ℹ️ Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | PASS | download_stamp > now() - 6 MONTH | 0.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901 |
| Last Crawled | 2026-04-07 20:53:12 (13 days ago) |
| First Indexed | not set |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | Modifikasi Motosikal - Salah Di Sisi Undang-Undang? | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) |
| Meta Description | Ini adalah mengenai ARTIKEL di PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) UPM |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kebelakangan ini jadi riuh-rendah kembali dalam kalangan pengguna dan warga internet tentang motosikal yang diubahsuai apabila pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenal pasti mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya, seperti dilaporkan media.
Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru. Tak ada apa-apa pindaan akta terbaru yang menyebabkan pihak berkuasa kembali memburu golongan ini. Yang menjadi pemacunya sekarang sudah tentu populariti ubahsuai atau modifikasi motosikal yang kembali hangat ketika ini, antaranya disumbangkan oleh video-video tular yang melibatkan selebriti, yang secara terbuka mencabar kewibawaan pihak penguatkuasa.
Dan, perlu diingat, kuasa memang selalu berada di dalam tangan pihak-pihak seperti JPJ dan polis untuk mereka mengambil tindakan. Sekarang ini apa yang kita saksikan adalah gelombang “pengambilan tindakan” itu tadi – yang dijalankan termaktub kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan terakhir pada 2006. Sudah tentu mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal tahu bahawa mereka sendiri telah melanggar peraturan.
Untuk memahami duduk-letak perkara ubahsuai ini, undang-undangnya hampir sama halnya jika dilakukan terhadap kereta. Kami pernah menulis tentang beberapa isu berkaitan, misalnya mengapa tayar kangkang pada kereta menjadi satu kesalahan, dan juga penggunaan body wrap bagaimana yang dibolehkan. Dan kali ini, kita akan lihat pula secara lebih khusus berkaitan modifikasi terhadap motosikal.
Secara umumnya, mana-mana kenderaan yang digunakan di atas jalan raya yang telah diubahsuai menyimpang daripadaÂ
Vehicle Type Approval
 (VTA) adalah merupakan satu kesalahan. Secara ringkasnya, VTA merupakan kelulusan daripada JPJ yang membolehkan sesebuah kenderaan itu mula dijual dan digunakan di atas jalan raya, yang disahkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan.
Dan, sekiranya ada modifikasi yang ingin dibuat selepas itu, kenderaan perlulah mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya. Ini perkara asas yang perlu difahami. Jadi, adakah pengguna boleh melakukan sebarang ubahsuai terhadap motosikal milik persendirian? Tentu saja boleh. Tetapi, jika ia melanggar peraturan sedia ada, jangan marah-marah sekiranya anda dikenakan tindakan.
Dalam artikel ini, kita akan lihat serba-sedikit tentang kesalahan yang biasa dilakukan terhadap motosikal modifikasi, supaya anda tahu ubahsuai bagaimana yang boleh dan mana yang tak boleh. Bila dah tahu, kenalah tanggung risiko sendiri. Jangan pula bila ditahan oleh pegawai bertugas, ada yang kata tak tahu bahawa semua ini merupakan satu kesalahan. Kenalah jadiÂ
gentleman
.
Ekzos bising
Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan. Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan.
Tayar sotong
Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.
Tayar gemuk
Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagianÂ
fork
 depan dan jugaÂ
swingarm
 asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.
Tukar coverset
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
Tiada cermin sisi
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas.
Nombor plat pendaftaran
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjadÂ
fancy
, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.
Upgrade
 kabel
Antara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap. Ini tidak menjadi kesalahan.
Ubahsuai enjin
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.
Hukuman
Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksaÂ
on-the-spot
, makan pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda. Bukan itu saja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.
Perlu juga difahami bahawa semua ini boleh dikuatkuasakan sekiranya motosikal terbabit ditahan di atas jalanraya. Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.
Sumber:Â paultan.org (25 September 2019)
Tarikh Input: 19/12/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA |
| Markdown | 
[](https://www.malaysia.gov.my/portal/index)
[](https://www.upm.edu.my/)
PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
- [UTAMA](https://apsec.upm.edu.my/)
- [DIREKTORI](https://apsec.upm.edu.my/direktori)
- [MAKLUMBALAS](https://upm.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do)
- [SOALAN LAZIM](https://apsec.upm.edu.my/faq)
- [LOKASI](https://apsec.upm.edu.my/lokasi)
- [PETA LAMAN](https://apsec.upm.edu.my/sitemap)
- [MENGENAI KAMI](https://apsec.upm.edu.my/mengenai_kami-1647)
- [PERKHIDMATAN](https://apsec.upm.edu.my/perkhidmatan-2785)
- [STAF](https://apsec.upm.edu.my/staf-3038)
- [TIPS KESELAMATAN](https://apsec.upm.edu.my/tips_keselamatan-1695)
- [JAWATANKUASA](https://apsec.upm.edu.my/jawatankuasa-1701)
[info apsec](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-topmenu-container)
[kandungan utama](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-mainmenu-container)
[Pilihan Bahasa](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-language-container)
[ke laman web UPM](http://www.upm.edu.my/)

Tetapan
SAIZ FONT
- 
- 
- 
WARNA LATAR
SCREEN READER

Newsletter
[ e-PUTRA Newsletter Langgan e-PUTRA Newsletter untuk mengetahui berita terkini mengenai UPM](https://landing.mailerlite.com/webforms/landing/c9r8r3)

Entiti Kami
lawati kami

Dokumen
DOKUMEN
- [ MUAT TURUN](https://apsec.upm.edu.my/faildokumen)
» [ARTIKEL](https://apsec.upm.edu.my/ARTIKEL) » Modifikasi Motosikal - Salah Di Sisi Undang-Undang?
[Senarai Artikel](https://apsec.upm.edu.my/artikel)
Modifikasi Motosikal - Salah Di Sisi Undang-Undang?

Kebelakangan ini jadi riuh-rendah kembali dalam kalangan pengguna dan warga internet tentang motosikal yang diubahsuai apabila pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenal pasti mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya, seperti dilaporkan media.
Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru. Tak ada apa-apa pindaan akta terbaru yang menyebabkan pihak berkuasa kembali memburu golongan ini. Yang menjadi pemacunya sekarang sudah tentu populariti ubahsuai atau modifikasi motosikal yang kembali hangat ketika ini, antaranya disumbangkan oleh video-video tular yang melibatkan selebriti, yang secara terbuka mencabar kewibawaan pihak penguatkuasa.
Dan, perlu diingat, kuasa memang selalu berada di dalam tangan pihak-pihak seperti JPJ dan polis untuk mereka mengambil tindakan. Sekarang ini apa yang kita saksikan adalah gelombang “pengambilan tindakan” itu tadi – yang dijalankan termaktub kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan terakhir pada 2006. Sudah tentu mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal tahu bahawa mereka sendiri telah melanggar peraturan.
Untuk memahami duduk-letak perkara ubahsuai ini, undang-undangnya hampir sama halnya jika dilakukan terhadap kereta. Kami pernah menulis tentang beberapa isu berkaitan, misalnya mengapa tayar kangkang pada kereta menjadi satu kesalahan, dan juga penggunaan body wrap bagaimana yang dibolehkan. Dan kali ini, kita akan lihat pula secara lebih khusus berkaitan modifikasi terhadap motosikal.
Secara umumnya, mana-mana kenderaan yang digunakan di atas jalan raya yang telah diubahsuai menyimpang daripada *Vehicle Type Approval* (VTA) adalah merupakan satu kesalahan. Secara ringkasnya, VTA merupakan kelulusan daripada JPJ yang membolehkan sesebuah kenderaan itu mula dijual dan digunakan di atas jalan raya, yang disahkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan.
Dan, sekiranya ada modifikasi yang ingin dibuat selepas itu, kenderaan perlulah mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya. Ini perkara asas yang perlu difahami. Jadi, adakah pengguna boleh melakukan sebarang ubahsuai terhadap motosikal milik persendirian? Tentu saja boleh. Tetapi, jika ia melanggar peraturan sedia ada, jangan marah-marah sekiranya anda dikenakan tindakan.
Dalam artikel ini, kita akan lihat serba-sedikit tentang kesalahan yang biasa dilakukan terhadap motosikal modifikasi, supaya anda tahu ubahsuai bagaimana yang boleh dan mana yang tak boleh. Bila dah tahu, kenalah tanggung risiko sendiri. Jangan pula bila ditahan oleh pegawai bertugas, ada yang kata tak tahu bahawa semua ini merupakan satu kesalahan. Kenalah jadi *gentleman*.
**Ekzos bising**
Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan. Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan.
**Tayar sotong**
Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.
**Tayar gemuk**
Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagian *fork* depan dan juga *swingarm* asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.
**Tukar coverset**
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
**Tiada cermin sisi**
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas.
**Nombor plat pendaftaran**
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjad *fancy*, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.
***Upgrade*** **kabel**
Antara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap. Ini tidak menjadi kesalahan.
**Ubahsuai enjin**
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.
**Hukuman**
Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa *on-the-spot*, makan pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda. Bukan itu saja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.
Perlu juga difahami bahawa semua ini boleh dikuatkuasakan sekiranya motosikal terbabit ditahan di atas jalanraya. Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.
Sumber: paultan.org (25 September 2019)
Tarikh Input: 19/12/2023 \| Kemaskini: 19/12/2023 \| miorazham
PERKONGSIAN MEDIA
LIHAT JUGA

[Perayaan Aidilfitri: Sikap Pemandu Penentu Keselamatan Jalan Raya](https://apsec.upm.edu.my/artikel/perayaan_aidilfitri_sikap_pemandu_penentu_keselamatan_jalan_raya-92274)

[Formula Lapuk Rancang Bandar Punca Jalan Raya Sesak, Serabut](https://apsec.upm.edu.my/artikel/formula_lapuk_rancang_bandar_punca_jalan_raya_sesak_serabut-92271)

[Dedah Maklumat Peribadi Tanpa Izin Di Ruang Siber Ragut Maruah](https://apsec.upm.edu.my/artikel/dedah_maklumat_peribadi_tanpa_izin_di_ruang_siber_ragut_maruah-92269)

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
[apsec@upm.edu.my](mailto:apsec@upm.edu.my)
hubungi kami
PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia
03-9769 6160
03-9769 7930
apsec@upm.edu.my
**TALIAN KECEMASAN (24 JAM) PUSAT POLIS BANTUAN & KESELAMATAN UNIVERSITI**
03-9769 4999 \| 03-9769 1399
03-9769 1999
PAUTAN PANTAS
[Blueprint Keterjaminan Makanan UPM](https://upm.edu.my/content/blueprint_keterjaminan_makanan_upm-79725)
[Sistem Pengurusan ISO](http://reg.upm.edu.my/eISO)
[e-Perakam Waktu Online](http://perakamwaktu.upm.edu.my/login.do)
[emel@upm](http://emel.upm.edu.my/)
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
[i-GIMS (staf)](http://www.sps.upm.edu.my:8080/igims/index.jsp)
[i-GIMS (pelajar)](http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/)
[Sistem Maklumat Pelajar](http://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup?TX=338498940623847)
[Sistem Permohonan ke Luar Negara](http://bursar1.upm.edu.my/spln/)
[Sistem Ilmu Sumber Manusia (SISMAN)](http://www.sisman.upm.edu.my/)
[Sistem Baik Pulih ICT](http://www.spict.upm.edu.my/loginspict.php)
[Sistem Permohonan Khidmat Pembangunan (e-PKP)](http://epkp.upm.edu.my/)
PAUTAN LUAR
[Polis Diraja Malaysia](https://www.rmp.gov.my/)
[Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia](https://www.bomba.gov.my/)
[Kementerian Pengajian Tinggi](https://www.mohe.gov.my/en/)
[Majlis Keselamatan Negara (MKN)](https://www.mkn.gov.my/)
[Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)](http://www.nadma.gov.my/)
[Portal myGovernment](http://www.malaysia.gov.my/)
[](http://putra.upm.edu.my/)
[](http://portal.upm.edu.my/)
[](https://www.instagram.com/polisbantuan_upm/)
[](https://www.facebook.com/upmauxiliarypolice)
[](https://hrportal.upm.edu.my/)
[](http://estok.upm.edu.my/sppa/login2.cfm)
[](http://www.upm.edu.my/tender)
[](http://reg.upm.edu.my/eISO/)
[](https://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup?TX=13487659159162847)
[](http://u-respons.upm.edu.my/)
[Bantuan](https://apsec.upm.edu.my/footnote/bantuan-29937)
[Penafian](https://apsec.upm.edu.my/footnote/penafian-29938)
[Dasar Keselamatan](https://apsec.upm.edu.my/footnote/dasar_keselamatan-29939)
[Dasar Privasi](https://apsec.upm.edu.my/footnote/dasar_privasi-29949)
[Hakcipta](https://apsec.upm.edu.my/footnote/hakcipta-29950)
[RSS](https://apsec.upm.edu.my/rss)
© 2026 PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
 
[UTAMA](https://apsec.upm.edu.my/)
[kandungan]()
[pelanggan](https://apsec.upm.edu.my/menupelanggan)
[media]()
[pautan]()
[berita](https://apsec.upm.edu.my/berita)
[artikel](https://apsec.upm.edu.my/artikel)
[pengumuman](https://apsec.upm.edu.my/terkini)
[tender](https://apsec.upm.edu.my/tender)
[jawatan kosong](https://apsec.upm.edu.my/jawatankosong)
[aktiviti](https://apsec.upm.edu.my/aktiviti)
[dokumen](https://apsec.upm.edu.my/faildokumen)
[video](https://apsec.upm.edu.my/video)
[galeri](https://apsec.upm.edu.my/galeri)
[keratan akhbar](https://apsec.upm.edu.my/akhbar)
[pautan luar](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-externallink-container)
[perkhidmatan dalam talian](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-onlinelink-container)
[pautan pantas](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-quicklink-container)
[ikon pautan](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-linkicon-container)
[lawati kami](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-visitusgroup-container)
[hubungi kami](https://apsec.upm.edu.my/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901#MP-contactus-container)
#### carian
#### menu
#### kandungan
#### pelanggan
#### media
#### pautan
S, (04:53:13am-04:58:13am, 08 Apr 2026) \[\*LIVETIMESTAMP\*\] |
| Readable Markdown | 
Kebelakangan ini jadi riuh-rendah kembali dalam kalangan pengguna dan warga internet tentang motosikal yang diubahsuai apabila pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenal pasti mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya, seperti dilaporkan media.
Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru. Tak ada apa-apa pindaan akta terbaru yang menyebabkan pihak berkuasa kembali memburu golongan ini. Yang menjadi pemacunya sekarang sudah tentu populariti ubahsuai atau modifikasi motosikal yang kembali hangat ketika ini, antaranya disumbangkan oleh video-video tular yang melibatkan selebriti, yang secara terbuka mencabar kewibawaan pihak penguatkuasa.
Dan, perlu diingat, kuasa memang selalu berada di dalam tangan pihak-pihak seperti JPJ dan polis untuk mereka mengambil tindakan. Sekarang ini apa yang kita saksikan adalah gelombang “pengambilan tindakan” itu tadi – yang dijalankan termaktub kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan terakhir pada 2006. Sudah tentu mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal tahu bahawa mereka sendiri telah melanggar peraturan.
Untuk memahami duduk-letak perkara ubahsuai ini, undang-undangnya hampir sama halnya jika dilakukan terhadap kereta. Kami pernah menulis tentang beberapa isu berkaitan, misalnya mengapa tayar kangkang pada kereta menjadi satu kesalahan, dan juga penggunaan body wrap bagaimana yang dibolehkan. Dan kali ini, kita akan lihat pula secara lebih khusus berkaitan modifikasi terhadap motosikal.
Secara umumnya, mana-mana kenderaan yang digunakan di atas jalan raya yang telah diubahsuai menyimpang daripada *Vehicle Type Approval* (VTA) adalah merupakan satu kesalahan. Secara ringkasnya, VTA merupakan kelulusan daripada JPJ yang membolehkan sesebuah kenderaan itu mula dijual dan digunakan di atas jalan raya, yang disahkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan.
Dan, sekiranya ada modifikasi yang ingin dibuat selepas itu, kenderaan perlulah mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya. Ini perkara asas yang perlu difahami. Jadi, adakah pengguna boleh melakukan sebarang ubahsuai terhadap motosikal milik persendirian? Tentu saja boleh. Tetapi, jika ia melanggar peraturan sedia ada, jangan marah-marah sekiranya anda dikenakan tindakan.
Dalam artikel ini, kita akan lihat serba-sedikit tentang kesalahan yang biasa dilakukan terhadap motosikal modifikasi, supaya anda tahu ubahsuai bagaimana yang boleh dan mana yang tak boleh. Bila dah tahu, kenalah tanggung risiko sendiri. Jangan pula bila ditahan oleh pegawai bertugas, ada yang kata tak tahu bahawa semua ini merupakan satu kesalahan. Kenalah jadi *gentleman*.
**Ekzos bising**
Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan. Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan.
**Tayar sotong**
Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.
**Tayar gemuk**
Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagian *fork* depan dan juga *swingarm* asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.
**Tukar coverset**
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
**Tiada cermin sisi**
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas.
**Nombor plat pendaftaran**
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjad *fancy*, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.
***Upgrade*** **kabel**
Antara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap. Ini tidak menjadi kesalahan.
**Ubahsuai enjin**
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.
**Hukuman**
Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa *on-the-spot*, makan pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda. Bukan itu saja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.
Perlu juga difahami bahawa semua ini boleh dikuatkuasakan sekiranya motosikal terbabit ditahan di atas jalanraya. Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.
Sumber: paultan.org (25 September 2019)
Tarikh Input: 19/12/2023 \| Kemaskini: 19/12/2023 \| miorazham
PERKONGSIAN MEDIA |
| Shard | 69 (laksa) |
| Root Hash | 1291335697725356069 |
| Unparsed URL | my,edu,upm!apsec,/artikel/modifikasi_motosikal_salah_di_sisi_undang_undang-76901 s443 |