ā¹ļø Skipped - page is already crawled
| Filter | Status | Condition | Details |
|---|---|---|---|
| HTTP status | PASS | download_http_code = 200 | HTTP 200 |
| Age cutoff | FAIL | download_stamp > now() - 6 MONTH | 6.4 months ago |
| History drop | PASS | isNull(history_drop_reason) | No drop reason |
| Spam/ban | PASS | fh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0 | ml_spam_score=0 |
| Canonical | PASS | meta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsed | Not set |
| Property | Value |
|---|---|
| URL | https://anyflip.com/elti/wroe/basic |
| Last Crawled | 2025-10-03 13:07:20 (6 months ago) |
| First Indexed | 2021-09-26 18:10:34 (4 years ago) |
| HTTP Status Code | 200 |
| Meta Title | KERJA AMAL - Membalik Buku Halaman 1-17 | AnyFlip |
| Meta Description | PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS menerbitkan KERJA AMAL pada 2021-06-30. Baca versi flipbook dari KERJA AMAL. Muat turun halaman 1-17 di AnyFlip. |
| Meta Canonical | null |
| Boilerpipe Text | Kerja Amal PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Transformasi. Saya dengan rasa penuh sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan Buku Bacaan Siri 2. Saya amat yakin kejayaan menghasilkan buku bacaan ini adalah gabungan pengalaman, kerjasama serta penghayatan agenda Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan menerusi pemikiran dalam dimensi baharu dalam kalangan Guru Pemulihan Khas . Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada kecemerlangan akademik terutama penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Pelbagai alternatif strategik dibina bagi memastikan semua murid khususnya tahap satu sekolah rendah boleh membaca dengan lancar. Bagi menjayakan cita-cita semua murid tahap satu boleh membaca dengan lancar dalam tempoh masa yang lebih singkat maka semua Guru Pemulihan Khas diminta memastikan semua murid Program Pemulihan Khas memanfaatkan sepenuhnya buku ini. Keprihatinan ibu bapa atau penjaga juga amat diperlukan dalam memastikan cita-cita murni Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu āSemua Murid Tahap Satu Boleh Membaca dengan Lancarā dapat dicapai dengan jayanya. Sekian, terima kasih. ā KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMAā SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. PENGENALAN Ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. Diharap dengan penggunaan bahan bacaan ini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca khususnya murid-murid Pemulihan Khas secara terancang mengikut kaedah pengajaran bacaan Bahasa Melayu. Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan bunyi-bunyi suku kata. Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut kesesuaian . Siri 1 - Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk. - Memuatkan kemahiran 5 ā 15 - Sukukata berwarna - Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri untuk membaca sendiri Siri 2 -Mengandungi 10 siri buku -Bermula kemahiran 16- 32 -Suku kata tidak berwarna Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan mudah tetapi berkesan dalam membantu murid-murid belajar membaca dan memahami apa yang dibaca. Buku ini juga diharap dapat menarik dan menggalakkan murid-murid pemulihan untuk membaca. Persatuan Kebajikan Murid Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki merancang untuk mengadakan kerja amal. Semua murid sebulat suara bersetuju untuk mengikuti program ini. 1 Rumah Anak-Anak Yatim Cahaya Harapan menjadi pilihan. Mereka menetapkan pada hari Sabtu yang akan datang untuk melaksanakan kerja amal itu. 2 Program amal itu diketuai oleh Cikgu Fauzi dan isterinya Cikgu Fauziah. Sehari sebelum kerja amal itu dijalankan, mereka telah mengadakan mesyuarat dengan semua pelajar yang terlibat. 3 Seramai 20 orang murid berminat mengikuti program tersebut. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membawa penyapu, kain buruk, mop, sabun, pencakar, dan bakul sampah. 4 Semua murid berkumpul di kawasan sekolah pada pukul lapan pagi. Mereka membawa peralatan yang diperlukan. Mereka pergi dengan menaiki bas mini. 5 Apabila tiba di Rumah Anak-Anak Yatim Cahaya Harapan, mereka disambut oleh penghuni asrama tersebut. Mereka diperkenalkan kepada semua penghuni asrama di situ. 6 Mereka memulakan kerja-kerja yang telah dirancang. Kumpulan Sara membersihkan kawasan hadapan asrama. Kumpulan Sani pula membersihkan kawasan belakang asrama. Manakala, kumpulan lain membersihkan bahagian dalam asrama. 7 Setelah selesai membersihkan kawasan asrama, mereka pun berehat. Cikgu Fauziah menyuruh Sara mengambil minuman dan kuih-muih untuk dimakan bersama-sama. Selepas makan mereka mengemaskan barang-barang untuk pulang. 8 Sebelum pulang, mereka berkumpul di dewan bersama penghuni Asrama Cahaya Harapan. Cikgu Fauzi mengambil kesempatan memberikan ucapan dan nasihat kepada anak-anak yatim yang ada di situ. Sebagai kenang-kenangan mereka bergambar serta menyampaikan sedikit cenderamata. 9 Setelah selesai, semua murid diminta sekali lagi bersalaman dengan penghuni Asrama Cahaya Harapan. Ada di antara mereka yang mengalirkan air mata kerana terlalu sedih untuk berpisah. Cikgu Fauzi dan Cikgu Fauziah berharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan. 10 Perbendaharaan kata : sedih aktiviti program asrama pencakar penghuni mesyuarat mengadakan diperkenalkan dilaksanakan mengemaskan cenderamata bas mini air mata kain buruk kerja amal 11 Soalan pemahaman: 1. Namakan rumah anak yatim yang dilawati oleh Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki. ________________________________________ ________________________________________ 2. Berapakah jumlah murid yang berminat menyertai lawatan itu? ________________________________________ ________________________________________ 3. Apakah kenderaan yang dinaiki semasa mereka pergi lawatan? ________________________________________ ________________________________________ 4. Siapakah yang memberi ucapan dan nasihat kepada penghuni Asrama Cahaya Harapan? ________________________________________ ________________________________________ 5. Bagaimanakah perasaan murid-murid semasa ingin pulang ? ________________________________________ ________________________________________ 12 |
| Markdown | - [Quick Upload](https://anyflip.com/quick-upload/)
- [Explore](https://anyflip.com/explore/)
- [Features](https://anyflip.com/features/)
- [Support]()
- [Contact Us](https://anyflip.com/contact/)
- [FAQ](https://anyflip.com/faq/)
- [Help Document](https://anyflip.com/manual.html)
- [Pricing](https://anyflip.com/pricing/)
[Sign In](https://anyflip.com/login.php)
[Sign Up](https://anyflip.com/signup.php)
- [Quick Upload](https://anyflip.com/quick-upload/)
- [Explore](https://anyflip.com/explore/)
- [Features](https://anyflip.com/features/)
- [Support]()
- [Contact Us](https://anyflip.com/contact/)
- [FAQ](https://anyflip.com/faq/)
- [Help Document](https://anyflip.com/manual.html)
- [Pricing](https://anyflip.com/pricing/)
- [Sign In](https://anyflip.com/login.php)
- [Sign Up](https://anyflip.com/signup.php)
- [Enrichment](https://anyflip.com/explore?c=11#latest)
- [Business](https://anyflip.com/explore?c=6#latest)
- [Books](https://anyflip.com/explore?c=5#latest)
- [Art](https://anyflip.com/explore?c=3#latest)
- [Lifestyle](https://anyflip.com/explore?c=18#latest)
- [Religion](https://anyflip.com/explore?c=24#latest)
- [Home](https://anyflip.com/explore?c=17#latest)
- [Science](https://anyflip.com/explore?c=25#latest)
The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking [here]().
[Home](https://anyflip.com/) [Explore](https://anyflip.com/explore) **[KERJA AMAL](https://anyflip.com/elti/wroe)**
[View in Fullscreen](https://anyflip.com/elti/wroe)
## KERJA AMAL
[Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes\!](https://anyflip.com/quick-upload)
- [PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS](https://anyflip.com/homepage/elti/ "Visit its homepage")
- [http://anyflip.com/elti/wroe/](https://anyflip.com/elti/wroe)
[](https://anyflip.com/homepage/elti/ "Visit its homepage")
[Download PDF](https://anyflip.com/center/explore/download.php)
Share
Related Publications
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS](https://anyflip.com/homepage/elti), 2021-06-30 01:09:10
# KERJA AMAL
- [1 - 17](https://anyflip.com/elti/wroe/basic/)
### KERJA AMAL
Kerja Amal
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam
Transformasi.
Saya dengan rasa penuh sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
telah berjaya menghasilkan Buku Bacaan Siri 2.
Saya amat yakin kejayaan menghasilkan buku bacaan ini adalah gabungan pengalaman, kerjasama
serta penghayatan agenda Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan menerusi pemikiran dalam
dimensi baharu dalam kalangan Guru Pemulihan Khas .
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada
kecemerlangan akademik terutama penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira
(3M). Pelbagai alternatif strategik dibina bagi memastikan semua murid khususnya tahap satu
sekolah rendah boleh membaca dengan lancar.
Bagi menjayakan cita-cita semua murid tahap satu boleh membaca dengan lancar dalam tempoh
masa yang lebih singkat maka semua Guru Pemulihan Khas diminta memastikan semua murid
Program Pemulihan Khas memanfaatkan sepenuhnya buku ini. Keprihatinan ibu bapa atau penjaga
juga amat diperlukan dalam memastikan cita-cita murni Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu āSemua Murid Tahap Satu Boleh Membaca dengan Lancarā dapat dicapai
dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
ā KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMAā
SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENGENALAN
Ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha
bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat
yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. Diharap dengan penggunaan
bahan bacaan ini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca
khususnya murid-murid Pemulihan Khas secara terancang mengikut kaedah pengajaran
bacaan Bahasa Melayu. Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan
pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan
bunyi-bunyi suku kata.
Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut
kesesuaian .
Siri 1
\- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
\- Memuatkan kemahiran 5 ā 15
\- Sukukata berwarna
\- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri untuk membaca
sendiri
Siri 2
\-Mengandungi 10 siri buku
\-Bermula kemahiran 16- 32
\-Suku kata tidak berwarna
Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan mudah tetapi berkesan dalam membantu
murid-murid belajar membaca dan memahami apa yang dibaca. Buku ini juga diharap
dapat menarik dan menggalakkan murid-murid pemulihan untuk membaca.
Persatuan Kebajikan Murid Sekolah
Kebangsaan Aminuddin Baki
merancang untuk mengadakan kerja
amal.
Semua murid sebulat suara bersetuju
untuk mengikuti program ini.
1
Rumah Anak-Anak Yatim Cahaya
Harapan menjadi pilihan.
Mereka menetapkan pada hari Sabtu
yang akan datang untuk melaksanakan
kerja amal itu.
2
Program amal itu diketuai oleh Cikgu
Fauzi dan isterinya Cikgu Fauziah.
Sehari sebelum kerja amal itu
dijalankan, mereka telah mengadakan
mesyuarat dengan semua pelajar
yang terlibat.
3
Seramai 20 orang murid berminat
mengikuti program tersebut.
Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki
membawa penyapu, kain buruk, mop,
sabun, pencakar, dan bakul sampah.
4
Semua murid berkumpul di kawasan
sekolah pada pukul lapan pagi.
Mereka membawa peralatan yang
diperlukan.
Mereka pergi dengan menaiki bas mini.
5
Apabila tiba di Rumah Anak-Anak Yatim
Cahaya Harapan, mereka disambut
oleh penghuni asrama tersebut.
Mereka diperkenalkan kepada semua
penghuni asrama di situ.
6
Mereka memulakan kerja-kerja yang
telah dirancang.
Kumpulan Sara membersihkan kawasan
hadapan asrama.
Kumpulan Sani pula membersihkan
kawasan belakang asrama.
Manakala, kumpulan lain membersihkan
bahagian dalam asrama.
7
Setelah selesai membersihkan kawasan
asrama, mereka pun berehat.
Cikgu Fauziah menyuruh Sara
mengambil minuman dan kuih-muih
untuk dimakan bersama-sama.
Selepas makan mereka mengemaskan
barang-barang untuk pulang.
8
Sebelum pulang, mereka berkumpul
di dewan bersama penghuni Asrama
Cahaya Harapan.
Cikgu Fauzi mengambil kesempatan
memberikan ucapan dan nasihat
kepada anak-anak yatim yang ada
di situ.
Sebagai kenang-kenangan mereka
bergambar serta menyampaikan sedikit
cenderamata.
9
Setelah selesai, semua murid diminta
sekali lagi bersalaman dengan
penghuni Asrama Cahaya Harapan.
Ada di antara mereka yang mengalirkan
air mata kerana terlalu sedih untuk
berpisah.
Cikgu Fauzi dan Cikgu Fauziah berharap
aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan
lagi pada masa hadapan.
10
Perbendaharaan kata :
sedih aktiviti
program asrama
pencakar penghuni
mesyuarat mengadakan
diperkenalkan dilaksanakan
mengemaskan cenderamata
bas mini air mata
kain buruk kerja amal
11
Soalan pemahaman:
1\. Namakan rumah anak yatim yang dilawati
oleh Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki.
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
2\. Berapakah jumlah murid yang berminat
menyertai lawatan itu?
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
3\. Apakah kenderaan yang dinaiki semasa
mereka pergi lawatan?
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
4\. Siapakah yang memberi ucapan dan
nasihat kepada penghuni Asrama Cahaya
Harapan?
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
5\. Bagaimanakah perasaan murid-murid
semasa ingin pulang ?
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_
12
[Click to View FlipBook Version](https://anyflip.com/elti/wroe) |
| Readable Markdown | null |
| Shard | 184 (laksa) |
| Root Hash | 3063316402866983784 |
| Unparsed URL | com,anyflip!/elti/wroe/basic s443 |