ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.1 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://ekonomirakyat.com.my/berapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb/ |
| Last Crawled | 2026-04-16 17:50:00 (3 days ago) |
| First Indexed | 2021-11-11 16:25:37 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Berapa Bilion Malaysia Rugi Akibat Skandal 1MDB? | Ekonomi Rakyat |
| Meta Description | Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pernah menyatakan bahawa salah satu penyebab kejatuhan Barisan Nasional adalah disebabkan isu penyelewengan dana 1MDB dan nada yang serupa turut diungkapkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Share it
Berbilion Ringgit Denda Dikenakan Kepada Institusi Yang Terlibat Dengan Penyelewengan Wang 1MDB
Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pernah menyatakan bahawa salah satu penyebab kejatuhan Barisan Nasional adalah disebabkan isu penyelewengan dana 1MDB dan nada yang serupa turut diungkapkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.
Pepatah Melayu ada menyebut, ” bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru “. Situasi yang serupa menyelubungi 1MDB setelah gabungan Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya. Beberapa tindakan mahkamah mula diambil termasuklah isu penyelewengan wang Kumpulan Wang Pekerja oleh SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.
Selain itu, kes-kes lain yang melibatkan syarikat kekayaan negara itu adalah tuduhan meminda laporan audit 1MDB selain dakwaan bekas Perdana Menteri, Najib Razak memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram.
Isu 1MDB telah mendapat perhatian luas masyarakat dunia melalui pendedahan oleh Wall Street Journal. Akhbar perniagaan, The Edge yang beroperasi di Malaysia pula pernah digantung permit penerbitannya kerana membuat liputan yang meluas terhadap skandal kewangan ini.
Meskipun mendapat perhatian luas masyarakat antarabangsa, skandal ini bukanlah isu besar buat segelintir penduduk tempatan yang lebih cakna mengenai isu-isu ”
bread and butter
‘ walaupun krisis 1MDB memberi kesan yang begitu besar buat negara.
Antara Kegunaan Wang 1MDB Yang Diselewengkan
Berapa Kerugian 1MDB?
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, aset-aset 1MDB yang telah berjaya ditemui semula adalah sebanyak 45% ataupun bersamaan dengan RM21 bilion.*
*Berdasarkan rencana Understanding Illegal Money Laundering and Assets Recovery Strategy yang ditulis oleh Pengarah Bahagian Anti-Penggubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Dalam erti kata lain, keseluruhan aset 1MDB yang telah disonglap sebelum ini adalah sekitar RM46.6 bilion. Jumlah ini bukanlah kecil buat Malaysia. Sebagai perbandingan, peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia untuk tahun hadapan hanyalah sekitar RM8.2 bilion, 17% daripada keseluruhan kos kerugian 1MDB.
Bahkan wang kerugian 1MDB ini juga lebih besar daripada keseluruhan jaminan pinjaman pendidikan PTPTN yang berjumlah RM40 bilion pada tahun ini.
Hutang-Hutang Yang Dijamin Kerajaan
Aset Yang Dipulangkan Kembali……
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ) setakat ini telah mengembalikan lebih kurang $1.2 bilion aset-aset 1MDB yang telah dicuri kepada Kerajaan Malaysia. Menurut DoJ, antara aset-aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB adalah rumah mewah di Beverly Hills, New York dan London selain kapal pelayaran mewah Equanimity.
Wang rakyat Malaysia itu juga turut digunakan untuk membuat pembelian terhadap lukisan oleh Monet dan Van Gogh. Selain itu, filem The Wolf of Wall Street arahan Martin Scorsese yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio serta Margot Robbie turut dibiayai menggunakan dana 1MDB yang diseleweng.
Tok dalang disebalik skandal ini, Jho Low turut menggunakan dana 1MDB ini untuk mengambil hati model Victoria Secret terkenal, Miranda Kerr apabila Jho Low menghadiahkan barang kemas serta pialo telus cahaya kepada beliau.
Laporan akhbar pada tahun 2017 mendedahkan bahawa Miranda telah pun mengembalikan barang kemas tersebut kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat setelah tindakan mula diambil oleh DoJ disana.
Terbaru, seorang lagi model Hollywood terkenal yang pernah muncul di dalam klip video Blurred Lines, Emily Ratajkowski mendedahkan pernah dibayar $25,000 oleh Jho Low untuk menemaninya ke acara Super Bowl.
Berapa Lagi Hutang 1MDB Yang Ditanggung Kerajaan Malaysia?
Kerajaan Menanggung Jaminan Pinjaman 1MDB Sebanyak RM32 Bilion
Mengikut laporan tinjauan fiskal yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, hutang 1MDB yang dijamin kerajaan adalah sebanyak RM32 bilion. Pada tahun hadapan, Kerajaan Malaysia dijangka perlu membayar sekitar RM1.7 bilion faedah ke atas hutang 1MDB.
Kementerian Kewangan juga mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan sebanyak RM12.8 bilion bagi memenuhi komitmen pinjaman 1MDB sehingga September lalu.
Komitmen hutang yang membelenggu 1MDB ini juga telah menyebabkan Bank Negara Malaysia terpaksa membeli tanah bersebelahan dengan Sasana Kijang daripada Kementerian Kewangan pada nilai RM2 bilion bagi membolehkan kerajaan membayar pinjaman 1MDB.
Pampasan Penyelesaian Yang Dibayar oleh Pihak Yang Terlibat Dengan Skandal 1MDB
Goldman Sachs Bayar $3.9 Bilion Penyelesaian Kepada Kerajaan Malaysia
Susulan keterlibatan Goldman Sachs di dalam skandal ini, syarikat kewangan berpangkalan di Amerika Syarikat ini telah terpaksa membayar pampasan penyelesaian kepada kerajaan Malaysia sebanyak $3.9 bilion.
Goldman Sachs merupakan bank yang bertanggungjawab melaksanakan penerbitan bon 1MDB dimana bank tersebut meraih $600 juta keuntungan melalui yuran yang dikenakan terhadap 1MDB. Dalam masa yang sama, sebahagian besar dana yang diraih melalui penerbitan bon tersebut diselewengkan oleh Jho Low.
Di Malaysia, AmBank yang turut terpalit dengan skandal ini turut bersetuju membayar pampasan penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion, hampir bersamaan dengan 30% modal pasaran syarikat berkenaan.
Dua syarikat audit terkemuka dunia, Deloitte dan KPMG turut membayar pampasan $80 juta susulan penglibatan mereka di dalam skandal membabitkan 1MDB.
Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia
”
Largest Kleptocracy Case to Date
“. Itu petikan tajuk berita yang digunakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan ( FBI ) di dalam menggambarkan magnitud skandal 1MDB ini.
Modus operandi 1MDB juga berbeza dengan penyelewengan di negara-negara lain membabitkan pemimpin negara. Pada kebiasaannya, wang atau hasil negara yang diperoleh disonglap oleh pemimpin-pemimpin korup untuk kegunaan peribadi mereka.
Tetapi di dalam kes 1MDB, dana yang dicuri diambil daripada pinjaman bank dimana rakyat Malaysia lah yang perlu membayar balik pinjaman wang yang diselewengkan ini di kemudian hari.
**Kementerian Kewangan menyatakan di dalam tinjauan fiskal 2022 bahawa RM18.2 bilion aset yang berkait dengan 1MDB telah dirampas atau dikembalikan
Post navigation |
| Markdown | [Skip to content](https://ekonomirakyat.com.my/berapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb/#primary)
April 16, 2026
- [Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/ "Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?")
- [Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/ "Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?")
- [Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa\!](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/ "Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa!")
- [Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/ "Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?")
[](https://ekonomirakyat.com.my/)
[Ekonomi Rakyat](https://ekonomirakyat.com.my/)
Merakyatkan Pemikiran
[Random](https://ekonomirakyat.com.my/?newsmaticargs=custom&posts=random)
Menu
- [Laman Utama](https://ekonomirakyat.com.my/)
- [Global](https://ekonomirakyat.com.my/category/global/)
- [Negara](https://ekonomirakyat.com.my/category/negara/)
- [Industri](https://ekonomirakyat.com.my/category/industri/)
- [Pelaburan](https://ekonomirakyat.com.my/category/pelaburan/)
- [Perniagaan](https://ekonomirakyat.com.my/category/perniagaan/)
- [Sertai Kami](https://ekonomirakyat.com.my/join-us/)
Baharu
- [](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/ "Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?")
## [Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/ "Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?")
[4 hours ago](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/)
- [](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/ "Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?")
## [Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/ "Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?")
[1 week ago](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/)
- [](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/ "Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa!")
## [Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa\!](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/ "Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa!")
[2 weeks ago2 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/)
- [](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/ "Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?")
## [Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/ "Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?")
[2 weeks ago2 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/)
- [](https://ekonomirakyat.com.my/perang-iran-bagaimana-amerika-syarikat-terperangkap-dalam-perang-yang-tak-berkesudahan/ "Perang Iran – Bagaimana Amerika Syarikat Terperangkap Dalam Perang Yang Tak Berkesudahan?")
## [Perang Iran – Bagaimana Amerika Syarikat Terperangkap Dalam Perang Yang Tak Berkesudahan?](https://ekonomirakyat.com.my/perang-iran-bagaimana-amerika-syarikat-terperangkap-dalam-perang-yang-tak-berkesudahan/ "Perang Iran – Bagaimana Amerika Syarikat Terperangkap Dalam Perang Yang Tak Berkesudahan?")
[2 weeks ago2 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/perang-iran-bagaimana-amerika-syarikat-terperangkap-dalam-perang-yang-tak-berkesudahan/)
- [](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/ "Kenapa Margin Keuntungan Apple Kekal Rendah?")
## [Kenapa Margin Keuntungan Apple Kekal Rendah?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/ "Kenapa Margin Keuntungan Apple Kekal Rendah?")
[3 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/)
- [Home](https://ekonomirakyat.com.my/)
- [Politik](https://ekonomirakyat.com.my/category/politik/)
- Berapa Bilion Malaysia Rugi Akibat Skandal 1MDB?
- [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
- [Negara](https://ekonomirakyat.com.my/category/negara/)
- [Politik](https://ekonomirakyat.com.my/category/politik/)
# Berapa Bilion Malaysia Rugi Akibat Skandal 1MDB?
[Editor in Chief](https://ekonomirakyat.com.my/author/eradmin/)
[4 years ago4 years ago](https://ekonomirakyat.com.my/berapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb/)
[0](https://ekonomirakyat.com.my/berapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb/#comments)9 mins

Share it
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Denda.jpg)
Berbilion Ringgit Denda Dikenakan Kepada Institusi Yang Terlibat Dengan Penyelewengan Wang 1MDB
Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pernah menyatakan bahawa salah satu penyebab kejatuhan Barisan Nasional adalah disebabkan isu penyelewengan dana 1MDB dan nada yang serupa turut diungkapkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.
Pepatah Melayu ada menyebut, ” bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru “. Situasi yang serupa menyelubungi 1MDB setelah gabungan Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya. Beberapa tindakan mahkamah mula diambil termasuklah isu penyelewengan wang Kumpulan Wang Pekerja oleh SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.
Selain itu, kes-kes lain yang melibatkan syarikat kekayaan negara itu adalah tuduhan meminda laporan audit 1MDB selain dakwaan bekas Perdana Menteri, Najib Razak memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram.
Isu 1MDB telah mendapat perhatian luas masyarakat dunia melalui pendedahan oleh Wall Street Journal. Akhbar perniagaan, The Edge yang beroperasi di Malaysia pula pernah digantung permit penerbitannya kerana membuat liputan yang meluas terhadap skandal kewangan ini.
Meskipun mendapat perhatian luas masyarakat antarabangsa, skandal ini bukanlah isu besar buat segelintir penduduk tempatan yang lebih cakna mengenai isu-isu ” *bread and butter* ‘ walaupun krisis 1MDB memberi kesan yang begitu besar buat negara.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Usage.jpg)
Antara Kegunaan Wang 1MDB Yang Diselewengkan
**Berapa Kerugian 1MDB?**
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, aset-aset 1MDB yang telah berjaya ditemui semula adalah sebanyak 45% ataupun bersamaan dengan RM21 bilion.\*
*\*Berdasarkan rencana Understanding Illegal Money Laundering and Assets Recovery Strategy yang ditulis oleh Pengarah Bahagian Anti-Penggubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia*
Dalam erti kata lain, keseluruhan aset 1MDB yang telah disonglap sebelum ini adalah sekitar RM46.6 bilion. Jumlah ini bukanlah kecil buat Malaysia. Sebagai perbandingan, peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia untuk tahun hadapan hanyalah sekitar RM8.2 bilion, 17% daripada keseluruhan kos kerugian 1MDB.
Bahkan wang kerugian 1MDB ini juga lebih besar daripada keseluruhan jaminan pinjaman pendidikan PTPTN yang berjumlah RM40 bilion pada tahun ini.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/GG.png)
Hutang-Hutang Yang Dijamin Kerajaan
**Aset Yang Dipulangkan Kembali……**
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ) setakat ini telah mengembalikan lebih kurang \$1.2 bilion aset-aset 1MDB yang telah dicuri kepada Kerajaan Malaysia. Menurut DoJ, antara aset-aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB adalah rumah mewah di Beverly Hills, New York dan London selain kapal pelayaran mewah Equanimity.
Wang rakyat Malaysia itu juga turut digunakan untuk membuat pembelian terhadap lukisan oleh Monet dan Van Gogh. Selain itu, filem The Wolf of Wall Street arahan Martin Scorsese yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio serta Margot Robbie turut dibiayai menggunakan dana 1MDB yang diseleweng.
Tok dalang disebalik skandal ini, Jho Low turut menggunakan dana 1MDB ini untuk mengambil hati model Victoria Secret terkenal, Miranda Kerr apabila Jho Low menghadiahkan barang kemas serta pialo telus cahaya kepada beliau.
Laporan akhbar pada tahun 2017 mendedahkan bahawa Miranda telah pun mengembalikan barang kemas tersebut kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat setelah tindakan mula diambil oleh DoJ disana.
Terbaru, seorang lagi model Hollywood terkenal yang pernah muncul di dalam klip video Blurred Lines, Emily Ratajkowski mendedahkan pernah dibayar \$25,000 oleh Jho Low untuk menemaninya ke acara Super Bowl.
**Berapa Lagi Hutang 1MDB Yang Ditanggung Kerajaan Malaysia?**
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/1MDB.png)
Kerajaan Menanggung Jaminan Pinjaman 1MDB Sebanyak RM32 Bilion
Mengikut laporan tinjauan fiskal yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, hutang 1MDB yang dijamin kerajaan adalah sebanyak RM32 bilion. Pada tahun hadapan, Kerajaan Malaysia dijangka perlu membayar sekitar RM1.7 bilion faedah ke atas hutang 1MDB.
Kementerian Kewangan juga mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan sebanyak RM12.8 bilion bagi memenuhi komitmen pinjaman 1MDB sehingga September lalu.
Komitmen hutang yang membelenggu 1MDB ini juga telah menyebabkan Bank Negara Malaysia terpaksa membeli tanah bersebelahan dengan Sasana Kijang daripada Kementerian Kewangan pada nilai RM2 bilion bagi membolehkan kerajaan membayar pinjaman 1MDB.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Pampasan.jpg)
Pampasan Penyelesaian Yang Dibayar oleh Pihak Yang Terlibat Dengan Skandal 1MDB
**Goldman Sachs Bayar \$3.9 Bilion Penyelesaian Kepada Kerajaan Malaysia**
Susulan keterlibatan Goldman Sachs di dalam skandal ini, syarikat kewangan berpangkalan di Amerika Syarikat ini telah terpaksa membayar pampasan penyelesaian kepada kerajaan Malaysia sebanyak \$3.9 bilion.
Goldman Sachs merupakan bank yang bertanggungjawab melaksanakan penerbitan bon 1MDB dimana bank tersebut meraih \$600 juta keuntungan melalui yuran yang dikenakan terhadap 1MDB. Dalam masa yang sama, sebahagian besar dana yang diraih melalui penerbitan bon tersebut diselewengkan oleh Jho Low.
Di Malaysia, AmBank yang turut terpalit dengan skandal ini turut bersetuju membayar pampasan penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion, hampir bersamaan dengan 30% modal pasaran syarikat berkenaan.
Dua syarikat audit terkemuka dunia, Deloitte dan KPMG turut membayar pampasan \$80 juta susulan penglibatan mereka di dalam skandal membabitkan 1MDB.
**Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia**
” *Largest Kleptocracy Case to Date* “. Itu petikan tajuk berita yang digunakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan ( FBI ) di dalam menggambarkan magnitud skandal 1MDB ini.
Modus operandi 1MDB juga berbeza dengan penyelewengan di negara-negara lain membabitkan pemimpin negara. Pada kebiasaannya, wang atau hasil negara yang diperoleh disonglap oleh pemimpin-pemimpin korup untuk kegunaan peribadi mereka.
Tetapi di dalam kes 1MDB, dana yang dicuri diambil daripada pinjaman bank dimana rakyat Malaysia lah yang perlu membayar balik pinjaman wang yang diselewengkan ini di kemudian hari.
*\*\*Kementerian Kewangan menyatakan di dalam tinjauan fiskal 2022 bahawa RM18.2 bilion aset yang berkait dengan 1MDB telah dirampas atau dikembalikan*
[Ikuti Ekonomi Rakyat di Telegram](https://t.me/EkonomiRakyatMY)
## Post navigation
[Previous: Belanjawan 2022 – Cukai Makmur Bakal Jejaskan Dividen Rakyat](https://ekonomirakyat.com.my/belanjawan-2022-cukai-makmur-bakal-jejaskan-dividen-rakyat/)
[Next: Ekonomi Malaysia Jatuh 4.5% Pada Suku Ketiga 2021](https://ekonomirakyat.com.my/ekonomi-malaysia-jatuh-4-5-pada-suku-ketiga-2021/)
## Berkenaan

## [Adakah Malaysia Bakal Hadapi Krisis Tenaga Menjelang Jun?](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/)
[Editor in Chief](https://ekonomirakyat.com.my/author/eradmin/)
[4 hours ago](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/)
[0](https://ekonomirakyat.com.my/adakah-malaysia-bakal-hadapi-krisis-tenaga-menjelang-jun/#comments)

## [Mengapa Pengintipan Ekonomi Berlaku?](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/)
[Editor in Chief](https://ekonomirakyat.com.my/author/eradmin/)
[1 week ago](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/)
[0](https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-pengintipan-ekonomi-berlaku/#comments)

## [Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa\!](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/)
[Branded Content](https://ekonomirakyat.com.my/author/erbranded/)
[2 weeks ago2 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/)
[0](https://ekonomirakyat.com.my/monie-fest-2026-bukan-sekadar-ekspo-kewangan-biasa/#comments)

## [Kenapa Oriental Kopi Tak Gunakan Model Perniagaan Francais ?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/)
[Editor in Chief](https://ekonomirakyat.com.my/author/eradmin/)
[2 weeks ago2 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/)
[0](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-oriental-kopi-tak-gunakan-model-perniagaan-francais/#comments)
## KleverStock News
[](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66329/EN)
[MPOB Strengthening Research Strategy to Shield Palm Oil Industry from West Asia Conflict](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66329/EN)
by [Wan Eizzul](https://api.kleverstock.live/ "api.kleverstock.live") on April 16, 2026 at 7:39 am
KUALA LUMPUR, April 15, 2026 — The Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Programme Advisory Committee (PAC) is currently focused on fortifying the nation's research and development (R\&D) strategy in response to ongoing geopolitical instability, particularly in West Asia. MPOB director-general Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam stated that these regional tensions have created ripple effects across various sectors, including the global oils and fats market, which underscores the necessity for a more strategic and science-based approach to the industry.
[](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66276/EN)
[Bursa Malaysia Rises as Middle East Peace Hopes Spark Global Rally](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66276/EN)
by [Mathaveswarry Sree Narayanan](https://api.kleverstock.live/ "api.kleverstock.live") on April 16, 2026 at 7:39 am
KUALA LUMPUR, April 15, 2026 - Bursa Malaysia trended upward this morning, tracking a significant recovery on Wall Street as investors grew optimistic about a potential permanent peace deal in the Middle East. This positive sentiment follows reports of upcoming diplomatic talks between the US and Iran. By 9:25 am, the FBM KLCI rose 6.82 points to 1,694.94, mirroring gains seen in major Asian markets like South Korea’s Kospi and Japan’s Nikkei.
[](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66333/EN)
[Manforce Group Eyes RM30.4 Million from ACE Market IPO to Scale Recruitment Quotas](https://api.kleverstock.live/api/news/read/66333/EN)
by [Wan Eizzul](https://api.kleverstock.live/ "api.kleverstock.live") on April 16, 2026 at 7:39 am
KUALA LUMPUR, April 15, 2026 — Manforce Group Bhd, a comprehensive provider of foreign worker management and manual labor services, has officially launched its prospectus for a transfer of listing to the ACE Market of Bursa Malaysia. The initial public offering (IPO) is expected to raise RM30.4 million in gross proceeds, with the company scheduled to debut on the local bourse on May 6, 2026.
## Perniagaan
[](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/)
##### [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
##### [Perniagaan](https://ekonomirakyat.com.my/category/perniagaan/)
[Kenapa Margin Keuntungan Apple Kekal Rendah?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/) 01
[3 weeks ago](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-margin-keuntungan-apple-kekal-rendah/)
02
##### [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
##### [Perniagaan](https://ekonomirakyat.com.my/category/perniagaan/)
[Jepun vs China: Perang EV Menentang Hibrid & Biodiesel](https://ekonomirakyat.com.my/jepun-vs-china-perang-ev-menentang-hibrid-biodiesel/)
03
##### [Ekonomi](https://ekonomirakyat.com.my/category/ekonomi/)
##### [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
[Kenapa Guardian & Watsons Selalu Ada Berdekatan?](https://ekonomirakyat.com.my/kenapa-guardian-watsons-selalu-ada-berdekatan/)
04
##### [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
##### [Industri](https://ekonomirakyat.com.my/category/industri/)
[Mampukah Industri Mikrodrama Malaysia Mengikut Jejak China & India?](https://ekonomirakyat.com.my/mampukah-industri-mikrodrama-malaysia-mengikut-jejak-china-india/)
05
##### [Ekonomi](https://ekonomirakyat.com.my/category/ekonomi/)
##### [Featured](https://ekonomirakyat.com.my/category/featured/)
[Bagaimana Stablecoin RMJDT Berpotensi Buat Duit?](https://ekonomirakyat.com.my/bagaimana-stablecoin-rmjdt-berpotensi-buat-duit/)

OCEAN MEDIA SOLUTIONS SDN. BHD. (1633124-M)
- [2026](https://ekonomirakyat.com.my/2026/)
- [2025](https://ekonomirakyat.com.my/2025/)
- [2024](https://ekonomirakyat.com.my/2024/)
- [2023](https://ekonomirakyat.com.my/2023/)
- [2022](https://ekonomirakyat.com.my/2022/)
- [2021](https://ekonomirakyat.com.my/2021/)
- [2020](https://ekonomirakyat.com.my/2020/)
[Log in](https://ekonomirakyat.com.my/wp-login.php?redirect_to=https%3A%2F%2Fekonomirakyat.com.my%2Fberapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb%2F)
Ekonomi Rakyat 2026. Powered By [BlazeThemes](https://blazethemes.com/). |
| Readable Markdown | Share it
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Denda.jpg)
Berbilion Ringgit Denda Dikenakan Kepada Institusi Yang Terlibat Dengan Penyelewengan Wang 1MDB
Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pernah menyatakan bahawa salah satu penyebab kejatuhan Barisan Nasional adalah disebabkan isu penyelewengan dana 1MDB dan nada yang serupa turut diungkapkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.
Pepatah Melayu ada menyebut, ” bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru “. Situasi yang serupa menyelubungi 1MDB setelah gabungan Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya. Beberapa tindakan mahkamah mula diambil termasuklah isu penyelewengan wang Kumpulan Wang Pekerja oleh SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.
Selain itu, kes-kes lain yang melibatkan syarikat kekayaan negara itu adalah tuduhan meminda laporan audit 1MDB selain dakwaan bekas Perdana Menteri, Najib Razak memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram.
Isu 1MDB telah mendapat perhatian luas masyarakat dunia melalui pendedahan oleh Wall Street Journal. Akhbar perniagaan, The Edge yang beroperasi di Malaysia pula pernah digantung permit penerbitannya kerana membuat liputan yang meluas terhadap skandal kewangan ini.
Meskipun mendapat perhatian luas masyarakat antarabangsa, skandal ini bukanlah isu besar buat segelintir penduduk tempatan yang lebih cakna mengenai isu-isu ” *bread and butter* ‘ walaupun krisis 1MDB memberi kesan yang begitu besar buat negara.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Usage.jpg)
Antara Kegunaan Wang 1MDB Yang Diselewengkan
**Berapa Kerugian 1MDB?**
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, aset-aset 1MDB yang telah berjaya ditemui semula adalah sebanyak 45% ataupun bersamaan dengan RM21 bilion.\*
*\*Berdasarkan rencana Understanding Illegal Money Laundering and Assets Recovery Strategy yang ditulis oleh Pengarah Bahagian Anti-Penggubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia*
Dalam erti kata lain, keseluruhan aset 1MDB yang telah disonglap sebelum ini adalah sekitar RM46.6 bilion. Jumlah ini bukanlah kecil buat Malaysia. Sebagai perbandingan, peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia untuk tahun hadapan hanyalah sekitar RM8.2 bilion, 17% daripada keseluruhan kos kerugian 1MDB.
Bahkan wang kerugian 1MDB ini juga lebih besar daripada keseluruhan jaminan pinjaman pendidikan PTPTN yang berjumlah RM40 bilion pada tahun ini.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/GG.png)
Hutang-Hutang Yang Dijamin Kerajaan
**Aset Yang Dipulangkan Kembali……**
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ) setakat ini telah mengembalikan lebih kurang \$1.2 bilion aset-aset 1MDB yang telah dicuri kepada Kerajaan Malaysia. Menurut DoJ, antara aset-aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB adalah rumah mewah di Beverly Hills, New York dan London selain kapal pelayaran mewah Equanimity.
Wang rakyat Malaysia itu juga turut digunakan untuk membuat pembelian terhadap lukisan oleh Monet dan Van Gogh. Selain itu, filem The Wolf of Wall Street arahan Martin Scorsese yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio serta Margot Robbie turut dibiayai menggunakan dana 1MDB yang diseleweng.
Tok dalang disebalik skandal ini, Jho Low turut menggunakan dana 1MDB ini untuk mengambil hati model Victoria Secret terkenal, Miranda Kerr apabila Jho Low menghadiahkan barang kemas serta pialo telus cahaya kepada beliau.
Laporan akhbar pada tahun 2017 mendedahkan bahawa Miranda telah pun mengembalikan barang kemas tersebut kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat setelah tindakan mula diambil oleh DoJ disana.
Terbaru, seorang lagi model Hollywood terkenal yang pernah muncul di dalam klip video Blurred Lines, Emily Ratajkowski mendedahkan pernah dibayar \$25,000 oleh Jho Low untuk menemaninya ke acara Super Bowl.
**Berapa Lagi Hutang 1MDB Yang Ditanggung Kerajaan Malaysia?**
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/1MDB.png)
Kerajaan Menanggung Jaminan Pinjaman 1MDB Sebanyak RM32 Bilion
Mengikut laporan tinjauan fiskal yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, hutang 1MDB yang dijamin kerajaan adalah sebanyak RM32 bilion. Pada tahun hadapan, Kerajaan Malaysia dijangka perlu membayar sekitar RM1.7 bilion faedah ke atas hutang 1MDB.
Kementerian Kewangan juga mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan sebanyak RM12.8 bilion bagi memenuhi komitmen pinjaman 1MDB sehingga September lalu.
Komitmen hutang yang membelenggu 1MDB ini juga telah menyebabkan Bank Negara Malaysia terpaksa membeli tanah bersebelahan dengan Sasana Kijang daripada Kementerian Kewangan pada nilai RM2 bilion bagi membolehkan kerajaan membayar pinjaman 1MDB.
[](https://ekonomirakyat.com.my/wp-content/uploads/2021/11/Pampasan.jpg)
Pampasan Penyelesaian Yang Dibayar oleh Pihak Yang Terlibat Dengan Skandal 1MDB
**Goldman Sachs Bayar \$3.9 Bilion Penyelesaian Kepada Kerajaan Malaysia**
Susulan keterlibatan Goldman Sachs di dalam skandal ini, syarikat kewangan berpangkalan di Amerika Syarikat ini telah terpaksa membayar pampasan penyelesaian kepada kerajaan Malaysia sebanyak \$3.9 bilion.
Goldman Sachs merupakan bank yang bertanggungjawab melaksanakan penerbitan bon 1MDB dimana bank tersebut meraih \$600 juta keuntungan melalui yuran yang dikenakan terhadap 1MDB. Dalam masa yang sama, sebahagian besar dana yang diraih melalui penerbitan bon tersebut diselewengkan oleh Jho Low.
Di Malaysia, AmBank yang turut terpalit dengan skandal ini turut bersetuju membayar pampasan penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion, hampir bersamaan dengan 30% modal pasaran syarikat berkenaan.
Dua syarikat audit terkemuka dunia, Deloitte dan KPMG turut membayar pampasan \$80 juta susulan penglibatan mereka di dalam skandal membabitkan 1MDB.
**Skandal Kewangan Terbesar Di Dunia**
” *Largest Kleptocracy Case to Date* “. Itu petikan tajuk berita yang digunakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan ( FBI ) di dalam menggambarkan magnitud skandal 1MDB ini.
Modus operandi 1MDB juga berbeza dengan penyelewengan di negara-negara lain membabitkan pemimpin negara. Pada kebiasaannya, wang atau hasil negara yang diperoleh disonglap oleh pemimpin-pemimpin korup untuk kegunaan peribadi mereka.
Tetapi di dalam kes 1MDB, dana yang dicuri diambil daripada pinjaman bank dimana rakyat Malaysia lah yang perlu membayar balik pinjaman wang yang diselewengkan ini di kemudian hari.
*\*\*Kementerian Kewangan menyatakan di dalam tinjauan fiskal 2022 bahawa RM18.2 bilion aset yang berkait dengan 1MDB telah dirampas atau dikembalikan*
## Post navigation |
| Shard | 31 (laksa) |
| Root Hash | 10390005594525236631 |
| Unparsed URL | my,com,ekonomirakyat!/berapa-bilion-malaysia-rugi-akibat-skandal-1mdb/ s443 |