ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.8 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/12/23/4164/ |
| Last Crawled | 2026-03-16 17:36:22 (24 days ago) |
| First Indexed | 2022-12-23 12:50:19 (3 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Pesta Regatta Lepa: Simbolik Perayaan Masyarakat Bajau |
| Meta Description | Tong Talun adalah nama asal bagi daerah Semporna yang bererti hujung hutan dalam istilah suku kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui
Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
T
ong Talun adalah nama asal bagi daerah Semporna yang bererti hujung hutan dalam istilah suku kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun ialah Panglima Udang, Panglima Sallenghani dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Hal ini disebabkan pada masa itu, daerah Semporna diliputi atau diselubungi oleh hutan belantara pada awal penemuannya.
Kemudian Tong Talun telah ditukar nama sebagai Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai hinggalah sekarang. Pada masa dahulu, daerah Semporna berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada tahun 1876, kawasan yang dikenali dengan nama Borneo Utara telah diperintah oleh syarikat dari British, iaitu North Borneo Chartered Company (NBCC) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan British. Sejak itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah untuk selama-lamanya dan berkekalan kepada NBCC sebagai wilayah kuasa urus tadbir mereka.
Umum mengetahui bahawa daerah Semporna merupakan antara daerah yang terkenal dengan industri pelancongan di negeri Sabah. Satu daripada tarikan yang terdapat dalam daerah tersebut merupakan pesta air atau lebih dikenali sebagai pesta Regatta Lepa dalam kalangan masyarakatnya.
Pesta Regatta Lepa merupakan salah satu pesta tradisional bagi suku kaum Bajau di Semporna, Sabah. Pesta Regatta Lepa umpama perayaan tahunan bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna sejak tahun 1994. Perkataan “Lepa” bermaksud bot atau perahu yang digunakan oleh suku kaum Bajau dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, Regatta Lepa ialah festival perahu tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan April yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan adat, kesenian dan kebudayaan suku kaum Bajau di daerah Semporna. Lazimnya, “Sambulayang” yang merupakan bendera atau panji akan dipasang di sepanjang jalan raya dan perahu bagi menandakan ketibaan sambutan festival Regatta Lepa.
Secara umumnya, perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari dan terbahagi kepada dua acara, iaitu acara darat dan acara laut. Acara darat kebiasaannya melibatkan acara pemilihan ratu lepa, karnival, pelbagai reruai jualan serta pameran seni dan budaya, manakala acara laut pula melibatkan perarakan perahu lepa yang penuh dengan pelbagai hiasan.
Perahu lepa yang dihiasi dengan
Sambulayang.
Acara perarakan perahu lepa diadakan bagi memilih lepa yang dihias paling cantik. Pemenang akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai, bot laju, alat ganti bot, trofi dan sijil. Kebiasaannya, pemenang dipilih berdasarkan hiasan “
sambulayang”,
persembahan tarian igal-igal yang diiringi dengan alunan muzik tradisional seperti gong, kulintangan dan tambul yang merupakan alat muzik tradisional turun-temurun kaum Bajau.
Alunan muzik dalam perahu lepa.
Acara pertandingan pemilihan ratu lepa pula kebiasaannya dilakukan sebelum pesta tersebut bermula dan hanya 10 orang calon yang layak akan mengikuti pertandingan tersebut. Calon mestilah berasal daripada suku kaum Bajau dan mempunyai kelengkapan baju tradisional masyarakat Bajau, iaitu baju igal-igal yang terdiri daripada baju Ala Bimbang.
Pemilihan calon Ratu Regatta Lepa 2022.
Di samping itu, calon akan dinilai berdasarkan keaslian “keigalan”, iaitu lenggok badan penari yang lemah-gemalai serta perlu mengetahui pelbagai titik tarian igal-igal seperti titik tarirai, titik limbayan, titik tabawan dan sebagainya. Selain itu, calon juga mestilah mempunyai personaliti yang menarik dan tahap komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana calon yang dipilih akan menjadi model promosi dan pemasaran bagi memperkenalkan keunikan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Tambahan lagi, calon yang terpilih akan mengikuti pelbagai latihan secara berterusan sebelum malam kemuncak lepa.
Raptai sebelum malam kemuncak Regatta Lepa 2022.
Bagi aspek pakaian pula, calon wajib mengetahui nama setiap pakaian dan perhiasan dalam pakaian tersebut. Pakaian tradisional masyarakat Bajau kebiasaannya dilengkapi dengan
gandi
(mahkota),
janggai
atau
salung
(sarung kuku),
kambot
(tali pinggang) dan sebagainya. Pakaian tradisional bagi perempuan kebiasaannya diperbuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan manik dan dibentuk dengan pelbagai corak dan hiasan yang lain.
Terdapat empat warna asli yang selalu digunakan untuk membuat pakaian tradisional masyarakat Bajau seperti warna emas, hitam, hijau dan biru. Jelaslah bahawa festival ini membolehkan para pelancong dari luar mahupun dalam negara dapat melihat keunikan dan perincian baju tradisional masyarakat Bajau.
Pemenang Busana Berbaik Regatta Lepa 2022.
Selain daripada festival Regatta Lepa, pakaian tradisional masyarakat Bajau turut digunakan dalam majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Hal ini dikatakan demikian kerana raja sehari akan menggayakan pakaian ini di samping mempersembahkan tarian igal-igal sebagai sembah tamu kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Yang uniknya, raja sehari akan “disabot” atau tetamu akan menyelitkan duit pada jari pengantin. Aktiviti “sabot” merupakan satu kewajipan bagi masyarakat Bajau. Individu yang datang dan mempersembahkan tarian igal-igal juga akan menerima sabot tidak kira daripada pihak keluarga pengantin mahupun tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut sebagai tanda terima kasih.
Acara sabot dalam majlis perkahwinan.
Namun begitu, pemakaian gandi tidak wujud sama sekali pada awalnya. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Bajau pada zaman dahulu hanya memakai lilitan sarung di atas kepala. Majoriti cara berpakaian masyarakat Bajau pada zaman ini telah diubah suai dan dimodenkan mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, calon yang mengikuti festival tersebut juga akan dinilai berdasarkan keaslian baju igal-igal. Hal ini bagi memastikan keaslian baju tradisi masyarakat Bajau masih dapat dikekalkan sekali gus dapat dipamerkan pada generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, masyarakat Bajau di Semporna kaya dengan pelbagai perayaan, adat dan budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum. Keunikan yang terdapat pada pesta Regatta Lepa juga mampu menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya memelihara adat dan tradisi sesebuah kaum agar tidak hilang ditelan arus zaman.
Semua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan agama untuk tatapan generasi yang akan datang. Hal ini bagi memastikan mereka dapat mengetahui dan mempelajari budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Tuntasnya, peranan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar segala usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil yang bermanfaat dan berguna untuk pembangunan diri, masyarakat dan keluarga. |
| Markdown | - [Utama](https://jendeladbp.my/)
- [Sohor Kini](https://jendeladbp.my/sohor-kini/)
- [eMajalah](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/12/23/4164/)
- [Dewan Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Bicara Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/bicara-bahasa/)
- [Cetusan Minda](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/cetusan-minda/)
- [Cemerlang Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/cemerlang-bahasa/)
- [Tanya Munsyi](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/tanya-munsyi/)
- [Siri Kenali Tokoh](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/siri-kenali-tokoh/)
- [Dewan Sastera](https://dewansastera.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Berburu di Padang Datar](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/berburu-di-padang-datar/)
- [Estetika dan Kesenian](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/estetika-dan-kesenian/)
- [Kicau Sastera di Perbatasan Sains](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/kicau-sastera-di-perbatasan-sains/)
- [Labirin dalam Helaian](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/labirin-dalam-helaian/)
- [Reaksi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/reaksi/)
- [Refleksi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/refleksi/)
- [Sekilas](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/sekilas/)
- [Wawancara](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/wawancara/)
- [Coretan Puisi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/coretan-puisi/)
- [Siri Kenali Tokoh](https://dewansastera.jendeladbp.my/siri-kenali-tokoh/)
- [Dewan Masyarakat](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Antarabangsa](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/antarabangsa/)
- [Lingkungan Minda](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/lingkungan-minda/)
- [Nasional](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/nasional/)
- [Pendidikan](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/pendidikan/)
- [Soalnya Apa?](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/soalnya-apa/)
- [Sosial](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/sosial/)
- [Tafsiran Minda](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/tafsiran-minda/)
- [Dewan Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Anjung Visual](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/anjung-visual/)
- [Belasungkawa](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/belasungkawa/)
- [Kembara](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/kembara/)
- [Susur Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/susur-budaya/)
- [Tradisi](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/tradisi/)
- [Warisan](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/warisan/)
- [Dewan Ekonomi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Ekonomi Dalam Negeri](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/ekonomi-dalam-negeri/)
- [Ekonomi Politik](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/ekonomi-politik/)
- [Kolumnis](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/kolumnis/)
- [Pengguna](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/pengguna/)
- [Pengurusan dan Strategi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/pengurusan-strategi/)
- [Sosioekonomi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/sosioekonomi/)
- [Lensa Grafik](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/lensa-grafik/)
- [Wawancara Korporat](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/wawancara-korporat/)
- [Dewan Kosmik](https://dewankosmik.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Alam Sekitar](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/alam-sekitar/)
- [Fenomena](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/fenomena/)
- [Flora Fauna](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/flora-fauna/)
- [Kosmos](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/kosmos/)
- [Matematik dan Fizik](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/matematik-dan-fizik/)
- [Sains Kesihatan](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/sains-kesihatan/)
- [Teknologi dan Inovasi](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/teknologi-dan-inovasi/)
- [Dewan Tamadun Islam](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Fikrah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/fikrah/)
- [Mehnah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/mehnah/)
- [Munaqasyah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/munaqasyah/)
- [Renungan](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/renungan/)
- [Tasawur](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/tasawur/)
- [Tunas Cipta](https://tunascipta.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Merencana Karya](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/merencana-karya/)
- [Selayang Pandang](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/selayang-pandang/)
- [Sembang Buku](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/sembang-buku/)
- [Seri Pusaka](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/seri-pusaka/)
- [Karya Kreatif](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/)
- [Aksara Puisi](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/aksara-puisi/)
- [Ilham Kreatif](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/ilham-kreatif/)
- [Ujana](https://jendeladbp.my/ujana/)
- [Majalah](https://jendeladbp.my/kp/majalah/)
- [Buku](https://jendeladbp.my/kp/buku/)
- [TV](https://jendeladbp.my/tv/)
- [Adaptasi Karya](https://jendeladbp.my/tv-kategori/adaptasi-karya/)
- [Bestari Bahasa](https://jendeladbp.my/tv-kategori/bestari-bahasa/)
- [Bicarawara](https://jendeladbp.my/tv-kategori/bicarawara/)
- [Dokumentari](https://jendeladbp.my/tv-kategori/dokumentari/)
- [Kanak-kanak dan Remaja](https://jendeladbp.my/tv-kategori/kanak-kanak-dan-remaja/)
- [Radio](https://jendeladbp.my/radio/)
- [Berita Aktiviti DBP](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-berita-aktiviti-dbp/)
- [Cakna Ilmu](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-cakna-ilmu/)
- [Pena Editor](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-pena-editor/)
- [Warisan Kita](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-warisan-kita/)
- [Peka Bahasa](https://jendeladbp.my/peka-bahasa)
- [Lensa](https://jendeladbp.my/lensa/)
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/)
- [Utama](https://jendeladbp.my/)
- [Sohor Kini](https://jendeladbp.my/sohor-kini/)
- [eMajalah](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/12/23/4164/)
- - - [Dewan Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Bicara Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/bicara-bahasa/)
- [Cetusan Minda](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/artikel/cetusan-minda/)
- [Cemerlang Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/cemerlang-bahasa/)
- [Tanya Munsyi](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/k/tanya-munsyi/)
- [Siri Kenali Tokoh](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/siri-kenali-tokoh/)
- - [Dewan Sastera](https://dewansastera.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Berburu di Padang Datar](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/berburu-di-padang-datar/)
- [Estetika dan Kesenian](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/estetika-dan-kesenian/)
- [Kicau Sastera di Perbatasan Sains](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/kicau-sastera-di-perbatasan-sains/)
- [Labirin dalam Helaian](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/labirin-dalam-helaian/)
- [Reaksi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/reaksi/)
- [Refleksi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/refleksi/)
- [Sekilas](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/sekilas/)
- [Wawancara](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/artikel/wawancara/)
- [Coretan Puisi](https://dewansastera.jendeladbp.my/k/coretan-puisi/)
- [Siri Kenali Tokoh](https://dewansastera.jendeladbp.my/siri-kenali-tokoh/)
- - [Dewan Masyarakat](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Antarabangsa](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/antarabangsa/)
- [Lingkungan Minda](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/lingkungan-minda/)
- [Nasional](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/nasional/)
- [Pendidikan](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/pendidikan/)
- [Soalnya Apa?](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/soalnya-apa/)
- [Sosial](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/sosial/)
- [Tafsiran Minda](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/k/artikel/tafsiran-minda/)
- - [Dewan Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Anjung Visual](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/anjung-visual/)
- [Belasungkawa](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/belasungkawa/)
- [Kembara](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/kembara/)
- [Susur Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/susur-budaya/)
- [Tradisi](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/tradisi/)
- [Warisan](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/warisan/)
- - - [Dewan Ekonomi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Ekonomi Dalam Negeri](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/ekonomi-dalam-negeri/)
- [Ekonomi Politik](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/ekonomi-politik/)
- [Kolumnis](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/kolumnis/)
- [Pengguna](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/pengguna/)
- [Pengurusan dan Strategi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/pengurusan-strategi/)
- [Sosioekonomi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/artikel/sosioekonomi/)
- [Lensa Grafik](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/lensa-grafik/)
- [Wawancara Korporat](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/k/wawancara-korporat/)
- - [Dewan Kosmik](https://dewankosmik.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Alam Sekitar](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/alam-sekitar/)
- [Fenomena](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/fenomena/)
- [Flora Fauna](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/flora-fauna/)
- [Kosmos](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/kosmos/)
- [Matematik dan Fizik](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/matematik-dan-fizik/)
- [Sains Kesihatan](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/sains-kesihatan/)
- [Teknologi dan Inovasi](https://dewankosmik.jendeladbp.my/k/artikel/teknologi-dan-inovasi/)
- - [Dewan Tamadun Islam](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Fikrah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/fikrah/)
- [Mehnah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/mehnah/)
- [Munaqasyah](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/munaqasyah/)
- [Renungan](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/renungan/)
- [Tasawur](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/k/artikel/tasawur/)
- - [Tunas Cipta](https://tunascipta.jendeladbp.my/)
- [Berita](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/berita/)
- [Artikel](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/)
- [Merencana Karya](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/merencana-karya/)
- [Selayang Pandang](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/selayang-pandang/)
- [Sembang Buku](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/sembang-buku/)
- [Seri Pusaka](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/artikel/seri-pusaka/)
- [Karya Kreatif](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/)
- [Aksara Puisi](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/aksara-puisi/)
- [Ilham Kreatif](https://tunascipta.jendeladbp.my/k/karya-kreatif/ilham-kreatif/)
- [Ujana](https://jendeladbp.my/ujana/)
- [Majalah](https://jendeladbp.my/kp/majalah/)
- [Buku](https://jendeladbp.my/kp/buku/)
- [TV](https://jendeladbp.my/tv/)
- [Adaptasi Karya](https://jendeladbp.my/tv-kategori/adaptasi-karya/)
- [Bestari Bahasa](https://jendeladbp.my/tv-kategori/bestari-bahasa/)
- [Bicarawara](https://jendeladbp.my/tv-kategori/bicarawara/)
- [Dokumentari](https://jendeladbp.my/tv-kategori/dokumentari/)
- [Kanak-kanak dan Remaja](https://jendeladbp.my/tv-kategori/kanak-kanak-dan-remaja/)
- [Radio](https://jendeladbp.my/radio/)
- [Berita Aktiviti DBP](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-berita-aktiviti-dbp/)
- [Cakna Ilmu](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-cakna-ilmu/)
- [Pena Editor](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-pena-editor/)
- [Warisan Kita](https://jendeladbp.my/radio-kategori/segmen-warisan-kita/)
- [Peka Bahasa](https://jendeladbp.my/peka-bahasa)
- [Lensa](https://jendeladbp.my/lensa/)

[Susur Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/susur-budaya/)
# [Pesta Regatta Lepa: Simbolik Perayaan Masyarakat Bajau](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/12/23/4164/)
Oleh [Nur Fazira Abdul Rahmin](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/author/karyawan037775/)
Diterbitkan pada 23 Disember 2022, 16:01
A �
A −
A
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui **Telegram DBPMalaysia**
[Langgan Sekarang](https://t.me/DBPMalaysia)
Tong Talun adalah nama asal bagi daerah Semporna yang bererti hujung hutan dalam istilah suku kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun ialah Panglima Udang, Panglima Sallenghani dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Hal ini disebabkan pada masa itu, daerah Semporna diliputi atau diselubungi oleh hutan belantara pada awal penemuannya.
Kemudian Tong Talun telah ditukar nama sebagai Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai hinggalah sekarang. Pada masa dahulu, daerah Semporna berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada tahun 1876, kawasan yang dikenali dengan nama Borneo Utara telah diperintah oleh syarikat dari British, iaitu North Borneo Chartered Company (NBCC) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan British. Sejak itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah untuk selama-lamanya dan berkekalan kepada NBCC sebagai wilayah kuasa urus tadbir mereka.
Umum mengetahui bahawa daerah Semporna merupakan antara daerah yang terkenal dengan industri pelancongan di negeri Sabah. Satu daripada tarikan yang terdapat dalam daerah tersebut merupakan pesta air atau lebih dikenali sebagai pesta Regatta Lepa dalam kalangan masyarakatnya.
Pesta Regatta Lepa merupakan salah satu pesta tradisional bagi suku kaum Bajau di Semporna, Sabah. Pesta Regatta Lepa umpama perayaan tahunan bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna sejak tahun 1994. Perkataan “Lepa” bermaksud bot atau perahu yang digunakan oleh suku kaum Bajau dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, Regatta Lepa ialah festival perahu tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan April yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan adat, kesenian dan kebudayaan suku kaum Bajau di daerah Semporna. Lazimnya, “Sambulayang” yang merupakan bendera atau panji akan dipasang di sepanjang jalan raya dan perahu bagi menandakan ketibaan sambutan festival Regatta Lepa.
Secara umumnya, perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari dan terbahagi kepada dua acara, iaitu acara darat dan acara laut. Acara darat kebiasaannya melibatkan acara pemilihan ratu lepa, karnival, pelbagai reruai jualan serta pameran seni dan budaya, manakala acara laut pula melibatkan perarakan perahu lepa yang penuh dengan pelbagai hiasan.

**Perahu lepa yang dihiasi dengan *Sambulayang.***
Acara perarakan perahu lepa diadakan bagi memilih lepa yang dihias paling cantik. Pemenang akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai, bot laju, alat ganti bot, trofi dan sijil. Kebiasaannya, pemenang dipilih berdasarkan hiasan “*sambulayang”,* persembahan tarian igal-igal yang diiringi dengan alunan muzik tradisional seperti gong, kulintangan dan tambul yang merupakan alat muzik tradisional turun-temurun kaum Bajau.

**Alunan muzik dalam perahu lepa.**
Acara pertandingan pemilihan ratu lepa pula kebiasaannya dilakukan sebelum pesta tersebut bermula dan hanya 10 orang calon yang layak akan mengikuti pertandingan tersebut. Calon mestilah berasal daripada suku kaum Bajau dan mempunyai kelengkapan baju tradisional masyarakat Bajau, iaitu baju igal-igal yang terdiri daripada baju Ala Bimbang.

**Pemilihan calon Ratu Regatta Lepa 2022.**
Di samping itu, calon akan dinilai berdasarkan keaslian “keigalan”, iaitu lenggok badan penari yang lemah-gemalai serta perlu mengetahui pelbagai titik tarian igal-igal seperti titik tarirai, titik limbayan, titik tabawan dan sebagainya. Selain itu, calon juga mestilah mempunyai personaliti yang menarik dan tahap komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana calon yang dipilih akan menjadi model promosi dan pemasaran bagi memperkenalkan keunikan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Tambahan lagi, calon yang terpilih akan mengikuti pelbagai latihan secara berterusan sebelum malam kemuncak lepa.

**Raptai sebelum malam kemuncak Regatta Lepa 2022.**
Bagi aspek pakaian pula, calon wajib mengetahui nama setiap pakaian dan perhiasan dalam pakaian tersebut. Pakaian tradisional masyarakat Bajau kebiasaannya dilengkapi dengan *gandi* (mahkota), *janggai* atau *salung* (sarung kuku), *kambot* (tali pinggang) dan sebagainya. Pakaian tradisional bagi perempuan kebiasaannya diperbuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan manik dan dibentuk dengan pelbagai corak dan hiasan yang lain.
Terdapat empat warna asli yang selalu digunakan untuk membuat pakaian tradisional masyarakat Bajau seperti warna emas, hitam, hijau dan biru. Jelaslah bahawa festival ini membolehkan para pelancong dari luar mahupun dalam negara dapat melihat keunikan dan perincian baju tradisional masyarakat Bajau.

**Pemenang Busana Berbaik Regatta Lepa 2022.**
Selain daripada festival Regatta Lepa, pakaian tradisional masyarakat Bajau turut digunakan dalam majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Hal ini dikatakan demikian kerana raja sehari akan menggayakan pakaian ini di samping mempersembahkan tarian igal-igal sebagai sembah tamu kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Yang uniknya, raja sehari akan “disabot” atau tetamu akan menyelitkan duit pada jari pengantin. Aktiviti “sabot” merupakan satu kewajipan bagi masyarakat Bajau. Individu yang datang dan mempersembahkan tarian igal-igal juga akan menerima sabot tidak kira daripada pihak keluarga pengantin mahupun tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut sebagai tanda terima kasih.

**Acara sabot dalam majlis perkahwinan.**
Namun begitu, pemakaian gandi tidak wujud sama sekali pada awalnya. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Bajau pada zaman dahulu hanya memakai lilitan sarung di atas kepala. Majoriti cara berpakaian masyarakat Bajau pada zaman ini telah diubah suai dan dimodenkan mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, calon yang mengikuti festival tersebut juga akan dinilai berdasarkan keaslian baju igal-igal. Hal ini bagi memastikan keaslian baju tradisi masyarakat Bajau masih dapat dikekalkan sekali gus dapat dipamerkan pada generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, masyarakat Bajau di Semporna kaya dengan pelbagai perayaan, adat dan budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum. Keunikan yang terdapat pada pesta Regatta Lepa juga mampu menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya memelihara adat dan tradisi sesebuah kaum agar tidak hilang ditelan arus zaman.
Semua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan agama untuk tatapan generasi yang akan datang. Hal ini bagi memastikan mereka dapat mengetahui dan mempelajari budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Tuntasnya, peranan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar segala usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil yang bermanfaat dan berguna untuk pembangunan diri, masyarakat dan keluarga.
[\# pelancongan](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/pelancongan/)
[\# pesta](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/pesta/)
[\# pilihan](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/pilihan/)
[\# pilihan utama](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/pilihan-utama/)
[\# regatta lepa](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/regatta-lepa/)
[\# sabah](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/sabah/)
[\# semporna](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/semporna/)
[\# tradisi](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/tradisi/)
[\# warisan](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/t/warisan/)
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?
#### Kongsi
### Yang Berkaitan
[Susur Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/susur-budaya/ "Lihat Arkib: Susur Budaya")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2026/02/14/14783/ "Baca lanjut: Melayu Day@Yala: Seikat bak Sirih, Serumpun bak Serai")
### [Melayu Day@Yala: Seikat bak Sirih, Serumpun bak Serai](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2026/02/14/14783/ "Baca lanjut: Melayu Day@Yala: Seikat bak Sirih, Serumpun bak Serai")
14 Februari 2026, 19:52
[Tradisi](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/artikel/tradisi/ "Lihat Arkib: Tradisi")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/06/01/12323/ "Baca lanjut: Kaamatan: Warisan Tradisi dan Naratif Kontemporari Berasaskan Padi")
### [Kaamatan: Warisan Tradisi dan Naratif Kontemporari Berasaskan Padi](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/06/01/12323/ "Baca lanjut: Kaamatan: Warisan Tradisi dan Naratif Kontemporari Berasaskan Padi")
1 Jun 2025, 08:00
[Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/ "Lihat Arkib: Berita")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/30/12258/ "Baca lanjut: Kepelbagaian Kaum dan Budaya Wajar Dirai Bersama")
### [Kepelbagaian Kaum dan Budaya Wajar Dirai Bersama](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/30/12258/ "Baca lanjut: Kepelbagaian Kaum dan Budaya Wajar Dirai Bersama")
30 Mei 2025, 15:04
[Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/ "Lihat Arkib: Berita")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/27/12232/ "Baca lanjut: Buku <i>7 Teknik Asas Belajar Bermain Sape</i>: Buku Pertama Belajar Sape")
### [Buku *7 Teknik Asas Belajar Bermain Sape*: Buku Pertama Belajar Sape](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/27/12232/ "Baca lanjut: Buku <i>7 Teknik Asas Belajar Bermain Sape</i>: Buku Pertama Belajar Sape")
27 Mei 2025, 21:29
[Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/ "Lihat Arkib: Berita")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/22/12147/ "Baca lanjut: PERZIM Anjur Bengkel Layang-layang, Semarakkan Warisan Budaya")
### [PERZIM Anjur Bengkel Layang-layang, Semarakkan Warisan Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/22/12147/ "Baca lanjut: PERZIM Anjur Bengkel Layang-layang, Semarakkan Warisan Budaya")
22 Mei 2025, 11:02
[Berita](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/k/berita/ "Lihat Arkib: Berita")
[](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/20/12141/ "Baca lanjut: Teater <i>Suluh Peraba</i> Bendung Kepercayaan Tahayul Masyarakat Melayu")
### [Teater *Suluh Peraba* Bendung Kepercayaan Tahayul Masyarakat Melayu](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/05/20/12141/ "Baca lanjut: Teater <i>Suluh Peraba</i> Bendung Kepercayaan Tahayul Masyarakat Melayu")
20 Mei 2025, 09:39
### Portal e-Majalah
- [Dewan Bahasa](https://dewanbahasa.jendeladbp.my/)
- [Dewan Sastera](https://dewansastera.jendeladbp.my/)
- [Dewan Masyarakat](https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/)
- [Dewan Budaya](https://dewanbudaya.jendeladbp.my/)
- [Dewan Ekonomi](https://dewanekonomi.jendeladbp.my/)
- [Dewan Kosmik](https://dewankosmik.jendeladbp.my/)
- [Dewan Tamadun Islam](https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/)
- [Tunas Cipta](https://tunascipta.jendeladbp.my/)
### Pautan Penting
- [Laman Web DBP](http://lamanweb.dbp.gov.my/)
- [PRPM](http://prpm.dbp.gov.my/)
- [Klik Web](http://klikweb.dbp.my/)
- [Akademi DBP](http://akademi.dbp.my/)
- [eJurnal DBP](http://ejurnal.dbp.gov.my/)
- [Khidmat Nasihat DBP](http://kndbp.dbp.gov.my/)
- [Dasar Privasi](https://jendeladbp.my/dasar-privasi/)
- [Polisi Pemulangan dan Pembayaran Semula](https://jendeladbp.my/polisi-pemulangan-dan-pembayaran-semula/)
### Media Sosial DBP
- [Facebook](https://www.facebook.com/DBPMalaysia)
- [Instagram](https://www.instagram.com/dbpmalaysia)
- [Twitter](https://twitter.com/DBPMalaysia)
- [YouTube](https://www.youtube.com/channel/UCTUKGdUyhz_CrafuC7yBPLA)
- [TikTok](https://www.tiktok.com/@dbpmalaysia)
- [Telegram](https://t.me/DBPMalaysia)
### DBPNiaga
- [DBPNiaga](https://dbpniaga.my/)
- [Facebook DBPNiaga](https://www.facebook.com/DBPNiaga/)
- [Instagram DBPNiaga](https://www.instagram.com/dbpniaga/?hl=en)
- [TikTok DBPNiaga](https://www.tiktok.com/@dbpniaga1956/)
### Hubungi Kami
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
03-2147 9000, 03-2147 9378
jendeladbpdbp.gov.my
[Aduan](https://aduan.jendeladbp.my/ "Hantar Aduan")
Statistik Capaian —
Tahun 2026: 1,741,883
/Bulan Mac: 378,784
/Hari ini: 22,787
Hak Cipta 2026 © JendelaDBP
## Perlindungan Hak Cipta Didayakan
Tutup |
| Readable Markdown | Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui **Telegram DBPMalaysia**
[Langgan Sekarang](https://t.me/DBPMalaysia)
Tong Talun adalah nama asal bagi daerah Semporna yang bererti hujung hutan dalam istilah suku kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun ialah Panglima Udang, Panglima Sallenghani dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Hal ini disebabkan pada masa itu, daerah Semporna diliputi atau diselubungi oleh hutan belantara pada awal penemuannya.
Kemudian Tong Talun telah ditukar nama sebagai Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai hinggalah sekarang. Pada masa dahulu, daerah Semporna berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada tahun 1876, kawasan yang dikenali dengan nama Borneo Utara telah diperintah oleh syarikat dari British, iaitu North Borneo Chartered Company (NBCC) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan British. Sejak itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah untuk selama-lamanya dan berkekalan kepada NBCC sebagai wilayah kuasa urus tadbir mereka.
Umum mengetahui bahawa daerah Semporna merupakan antara daerah yang terkenal dengan industri pelancongan di negeri Sabah. Satu daripada tarikan yang terdapat dalam daerah tersebut merupakan pesta air atau lebih dikenali sebagai pesta Regatta Lepa dalam kalangan masyarakatnya.
Pesta Regatta Lepa merupakan salah satu pesta tradisional bagi suku kaum Bajau di Semporna, Sabah. Pesta Regatta Lepa umpama perayaan tahunan bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna sejak tahun 1994. Perkataan “Lepa” bermaksud bot atau perahu yang digunakan oleh suku kaum Bajau dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, Regatta Lepa ialah festival perahu tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan April yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan adat, kesenian dan kebudayaan suku kaum Bajau di daerah Semporna. Lazimnya, “Sambulayang” yang merupakan bendera atau panji akan dipasang di sepanjang jalan raya dan perahu bagi menandakan ketibaan sambutan festival Regatta Lepa.
Secara umumnya, perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari dan terbahagi kepada dua acara, iaitu acara darat dan acara laut. Acara darat kebiasaannya melibatkan acara pemilihan ratu lepa, karnival, pelbagai reruai jualan serta pameran seni dan budaya, manakala acara laut pula melibatkan perarakan perahu lepa yang penuh dengan pelbagai hiasan.

**Perahu lepa yang dihiasi dengan *Sambulayang.***
Acara perarakan perahu lepa diadakan bagi memilih lepa yang dihias paling cantik. Pemenang akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai, bot laju, alat ganti bot, trofi dan sijil. Kebiasaannya, pemenang dipilih berdasarkan hiasan “*sambulayang”,* persembahan tarian igal-igal yang diiringi dengan alunan muzik tradisional seperti gong, kulintangan dan tambul yang merupakan alat muzik tradisional turun-temurun kaum Bajau.

**Alunan muzik dalam perahu lepa.**
Acara pertandingan pemilihan ratu lepa pula kebiasaannya dilakukan sebelum pesta tersebut bermula dan hanya 10 orang calon yang layak akan mengikuti pertandingan tersebut. Calon mestilah berasal daripada suku kaum Bajau dan mempunyai kelengkapan baju tradisional masyarakat Bajau, iaitu baju igal-igal yang terdiri daripada baju Ala Bimbang.

**Pemilihan calon Ratu Regatta Lepa 2022.**
Di samping itu, calon akan dinilai berdasarkan keaslian “keigalan”, iaitu lenggok badan penari yang lemah-gemalai serta perlu mengetahui pelbagai titik tarian igal-igal seperti titik tarirai, titik limbayan, titik tabawan dan sebagainya. Selain itu, calon juga mestilah mempunyai personaliti yang menarik dan tahap komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana calon yang dipilih akan menjadi model promosi dan pemasaran bagi memperkenalkan keunikan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Tambahan lagi, calon yang terpilih akan mengikuti pelbagai latihan secara berterusan sebelum malam kemuncak lepa.

**Raptai sebelum malam kemuncak Regatta Lepa 2022.**
Bagi aspek pakaian pula, calon wajib mengetahui nama setiap pakaian dan perhiasan dalam pakaian tersebut. Pakaian tradisional masyarakat Bajau kebiasaannya dilengkapi dengan *gandi* (mahkota), *janggai* atau *salung* (sarung kuku), *kambot* (tali pinggang) dan sebagainya. Pakaian tradisional bagi perempuan kebiasaannya diperbuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan manik dan dibentuk dengan pelbagai corak dan hiasan yang lain.
Terdapat empat warna asli yang selalu digunakan untuk membuat pakaian tradisional masyarakat Bajau seperti warna emas, hitam, hijau dan biru. Jelaslah bahawa festival ini membolehkan para pelancong dari luar mahupun dalam negara dapat melihat keunikan dan perincian baju tradisional masyarakat Bajau.

**Pemenang Busana Berbaik Regatta Lepa 2022.**
Selain daripada festival Regatta Lepa, pakaian tradisional masyarakat Bajau turut digunakan dalam majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Hal ini dikatakan demikian kerana raja sehari akan menggayakan pakaian ini di samping mempersembahkan tarian igal-igal sebagai sembah tamu kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Yang uniknya, raja sehari akan “disabot” atau tetamu akan menyelitkan duit pada jari pengantin. Aktiviti “sabot” merupakan satu kewajipan bagi masyarakat Bajau. Individu yang datang dan mempersembahkan tarian igal-igal juga akan menerima sabot tidak kira daripada pihak keluarga pengantin mahupun tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut sebagai tanda terima kasih.

**Acara sabot dalam majlis perkahwinan.**
Namun begitu, pemakaian gandi tidak wujud sama sekali pada awalnya. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Bajau pada zaman dahulu hanya memakai lilitan sarung di atas kepala. Majoriti cara berpakaian masyarakat Bajau pada zaman ini telah diubah suai dan dimodenkan mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, calon yang mengikuti festival tersebut juga akan dinilai berdasarkan keaslian baju igal-igal. Hal ini bagi memastikan keaslian baju tradisi masyarakat Bajau masih dapat dikekalkan sekali gus dapat dipamerkan pada generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, masyarakat Bajau di Semporna kaya dengan pelbagai perayaan, adat dan budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum. Keunikan yang terdapat pada pesta Regatta Lepa juga mampu menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya memelihara adat dan tradisi sesebuah kaum agar tidak hilang ditelan arus zaman.
Semua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan agama untuk tatapan generasi yang akan datang. Hal ini bagi memastikan mereka dapat mengetahui dan mempelajari budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Tuntasnya, peranan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar segala usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil yang bermanfaat dan berguna untuk pembangunan diri, masyarakat dan keluarga. |
| Shard | 195 (laksa) |
| Root Hash | 2333081199662456395 |
| Unparsed URL | my,jendeladbp!dewanbudaya,/2022/12/23/4164/ s443 |