, manakala aplikasi
Documents
pula digunakan untuk menukar format video kepada lagu serta memaparkan lokasi fail lagu yang ingin dijadikan ringtone.
Cara mudah untuk membuat ringtone iPhone
Penukaran format video kepada lagu
Cari video lagu yang disukai di laman Youtube dan copy URL tersebut.
Pergi ke aplikasi
Documents
. Dibahagian bawah kanan, terdapat ikon web browser. Klik pada ikon tersebut, kemudian layari laman web
convert2mp3.net
. Paste-kan URL video yang korang dah copy tadi seterusnya klik
Search and convert
.
Proses penukaran format lagu daripada video ke .mp3 turun akan dijalankan diikuti dengan pengesahan nama lagu yang dimuat turun. Klik
continue
untuk teruskan.
Selesai proses penukaran format, klik pada butang
Download
dan Save pada paparan yang seterusnya. Fail yang selesai dimuat turun akan disimpan ke dalam dalam folder
Documents/Downloads
.
Kemudian, didalam folder Documents/Downloads itu, klik pada Edit dibahagian atas kanan dan pilih lagu yang telah dimuat turun tadi. Move-kan ke dalam folder iCloud.
Menyesuaikan lagu kepada ringtone
Langkah seterusnya, pergi ke aplikasi GarageBand pula. Pilih Audio Recorder.
Klik pada ikon
Track view
yang menggambarkan “3 bar”.
Kemudian paparan kosong seperti ini akan dipaparkan. Klik pada butang
loop
disebelah kanan atas (berhampiran dengan ikon
setting
).
Kotak senarai audio akan dipaparkan (sekiranya korang tak pernah create apa-apa lagu sebelum ini, tiada fail audio akan disenaraikan (seperti dalam gambar). Seterusnya, klik pada butang
Import from iCloud Drive
.
Didalam
iCloud Drive
, klik pada folder
Document
.
Didalam folder ini akan tersenarai lagu yang telah dimuat turun dan di-move-kan sebentar tadi. Klik pada lagu dan tarik ia masuk ke dalam
Track view
.
Lagu yang ditarik masuk akan di-import.
Setelah berjaya diimport, graf audio akan dipaparkan. Disini, korang boleh sunting bahagian lagu mana yang ingin korang set-kan sebagai ringtone. For info - Tempoh maksima sesuatu ringtone hanyalah 30 saat sahaja.
Setelah selesai lagu disunting, korang kemudiannya perlu simpan fail audio berkenaan menjadi ringtone. Klik pada ikon segitiga di bahagian atas kiri, kemudian pilih
My Songs
.
Diruangan My Songs - GarageBand, lagu yang telah disunting akan dipaparkan. Seterusnya dibahagian atas kanan, klik pada
Select
.
Kemudian, klik pula pada lagu yang telah disunting tadi. Sesudah lagu dipilih, klik pula pada ikon muat naik.
Pada paparan muat naik ini, korang akan diberikan pilihan
Ringtone
.
Klik pada Ringtone, dan satu kotak export akan terhasil. Disini korang boleh menamakan ringtone korang dengan nama yang sesuai. Selesai menamakan ringtone korang, klik Export.
Dalam beberapa saat, ringtone korang akan berjaya dihasilkan.
Untuk semakan korang boleh pergi kepada
Settings
>
Sounds & Haptics
>
Ringtone
. Ringtone yang telah siap dibuat akan dipaparkan diatas senarai.
So, lepas ini kalau ada rakan-rakan korang yang kata aplikasi GarageBand ini hanya bazirkan ruang storage iPhone korang saja, cuba suruh dia baca entri ini. Sharing is caring. Hee. 🙂
Baca juga
cara untuk backspace dalam kalkulator iPhone
. |
| Markdown | [](https://hafizrahim.com/)
Switch skin
Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.
Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.
[Search](https://hafizrahim.com/s/)
- [Utama](https://hafizrahim.com/)
- [Hafiz Rahim](https://hafizrahim.com/kenali-penulis/)
- [Coaching](https://hafizrahim.com/personal-coaching/)
- [Bloglist](https://hafizrahim.com/bloglist/)
- [Arkib](https://hafizrahim.com/arkib/)
- [Pengiklanan](https://hafizrahim.com/pakej-pengiklanan/)
- [Penafian](https://hafizrahim.com/penafian/)
[](https://hafizrahim.com/)
[Menu](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
- [facebook](https://www.facebook.com/hafizmdrahim)
- [twitter](https://twitter.com/hafizmdrahim)
- [instagram](https://instagram.com/hafizmdrahim)
- [youtube](https://youtube.com/hafizmdrahim)
- [spotify](https://open.spotify.com/user/hafizrahim)
Switch skin
Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.
Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.
[Search](https://hafizrahim.com/s/)
in [Geekz](https://hafizrahim.com/category/geekz/)
# Cara Mudah Tukar Dan Buat Ringtone iPhone Tanpa Menggunakan iTunes
by [ **Hafiz Rahim**](https://hafizrahim.com/author/hafiz/ "Posts by Hafiz Rahim") August 21, 2017, 10:28 pm **899** Views [**4** Comments](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#comments-section)
Default ringtone yang didatangkan bersama iPhone selalunya membosankan. Kadang-kadang ianya perlu ditukar agar lebih spesifik kepada individu tertentu bagi membezakan siapa yang suka mengganggu korang di tengah-tengah lewat malam.
Namun bagi mereka yang baru menggunakan [iPhone](https://hafizrahim.com/iphone-7-why-pay-rm3k-when-you-can-get-it-half-price/), proses untuk menukar ringtone iPhone kepada lagu-lagu yang disukai adalah sedikit susah. Ini kerana iOS tidak seperti Android, di mana lagu-lagu yang menggunakan format .mp3 tidak boleh ditetapkan secara terus sebagai ringtone.
Sebaliknya, ia perlu ditukarkan kepada format .m4r terlebih dahulu sebelum boleh dipindahkan ke iPhone korang dengan menggunakan aplikasi iTunes.
Akan tetapi sekiranya korang malas hendak memeningkan kepala dengan proses-proses yang agak leceh itu, aku ada satu trick mudah yang ingin dikongsikan. Trick ini yang tidak memerlukan korang menggunakan aplikasi iTunes sekaligus menjadikan ia satu trick yang boleh dibuat secara terus daripada iPhone korang sahaja.
Untuk menggunakan trick ini, pra-syaratnya cuma 2. Iaitu korang perlu menggunakan 2 aplikasi iPhone; [GarageBand](https://itunes.apple.com/my/app/garageband/id408709785?mt=8) dan juga [Documents](https://itunes.apple.com/my/app/documents-5-file-manager-pdf-reader-and-browser/id364901807?mt=8). - Untuk makluman, kedua-dua aplikasi boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, yang mana aplikasi **GarageBand** digunakan untuk menyunting lagu, manakala aplikasi **Documents** pula digunakan untuk menukar format video kepada lagu serta memaparkan lokasi fail lagu yang ingin dijadikan ringtone.
## Cara mudah untuk membuat ringtone iPhone
### Penukaran format video kepada lagu
1. Cari video lagu yang disukai di laman Youtube dan copy URL tersebut.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
2. Pergi ke aplikasi **Documents**. Dibahagian bawah kanan, terdapat ikon web browser. Klik pada ikon tersebut, kemudian layari laman web *convert2mp3.net*. Paste-kan URL video yang korang dah copy tadi seterusnya klik **Search and convert**.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
3. Proses penukaran format lagu daripada video ke .mp3 turun akan dijalankan diikuti dengan pengesahan nama lagu yang dimuat turun. Klik *continue* untuk teruskan.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
4. Selesai proses penukaran format, klik pada butang *Download* dan Save pada paparan yang seterusnya. Fail yang selesai dimuat turun akan disimpan ke dalam dalam folder **Documents/Downloads**.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
5. Kemudian, didalam folder Documents/Downloads itu, klik pada Edit dibahagian atas kanan dan pilih lagu yang telah dimuat turun tadi. Move-kan ke dalam folder iCloud.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
### Menyesuaikan lagu kepada ringtone
1. Langkah seterusnya, pergi ke aplikasi GarageBand pula. Pilih Audio Recorder.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
2. Klik pada ikon *Track view* yang menggambarkan “3 bar”.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
3. Kemudian paparan kosong seperti ini akan dipaparkan. Klik pada butang *loop* disebelah kanan atas (berhampiran dengan ikon *setting*).[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
4. Kotak senarai audio akan dipaparkan (sekiranya korang tak pernah create apa-apa lagu sebelum ini, tiada fail audio akan disenaraikan (seperti dalam gambar). Seterusnya, klik pada butang *Import from iCloud Drive*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
5. Didalam *iCloud Drive*, klik pada folder *Document*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
6. Didalam folder ini akan tersenarai lagu yang telah dimuat turun dan di-move-kan sebentar tadi. Klik pada lagu dan tarik ia masuk ke dalam *Track view*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
7. Lagu yang ditarik masuk akan di-import.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
8. Setelah berjaya diimport, graf audio akan dipaparkan. Disini, korang boleh sunting bahagian lagu mana yang ingin korang set-kan sebagai ringtone. For info - Tempoh maksima sesuatu ringtone hanyalah 30 saat sahaja.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
9. Setelah selesai lagu disunting, korang kemudiannya perlu simpan fail audio berkenaan menjadi ringtone. Klik pada ikon segitiga di bahagian atas kiri, kemudian pilih *My Songs*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
10. Diruangan My Songs - GarageBand, lagu yang telah disunting akan dipaparkan. Seterusnya dibahagian atas kanan, klik pada *Select*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
11. Kemudian, klik pula pada lagu yang telah disunting tadi. Sesudah lagu dipilih, klik pula pada ikon muat naik.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
12. Pada paparan muat naik ini, korang akan diberikan pilihan *Ringtone*.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
13. Klik pada Ringtone, dan satu kotak export akan terhasil. Disini korang boleh menamakan ringtone korang dengan nama yang sesuai. Selesai menamakan ringtone korang, klik Export.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
14. Dalam beberapa saat, ringtone korang akan berjaya dihasilkan.[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
Untuk semakan korang boleh pergi kepada *Settings* \> *Sounds & Haptics* \> *Ringtone*. Ringtone yang telah siap dibuat akan dipaparkan diatas senarai.
[](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
So, lepas ini kalau ada rakan-rakan korang yang kata aplikasi GarageBand ini hanya bazirkan ruang storage iPhone korang saja, cuba suruh dia baca entri ini. Sharing is caring. Hee. 🙂
Baca juga [cara untuk backspace dalam kalkulator iPhone](https://hafizrahim.com/cara-untuk-backspace-dalam-kalkulator-iphone/).
See more
- [**Previous article** Senarai Penghulu Mukim Daerah Hulu Langat](https://hafizrahim.com/senarai-penghulu-mukim-daerah-hulu-langat/)
- [**Next article** Kenapa Kita Perlu Cium Dan Gosok Anak-Anak?](https://hafizrahim.com/kenapa-kita-perlu-cium-dan-gosok-anak-anak/)
[](https://hafizrahim.com/author/hafiz/)
## Written by [Hafiz Rahim](https://hafizrahim.com/author/hafiz/)
Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.
## 4 Comments
[Leave a Reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#respond)
1.  **lisak** says:
[August 22, 2025 at 11:18 am](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#comment-182073)
panjang gila step tu hahaha .. nti la lisa try buat kalau free
[Reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
-  **[Hafiz Rahim](https://hafizrahim.com/)** says:
[August 22, 2025 at 12:42 pm](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#comment-182074)
Nampak je panjang. Tapi senang je. Copy url, convert, drag masuk GarageBand, edit, save. Siap.
[Reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
2.  **Najwa** says:
[October 5, 2025 at 3:35 am](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#comment-184152)
Boleh tukaq sekali ja ka ? Kali kedua nak tukaq xboleh pun . Dia xnaik tanda select tuh 😭
[Reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
-  **[Hafiz Rahim](https://hafizrahim.com/)** says:
[October 5, 2025 at 10:06 am](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#comment-184153)
Boleh je. Saya buat dah lebih dari 1.
[Reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
## Leave a Reply [Cancel reply](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#respond)
## More From: [Geekz](https://hafizrahim.com/category/geekz/)
- [](https://hafizrahim.com/mi-box-s-pengganti-unifi-plus-box/ "Mi Box S Pengganti Unifi Plus Box")
[**2** Comments](https://hafizrahim.com/mi-box-s-pengganti-unifi-plus-box/#comments-section)
### [Mi Box S Pengganti Unifi Plus Box](https://hafizrahim.com/mi-box-s-pengganti-unifi-plus-box/)
October 13, 2020, 9:26 am
- [](https://hafizrahim.com/pengalaman-guna-apple-airpods-pro/ "Pengalaman Guna Apple AirPods Pro")
[**2** Comments](https://hafizrahim.com/pengalaman-guna-apple-airpods-pro/#comments-section)
### [Pengalaman Guna Apple AirPods Pro](https://hafizrahim.com/pengalaman-guna-apple-airpods-pro/)
September 16, 2020, 7:14 pm
- [](https://hafizrahim.com/guna-sonoff-pow-r2-untuk-kawalan-suis-rumah-wireless/ "Guna Sonoff POW R2 Untuk Kawalan Suis Rumah Secara Wireless")
[**1** Comment](https://hafizrahim.com/guna-sonoff-pow-r2-untuk-kawalan-suis-rumah-wireless/#comments-section)
### [Guna Sonoff POW R2 Untuk Kawalan Suis Rumah Secara Wireless](https://hafizrahim.com/guna-sonoff-pow-r2-untuk-kawalan-suis-rumah-wireless/)
June 25, 2020, 11:30 am
- [](https://hafizrahim.com/cara-dengar-lagu-di-youtube-secara-background-tanpa-youtube-premium/ "Cara Dengar Lagu Di Youtube Secara Background Tanpa Youtube Premium")
[**2** Comments](https://hafizrahim.com/cara-dengar-lagu-di-youtube-secara-background-tanpa-youtube-premium/#comments-section)
### [Cara Dengar Lagu Di Youtube Secara Background Tanpa Youtube Premium](https://hafizrahim.com/cara-dengar-lagu-di-youtube-secara-background-tanpa-youtube-premium/)
June 15, 2020, 2:29 pm
- [](https://hafizrahim.com/cara-cegah-anak-ketagih-gadget-melalui-screen-time-ios/ "Cara Cegah Anak Ketagih Gadget Melalui Screen Time (iOS)")
[**4** Comments](https://hafizrahim.com/cara-cegah-anak-ketagih-gadget-melalui-screen-time-ios/#comments-section)
### [Cara Cegah Anak Ketagih Gadget Melalui Screen Time (iOS)](https://hafizrahim.com/cara-cegah-anak-ketagih-gadget-melalui-screen-time-ios/)
May 27, 2020, 3:41 pm
- [](https://hafizrahim.com/printer-wireless-canon-pixma-e470-untuk-kegunaan-di-rumah/ "Printer Wireless Canon Pixma E470 Untuk Kegunaan Di Rumah")
[**19** Comments](https://hafizrahim.com/printer-wireless-canon-pixma-e470-untuk-kegunaan-di-rumah/#comments-section)
### [Printer Wireless Canon Pixma E470 Untuk Kegunaan Di Rumah](https://hafizrahim.com/printer-wireless-canon-pixma-e470-untuk-kegunaan-di-rumah/)
April 10, 2020, 3:44 pm
## Spek Murah Dengan Extra Diskaun
[](https://hafizrahim.com/spek-dengan-lens-alpha-420-ini-tahan-lasak-dan-sangat-murah/)
[](https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA "Kelab Blogger Ben Ashaari")
## Favourite Dessert
- [Resepi Kek Batik](https://www.viramon.com/list/resepikekbatik "”Resepi")
## Blog Lain Wajib Baca
- [Peluang Pekerjaan Menarik Di iREHAB](https://www.akifimtiyaz.com/2020/10/peluang-pekerjaan-menarik-di-irehab.html)
via akifimtiyaz.com 1 hour ago
- [PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN UNTUK MENJAGA ORANG TUA BERSAMA iREHAB](https://www.miszrockers.com/2020/10/peluang-pekerjaan-dan-latihan-untuk.html)
via miszrockers.com 2 hours ago
- [Wow Bestnya Menang Contest Nestle Oktober ! Jom Join Sekarang](https://www.qasehdalia.com/2020/10/wow-bestnya-menang-contest-nestle.html)
via qasehdalia.com 2 hours ago
- [Menarik di Kuala Kangsar dan stay in Safar House & Cabin](https://umminani.com/2020/10/menarik-di-kuala-kangsar/)
via umminani.com 6 hours ago
- [6 Tip Beli Rumah Lelong Dan Buat Untung Sekali Ganda](https://jmr23.com/2020/10/6-tip-beli-rumah-lelong-dan-buat-untung-sekali-ganda/)
via jmr23.com 14 hours ago
- [iREHAB Pusat Pemulihan Fisioterapi dan Rehabilitasi](http://www.massaari.com/2020/10/irehab-pusat-pemulihan-fisioterapi-dan.html)
via massaari.com 23 hours ago
- [Lenguh leher dek kerana terlalu kerap guna gajet , laptop ? Beli ni jer \!](https://www.benashaari.com/2020/10/lenguh-leher-dek-kerana-terlalu-kerap.html)
via benashaari.com 23 hours ago
- [Industri Permainan Video, Kini Lebih Besar Daripada Filem Dan Muzik](https://www.majalahlabur.com/kewangan/industri-permainan-video-kini-lebih-besar-daripada-filem-dan-muzik/)
via majalahlabur.com 1 day ago
- [DOA Supaya Anak-Anak Menjadi Soleh Solehah](http://www.dorsettpink.com/2020/10/doa-supaya-anak-anak-menjadi-soleh.html)
via dorsettpink.com 2 days ago
- [BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE](https://www.aisyaismail.com/2020/10/bayaran-pertama-daripada-google-adsense.html)
via aisyaismail.com 3 days ago
## Kelas Taekwondo
- ### [Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)](https://hafizrahim.com/dah-dapat-sijil-lulus-grading-tali-pinggang-hijau-2-green-belt-2/)
- ### [Sparring Set Taekwondo Untuk Khair](https://hafizrahim.com/sparring-set-taekwondo-untuk-khair/)
- ### [Dah Join Kelas Sparring Taekwondo](https://hafizrahim.com/dah-join-kelas-sparring-taekwondo/)
- ### [Grading Taekwondo WTF, Lulus Naik Ke Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)](https://hafizrahim.com/grading-taekwondo-wtf-lulus-naik-ke-tali-pinggang-hijau-2-green-belt-2/)
- ### [Dah Dapat Result Grading Taekwondo Untuk Naik Ke Green Belt 1](https://hafizrahim.com/dah-dapat-result-grading-taekwondo-untuk-naik-ke-green-belt-1/)
## Kelas Renang
- ### [Kelas Renang - Belajar Teknik Apungkan Diri Pula](https://hafizrahim.com/kelas-renang-belajar-teknik-apungkan-diri-pula/)
- ### [Kelas Renang, Belajar Frog Kick.. Tendangan Katak?](https://hafizrahim.com/kelas-renang-belajar-frog-kick-tendangan-katak/)
- ### [Berbaloi Ke Belajar Berenang?](https://hafizrahim.com/berbaloi-ke-belajar-berenang/)
- ### [Progress Check Selepas Belajar Berenang Selama 1 Tahun](https://hafizrahim.com/progress-check-selepas-belajar-berenang-selama-1-tahun/)
- ### [Sudah 6 Bulan Masuk Kelas Renang, Dah Pandai Berenang Ke?](https://hafizrahim.com/sudah-6-bulan-masuk-kelas-renang-dah-pandai-berenang-ke/)
## Kelas Piano
- ### [Berlatih Piano Online Guna Aplikasi Simply Piano](https://hafizrahim.com/berlatih-piano-online-guna-aplikasi-simply-piano/)
- ### [Piano Sheet Lagu-Lagu Mudah Untuk Latihan Di Rumah](https://hafizrahim.com/piano-sheet-lagu-lagu-mudah-untuk-latihan-di-rumah/)
- ### [Practice Piano Di Rumah](https://hafizrahim.com/practice-piano-di-rumah/)
- ### [Piano Untuk Khair](https://hafizrahim.com/piano-untuk-khair/)
- ### [Kelas Kedua Piano Khair](https://hafizrahim.com/kelas-kedua-piano-khair/)
## Disclaimer
Blog ini adalah blog peribadi dan tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang pendapat, pujian ataupun kritikan adalah berdasarkan penilaian pemilik blog sendiri. Sebarang maklum balas ataupun pertanyaan, boleh emailkan kepada [hafizmdrahim@gmail.com](mailto:hafizmdrahim@gmail.com).
## Powered by HOSTING SUPER MURAH dan Laju.
[](https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=87)
## Follow saya
- [facebook](https://www.facebook.com/hafizmdrahim)
- [twitter](https://twitter.com/hafizmdrahim)
- [instagram](https://instagram.com/hafizmdrahim)
- [youtube](https://youtube.com/hafizmdrahim)
- [spotify](https://open.spotify.com/user/hafizrahim)
© 2020 by Hafiz Rahim
[Back to Top](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/#page)
[Close](https://hafizrahim.com/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/)
- [Utama](https://hafizrahim.com/)
- [Hafiz Rahim](https://hafizrahim.com/kenali-penulis/)
- [Coaching](https://hafizrahim.com/personal-coaching/)
- [Bloglist](https://hafizrahim.com/bloglist/)
- [Arkib](https://hafizrahim.com/arkib/)
- [Pengiklanan](https://hafizrahim.com/pakej-pengiklanan/)
- [Penafian](https://hafizrahim.com/penafian/)
- [facebook](https://www.facebook.com/hafizmdrahim)
- [twitter](https://twitter.com/hafizmdrahim)
- [instagram](https://instagram.com/hafizmdrahim)
- [youtube](https://youtube.com/hafizmdrahim)
- [spotify](https://open.spotify.com/user/hafizrahim)
Notifications
 |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 151 (laksa) |
| Root Hash | 12479544822470614551 |
| Unparsed URL | com,hafizrahim!/cara-mudah-tukar-dan-buat-ringtone-iphone-tanpa-menggunakan-itunes/ s443 |