🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 184 (from laksa115)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
20 days ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0.7 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttps://anyflip.com/xlqtw/jdtl/basic
Last Crawled2026-04-02 06:41:18 (20 days ago)
First Indexed2022-09-27 00:46:41 (3 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleBUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip
Meta DescriptionView flipping ebook version of BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 published by NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe on 2022-06-11. Interested in flipbooks about BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022? Check more flip ebooks related to BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 of NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe. Share BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 everywhere for free.
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) Pendidikan TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN PENULIS Mohamad Hazzim bin Suahimi Nursuhailah binti Mohamed Kassin EDITOR Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman Ana Suhana binti Zainuddin PEREKA BENTUK Noor Nasriq Eqbal bin Ahmad Mijar ILUSTRATOR Muhammad Izzuan bin Idris Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 i No. Siri Buku: 0012 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan KK 741-221-0102011-49-3284-20101 dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak ISBN 978-983-49-3284-8 yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penyemakan buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Naskhah Sedia Kamera, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia. bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia. mahupun dengan cara perakaman tanpa • Bahagian Pembangunan Kurikulum, kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Dewan Bahasa dan Pustaka. kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterbitkan untuk • Jabatan Muzium Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Yayasan Warisan Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka, • Majlis Perbandaran Muar. Jalan Dewan Bahasa, • Ama Farm & Resort Training Centre, Muar. 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) dan orang perseorangan yang terlibat secara No. Faksimile: 03-21479643 langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Laman Web: http://www.dbp.gov.my penerbitan buku teks ini. Reka Letak dan Atur Huruf: HAI! Reka Cetak Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 Poin Dicetak oleh: Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., Jalan Tanjong Api, Off Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pendahuluan iv Pengenalan Ikon vi Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 1 Bahasa Seni Visual 2-3 Projek Seni Visual Penggal Satu 4-5 6-7 Portfolio Pendidikan Seni Visual 8-13 14-19 UNIT 1 Gambaran Minda 20-25 UNIT 2 Pembina Cilik 26-33 UNIT 3 Ilusi dan Realiti 34-45 UNIT 4 Cik Lebah dan Madu 46-49 UNIT 5 Si Cilik Koi 50-55 56-61 Projek Seni Visual Penggal Dua 62-67 68-75 UNIT 6 Inspirasi Corak Rekaan 76-87 88-89 UNIT 7 Celupan Kreatif 90 UNIT 8 Seni Kraf Warisan iii UNIT 9 Wau Bulan Sirih Pinang UNIT 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Glosari Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 6, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini memfokuskan kandungannya melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP yang menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif. Buku teks ini disediakan sebagai panduan murid untuk mencapai objektif Pendidikan Seni Visual di samping membantu guru untuk menjalankan PdP yang lebih berkesan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang disediakan dalam buku teks ini mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad Ke-21 dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Aktiviti dalam buku teks ini menjurus kepada pembinaan insan berliterasi bahasa seni visual menerusi aktiviti eksplorasi seni, pengkaryaan, projek seni, portfolio seni, pengurusan pameran dan pembudayaan seni secara individu dan berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan lima modul kurikulum, iaitu: • Bahasa Seni Visual • Kemahiran Seni Visual • Kreativiti dan Inovasi Seni Visual • Apresiasi Seni Visual • Projek Seni Visual Buku teks ini mengandungi 10 unit yang meliputi empat bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk dan membuat binaan; dan mengenal kraf tradisional. Aktiviti dan eksplorasi seni dilaksanakan dengan menggabungkan bidang Pendidikan Seni Visual serta memfokuskan bahasa seni visual, iaitu enam unsur seni dan tujuh prinsip rekaan. PdP bagi 10 unit dalam buku teks ini dibahagikan kepada dua penggal. Pada penggal pertama, murid didedahkan dengan cadangan penghasilan portfolio Pendidikan Seni Visual. Pembelajaran dimulakan dengan aktiviti bidang menggambar serta membentuk dan membuat binaan, seterusnya aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. Pada penggal kedua, murid membuat aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional, diikuti dengan aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. iv Penyusunan 10 unit dalam buku teks ini dicadangkan mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Namun begitu, guru bebas dalam menentukan kaedah PdP berdasarkan kemampuan murid masing-masing. UNIT TAJUK MINGGU PENGGAL 1 1 1 Portfolio Pendidikan Seni Visual 1 1 1 Gambaran Minda 2 5 2 Pembina Cilik 5 EWAH! 3 Ilusi dan Realiti 1 1 4 Cik Lebah dan Madu 1 2 5 Si Cilik Koi 5 1 Projek Seni Visual Penggal Satu 5 PENGGAL 2 6 Inspirasi Corak Rekaan 7 Celupan Kreatif 8 Seni Kraf Warisan 9 Wau Bulan Sirih Pinang 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Projek Seni Visual Penggal Dua Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan gambar, ilustrasi dan proses penghasilan karya untuk menambahkan kefahaman murid terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Murid juga perlu mengumpulkan maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan di dalam portfolio seni. Bahan dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam melaksanakan PdP dan guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti berdasarkan kreativiti serta aras kecerdasan dan keperluan murid. Kandungan buku teks ini turut dipersembahkan melalui penggunaan ikon, kod Quick Response (QR) dan Augmented Reality (AR) yang boleh diimbas melalui aplikasi telefon pintar. Selari dengan peredaran masa yang mesra teknologi, pendekatan sebegini dapat meningkatkan kefahaman murid serta memberikan keseronokan semasa belajar. Bahan video serta paparan visual berbentuk digital dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang lebih cepat dan berkesan. Penulis berharap agar penerbitan buku teks ini dapat membantu murid untuk lebih memahami Pendidikan Seni Visual melalui pengalaman yang menarik dan menyeronokkan semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, buku teks ini dapat dijadikan panduan utama guru dalam melaksanakan dan menjayakan PdP di dalam mahupun di luar kelas serta melahirkan murid yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif selari dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. v Nombor dan Subtajuk tajuk unit 1.1.1 Nota Guru 1.1.2 (i, ii) 3.1.1 (i, ii) Cadangan aktiviti dan maklumat tambahan yang disediakan sebagai panduan kepada guru untuk membimbing murid melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nombor Standard Pembelajaran INFORMASI KBAT Maklumat tambahan atau Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk baharu yang menarik. merangsang pemikiran murid. AWAS! AKTIVITI PAK-21 Peringatan tentang penjagaan Cadangan aktiviti pengajaran kebersihan dan keselamatan. dan pembelajaran. IMBAS KEMBALI IMBAS SAYA Mengingat pembelajaran yang pernah dipelajari. KOD QR TIP Maklumat sokongan dalam Panduan menjalankan aktiviti. bentuk dokumen, imej dan video. AUGMENTED REALITY (AR) Maklumat tambahan dalam bentuk 2D dan 3D dengan memuat turun aplikasi melalui kod QR yang disediakan. Play Store App Store (Android) (iOS) vi Terdapat beberapa cadangan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam mahupun di luar kelas. Main Peranan (Role Play) Aktiviti dijalankan secara individu. Murid diberi masa dan tanggungjawab memegang sesuatu peranan atau watak dalam persembahan. Tanda Bicara (Talking Chips) Aktiviti secara berkumpulan yang menggunakan sesuatu objek sebagai penandaan bagi setiap ahli kumpulan untuk memberikan pendapat. Setiap ahli kumpulan tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk bercakap. Jalan Galeri (Gallery Walk) Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil kerja di dinding kelas. Kumpulan lain akan menilai dan memberikan komen masing-masing secara penilaian kendiri. Ulas Gilir (Rotating Review) Aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan, catatan maklumat tentang hasil kerja pada kertas sebak dan memaparkannya kepada kumpulan lain. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir untuk menilai dan menambah baik hasil kerja tersebut. Giliran Robin (Rally Robin) Murid berinteraksi secara berpasangan dan cenderung kepada aktiviti lisan. Murid memberikan respons tentang sesuatu isu atau persoalan secara bergilir-gilir. Kongsi Cendekia (Sages Share) Kegiatan pembelajaran murid di dalam kelas secara individu atau berkumpulan untuk membincangkan topik yang diberikan oleh guru. Murid akan memberikan sumbang saran dan diminta mencatat tandatangan mereka. Seterusnya, murid lain pula akan menemu ramah rakan mereka yang mempunyai tandatangan tersebut bagi mendapatkan maklumat. 1 BAHASA SENI VISUAL Mari lihat bahasa seni visual yang terdapat pada hasil karya. Imbangan Ruang Kesatuan Imbangan simetri pada Ruang nyata pada Karya teknik catan bertemakan bentuk wau bulan yang komposisi ini hidupan laut menampakkan sama pada bahagian kesatuan melalui gabungan menunjukkan kedudukan kiri dan kanan. objek jauh dan dekat. bentuk dan jalinan. Jalinan Warna Kontra Ukiran motif timbul Warna sejuk dan panas Bentuk dan warna yang pada aksesori digunakan dalam hasil berbeza mewujudkan ini menimbulkan karya ikatan dan celupan jalinan sentuh. kesan kontra pada beg ini yang kedua-dua pasu. Hasil 2 menggabungkan karya bidang mengenal bidang membuat corak kraf tradisional boleh dan rekaan dengan digabungkan dengan membentuk dan bidang membuat corak membuat binaan. dan rekaan. Harmoni Rupa Harmoni dari segi Olahan rupa geometri dan warna yang terhasil organik disusun dalam hasil pada karya catan karya ini. ini menimbulkan rasa damai. Penegasan Garisan Penegasan wujud pada Pelbagai jenis garisan seperti kelopak bunga raya yang garisan halus, tebal, selari dan melengkung digunakan berwarna merah dan pada karya lukisan ini. stigma yang menjalar. Bentuk Ritma dan Pergerakan Gabungan bentuk Struktur pada arca ini dibina secara kon, kubus dan sfera berulang-ulang bagi mewujudkan digunakan untuk kesan ritma dan pergerakan. menghasilkan arca Kepelbagaian stabail ini. Bahasa seni visual Kepelbagaian media dan sangat penting dalam bahan alam semula jadi menghasilkan sesuatu seperti batu dan cangkerang karya seni. diaplikasikan dalam gubahan karya ini. 3 PROJEK SENI VISUAL PENGGAL SATU Sepanjang penggal satu, kamu akan menghasilkan beberapa aktiviti dan karya berdasarkan bahasa seni visual dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Seterusnya, kamu akan mempelajari dua bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar serta membuat corak dan rekaan. Pameran boleh dilaksanakan secara berskala kecil di kawasan sekolah seperti di dalam kelas. Sebelum Pameran 1 Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan. 2 Tentukan tema pameran yang sesuai. 3 Pilih dan tentukan lokasi pameran. 4 Kumpulkan hasil karya penerokaan dan maklumat seperti aktiviti cerakin bahasa seni visual yang telah kamu buat sepanjang penggal satu di dalam portfolio seni. 5 Susun atur karya mengikut bidang gabungan. 6 Hasilkan bahan promosi pameran seperti poster, brosur atau gegantung untuk mempromosikan pameran seni visual melalui hebahan lisan atau hebahan digital. 7 Sediakan label dan buat kemasan karya bagi bidang menggambar dengan menyediakan bingkai pada setiap karya yang telah dipilih. 8 Tentukan harga hasil karya kamu untuk jualan semasa hari pameran. SKDA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA ALAM USAHA TEKUN JAYA Nama pengkarya: ..................................................................... Tajuk karya: ............................................................................... Media: ........................................................................................ Saiz karya: ................................................................................. Tahun: ........................................................................................ Harga: ........................................................................................ Penyediaan bingkai Penyediaan label 4 Semasa Pameran 1. Semua ahli jawatankuasa pameran harus mengetahui bidang tugas masing-masing supaya pameran berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang disediakan. 22. Kamu perlu mengaplikasikan kemahiran, mencerakinkan bahasa seni visual, menceritakan sumber idea rekaan dan menilai hasil karya seni. 3. Pastikan hasil karya kamu dapat dilihat secara jelas oleh pengunjung. 44. Proses apresiasi seni berlaku secara berdialog dan kamu perlu memberikan penerangan tentang hasil karya yang dipamerkan kepada para pengunjung. 5. Kamu perlu menerangkan harga karya jika terdapat pengunjung yang ingin membeli hasil karya kamu. Selepas Pameran 1. Ahli jawatankuasa yang bertugas perlu menyimpan karya seni kembali. 2. Ahli jawatankuasa kebersihan perlu bertindak supaya tempat yang digunakan sentiasa bersih dan kemas. 3. Semua ahli jawatankuasa harus membuat perbincangan kecil tentang kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan dalam pameran yang telah dijalankan supaya projek penggal kedua dapat ditambah baik. 44. Semua ahli harus mengetahui proses penyimpanan hasil karya supaya selamat dan terpelihara dengan menggunakan semburan pemati warna, plastik lut sinar bagi karya menggambar, fail berlabel dan kotak berlabel supaya memudahkan proses penyimpanan dan karya akan tahan lebih lama. 55. Hasil jualan karya semasa hari pameran boleh dikumpulkan dan disumbangkan kepada kelab sekolah. NOTA GURU • Bimbing murid menjalankan proses persediaan sebelum, semasa dan selepas pameran seni visual berdasarkan perancangan yang telah dibuat supaya dapat berjalan lancar. • Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan 5.1.1 aplikasi digital. 5.1.2 • Bimbing murid menceritakan karya sendiri dan memberikan pendapat tentang karya 5.1.3 rakan lain semasa pameran seni visual. 5.1.4 5.1.5 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) 5 PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI visual Portfolio ialah bekas mudah alih untuk menyimpan dan mengumpulkan maklumat, bahan bercetak dan koleksi gambar karya seni. Kamu perlu menghasilkan sebuah portfolio seni visual dengan menggunakan kad manila. Semua bahan seperti maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan perlu disimpan di dalam portfolio ini. Kamu boleh menyediakan portfolio seni visual seperti cadangan ini. Kad manila 5 cm 35 cm 2 cm 2 cm 30 cm 54 cm Cadangan ukuran portfolio 1 Ukur dan lakarkan saiz portfolio berdasarkan ukuran di atas pada kad manila. Pastikan ukuran penutup dan bahagian tepi diambil kira. 2 Gunting lakaran garisan yang telah dibuat secara kemas. 3 Hasil kad manila yang telah digunting Gunting secara serong mengikut cadangan ukuran. pada bahagian atas kad manila sebagai penutup portfolio seni. 6 4 Lipat kad manila ke dalam 5 mengikut garisan yang telah ditandakan. Cantumkan bahagian kiri Belakang dan kanan kad manila dengan gam atau pita pelekat dua muka. 6 Tulis nama, tahun dan tajuk portfolio seni kamu. Tampalkannya di hadapan portfolio seni. Hadapan 7 Kumpulkan semua bahan dan hasil penerokaan seni yang dibuat sepanjang pembelajaran di dalam portfolio seni kamu. Tampalkan hasil aktiviti penerokaan pada buku lakaran kamu dengan kemasnya. Contoh hasil portfolio lain IMBAS SAYA Contoh dokumentasi lain NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan portfolio seni visual secara kreatif dengan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai. • Bimbing murid mengumpulkan maklumat dan bahan penerokaan di dalam portfolio seni 3.1.1 secara baik dan kemas. (i, ii) • Ingatkan murid supaya merujuk maklumat dan bahan penerokaan semula semasa menghasilkan karya gabungan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 7 GAMBARAN MINDA KAMPUNGKU Mari kita lihat bahasa seni visual yang terdapat dalam karya ini dengan penerokaan media kering yang berbeza. Kontra dari segi warna dapat diwujudkan Terdapat jalinan tampak pada melalui penggunaan warna jingga pada pokok karya ini melalui lakaran duri kaktus dengan warna biru pada latar karya. halus pada pokok kaktus. Kepelbagaian dapat ditimbulkan pada unsur bentuk dan jenis garisan yang digunakan dalam karya. Objek pokok Garisan halus wujud kaktus yang dalam karya melalui mempunyai teknik lukisan struktur dan silang pangkah. bayang mewujudkan bentuk ilusi. Ruang wujud pada karya ini apabila berlakunya pertindihan antara beberapa objek. INFORMASI Garisan boleh berfungsi sebagai suatu tafsiran. Contohnya, garisan tegak pada Menara Kuala Lumpur menunjukkan kekukuhan, kestabilan dan keteguhan. 8 Catan merupakan hasil seni pada permukaan kertas atau kanvas yang menggunakan cat air, cat poster dan cat minyak. Catan ialah hasil menggambar dalam bentuk dua dimensi. Ruang Harmoni Karya ini menunjukkan tiga bahagian ruang Penggunaan warna sejuk pada latar ilusi, iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan belakang yang bergunung-ganang ruang belakang. Objek yang dekat seperti memberikan kesan ketenangan dan motosikal di ruang hadapan. harmoni pada karya. Ruang belakang Ruang tengah Ruang hadapan Garisan paksi Imbangan Bentuk Kedudukan motosikal serta beberapa objek Kesan ton warna yang cerah dan lain lebih berat pada bahagian kanan dan gelap serta penghasilan bayang dapat memberikan kesan imbangan tidak simetri menimbulkan bentuk ilusi pada hasil karya. pada hasil karya. Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain IMBAS SAYA yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini? Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang Borang cerakin bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. NOTA GURU 1.1.1 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. 1.1.2 (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. 9 EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) ALAT TULIS SAYA Mari hasilkan lukisan alat tulis kamu melalui penerokaan bahasa seni visual dengan pelbagai media. Buat lakaran pelbagai rupa dan bentuk alat tulis kamu secara peniruan (imitasi) dengan media yang berbeza. Lakarkan pelbagai jenis garisan bagi menimbulkan kesan jalinan pada objek yang telah kamu lukis. Teknik silang pangkah Garisan selari Garisan zig-zag Lorek objek dengan membuat garisan pada ruang yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang berbeza. Contoh hasil karya lain. Kumpulkan hasil lukisan kamu di dalam portfolio seni. 10 INFORMASI Datuk Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang dikenali sebagai Lat merupakan seorang kartunis Malaysia yang terkenal. Karya beliau, Kampung Boy (1979) yang telah dibukukan menerapkan unsur garisan dalam lukisannya. Teknik garisan kontur dapat menimbulkan bentuk dengan lebih jelas dan berstruktur. Teknik kontur bentuk silinder Kesan penggunaan pen penanda akan menghasilkan garisan tebal yang dapat menimbulkan penegasan pada karya. Garisan melengkung Kepelbagaian dari segi garisan wujud dalam karya dengan melakarkan pelbagai garisan bagi menimbulkan jalinan dan rupa tertentu pada hasil karya. Gabungan hasil karya menggambar dengan karya membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan seperti pelapik tetikus. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. 2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan hasil karya. 2.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. (i, ii) 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: 11 Mahir Berkomunikasi TINGKAP DAMAI Mari kita teroka pelbagai media melalui teknik lukisan dengan menggunakan tetingkap fokus. Garisan perspektif akan memberikan kesan ruang pada penghasilan karya dua dimensi. Cari gambar pemandangan pada Lakarkan pemandangan yang bahan bercetak dan letakkan mempunyai pembahagian ruang tetingkap fokus pada imej tersebut. dengan menggunakan tetingkap fokus. Kedudukan objek yang Garisan tebal bertindih mewujudkan dan halus dapat kesan ruang. Hasil menjelaskan lorekan lebih jelas jarak dan saiz pada objek di hadapan di antara objek. untuk mendapatkan jalinan tampak. Pensel warna Pen Lorek imej dengan pelbagai media kering Kedudukan ruang untuk mendapatkan di belakang dikenali bentuk yang berbeza. sebagai ruang dalam. Olahan garisan dapat Warna yang lebih gelap mewujudkan bentuk dapat menimbulkan ilusi pada hasil karya. kedalaman ruang. Pensel Pen penanda TIP Kamu juga boleh merakamkan gambar di kawasan sekolah sebagai rujukan untuk menghasilkan lukisan. INFORMASI IMBAS SAYA Tetingkap fokus berfungsi untuk memfokuskan Penghasilan sesuatu objek tertentu untuk dilukis di persekitaran tetingkap atau di kawasan lapang. fokus 12 Alat dan bahan Bahan cetak bergambar Kertas lukisan Tetingkap fokus Pensel Pen penanda Pensel warna Pen Potong kadbod untuk INFORMASI menghasilkan bingkai gambar. • Ruang dalam merupakan ruang ilusi yang kelihatan jauh dan luas pada permukaan dua dimensi. • Garisan perspektif dapat memperlihatkan ruang jauh dan dekat. Kamu boleh menggabungkan hasil karya menggambar dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti menghasilkan bingkai gambar. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan 2.1.1 karya gabungan. 2.1.2 • Bimbing murid membuat tetingkap fokus sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi 13 : Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) PEMBINA CILIK DUNIA GEMILANG Mari kita lihat bahasa seni visual dalam penghasilan karya tiga dimensi yang berbentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut. Arca ini berbentuk hati Penggunaan warna merah Penegasan wujud yang bersifat tiga dimensi, pada arca menimbulkan kontra pada karya kerana mengandungi ketinggian, dengan persekitaran dan dapat kelebaran dan kedalaman. menarik perhatian pengunjung. arca ini dibina di kawasan lapang. Arca ini dibina dalam imbangan tidak simetri pada bentuknya yang masih menampakkan keteguhan dan kestabilan. Karya tiga dimensi ini mempunyai ciri-ciri nyata dan menampakkan nilai estetik. INFORMASI Estetik ialah keindahan dan kecantikan yang terdapat pada sesuatu hasil karya seni. Bincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh karya atau binaan lain. Kamu boleh menggunakan IMBAS SAYA borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. Borang cerakin bahasa seni visual 14 Arca asemblaj merupakan hasil cantuman pelbagai bahan dan media. Bahan yang dipilih akan dicantumkan untuk mewujudkan kesatuan dalam penghasilan arca. Jalinan Kontra Pelbagai bahan cantuman seperti Kontra wujud dengan penggunaan besi, logam dan plastik terpakai warna merah pada badan arca digunakan dalam karya ini. yang dapat menarik perhatian dan Kepelbagaian jalinan sentuh wujud mengelakkan kebosanan. seperti jalinan kasar dan bergerigi. Harmoni Bentuk Harmoni dari segi bentuk Penggunaan bentuk dan ruang wujud dalam konkrit seperti silinder, karya ini melalui olahan segi empat dan susun atur pelbagai bulatan diolah dalam bahan dari kaki hingga pelbagai komposisi. Bentuk tangan arca kepala arca. memberikan makna dan menjadi titik fokus bagi karya ini. 1.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1.1.3 (iii) dalam bidang membentuk dan membuat binaan. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Nilai Murni : Menganalisis PAK-21: Giliran Robin 15 (Rally Robin) BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH Mari bina karya arca stabail secara kreatif. Kamu boleh meneroka bahasa seni visual seperti bentuk, imbangan dan kesatuan untuk memberikan keteguhan pada hasil karya. Media: Bod impra AWAS! 1 Berhati-hati semasa memotong kepingan bod untuk membuat tanggam. Lakarkan rupa bulat dan potong bod impra kepada beberapa bahagian kecil. Potong sebahagian keratan 2 rentasnya sebagai tanggam untuk disambungkan antara satu sama lain. 3 Hasilkan corak pada permukaan rupa bulat dengan pelekat hiasan mengikut kreativiti kamu. 4 Cantumkan bahagian tanggam untuk membina arca stabail. Aplikasikan prinsip imbangan dan unsur bentuk semasa menghasilkan arca stabail. Media: Bod busa Kamu boleh menggunakan bahan lain seperti bod busa untuk membentuk arca stabail. 16 INFORMASI Hasil karya ini Tanggam ialah sambungan kayu yang menggabungkan bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh. bidang membentuk dan membuat binaan 5 dengan membuat Pastikan cantuman tanggam dibuat secara teliti. Bina corak dan rekaan. reka bentuk arca bermula dari tapak yang lebih luas dan besar supaya arca seimbang dan kukuh. Rupa yang sama disusun secara berulang-ulang akan menghasilkan corak. Contoh karya 1 Contoh karya 2 Imbangan perlu dititikberatkan supaya binaan yang dihasilkan lebih stabil dan kukuh. Kesatuan dapat dilihat pada hasil karya dari segi warna dan gabungan bentuk yang tersusun. Contoh karya 3 Contoh karya 4 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. 2.1.1 • Bimbing murid membuat potongan bentuk sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. 2.1.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk dan imbangan pada hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 17 KOTAK KEJUTAN Mari kita teroka pelbagai media bagi menghasilkan sebuah binaan yang kukuh dan berfungsi. 1 2 Kumpulkan kotak kecil pelbagai Buka bahagian kotak satu per satu dan amati bentuk dan saiz. lipatannya secara teliti. Jadikan bukaan kotak sebagai templat dan tampalkannya pada kertas lukisan sebagai maklumat rujukan. Kotak hadiah Kertas lukisan Kotak piza Kad manila Kotak makanan Kad warna 18 Mari kita teroka penghasilan bentuk kotak yang Alat dan bahan lebih kreatif dengan pelbagai alat dan bahan. Kamu perlu meneliti bentuk, ruang dan imbangan semasa Kertas lukisan menghasilkan kotak. 3 Kad Lakarkan rupa kotak pada manila kertas lukisan. Kemudian, gunting kertas Gunting dan bentukkannya. Pensel Hasil karya ini Pelbagai merupakan bentuk jenis konkrit yang nyata kad dan dapat dilihat dari pelbagai arah. Gam Ruang terhasil daripada perbezaan jarak dan kedalaman yang terdapat pada hasil karya. Pemilihan warna terang akan memberikan kesan penegasan dan daya tarikan pada karya. Hasil karya ini boleh digabungkan dengan bidang menggambar atau membuat corak pada permukaan luar kotak. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. 2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti jenis bentuk dan imbangan pada 2.1.2 hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Kongsi Cendekia 19 (Sages Share) ILUSI DAN REALITI REALITI ALAM Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup kerana kawasannya sempit dan terhad. Kepelbagaian wujud pada bentuk perabotnya. Pemandangan taman bunga yang luas dan lapang merupakan ruang terbuka. Penegasan wujud pada bunga yang berwarna merah. Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek. INFORMASI Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster. 20 Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda dan oil pastel. Ruang Penegasan Kedudukan Penegasan wujud dua objek yang pada bentuk dan bertindih akan menimbulkan warna burung kakak tua yang kesan ruang. berwarna merah Burung kakak tua dan dapat yang berada menarik perhatian di hadapan berbanding dengan nampak lebih jelas dan besar objek lain. berbanding dengan pokok yang berada jauh di belakang. Warna Kepelbagaian Penggunaan warna Kepelbagaian sekunder, iaitu wujud melalui olahan pelbagai hijau memberikan jenis garisan, rupa rasa damai. Warna dan jalinan tampak. tertier, iaitu warna Pemandangan merah kekuningan menenangkan pada burung kakak melalui bentuk tua menjadi daya objek flora tarikan dalam dan fauna. karya ini. IMBAS SAYA Cerakinkan bahasa seni visual Borang cerakin menggunakan borang cerakin yang bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. 1.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir 21 (Rotating Review) LIHAT DAN SENTUH Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. Teknik Capan Bahan Pembalut gelembung Teknik Kolaj Cat air Bahan Kacang hijau Teknik capan dan teknik lukisan menggunakan garisan silang Daun plastik pangkah dapat mewujudkan TIP jalinan tampak pada karya. Kamu juga boleh menggunakan teknik gosokan dan cetakan Jalinan sentuh terhasil melalui untuk menghasilkan kesan teknik kolaj yang menggunakan jalinan tampak. 22 tampalan bahan alam semula jadi dalam karya. Teknik Montaj Bahan Teknik Lukisan Gambar bercetak Bahan Pen warna Senaraikan bahan serta jalinan yang terdapat di sekeliling kamu. Hasil karya bidang menggambar juga boleh digabungkan dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti hiasan dinding. Kepelbagaian teknik dan bahan dalam menghasilkan karya dapat menimbulkan daya tarikan dan mewujudkan variasi. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti menggambar. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. 2.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2.1.2 (i, ii) : Menilai Kemahiran Abad Ke-21: 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi Bersifat Ingin Tahu 23 KAKTUS KHATULISTIWA Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik. Cari gambar pasu C yang besar daripada 1 sumber Internet dan cetak. Gunting dan tampalkannya pada kertas lukisan. AB DE 2 Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti. Gunting imej pokok kaktus. Pemilihan bentuk pokok kaktus Susun pokok kaktus pada yang pelbagai mewujudkan kesatuan dalam gubahan karya. 3 gambar pasu dengan menerapkan unsur ruang yang harmoni dalam karya dengan teknik montaj. Penggunaan bentuk, jalinan dan warna yang disusun secara seragam menimbulkan harmoni dan memberikan ketenangan. 24 A B C Alat dan bahan Kertas lukisan 4 Teknik kolaj pada kain felt dapat membentuk Bahan pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. gambar bercetak A B C Kertas warna Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis Kain felt Gunting 5 gambar pokok kaktus menggunakan pensel warna. Garisan yang dibuat akan menimbulkan kesan jalinan yang harmoni. Contoh Gam karya lain Pensel Kamu boleh menggabungkan warna hasil karya ini dengan membentuk dan membuat binaan seperti kad ucapan dan buku nota. 2.1.1 NOTA GURU 2.1.2 • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui (i, ii) 2.1.3 aktiviti menggambar. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin 25 (Rally Robin) CIK LEBAH DAN MADU Mari hasilkan kotak yang Produk: Kotak makanan menggabungkan bidang Fungsi: Pembungkusan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kad manila, pen dan pen penanda A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan proses: Lukisan, lipatan dan cantuman Kemasan: Ikatan reben Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan serangga. Pepatung Lebah (hal benda yang dipilih) Kupu-kupu Kumbang Ayuh, kita lihat badan dan sarang lebah untuk membuat lakaran idea! Lakaran Idea Hal Benda Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 26 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Olahan 1 Olahan 3 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea badan lebah Pertemuan antara permulaan dengan penghujung garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang berulang boleh menghasilkan corak. Olahan 1 Olahan 3 Olahan 5 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea sarang lebah Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kotak untuk dijadikan produk pembungkusan. 3.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 27 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Lakaran Idea Reka Letak Reka letak 1 Reka letak 2 Reka letak 3 Kajian Warna (reka letak yang dipilih) Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pensel warna Media: pen penanda Media: oil pastel (warna yang dipilih) Media lain seperti pen warna, cat air dan cat poster boleh digunakan untuk menghasilkan kajian warna. 28 KARYA GABUNGAN Penjanaan Idea Sumber idea untuk penentuan rekaan produk. Kotak 1 Kotak 2 Kotak 3 (rekaan yang dipilih) Lakaran templat hamparan kotak. Cantuman Bahagian tapak Bahagian hadapan Lakaran kotak IMBAS SAYA Penentuan Bahan Templat hamparan kotak Templat kotak bersaiz A3 Kad manila Penghasilan karya menggabungkan Pen penanda rekaan kotak dengan lukisan lebah dan sarangnya. Imbangan simetri wujud pada Pen bahagian kanan dan kiri kotak supaya Pen warna lebih stabil dan kukuh. 2.1.3 NOTA GURU 3.2.1 • Bimbing murid memilih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak. (i, ii, iii, • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya. iv, v) • Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 29 Pemikir KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat. Lakarkan hamparan kotak 1 berdasarkan templat pada kad manila bersaiz A3. Lukis motif lebah dengan 2 pensel berdasarkan lakaran reka letak yang telah dipilih. Coret pelbagai jenis garisan pada lebah mengikut kreativiti dengan 3 menggunakan pen. Pelbagai garisan akan menimbulkan jalinan tampak. Buat garisan beralun, tebal, 4 sendeng, silang pangkah dan titik-titik pada motif sarang lebah dengan pen warna. Warnakan bahagian 5 lelehan madu dengan pen warna berdasarkan warna yang telah dipilih. AWAS! Warnakan latar belakang Pastikan kamu 6 dengan pen penanda menjaga kebersihan secara teliti dan kemas. dan menggunakan media dengan baiknya semasa menghasilkan karya. 30 KARYA GABUNGAN Alat dan bahan Templat kotak 7 Potong hasil karya mengikut 8 Lipat bahagian sisi dan kenal Kad lakaran yang telah dibuat. pasti bahagian yang ingin manila dicantumkan berdasarkan lakaran templat. Pensel Pen 9 Tampalkan bahagian cantuman dan buat penanda lipatan untuk menghasilkan kotak. Pen TIP Pen Selain gam, kamu juga warna boleh menggunakan pita pelekat untuk mencantumkan hasil karya kamu. Hasil kotak yang Gam telah siap. Gunting Hias kotak Reben 10 dengan ikatan reben sebagai kemasan karya. Tahniah, kotak hasil karya gabungan menggambar dengan membentuk dan membuat binaan telah siap! 3.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. vi, vi) • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya. • Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir 31 (Rotating Review) KARYA GABUNGAN C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA 1 Rakamkan gambar hasil karya menggunakan kamera digital. TIP Selain kamera digital, kamu boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk merakamkan gambar. 2 Pindahkan salinan gambar foto pada komputer untuk dicetak. 3 Cetak gambar foto hasil karya pada kertas A4. AWAS! Minta bantuan guru untuk mencetak gambar foto hasil karya Cik Lebah dan Madu. 4 Bingkaikan gambar foto yang telah dicetak dengan menampalkannya pada kad keras bersaiz A3. 32 KARYA GABUNGAN D. APRESIASI SENI Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu bersama-sama rakan. Karya ini menggabungkan bidang Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif menggambar dengan membentuk dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan, apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses dan membuat binaan. semasa menghasilkan karya kotak ini? Teknik lukisan, lipatan dan cantuman digunakan dalam penghasilan karya kotak ini. Karya ini mempunyai nilai gunaan dan boleh dijadikan kotak pembungkusan madu. Pelbagai jenis media kering seperti pensel, pen, pen penanda dan pen warna digunakan untuk menghasilkan karya ini. Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang dapat dilihat melalui gabungan rupa organik dan pengulangan susunan rupa geometri. 3.2.3 NOTA GURU 4.1.1 • Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk (i, ii, iii, iv, v) pameran. • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Menilai PAK-21: Jalan Galeri 33 (Gallery Walk) SI CILIK KOI Mari hasilkan karya arca yang Produk: Arca stabail (berfungsi) menggabungkan bidang Fungsi: Alat permainan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kadbod, penggulung tisu, cat poster dan pistol perekat panas A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan Proses: Binaan, cantuman Pemilihan Hal Benda dan catan Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Kemasan: Semburan pengilat Ikan emas Ikan arowana Ikan koi (hal benda yang dipilih) Ikan laga Mari kita lihat struktur ikan koi bagi menghasilkan karya seni ini. Lakaran Idea Hal Benda INFORMASI Ekor Ikan koi atau nama Sirip saintifiknya Cyprinus carpio dianggap Kepala ikan yang istimewa kerana mempunyai Sisik corak yang menarik Insang pada badannya. 34 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Pandangan Pandangan sisi Pandangan sisi Pandangan atas belakang Penentuan Media dan Bahan Badan ikan daripada botol Botol 500 ml Lipatan kertas origami untuk minuman. Sirip dan ekor membentuk ikan koi. daripada kad manila. Penggunaan modelling clay Cantuman penggulung tisu dan kulit telur untuk mendapatkan bentuk ikan untuk membentuk badan dan kepala ikan. koi yang bersifat tiga dimensi. (penentuan bahan yang dipilih) 3.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan karya gabungan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan reka bentuk. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 35 KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Ikan Kad busa sebagai sirip dan ekor. Manik sebagai jalinan pada badan ikan. Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca Bahagian tapak Permukaan rata untuk Penutup botol Pemusing roda untuk menggunakan aktiviti menggambar sebagai roda untuk menggerakkan roda bahan yang lebih menggerakkan lidi berat, kukuh (catan). pada arca stabail arca stabail. dengan mudahnya. dan rata. Kadbod Bahagian belakang Bahagian hadapan Lakaran Idea Catan Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 Lakaran idea 3 36 (lakaran idea yang dipilih) KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Akhir Susun atur batu dan cangkerang. Susun atur 1 Susun atur 2 Lakaran reka (susun atur yang dipilih) bentuk akhir Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Kajian Warna Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pen warna Media: oil pastel Media: pensel warna (warna yang dipilih) 3.2.1 NOTA GURU (ii, iii, iv, v) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan kajian warna. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 37 KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Proses Membina Tapak Arca Stabail 1 Potong kadbod menjadi empat bukaan untuk dijadikan tapak arca. Kadbod akan dicantumkan menjadi kotak separa terbuka. Tebuk dan cantumkan penutup botol Roda 1 2 pertama dengan lidi untuk dijadikan roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada penutup botol kedua sebagai roda 2. AWAS! Berhati-hati semasa menebuk penutup botol dan menggunakan pistol perekat panas. Roda 2 3 Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari. Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan pastikan kedudukannya di tengah-tengah kotak. Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol 4 perekat panas untuk menghasilkan kotak separa terbuka. 38 KARYA GABUNGAN Tebuk dan tampalkan penyedut minuman Alat dan bahan pada bahagian atas kotak sebagai paksi Penutup 5 untuk memasukkan lidi roda 2. botol minuman 6 Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan Roda 2 dengan roda 2 pada bahagian atas. Roda 1 Kadbod Kedudukan ini akan menghasilkan daya untuk menggerakkan arca ikan koi Lidi dengan lancarnya. tebal 7 Lekatkan modelling clay sebagai Pistol pengunci bagi mengawal pergerakan perekat lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk panas memudahkan proses pergerakan arca ini. Gunting Modelling clay Penyedut minuman kertas Hasil tapak arca stabail 3.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan vi, vi) karya gabungan. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pistol perekat panas dengan betulnya. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk menghasilkan tapak arca stabail. • Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan roda bagi menggerakkan arca stabail. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 39 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail 1 2 Warnakan sekeliling kotak dengan cat Lakarkan latar belakang keseluruhan poster putih untuk lapisan pertama. kotak berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. 3 Warnakan latar belakang dengan ton warna yang lebih gelap di hadapan dan terang di belakang untuk mewujudkan unsur ruang jauh dan dekat. 4 Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan visual dua dimensi pada karya. 40 KARYA GABUNGAN 6 Tebuk lubang pada bahagian Alat dan bahan tapak cawan kertas dan masukkannya pada penyedut Pensel minuman sebagai tapak ikan. Cat 5 poster Tampalkan kad busa pada Berus bahagian atas kotak sebagai warna kemasan pada tapak arca. Sebagai kemasan, sembur 7 Palet karya dengan penyembur pengilat supaya karya tahan 8 Tampalkan cangkerang dan Kad lebih lama dan tidak pudar. batu hiasan pada permukaan busa kotak supaya lebih kemas dan menarik. Gam kuat Cawan kertas Penyembur pengilat AWAS! Hasil catan pada tapak arca stabail. Pastikan kamu menjaga kebersihan Bahan dengan mengalas hiasan tapak arca sebelum mewarna dan membuat semburan. 3.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, vi, • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang v, vi) telah dipilih. • Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan. • Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan disiplin pengkaryaan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 41 Berdaya Tahan KARYA GABUNGAN Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail 1 Tebuk dan warnakan kulit telur dengan 2 Leperkan hujung penggulung tisu cat poster untuk dijadikan kepala ikan. dan balut dengan kain felt sebagai badan ikan dengan kemasnya. TIP Tebuk kulit telur dengan hujung gunting dan keluarkan telur secara berhati-hati. 3 Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa. Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan. 4 Kemaskan bahagian hujung badan ikan 5 Tampalkan mata dan mulut pada yang membentuk ekor ikan. permukaan telur sebagai muka ikan. 42
Markdown
- [Quick Upload](https://anyflip.com/quick-upload/) - [Explore](https://anyflip.com/explore/) - [Features](https://anyflip.com/features/) - [Support]() - [Contact Us](https://anyflip.com/contact/) - [FAQ](https://anyflip.com/faq/) - [Help Document](https://anyflip.com/manual.html) - [Pricing](https://anyflip.com/pricing/) [Sign In](https://anyflip.com/login.php) [Sign Up](https://anyflip.com/signup.php) - [Quick Upload](https://anyflip.com/quick-upload/) - [Explore](https://anyflip.com/explore/) - [Features](https://anyflip.com/features/) - [Support]() - [Contact Us](https://anyflip.com/contact/) - [FAQ](https://anyflip.com/faq/) - [Help Document](https://anyflip.com/manual.html) - [Pricing](https://anyflip.com/pricing/) - [Sign In](https://anyflip.com/login.php) - [Sign Up](https://anyflip.com/signup.php) - [Enrichment](https://anyflip.com/explore?c=11#latest) - [Business](https://anyflip.com/explore?c=6#latest) - [Books](https://anyflip.com/explore?c=5#latest) - [Art](https://anyflip.com/explore?c=3#latest) - [Lifestyle](https://anyflip.com/explore?c=18#latest) - [Religion](https://anyflip.com/explore?c=24#latest) - [Home](https://anyflip.com/explore?c=17#latest) - [Science](https://anyflip.com/explore?c=25#latest) The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking [here](). [Home](https://anyflip.com/) [Explore](https://anyflip.com/explore) **[BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl)** [View in Fullscreen](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl) ## BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 [Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes\!](https://anyflip.com/quick-upload) - [NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe](https://anyflip.com/homepage/xlqtw/ "Visit its homepage") - [http://anyflip.com/xlqtw/jdtl/](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl) [![](http://online.anyflip.com/xlqtw/accountlogo.jpg)](https://anyflip.com/homepage/xlqtw/ "Visit its homepage") [Download PDF](https://anyflip.com/center/explore/download.php) Share Related Publications Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base. Search Published by [NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe](https://anyflip.com/homepage/xlqtw), 2022-06-11 22:34:30 # BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 - [1 - 50](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl/basic/) - [51 - 100](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl/basic/51-100) ### BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022 ### Keywords: BUKU TEKS PSV TAHUN 6 SK 2022,BUKU TEKS PSV,BUKU TEKS,BUKU TEKS TAHUN 5 RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) Pendidikan TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN PENULIS Mohamad Hazzim bin Suahimi Nursuhailah binti Mohamed Kassin EDITOR Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman Ana Suhana binti Zainuddin PEREKA BENTUK Noor Nasriq Eqbal bin Ahmad Mijar ILUSTRATOR Muhammad Izzuan bin Idris Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 i No. Siri Buku: 0012 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan KK 741-221-0102011-49-3284-20101 dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak ISBN 978-983-49-3284-8 yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penyemakan buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Naskhah Sedia Kamera, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia. bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia. mahupun dengan cara perakaman tanpa • Bahagian Pembangunan Kurikulum, kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Dewan Bahasa dan Pustaka. kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterbitkan untuk • Jabatan Muzium Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Yayasan Warisan Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka, • Majlis Perbandaran Muar. Jalan Dewan Bahasa, • Ama Farm & Resort Training Centre, Muar. 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) dan orang perseorangan yang terlibat secara No. Faksimile: 03-21479643 langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Laman Web: http://www.dbp.gov.my penerbitan buku teks ini. Reka Letak dan Atur Huruf: HAI\! Reka Cetak Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 Poin Dicetak oleh: Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., Jalan Tanjong Api, Off Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pendahuluan iv Pengenalan Ikon vi Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 1 Bahasa Seni Visual 2-3 Projek Seni Visual Penggal Satu 4-5 6-7 Portfolio Pendidikan Seni Visual 8-13 14-19 UNIT 1 Gambaran Minda 20-25 UNIT 2 Pembina Cilik 26-33 UNIT 3 Ilusi dan Realiti 34-45 UNIT 4 Cik Lebah dan Madu 46-49 UNIT 5 Si Cilik Koi 50-55 56-61 Projek Seni Visual Penggal Dua 62-67 68-75 UNIT 6 Inspirasi Corak Rekaan 76-87 88-89 UNIT 7 Celupan Kreatif 90 UNIT 8 Seni Kraf Warisan iii UNIT 9 Wau Bulan Sirih Pinang UNIT 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Glosari Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 6, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini memfokuskan kandungannya melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP yang menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif. Buku teks ini disediakan sebagai panduan murid untuk mencapai objektif Pendidikan Seni Visual di samping membantu guru untuk menjalankan PdP yang lebih berkesan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang disediakan dalam buku teks ini mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad Ke-21 dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Aktiviti dalam buku teks ini menjurus kepada pembinaan insan berliterasi bahasa seni visual menerusi aktiviti eksplorasi seni, pengkaryaan, projek seni, portfolio seni, pengurusan pameran dan pembudayaan seni secara individu dan berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan lima modul kurikulum, iaitu: • Bahasa Seni Visual • Kemahiran Seni Visual • Kreativiti dan Inovasi Seni Visual • Apresiasi Seni Visual • Projek Seni Visual Buku teks ini mengandungi 10 unit yang meliputi empat bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk dan membuat binaan; dan mengenal kraf tradisional. Aktiviti dan eksplorasi seni dilaksanakan dengan menggabungkan bidang Pendidikan Seni Visual serta memfokuskan bahasa seni visual, iaitu enam unsur seni dan tujuh prinsip rekaan. PdP bagi 10 unit dalam buku teks ini dibahagikan kepada dua penggal. Pada penggal pertama, murid didedahkan dengan cadangan penghasilan portfolio Pendidikan Seni Visual. Pembelajaran dimulakan dengan aktiviti bidang menggambar serta membentuk dan membuat binaan, seterusnya aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. Pada penggal kedua, murid membuat aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional, diikuti dengan aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. iv Penyusunan 10 unit dalam buku teks ini dicadangkan mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Namun begitu, guru bebas dalam menentukan kaedah PdP berdasarkan kemampuan murid masing-masing. UNIT TAJUK MINGGU PENGGAL 1 1 1 Portfolio Pendidikan Seni Visual 1 1 1 Gambaran Minda 2 5 2 Pembina Cilik 5 EWAH\! 3 Ilusi dan Realiti 1 1 4 Cik Lebah dan Madu 1 2 5 Si Cilik Koi 5 1 Projek Seni Visual Penggal Satu 5 PENGGAL 2 6 Inspirasi Corak Rekaan 7 Celupan Kreatif 8 Seni Kraf Warisan 9 Wau Bulan Sirih Pinang 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Projek Seni Visual Penggal Dua Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan gambar, ilustrasi dan proses penghasilan karya untuk menambahkan kefahaman murid terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Murid juga perlu mengumpulkan maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan di dalam portfolio seni. Bahan dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam melaksanakan PdP dan guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti berdasarkan kreativiti serta aras kecerdasan dan keperluan murid. Kandungan buku teks ini turut dipersembahkan melalui penggunaan ikon, kod Quick Response (QR) dan Augmented Reality (AR) yang boleh diimbas melalui aplikasi telefon pintar. Selari dengan peredaran masa yang mesra teknologi, pendekatan sebegini dapat meningkatkan kefahaman murid serta memberikan keseronokan semasa belajar. Bahan video serta paparan visual berbentuk digital dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang lebih cepat dan berkesan. Penulis berharap agar penerbitan buku teks ini dapat membantu murid untuk lebih memahami Pendidikan Seni Visual melalui pengalaman yang menarik dan menyeronokkan semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, buku teks ini dapat dijadikan panduan utama guru dalam melaksanakan dan menjayakan PdP di dalam mahupun di luar kelas serta melahirkan murid yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif selari dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. v Nombor dan Subtajuk tajuk unit 1.1.1 Nota Guru 1.1.2 (i, ii) 3.1.1 (i, ii) Cadangan aktiviti dan maklumat tambahan yang disediakan sebagai panduan kepada guru untuk membimbing murid melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nombor Standard Pembelajaran INFORMASI KBAT Maklumat tambahan atau Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk baharu yang menarik. merangsang pemikiran murid. AWAS! AKTIVITI PAK-21 Peringatan tentang penjagaan Cadangan aktiviti pengajaran kebersihan dan keselamatan. dan pembelajaran. IMBAS KEMBALI IMBAS SAYA Mengingat pembelajaran yang pernah dipelajari. KOD QR TIP Maklumat sokongan dalam Panduan menjalankan aktiviti. bentuk dokumen, imej dan video. AUGMENTED REALITY (AR) Maklumat tambahan dalam bentuk 2D dan 3D dengan memuat turun aplikasi melalui kod QR yang disediakan. Play Store App Store (Android) (iOS) vi Terdapat beberapa cadangan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam mahupun di luar kelas. Main Peranan (Role Play) Aktiviti dijalankan secara individu. Murid diberi masa dan tanggungjawab memegang sesuatu peranan atau watak dalam persembahan. Tanda Bicara (Talking Chips) Aktiviti secara berkumpulan yang menggunakan sesuatu objek sebagai penandaan bagi setiap ahli kumpulan untuk memberikan pendapat. Setiap ahli kumpulan tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk bercakap. Jalan Galeri (Gallery Walk) Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil kerja di dinding kelas. Kumpulan lain akan menilai dan memberikan komen masing-masing secara penilaian kendiri. Ulas Gilir (Rotating Review) Aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan, catatan maklumat tentang hasil kerja pada kertas sebak dan memaparkannya kepada kumpulan lain. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir untuk menilai dan menambah baik hasil kerja tersebut. Giliran Robin (Rally Robin) Murid berinteraksi secara berpasangan dan cenderung kepada aktiviti lisan. Murid memberikan respons tentang sesuatu isu atau persoalan secara bergilir-gilir. Kongsi Cendekia (Sages Share) Kegiatan pembelajaran murid di dalam kelas secara individu atau berkumpulan untuk membincangkan topik yang diberikan oleh guru. Murid akan memberikan sumbang saran dan diminta mencatat tandatangan mereka. Seterusnya, murid lain pula akan menemu ramah rakan mereka yang mempunyai tandatangan tersebut bagi mendapatkan maklumat. 1 BAHASA SENI VISUAL Mari lihat bahasa seni visual yang terdapat pada hasil karya. Imbangan Ruang Kesatuan Imbangan simetri pada Ruang nyata pada Karya teknik catan bertemakan bentuk wau bulan yang komposisi ini hidupan laut menampakkan sama pada bahagian kesatuan melalui gabungan menunjukkan kedudukan kiri dan kanan. objek jauh dan dekat. bentuk dan jalinan. Jalinan Warna Kontra Ukiran motif timbul Warna sejuk dan panas Bentuk dan warna yang pada aksesori digunakan dalam hasil berbeza mewujudkan ini menimbulkan karya ikatan dan celupan jalinan sentuh. kesan kontra pada beg ini yang kedua-dua pasu. Hasil 2 menggabungkan karya bidang mengenal bidang membuat corak kraf tradisional boleh dan rekaan dengan digabungkan dengan membentuk dan bidang membuat corak membuat binaan. dan rekaan. Harmoni Rupa Harmoni dari segi Olahan rupa geometri dan warna yang terhasil organik disusun dalam hasil pada karya catan karya ini. ini menimbulkan rasa damai. Penegasan Garisan Penegasan wujud pada Pelbagai jenis garisan seperti kelopak bunga raya yang garisan halus, tebal, selari dan melengkung digunakan berwarna merah dan pada karya lukisan ini. stigma yang menjalar. Bentuk Ritma dan Pergerakan Gabungan bentuk Struktur pada arca ini dibina secara kon, kubus dan sfera berulang-ulang bagi mewujudkan digunakan untuk kesan ritma dan pergerakan. menghasilkan arca Kepelbagaian stabail ini. Bahasa seni visual Kepelbagaian media dan sangat penting dalam bahan alam semula jadi menghasilkan sesuatu seperti batu dan cangkerang karya seni. diaplikasikan dalam gubahan karya ini. 3 PROJEK SENI VISUAL PENGGAL SATU Sepanjang penggal satu, kamu akan menghasilkan beberapa aktiviti dan karya berdasarkan bahasa seni visual dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Seterusnya, kamu akan mempelajari dua bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar serta membuat corak dan rekaan. Pameran boleh dilaksanakan secara berskala kecil di kawasan sekolah seperti di dalam kelas. Sebelum Pameran 1 Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan. 2 Tentukan tema pameran yang sesuai. 3 Pilih dan tentukan lokasi pameran. 4 Kumpulkan hasil karya penerokaan dan maklumat seperti aktiviti cerakin bahasa seni visual yang telah kamu buat sepanjang penggal satu di dalam portfolio seni. 5 Susun atur karya mengikut bidang gabungan. 6 Hasilkan bahan promosi pameran seperti poster, brosur atau gegantung untuk mempromosikan pameran seni visual melalui hebahan lisan atau hebahan digital. 7 Sediakan label dan buat kemasan karya bagi bidang menggambar dengan menyediakan bingkai pada setiap karya yang telah dipilih. 8 Tentukan harga hasil karya kamu untuk jualan semasa hari pameran. SKDA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA ALAM USAHA TEKUN JAYA Nama pengkarya: ..................................................................... Tajuk karya: ............................................................................... Media: ........................................................................................ Saiz karya: ................................................................................. Tahun: ........................................................................................ Harga: ........................................................................................ Penyediaan bingkai Penyediaan label 4 Semasa Pameran 1\. Semua ahli jawatankuasa pameran harus mengetahui bidang tugas masing-masing supaya pameran berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang disediakan. 22\. Kamu perlu mengaplikasikan kemahiran, mencerakinkan bahasa seni visual, menceritakan sumber idea rekaan dan menilai hasil karya seni. 3\. Pastikan hasil karya kamu dapat dilihat secara jelas oleh pengunjung. 44\. Proses apresiasi seni berlaku secara berdialog dan kamu perlu memberikan penerangan tentang hasil karya yang dipamerkan kepada para pengunjung. 5\. Kamu perlu menerangkan harga karya jika terdapat pengunjung yang ingin membeli hasil karya kamu. Selepas Pameran 1\. Ahli jawatankuasa yang bertugas perlu menyimpan karya seni kembali. 2\. Ahli jawatankuasa kebersihan perlu bertindak supaya tempat yang digunakan sentiasa bersih dan kemas. 3\. Semua ahli jawatankuasa harus membuat perbincangan kecil tentang kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan dalam pameran yang telah dijalankan supaya projek penggal kedua dapat ditambah baik. 44. Semua ahli harus mengetahui proses penyimpanan hasil karya supaya selamat dan terpelihara dengan menggunakan semburan pemati warna, plastik lut sinar bagi karya menggambar, fail berlabel dan kotak berlabel supaya memudahkan proses penyimpanan dan karya akan tahan lebih lama. 55. Hasil jualan karya semasa hari pameran boleh dikumpulkan dan disumbangkan kepada kelab sekolah. NOTA GURU • Bimbing murid menjalankan proses persediaan sebelum, semasa dan selepas pameran seni visual berdasarkan perancangan yang telah dibuat supaya dapat berjalan lancar. • Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan 5\.1.1 aplikasi digital. 5\.1.2 • Bimbing murid menceritakan karya sendiri dan memberikan pendapat tentang karya 5\.1.3 rakan lain semasa pameran seni visual. 5\.1.4 5\.1.5 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) 5 PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI visual Portfolio ialah bekas mudah alih untuk menyimpan dan mengumpulkan maklumat, bahan bercetak dan koleksi gambar karya seni. Kamu perlu menghasilkan sebuah portfolio seni visual dengan menggunakan kad manila. Semua bahan seperti maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan perlu disimpan di dalam portfolio ini. Kamu boleh menyediakan portfolio seni visual seperti cadangan ini. Kad manila 5 cm 35 cm 2 cm 2 cm 30 cm 54 cm Cadangan ukuran portfolio 1 Ukur dan lakarkan saiz portfolio berdasarkan ukuran di atas pada kad manila. Pastikan ukuran penutup dan bahagian tepi diambil kira. 2 Gunting lakaran garisan yang telah dibuat secara kemas. 3 Hasil kad manila yang telah digunting Gunting secara serong mengikut cadangan ukuran. pada bahagian atas kad manila sebagai penutup portfolio seni. 6 4 Lipat kad manila ke dalam 5 mengikut garisan yang telah ditandakan. Cantumkan bahagian kiri Belakang dan kanan kad manila dengan gam atau pita pelekat dua muka. 6 Tulis nama, tahun dan tajuk portfolio seni kamu. Tampalkannya di hadapan portfolio seni. Hadapan 7 Kumpulkan semua bahan dan hasil penerokaan seni yang dibuat sepanjang pembelajaran di dalam portfolio seni kamu. Tampalkan hasil aktiviti penerokaan pada buku lakaran kamu dengan kemasnya. Contoh hasil portfolio lain IMBAS SAYA Contoh dokumentasi lain NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan portfolio seni visual secara kreatif dengan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai. • Bimbing murid mengumpulkan maklumat dan bahan penerokaan di dalam portfolio seni 3\.1.1 secara baik dan kemas. (i, ii) • Ingatkan murid supaya merujuk maklumat dan bahan penerokaan semula semasa menghasilkan karya gabungan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 7 GAMBARAN MINDA KAMPUNGKU Mari kita lihat bahasa seni visual yang terdapat dalam karya ini dengan penerokaan media kering yang berbeza. Kontra dari segi warna dapat diwujudkan Terdapat jalinan tampak pada melalui penggunaan warna jingga pada pokok karya ini melalui lakaran duri kaktus dengan warna biru pada latar karya. halus pada pokok kaktus. Kepelbagaian dapat ditimbulkan pada unsur bentuk dan jenis garisan yang digunakan dalam karya. Objek pokok Garisan halus wujud kaktus yang dalam karya melalui mempunyai teknik lukisan struktur dan silang pangkah. bayang mewujudkan bentuk ilusi. Ruang wujud pada karya ini apabila berlakunya pertindihan antara beberapa objek. INFORMASI Garisan boleh berfungsi sebagai suatu tafsiran. Contohnya, garisan tegak pada Menara Kuala Lumpur menunjukkan kekukuhan, kestabilan dan keteguhan. 8 Catan merupakan hasil seni pada permukaan kertas atau kanvas yang menggunakan cat air, cat poster dan cat minyak. Catan ialah hasil menggambar dalam bentuk dua dimensi. Ruang Harmoni Karya ini menunjukkan tiga bahagian ruang Penggunaan warna sejuk pada latar ilusi, iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan belakang yang bergunung-ganang ruang belakang. Objek yang dekat seperti memberikan kesan ketenangan dan motosikal di ruang hadapan. harmoni pada karya. Ruang belakang Ruang tengah Ruang hadapan Garisan paksi Imbangan Bentuk Kedudukan motosikal serta beberapa objek Kesan ton warna yang cerah dan lain lebih berat pada bahagian kanan dan gelap serta penghasilan bayang dapat memberikan kesan imbangan tidak simetri menimbulkan bentuk ilusi pada hasil karya. pada hasil karya. Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain IMBAS SAYA yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini? Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang Borang cerakin bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. NOTA GURU 1.1.1 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. 1.1.2 (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. 9 EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) ALAT TULIS SAYA Mari hasilkan lukisan alat tulis kamu melalui penerokaan bahasa seni visual dengan pelbagai media. Buat lakaran pelbagai rupa dan bentuk alat tulis kamu secara peniruan (imitasi) dengan media yang berbeza. Lakarkan pelbagai jenis garisan bagi menimbulkan kesan jalinan pada objek yang telah kamu lukis. Teknik silang pangkah Garisan selari Garisan zig-zag Lorek objek dengan membuat garisan pada ruang yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang berbeza. Contoh hasil karya lain. Kumpulkan hasil lukisan kamu di dalam portfolio seni. 10 INFORMASI Datuk Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang dikenali sebagai Lat merupakan seorang kartunis Malaysia yang terkenal. Karya beliau, Kampung Boy (1979) yang telah dibukukan menerapkan unsur garisan dalam lukisannya. Teknik garisan kontur dapat menimbulkan bentuk dengan lebih jelas dan berstruktur. Teknik kontur bentuk silinder Kesan penggunaan pen penanda akan menghasilkan garisan tebal yang dapat menimbulkan penegasan pada karya. Garisan melengkung Kepelbagaian dari segi garisan wujud dalam karya dengan melakarkan pelbagai garisan bagi menimbulkan jalinan dan rupa tertentu pada hasil karya. Gabungan hasil karya menggambar dengan karya membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan seperti pelapik tetikus. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. 2\.1.1 • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan hasil karya. 2\.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. (i, ii) 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: 11 Mahir Berkomunikasi TINGKAP DAMAI Mari kita teroka pelbagai media melalui teknik lukisan dengan menggunakan tetingkap fokus. Garisan perspektif akan memberikan kesan ruang pada penghasilan karya dua dimensi. Cari gambar pemandangan pada Lakarkan pemandangan yang bahan bercetak dan letakkan mempunyai pembahagian ruang tetingkap fokus pada imej tersebut. dengan menggunakan tetingkap fokus. Kedudukan objek yang Garisan tebal bertindih mewujudkan dan halus dapat kesan ruang. Hasil menjelaskan lorekan lebih jelas jarak dan saiz pada objek di hadapan di antara objek. untuk mendapatkan jalinan tampak. Pensel warna Pen Lorek imej dengan pelbagai media kering Kedudukan ruang untuk mendapatkan di belakang dikenali bentuk yang berbeza. sebagai ruang dalam. Olahan garisan dapat Warna yang lebih gelap mewujudkan bentuk dapat menimbulkan ilusi pada hasil karya. kedalaman ruang. Pensel Pen penanda TIP Kamu juga boleh merakamkan gambar di kawasan sekolah sebagai rujukan untuk menghasilkan lukisan. INFORMASI IMBAS SAYA Tetingkap fokus berfungsi untuk memfokuskan Penghasilan sesuatu objek tertentu untuk dilukis di persekitaran tetingkap atau di kawasan lapang. fokus 12 Alat dan bahan Bahan cetak bergambar Kertas lukisan Tetingkap fokus Pensel Pen penanda Pensel warna Pen Potong kadbod untuk INFORMASI menghasilkan bingkai gambar. • Ruang dalam merupakan ruang ilusi yang kelihatan jauh dan luas pada permukaan dua dimensi. • Garisan perspektif dapat memperlihatkan ruang jauh dan dekat. Kamu boleh menggabungkan hasil karya menggambar dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti menghasilkan bingkai gambar. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan 2\.1.1 karya gabungan. 2\.1.2 • Bimbing murid membuat tetingkap fokus sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi 13 : Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) PEMBINA CILIK DUNIA GEMILANG Mari kita lihat bahasa seni visual dalam penghasilan karya tiga dimensi yang berbentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut. Arca ini berbentuk hati Penggunaan warna merah Penegasan wujud yang bersifat tiga dimensi, pada arca menimbulkan kontra pada karya kerana mengandungi ketinggian, dengan persekitaran dan dapat kelebaran dan kedalaman. menarik perhatian pengunjung. arca ini dibina di kawasan lapang. Arca ini dibina dalam imbangan tidak simetri pada bentuknya yang masih menampakkan keteguhan dan kestabilan. Karya tiga dimensi ini mempunyai ciri-ciri nyata dan menampakkan nilai estetik. INFORMASI Estetik ialah keindahan dan kecantikan yang terdapat pada sesuatu hasil karya seni. Bincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh karya atau binaan lain. Kamu boleh menggunakan IMBAS SAYA borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. Borang cerakin bahasa seni visual 14 Arca asemblaj merupakan hasil cantuman pelbagai bahan dan media. Bahan yang dipilih akan dicantumkan untuk mewujudkan kesatuan dalam penghasilan arca. Jalinan Kontra Pelbagai bahan cantuman seperti Kontra wujud dengan penggunaan besi, logam dan plastik terpakai warna merah pada badan arca digunakan dalam karya ini. yang dapat menarik perhatian dan Kepelbagaian jalinan sentuh wujud mengelakkan kebosanan. seperti jalinan kasar dan bergerigi. Harmoni Bentuk Harmoni dari segi bentuk Penggunaan bentuk dan ruang wujud dalam konkrit seperti silinder, karya ini melalui olahan segi empat dan susun atur pelbagai bulatan diolah dalam bahan dari kaki hingga pelbagai komposisi. Bentuk tangan arca kepala arca. memberikan makna dan menjadi titik fokus bagi karya ini. 1.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (iii) dalam bidang membentuk dan membuat binaan. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Nilai Murni : Menganalisis PAK-21: Giliran Robin 15 (Rally Robin) BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH Mari bina karya arca stabail secara kreatif. Kamu boleh meneroka bahasa seni visual seperti bentuk, imbangan dan kesatuan untuk memberikan keteguhan pada hasil karya. Media: Bod impra AWAS\! 1 Berhati-hati semasa memotong kepingan bod untuk membuat tanggam. Lakarkan rupa bulat dan potong bod impra kepada beberapa bahagian kecil. Potong sebahagian keratan 2 rentasnya sebagai tanggam untuk disambungkan antara satu sama lain. 3 Hasilkan corak pada permukaan rupa bulat dengan pelekat hiasan mengikut kreativiti kamu. 4 Cantumkan bahagian tanggam untuk membina arca stabail. Aplikasikan prinsip imbangan dan unsur bentuk semasa menghasilkan arca stabail. Media: Bod busa Kamu boleh menggunakan bahan lain seperti bod busa untuk membentuk arca stabail. 16 INFORMASI Hasil karya ini Tanggam ialah sambungan kayu yang menggabungkan bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh. bidang membentuk dan membuat binaan 5 dengan membuat Pastikan cantuman tanggam dibuat secara teliti. Bina corak dan rekaan. reka bentuk arca bermula dari tapak yang lebih luas dan besar supaya arca seimbang dan kukuh. Rupa yang sama disusun secara berulang-ulang akan menghasilkan corak. Contoh karya 1 Contoh karya 2 Imbangan perlu dititikberatkan supaya binaan yang dihasilkan lebih stabil dan kukuh. Kesatuan dapat dilihat pada hasil karya dari segi warna dan gabungan bentuk yang tersusun. Contoh karya 3 Contoh karya 4 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. 2\.1.1 • Bimbing murid membuat potongan bentuk sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. 2\.1.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk dan imbangan pada hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 17 KOTAK KEJUTAN Mari kita teroka pelbagai media bagi menghasilkan sebuah binaan yang kukuh dan berfungsi. 1 2 Kumpulkan kotak kecil pelbagai Buka bahagian kotak satu per satu dan amati bentuk dan saiz. lipatannya secara teliti. Jadikan bukaan kotak sebagai templat dan tampalkannya pada kertas lukisan sebagai maklumat rujukan. Kotak hadiah Kertas lukisan Kotak piza Kad manila Kotak makanan Kad warna 18 Mari kita teroka penghasilan bentuk kotak yang Alat dan bahan lebih kreatif dengan pelbagai alat dan bahan. Kamu perlu meneliti bentuk, ruang dan imbangan semasa Kertas lukisan menghasilkan kotak. 3 Kad Lakarkan rupa kotak pada manila kertas lukisan. Kemudian, gunting kertas Gunting dan bentukkannya. Pensel Hasil karya ini Pelbagai merupakan bentuk jenis konkrit yang nyata kad dan dapat dilihat dari pelbagai arah. Gam Ruang terhasil daripada perbezaan jarak dan kedalaman yang terdapat pada hasil karya. Pemilihan warna terang akan memberikan kesan penegasan dan daya tarikan pada karya. Hasil karya ini boleh digabungkan dengan bidang menggambar atau membuat corak pada permukaan luar kotak. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. 2\.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti jenis bentuk dan imbangan pada 2\.1.2 hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Kongsi Cendekia 19 (Sages Share) ILUSI DAN REALITI REALITI ALAM Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup kerana kawasannya sempit dan terhad. Kepelbagaian wujud pada bentuk perabotnya. Pemandangan taman bunga yang luas dan lapang merupakan ruang terbuka. Penegasan wujud pada bunga yang berwarna merah. Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek. INFORMASI Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster. 20 Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda dan oil pastel. Ruang Penegasan Kedudukan Penegasan wujud dua objek yang pada bentuk dan bertindih akan menimbulkan warna burung kakak tua yang kesan ruang. berwarna merah Burung kakak tua dan dapat yang berada menarik perhatian di hadapan berbanding dengan nampak lebih jelas dan besar objek lain. berbanding dengan pokok yang berada jauh di belakang. Warna Kepelbagaian Penggunaan warna Kepelbagaian sekunder, iaitu wujud melalui olahan pelbagai hijau memberikan jenis garisan, rupa rasa damai. Warna dan jalinan tampak. tertier, iaitu warna Pemandangan merah kekuningan menenangkan pada burung kakak melalui bentuk tua menjadi daya objek flora tarikan dalam dan fauna. karya ini. IMBAS SAYA Cerakinkan bahasa seni visual Borang cerakin menggunakan borang cerakin yang bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. 1.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir 21 (Rotating Review) LIHAT DAN SENTUH Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. Teknik Capan Bahan Pembalut gelembung Teknik Kolaj Cat air Bahan Kacang hijau Teknik capan dan teknik lukisan menggunakan garisan silang Daun plastik pangkah dapat mewujudkan TIP jalinan tampak pada karya. Kamu juga boleh menggunakan teknik gosokan dan cetakan Jalinan sentuh terhasil melalui untuk menghasilkan kesan teknik kolaj yang menggunakan jalinan tampak. 22 tampalan bahan alam semula jadi dalam karya. Teknik Montaj Bahan Teknik Lukisan Gambar bercetak Bahan Pen warna Senaraikan bahan serta jalinan yang terdapat di sekeliling kamu. Hasil karya bidang menggambar juga boleh digabungkan dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti hiasan dinding. Kepelbagaian teknik dan bahan dalam menghasilkan karya dapat menimbulkan daya tarikan dan mewujudkan variasi. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti menggambar. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. 2\.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.2 (i, ii) : Menilai Kemahiran Abad Ke-21: 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi Bersifat Ingin Tahu 23 KAKTUS KHATULISTIWA Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik. Cari gambar pasu C yang besar daripada 1 sumber Internet dan cetak. Gunting dan tampalkannya pada kertas lukisan. AB DE 2 Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti. Gunting imej pokok kaktus. Pemilihan bentuk pokok kaktus Susun pokok kaktus pada yang pelbagai mewujudkan kesatuan dalam gubahan karya. 3 gambar pasu dengan menerapkan unsur ruang yang harmoni dalam karya dengan teknik montaj. Penggunaan bentuk, jalinan dan warna yang disusun secara seragam menimbulkan harmoni dan memberikan ketenangan. 24 A B C Alat dan bahan Kertas lukisan 4 Teknik kolaj pada kain felt dapat membentuk Bahan pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. gambar bercetak A B C Kertas warna Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis Kain felt Gunting 5 gambar pokok kaktus menggunakan pensel warna. Garisan yang dibuat akan menimbulkan kesan jalinan yang harmoni. Contoh Gam karya lain Pensel Kamu boleh menggabungkan warna hasil karya ini dengan membentuk dan membuat binaan seperti kad ucapan dan buku nota. 2\.1.1 NOTA GURU 2\.1.2 • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui (i, ii) 2\.1.3 aktiviti menggambar. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin 25 (Rally Robin) CIK LEBAH DAN MADU Mari hasilkan kotak yang Produk: Kotak makanan menggabungkan bidang Fungsi: Pembungkusan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kad manila, pen dan pen penanda A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan proses: Lukisan, lipatan dan cantuman Kemasan: Ikatan reben Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan serangga. Pepatung Lebah (hal benda yang dipilih) Kupu-kupu Kumbang Ayuh, kita lihat badan dan sarang lebah untuk membuat lakaran idea\! Lakaran Idea Hal Benda Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 26 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Olahan 1 Olahan 3 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea badan lebah Pertemuan antara permulaan dengan penghujung garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang berulang boleh menghasilkan corak. Olahan 1 Olahan 3 Olahan 5 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea sarang lebah Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kotak untuk dijadikan produk pembungkusan. 3.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 27 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Lakaran Idea Reka Letak Reka letak 1 Reka letak 2 Reka letak 3 Kajian Warna (reka letak yang dipilih) Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pensel warna Media: pen penanda Media: oil pastel (warna yang dipilih) Media lain seperti pen warna, cat air dan cat poster boleh digunakan untuk menghasilkan kajian warna. 28 KARYA GABUNGAN Penjanaan Idea Sumber idea untuk penentuan rekaan produk. Kotak 1 Kotak 2 Kotak 3 (rekaan yang dipilih) Lakaran templat hamparan kotak. Cantuman Bahagian tapak Bahagian hadapan Lakaran kotak IMBAS SAYA Penentuan Bahan Templat hamparan kotak Templat kotak bersaiz A3 Kad manila Penghasilan karya menggabungkan Pen penanda rekaan kotak dengan lukisan lebah dan sarangnya. Imbangan simetri wujud pada Pen bahagian kanan dan kiri kotak supaya Pen warna lebih stabil dan kukuh. 2.1.3 NOTA GURU 3.2.1 • Bimbing murid memilih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak. (i, ii, iii, • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya. iv, v) • Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 29 Pemikir KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat. Lakarkan hamparan kotak 1 berdasarkan templat pada kad manila bersaiz A3. Lukis motif lebah dengan 2 pensel berdasarkan lakaran reka letak yang telah dipilih. Coret pelbagai jenis garisan pada lebah mengikut kreativiti dengan 3 menggunakan pen. Pelbagai garisan akan menimbulkan jalinan tampak. Buat garisan beralun, tebal, 4 sendeng, silang pangkah dan titik-titik pada motif sarang lebah dengan pen warna. Warnakan bahagian 5 lelehan madu dengan pen warna berdasarkan warna yang telah dipilih. AWAS! Warnakan latar belakang Pastikan kamu 6 dengan pen penanda menjaga kebersihan secara teliti dan kemas. dan menggunakan media dengan baiknya semasa menghasilkan karya. 30 KARYA GABUNGAN Alat dan bahan Templat kotak 7 Potong hasil karya mengikut 8 Lipat bahagian sisi dan kenal Kad lakaran yang telah dibuat. pasti bahagian yang ingin manila dicantumkan berdasarkan lakaran templat. Pensel Pen 9 Tampalkan bahagian cantuman dan buat penanda lipatan untuk menghasilkan kotak. Pen TIP Pen Selain gam, kamu juga warna boleh menggunakan pita pelekat untuk mencantumkan hasil karya kamu. Hasil kotak yang Gam telah siap. Gunting Hias kotak Reben 10 dengan ikatan reben sebagai kemasan karya. Tahniah, kotak hasil karya gabungan menggambar dengan membentuk dan membuat binaan telah siap\! 3\.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. vi, vi) • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya. • Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir 31 (Rotating Review) KARYA GABUNGAN C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA 1 Rakamkan gambar hasil karya menggunakan kamera digital. TIP Selain kamera digital, kamu boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk merakamkan gambar. 2 Pindahkan salinan gambar foto pada komputer untuk dicetak. 3 Cetak gambar foto hasil karya pada kertas A4. AWAS\! Minta bantuan guru untuk mencetak gambar foto hasil karya Cik Lebah dan Madu. 4 Bingkaikan gambar foto yang telah dicetak dengan menampalkannya pada kad keras bersaiz A3. 32 KARYA GABUNGAN D. APRESIASI SENI Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu bersama-sama rakan. Karya ini menggabungkan bidang Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif menggambar dengan membentuk dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan, apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses dan membuat binaan. semasa menghasilkan karya kotak ini? Teknik lukisan, lipatan dan cantuman digunakan dalam penghasilan karya kotak ini. Karya ini mempunyai nilai gunaan dan boleh dijadikan kotak pembungkusan madu. Pelbagai jenis media kering seperti pensel, pen, pen penanda dan pen warna digunakan untuk menghasilkan karya ini. Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang dapat dilihat melalui gabungan rupa organik dan pengulangan susunan rupa geometri. 3\.2.3 NOTA GURU 4.1.1 • Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk (i, ii, iii, iv, v) pameran. • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Menilai PAK-21: Jalan Galeri 33 (Gallery Walk) SI CILIK KOI Mari hasilkan karya arca yang Produk: Arca stabail (berfungsi) menggabungkan bidang Fungsi: Alat permainan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kadbod, penggulung tisu, cat poster dan pistol perekat panas A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan Proses: Binaan, cantuman Pemilihan Hal Benda dan catan Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Kemasan: Semburan pengilat Ikan emas Ikan arowana Ikan koi (hal benda yang dipilih) Ikan laga Mari kita lihat struktur ikan koi bagi menghasilkan karya seni ini. Lakaran Idea Hal Benda INFORMASI Ekor Ikan koi atau nama Sirip saintifiknya Cyprinus carpio dianggap Kepala ikan yang istimewa kerana mempunyai Sisik corak yang menarik Insang pada badannya. 34 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Pandangan Pandangan sisi Pandangan sisi Pandangan atas belakang Penentuan Media dan Bahan Badan ikan daripada botol Botol 500 ml Lipatan kertas origami untuk minuman. Sirip dan ekor membentuk ikan koi. daripada kad manila. Penggunaan modelling clay Cantuman penggulung tisu dan kulit telur untuk mendapatkan bentuk ikan untuk membentuk badan dan kepala ikan. koi yang bersifat tiga dimensi. (penentuan bahan yang dipilih) 3.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan karya gabungan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan reka bentuk. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 35 KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Ikan Kad busa sebagai sirip dan ekor. Manik sebagai jalinan pada badan ikan. Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca Bahagian tapak Permukaan rata untuk Penutup botol Pemusing roda untuk menggunakan aktiviti menggambar sebagai roda untuk menggerakkan roda bahan yang lebih menggerakkan lidi berat, kukuh (catan). pada arca stabail arca stabail. dengan mudahnya. dan rata. Kadbod Bahagian belakang Bahagian hadapan Lakaran Idea Catan Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 Lakaran idea 3 36 (lakaran idea yang dipilih) KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Akhir Susun atur batu dan cangkerang. Susun atur 1 Susun atur 2 Lakaran reka (susun atur yang dipilih) bentuk akhir Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Kajian Warna Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pen warna Media: oil pastel Media: pensel warna (warna yang dipilih) 3.2.1 NOTA GURU (ii, iii, iv, v) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan kajian warna. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 37 KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Proses Membina Tapak Arca Stabail 1 Potong kadbod menjadi empat bukaan untuk dijadikan tapak arca. Kadbod akan dicantumkan menjadi kotak separa terbuka. Tebuk dan cantumkan penutup botol Roda 1 2 pertama dengan lidi untuk dijadikan roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada penutup botol kedua sebagai roda 2. AWAS\! Berhati-hati semasa menebuk penutup botol dan menggunakan pistol perekat panas. Roda 2 3 Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari. Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan pastikan kedudukannya di tengah-tengah kotak. Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol 4 perekat panas untuk menghasilkan kotak separa terbuka. 38 KARYA GABUNGAN Tebuk dan tampalkan penyedut minuman Alat dan bahan pada bahagian atas kotak sebagai paksi Penutup 5 untuk memasukkan lidi roda 2. botol minuman 6 Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan Roda 2 dengan roda 2 pada bahagian atas. Roda 1 Kadbod Kedudukan ini akan menghasilkan daya untuk menggerakkan arca ikan koi Lidi dengan lancarnya. tebal 7 Lekatkan modelling clay sebagai Pistol pengunci bagi mengawal pergerakan perekat lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk panas memudahkan proses pergerakan arca ini. Gunting Modelling clay Penyedut minuman kertas Hasil tapak arca stabail 3\.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan vi, vi) karya gabungan. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pistol perekat panas dengan betulnya. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk menghasilkan tapak arca stabail. • Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan roda bagi menggerakkan arca stabail. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 39 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail 1 2 Warnakan sekeliling kotak dengan cat Lakarkan latar belakang keseluruhan poster putih untuk lapisan pertama. kotak berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. 3 Warnakan latar belakang dengan ton warna yang lebih gelap di hadapan dan terang di belakang untuk mewujudkan unsur ruang jauh dan dekat. 4 Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan visual dua dimensi pada karya. 40 KARYA GABUNGAN 6 Tebuk lubang pada bahagian Alat dan bahan tapak cawan kertas dan masukkannya pada penyedut Pensel minuman sebagai tapak ikan. Cat 5 poster Tampalkan kad busa pada Berus bahagian atas kotak sebagai warna kemasan pada tapak arca. Sebagai kemasan, sembur 7 Palet karya dengan penyembur pengilat supaya karya tahan 8 Tampalkan cangkerang dan Kad lebih lama dan tidak pudar. batu hiasan pada permukaan busa kotak supaya lebih kemas dan menarik. Gam kuat Cawan kertas Penyembur pengilat AWAS! Hasil catan pada tapak arca stabail. Pastikan kamu menjaga kebersihan Bahan dengan mengalas hiasan tapak arca sebelum mewarna dan membuat semburan. 3.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, vi, • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang v, vi) telah dipilih. • Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan. • Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan disiplin pengkaryaan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 41 Berdaya Tahan KARYA GABUNGAN Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail 1 Tebuk dan warnakan kulit telur dengan 2 Leperkan hujung penggulung tisu cat poster untuk dijadikan kepala ikan. dan balut dengan kain felt sebagai badan ikan dengan kemasnya. TIP Tebuk kulit telur dengan hujung gunting dan keluarkan telur secara berhati-hati. 3 Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa. Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan. 4 Kemaskan bahagian hujung badan ikan 5 Tampalkan mata dan mulut pada yang membentuk ekor ikan. permukaan telur sebagai muka ikan. 42 - [1 - 50](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl/basic/) - [51 - 100](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl/basic/51-100) [Click to View FlipBook Version](https://anyflip.com/xlqtw/jdtl)
Readable Markdown
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) Pendidikan TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN PENULIS Mohamad Hazzim bin Suahimi Nursuhailah binti Mohamed Kassin EDITOR Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman Ana Suhana binti Zainuddin PEREKA BENTUK Noor Nasriq Eqbal bin Ahmad Mijar ILUSTRATOR Muhammad Izzuan bin Idris Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 i No. Siri Buku: 0012 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan KK 741-221-0102011-49-3284-20101 dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak ISBN 978-983-49-3284-8 yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penyemakan buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Naskhah Sedia Kamera, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia. bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia. mahupun dengan cara perakaman tanpa • Bahagian Pembangunan Kurikulum, kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Dewan Bahasa dan Pustaka. kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterbitkan untuk • Jabatan Muzium Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Yayasan Warisan Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka, • Majlis Perbandaran Muar. Jalan Dewan Bahasa, • Ama Farm & Resort Training Centre, Muar. 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) dan orang perseorangan yang terlibat secara No. Faksimile: 03-21479643 langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Laman Web: http://www.dbp.gov.my penerbitan buku teks ini. Reka Letak dan Atur Huruf: HAI\! Reka Cetak Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 Poin Dicetak oleh: Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., Jalan Tanjong Api, Off Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pendahuluan iv Pengenalan Ikon vi Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 1 Bahasa Seni Visual 2-3 Projek Seni Visual Penggal Satu 4-5 6-7 Portfolio Pendidikan Seni Visual 8-13 14-19 UNIT 1 Gambaran Minda 20-25 UNIT 2 Pembina Cilik 26-33 UNIT 3 Ilusi dan Realiti 34-45 UNIT 4 Cik Lebah dan Madu 46-49 UNIT 5 Si Cilik Koi 50-55 56-61 Projek Seni Visual Penggal Dua 62-67 68-75 UNIT 6 Inspirasi Corak Rekaan 76-87 88-89 UNIT 7 Celupan Kreatif 90 UNIT 8 Seni Kraf Warisan iii UNIT 9 Wau Bulan Sirih Pinang UNIT 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Glosari Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 6, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini memfokuskan kandungannya melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP yang menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif. Buku teks ini disediakan sebagai panduan murid untuk mencapai objektif Pendidikan Seni Visual di samping membantu guru untuk menjalankan PdP yang lebih berkesan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang disediakan dalam buku teks ini mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad Ke-21 dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Aktiviti dalam buku teks ini menjurus kepada pembinaan insan berliterasi bahasa seni visual menerusi aktiviti eksplorasi seni, pengkaryaan, projek seni, portfolio seni, pengurusan pameran dan pembudayaan seni secara individu dan berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan lima modul kurikulum, iaitu: • Bahasa Seni Visual • Kemahiran Seni Visual • Kreativiti dan Inovasi Seni Visual • Apresiasi Seni Visual • Projek Seni Visual Buku teks ini mengandungi 10 unit yang meliputi empat bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk dan membuat binaan; dan mengenal kraf tradisional. Aktiviti dan eksplorasi seni dilaksanakan dengan menggabungkan bidang Pendidikan Seni Visual serta memfokuskan bahasa seni visual, iaitu enam unsur seni dan tujuh prinsip rekaan. PdP bagi 10 unit dalam buku teks ini dibahagikan kepada dua penggal. Pada penggal pertama, murid didedahkan dengan cadangan penghasilan portfolio Pendidikan Seni Visual. Pembelajaran dimulakan dengan aktiviti bidang menggambar serta membentuk dan membuat binaan, seterusnya aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. Pada penggal kedua, murid membuat aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional, diikuti dengan aktiviti penghasilan karya gabungan antara kedua-dua bidang tersebut. iv Penyusunan 10 unit dalam buku teks ini dicadangkan mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Namun begitu, guru bebas dalam menentukan kaedah PdP berdasarkan kemampuan murid masing-masing. UNIT TAJUK MINGGU PENGGAL 1 1 1 Portfolio Pendidikan Seni Visual 1 1 1 Gambaran Minda 2 5 2 Pembina Cilik 5 EWAH\! 3 Ilusi dan Realiti 1 1 4 Cik Lebah dan Madu 1 2 5 Si Cilik Koi 5 1 Projek Seni Visual Penggal Satu 5 PENGGAL 2 6 Inspirasi Corak Rekaan 7 Celupan Kreatif 8 Seni Kraf Warisan 9 Wau Bulan Sirih Pinang 10 Beg Batik Rekaanku Buku Foto Seni Projek Seni Visual Penggal Dua Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan gambar, ilustrasi dan proses penghasilan karya untuk menambahkan kefahaman murid terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Murid juga perlu mengumpulkan maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan di dalam portfolio seni. Bahan dan cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam melaksanakan PdP dan guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti berdasarkan kreativiti serta aras kecerdasan dan keperluan murid. Kandungan buku teks ini turut dipersembahkan melalui penggunaan ikon, kod Quick Response (QR) dan Augmented Reality (AR) yang boleh diimbas melalui aplikasi telefon pintar. Selari dengan peredaran masa yang mesra teknologi, pendekatan sebegini dapat meningkatkan kefahaman murid serta memberikan keseronokan semasa belajar. Bahan video serta paparan visual berbentuk digital dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang lebih cepat dan berkesan. Penulis berharap agar penerbitan buku teks ini dapat membantu murid untuk lebih memahami Pendidikan Seni Visual melalui pengalaman yang menarik dan menyeronokkan semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, buku teks ini dapat dijadikan panduan utama guru dalam melaksanakan dan menjayakan PdP di dalam mahupun di luar kelas serta melahirkan murid yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif selari dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. v Nombor dan Subtajuk tajuk unit 1\.1.1 Nota Guru 1.1.2 (i, ii) 3.1.1 (i, ii) Cadangan aktiviti dan maklumat tambahan yang disediakan sebagai panduan kepada guru untuk membimbing murid melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nombor Standard Pembelajaran INFORMASI KBAT Maklumat tambahan atau Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk baharu yang menarik. merangsang pemikiran murid. AWAS! AKTIVITI PAK-21 Peringatan tentang penjagaan Cadangan aktiviti pengajaran kebersihan dan keselamatan. dan pembelajaran. IMBAS KEMBALI IMBAS SAYA Mengingat pembelajaran yang pernah dipelajari. KOD QR TIP Maklumat sokongan dalam Panduan menjalankan aktiviti. bentuk dokumen, imej dan video. AUGMENTED REALITY (AR) Maklumat tambahan dalam bentuk 2D dan 3D dengan memuat turun aplikasi melalui kod QR yang disediakan. Play Store App Store (Android) (iOS) vi Terdapat beberapa cadangan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam mahupun di luar kelas. Main Peranan (Role Play) Aktiviti dijalankan secara individu. Murid diberi masa dan tanggungjawab memegang sesuatu peranan atau watak dalam persembahan. Tanda Bicara (Talking Chips) Aktiviti secara berkumpulan yang menggunakan sesuatu objek sebagai penandaan bagi setiap ahli kumpulan untuk memberikan pendapat. Setiap ahli kumpulan tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk bercakap. Jalan Galeri (Gallery Walk) Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil kerja di dinding kelas. Kumpulan lain akan menilai dan memberikan komen masing-masing secara penilaian kendiri. Ulas Gilir (Rotating Review) Aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan, catatan maklumat tentang hasil kerja pada kertas sebak dan memaparkannya kepada kumpulan lain. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir untuk menilai dan menambah baik hasil kerja tersebut. Giliran Robin (Rally Robin) Murid berinteraksi secara berpasangan dan cenderung kepada aktiviti lisan. Murid memberikan respons tentang sesuatu isu atau persoalan secara bergilir-gilir. Kongsi Cendekia (Sages Share) Kegiatan pembelajaran murid di dalam kelas secara individu atau berkumpulan untuk membincangkan topik yang diberikan oleh guru. Murid akan memberikan sumbang saran dan diminta mencatat tandatangan mereka. Seterusnya, murid lain pula akan menemu ramah rakan mereka yang mempunyai tandatangan tersebut bagi mendapatkan maklumat. 1 BAHASA SENI VISUAL Mari lihat bahasa seni visual yang terdapat pada hasil karya. Imbangan Ruang Kesatuan Imbangan simetri pada Ruang nyata pada Karya teknik catan bertemakan bentuk wau bulan yang komposisi ini hidupan laut menampakkan sama pada bahagian kesatuan melalui gabungan menunjukkan kedudukan kiri dan kanan. objek jauh dan dekat. bentuk dan jalinan. Jalinan Warna Kontra Ukiran motif timbul Warna sejuk dan panas Bentuk dan warna yang pada aksesori digunakan dalam hasil berbeza mewujudkan ini menimbulkan karya ikatan dan celupan jalinan sentuh. kesan kontra pada beg ini yang kedua-dua pasu. Hasil 2 menggabungkan karya bidang mengenal bidang membuat corak kraf tradisional boleh dan rekaan dengan digabungkan dengan membentuk dan bidang membuat corak membuat binaan. dan rekaan. Harmoni Rupa Harmoni dari segi Olahan rupa geometri dan warna yang terhasil organik disusun dalam hasil pada karya catan karya ini. ini menimbulkan rasa damai. Penegasan Garisan Penegasan wujud pada Pelbagai jenis garisan seperti kelopak bunga raya yang garisan halus, tebal, selari dan melengkung digunakan berwarna merah dan pada karya lukisan ini. stigma yang menjalar. Bentuk Ritma dan Pergerakan Gabungan bentuk Struktur pada arca ini dibina secara kon, kubus dan sfera berulang-ulang bagi mewujudkan digunakan untuk kesan ritma dan pergerakan. menghasilkan arca Kepelbagaian stabail ini. Bahasa seni visual Kepelbagaian media dan sangat penting dalam bahan alam semula jadi menghasilkan sesuatu seperti batu dan cangkerang karya seni. diaplikasikan dalam gubahan karya ini. 3 PROJEK SENI VISUAL PENGGAL SATU Sepanjang penggal satu, kamu akan menghasilkan beberapa aktiviti dan karya berdasarkan bahasa seni visual dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Seterusnya, kamu akan mempelajari dua bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar serta membuat corak dan rekaan. Pameran boleh dilaksanakan secara berskala kecil di kawasan sekolah seperti di dalam kelas. Sebelum Pameran 1 Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan. 2 Tentukan tema pameran yang sesuai. 3 Pilih dan tentukan lokasi pameran. 4 Kumpulkan hasil karya penerokaan dan maklumat seperti aktiviti cerakin bahasa seni visual yang telah kamu buat sepanjang penggal satu di dalam portfolio seni. 5 Susun atur karya mengikut bidang gabungan. 6 Hasilkan bahan promosi pameran seperti poster, brosur atau gegantung untuk mempromosikan pameran seni visual melalui hebahan lisan atau hebahan digital. 7 Sediakan label dan buat kemasan karya bagi bidang menggambar dengan menyediakan bingkai pada setiap karya yang telah dipilih. 8 Tentukan harga hasil karya kamu untuk jualan semasa hari pameran. SKDA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA ALAM USAHA TEKUN JAYA Nama pengkarya: ..................................................................... Tajuk karya: ............................................................................... Media: ........................................................................................ Saiz karya: ................................................................................. Tahun: ........................................................................................ Harga: ........................................................................................ Penyediaan bingkai Penyediaan label 4 Semasa Pameran 1\. Semua ahli jawatankuasa pameran harus mengetahui bidang tugas masing-masing supaya pameran berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang disediakan. 22\. Kamu perlu mengaplikasikan kemahiran, mencerakinkan bahasa seni visual, menceritakan sumber idea rekaan dan menilai hasil karya seni. 3\. Pastikan hasil karya kamu dapat dilihat secara jelas oleh pengunjung. 44\. Proses apresiasi seni berlaku secara berdialog dan kamu perlu memberikan penerangan tentang hasil karya yang dipamerkan kepada para pengunjung. 5\. Kamu perlu menerangkan harga karya jika terdapat pengunjung yang ingin membeli hasil karya kamu. Selepas Pameran 1\. Ahli jawatankuasa yang bertugas perlu menyimpan karya seni kembali. 2\. Ahli jawatankuasa kebersihan perlu bertindak supaya tempat yang digunakan sentiasa bersih dan kemas. 3\. Semua ahli jawatankuasa harus membuat perbincangan kecil tentang kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan dalam pameran yang telah dijalankan supaya projek penggal kedua dapat ditambah baik. 44\. Semua ahli harus mengetahui proses penyimpanan hasil karya supaya selamat dan terpelihara dengan menggunakan semburan pemati warna, plastik lut sinar bagi karya menggambar, fail berlabel dan kotak berlabel supaya memudahkan proses penyimpanan dan karya akan tahan lebih lama. 55\. Hasil jualan karya semasa hari pameran boleh dikumpulkan dan disumbangkan kepada kelab sekolah. NOTA GURU • Bimbing murid menjalankan proses persediaan sebelum, semasa dan selepas pameran seni visual berdasarkan perancangan yang telah dibuat supaya dapat berjalan lancar. • Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan 5\.1.1 aplikasi digital. 5\.1.2 • Bimbing murid menceritakan karya sendiri dan memberikan pendapat tentang karya 5\.1.3 rakan lain semasa pameran seni visual. 5\.1.4 5\.1.5 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) 5 PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI visual Portfolio ialah bekas mudah alih untuk menyimpan dan mengumpulkan maklumat, bahan bercetak dan koleksi gambar karya seni. Kamu perlu menghasilkan sebuah portfolio seni visual dengan menggunakan kad manila. Semua bahan seperti maklumat bahasa seni visual dan hasil penerokaan perlu disimpan di dalam portfolio ini. Kamu boleh menyediakan portfolio seni visual seperti cadangan ini. Kad manila 5 cm 35 cm 2 cm 2 cm 30 cm 54 cm Cadangan ukuran portfolio 1 Ukur dan lakarkan saiz portfolio berdasarkan ukuran di atas pada kad manila. Pastikan ukuran penutup dan bahagian tepi diambil kira. 2 Gunting lakaran garisan yang telah dibuat secara kemas. 3 Hasil kad manila yang telah digunting Gunting secara serong mengikut cadangan ukuran. pada bahagian atas kad manila sebagai penutup portfolio seni. 6 4 Lipat kad manila ke dalam 5 mengikut garisan yang telah ditandakan. Cantumkan bahagian kiri Belakang dan kanan kad manila dengan gam atau pita pelekat dua muka. 6 Tulis nama, tahun dan tajuk portfolio seni kamu. Tampalkannya di hadapan portfolio seni. Hadapan 7 Kumpulkan semua bahan dan hasil penerokaan seni yang dibuat sepanjang pembelajaran di dalam portfolio seni kamu. Tampalkan hasil aktiviti penerokaan pada buku lakaran kamu dengan kemasnya. Contoh hasil portfolio lain IMBAS SAYA Contoh dokumentasi lain NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan portfolio seni visual secara kreatif dengan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai. • Bimbing murid mengumpulkan maklumat dan bahan penerokaan di dalam portfolio seni 3\.1.1 secara baik dan kemas. (i, ii) • Ingatkan murid supaya merujuk maklumat dan bahan penerokaan semula semasa menghasilkan karya gabungan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 7 GAMBARAN MINDA KAMPUNGKU Mari kita lihat bahasa seni visual yang terdapat dalam karya ini dengan penerokaan media kering yang berbeza. Kontra dari segi warna dapat diwujudkan Terdapat jalinan tampak pada melalui penggunaan warna jingga pada pokok karya ini melalui lakaran duri kaktus dengan warna biru pada latar karya. halus pada pokok kaktus. Kepelbagaian dapat ditimbulkan pada unsur bentuk dan jenis garisan yang digunakan dalam karya. Objek pokok Garisan halus wujud kaktus yang dalam karya melalui mempunyai teknik lukisan struktur dan silang pangkah. bayang mewujudkan bentuk ilusi. Ruang wujud pada karya ini apabila berlakunya pertindihan antara beberapa objek. INFORMASI Garisan boleh berfungsi sebagai suatu tafsiran. Contohnya, garisan tegak pada Menara Kuala Lumpur menunjukkan kekukuhan, kestabilan dan keteguhan. 8 Catan merupakan hasil seni pada permukaan kertas atau kanvas yang menggunakan cat air, cat poster dan cat minyak. Catan ialah hasil menggambar dalam bentuk dua dimensi. Ruang Harmoni Karya ini menunjukkan tiga bahagian ruang Penggunaan warna sejuk pada latar ilusi, iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan belakang yang bergunung-ganang ruang belakang. Objek yang dekat seperti memberikan kesan ketenangan dan motosikal di ruang hadapan. harmoni pada karya. Ruang belakang Ruang tengah Ruang hadapan Garisan paksi Imbangan Bentuk Kedudukan motosikal serta beberapa objek Kesan ton warna yang cerah dan lain lebih berat pada bahagian kanan dan gelap serta penghasilan bayang dapat memberikan kesan imbangan tidak simetri menimbulkan bentuk ilusi pada hasil karya. pada hasil karya. Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain IMBAS SAYA yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini? Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang Borang cerakin bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. NOTA GURU 1\.1.1 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. 1.1.2 (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. 9 EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) ALAT TULIS SAYA Mari hasilkan lukisan alat tulis kamu melalui penerokaan bahasa seni visual dengan pelbagai media. Buat lakaran pelbagai rupa dan bentuk alat tulis kamu secara peniruan (imitasi) dengan media yang berbeza. Lakarkan pelbagai jenis garisan bagi menimbulkan kesan jalinan pada objek yang telah kamu lukis. Teknik silang pangkah Garisan selari Garisan zig-zag Lorek objek dengan membuat garisan pada ruang yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang berbeza. Contoh hasil karya lain. Kumpulkan hasil lukisan kamu di dalam portfolio seni. 10 INFORMASI Datuk Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang dikenali sebagai Lat merupakan seorang kartunis Malaysia yang terkenal. Karya beliau, Kampung Boy (1979) yang telah dibukukan menerapkan unsur garisan dalam lukisannya. Teknik garisan kontur dapat menimbulkan bentuk dengan lebih jelas dan berstruktur. Teknik kontur bentuk silinder Kesan penggunaan pen penanda akan menghasilkan garisan tebal yang dapat menimbulkan penegasan pada karya. Garisan melengkung Kepelbagaian dari segi garisan wujud dalam karya dengan melakarkan pelbagai garisan bagi menimbulkan jalinan dan rupa tertentu pada hasil karya. Gabungan hasil karya menggambar dengan karya membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan seperti pelapik tetikus. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. 2\.1.1 • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan hasil karya. 2\.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. (i, ii) 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: 11 Mahir Berkomunikasi TINGKAP DAMAI Mari kita teroka pelbagai media melalui teknik lukisan dengan menggunakan tetingkap fokus. Garisan perspektif akan memberikan kesan ruang pada penghasilan karya dua dimensi. Cari gambar pemandangan pada Lakarkan pemandangan yang bahan bercetak dan letakkan mempunyai pembahagian ruang tetingkap fokus pada imej tersebut. dengan menggunakan tetingkap fokus. Kedudukan objek yang Garisan tebal bertindih mewujudkan dan halus dapat kesan ruang. Hasil menjelaskan lorekan lebih jelas jarak dan saiz pada objek di hadapan di antara objek. untuk mendapatkan jalinan tampak. Pensel warna Pen Lorek imej dengan pelbagai media kering Kedudukan ruang untuk mendapatkan di belakang dikenali bentuk yang berbeza. sebagai ruang dalam. Olahan garisan dapat Warna yang lebih gelap mewujudkan bentuk dapat menimbulkan ilusi pada hasil karya. kedalaman ruang. Pensel Pen penanda TIP Kamu juga boleh merakamkan gambar di kawasan sekolah sebagai rujukan untuk menghasilkan lukisan. INFORMASI IMBAS SAYA Tetingkap fokus berfungsi untuk memfokuskan Penghasilan sesuatu objek tertentu untuk dilukis di persekitaran tetingkap atau di kawasan lapang. fokus 12 Alat dan bahan Bahan cetak bergambar Kertas lukisan Tetingkap fokus Pensel Pen penanda Pensel warna Pen Potong kadbod untuk INFORMASI menghasilkan bingkai gambar. • Ruang dalam merupakan ruang ilusi yang kelihatan jauh dan luas pada permukaan dua dimensi. • Garisan perspektif dapat memperlihatkan ruang jauh dan dekat. Kamu boleh menggabungkan hasil karya menggambar dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti menghasilkan bingkai gambar. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan 2\.1.1 karya gabungan. 2\.1.2 • Bimbing murid membuat tetingkap fokus sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi 13 : Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) PEMBINA CILIK DUNIA GEMILANG Mari kita lihat bahasa seni visual dalam penghasilan karya tiga dimensi yang berbentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut. Arca ini berbentuk hati Penggunaan warna merah Penegasan wujud yang bersifat tiga dimensi, pada arca menimbulkan kontra pada karya kerana mengandungi ketinggian, dengan persekitaran dan dapat kelebaran dan kedalaman. menarik perhatian pengunjung. arca ini dibina di kawasan lapang. Arca ini dibina dalam imbangan tidak simetri pada bentuknya yang masih menampakkan keteguhan dan kestabilan. Karya tiga dimensi ini mempunyai ciri-ciri nyata dan menampakkan nilai estetik. INFORMASI Estetik ialah keindahan dan kecantikan yang terdapat pada sesuatu hasil karya seni. Bincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh karya atau binaan lain. Kamu boleh menggunakan IMBAS SAYA borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. Borang cerakin bahasa seni visual 14 Arca asemblaj merupakan hasil cantuman pelbagai bahan dan media. Bahan yang dipilih akan dicantumkan untuk mewujudkan kesatuan dalam penghasilan arca. Jalinan Kontra Pelbagai bahan cantuman seperti Kontra wujud dengan penggunaan besi, logam dan plastik terpakai warna merah pada badan arca digunakan dalam karya ini. yang dapat menarik perhatian dan Kepelbagaian jalinan sentuh wujud mengelakkan kebosanan. seperti jalinan kasar dan bergerigi. Harmoni Bentuk Harmoni dari segi bentuk Penggunaan bentuk dan ruang wujud dalam konkrit seperti silinder, karya ini melalui olahan segi empat dan susun atur pelbagai bulatan diolah dalam bahan dari kaki hingga pelbagai komposisi. Bentuk tangan arca kepala arca. memberikan makna dan menjadi titik fokus bagi karya ini. 1\.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (iii) dalam bidang membentuk dan membuat binaan. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Nilai Murni : Menganalisis PAK-21: Giliran Robin 15 (Rally Robin) BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH Mari bina karya arca stabail secara kreatif. Kamu boleh meneroka bahasa seni visual seperti bentuk, imbangan dan kesatuan untuk memberikan keteguhan pada hasil karya. Media: Bod impra AWAS\! 1 Berhati-hati semasa memotong kepingan bod untuk membuat tanggam. Lakarkan rupa bulat dan potong bod impra kepada beberapa bahagian kecil. Potong sebahagian keratan 2 rentasnya sebagai tanggam untuk disambungkan antara satu sama lain. 3 Hasilkan corak pada permukaan rupa bulat dengan pelekat hiasan mengikut kreativiti kamu. 4 Cantumkan bahagian tanggam untuk membina arca stabail. Aplikasikan prinsip imbangan dan unsur bentuk semasa menghasilkan arca stabail. Media: Bod busa Kamu boleh menggunakan bahan lain seperti bod busa untuk membentuk arca stabail. 16 INFORMASI Hasil karya ini Tanggam ialah sambungan kayu yang menggabungkan bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh. bidang membentuk dan membuat binaan 5 dengan membuat Pastikan cantuman tanggam dibuat secara teliti. Bina corak dan rekaan. reka bentuk arca bermula dari tapak yang lebih luas dan besar supaya arca seimbang dan kukuh. Rupa yang sama disusun secara berulang-ulang akan menghasilkan corak. Contoh karya 1 Contoh karya 2 Imbangan perlu dititikberatkan supaya binaan yang dihasilkan lebih stabil dan kukuh. Kesatuan dapat dilihat pada hasil karya dari segi warna dan gabungan bentuk yang tersusun. Contoh karya 3 Contoh karya 4 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. 2\.1.1 • Bimbing murid membuat potongan bentuk sebelum aktiviti penerokaan dijalankan. 2\.1.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk dan imbangan pada hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 17 KOTAK KEJUTAN Mari kita teroka pelbagai media bagi menghasilkan sebuah binaan yang kukuh dan berfungsi. 1 2 Kumpulkan kotak kecil pelbagai Buka bahagian kotak satu per satu dan amati bentuk dan saiz. lipatannya secara teliti. Jadikan bukaan kotak sebagai templat dan tampalkannya pada kertas lukisan sebagai maklumat rujukan. Kotak hadiah Kertas lukisan Kotak piza Kad manila Kotak makanan Kad warna 18 Mari kita teroka penghasilan bentuk kotak yang Alat dan bahan lebih kreatif dengan pelbagai alat dan bahan. Kamu perlu meneliti bentuk, ruang dan imbangan semasa Kertas lukisan menghasilkan kotak. 3 Kad Lakarkan rupa kotak pada manila kertas lukisan. Kemudian, gunting kertas Gunting dan bentukkannya. Pensel Hasil karya ini Pelbagai merupakan bentuk jenis konkrit yang nyata kad dan dapat dilihat dari pelbagai arah. Gam Ruang terhasil daripada perbezaan jarak dan kedalaman yang terdapat pada hasil karya. Pemilihan warna terang akan memberikan kesan penegasan dan daya tarikan pada karya. Hasil karya ini boleh digabungkan dengan bidang menggambar atau membuat corak pada permukaan luar kotak. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui binaan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. 2\.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti jenis bentuk dan imbangan pada 2\.1.2 hasil karya. (i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Kongsi Cendekia 19 (Sages Share) ILUSI DAN REALITI REALITI ALAM Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup kerana kawasannya sempit dan terhad. Kepelbagaian wujud pada bentuk perabotnya. Pemandangan taman bunga yang luas dan lapang merupakan ruang terbuka. Penegasan wujud pada bunga yang berwarna merah. Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek. INFORMASI Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster. 20 Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda dan oil pastel. Ruang Penegasan Kedudukan Penegasan wujud dua objek yang pada bentuk dan bertindih akan menimbulkan warna burung kakak tua yang kesan ruang. berwarna merah Burung kakak tua dan dapat yang berada menarik perhatian di hadapan berbanding dengan nampak lebih jelas dan besar objek lain. berbanding dengan pokok yang berada jauh di belakang. Warna Kepelbagaian Penggunaan warna Kepelbagaian sekunder, iaitu wujud melalui olahan pelbagai hijau memberikan jenis garisan, rupa rasa damai. Warna dan jalinan tampak. tertier, iaitu warna Pemandangan merah kekuningan menenangkan pada burung kakak melalui bentuk tua menjadi daya objek flora tarikan dalam dan fauna. karya ini. IMBAS SAYA Cerakinkan bahasa seni visual Borang cerakin menggunakan borang cerakin yang bahasa seni visual telah disediakan dalam kod QR. 1\.1.1 NOTA GURU 1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. (i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya 1\.1.3 (i) dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir 21 (Rotating Review) LIHAT DAN SENTUH Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. Teknik Capan Bahan Pembalut gelembung Teknik Kolaj Cat air Bahan Kacang hijau Teknik capan dan teknik lukisan menggunakan garisan silang Daun plastik pangkah dapat mewujudkan TIP jalinan tampak pada karya. Kamu juga boleh menggunakan teknik gosokan dan cetakan Jalinan sentuh terhasil melalui untuk menghasilkan kesan teknik kolaj yang menggunakan jalinan tampak. 22 tampalan bahan alam semula jadi dalam karya. Teknik Montaj Bahan Teknik Lukisan Gambar bercetak Bahan Pen warna Senaraikan bahan serta jalinan yang terdapat di sekeliling kamu. Hasil karya bidang menggambar juga boleh digabungkan dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti hiasan dinding. Kepelbagaian teknik dan bahan dalam menghasilkan karya dapat menimbulkan daya tarikan dan mewujudkan variasi. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti menggambar. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. 2\.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. 2\.1.2 (i, ii) : Menilai Kemahiran Abad Ke-21: 2\.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi Bersifat Ingin Tahu 23 KAKTUS KHATULISTIWA Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik. Cari gambar pasu C yang besar daripada 1 sumber Internet dan cetak. Gunting dan tampalkannya pada kertas lukisan. AB DE 2 Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti. Gunting imej pokok kaktus. Pemilihan bentuk pokok kaktus Susun pokok kaktus pada yang pelbagai mewujudkan kesatuan dalam gubahan karya. 3 gambar pasu dengan menerapkan unsur ruang yang harmoni dalam karya dengan teknik montaj. Penggunaan bentuk, jalinan dan warna yang disusun secara seragam menimbulkan harmoni dan memberikan ketenangan. 24 A B C Alat dan bahan Kertas lukisan 4 Teknik kolaj pada kain felt dapat membentuk Bahan pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. gambar bercetak A B C Kertas warna Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis Kain felt Gunting 5 gambar pokok kaktus menggunakan pensel warna. Garisan yang dibuat akan menimbulkan kesan jalinan yang harmoni. Contoh Gam karya lain Pensel Kamu boleh menggabungkan warna hasil karya ini dengan membentuk dan membuat binaan seperti kad ucapan dan buku nota. 2\.1.1 NOTA GURU 2\.1.2 • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui (i, ii) 2\.1.3 aktiviti menggambar. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin 25 (Rally Robin) CIK LEBAH DAN MADU Mari hasilkan kotak yang Produk: Kotak makanan menggabungkan bidang Fungsi: Pembungkusan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kad manila, pen dan pen penanda A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan proses: Lukisan, lipatan dan cantuman Kemasan: Ikatan reben Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan serangga. Pepatung Lebah (hal benda yang dipilih) Kupu-kupu Kumbang Ayuh, kita lihat badan dan sarang lebah untuk membuat lakaran idea\! Lakaran Idea Hal Benda Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 26 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Olahan 1 Olahan 3 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea badan lebah Pertemuan antara permulaan dengan penghujung garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang berulang boleh menghasilkan corak. Olahan 1 Olahan 3 Olahan 5 Olahan 2 Olahan 4 Olahan idea sarang lebah Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kotak untuk dijadikan produk pembungkusan. 3\.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 27 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Lakaran Idea Reka Letak Reka letak 1 Reka letak 2 Reka letak 3 Kajian Warna (reka letak yang dipilih) Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pensel warna Media: pen penanda Media: oil pastel (warna yang dipilih) Media lain seperti pen warna, cat air dan cat poster boleh digunakan untuk menghasilkan kajian warna. 28 KARYA GABUNGAN Penjanaan Idea Sumber idea untuk penentuan rekaan produk. Kotak 1 Kotak 2 Kotak 3 (rekaan yang dipilih) Lakaran templat hamparan kotak. Cantuman Bahagian tapak Bahagian hadapan Lakaran kotak IMBAS SAYA Penentuan Bahan Templat hamparan kotak Templat kotak bersaiz A3 Kad manila Penghasilan karya menggabungkan Pen penanda rekaan kotak dengan lukisan lebah dan sarangnya. Imbangan simetri wujud pada Pen bahagian kanan dan kiri kotak supaya Pen warna lebih stabil dan kukuh. 2\.1.3 NOTA GURU 3.2.1 • Bimbing murid memilih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak. (i, ii, iii, • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya. iv, v) • Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 29 Pemikir KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat. Lakarkan hamparan kotak 1 berdasarkan templat pada kad manila bersaiz A3. Lukis motif lebah dengan 2 pensel berdasarkan lakaran reka letak yang telah dipilih. Coret pelbagai jenis garisan pada lebah mengikut kreativiti dengan 3 menggunakan pen. Pelbagai garisan akan menimbulkan jalinan tampak. Buat garisan beralun, tebal, 4 sendeng, silang pangkah dan titik-titik pada motif sarang lebah dengan pen warna. Warnakan bahagian 5 lelehan madu dengan pen warna berdasarkan warna yang telah dipilih. AWAS! Warnakan latar belakang Pastikan kamu 6 dengan pen penanda menjaga kebersihan secara teliti dan kemas. dan menggunakan media dengan baiknya semasa menghasilkan karya. 30 KARYA GABUNGAN Alat dan bahan Templat kotak 7 Potong hasil karya mengikut 8 Lipat bahagian sisi dan kenal Kad lakaran yang telah dibuat. pasti bahagian yang ingin manila dicantumkan berdasarkan lakaran templat. Pensel Pen 9 Tampalkan bahagian cantuman dan buat penanda lipatan untuk menghasilkan kotak. Pen TIP Pen Selain gam, kamu juga warna boleh menggunakan pita pelekat untuk mencantumkan hasil karya kamu. Hasil kotak yang Gam telah siap. Gunting Hias kotak Reben 10 dengan ikatan reben sebagai kemasan karya. Tahniah, kotak hasil karya gabungan menggambar dengan membentuk dan membuat binaan telah siap\! 3\.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. vi, vi) • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya. • Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir 31 (Rotating Review) KARYA GABUNGAN C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA 1 Rakamkan gambar hasil karya menggunakan kamera digital. TIP Selain kamera digital, kamu boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk merakamkan gambar. 2 Pindahkan salinan gambar foto pada komputer untuk dicetak. 3 Cetak gambar foto hasil karya pada kertas A4. AWAS\! Minta bantuan guru untuk mencetak gambar foto hasil karya Cik Lebah dan Madu. 4 Bingkaikan gambar foto yang telah dicetak dengan menampalkannya pada kad keras bersaiz A3. 32 KARYA GABUNGAN D. APRESIASI SENI Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu bersama-sama rakan. Karya ini menggabungkan bidang Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif menggambar dengan membentuk dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan, apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses dan membuat binaan. semasa menghasilkan karya kotak ini? Teknik lukisan, lipatan dan cantuman digunakan dalam penghasilan karya kotak ini. Karya ini mempunyai nilai gunaan dan boleh dijadikan kotak pembungkusan madu. Pelbagai jenis media kering seperti pensel, pen, pen penanda dan pen warna digunakan untuk menghasilkan karya ini. Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang dapat dilihat melalui gabungan rupa organik dan pengulangan susunan rupa geometri. 3\.2.3 NOTA GURU 4.1.1 • Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk (i, ii, iii, iv, v) pameran. • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Menilai PAK-21: Jalan Galeri 33 (Gallery Walk) SI CILIK KOI Mari hasilkan karya arca yang Produk: Arca stabail (berfungsi) menggabungkan bidang Fungsi: Alat permainan menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) dan membuat binaan. Media: Kadbod, penggulung tisu, cat poster dan pistol perekat panas A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan Proses: Binaan, cantuman Pemilihan Hal Benda dan catan Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Kemasan: Semburan pengilat Ikan emas Ikan arowana Ikan koi (hal benda yang dipilih) Ikan laga Mari kita lihat struktur ikan koi bagi menghasilkan karya seni ini. Lakaran Idea Hal Benda INFORMASI Ekor Ikan koi atau nama Sirip saintifiknya Cyprinus carpio dianggap Kepala ikan yang istimewa kerana mempunyai Sisik corak yang menarik Insang pada badannya. 34 KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Pandangan Pandangan sisi Pandangan sisi Pandangan atas belakang Penentuan Media dan Bahan Badan ikan daripada botol Botol 500 ml Lipatan kertas origami untuk minuman. Sirip dan ekor membentuk ikan koi. daripada kad manila. Penggunaan modelling clay Cantuman penggulung tisu dan kulit telur untuk mendapatkan bentuk ikan untuk membentuk badan dan kepala ikan. koi yang bersifat tiga dimensi. (penentuan bahan yang dipilih) 3\.2.1 NOTA GURU (i, ii, iii, iv) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan karya gabungan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan reka bentuk. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 35 KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Ikan Kad busa sebagai sirip dan ekor. Manik sebagai jalinan pada badan ikan. Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca Bahagian tapak Permukaan rata untuk Penutup botol Pemusing roda untuk menggunakan aktiviti menggambar sebagai roda untuk menggerakkan roda bahan yang lebih menggerakkan lidi berat, kukuh (catan). pada arca stabail arca stabail. dengan mudahnya. dan rata. Kadbod Bahagian belakang Bahagian hadapan Lakaran Idea Catan Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 Lakaran idea 3 36 (lakaran idea yang dipilih) KARYA GABUNGAN Lakaran Reka Bentuk Akhir Susun atur batu dan cangkerang. Susun atur 1 Susun atur 2 Lakaran reka (susun atur yang dipilih) bentuk akhir Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Kajian Warna Warna 1 Warna 2 Warna 3 Media: pen warna Media: oil pastel Media: pensel warna (warna yang dipilih) 3\.2.1 NOTA GURU (ii, iii, iv, v) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan kajian warna. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 37 KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Proses Membina Tapak Arca Stabail 1 Potong kadbod menjadi empat bukaan untuk dijadikan tapak arca. Kadbod akan dicantumkan menjadi kotak separa terbuka. Tebuk dan cantumkan penutup botol Roda 1 2 pertama dengan lidi untuk dijadikan roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada penutup botol kedua sebagai roda 2. AWAS\! Berhati-hati semasa menebuk penutup botol dan menggunakan pistol perekat panas. Roda 2 3 Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari. Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan pastikan kedudukannya di tengah-tengah kotak. Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol 4 perekat panas untuk menghasilkan kotak separa terbuka. 38 KARYA GABUNGAN Tebuk dan tampalkan penyedut minuman Alat dan bahan pada bahagian atas kotak sebagai paksi Penutup 5 untuk memasukkan lidi roda 2. botol minuman 6 Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan Roda 2 dengan roda 2 pada bahagian atas. Roda 1 Kadbod Kedudukan ini akan menghasilkan daya untuk menggerakkan arca ikan koi Lidi dengan lancarnya. tebal 7 Lekatkan modelling clay sebagai Pistol pengunci bagi mengawal pergerakan perekat lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk panas memudahkan proses pergerakan arca ini. Gunting Modelling clay Penyedut minuman kertas Hasil tapak arca stabail 3\.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan vi, vi) karya gabungan. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pistol perekat panas dengan betulnya. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk menghasilkan tapak arca stabail. • Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan roda bagi menggerakkan arca stabail. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 39 Bersifat Ingin Tahu KARYA GABUNGAN Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail 1 2 Warnakan sekeliling kotak dengan cat Lakarkan latar belakang keseluruhan poster putih untuk lapisan pertama. kotak berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. 3 Warnakan latar belakang dengan ton warna yang lebih gelap di hadapan dan terang di belakang untuk mewujudkan unsur ruang jauh dan dekat. 4 Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan visual dua dimensi pada karya. 40 KARYA GABUNGAN 6 Tebuk lubang pada bahagian Alat dan bahan tapak cawan kertas dan masukkannya pada penyedut Pensel minuman sebagai tapak ikan. Cat 5 poster Tampalkan kad busa pada Berus bahagian atas kotak sebagai warna kemasan pada tapak arca. Sebagai kemasan, sembur 7 Palet karya dengan penyembur pengilat supaya karya tahan 8 Tampalkan cangkerang dan Kad lebih lama dan tidak pudar. batu hiasan pada permukaan busa kotak supaya lebih kemas dan menarik. Gam kuat Cawan kertas Penyembur pengilat AWAS! Hasil catan pada tapak arca stabail. Pastikan kamu menjaga kebersihan Bahan dengan mengalas hiasan tapak arca sebelum mewarna dan membuat semburan. 3\.2.2 NOTA GURU (i, ii, iii, vi, • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang v, vi) telah dipilih. • Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan. • Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan disiplin pengkaryaan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 41 Berdaya Tahan KARYA GABUNGAN Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail 1 Tebuk dan warnakan kulit telur dengan 2 Leperkan hujung penggulung tisu cat poster untuk dijadikan kepala ikan. dan balut dengan kain felt sebagai badan ikan dengan kemasnya. TIP Tebuk kulit telur dengan hujung gunting dan keluarkan telur secara berhati-hati. 3 Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa. Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan. 4 Kemaskan bahagian hujung badan ikan 5 Tampalkan mata dan mulut pada yang membentuk ekor ikan. permukaan telur sebagai muka ikan. 42
Shard184 (laksa)
Root Hash3063316402866983784
Unparsed URLcom,anyflip!/xlqtw/jdtl/basic s443