ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.3 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/ |
| Last Crawled | 2026-04-01 19:29:43 (7 days ago) |
| First Indexed | 2024-12-10 14:49:59 (1 year ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Panduan Pelaburan Emas: Adakah Ia Berbaloi? |
| Meta Description | null |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang terkenal di Malaysia. Tidak kira suri rumah, pekerja profesional, mahupun pelabur tegar, emas sering dianggap sebagai aset yang bernilai tinggi dan mempunyai pelindung nilai yang kukuh. Kebolehan emas untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang membuatkan emas menjadi sakah satu pilihan pelaburan yang menjadi pilihan orang ramai.
Tambahan pula, bagi masyarakat Malaysia, emas bukan sahaja sebuah pelaburan yang menguntungkan tetapi juga merupakan simbol kekayaan dan kestabilan. Namun, ramai yang masih keliru tentang bagaimana cara yang terbaik untuk melabur dalam emas. Adakah perlu membeli emas fizikal seperti jongkong atau syiling emas? Atau lebih baik memilih akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank?
Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara terperinci tentang kelebihan dan risiko pelaburan emas serta strategi terbaik untuk memastikan pelaburan emas anda memberikan pulangan yang menguntungkan.
Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?
Salah satu sebab utama kenapa pelaburan emas menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah kerana ia dianggap sebagai aset yang selamat. Emas boleh bertindak sebagai pelindung nilai terhadap inflasi kerana harga emas cenderung meningkat apabila mata wang negara tertentu mengalami kemerosotan nilai. Sebagai contoh, semasa krisis ekonomi, pelabur sering membeli emas sebagai langkah perlindungan.
Selain itu, emas juga mempunyai nilai yang tinggi kerana permintaan terhadap emas tidak hanya datang daripada sektor pelaburan, tetapi juga daripada industri barang kemas dan teknologi. Nilai ini menjadikan emas boleh digunakan sebagai aset yang fleksibel.
Cara Melabur Dalam Emas
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas yang boleh anda cuba antaranya adalah:
1. Emas Fizikal
Pelaburan emas fizikal merupakan pilihan ramai di Malaysia. Membeli emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling emas adalah cara yang paling tradisional. Emas fizikal boleh disimpan sendiri atau di peti deposit keselamatan di bank. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
Kelebihan: Anda memiliki emas secara langsung dan boleh menjualnya pada bila-bila masa. Ia juga tidak bergantung kepada sistem kewangan atau teknologi.
Kekurangan: Menyimpan emas secara fizikal memerlukan kos tambahan seperti insurans dan yuran penyimpanan jika anda memilih pihak ketiga untuk menyimpan emas anda. Selain itu, emas fizikal boleh hilang atau dicuri jika tidak disimpan dengan baik.
2. Akaun Pelaburan Emas
Banyak bank di seluruh dunia termasuk Malaysia yang menawarkan akaun pelaburan emas. Antara bank yang menawarkan pelaburan email di Malaysia adalah Bank CIMB, Maybank dan BSN. Akaun ini membolehkan pelabur untuk buka akaun dan membeli dan menjual emas secara elektronik tanpa perlu memiliki emas fizikal. Anda hanya perlu membuka akaun dengan bank yang menawarkan perkhidmatan ini.
Kelebihan: Mudah untuk membeli atau menjual emas tanpa perlu risau tentang penyimpanan emas fizikal. Selain itu, turun naik harga emas juga boleh dipantau secara langsung.
Kekurangan: Tidak semua akaun menawarkan emas yang boleh ditebus kepada emas fizikal. Oleh itu, sesetengah pelabur mungkin tidak berpeluang untuk memiliki emas sebenar.
3. Melabur Dalam Syarikat Pelaburan.
Melabur dalam syarikat pelaburan bermaksud, anda melabur sejumlah wang anda ke dalam sebuah syarikat. Kemudian, wang anda tersebut akan diuruskan oleh syarikat pelaburan atau dalam saham syarikat perlombongan emas. Anda tidak memiliki emas secara langsung tetapi anda akan mendapat manfaat atau keuntungan daripada perubahan harga emas.
Kelebihan: Anda tidak perlu menyimpan emas secara fizikal dan wang pelaburan diuruskan oleh pakar.
Kekuragan: Pulangan pelaburan bergantung pada turun naik harga emas dan kebolehan syarikat pengurusan pelaburan anda. Selain itu, anda juga terdedah dengan penipuan atau
scammer
. Oleh itu, anda perlu berhati-hati memilih syarikat pelaburan emas yang baik dan boleh dipercayai.
Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Emas
Kelebihan:
Emas merupakan aset yang tidak terkesan dengan keadaan inflasi secara langsung. Apabila nilai mata wang jatuh, biasanya nilai emas akan meningkat naik.
Emas selalu dianggap sebagai aset selamat kerana ia mampu mengekalkan nilainya walaupun ketika keadaan ekonomi atau pasaran kewangan tidak stabil. Dalam masa ketidaktentuan, seperti krisis ekonomi global, kejatuhan pasaran saham, atau konflik geopolitik, banyak aset lain seperti saham, bon, atau mata wang akan mengalami kejatuhan nilai. Sebaliknya, nilai emas cenderung untuk meningkat nilainya atau kekal stabil dalam situasi tersebut. Ini kerana emas tidak bergantung kepada prestasi syarikat, kadar faedah, atau dasar kewangan sesebuah negara.
Emas boleh dijual dengan mudah. Sama ada emas fizikal atau melalui akaun pelaburan.
Kekurangan:
Walaupun emas mempunyai nilai yang stabil, tetapi ada masanya ia juga mengalami penurunan harga. Ini kerana, harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kadar faedah, permintaan global, dan keadaan ekonomi. Oleh itu, pelabur perlu bersedia menghadapi turun naik harga emas dan tidak terburu-buru untuk menjual emas ketika keadaan ini berlaku.
Pelaburan emas tidak mempunyai pulangan tetap. Berbeza dengan aset seperti saham atau bon yang memberikan dividen atau faedah kepada pelabur, sebaliknya emas tidak memberikan pulangan tetap. Keuntungan hanya diperoleh apabila harga emas meningkat.
Jika anda menyimpan emas fizikal melalui pihak ketiga, anda mungkin perlu menanggug kos tambahan untuk keselamatan aset anda.
Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas yang perlu diketahui oleh pelabur seperti di bawah ini:
1. Permintaan dan Penawaran
Harga emas bergantung kepada keseimbangan antara permintaan dan penawaran global. Contohnya, apabila permintaan emas dalam industri perhiasan meningkat, harga emas juga akan turut mungkin meningkat.
2. Kadar Faedah
Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung untuk melabur dalam emas atau beli emas. Ini kerana, dari sudut pandangan perlabur, pulangan daripada aset lain seperti simpanan bank menjadi kurang menarik dan menguntungkan.
3. Kestabilan Ekonomi
Dalam situasi krisis atau ketidaktentuan ekonomi, harga emas biasanya naik. Hal ini kerana, ketika keadaan ini berlaku, pelabur akan cenderung untuk mencari aset selamat berbanding wang tunai.
4. Nilai Mata Wang
Turun naik nilai mata wang juga mempengaruhi nilai emas terutamanya Dolar Amerika Syarikat. Kerana ia boleh memberi kesan langsung kepada harga emas di pasaran global. Apabila dolar AS menurun, harga emas akan cenderung meningkat.
Bagaimana Harga Emas Harian Dibuka?
Harga emas harian ditentukan melalui pelbagai faktor global yang melibatkan permintaan dan penawaran emas di pasaran antarabangsa. Salah satu rujukan utama dalam menetapkan harga emas adalah London Gold Fixing, iaitu penetapan harga emas oleh beberapa bank terkemuka di London. Proses ini dilakukan dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.
Bank-bank ini akan menentukan harga emas berdasarkan permintaan dan penawaran emas pada masa itu dan harga ini akan dijadikan sebagai rujukan di seluruh negara.
Tips Melabur Dalam Emas
1. Tetapkan Tujuan Pelaburan
Sebelum anda melabur dan membeli emas, ada baiknya anda menentukan tujuan pelaburan emas anda terlebih dahulu. Setiap individu mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Dengan mengetahui matlamat ini, ia akan dapat membantu anda merancang pelaburan emas anda dengan baik.
Biasanya, orang ramai melabur dalam emas dengan beberapa tujuan antaranya adalah untuk menyimpan nilai kekayaaan, untuk mendapatkan keuntungan di masa depan dan melindungi aset kepada turun naik pasaran.
2. Pantau Harga Emas Selalu
Walaupun emas sering dianggap sebagai salah satu aset yang paling stabil, ia tetap tidak terlepas daripada turun naik harga di pasaran. Seperti yang saya sebut di atas, perubahan harga emas boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, nilai mata wang, permintaan global, dan sebagainya.
Oleh itu, pelabur perlu sentiasa peka terhadap perubahan ini untuk memastikan mereka membuat keputusan yang tepat bila masa untuk membeli dan menjual emas dengan sesuai.
3. Pilih Kaedah Pelaburan Emas Yang Sesuai
Pilihlah kaedah pelaburan emas yang sesuai dengan kemampuan anda. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ema dan setiap jenis pelaburan ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya sendiri. Oleh itu, sila pilih pelaburan yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan juga tujuan pelaburan anda.
Jawaban kepada soalan ini adalah ia bergantung tujuan pelaburan anda. Jika anda ingin melindungi nilai aset dan kekayaan anda daripada inflasi atau ketidaktentuan ekonomi, emas adalah pilihan yang baik kerana sifatnya sebagai aset selamat. Namun, jika anda mengharapkan pulangan tinggi dalam jangka masa pendek, emas mungkin bukan pilihan terbaik kerana ia lebih sesuai sebagai pelaburan jangka panjang.
Selain itu, pelaburan emas juga akan lebih berbaloi jika dilakukan dengan strategi yang tepat. Seperti membeli ketika harga rendah dan menjual apabila harga meningkat. Perlu diingat, emas bukanlah aset yang memberikan pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Sebaliknya, ia lebih kepada penyimpanan nilai kekayaan.
Kesimpulan
Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang baik. Walaupun emas tidak memberikan pulangan tetap, namun ia boleh menjadi pelindung nilai aset yang kukuh terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda mengetahui risiko dan faedahnya. Sama ada anda memilih untuk membeli emas fizikal, membuka akaun pelaburan emas, atau melabur dalam dana emas, pastikan anda melakukannya secara terancang dan berdasarkan objektif pelaburan anda sendiri.
Ingatlah, pelaburan emas lebih daripada sekadar membeli dan menyimpan emas. Ia memerlukan perancangan yang baik untuk memastikan ia menjadi aset yang memberi manfaat dalam jangka masa panjang. |
| Markdown | [Skip to content](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#content)
[Top Menu](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/)
April 1, 2026
- [Tentang Kami](https://forexmalaysia.com.my/tentang-kami/)
- [Polisi Privasi](https://forexmalaysia.com.my/polisi-privasi/)
- [Iklan Dengan Kami](https://forexmalaysia.com.my/iklan-dengan-kami/)
- [Hubungi Kami](https://forexmalaysia.com.my/hubungi-kami/)
- [Facebook](https://facebook.com/forextradingmalaysiatips)
[](https://forexmalaysia.com.my/)
[Forex Malaysia](https://forexmalaysia.com.my/)
Berita, Ulasan & Komentar Forex Trading Di Malaysia
- [Home](https://forexmalaysia.com.my/home/)
- [Forex Broker](https://forexmalaysia.com.my/brokers/)
- [HFM Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/hfm-review/)
- [Pepperstone Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/pepperstone-review/)
- [XM Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/xm-review/)
- [M4Markets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/m4markets-review/)
- [AMarkets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/amarkets-review/)
- [Oanda Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/oanda-review/)
- [MTrading Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/mtrading-review/)
- [InstaForex Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/instaforex-review/)
- [AvaTrade Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/avatrade-review/)
- [Hotforex Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/hotforex-review/)
- [Justforex Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/justforex-review/)
- [LiteForex Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/liteforex-review/)
- [FBS Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fbs-review/)
- [GMI Edge](https://forexmalaysia.com.my/brokers/gmiedge-review/)
- [OctaFX Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/octafx-review/)
- [Tickmill Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/tickmill-review/)
- [ATFX Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/atfx-review/)
- [Fullerton Markets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fullerton-markets-review/)
- [FXCM Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fxcm-review/)
- [FXPRIMUS Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fxprimus-review/)
- [FxPro Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fxpro-review/)
- [FXTM Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/fxtm-review/)
- [HYCM Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/hycm-review/)
- [IC Markets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/ic-markets-review/)
- [RoboForex Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/roboforex-review/)
- [Tifia Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/tifia-review/)
- [Vantage Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/vantage-fx/)
- [ICM Capital Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/icm-capital-review/)
- [VT Markets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/vt-markets-review/)
- [GO Markets Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/go-markets-review/)
- [Global Prime Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/global-prime-review/)
- [IronFX Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/ironfx-review/)
- [Swissquote Review](https://forexmalaysia.com.my/brokers/swissquote-review/)
- [Forex Calendar](https://forexmalaysia.com.my/forex-calendar/)
- [Currency Converter](https://forexmalaysia.com.my/currency-converter/)
- [Forex Calculator](https://forexmalaysia.com.my/forex-calculator/)
- [Forex Margin Calculator](https://forexmalaysia.com.my/forex-margin-calculator/)
- [Forex Profit Calculator](https://forexmalaysia.com.my/forex-profit-calculator/)
- [Pip Calculator](https://forexmalaysia.com.my/pip-calculator/)
- [Live Forex Charts](https://forexmalaysia.com.my/live-forex-charts/)
- [Live Currency Rates](https://forexmalaysia.com.my/live-currency-rates/)
- [Broker Forex Terbaik 2026](https://forexmalaysia.com.my/broker-forex-terbaik/)
- [Belajar Forex](https://forexmalaysia.com.my/category/belajar-forex/)
- [Mata Wang](https://forexmalaysia.com.my/category/mata-wang/)
- [Pengurusan Kewangan](https://forexmalaysia.com.my/category/pengurusan-kewangan/)
- [Forex Trading Strategy](https://forexmalaysia.com.my/category/forex-trading-strategy/)
- [Copy Trade](https://forexmalaysia.com.my/category/copy-trade/)
- [Cryptocurrency](https://forexmalaysia.com.my/category/cryptocurrency/)
- [Pelaburan Saham](https://forexmalaysia.com.my/category/pelaburan-saham/)
- [Introducing Broker](https://forexmalaysia.com.my/category/introducing-broker/)
- [Pendapatan Pasif](https://forexmalaysia.com.my/category/pendapatan-pasif/)
- [Robot Forex](https://forexmalaysia.com.my/category/robot-forex/)
- [VPS Forex](https://forexmalaysia.com.my/category/vps-forex/)
- [XM](https://forexmalaysia.com.my/category/xm/)
[Main Menu](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/)
[Pelaburan Saham](https://forexmalaysia.com.my/category/pelaburan-saham/)
# Panduan Pelaburan Emas: Adakah Ia Berbaloi?
[December 10, 2024December 10, 2024](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/)
\- by [Shahrulfx](https://forexmalaysia.com.my/author/fxg-admin/) - [Leave a Comment](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#respond)
[](https://forexmalaysia.com.my/wp-content/uploads/2024/12/image-5.png)
Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang terkenal di Malaysia. Tidak kira suri rumah, pekerja profesional, mahupun pelabur tegar, emas sering dianggap sebagai aset yang bernilai tinggi dan mempunyai pelindung nilai yang kukuh. Kebolehan emas untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang membuatkan emas menjadi sakah satu pilihan pelaburan yang menjadi pilihan orang ramai.
Tambahan pula, bagi masyarakat Malaysia, emas bukan sahaja sebuah pelaburan yang menguntungkan tetapi juga merupakan simbol kekayaan dan kestabilan. Namun, ramai yang masih keliru tentang bagaimana cara yang terbaik untuk melabur dalam emas. Adakah perlu membeli emas fizikal seperti jongkong atau syiling emas? Atau lebih baik memilih akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank?
Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara terperinci tentang kelebihan dan risiko pelaburan emas serta strategi terbaik untuk memastikan pelaburan emas anda memberikan pulangan yang menguntungkan.
## Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?
Salah satu sebab utama kenapa pelaburan emas menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah kerana ia dianggap sebagai aset yang selamat. Emas boleh bertindak sebagai pelindung nilai terhadap inflasi kerana harga emas cenderung meningkat apabila mata wang negara tertentu mengalami kemerosotan nilai. Sebagai contoh, semasa krisis ekonomi, pelabur sering membeli emas sebagai langkah perlindungan.

Selain itu, emas juga mempunyai nilai yang tinggi kerana permintaan terhadap emas tidak hanya datang daripada sektor pelaburan, tetapi juga daripada industri barang kemas dan teknologi. Nilai ini menjadikan emas boleh digunakan sebagai aset yang fleksibel.
## Cara Melabur Dalam Emas
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas yang boleh anda cuba antaranya adalah:
### 1\. Emas Fizikal
Pelaburan emas fizikal merupakan pilihan ramai di Malaysia. Membeli emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling emas adalah cara yang paling tradisional. Emas fizikal boleh disimpan sendiri atau di peti deposit keselamatan di bank. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
- Kelebihan: Anda memiliki emas secara langsung dan boleh menjualnya pada bila-bila masa. Ia juga tidak bergantung kepada sistem kewangan atau teknologi.
- Kekurangan: Menyimpan emas secara fizikal memerlukan kos tambahan seperti insurans dan yuran penyimpanan jika anda memilih pihak ketiga untuk menyimpan emas anda. Selain itu, emas fizikal boleh hilang atau dicuri jika tidak disimpan dengan baik.

### 2\. Akaun Pelaburan Emas
Banyak bank di seluruh dunia termasuk Malaysia yang menawarkan akaun pelaburan emas. Antara bank yang menawarkan pelaburan email di Malaysia adalah Bank CIMB, Maybank dan BSN. Akaun ini membolehkan pelabur untuk buka akaun dan membeli dan menjual emas secara elektronik tanpa perlu memiliki emas fizikal. Anda hanya perlu membuka akaun dengan bank yang menawarkan perkhidmatan ini.
- Kelebihan: Mudah untuk membeli atau menjual emas tanpa perlu risau tentang penyimpanan emas fizikal. Selain itu, turun naik harga emas juga boleh dipantau secara langsung.
- Kekurangan: Tidak semua akaun menawarkan emas yang boleh ditebus kepada emas fizikal. Oleh itu, sesetengah pelabur mungkin tidak berpeluang untuk memiliki emas sebenar.
### 3\. Melabur Dalam Syarikat Pelaburan.
Melabur dalam syarikat pelaburan bermaksud, anda melabur sejumlah wang anda ke dalam sebuah syarikat. Kemudian, wang anda tersebut akan diuruskan oleh syarikat pelaburan atau dalam saham syarikat perlombongan emas. Anda tidak memiliki emas secara langsung tetapi anda akan mendapat manfaat atau keuntungan daripada perubahan harga emas.
- Kelebihan: Anda tidak perlu menyimpan emas secara fizikal dan wang pelaburan diuruskan oleh pakar.
- Kekuragan: Pulangan pelaburan bergantung pada turun naik harga emas dan kebolehan syarikat pengurusan pelaburan anda. Selain itu, anda juga terdedah dengan penipuan atau *scammer*. Oleh itu, anda perlu berhati-hati memilih syarikat pelaburan emas yang baik dan boleh dipercayai.
## Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Emas
### Kelebihan:
- Emas merupakan aset yang tidak terkesan dengan keadaan inflasi secara langsung. Apabila nilai mata wang jatuh, biasanya nilai emas akan meningkat naik.
- Emas selalu dianggap sebagai aset selamat kerana ia mampu mengekalkan nilainya walaupun ketika keadaan ekonomi atau pasaran kewangan tidak stabil. Dalam masa ketidaktentuan, seperti krisis ekonomi global, kejatuhan pasaran saham, atau konflik geopolitik, banyak aset lain seperti saham, bon, atau mata wang akan mengalami kejatuhan nilai. Sebaliknya, nilai emas cenderung untuk meningkat nilainya atau kekal stabil dalam situasi tersebut. Ini kerana emas tidak bergantung kepada prestasi syarikat, kadar faedah, atau dasar kewangan sesebuah negara.
- Emas boleh dijual dengan mudah. Sama ada emas fizikal atau melalui akaun pelaburan.

### Kekurangan:
- Walaupun emas mempunyai nilai yang stabil, tetapi ada masanya ia juga mengalami penurunan harga. Ini kerana, harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kadar faedah, permintaan global, dan keadaan ekonomi. Oleh itu, pelabur perlu bersedia menghadapi turun naik harga emas dan tidak terburu-buru untuk menjual emas ketika keadaan ini berlaku.
- Pelaburan emas tidak mempunyai pulangan tetap. Berbeza dengan aset seperti saham atau bon yang memberikan dividen atau faedah kepada pelabur, sebaliknya emas tidak memberikan pulangan tetap. Keuntungan hanya diperoleh apabila harga emas meningkat.
- Jika anda menyimpan emas fizikal melalui pihak ketiga, anda mungkin perlu menanggug kos tambahan untuk keselamatan aset anda.
## Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas yang perlu diketahui oleh pelabur seperti di bawah ini:
### 1\. Permintaan dan Penawaran
Harga emas bergantung kepada keseimbangan antara permintaan dan penawaran global. Contohnya, apabila permintaan emas dalam industri perhiasan meningkat, harga emas juga akan turut mungkin meningkat.

### 2\. Kadar Faedah
Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung untuk melabur dalam emas atau beli emas. Ini kerana, dari sudut pandangan perlabur, pulangan daripada aset lain seperti simpanan bank menjadi kurang menarik dan menguntungkan.
### 3\. Kestabilan Ekonomi
Dalam situasi krisis atau ketidaktentuan ekonomi, harga emas biasanya naik. Hal ini kerana, ketika keadaan ini berlaku, pelabur akan cenderung untuk mencari aset selamat berbanding wang tunai.
### 4\. Nilai Mata Wang
Turun naik nilai mata wang juga mempengaruhi nilai emas terutamanya Dolar Amerika Syarikat. Kerana ia boleh memberi kesan langsung kepada harga emas di pasaran global. Apabila dolar AS menurun, harga emas akan cenderung meningkat.
## Bagaimana Harga Emas Harian Dibuka?
Harga emas harian ditentukan melalui pelbagai faktor global yang melibatkan permintaan dan penawaran emas di pasaran antarabangsa. Salah satu rujukan utama dalam menetapkan harga emas adalah London Gold Fixing, iaitu penetapan harga emas oleh beberapa bank terkemuka di London. Proses ini dilakukan dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.

Bank-bank ini akan menentukan harga emas berdasarkan permintaan dan penawaran emas pada masa itu dan harga ini akan dijadikan sebagai rujukan di seluruh negara.
## Tips Melabur Dalam Emas
### 1\. Tetapkan Tujuan Pelaburan
Sebelum anda melabur dan membeli emas, ada baiknya anda menentukan tujuan pelaburan emas anda terlebih dahulu. Setiap individu mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Dengan mengetahui matlamat ini, ia akan dapat membantu anda merancang pelaburan emas anda dengan baik.

Biasanya, orang ramai melabur dalam emas dengan beberapa tujuan antaranya adalah untuk menyimpan nilai kekayaaan, untuk mendapatkan keuntungan di masa depan dan melindungi aset kepada turun naik pasaran.
### 2\. Pantau Harga Emas Selalu
Walaupun emas sering dianggap sebagai salah satu aset yang paling stabil, ia tetap tidak terlepas daripada turun naik harga di pasaran. Seperti yang saya sebut di atas, perubahan harga emas boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, nilai mata wang, permintaan global, dan sebagainya.

Oleh itu, pelabur perlu sentiasa peka terhadap perubahan ini untuk memastikan mereka membuat keputusan yang tepat bila masa untuk membeli dan menjual emas dengan sesuai.
### 3\. Pilih Kaedah Pelaburan Emas Yang Sesuai
Pilihlah kaedah pelaburan emas yang sesuai dengan kemampuan anda. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ema dan setiap jenis pelaburan ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya sendiri. Oleh itu, sila pilih pelaburan yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan juga tujuan pelaburan anda.
## Adakah Pelaburan Emas Berbaloi?
Jawaban kepada soalan ini adalah ia bergantung tujuan pelaburan anda. Jika anda ingin melindungi nilai aset dan kekayaan anda daripada inflasi atau ketidaktentuan ekonomi, emas adalah pilihan yang baik kerana sifatnya sebagai aset selamat. Namun, jika anda mengharapkan pulangan tinggi dalam jangka masa pendek, emas mungkin bukan pilihan terbaik kerana ia lebih sesuai sebagai pelaburan jangka panjang.

Selain itu, pelaburan emas juga akan lebih berbaloi jika dilakukan dengan strategi yang tepat. Seperti membeli ketika harga rendah dan menjual apabila harga meningkat. Perlu diingat, emas bukanlah aset yang memberikan pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Sebaliknya, ia lebih kepada penyimpanan nilai kekayaan.
## Kesimpulan
Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang baik. Walaupun emas tidak memberikan pulangan tetap, namun ia boleh menjadi pelindung nilai aset yang kukuh terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda mengetahui risiko dan faedahnya. Sama ada anda memilih untuk membeli emas fizikal, membuka akaun pelaburan emas, atau melabur dalam dana emas, pastikan anda melakukannya secara terancang dan berdasarkan objektif pelaburan anda sendiri.
Ingatlah, pelaburan emas lebih daripada sekadar membeli dan menyimpan emas. Ia memerlukan perancangan yang baik untuk memastikan ia menjadi aset yang memberi manfaat dalam jangka masa panjang.
#### Related Posts
[](https://forexmalaysia.com.my/sentimen-pasaran-saham/ "Sentimen Pasaran Saham: Bagaimana ia Mempengaruhi Harga Saham?")
### [Sentimen Pasaran Saham: Bagaimana ia Mempengaruhi Harga Saham?](https://forexmalaysia.com.my/sentimen-pasaran-saham/ "Sentimen Pasaran Saham: Bagaimana ia Mempengaruhi Harga Saham?")
December 10, 2024December 10, 2024
[](https://forexmalaysia.com.my/bursa-saham-malaysia/ "Apa Itu Bursa Saham Malaysia dan Bagaimana Ia Berfungsi?")
### [Apa Itu Bursa Saham Malaysia dan Bagaimana Ia Berfungsi?](https://forexmalaysia.com.my/bursa-saham-malaysia/ "Apa Itu Bursa Saham Malaysia dan Bagaimana Ia Berfungsi?")
December 9, 2024January 3, 2025
[](https://forexmalaysia.com.my/saham-patuh-syariah/ "Apa Itu Saham Patuh Syariah dan Bagaimana Memilihnya?")
### [Apa Itu Saham Patuh Syariah dan Bagaimana Memilihnya?](https://forexmalaysia.com.my/saham-patuh-syariah/ "Apa Itu Saham Patuh Syariah dan Bagaimana Memilihnya?")
October 25, 2024December 13, 2024
## Post navigation
[Previous Article Sentimen Pasaran Saham: Bagaimana ia Mempengaruhi Harga Saham?](https://forexmalaysia.com.my/sentimen-pasaran-saham/)
[Next Article Mata Wang Kuwait: Kadar Pertukaran Semasa](https://forexmalaysia.com.my/mata-wang-kuwait/)

#### About Shahrulfx
[View all posts by Shahrulfx →](https://forexmalaysia.com.my/author/fxg-admin/ "Shahrulfx")
### Leave a Reply [Cancel reply](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#respond)
- [Popular](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#hitmag-popular)
- [Comments](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#hitmag-comments)
- [Tags](https://forexmalaysia.com.my/pelaburan-emas/#hitmag-tags)
[](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/ "Copytrade Update: Pulangan 206.29% Dalam Tempoh 5 Bulan")
### [Copytrade Update: Pulangan 206.29% Dalam Tempoh 5 Bulan](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/)
May 10, 2019October 8, 2024
[](https://forexmalaysia.com.my/fbs-copy-trade/ "Panduan Menggunakan FBS CopyTrade Bagi Tahun 2025")
### [Panduan Menggunakan FBS CopyTrade Bagi Tahun 2025](https://forexmalaysia.com.my/fbs-copy-trade/)
April 30, 2020January 9, 2025
[](https://forexmalaysia.com.my/broker-forex-terbaik/ "Senarai Broker Forex Terbaik Di Malaysia (2026)")
### [Senarai Broker Forex Terbaik Di Malaysia (2026)](https://forexmalaysia.com.my/broker-forex-terbaik/)
May 4, 2021November 18, 2025
[](https://forexmalaysia.com.my/stop-tengok-indicator-ini-yang-sebenarnya-gerakkan-gold/ "Stop Tengok Indicator… Ini Yang Sebenarnya Gerakkan Gold")
### [Stop Tengok Indicator… Ini Yang Sebenarnya Gerakkan Gold](https://forexmalaysia.com.my/stop-tengok-indicator-ini-yang-sebenarnya-gerakkan-gold/)
February 11, 2026February 9, 2026
[](https://forexmalaysia.com.my/forex-trading-strategi-aliran-tunai/ "Forex Trading Sebagai Strategi Menjana Aliran Tunai (Cash Flow)")
### [Forex Trading Sebagai Strategi Menjana Aliran Tunai (Cash Flow)](https://forexmalaysia.com.my/forex-trading-strategi-aliran-tunai/)
September 13, 2019November 7, 2024
[](https://forexmalaysia.com.my/broker-forex-terbaik/#comment-1191)
[Aminah zulkifli - Senarai Broker Forex Terbaik Di Malaysia (2026)](https://forexmalaysia.com.my/broker-forex-terbaik/#comment-1191)
Bagaimana dgn octafx?
[](https://forexmalaysia.com.my/fbs-copy-trade/#comment-554)
[Romlan - Panduan Menggunakan FBS CopyTrade Bagi Tahun 2025](https://forexmalaysia.com.my/fbs-copy-trade/#comment-554)
Assalam Tn. Adakah trader boleh memilih swap free utk trading dia. Bagaimana pula utk pelabur tahu sbm copy trade trading…
[](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-27)
[JABANG JELANI - Copytrade Update: Pulangan 206.29% Dalam Tempoh 5 Bulan](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-27)
Saya telah mulakan trading online bberapa bulan yg lepas dan tdk pernah mendpt keuntungan. Jadi saya agak berminat dgn sistem…
[](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-15)
[Sarinah Said - Copytrade Update: Pulangan 206.29% Dalam Tempoh 5 Bulan](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-15)
Sangat berminat. Pm pls\!
[](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-8)
[Sahruni - Copytrade Update: Pulangan 206.29% Dalam Tempoh 5 Bulan](https://forexmalaysia.com.my/copytrade-update-pulangan-206-29-dalam-tempoh-5-bulan/#comment-8)
Pm pls
[2025](https://forexmalaysia.com.my/tag/2025/) [aliran tunai](https://forexmalaysia.com.my/tag/aliran-tunai/) [belajar forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/belajar-forex/) [Best Forex Trader In The World](https://forexmalaysia.com.my/tag/best-forex-trader-in-the-world/) [BonusDeposit](https://forexmalaysia.com.my/tag/bonusdeposit/) [buka akaun octafx](https://forexmalaysia.com.my/tag/buka-akaun-octafx/) [cara main saham](https://forexmalaysia.com.my/tag/cara-main-saham/) [Compounding](https://forexmalaysia.com.my/tag/compounding/) [copytrade](https://forexmalaysia.com.my/tag/copytrade/) [Covid-19](https://forexmalaysia.com.my/tag/covid-19/) [cryptocurrency](https://forexmalaysia.com.my/tag/cryptocurrency/) [deposit sesuai forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/deposit-sesuai-forex/) [fbs copy trade](https://forexmalaysia.com.my/tag/fbs-copy-trade/) [Forex Broker Malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-broker-malaysia/) [forex broker terbaik malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-broker-terbaik-malaysia/) [forex mentor](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-mentor/) [forex signal malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-signal-malaysia/) [forex trading](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-trading/) [forex trading strategy](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-trading-strategy/) [fxprimus](https://forexmalaysia.com.my/tag/fxprimus/) [fxprimus pamm](https://forexmalaysia.com.my/tag/fxprimus-pamm/) [gagal forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/gagal-forex/) [jual crypto secara sah](https://forexmalaysia.com.my/tag/jual-crypto-secara-sah/) [kelas forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/kelas-forex/) [learn forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/learn-forex/) [main forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/main-forex/) [main saham](https://forexmalaysia.com.my/tag/main-saham/) [mata wang](https://forexmalaysia.com.my/tag/mata-wang/) [mata wang kuwait](https://forexmalaysia.com.my/tag/mata-wang-kuwait/) [matawang malaysia ke usd](https://forexmalaysia.com.my/tag/matawang-malaysia-ke-usd/) [octafx](https://forexmalaysia.com.my/tag/octafx/) [octafx copy trading](https://forexmalaysia.com.my/tag/octafx-copy-trading/) [octafx malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/octafx-malaysia/) [octafx withdrawal](https://forexmalaysia.com.my/tag/octafx-withdrawal/) [pasaran forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/pasaran-forex/) [pelaburan yang menguntungkan](https://forexmalaysia.com.my/tag/pelaburan-yang-menguntungkan/) [Pendapatan Pasif](https://forexmalaysia.com.my/tag/pendapatan-pasif/) [Pengangguran malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/pengangguran-malaysia/) [pengurusan kewangan](https://forexmalaysia.com.my/tag/pengurusan-kewangan/) [scalping gold](https://forexmalaysia.com.my/tag/scalping-gold/) [skor kredit](https://forexmalaysia.com.my/tag/skor-kredit/) [spread rendah](https://forexmalaysia.com.my/tag/spread-rendah/) [spread tinggi](https://forexmalaysia.com.my/tag/spread-tinggi/) [strategi high risk](https://forexmalaysia.com.my/tag/strategi-high-risk/) [TradeWithConfidence](https://forexmalaysia.com.my/tag/tradewithconfidence/) [usahawan forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/usahawan-forex/) [vps forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/vps-forex/) [vps forex murah](https://forexmalaysia.com.my/tag/vps-forex-murah/) [XM](https://forexmalaysia.com.my/tag/xm/) [XMMalaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/xmmalaysia/) [XMTradersClub](https://forexmalaysia.com.my/tag/xmtradersclub/)
[2025](https://forexmalaysia.com.my/tag/2025/) [aliran tunai](https://forexmalaysia.com.my/tag/aliran-tunai/) [Best Forex Trader In The World](https://forexmalaysia.com.my/tag/best-forex-trader-in-the-world/) [BonusDeposit](https://forexmalaysia.com.my/tag/bonusdeposit/) [buka akaun octafx](https://forexmalaysia.com.my/tag/buka-akaun-octafx/) [cara main saham](https://forexmalaysia.com.my/tag/cara-main-saham/) [Compounding](https://forexmalaysia.com.my/tag/compounding/) [copytrade](https://forexmalaysia.com.my/tag/copytrade/) [Covid-19](https://forexmalaysia.com.my/tag/covid-19/) [cryptocurrency](https://forexmalaysia.com.my/tag/cryptocurrency/) [deposit sesuai forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/deposit-sesuai-forex/) [Forex Broker Malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-broker-malaysia/) [forex broker terbaik malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-broker-terbaik-malaysia/) [forex mentor](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-mentor/) [forex trading](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-trading/) [forex trading strategy](https://forexmalaysia.com.my/tag/forex-trading-strategy/) [fxprimus](https://forexmalaysia.com.my/tag/fxprimus/) [fxprimus pamm](https://forexmalaysia.com.my/tag/fxprimus-pamm/) [gagal forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/gagal-forex/) [jual crypto secara sah](https://forexmalaysia.com.my/tag/jual-crypto-secara-sah/) [kelas forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/kelas-forex/) [learn forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/learn-forex/) [main forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/main-forex/) [main saham](https://forexmalaysia.com.my/tag/main-saham/) [mata wang](https://forexmalaysia.com.my/tag/mata-wang/) [mata wang kuwait](https://forexmalaysia.com.my/tag/mata-wang-kuwait/) [matawang malaysia ke usd](https://forexmalaysia.com.my/tag/matawang-malaysia-ke-usd/) [octafx malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/octafx-malaysia/) [pasaran forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/pasaran-forex/) [pelaburan yang menguntungkan](https://forexmalaysia.com.my/tag/pelaburan-yang-menguntungkan/) [Pendapatan Pasif](https://forexmalaysia.com.my/tag/pendapatan-pasif/) [Pengangguran malaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/pengangguran-malaysia/) [pengurusan kewangan](https://forexmalaysia.com.my/tag/pengurusan-kewangan/) [scalping gold](https://forexmalaysia.com.my/tag/scalping-gold/) [skor kredit](https://forexmalaysia.com.my/tag/skor-kredit/) [spread rendah](https://forexmalaysia.com.my/tag/spread-rendah/) [spread tinggi](https://forexmalaysia.com.my/tag/spread-tinggi/) [strategi high risk](https://forexmalaysia.com.my/tag/strategi-high-risk/) [TradeWithConfidence](https://forexmalaysia.com.my/tag/tradewithconfidence/) [usahawan forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/usahawan-forex/) [vps forex](https://forexmalaysia.com.my/tag/vps-forex/) [vps forex murah](https://forexmalaysia.com.my/tag/vps-forex-murah/) [XM](https://forexmalaysia.com.my/tag/xm/) [XMMalaysia](https://forexmalaysia.com.my/tag/xmmalaysia/) [XMTradersClub](https://forexmalaysia.com.my/tag/xmtradersclub/)
#### Amaran Risiko
Sila ambil perhatian bahawa perdagangan forex dan perdagangan dalam produk leverage lain melibatkan tahap risiko yang signifikan dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Dagangan dalam instrumen kewangan boleh mengakibatkan kerugian serta keuntungan, dan kerugian anda kemungkinan lebih besar daripada modal dilaburkan oleh anda. Sebelum menjalankan sebarang transaksi, anda harus memastikan bahawa anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan mendapatkan nasihat daripada badan bertauliah jika perlu.
#### Pautan Penting
- [Bank Negara Malaysia](http://www.bnm.gov.my/)
- [Suruhanjaya Sekuriti Malaysia](https://www.sc.com.my/)
Copyright © 2026 [Forex Malaysia](https://forexmalaysia.com.my/ "Forex Malaysia").
Powered by [WordPress](https://wordpress.org/ "WordPress") and [HitMag](https://themezhut.com/themes/hitmag/ "HitMag WordPress Theme"). |
| Readable Markdown | Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang terkenal di Malaysia. Tidak kira suri rumah, pekerja profesional, mahupun pelabur tegar, emas sering dianggap sebagai aset yang bernilai tinggi dan mempunyai pelindung nilai yang kukuh. Kebolehan emas untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang membuatkan emas menjadi sakah satu pilihan pelaburan yang menjadi pilihan orang ramai.
Tambahan pula, bagi masyarakat Malaysia, emas bukan sahaja sebuah pelaburan yang menguntungkan tetapi juga merupakan simbol kekayaan dan kestabilan. Namun, ramai yang masih keliru tentang bagaimana cara yang terbaik untuk melabur dalam emas. Adakah perlu membeli emas fizikal seperti jongkong atau syiling emas? Atau lebih baik memilih akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank?
Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara terperinci tentang kelebihan dan risiko pelaburan emas serta strategi terbaik untuk memastikan pelaburan emas anda memberikan pulangan yang menguntungkan.
## Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?
Salah satu sebab utama kenapa pelaburan emas menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah kerana ia dianggap sebagai aset yang selamat. Emas boleh bertindak sebagai pelindung nilai terhadap inflasi kerana harga emas cenderung meningkat apabila mata wang negara tertentu mengalami kemerosotan nilai. Sebagai contoh, semasa krisis ekonomi, pelabur sering membeli emas sebagai langkah perlindungan.

Selain itu, emas juga mempunyai nilai yang tinggi kerana permintaan terhadap emas tidak hanya datang daripada sektor pelaburan, tetapi juga daripada industri barang kemas dan teknologi. Nilai ini menjadikan emas boleh digunakan sebagai aset yang fleksibel.
## Cara Melabur Dalam Emas
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas yang boleh anda cuba antaranya adalah:
### 1\. Emas Fizikal
Pelaburan emas fizikal merupakan pilihan ramai di Malaysia. Membeli emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling emas adalah cara yang paling tradisional. Emas fizikal boleh disimpan sendiri atau di peti deposit keselamatan di bank. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
- Kelebihan: Anda memiliki emas secara langsung dan boleh menjualnya pada bila-bila masa. Ia juga tidak bergantung kepada sistem kewangan atau teknologi.
- Kekurangan: Menyimpan emas secara fizikal memerlukan kos tambahan seperti insurans dan yuran penyimpanan jika anda memilih pihak ketiga untuk menyimpan emas anda. Selain itu, emas fizikal boleh hilang atau dicuri jika tidak disimpan dengan baik.

### 2\. Akaun Pelaburan Emas
Banyak bank di seluruh dunia termasuk Malaysia yang menawarkan akaun pelaburan emas. Antara bank yang menawarkan pelaburan email di Malaysia adalah Bank CIMB, Maybank dan BSN. Akaun ini membolehkan pelabur untuk buka akaun dan membeli dan menjual emas secara elektronik tanpa perlu memiliki emas fizikal. Anda hanya perlu membuka akaun dengan bank yang menawarkan perkhidmatan ini.
- Kelebihan: Mudah untuk membeli atau menjual emas tanpa perlu risau tentang penyimpanan emas fizikal. Selain itu, turun naik harga emas juga boleh dipantau secara langsung.
- Kekurangan: Tidak semua akaun menawarkan emas yang boleh ditebus kepada emas fizikal. Oleh itu, sesetengah pelabur mungkin tidak berpeluang untuk memiliki emas sebenar.
### 3\. Melabur Dalam Syarikat Pelaburan.
Melabur dalam syarikat pelaburan bermaksud, anda melabur sejumlah wang anda ke dalam sebuah syarikat. Kemudian, wang anda tersebut akan diuruskan oleh syarikat pelaburan atau dalam saham syarikat perlombongan emas. Anda tidak memiliki emas secara langsung tetapi anda akan mendapat manfaat atau keuntungan daripada perubahan harga emas.
- Kelebihan: Anda tidak perlu menyimpan emas secara fizikal dan wang pelaburan diuruskan oleh pakar.
- Kekuragan: Pulangan pelaburan bergantung pada turun naik harga emas dan kebolehan syarikat pengurusan pelaburan anda. Selain itu, anda juga terdedah dengan penipuan atau *scammer*. Oleh itu, anda perlu berhati-hati memilih syarikat pelaburan emas yang baik dan boleh dipercayai.
## Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Emas
### Kelebihan:
- Emas merupakan aset yang tidak terkesan dengan keadaan inflasi secara langsung. Apabila nilai mata wang jatuh, biasanya nilai emas akan meningkat naik.
- Emas selalu dianggap sebagai aset selamat kerana ia mampu mengekalkan nilainya walaupun ketika keadaan ekonomi atau pasaran kewangan tidak stabil. Dalam masa ketidaktentuan, seperti krisis ekonomi global, kejatuhan pasaran saham, atau konflik geopolitik, banyak aset lain seperti saham, bon, atau mata wang akan mengalami kejatuhan nilai. Sebaliknya, nilai emas cenderung untuk meningkat nilainya atau kekal stabil dalam situasi tersebut. Ini kerana emas tidak bergantung kepada prestasi syarikat, kadar faedah, atau dasar kewangan sesebuah negara.
- Emas boleh dijual dengan mudah. Sama ada emas fizikal atau melalui akaun pelaburan.

### Kekurangan:
- Walaupun emas mempunyai nilai yang stabil, tetapi ada masanya ia juga mengalami penurunan harga. Ini kerana, harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kadar faedah, permintaan global, dan keadaan ekonomi. Oleh itu, pelabur perlu bersedia menghadapi turun naik harga emas dan tidak terburu-buru untuk menjual emas ketika keadaan ini berlaku.
- Pelaburan emas tidak mempunyai pulangan tetap. Berbeza dengan aset seperti saham atau bon yang memberikan dividen atau faedah kepada pelabur, sebaliknya emas tidak memberikan pulangan tetap. Keuntungan hanya diperoleh apabila harga emas meningkat.
- Jika anda menyimpan emas fizikal melalui pihak ketiga, anda mungkin perlu menanggug kos tambahan untuk keselamatan aset anda.
## Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas yang perlu diketahui oleh pelabur seperti di bawah ini:
### 1\. Permintaan dan Penawaran
Harga emas bergantung kepada keseimbangan antara permintaan dan penawaran global. Contohnya, apabila permintaan emas dalam industri perhiasan meningkat, harga emas juga akan turut mungkin meningkat.

### 2\. Kadar Faedah
Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung untuk melabur dalam emas atau beli emas. Ini kerana, dari sudut pandangan perlabur, pulangan daripada aset lain seperti simpanan bank menjadi kurang menarik dan menguntungkan.
### 3\. Kestabilan Ekonomi
Dalam situasi krisis atau ketidaktentuan ekonomi, harga emas biasanya naik. Hal ini kerana, ketika keadaan ini berlaku, pelabur akan cenderung untuk mencari aset selamat berbanding wang tunai.
### 4\. Nilai Mata Wang
Turun naik nilai mata wang juga mempengaruhi nilai emas terutamanya Dolar Amerika Syarikat. Kerana ia boleh memberi kesan langsung kepada harga emas di pasaran global. Apabila dolar AS menurun, harga emas akan cenderung meningkat.
## Bagaimana Harga Emas Harian Dibuka?
Harga emas harian ditentukan melalui pelbagai faktor global yang melibatkan permintaan dan penawaran emas di pasaran antarabangsa. Salah satu rujukan utama dalam menetapkan harga emas adalah London Gold Fixing, iaitu penetapan harga emas oleh beberapa bank terkemuka di London. Proses ini dilakukan dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.

Bank-bank ini akan menentukan harga emas berdasarkan permintaan dan penawaran emas pada masa itu dan harga ini akan dijadikan sebagai rujukan di seluruh negara.
## Tips Melabur Dalam Emas
### 1\. Tetapkan Tujuan Pelaburan
Sebelum anda melabur dan membeli emas, ada baiknya anda menentukan tujuan pelaburan emas anda terlebih dahulu. Setiap individu mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Dengan mengetahui matlamat ini, ia akan dapat membantu anda merancang pelaburan emas anda dengan baik.

Biasanya, orang ramai melabur dalam emas dengan beberapa tujuan antaranya adalah untuk menyimpan nilai kekayaaan, untuk mendapatkan keuntungan di masa depan dan melindungi aset kepada turun naik pasaran.
### 2\. Pantau Harga Emas Selalu
Walaupun emas sering dianggap sebagai salah satu aset yang paling stabil, ia tetap tidak terlepas daripada turun naik harga di pasaran. Seperti yang saya sebut di atas, perubahan harga emas boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, nilai mata wang, permintaan global, dan sebagainya.

Oleh itu, pelabur perlu sentiasa peka terhadap perubahan ini untuk memastikan mereka membuat keputusan yang tepat bila masa untuk membeli dan menjual emas dengan sesuai.
### 3\. Pilih Kaedah Pelaburan Emas Yang Sesuai
Pilihlah kaedah pelaburan emas yang sesuai dengan kemampuan anda. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ema dan setiap jenis pelaburan ini mempunyai kelebihan serta kekurangannya sendiri. Oleh itu, sila pilih pelaburan yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan juga tujuan pelaburan anda.
Jawaban kepada soalan ini adalah ia bergantung tujuan pelaburan anda. Jika anda ingin melindungi nilai aset dan kekayaan anda daripada inflasi atau ketidaktentuan ekonomi, emas adalah pilihan yang baik kerana sifatnya sebagai aset selamat. Namun, jika anda mengharapkan pulangan tinggi dalam jangka masa pendek, emas mungkin bukan pilihan terbaik kerana ia lebih sesuai sebagai pelaburan jangka panjang.

Selain itu, pelaburan emas juga akan lebih berbaloi jika dilakukan dengan strategi yang tepat. Seperti membeli ketika harga rendah dan menjual apabila harga meningkat. Perlu diingat, emas bukanlah aset yang memberikan pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Sebaliknya, ia lebih kepada penyimpanan nilai kekayaan.
## Kesimpulan
Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang baik. Walaupun emas tidak memberikan pulangan tetap, namun ia boleh menjadi pelindung nilai aset yang kukuh terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda mengetahui risiko dan faedahnya. Sama ada anda memilih untuk membeli emas fizikal, membuka akaun pelaburan emas, atau melabur dalam dana emas, pastikan anda melakukannya secara terancang dan berdasarkan objektif pelaburan anda sendiri.
Ingatlah, pelaburan emas lebih daripada sekadar membeli dan menyimpan emas. Ia memerlukan perancangan yang baik untuk memastikan ia menjadi aset yang memberi manfaat dalam jangka masa panjang. |
| Shard | 156 (laksa) |
| Root Hash | 5572447413446923556 |
| Unparsed URL | my,com,forexmalaysia!/pelaburan-emas/ s443 |