ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.3 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://beautifulnara.com/kontroversi-lagu-hidup-dalam-mati-syamel-tarik-diri-dari-muzik-muzik/ |
| Last Crawled | 2026-04-07 08:08:59 (9 days ago) |
| First Indexed | 2017-12-14 14:08:21 (8 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Kontroversi Lagu “Hidup Dalam Mati”, Syamel Tarik Diri Dari Muzik-Muzik |
| Meta Description | Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu "Hidup Dalam Mati" nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu […] |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu yang dinyanyikan finalis Kilauan Emas 3, Idris.
Ini sudah tentu satu kerugian besar kerana lagu Hidup Dalam Mati memang mempunyai lirik dan melodi yang padu serta mantap. Memang boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu lah. Ditanya tentang penarikan ini, Syamel enggan memberikan sebarang komen. Kata Syamel:-
Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti
Sementara itu, Ayai Ilusi mengakui akur dengan keputusan yang telah diambil oleh penerbit lagu tersebut iaitu DD Music. Kata Ayai:-
Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.
Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami.
Sudah tentu “timing” untuk kontroversi ini menimpa lagu Hidup Dalam Mati tidak berapa cantik apatah lagi ketika pemilihan untuk ke AJL31 sedang berlangsung. Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Diharap semua pihak yang terbabit akan bersabar dengan dugaan sebegini. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Sumber
Harian Metro
. |
| Markdown | 

- [Utama](https://beautifulnara.com/)
- [Berita](https://beautifulnara.com/category/berita/)
- [Hiburan](https://beautifulnara.com/category/hiburan/)
- [Kehidupan](https://beautifulnara.com/category/kehidupan/)
- [Teknologi](https://beautifulnara.com/category/teknologi/)
- [Travel](https://beautifulnara.com/category/travel/)
[](https://beautifulnara.com/)
[](https://beautifulnara.com/)
[](https://www.tiktok.com/@beautifulnara)
# Kontroversi Lagu “Hidup Dalam Mati”, Syamel Tarik Diri Dari Muzik-Muzik
[Hiburan](https://beautifulnara.com/category/hiburan/) . Diterbitkan 13 Nov 2016 12:07 pm . oleh AbangNara
![Kontroversi Lagu “Hidup Dalam Mati”, Syamel Tarik Diri Dari Muzik-Muzik]()
Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu yang dinyanyikan finalis Kilauan Emas 3, Idris.

Advertisement
Ini sudah tentu satu kerugian besar kerana lagu Hidup Dalam Mati memang mempunyai lirik dan melodi yang padu serta mantap. Memang boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu lah. Ditanya tentang penarikan ini, Syamel enggan memberikan sebarang komen. Kata Syamel:-
> Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti
Sementara itu, Ayai Ilusi mengakui akur dengan keputusan yang telah diambil oleh penerbit lagu tersebut iaitu DD Music. Kata Ayai:-
> Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.
>
> Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami.

Sudah tentu “timing” untuk kontroversi ini menimpa lagu Hidup Dalam Mati tidak berapa cantik apatah lagi ketika pemilihan untuk ke AJL31 sedang berlangsung. Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Diharap semua pihak yang terbabit akan bersabar dengan dugaan sebegini. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Sumber **[Harian Metro](http://www.bharian.com.my/node/211970)**.
**Ikuti [Facebook](https://www.facebook.com/NaraMedia), [Twitter](https://twitter.com/beautifulnara), [Instagram](https://www.instagram.com/beautifulnaradotcom/?hl=en), [Telegram](https://t.me/beautifulnaracom) dan [TikTok](https://www.tiktok.com/@beautifulnara) BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.**
Advertisement
#### LANGGAN BEAUTIFULNARA
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
#### Popular Sekarang

Hiburan 15 Mar 2024 9:40 am
### “Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain

Hiburan 14 Mar 2024 2:00 pm
### “Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?

Hiburan 11 Mar 2024 6:04 pm
### “Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman

Gaya Hidup 11 Mar 2024 5:35 pm
### “Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar” – Viral Kurma Salut ‘Butter’ Buat Sahur, Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang\!

Hiburan 8 Mar 2024 3:47 pm
### “Kau Bukan Nak Aku Sangat..” – Sembilan Tahun Setia Jadi Duta, Nabil Ahmad Tolak ‘Offer’ Ratusan Ribu Dari Jenama Lain
#### Komen
**PERHATIAN:** Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Loading...
#### LANGGAN BEAUTIFULNARA
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
#### IKUTI KAMI
[](https://www.tiktok.com/@beautifulnara "Tiktok")
#### INFO
- [Penafian](https://beautifulnara.com/penafian/)
- [Hubungi Kami](https://beautifulnara.com/hubungi-kami/)
- [Dasar Privasi](https://beautifulnara.com/dasar-privasi/)
2025© Nara Media Sdn Bhd (1040059-W). All Rights Reserved.
Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia (1252413-W). |
| Readable Markdown | Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu yang dinyanyikan finalis Kilauan Emas 3, Idris.

Ini sudah tentu satu kerugian besar kerana lagu Hidup Dalam Mati memang mempunyai lirik dan melodi yang padu serta mantap. Memang boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu lah. Ditanya tentang penarikan ini, Syamel enggan memberikan sebarang komen. Kata Syamel:-
> Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti
Sementara itu, Ayai Ilusi mengakui akur dengan keputusan yang telah diambil oleh penerbit lagu tersebut iaitu DD Music. Kata Ayai:-
> Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.
>
> Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami.

Sudah tentu “timing” untuk kontroversi ini menimpa lagu Hidup Dalam Mati tidak berapa cantik apatah lagi ketika pemilihan untuk ke AJL31 sedang berlangsung. Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Diharap semua pihak yang terbabit akan bersabar dengan dugaan sebegini. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Sumber **[Harian Metro](http://www.bharian.com.my/node/211970)**. |
| Shard | 151 (laksa) |
| Root Hash | 488667122526250351 |
| Unparsed URL | com,beautifulnara!/kontroversi-lagu-hidup-dalam-mati-syamel-tarik-diri-dari-muzik-muzik/ s443 |