🕷️ Crawler Inspector

URL Lookup

Direct Parameter Lookup

Raw Queries and Responses

1. Shard Calculation

Query:
Response:
Calculated Shard: 177 (from laksa179)

2. Crawled Status Check

Query:
Response:

3. Robots.txt Check

Query:
Response:

4. Spam/Ban Check

Query:
Response:

5. Seen Status Check

ℹ️ Skipped - page is already crawled

📄
INDEXABLE
CRAWLED
1 day ago
🤖
ROBOTS ALLOWED

Page Info Filters

FilterStatusConditionDetails
HTTP statusPASSdownload_http_code = 200HTTP 200
Age cutoffPASSdownload_stamp > now() - 6 MONTH0 months ago
History dropPASSisNull(history_drop_reason)No drop reason
Spam/banPASSfh_dont_index != 1 AND ml_spam_score = 0ml_spam_score=0
CanonicalPASSmeta_canonical IS NULL OR = '' OR = src_unparsedNot set

Page Details

PropertyValue
URLhttp://www.maarofkassim.com/2010/01/gerhana-matahari-dan-kenangan.html
Last Crawled2026-04-20 11:55:19 (1 day ago)
First Indexed2013-08-08 17:47:45 (12 years ago)
HTTP Status Code200
Meta TitleOnce a Sdarian...: Gerhana matahari sehari sebelum berpuasa.
Meta Descriptionnull
Meta Canonicalnull
Boilerpipe Text
Inilah gambar gerhana matahari yang saya ambil pada petang Hari khamis 15 Januari 2010 yang lalu. Saya cari filem-filem lama saya yang masih disimpan dan potong pangkalnya yang hitam gelap. Ia menjadi hitam kerana terdedah kepada cahaya. Saya susun tiga keping berlapis dan tampal di depan kamera DSLR saya menggunakan pita cellophane. Saya gunakan lensa 70-300 dan zoom sedekatnya. Saya dapati fokus auto tidak boleh digunakan, oleh itu saya fokus secara manual. Awan menutup matahari, oleh itu saya tunggu sehingga awan lari dan mengambil gambar di atas. Itu pun awan tidak lari sepenuhnya. Sebenarnya saya tidak berminat mengenai astronomi, oleh itu saya tidak membaca mengenai bila gerhana matahari dan bulan terjadi. Saya difahamkan gerhana matahari akan terjadi lagi pada tahun 2021. Walau bagaimana pun saya masih ingat semasa gerhana matahari sebelum ini berapa tahun yang lalu. Di masa itu orang Islam seluruh dunia menunggu kedatangan bulan Ramadan untuk berpuasa. Bulan pun menutup matahari dan jadilah gerhana matahari. Walau pun tidak penuh tetapi keluasan muka bulan yang menutup matahari lebih dari seperti dua hari yang lepas. Jadi keadaan hari itu lebih gelap sedikit. Saya tidak mengambil apa-apa gambar walau pun boleh berbuat demikian. Di masa itu juga komputer belum ada (sekurang-kurangnya dalam kepunyaan saya) dan sudah tentu tidak ada internet. Untuk rujukan saya buka Britannia's Children Encyclopaedia yang ada dalam simpanan saya. Saya terbaca bulan yang menutup matahari ialah bulan baru. Di masa itu pula kerajaan Malaysia hanya menggunakan rukyah untuk menentukan ketibaan bulan baru Ramadan dan Syawal. Penyimpan Mohor Besar menyebut sama ada "Anak bulan nampak" atau "Anak bulan tidak nampak". Kalau 'nampak' puasa atau rayalah kita pada esok harinya. Kalau 'tak nampak' puasa atau raya ditangguhkan satu hari lagi. Pada petang gerhana matahari itu pasukan-pasukan melihat anak bulan pergilah meneropong anak bulan, diantaranya di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bila masa untuk pengumuman, Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Ramadan tidak nampak". Oleh itu permulaan puasa adalah hari lusa daripada gerhana matahari tengah hari tadi. Saya terfikir itulah bulan yang melindung matahari pada tengah hari tadi. Apa susah payah meneropong 'anak'nya. Oleh kerana saya sudah terbaca bahawa bulan yang melindungi matahari semasa gerhana ialah bulan baru saya mengambil keputusan untuk berpuasa pada esok harinya kerana saya tahu bulan Ramadan sudah tiba. Saya tidak tahu berapa ramai umat Islam Malaysia yang sama-sama berpuasa macam saya. Setelah kebanyakan rakyat Malaysia berpuasa 29 hari dan saya berpuasa 30 hari tiba pula masanya untuk melihat anak bulan Syawal. Saya terfikir juga kalaulah Penyimpan Mohor menyebut 'Anak bulan tidak nampak' berpuasa 31 harilah saya pada tahun itu. Seperti diduga Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Syawal nampak". Kala tak salah saya di tahun itu juga berlaku kekeliruan mengenai Hari Raya. Ada negeri-negeri di Malaysia sudah beraya dihari melihat anak bulan itu. Samalah seperti saya sudah berpuasa semasa mereka melihat anak bulan Ramadan sebelumnya. Selepas itu kerajaan memutuskan tidak lagi merujuk cara rukyah semata-mata untuk menentukan permulaan puasa dan raya. Pengiraan cara hisab juga diambil kira. Dari itu juga Penyimpan Mohor Besar tidak lagi menyebut 'anak bulan nampak' atau 'tidak nampak'. Dia terus menyebut "Satu Ramadan (atau Syawal) jatuh pada...." Hari ini ialah 17 Januari 1010 bersamaan 2 Safar 1431. Gerhana matahari berlaku pada 15 Januari 2010 apabila bulan baru Safar melindunginya. Jadi betullah apa yang saya baca bahawa bulan yang melindung matahari semasa gerhana ialah bulan baru.
Markdown
# [Once a Sdarian...](http://www.maarofkassim.com/) Welcome to my blog. ## Sunday, January 17, 2010 ### Gerhana matahari sehari sebelum berpuasa. [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppdhZHNwcfEbagbK8rkfnh74MfO1eKDR9WtTp3dRS2bbK3dDT-oLFqNP9NJqU5fJfMdwTnU_K7xO3mM4Qdp632NhnMDVTPnbUV8W425hIj5LrOlPByLlN0Bw9G0AwxuprJ6StRchbalo/s400/Sun+eclipse.jpg)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppdhZHNwcfEbagbK8rkfnh74MfO1eKDR9WtTp3dRS2bbK3dDT-oLFqNP9NJqU5fJfMdwTnU_K7xO3mM4Qdp632NhnMDVTPnbUV8W425hIj5LrOlPByLlN0Bw9G0AwxuprJ6StRchbalo/s1600-h/Sun+eclipse.jpg) Inilah gambar gerhana matahari yang saya ambil pada petang Hari khamis 15 Januari 2010 yang lalu. Saya cari filem-filem lama saya yang masih disimpan dan potong pangkalnya yang hitam gelap. Ia menjadi hitam kerana terdedah kepada cahaya. Saya susun tiga keping berlapis dan tampal di depan kamera DSLR saya menggunakan pita cellophane. Saya gunakan lensa 70-300 dan zoom sedekatnya. Saya dapati fokus auto tidak boleh digunakan, oleh itu saya fokus secara manual. Awan menutup matahari, oleh itu saya tunggu sehingga awan lari dan mengambil gambar di atas. Itu pun awan tidak lari sepenuhnya. Sebenarnya saya tidak berminat mengenai astronomi, oleh itu saya tidak membaca mengenai bila gerhana matahari dan bulan terjadi. Saya difahamkan gerhana matahari akan terjadi lagi pada tahun 2021. Walau bagaimana pun saya masih ingat semasa gerhana matahari sebelum ini berapa tahun yang lalu. Di masa itu orang Islam seluruh dunia menunggu kedatangan bulan Ramadan untuk berpuasa. Bulan pun menutup matahari dan jadilah gerhana matahari. Walau pun tidak penuh tetapi keluasan muka bulan yang menutup matahari lebih dari seperti dua hari yang lepas. Jadi keadaan hari itu lebih gelap sedikit. Saya tidak mengambil apa-apa gambar walau pun boleh berbuat demikian. Di masa itu juga komputer belum ada (sekurang-kurangnya dalam kepunyaan saya) dan sudah tentu tidak ada internet. Untuk rujukan saya buka Britannia's Children Encyclopaedia yang ada dalam simpanan saya. Saya terbaca bulan yang menutup matahari ialah bulan baru. Di masa itu pula kerajaan Malaysia hanya menggunakan rukyah untuk menentukan ketibaan bulan baru Ramadan dan Syawal. Penyimpan Mohor Besar menyebut sama ada "Anak bulan nampak" atau "Anak bulan tidak nampak". Kalau 'nampak' puasa atau rayalah kita pada esok harinya. Kalau 'tak nampak' puasa atau raya ditangguhkan satu hari lagi. Pada petang gerhana matahari itu pasukan-pasukan melihat anak bulan pergilah meneropong anak bulan, diantaranya di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bila masa untuk pengumuman, Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Ramadan tidak nampak". Oleh itu permulaan puasa adalah hari lusa daripada gerhana matahari tengah hari tadi. Saya terfikir itulah bulan yang melindung matahari pada tengah hari tadi. Apa susah payah meneropong 'anak'nya. Oleh kerana saya sudah terbaca bahawa bulan yang melindungi matahari semasa gerhana ialah bulan baru saya mengambil keputusan untuk berpuasa pada esok harinya kerana saya tahu bulan Ramadan sudah tiba. Saya tidak tahu berapa ramai umat Islam Malaysia yang sama-sama berpuasa macam saya. Setelah kebanyakan rakyat Malaysia berpuasa 29 hari dan saya berpuasa 30 hari tiba pula masanya untuk melihat anak bulan Syawal. Saya terfikir juga kalaulah Penyimpan Mohor menyebut 'Anak bulan tidak nampak' berpuasa 31 harilah saya pada tahun itu. Seperti diduga Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Syawal nampak". Kala tak salah saya di tahun itu juga berlaku kekeliruan mengenai Hari Raya. Ada negeri-negeri di Malaysia sudah beraya dihari melihat anak bulan itu. Samalah seperti saya sudah berpuasa semasa mereka melihat anak bulan Ramadan sebelumnya. Selepas itu kerajaan memutuskan tidak lagi merujuk cara rukyah semata-mata untuk menentukan permulaan puasa dan raya. Pengiraan cara hisab juga diambil kira. Dari itu juga Penyimpan Mohor Besar tidak lagi menyebut 'anak bulan nampak' atau 'tidak nampak'. Dia terus menyebut "Satu Ramadan (atau Syawal) jatuh pada...." Hari ini ialah 17 Januari 1010 bersamaan 2 Safar 1431. Gerhana matahari berlaku pada 15 Januari 2010 apabila bulan baru Safar melindunginya. Jadi betullah apa yang saya baca bahawa bulan yang melindung matahari semasa gerhana ialah bulan baru. Posted by [maarofkassim](https://www.blogger.com/profile/03694598563965783107 "author profile") at [14:53](http://www.maarofkassim.com/2010/01/gerhana-matahari-dan-kenangan.html "permanent link") [![](https://resources.blogblog.com/img/icon18_email.gif)](https://www.blogger.com/email-post/7134571660467466940/5649677579977616906 "Email Post") [![](https://resources.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)](https://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&from=pencil "Edit Post") [Email This](https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&target=email "Email This")[BlogThis\!](https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&target=blog "BlogThis!")[Share to X](https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&target=twitter "Share to X")[Share to Facebook](https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&target=facebook "Share to Facebook")[Share to Pinterest](https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7134571660467466940&postID=5649677579977616906&target=pinterest "Share to Pinterest") Labels: [Recollections](http://www.maarofkassim.com/search/label/Recollections) #### No comments: [Post a Comment](https://www.blogger.com/comment/fullpage/post/7134571660467466940/5649677579977616906) [Newer Post](http://www.maarofkassim.com/2010/01/selamat-jalan-bob.html "Newer Post") [Older Post](http://www.maarofkassim.com/2010/01/cendol-leman-dawi.html "Older Post") [Home](http://www.maarofkassim.com/) Subscribe to: [Post Comments (Atom)](http://www.maarofkassim.com/feeds/5649677579977616906/comments/default) ## My Instagram [![Instagram](http://badges.instagram.com/static/images/ig-badge-view-24.png)](http://instagram.com/maarofkassim?ref=badge) ## Translate ## Contact Form ## Advertisement. ## Waktu Solat ## Facebook Badge [Maarof Kassim](https://www.facebook.com/maarof "Maarof Kassim") [![](https://badge.facebook.com/badge/1153625081.368.1035445436.png)](https://www.facebook.com/maarof "Maarof Kassim") [Create your badge](http://www.facebook.com/badges/ "Make your own badge!") ## Pageviews last month ## Popular Posts - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEghrzEEVyeKz02WzUnEtg_MXY9IQ6dhYYCDVVed99NdTep7kX17kx5LRkIFhZ8y113n4ejKCEALdsM2CxxKdPdXRBXHXtqdcI0DKVqXDRYN5Y_V8ie8_D90cxupqYiqUAWiPrq_mkxTRI4UF9aE_xX5UE2gGzAEUIHxWu36uwg2y8C0eb6xQ0sby-tR=w72-h72-p-k-no-nu)](http://www.maarofkassim.com/2022/02/dia-tak-tahu-apa-itu-time-slip.html) [DIA TAK TAHU APA ITU 'TIME SLIP'.](http://www.maarofkassim.com/2022/02/dia-tak-tahu-apa-itu-time-slip.html) Mr. Ng dan saya di pejabat persatuan kami. Mr. Ng ialah seorang pesara Jabatan Telekom dulu. Sekarang jabatan itu telah dikorporatkan deng... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghIu-HvjLR6GfaqxLiRFImgx_xCkNu6FtOmO9o-dm99WU5ExtuWiejuABzRDinqoteFNRMrqurCv1pNIqBFdQQPGYyDSahfCqYqVata6gEhB-Fob5FgaVN7e5o0v7MBCuMbcErC-MbbSE/w72-h72-p-k-no-nu/Window+envelope+painted.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2015/06/peraturan-pos-malaysia-yang-tidak-masuk.html) [Peraturan Pos Malaysia yang tidak masuk akal.](http://www.maarofkassim.com/2015/06/peraturan-pos-malaysia-yang-tidak-masuk.html) Sampul surat ini 'tidak standard' kata Pos Malaysia. Semasa saya bekerja dulu saya tidak kisah berapa jabatan saya membayar s... - [Skim A atau Skim B?](http://www.maarofkassim.com/2017/10/skim-atau-skim-b.html) Sudah beberapa kali saya menerima pangggilan telefon dari penerima pencen yang mengadu duit mereka dalam bank sudah 'lesap'. Bila s... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiyFlxOAtcD_v96t38AkPDFaD0iIPKui-N51asFsrOQw6nycVRy42XRdA9gFvm-nC2qinpttl8YaPma6QIrM2f_AMtPSgu4i7-tgz8vZWHf4RqprNH3dBa5x74vPbzdHBpf8tc57n_P9I/w72-h72-p-k-no-nu/ETS+and+me.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2011/10/naik-ets-ke-ipoh.html) [Naik ETS ke Ipoh](http://www.maarofkassim.com/2011/10/naik-ets-ke-ipoh.html) ETS dan saya di Stesen KTM Ipoh Kaunter tiket di KL Sentral. Kaunter No. 4 sudah tentu untuk OKU. Tiket ke Ipoh. Saya naik ETS... - [Loghat Negeri Sembilan - Bahagian 2](http://www.maarofkassim.com/2011/07/loghat-negeri-sembilan-bahagian-2.html) Pagi tadi saya dan isteri pergi ke satu pasaraya besar di Seremban untuk membeli barang-barang keperluan bulan Ramadan. Antara yang kami be... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDV6KgmujQEVIFHDGbkihclOKit8Sx0iVMguhjQmmekD61qNryQ4qTQdvp5TQl5pOnjf9arBx1xa4V8O1OU7s22_fx5mLktS8hTtOYfRHTuLDzs9RqOAUL3kqpWcKVKHOqAMXwx9t1QJ0/w72-h72-p-k-no-nu/Sungai+Teriang.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2014/06/komat-jolobu.html) [Komat Jolobu](http://www.maarofkassim.com/2014/06/komat-jolobu.html) Sungai Teriang, di Jelebu, Negeri Sembilan. Sungai ini mengalir melalui pekan Triang di Pahang, kemudian ke Sungai Pahang dan seterusny... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdTQe6R1mdutHSB_duqjaVFKQzp2vhT3cqNkU6qCn8DEM3FF0Lqzf4MiZLiZiQPheAzLuLq9sYFrmAf9g3q0HlM-Kq3sEeeK4urVOtQzOYW0SIdbkRjJqC_3ir9UmNCmAa3JJnKj3L_x4/w72-h72-p-k-no-nu/Perak+welcomes+you.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2009/06/melawat-sekolah-lama-bahagian-2-tanjung.html) [Melawat Sekolah Lama, Bahagian 2 - Tanjong Malim](http://www.maarofkassim.com/2009/06/melawat-sekolah-lama-bahagian-2-tanjung.html) Sehingga hari ini jika saya berjalan di pekan Kuala Klawang, Jelebu kebanyakan orang tidak mengenali saya. Saya sendiri pun tidak mengenali... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy7YhhAVAY0FTUKLVGHYBmKxWqbxhwydbk4bjlysXvpcUSKnvPwx38AkcwF0nJaRtNCEwLAt0jUdQ9tK3ZlqFUk7h8hOH37b31J-NRaW7zKCC-PxBd7vw4nroif1qNvrtlNgNTp3e70d4/w72-h72-p-k-no-nu/Tok+Mat.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2018/01/kita-kena-respek-tok-mat.html) [Kita kena respek Tok Mat](http://www.maarofkassim.com/2018/01/kita-kena-respek-tok-mat.html) Tok Mat semasa pembukaan UTC Negeri Sembilan baru-baru ini. Saya tertarik membaca berita Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang, Dato... - [Kenangan 13 Mei 1969](http://www.maarofkassim.com/2009/05/kenangan-13-mei-1969.html) Pengenalan Umum tahu bahawa pada 13 Mei 1969 berlaku satu peristiwa hitam dalam negara kita. Di hari itu terjadi satu pergaduhan kaum di ... - [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz2HMeylYwpulY1U-06klUPhREwHVqBHEkLKy7OenCFR2lA7fzV97EczqQAGpVww3lnVsLtrCppMZtJIZJcLW2nLkl1V596DgzJ2KLHMSAfQMZDRmcecVqJDJLF2alKsyTmPBO0-DmxCY/w72-h72-p-k-no-nu/SDAR.jpg)](http://www.maarofkassim.com/2016/03/perjuangan-mereka-tidak-sia-sia.html) [Perjuangan mereka tidak sia-sia.](http://www.maarofkassim.com/2016/03/perjuangan-mereka-tidak-sia-sia.html) SDAR sekarang di Sungai Gadut, Seremban. SDAR super seniors (dan isteri-isteri mereka) di Melaka baru-baru ini. Ada diantara mereka... ## Islamic Calendar ![](http://counters.gigya.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.0NXC/bHQ9MTI2MTM4ODA5NjU5MyZwdD*xMjYxMzg4MjI1MTcxJnA9MjM4OTgxJmQ9SXNsYW1pYyUyMENhbGVuZGFyJTNhJTIwY2RjYXNlJm49YmxvZ2dlciZnPTEmbz1kMGQ2MTc1ZmQzYWI*MWI5OWYzODdjYTkwZGU*MzY2ZCZvZj*w.gif) ## My Facebook [Maarof Kassim](http://en-gb.facebook.com/maarof "Maarof Kassim") [![](http://badge.facebook.com/badge/1153625081.368.1035445436.png)](http://en-gb.facebook.com/maarof "Maarof Kassim") [Create your badge](http://en-gb.facebook.com/badges/ "Make your own badge!") ## Labels - [Cerita orang pencen](http://www.maarofkassim.com/search/label/Cerita%20orang%20pencen) (14) - [Cerita orang pencen.](http://www.maarofkassim.com/search/label/Cerita%20orang%20pencen.) (191) - [Current affairs](http://www.maarofkassim.com/search/label/Current%20affairs) (285) - [Family](http://www.maarofkassim.com/search/label/Family) (29) - [General](http://www.maarofkassim.com/search/label/General) (32) - [Hari Raya.](http://www.maarofkassim.com/search/label/Hari%20Raya.) (12) - [Pilgrimage](http://www.maarofkassim.com/search/label/Pilgrimage) (37) - [Recollections](http://www.maarofkassim.com/search/label/Recollections) (220) - [Recollections.](http://www.maarofkassim.com/search/label/Recollections.) (1) - [Sdara](http://www.maarofkassim.com/search/label/Sdara) (84) - [Sports](http://www.maarofkassim.com/search/label/Sports) (23) - [Surau Al-Ansar](http://www.maarofkassim.com/search/label/Surau%20Al-Ansar) (15) - [Travel](http://www.maarofkassim.com/search/label/Travel) (66) ## About Me [maarofkassim](https://www.blogger.com/profile/03694598563965783107) [View my complete profile](https://www.blogger.com/profile/03694598563965783107) ## Seven months old me. ![Seven months old me.](http://3.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/S2JU0uCw-WI/AAAAAAAAD0Q/_WvX90K3Ty0/S214/7+months+old+me.jpg) ## Blog Archive - [►]() [2025](http://www.maarofkassim.com/2025/) (2) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2025/11/) (1) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2025/01/) (1) - [►]() [2024](http://www.maarofkassim.com/2024/) (2) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2024/08/) (1) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2024/06/) (1) - [►]() [2023](http://www.maarofkassim.com/2023/) (1) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2023/06/) (1) - [►]() [2022](http://www.maarofkassim.com/2022/) (17) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2022/12/) (1) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2022/11/) (1) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2022/10/) (2) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2022/09/) (1) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2022/08/) (1) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2022/07/) (2) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2022/06/) (2) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2022/05/) (2) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2022/04/) (1) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2022/03/) (2) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2022/02/) (1) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2022/01/) (1) - [►]() [2021](http://www.maarofkassim.com/2021/) (17) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2021/12/) (2) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2021/09/) (1) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2021/08/) (2) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2021/06/) (1) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2021/05/) (5) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2021/04/) (2) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2021/03/) (1) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2021/02/) (1) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2021/01/) (2) - [►]() [2020](http://www.maarofkassim.com/2020/) (37) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2020/12/) (2) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2020/09/) (2) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2020/08/) (3) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2020/06/) (1) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2020/05/) (2) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2020/04/) (18) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2020/03/) (4) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2020/02/) (3) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2020/01/) (2) - [►]() [2019](http://www.maarofkassim.com/2019/) (39) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2019/12/) (3) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2019/11/) (1) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2019/10/) (3) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2019/09/) (2) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2019/08/) (4) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2019/07/) (7) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2019/06/) (3) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2019/05/) (2) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2019/04/) (3) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2019/03/) (5) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2019/01/) (6) - [►]() [2018](http://www.maarofkassim.com/2018/) (46) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2018/12/) (5) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2018/11/) (4) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2018/10/) (5) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2018/09/) (4) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2018/08/) (3) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2018/07/) (4) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2018/06/) (5) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2018/05/) (3) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2018/04/) (1) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2018/03/) (3) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2018/02/) (4) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2018/01/) (5) - [►]() [2017](http://www.maarofkassim.com/2017/) (37) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2017/12/) (3) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2017/11/) (5) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2017/10/) (4) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2017/09/) (3) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2017/08/) (5) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2017/07/) (4) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2017/06/) (1) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2017/05/) (1) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2017/04/) (2) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2017/03/) (4) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2017/01/) (5) - [►]() [2016](http://www.maarofkassim.com/2016/) (55) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2016/12/) (7) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2016/11/) (1) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2016/10/) (4) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2016/09/) (4) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2016/08/) (7) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2016/07/) (5) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2016/06/) (3) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2016/05/) (4) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2016/04/) (8) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2016/03/) (4) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2016/02/) (4) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2016/01/) (4) - [►]() [2015](http://www.maarofkassim.com/2015/) (72) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2015/12/) (9) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2015/11/) (8) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2015/10/) (5) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2015/09/) (7) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2015/08/) (5) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2015/07/) (8) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2015/06/) (8) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2015/05/) (2) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2015/04/) (3) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2015/03/) (7) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2015/02/) (5) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2015/01/) (5) - [►]() [2014](http://www.maarofkassim.com/2014/) (68) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2014/12/) (4) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2014/11/) (5) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2014/10/) (7) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2014/09/) (9) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2014/08/) (6) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2014/07/) (6) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2014/06/) (8) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2014/05/) (2) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2014/04/) (2) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2014/03/) (10) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2014/02/) (3) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2014/01/) (6) - [►]() [2013](http://www.maarofkassim.com/2013/) (73) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2013/12/) (3) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2013/11/) (12) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2013/10/) (6) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2013/09/) (6) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2013/08/) (8) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2013/07/) (4) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2013/06/) (5) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2013/05/) (5) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2013/04/) (6) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2013/03/) (7) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2013/02/) (6) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2013/01/) (5) - [►]() [2012](http://www.maarofkassim.com/2012/) (78) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2012/12/) (4) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2012/11/) (7) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2012/10/) (4) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2012/09/) (8) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2012/08/) (5) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2012/07/) (9) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2012/06/) (6) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2012/05/) (6) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2012/04/) (5) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2012/03/) (5) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2012/02/) (9) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2012/01/) (10) - [►]() [2011](http://www.maarofkassim.com/2011/) (119) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2011/12/) (6) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2011/11/) (10) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2011/10/) (10) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2011/09/) (10) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2011/08/) (14) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2011/07/) (8) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2011/06/) (17) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2011/05/) (10) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2011/04/) (7) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2011/03/) (11) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2011/02/) (7) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2011/01/) (9) - [▼]() [2010](http://www.maarofkassim.com/2010/) (116) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2010/12/) (6) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2010/11/) (10) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2010/10/) (9) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2010/09/) (11) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2010/08/) (13) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2010/07/) (6) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2010/06/) (9) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2010/05/) (9) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2010/04/) (17) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2010/03/) (10) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2010/02/) (5) - [▼]() [January](http://www.maarofkassim.com/2010/01/) (11) - [Budak Nogoghi Sombilan lai?](http://www.maarofkassim.com/2010/01/budak-nogoghi-sombilan-lai.html) - [Nama](http://www.maarofkassim.com/2010/01/nama.html) - [Congratulations, SDAR](http://www.maarofkassim.com/2010/01/congratulations-sdar_26.html) - [Selamat jalan Bob.](http://www.maarofkassim.com/2010/01/selamat-jalan-bob.html) - [Gerhana matahari sehari sebelum berpuasa.](http://www.maarofkassim.com/2010/01/gerhana-matahari-dan-kenangan.html) - [Cendol Leman Dawi](http://www.maarofkassim.com/2010/01/cendol-leman-dawi.html) - [Cerita anjing.](http://www.maarofkassim.com/2010/01/cerita-anjing.html) - [Tak boleh sabar ke?](http://www.maarofkassim.com/2010/01/tak-boleh-sabar-ke.html) - [Kalimah Allah](http://www.maarofkassim.com/2010/01/kalimah-allah.html) - [Saya dah berumur 60 tahun.](http://www.maarofkassim.com/2010/01/saya-dah-berumur-60-tahun.html) - [Jelebu](http://www.maarofkassim.com/2010/01/jelebu.html) - [►]() [2009](http://www.maarofkassim.com/2009/) (84) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2009/12/) (11) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2009/11/) (7) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2009/10/) (6) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2009/09/) (6) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2009/08/) (3) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2009/07/) (6) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2009/06/) (5) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2009/05/) (7) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2009/04/) (9) - [►]() [March](http://www.maarofkassim.com/2009/03/) (5) - [►]() [February](http://www.maarofkassim.com/2009/02/) (12) - [►]() [January](http://www.maarofkassim.com/2009/01/) (7) - [►]() [2008](http://www.maarofkassim.com/2008/) (156) - [►]() [December](http://www.maarofkassim.com/2008/12/) (13) - [►]() [November](http://www.maarofkassim.com/2008/11/) (14) - [►]() [October](http://www.maarofkassim.com/2008/10/) (19) - [►]() [September](http://www.maarofkassim.com/2008/09/) (15) - [►]() [August](http://www.maarofkassim.com/2008/08/) (12) - [►]() [July](http://www.maarofkassim.com/2008/07/) (16) - [►]() [June](http://www.maarofkassim.com/2008/06/) (15) - [►]() [May](http://www.maarofkassim.com/2008/05/) (34) - [►]() [April](http://www.maarofkassim.com/2008/04/) (18) ## SEARCH ## The moon CURRENT MOON [moon info](http://www.moonconnection.com/) ## The time now is ## How many are watching [Fans on the page](http://www.freeonlineusers.com/) ## Counter | | |---| | [free counter](http://www.maarofkassim.com/2010/01/%20http://www.freebloghitcounter.com) \| [windows vps](http://www.limyvps.com/) | ## My Feedjit [Feedjit Live Blog Stats](http://feedjit.com/) ## My Blog List - ![]() [popOK-NET](http://popoknet.blogspot.com/) [![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDjbxeXO7IQpdwPzQ6bVrJyXyNK585gH6katc4BVSnowLqCJPSuSWOKJExXrU6Egl_5UM8scmB9X6dqqgpre99w1SuUCRdaSgjjGQRW93CaOIKuZSjsRhCDdujX9zfDWQWzoJK/s72-c/HM.jpg)](http://popoknet.blogspot.com/) [Heavy Machine - AKU KETAWA](http://popoknet.blogspot.com/2019/09/heavy-machine-aku-ketawa.html) - Heavy Machine - AKU KETAWA ( 1979 ) Tracklist 01 Aku Ketawa 02 Jangan Marah Lagi 03 Jelita 04 Kau Ku Rindu 05 Dendang Ayah 06 Keiklasan Cintaku 07 Joget ... 4 years ago - ![]() [MAHAGURU58](https://mahaguru58.blogspot.com/) [![](https://1.bp.blogspot.com/-_hP2Ab5blJQ/YLCLRrotpAI/AAAAAAAAxY0/ycgOURsdzj0MrMrGfeybeb9GSI7ghr02gCLcBGAsYHQ/s72-w640-h346-c/Mahaguru58%2BDotcom%2BAktif.jpg)](https://mahaguru58.blogspot.com/) [Mahaguru58.com is now active. Please update your links. Thank You.](https://mahaguru58.blogspot.com/2021/05/mahaguru58com-is-now-active-please.html) - Dear beloved readers of Mahaguru58, I wish to update you about the migration of my blog from using Blogger, the Google owned and controlled platform. \[ima... 4 years ago ## Followers ## Me and my patriotic T-Shirt ![Me and my patriotic T-Shirt](http://4.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SP3BAX_z0eI/AAAAAAAABfY/EYyrdd-dsEE/S220/Me+cropped.jpg) Once a Sdarian always a Sdarian ## At Minamata, Japan ![At Minamata, Japan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAl8U9LcYte-l3970WOsV501cw0S3PHOuH0270LXyzEw41zm8zbBwiwkf6ff6fW4wTWnKnTag84zZgGZbH638ozOh2xiEbrVlZsftFvpJPw4XKrhNIqhpMmBAY26xXbghcaFkg9kwcgwc/s220/Minamata.JPG) ## Beauties and the beast ![Beauties and the beast](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ3CyqGG1r-gazhQr5woev2xaHtxG7BQ7pfiLLSHe1XPY6mLlZOqzQ73DgSeKsGFFsiSsRrT_5D1s49dwBb18xcYKjGESyn4QzVG24nUuQIEHjRaZdm5Qr19sZiUHebrS1kP9bBq0RfR8/s220/Yanagawa.JPG) Me among the sunflowers ## Our last day in Japan ![Our last day in Japan](http://4.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SM4y-G0_KhI/AAAAAAAABYA/MbO3JmWaLQ4/S220/Last+Day.JPG) We were in our best clothes ## My Family ![My Family](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUKJScHKxFvLH74xbzhfd2nuYN_nvMNwAgkN0PY3TbE44ZBHEtzcYorvMM75C3iiT6BzTQixDq0ssgOuKSKu-Z-vBevzhJ61sBD3C180FmoMJs7dgLC7dSLwVAf5Oa7wFKjLwudOvGnPc/s220/PA090130%5B1%5D.JPG) Stolen from Ina's blog ## Danial and Haziq ![Danial and Haziq](http://3.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SMzZ5H6M_fI/AAAAAAAABV0/odoBoZ3HTbw/S220/Danial+and+Fahim.jpg) ## Danial and Fahim ![Danial and Fahim](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SN0B-9Nb9zI/AAAAAAAABYw/VM91SFTTq2U/S220/Danial+and+Fahim.jpg) ## Danial ![Danial](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SM5unM1pndI/AAAAAAAABYQ/MJ71TqPsYto/S220/Danial+cropped.jpg) ## Haziq ![Haziq](http://1.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SMzk12ubhYI/AAAAAAAABXE/wJhpIgGO2xc/S220/Haziq+resized+and+cropped.jpg) ## Fahim ![Fahim](http://4.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SQ5EF98cvII/AAAAAAAABlY/0LCoTLQFawE/S220/Fahim+at+MBMB.JPG) ## Haziq and Anis ![Haziq and Anis](http://1.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SP3CoFVxbOI/AAAAAAAABfg/6yLvfklJnuc/S220/Anis+and+Haziq.jpg) Look at Haziq's eyes\! ## Irfan, Haziq and Danial ![Irfan, Haziq and Danial](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SNNVxDvccpI/AAAAAAAABYg/B-JyvM0xics/S220/Irfan,+Haziq+and+Danial.jpg) ## Haziq and Izul ![Haziq and Izul](http://1.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SNNX9TJWqVI/AAAAAAAABYo/QA1lzIei7Dc/S220/Haziq+and+Izul.jpg) ## At Mudzalifah ![At Mudzalifah](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SMznIFmri2I/AAAAAAAABXU/LgCkAMdEEDM/S220/At+Mudzalifah.jpg) ## At Istana Negara ![At Istana Negara](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiL8daA8xEuSE9oUaoByn_6qOSD7PdbMAgBAgjxJZsussVtE-hgW6t1GdNl5t9mNTo8CgvjByhS2pk0Gz1UtwptlGr_zuR8uBtp05aKOx1cQcElT8OCAf_8iV_vCHE_-kReA41h228gU0/s220/DSC00665.JPG) ## Sunset at Port Klang ![Sunset at Port Klang](http://1.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SMzY_2sDT2I/AAAAAAAABVs/PbwHm7ONIwY/S220/Northport+Dinner+007-resized.jpg) ## Wait for your turn ![Wait for your turn](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SM-fRzNNnnI/AAAAAAAABYY/vXokpMufcHE/S220/Wait+for+your+turn.jpg) Planes queing to depart at runway 32L KLIA ## Malaysian bloggers [![BlogMalaysia.com](http://blogmalaysia.com/images/reciprocal.gif)](http://blogmalaysia.com/) ## Syaaban [![](http://farm4.static.flickr.com/3496/3755507429_366b455237.jpg?v=0) **Dapatkan Mesej Bergambar di Sini**](http://testi.iluvislam.com/) ## My Slide Show [![Slideshow](http://www.pyzam.com/images/v2/pyshow/pyshow_under.gif)](http://www.pyzam.com/slideshow) ![](http://stuff.pyzam.com/misc/CXNID=1000015.73NXC.gif) ![](http://counters.gigya.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.11NXC/bT*xJmx*PTEyMjU4MDY1OTcwOTMmcHQ9MTIyNTgwNjYwNTgyOCZwPTM5MDEmZD1weXphbSZnPTEmdD*mbz*5ZjE3ODE2Y2IxNGI*MWMyYmI2ZGRkMDgwMmQ4ZmQxOQ==.gif) ## My adverts. ## My Family ![My Family](http://1.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SOOHD3-Y15I/AAAAAAAABZI/5kZvvhgANdc/S670/Family+on+Hari+Raya+2008.jpg) Hari Raya 2008 ## Beautiful Japanese Valley ![Beautiful Japanese Valley](http://2.bp.blogspot.com/_sAhD-uZ3El4/SP3E8LoGiNI/AAAAAAAABfo/xL15mvMsWj4/S670/Beautiful+Japanese+Valley.jpg) ## In Japan ![In Japan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUnGWlutWiDxeGKnVg35stXf4TZmzHXU_rY1t7IepRQ5uihA7Reh361zsYneWVOAvqv4OFSm1PDI46GYgsQ69ty2n6BpuOiZZgS0MMAJo0s6Y9SECNjFEl01Io_iIqClD_WF0a-O6l_1I/s670/DSC00017.JPG) In front of a Landfill at Fukuoka ## Class of 1962 ![Class of 1962](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm2RLzGco_Ny9CGFGPuMy_YeUbpWcg7Lk5CePD2Lz_Sbue9shW8s4HJfmQnOpbtAD3-mFe5ZDY5r5cXxzbTRnMwdv_qYPQ_cqDBzo54oKTTtn5YpJdn1CfBFCXa_wtYVrw3jkk2zChZsk/s670/Scan10142.jpg) That's me just on the teacher's left | | | |---|---| | My Nuffnang | My adverts. | ## My Nuffnang Simple theme. Powered by [Blogger](https://www.blogger.com/).
Readable Markdown
[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppdhZHNwcfEbagbK8rkfnh74MfO1eKDR9WtTp3dRS2bbK3dDT-oLFqNP9NJqU5fJfMdwTnU_K7xO3mM4Qdp632NhnMDVTPnbUV8W425hIj5LrOlPByLlN0Bw9G0AwxuprJ6StRchbalo/s400/Sun+eclipse.jpg)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppdhZHNwcfEbagbK8rkfnh74MfO1eKDR9WtTp3dRS2bbK3dDT-oLFqNP9NJqU5fJfMdwTnU_K7xO3mM4Qdp632NhnMDVTPnbUV8W425hIj5LrOlPByLlN0Bw9G0AwxuprJ6StRchbalo/s1600-h/Sun+eclipse.jpg) Inilah gambar gerhana matahari yang saya ambil pada petang Hari khamis 15 Januari 2010 yang lalu. Saya cari filem-filem lama saya yang masih disimpan dan potong pangkalnya yang hitam gelap. Ia menjadi hitam kerana terdedah kepada cahaya. Saya susun tiga keping berlapis dan tampal di depan kamera DSLR saya menggunakan pita cellophane. Saya gunakan lensa 70-300 dan zoom sedekatnya. Saya dapati fokus auto tidak boleh digunakan, oleh itu saya fokus secara manual. Awan menutup matahari, oleh itu saya tunggu sehingga awan lari dan mengambil gambar di atas. Itu pun awan tidak lari sepenuhnya. Sebenarnya saya tidak berminat mengenai astronomi, oleh itu saya tidak membaca mengenai bila gerhana matahari dan bulan terjadi. Saya difahamkan gerhana matahari akan terjadi lagi pada tahun 2021. Walau bagaimana pun saya masih ingat semasa gerhana matahari sebelum ini berapa tahun yang lalu. Di masa itu orang Islam seluruh dunia menunggu kedatangan bulan Ramadan untuk berpuasa. Bulan pun menutup matahari dan jadilah gerhana matahari. Walau pun tidak penuh tetapi keluasan muka bulan yang menutup matahari lebih dari seperti dua hari yang lepas. Jadi keadaan hari itu lebih gelap sedikit. Saya tidak mengambil apa-apa gambar walau pun boleh berbuat demikian. Di masa itu juga komputer belum ada (sekurang-kurangnya dalam kepunyaan saya) dan sudah tentu tidak ada internet. Untuk rujukan saya buka Britannia's Children Encyclopaedia yang ada dalam simpanan saya. Saya terbaca bulan yang menutup matahari ialah bulan baru. Di masa itu pula kerajaan Malaysia hanya menggunakan rukyah untuk menentukan ketibaan bulan baru Ramadan dan Syawal. Penyimpan Mohor Besar menyebut sama ada "Anak bulan nampak" atau "Anak bulan tidak nampak". Kalau 'nampak' puasa atau rayalah kita pada esok harinya. Kalau 'tak nampak' puasa atau raya ditangguhkan satu hari lagi. Pada petang gerhana matahari itu pasukan-pasukan melihat anak bulan pergilah meneropong anak bulan, diantaranya di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bila masa untuk pengumuman, Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Ramadan tidak nampak". Oleh itu permulaan puasa adalah hari lusa daripada gerhana matahari tengah hari tadi. Saya terfikir itulah bulan yang melindung matahari pada tengah hari tadi. Apa susah payah meneropong 'anak'nya. Oleh kerana saya sudah terbaca bahawa bulan yang melindungi matahari semasa gerhana ialah bulan baru saya mengambil keputusan untuk berpuasa pada esok harinya kerana saya tahu bulan Ramadan sudah tiba. Saya tidak tahu berapa ramai umat Islam Malaysia yang sama-sama berpuasa macam saya. Setelah kebanyakan rakyat Malaysia berpuasa 29 hari dan saya berpuasa 30 hari tiba pula masanya untuk melihat anak bulan Syawal. Saya terfikir juga kalaulah Penyimpan Mohor menyebut 'Anak bulan tidak nampak' berpuasa 31 harilah saya pada tahun itu. Seperti diduga Penyimpan Mohor Besar menyebut "Anak bulan Syawal nampak". Kala tak salah saya di tahun itu juga berlaku kekeliruan mengenai Hari Raya. Ada negeri-negeri di Malaysia sudah beraya dihari melihat anak bulan itu. Samalah seperti saya sudah berpuasa semasa mereka melihat anak bulan Ramadan sebelumnya. Selepas itu kerajaan memutuskan tidak lagi merujuk cara rukyah semata-mata untuk menentukan permulaan puasa dan raya. Pengiraan cara hisab juga diambil kira. Dari itu juga Penyimpan Mohor Besar tidak lagi menyebut 'anak bulan nampak' atau 'tidak nampak'. Dia terus menyebut "Satu Ramadan (atau Syawal) jatuh pada...." Hari ini ialah 17 Januari 1010 bersamaan 2 Safar 1431. Gerhana matahari berlaku pada 15 Januari 2010 apabila bulan baru Safar melindunginya. Jadi betullah apa yang saya baca bahawa bulan yang melindung matahari semasa gerhana ialah bulan baru.
Shard177 (laksa)
Root Hash464664266896306177
Unparsed URLcom,maarofkassim!www,/2010/01/gerhana-matahari-dan-kenangan.html h80